Cerpen : Tumpahnya Air Mata Dara

10 August 2008  
Kategori: Cerpen

14,256 bacaan 6 ulasan

Sebatang Pena
nirkarsanirjaya@yahoo.com

” Aku terima nikahnya dengan Farah Hazliana binti Arshad dengan mas khawinnya RM22.50 tunai.” Setelah terlafaznya akad nikah dan disahkan sah oleh tok kadi,maka dengan ini aku secara terusnya telah bergelar anak tiri kepada Sharizan bin Ayub. Ibuku telah berkhawin lain setelah menjanda hampir 9 tahun setelah kematian bapaku yang terlibat didalam kemalangan. Ibuku telah bertemu jodoh denagn bapa tiriku semasa mereka berdua bekerja di satu kilang yang sama. Bapa tirku seorang bujang terlajak. Ibuku pula seorang janda. Aku kehairanan bagaiaman ibuku boleh terpikat dengan bujuang terlajak yang sudah mencecah usia separuh abad. Ramai lagi lelaki di luar sana yang lebih bergaya dan kacak dari bapa tiriku. Tetapi sudah ditakdirkan yang mereka berdua akan bernikah. Tiada apa yang boleh kuhuraikan lagi. Aku terimanya dengan hati yang terbuka dan redha. Aku harap bapa tiriku ini sebaik arwah bapaku. Insyaaalah.

“abang ingat,abang nak pergi bulan madu di Pulau Langkawi. Apa kata kita ajak Nad ikut sekali kita pergi bulan madu. Apa pendapat sayang? Ujar bapa tiriku.
Aku terdengar perbualan mereka ketika aku melintas di hadapan kamar mereka. Adakah benar bapa tiriku ingin membawa aku pergi bersama mereka berbulan madu. Aku pun tidak pernah pergi ke sana. Pucuk dicinta ulam yang datang. Ini satu peluang keemasan yang tidak mngkin aku tolak.
” sayang tak kisah abang. Sayang pun dah lama berhajat nak bawa Nad pergi makan angin tapi masa tidak mengizinkan. Lagipun dia seorang lah zuriat dan harta yang ditinggalkan arawah untuk sayang.”
Aku bagaikan hendak menjerit tatkala aku mendengar jawapan yang di berikan oleh ibu. Terima kasih ibu kerana sudi membenarkan Nad ikut ibu ke Pulau Langkawi. Aku tersenyum kesorangan. Tidak kusangka hajatku untuk ke Pualau Langkawi akhirnya tertunai jua.
Seperti yang telah dirancang, aku,ibu dan bapa tiriku mula bertolak ke Pulau Langkawi. Kami merancang untuk berada disana selama seminggu. Sepanjang perjalan kesana,kami sekeluarga berasa begitu gembira sekali. Aku melihat ibu begitu gembira setelah hampir 9 tahun menjanda. Aku dilayan seperti anak kecil yang baru pandai bertatih walhal umurku sudah menjangkau 19 tahun. Bapa tiriku begitu sayang terhadap diriku. Dia melayan aku seperti anak kandungnya sendiri. Semasa diatas feri,bapa tiriku membelai-belai rambutku sehingga aku terlena diatas bahunya. Tidak pernah aku berasa disayangi sebegitu. Alangkah untungnya aku mempunyai seorang bapa tiri yang penyanyang. Tidak kubayangkan dengn kata-kata. Segala sangkaan ku terhadap dirinya meleset sama sekali. Baru ku tahu kini bahawa bapa tirkiku seorang yang penyanyang dan baik hati.
Sesampainya disana,kami terus menuju ke hotel yang telah ditempah melalui internet. Betapa pesatnya Negara kita membangun sekarang ini. Jauh bezanya dengan sebelum tanah air kita merdeka.
” Nad nak duduk satu bilik dengan ibu ke nak duduk sorang-sorang”? Tanya ibuku,
” Tak pe lah ibu,Nad nak duduk sorang-sorang. Lagipun inikan bulan madu ibu,takkan lah Nad nak kacau.” Jawabku sambil tersenyum.
” Ini kunci bilik Nad. Kalau ade apa-apa, panggil ibu disebelah eh sayang.” Ujar ibu sambil mencium dahiku.
Aku menuju kebilik yang telah didaftarkan. Setelah siap mengemas segala barang-barang,aku mengambil keputusan untuk mandi bagi menghilangkan letih setelah satu hari suntuk perjalanan. Sewaktu ingin memakai tuala,baru aku ingat bahawa aku terlupa bawa masuk tuala kebilik air. Aku keluar dari bilik air tanpa seurat benang ditubuhku. Lagipun hanya aku seorang yang berada dibilik ku. Aku bagaikan terpaku apabila aku lihat didalam bilik,bapa tiriku berada disitu. Matanya tidak lepas dari memandang tubuhku. Aku menjadi kaget. Aku cepat-cepat menjerit. Bingkas bapa tirku menghulurkan tuala yang berada disebelahnya.
” Kenapa pak cik masuk bilik Nad”? aku bertanya dengan suara yang agak tinggi.
” Maafkan pak cik. Tadi pak cik call handset Nad,tapi Nad tak angkat. Tu yang pak cik masuk bilik Nad.” Jawabnya selamber.
” Kan pintu bilik Nad kunci. Macam mana pak cik boleh masuk? Tanya ku kehairanan.
” Pintu Nad tadi tak tutup rapat, tu yang pak cik boleh masuk. Pak cik takut apa-apa jadi kat Nad,sebab itulah pak cik masuk bilik Nad.”
Ada sahaja jawapan orang tua ni. Tetapi seingat aku,aku dah kunci pintu bilik tadi sebelum aku mandi. Entahlah agaknya aku penat sangat agaknaya sampai aku terlupa dah kunci pintu bilik ke tidak.
” Cepat sikit siap. Lepas ni kita nak pergi makan. Kalau lambat Nad tinggal sorang kat dalam bilik. Pak cik dengan ibu nak pergi makan seafood kat tepi pantai.” Ujar bapa tiriku sambil berlalu keluar.
Dari riak mukanya aku lihat sepeti tiada kesalahan yang telah dilakukannya. Dia berasakan bahawa apa yang dia lihat tadi seperti rutin harian hidupnya. Haruskah aku memberitahu ibu dengan apa yang terjadi tadi. Ah tidak payahlah aku memberitahu ibu. Aku tidak mahu merosakkan bulan madu mereka. Adakah aku ini masih suci lagi? Tubuhku yang gebu ini telah ditatap oleh bapa tiriku tanpa seurat benang. Aku menjadi takut dan secara tiba-tiba air mataku mengalir. Aku harap bapa tiriku tidak mempunyai niat yang tidak senonoh terhadap diriku. Minta dijauhkan oleh Allah. Selisih malaikat 44.
Tiba-tiba handset ku berbunyi. Ah rupa-rupanya ibu yang menelefon.
” Sayang, dah siap ke belum? Pak cik nak ajak kita pergi makan seafood kat tepi pantai.” Tanya ibuku.
” Dah siap dah bu. Nad memang tunggu ibu call Nad.” Jawabku.
” Kalau da siap, jom kita pergi. Cepat sikit eh.
Sewaktu menunggu makanan yang dipesan tiba,aku lihat bapa tiriku asyik memandang ku. Matanya tidak lepas memandang tubuhku. Aku dapat mengagak dia mesti terbayang setelah melihat tubuhku tanpa seurat benang tadi. Aku mula berasa ketakutan. Janganlah apa-apa terjadi terhadap diriku ini.
“ini makanan yang dipesan oleh encik tadi.” Kehadiran pelayan restoran membuatkan aku berasa lega. Dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya terhadapku. Lagi sekali dia melihat ku sebegitu,aku nekad untuk mengadukan hal ini kepada ibu. Aku tidak mahu apa-apa terjadi kepada diriku nanti. Sewaktu sedang makan, dia sentiasa mengambil kesemapatan untuk melihat ku. Aku seperti ingin menyimbah mukanya denagn air panas. Biar dia menjerit kesakitan. Orang tua tak sedar diri. Kubur dah panggil tapi perangai macam binatang.
” Lepas makan nanti, Nad terus masuk tidur eh. Ibu dengan pak cik hendak mengambil angin ditepi pantai.
” Ibu nak jalan-jalan kat tepi pantai? Nad nak ikut. Nad pun nak jalan-jalan kat tepi pantai jugak.
” Nad masuk tidur dulu. Esok nanti kita pergi jalan-jalan kat tepi pantai eh sayang.” Pujuk ibuku.
Aku terpaksa akur dengan keputusan ibu. Lagipun ibu dah janji nak bawa aku pergi jalan-jalan kat tepi pantai esok. Aku melangkah kebilik dengan perasaan yang hampa. Aku tidak tahu apa yang harus aku buat dibilik. Jam baru menunjukkan pukul 11.30. masih awal lagi untuk ku melelapkan mata. Bak kata anak muda zaman sekarang malam masih muda lagi. Semua rancangan yang aku lihat semua membosankan. Tiada satu pun yang menghiburkan. Aku terpaksa memaksa mataku untuk tidur. Walaupun tidak boleh aku paksakan juga.
” Tok…Tok…” bunyi pintu biliku diketuk. Siapa pula yang mengetuknya. Aku lihat jam ditangan sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Bila masa aku tertidur aku pun tidak pasti.
” Erm ibu. Ada apa bu? Soalku. Aku masih lagi mamai. Apa yang aku ingat sekarang aku cuma nak ibu cepat pergi dan aku ank sambung tidurku semula.
” Hari ini kita nak pergi shopping. Nad nak ikut tak? Kalau tak nak Nad tinggal sorang-sorang kat sini lah.” Tanya ibuku sambil tersenyum.
Aku memang pantang bila mendengar perkataan shopping. Mataku yang sedari tadi kuyu kini menjadi segar semula. Perkataan shopping yang disebut ibu tadi memberikan aura kepada ku untuk tidak terus tidur. Aku bingkas menuju ke bilik air. Ibu hanya tersenyum melihat terlatah ku. Ibu menuggu aku sehingga aku siap mandi.
” Dah wangi pun anak ibu ni. Baru boleh ibu sayang.” Aku tersenyum sahaja.
” Ibu cepatlah kata nak pergi shopping tadi. Nad dah tak sabar dah ni.” Ujar ku keseronokkan.
Ibu tertawa mendengar apa yang diucapkan oleh aku. Dia memang faham benar perangai anak daranya ini. Seorang yang gila bershopping.
” Nad ambil aja apa yang Nad nak. Pak cik belanja. Getus bapa tiriku.
Mendengar sahaja perkataan belanja, aku rasakan aku ini seperti tikus jatuh diatas beras. Memang saat inilah yang aku idam-idamkan. Aku membeli apa sahaja yang aku hajati. Lagipun ada orang yang nak belanja,aku borong ajalah.
Sewaktu beratur dikaunter,bapa tiriku mengambil kesempatan memegang punggung ku. Aku tidak dapat berbuat apa-apa kerana disitu penuh sesak dengan orang ramai yang hendak membuat pembayaran. Mujurlah hanya sekali dia berbuat sedemikian. Kalau lagi sekali dia memegang punggungku, aku akan menjerit sekuat hatiku. Biar semua orang dengar. Biarkan dia kena pukul. Puas hati aku.
” Nad jangan cakap dengan ibu apa yang pak cik buat tadi. Kalu Nad bagitahu jugak, Nad tahulah nasib Nad macam mana.” Gertaknya.
Aku menjadi begitu takut sekali. Apa yang akan dibuatnya jika aku memberitahu hal sebenarnya kepada ibu. Adakah dia akan memukul aku atau dia ingin melakukan perkara terkutuk itu. Ya Allah, kau selamatkanlah hamba mu ini dari segala perkara yang tidak baik Ya Allah. Kau berikanlah lindungan terhadap diriku ini. Amin.
Sekembalinya dari membeli belah, kami terus pulang ke hotel. Aku terus menuju kebilik. Aku ingin menenangkan fikiranku. Aku berasa begitu kusut sekali. Kenapa dia sanggup berbuat sedemikian terhadap diriku. Apa salah aku terhadap dirinya. Betullah kata orang tua-tua. Jangan senang menilai seseoarang itu hanya berdasarkan rupanaya sahaja. Kita harus menilai hati budinya juga.
Pada malam selepas kejadian itu,aku tidak dapat melelapkan mata. Aku asyik terbayang peristiwa yang berlaku siang tadi. Sampai kapan harusku menyimpan rahsia ini. Aku tidak sanggup untuk menyimpan rahsia ini lagi. Aku rasakan aku seperti sedang menanggung satu beban yang begitu berat sekali di bahuku ini. Kepada siapakah harusku untuk mengadu.
” Ibu, Nad nak keluar ambil angin sekejap.” Pintaku. Aku harap ibu membenarkan aku untuk keluar mengambil angin.
” Jangan keluar lama-lama tau Nad. Kita tak biasa kat sini. Sini tempat orang.” Nasihat ibu. Aku terus berlalu keluar setelah mendapat keizinan daripada ibu.
Aku sempat menoleh ke arah bapa tiriku. Dia memberikan isyarat supaya aku tidak menceritakan peristiwa siang tadi kepada ibu. Aku membalas perbuatannya itu dengan jelingan.
Aku berjalan menyusur pantai seorang diri. Angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa sambil deruman ombak-ombak kecil yang memukul pantai seolah-olah memujukku supaya bersabar dengan apa yang terjadi. Tetapi sampai kapan harusku bersabar. Aku tidak boleh minyimpan rahsia ini. Jikalu dibiarkan pasti orang tua itu akan mengambil kesempatan lagi terhadap diriku. Satu keluhan aku lepaskan. Aku harap keluhan ini dapat meredakan perasaan ku ini.
Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi handsetku. Siapa pula yang menelefon kali ini. Rupa-rupanya ibu. Ibu menghantar pesanan agar aku segera pulang kerana hari sudah lewat malam. Bahaya bagi anak dara seperti ku ini berjalan seorang diri diwaktu malam.
Apatah lagi aku kini berada di pulau yang sememangnya popular. Aku megorak langkah untuk pulang. Aku susuri tepian pantai sambil membaling batu-batu kecil ketengah lautan. Aku berasa begitu malang sekali. Kenapa ini semua terjadi terhadap diriku.
Tanpa aku sedari aku sudah berada di hotel. Aku terlalu melayan perasaan sehingga aku tidak sedar aku kini berada di hotel. Aku terus menuju kebilik. Aku ingin terus tidur. Aku ingin merehatkan badan dan yang paling penting sekali aku ingin merehatkan fikiranku.
“Ting tong…….ting tong…”. Loceng bilikku ditekan berulang kali. Ini mesti ibu pada firasatku. Aku menuju ke pintu untuk membuka pintu. Ketiaka aku membuka pintu alangkah terperanjatnya aku kerana aku lihat bapa tiriku terjegat didepan pintu.
” Buka pintu ni cepat!” herdiknya.
Aku cuba melawan. Tetapi apakah dayaku untuk melawan kudrat seorang lelaki. Akhirnya aku tewas. Dia berjaya masuk kebilik dan terus menghempas daun pintu bilikku.
” Apa ni pak cik!! Tak nak pak cik! Tak nak…” Aku cuba meloloskan diriku dari pelukannya.
” Diam!!. Kau jangn melawan. Kalau kau nak selamat baik kau diam. Gertaknya.
Aku tidak mampu melawan. Kudratku tidak mampu menentang kekuatan bapa tiriku yang telah dirasuk syaitan itu. Kolam air mataku tidak mampu ku tahan lagi. Akhirnya ia menitis juga membasahi pipiku. Pakaian dibadanku telah habis dilucutkan oleh manusia yang bertopengkan syaitan itu. Aku kini seperti yang baru lahir kedunia. Tiada seurat benang pun menutupi tubuh badanku. Aku hanya mampu menitiskan air mata jernih mengalir membasahi pipi. Aku tidak dapat berbuat apa-apa. Tubuhku telah dihempap oleh bapa tirkiku. Semuanya berlalu terlalu pantas. Aku telah dinodai oleh bapa tiriku sendiri. Sanggup dia melakukan perkara terkutuk itu terhadap diriku. Mengapa ini semua terjadi terhadap diriku?????
” Hoi!!!!!” teriakkan itu membuatkan bapa tiriku terkejut. Dia menjadi kaget melihat ibu berdiri dihadapan pintu.
Aku termenung menghadap jendela. Aku bingung memikirkan masa depan ku kelak. Apakah yang akan terjadi terhadap diriku nanti setelah aku dinodai oleh bapa tiriku. Aku berharap sangat tiada sesiapa pun yang mengetahui malang yang telah menimpa diriku. Erm…..
” Nad… nad jangan sedih lagi eh. Ibu baru dapat berita tadi. Dia telah dihukum penjara dan sebat kerana merogol Nad. Dia telah mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya.” Pujuk ibu.
Aku memandang ibu dengan perasaan sayu sambil mengumtumkan sebuah senyuman tawar. Senyum yang di paksa. Aku tidak mampu lagi untuk tersenyum dan tertawa seperti dulu. Aku tidak mampu. Mahkota wanita ku telah diragut oleh lelaki durjana itu. Walau apapun aku bersyukur kerana dia telah dihukum. Aku tidak akan memaafkan perbuatannya dunia dan akhirat.
” Ibu berjanji dengan Nad, ibu tidak akan berkhawin lagi. Ibu akan jaga Nad sendiri. Biar kita susah senang bersama.” Penjelasan ibu itu membuatkan aku berasa begitu lega sekali. Aku harap ibu dapat mengotakan janjinya itu.
Kini aku dan suami memelihara ibu. Akan ku jaga ibu seperti mana ibu menjaga aku sewaktu dahulu. Peristiwa hitam yang berlaku dahulu menjadi memori hitam dalam hidupku. Suamiku juga tahu peristiwa yang berlaku keatasku. Dia sedikit pun tidak memandang serong terhadap diriku malah dia sentisa memberikan nasihat supaya melupakan peristiwa hitam itu. Bapa tiriku kini telah meninggal dunia. Dia meninggal dunia sewaktu menjalani hukuman rotan. Dendam ku terhadapnya tidak akan pernah pudar walaupun dia kini sudah meniggal dunia. Aku berdoa supaya di akhirat dia diseksa setimpal dengan apa yang telah dilakukannya terhadap diriku suatu waktu dahulu.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

6 ulasan untuk “Cerpen : Tumpahnya Air Mata Dara”
  1. Anis says:

    good luck n try… ;-) ;-)

  2. hana afiqah says:

    mcm cerite btol..
    papepn, gud job. ;-)

  3. tukang komen says:

    cte yg bagus…dlm realiti pun byk yg berlaku skrg…bgus krn ketengahkan isu ni..truskan usaha anda…aja2 figthing..

  4. Addeen says:

    best…
    peringatan tuk gadis2 diluar sana supaya berjaga2..dan jangan takut tuk wat laporan kalau ianya terjadi…

  5. Dahlea Natasya says:

    Best tapi kesian kat Nad .

  6. dyan says:

    citer yg interesting..good job writer..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"