
Novel : Berikan Cinta Itu 12
rasya nuriesya
lovely_fnuriesya@yahoo.com
Fatin Erlina membancuh air teh di dapur untuk tetamu yang datang dari jauh itu. Adik Nurain turut serta di dapur. Tetamu yang sangat dikenalinya. Zafrul Aidil datang dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu semata-mata untuk berjumpa dengannya. Kenapa lelaki itu? Takkan dia tak boleh menunggu hingga aku kembali bekerja semula?? Penting sangat ke hal yang dia nak bincangkan dengan aku tu..?
“Angah, hensem kan lelaki yang kat depan tu?” Nurain bertanya sambil memerhatikan Fatin Erlina yang sedang serbuk teh dari cabinet dapur.
“Dah mula gatal la tu.. Sekolah pun tak habis lagi,” balas Fatin Erlina sambil mencubit manja lengan adiknya. Adik yang seorang lagi tiada di rumah kerana ada latihan sukan di sekolah.
“Adoii.. Apela angah ni.. Cakap sikit aje nak mencubit. Tau la cubitan Angah tu cubitan ketam tapi bagilah warning dulu. Ni tak.. main cubit aje. Tengok ni, dah merah.. Malang betul la siapa yang kawin dengan Angah nii…” adu Nurain sambil menunjukkan lengan yang dicubit Fatin Erlina tadi. Merah. Fatin Erlina hanya mencebik.
“Tu laa.. Siapa suruh menyibuk hal orang? Kan dah dapat ‘lovebite’ satu!”
“Lovebite dari ‘ketam’? Huh, rela adik dapat lovebite dari suami adik tauu…!”
“Amboi..sampai ke situ fikiran adik ye.. Dah gatal sangat ke nak kawin? Kalau dah gatal sangat, pergila ambik kursus kawin dulu, lepas tu cari calonnye, ade faham, cik adik oiii…..”
“Calonnye dah ade, tunggu nak rasmikan aje. Hehe…” balas Nurain sambil mengenyitkan mata. “Tapi kan Angah, die lagi hensem dari abang Fadil tau.. Melepas la Angah kalau macam ni. Kan Angah tu dah bertunang dengan Fadil..!” sambung Nurain lagi.
Fatin Erlina malas mahu membalas kata-kata Nurain. Diam lebih baik. Semalam sudah puas berendam air mata kerana selama dia bertunang, tiada siapa pun yang cakap tunangnya adalah bekas kekasih lamanya dulu. Kekasih yang dia tidak berjumpa selama ini. Tapi… tetap bertemu juga kerana Fadil menjadi pensyarahnya di universiti tempatnya belajar. Ahh.. Betapa kecilnya dunia ini. Balik-balik bertemu juga. Mungkin memang ini jodohnya namun seboleh mungkin Fatin Erlina cuba menolak.
Nurain yang berusia 19 tahun itu adalah adiknya yang agak rapat berbanding dengan adik yang satu lagi, Intan. Dengan Nurain, Fatin Erlina boleh bergurau. Tetapi dengan Intan, jarang sedikit kerana sikap Intan yang agak serius berbanding kakak-kakaknya. Mungkin mengikut perangai Abang Sham. Bila teringatkan abang sulungnya itu, tiba-tiba rasa rindu menerpa.
“Dah lama kan. Abang Sham tak balik?”
“Ala..abang kan ada anak bini kat sana! Manelah nak ingat kita kat sini. Cuma time raya aje dia akan balik, Angah!” Spontan Nurain membalas..
Abang Sham adalah anak yang sulung dalam keluarga. Setelah berkahwin, Abang Sham dengan anak dan isterinya menetap di Kanada kerana tawaran kerja di sana. ‘Mmm.. dah 3 orang anak Abang Sham.. Aku aje yang belum.. Ala.. Macam mana nak ade anak kalau kawin pun belum!’
Fatin Erlina sempat lagi membebel sendiri sambil menatang dulang yang berisi air yang dibuatnya tadi. Fatin Erlina berjalan menuju je ruang tamu. Dengarnya macam serius aje mak ayah aku berbincang dengan Zafrul ni.. Mm.. musykil aku! Entah ape yang mereka bualkan tu..
Terhenti sekejap perbualan mereka melihatkan Fatin Erlina datang. Zafrul Aidil memandang Fatin Erlina tanpa berkelip. Mm.. agaknya Fatin dah sihat..
“Fatin, kamu tak cakap pun si Zafrul ni satu kerja dengan kamu?”
“Dah ayah tak tanye, Fatin tak cakap la..Lagipun kenapa nak bagitau?”
Fatin Erlina menjawab sambil menuang air ke dalam cawan. Dia tak mahu membalas renungan Zafrul Aidl yang sedari tadi memandangnya. Pandang macam nak makan orang aje mamat ni. Malu aku! Mm..buat ape nak malu? Rumah aku, bukannya rumah die pun.. Mamat ni pun satu hal, datang tak bagi tahu! Tengok-tengok dah tercegat depan pintu.
“Ish.. Fatin ni, nak bergurau pula die! Mm.. macam ni la anak makcik, Zafrul. Suke sangat cakap yang bukan-bukan. Nak bergurau pun tak kena tempatnye. Zafrul jangan ambil hati ye..” ujar Puan Saeda lembut.
“Mak, Fatin tak bergurau la. Kenapa Fatin nak beritahu mak pasal die? Kawan sekerja aje.. Awak ni satu, Zafrul! Nak datang sini tak cakap dengan saye pun.. Tup..tup..dah terpacul muke awak kat pintu..” jawab Fatin Erlina sambil mulutnye di muncungkan ke arah pintu utama rumah.
“Handphone awak kan off… Banyak kali saye call, asyik masuk voice mail aje..”
“Fatin, Fatin…!” Ayah bersuara sambil menggeleng kepala melihat kelakuan anaknya yang seorang tu.
“Angah, dari jauh die datang, sampai sesat nak cari rumah kite ni.. Layan la elok-elok! Zafrul ni dah jadi tetamu kite hari ni. Mm.. 2 hari ni, die akan bermalam di rumah kita. Nnati siapkan bilik tu untuk dia yee…!” kata Puan Saeda sambil menunjukkan bilik tetamu yang pintunya berwarna coklat muda itu.
Bilik tetamu tu hanya digunakan untuk orang yang datang saja. Mujurlah rumah ni banyak bilik. Kalau tak aku biarkan aje mamat ni tidur kan ruang tamu tu. Entahlah sama ada mamat kota ni boleh tahan tinggal kat sini atau tak. Sebabnye, malam nanti ade kenduri nyamuk, hehe….
“Zafrul cakap, Fatin suke kat die! Betul ke?” sambung Puan Saeda. Hampir nak tertumpah teko yang dipegang Fatin Erlina itu. Ada ke patut cakap direct aje mamat ni.. Dah la cakap benda yang tak betul..
“Mak, Fatin kan dah ber ‘tunanggg’..” sengaja Fatin Erlina tekankan ayat bertunang tu biar terkeluar biji mata mamat ni..
‘Lahabau betul mamat ni! Wayar kat otak dah tercabut agaknye… Ntah bile masa aku suke kat dia? Perasan betul mamat! Dah la kat ofis die suke kacau aku. Ingat aku minat sangat layan dia? Zafrul Aidil, aku layan ko baik-baik sebab ko tu anak bos aku. Kenala ambik hati. Ingat aku suke sangat kat ko? Setakat muke hensem aje, aku tak terliur pun. Huh! Tak ada maknenye aku suke kat ko..’
Kata-kata itu tak mampu terucap di bibir. Hanya hati saja yang mampu memahami. Kang aku cakap, aku dicop anak tak bersopan pulak. Takpe-takpe sebab ko, Zafrul, aku cover perangai aku ni… Balik ofis nanti, jagala ko. Aku huru-harakan ofis bapak ko tu! Sama macam aku buat kat U dulu.. Hehe…
Agak lama Puan Saeda dan suaminya berbual-bual dengan Zafrul Aidil. Zafrul pun nampak macam dah mesra aje dengan ibubapa Fatin Erlina. Fatin Erlina yang berada di dalam bilik mengira-gira berapa lama lagi mamat sewel tu akan berada di rumahnya.
Usai solat Isyak, mereka sekeluarga makan malam bersama Zafrul Aidil. Macam-macam yang mereka bualkan di meja makan. Nurain pula asyik menendang kaki Fatin Erlina supaya memberi respon dengan lawak yang dibuat Zafrul Aidil. Mana taknya, Fatin Erlina makan tanpa berkata sepatah apa.. Selalunya riuh aje meja makan tu kalau Fatin Erlina buat lawak jenaka.
“Aikk.. Fatin! Senyap aje? Nak jadi tetamu terhormat ker?” perli Puan Saeda sambil mencendok lauk ikan patin masak tempoyak.
“Entahnye, selalu die yang buat bising kalau time makan macam ni!” sampuk ayah pula.
“Takut Fatin tercekik la, mak! Ikan patin ni banyak sangat tulangnya, kena pula pada tukang masaknya tu.. tak sedap!” suara Fatin Erlina.
“Ewah-ewah, sedapnye die cakap kita ni tak pandai masak ye. Tak sedap konon. Tuu.. dah licin pinggan tu.. Masih nak cakap tak sedap? Tadi dah tambah satu pinggan nasi,” jawab Nurain mengenakan kakaknya kembali.
“Makcik, anak makcik hanya dua orang ni je ke?” tanya Zafrul Aidil.
“Tak la. Empat orang sebenarnya. Abang Fatin ni kerja kat Kanada. Dah kahwin pun die. Yang bongsu tinggal kat asrama. Dua orang ni ajela yang menemankan makcik dan pakcik. Kalau Fatin Erlina kerja, kami bertiga aje yang tinggal.”
“Ooo…!”
Zafrul Aidil menghabiskan kunyahan yang terakhir sebelum membasuh pinggan. Pinggan dibawa ke dapur,
“Zafrul, anak dara kan ada kat rumah ni! Biarlah diorang yang basuh dan kemaskan meja makan ni. Kita pergi ke depan ye.. Boleh sambung borak lagi..” ajak ayah.
Fatin Erlina mencebik bibirnya. Betul-betul tak puas hati. Baik sangat layanan pada Zafrul Aidil. Macam la mamat tu pandai sangat ambil hati mak dan ayah.
“Angah, jangan nak merungut ye..! Tak baik tau..” tegur Nurain.
Ish.. budak seorang ni! Tau-tau aje apa yang aku fikirkan.
Nurain pantas membawa pinggan kotor ke sinki. Fatin Erlina pula mengemaskan meja makan. Setelah selesai mereka ke bilik.
“Angah tak nak ke temankan cik abang kat luar tu?”
“Temankan buat ape? Mak dengan ayah kan ade? Macam tak ingat dunia aje bile berborak dengan mak dan ayah. Ntah ilmu ape yang Zafrul tu pakai sampai melekat orang tua tu pada die,” bidas Fatin Erlina. Sikit-sikit cakap pasal Zafrul Aidil. Benci betul lah!!
“Bilik abang tu dah kemas belum? Bantal die Angah kasi yang empuk tak?” Tanya Nurain sambil berbaring di sebelah Fatin Erlina.
“Adoii..yang adik ni banyak soal sangat, kenapa? Dah berkenan sangat dengan abang tu? Pergilah masuk meminang.”
“Ade pula perempuan masuk pinang lelaki?”
“Kenapa pulak takde? Tu yang cerita Ahmad Albab tu, hah! Kan perempuan yang pinang lelaki? Tapi kan adik, jangan la adik buat pulak ye..” Bahaya! Abang tu jahat tauu…!”
“Mane angah tau die jahat?”
“Laa… angah satu universiti dulu dengan die..!”
“Maknanye dah lama kenal la ni.. Dah satu universiti takkan takde ape-ape perasaan kat die tu?” pertanyaan Nurain yang satu itu singgah di telinga Fatin Erlina. Soalan cepu emas ni!! Mengada-ngada betul budak ni. Semuanya nak tanye.
“Takde pun. Sikit pun takde. Tapi angah cukup benci kat die. Naik meluat. Suke mengenakan Angah dengan perkara yang tak masuk akal. Memalukan Angah pulak tu. Buat sakit hati aje..!”
“Benci?? Orang kata benci tu tandanya sayang, Angah…”
“Buat ape sayang kat orang yang takde perasaan tu? Menghabiskan masa adelah. Sudah la tu, dik..Angah nak masuk tidurla.. Dah mengantuk ni..!” Fatin Erlina memberi alasan kepada Nurain. Banyak songeh betul adiknya yang seorang ni. Tanya soalan mengalahkan polis yang bertanyakan pesalahnya.
Mata Fatin Erlina sudah mahu tertutup ketika Nurain menjerit memanggil namanya. Baru nak bermimpi dah ada orang kacau!!
“Mak pesan, temankan abang Zafrul kat luar tu.. Katanya nak ambil angin…!” Nurain memberitahu pesanan emak.
“Biarlah dia ambil angin sorang-sorang! Itu pun nak berteman! Pondan ape…!” gerutu Fatin Erlina..
“Cepatla Angah! Tak elok biarkan tetamu kat luar tu..”
“Orang dah ngantuk la……”













emmmm..best..bile smbungannye yerrr
mcm mne nk bce dri bab 1