Cerpen : Orang Gaji

30 October 2008  
Kategori: Cerpen

15,170 bacaan 10 ulasan

Nama Pena : Dewi

“Ni yang tak best ni. Mama suka sangat paksa Gee melakukan sesuatu yang bukan atas kehendak Gee. kenapa mama? Kan dah Gee bagitahu dulu lagi yang Gee tak berminat nak berumah-tangga, layan suami, layan anak-anak. Rimas tau mama. Mama, tolonglah faham sikit perasaan Gee. Bagilah masa untuk Gee rehat-rehatkan sikit minda ni,” pinta Genelia seakan-akan merayu meminta belas kasihan.
“Gee ni memang anak yang degil. Okey tak pe… Mama bagi masa satu bulan je untuk Gee. Bawa calon suami sendiri atau kahwin dengan pilihan mama dan papa. Jangan ingat kali ni Gee boleh terlepas begitu je. Mama dan papa betul-betul maksudkannya,” Pn. Elina pula meluahkan rasa ketidak-puas-hatiannya. Pn. Elina sedikit rungsing mengenangkan sikap sambil lewa anak sulungnya itu.
“Tapi, mama…” baru je Genelia ingin mendesak mamanya supaya menarik balik permintaannya yang difikirkan melampaui batas tu.
“Gee, dengar baik-baik…. Umur Gee tu dah menjangkau 28 tahun. Adik-adik Gee semuanya dah pun bernikah. Masing-masing bahagia bersama suami dan anak. Tinggal Gee sorang je. Jangan berdegil. Kalau Gee masih berkeras, papa tak teragak-agak nak halau Gee dari rumah ni. Dah tu jangan sekali-kali datang berjumpa kami lagi. Papa dengan mama malu kat kawan-kawan seperniagaan yang dah selalu sangat tanya berkenaan perkahwinan Gee,” tegas benar bunyi suara Encik Rashlee menegur anaknya. Nescaya Genelia gagal. Pn. Elina dan En. Rashlee bertekad sepenuhnya. Kali ini tiada lagi belas-kasihan.
Genelia buntu. Apa lagi yang patut dia lakukan? Mana dia nak cari kekasih? Takkan dia nak kahwin dengan lelaki yang tidak dia kenali. “Melampaulah mama dengan papa ni,” bentak hati kecil Genelia. Dia dah hilang idea. Dah tak tahu apa lagi yang boleh dia lakukan untuk mengelak daripada topik yang sama. Sebulan tu bukannya lama sangat. Lebih-lebih lagi bagi orang macam Genelia yang tak pernah berkawan dengan mana-mana lelaki pun sebelum ini.
Kehidupan Genelia kini mula dirundum kemurungan. Terfikirkan jalan penyelesaian terbaik kepada isu yang dibangkitkan oleh keluarganya. Pn. Elina dan En. Rashlee bukan tak perasan perubahan anak gadis mereka. Tapi sengaja tak nak ambil tahu. Kali ni biar Genelia terpaksa terima desakkan mereka. Puas Genelia berusaha mencari calon yang sesuai untuk dijadikan suaminya kelak. Tak juga dia jumpa. Mana nak jumpa kalau pandang secara luaran je. Dia sebenarnya takut nak mendekati lelaki-lelaki yang dia terserempak kat jalanan tu. Tempoh yang diberikan oleh mama dan papanya hampir sampai kepenghujungnya. Tinggal dua hari sahaja lagi. Akhirnya, Genelia berterus-terang dengan keluarganya berkenaan masalah yang sedang melanda kotak fikirannya. Pn. Elina dan En. Rashlee hanya mampu tersenyum. Bukan niat nak mengejek.
“Gee fobia dengan lelaki? Kenapa pula?”
“Tak tahulah mama. Tapi, Gee takut nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Lebih-lebih lagi tang tu…” tanpa segan-silu dia keluarkan juga ayat yang tercekik kat leher dia tu. Mama dengan papa dia apa lagi, terdekah-dekah ketawalah. Genelia dah malu teramat sangat. Dia lupa papanya ada sekali kat situ.
“Gee, papa tak tahu macam mana nak pujuk lagi. Kami dah bagi tempoh. Tapi, Gee tak juga bawa bakal calon menantu kami. Jadi, redha jelah ya dengan pilihan papa. Nanti Gee akan biasa juga. Pandailah suami Gee pujuk.” Gee dah tak dapat nak menolak lagi. Mahu tak mahu kena juga dia terima calon papanya, yang entah sapa-sapa tu.
Manakala di banglo mewah milik Dato’ Akhmal pula lain ceritanya. Anak lelakinya, Ikram Shazlan yang memang serius nak mampus tu melenting tak tentu pasal apabila mama dan papanya menyampaikan hasrat ingin menjodohkannya dengan seorang gadis pilihan mereka. Payah sangat dia nak bernikah sebabnya dia memang tak suka budak-budak perempuan sejak dibangku sekolah lagi kerana dipersendakan oleh Linda, bekas rakan sekelasnya dulu. Sejak itulah dia menanam dendam terhadap kaum hawa, kecualilah mamanya.
“Az, jangan macam ni. Mama pun teringin nak ada menantu macam orang lain. Tak kesian ke tengok mama? Az sorang je anak mama. Mana ada yang lain-lain.”
“Mama, Az dah banyak kali cakap tak nak kahwin. Kenapa pilih calon bila orang dah cakap tak nak?” sekali lagi Ikram Shazlan meluahkan kebenggangan jiwanya dengan tindakkan papanya.
“Az, papa buat ni atas kebaikkan semua. Kalau nak tunggu Az berubah, sampai bila-bila pun rasanya tak juga Az nak berubah. Kami ni bukannya muda lagi. Dah tua. Tunggu masa je. Kami tak nak kempunan tak dapat main dengan cucu. Kalau Az masih nak keras kepala lagi, teruskan. Papa dah tak kan masuk campur lagi,” luah Dato’ Akhmal. Kesal dengan perangai anaknya yang seorang itu. Tersentuh juga Ikram mendengar kata-kata papanya. Dengan berat di dada dia menerima pilihan papanya.
“Betul Az setuju?” tanya mamanya, Datin Maziaton sedikit ragu-ragu.
“Betullah, mama. Saya tak kisah siapa pun. Ikut suka mama dan papa. Saya just terima je,” balas Ikram. Ternyata dia tidak ikhlas. Itu tak penting… yang penting Ikram Shazlan bernikah. Dia dah mencecah 29 tahun, tapi masih ego dengan sikap kelelakiannya. Itulah yang bermain di kotak fikiran Dato’Akhmal dan Datin Maziaton.
Majlis akad-nikah mereka disambut dengan meriah sekali. Maklumlah persandingan yang ditunggu-tunggu ramai. Genelia dan Ikram Shazlan buat muka sekupang. Masing-masing geram dengan paksaan keluarga.
Pada malam pertama pasangan pengantin baru; perlahan-lahan Genelia melangkah masuk ke dalam kamar tidur barunya setelah selesai membantu Datin Maziaton berkemas sedikit apa-apa yang difikirkan perlu. Seram sejuk terasa seluruh badan. Benda yang dia risaukan… satu sahaja… Emmm… faham-faham ajalah. Dia meninjau keadaan sekeliling. Sunyi dan sepi. Macam tak ada penghuni. Pelik! Mempelai lelaki hilang. Tak pernah terjadi di mana-mana sebelum ni.
“Patutnya aku yang kena lesap. Sebab… sebab.. aku yang nak elak diri daripada hubungan tu. Tapi, lain pula yang jadinya. Dia pun fobia ke?” omong Genelia bersendirian. Pada sangkaannya, Ikram dah keluar awal-awal lagi. Silap tafsirannya. Ikram sebenarnya duduk kat beranda. Gelap! Jadi kelibatnya tidak kelihatan dengan jelas.
“Woi, perempuan!” jerit Ikram. Terperanjat Genelia. Hampir nak runtuh degupan jantung Genelia.
“Ingatkan hantu pocong mana. Rupanya suami aku yang terlebih sopan,” tak terluah kata-kata tersebut. Setakat dalam hati jelah.
“Pasal kaulah hidup aku tak tenteram dah. Gatal-gatal nak kahwin dengan aku,” herdik Ikram sekali lagi. Dah lebih dah ni. Bila masa pula Genelia sibuk-sibuk nak kahwin dengan dia. Dahlah Genelia pun kena paksa. Pakai tuduh je. Walaupun begitu, Genelia masih tidak menjawab walau satu perkataan sekali pun. Dia memang begitu. Tak suka panjangkan cerita dan tahap kesabarannya pun boleh tahanlah.
“Kau dengar ke tak?” riak suara Ikram masih lagi keras. Takut juga Genelia hendak menjawab. Dia hanya mengangguk.
“Kau boleh tinggal kat dalam rumah aku ni sebagai orang gaji tak berbayar. Dan… jangan mimpi aku akan layan kau sebagai seorang isteri. Ingat tu,” tambah Ikram lagi. Genelia mengukirkan senyuman buat Ikram. Tak kisahlah orang gaji pun jadilah. Yang penting lelaki kat depan aku ni tak sentuh aku. Geli! Tapi, tak logiklah; bekas pengurus Syarikat Ilham Sdn. Bhd. jadi orang gaji. Apa nak buat… Dah syarat pertama Genelia menerima pinangan daripada keluarga Dato’ Akhmal ialah tidak dibenarkan bekerja. Kena jadi suri rumah sepenuh masa.
“Baik, Encik.” Setelah lama benar membatukan diri, Genelia akhirnya buka juga mulut dia tu.
“Bagus. Sekarang kau boleh pergi tidur,” arah Ikram, malas nak tengok muka Genelia. Dia tersenyum puas hati. Dengar juga perempuan ni apa yang aku cakap. Gila! Dahlah senyum sorang-sorang. Memang sewel! Genelia pula perlahan-lahan mengatur langkah menuju ke arah pintu bilik setelah selesai menyalin pakaiannya di dalam bilik air sebentar tadi. Baru je dia memulas tombol pintu, tiba-tiba terdengar suara Ikram.
“Hah! Nak ke mana tu?” sergah Ikram.
“Sa… saya… saya nak tidur kat dapur, Encik. Kan ke saya ni… orang gaji,” sindir Genelia. Dia memang benci dengan sikap bengis suaminya itu. Hisk, tak ada hati aku nak panggil dia suami.
“Apa? Memang sahlah kau ni gila. Kau orang gaji untuk aku sorang aja. Mama ngan papa aku tak ada kena-mengena. So, kau nak tidur… kat sini je. Jangan berani kau nak keluar dari bilik ni. Kau kena ikut perintah aku sebab aku ni suami kau.” Dia yang tak betulnya. Kejab kata aku ni orang gaji. Kejab lagi kata dia tu suami. Yang mana betulnya. Confused!
“Kat sini? Tapi… tapi… kan… saya… saya…”
“Dah! Kau tak yah nak gelabah. Aku tengok kau ni dah serupa macam cacing kena tuang minyak panas. Aku tak akan sentuh kau. Kan aku dah cakap kau jangan mimpi disiang hari. Kau boleh tidur kat atas sofa tu. Katil ni… tak bolehlah. Ia milik persendirian. Faham?”
“Fa… faham, Encik,” tergugup-gagap Genelia menjawab. Tanpa banyak bicara, Genelia melangkah menuju ke arah terletaknya sofa keras tu. Dia terlena juga kat situ akhirnya. Nasib baik tak sejuk sangat. Kalau tak kat mana Genelia nak cari selimut malam-malam buta macam tu. Ikram pula sedap dibuai mimpi di atas katik empuk. Memang tak bertimbang rasa betul. Begitulah saban hari kehidupan harian Ikram dan Genelia. Langsung tak nampak macam orang baru kahwin. Lebih-lebih lagi mereka dah batalkan rancangan mama dan papa mereka yang telah mengaturkan honeymoon mereka. Ada sekali tu, Genelia yang sudah biasa dengan gelaran Encik, tersasul di depan mertuanya. Punya pucat si Ikram tu. Nasib dia pandai mengawal keadaan. Tapi yang jadi mangsa Genelialah. Ada ke patut dia tuduh Genelia terpengaruh dengan satu telenovela Mexico, yang mana si isteri telah memanggil suaminya dengan gelaran senyor yang bermaksud Tuan. Pandai-pandai je.
Kini, dah genap 3 bulan mereka hidup serupa orang tak betul. Satu perkara yang tidak disangka-sangkakan berlaku. Ikram mula berubah sikap; ekoran daripada peristiwa yang berlaku 2 hari yang lepas. Waktu tu mereka berada di dalam bilik tidur. Cahaya lampu terang-benderang. Ikram sibuk dengan tugasan pejabat yang sengaja dibawanya pulang. Manakala Genelia tekun mengemas kain-kain yang berselerak kat atas katil. Pakaian Ikram! Tiba-tiba… pup! Bekalan elektrik terputus. Genelia memang sejak kecil lagi takut dengan kepekatan sebegitu. Tanpa berfikir panjang segera dia memeluk erat lengan gagah milik Ikram. Ikram pula naik rimas dengan keadaan sebegitu. Dia berasa kelainan pada jiwanya sendiri. Tak boleh jadi ni. Segera dia cuba meleraikan pegangan erat Genelia.
“Lepaskan aku. Kau ni bangang ke?” bentak Ikram.
“Tolonglah. Jangan tinggalkan saya sorang-sorang kat sini. Please. At least tunggulah sampai bekalan elektrik pulih dulu. Saya… saya takut,” rayu Genelia.
“Ah! Lantak kaulah. Peduli apa aku. Kau lepaskan lengan aku. Aku benci kau,” sekali lagi Ikram berkeras.
“Please, Encik. Janganlah tinggalkan saya. Kalau Encik nak denda saya sekali pun saya sanggup terima. But, please… don’t leave me alone. Saya betul-betul takut.” Kali ini Genelia mula menangis teresak-esak bagaikan budak kecil je. Tak sampai hati pula Ikram nak membiarkan Genelia dalam ketakutan. Sebenarnya dia cuba meleraikan pegangan kemas Genelia bukanlah sebab dia benci. Tapi sebab… nafsunya sendiri. Suami mana yang tak cair bila lihat isteri sendiri sedekat tu. Bauan wangi daripada tubuh Genelia mengugat keegoan Ikram. Sepasang matanya mula menjilat keseluruhan tubuh ramping milik isterinya. Fuh! Nasib baik bilik kembali terang. Kalau tak mesti berlaku adengan romatik macam filem-filem hindustan pula. Tapi tak kisahlah. Hubungan sah…
Ikram tak senang duduk. Sekejab menoleh ke kiri. Sekejab menoleh ke kanan. Entah apa yang merungsingkan dia.
“Az, mama ngan papa nak keluar sekejab. Jaga rumah dan isteri tu. Kalau Az pun nak keluar bawa sekali si Gee tu,” pinta Datin Maziaton. Ikram hanya mengangguk tanda faham. Ini peluang aku. Bisiknya bersendirian. Dia sebelum ni susah sangat nak mendekati Genelia. Tetapi tidak lagi kini. Dia dah mula mabuk asmara. Jatuh cinta dengan isteri sendiri padahal dulu dia yang terlebih-lebih jual mahal, mengalahkan perempuan. Dia menjenguk ke laman. Hmm… ada kat sini rupanya. Tunggulah! Aku tengah datang ni. Waktu tu Genelia sedang sibuk mencantas pokok bunga matahari, kegemarannya.
“Arggggg!” jerit Genelia. Terperanjatnya dia apabila tiba-tiba ada orang peluk dia dari belakang. Dahlah badan dia memang sensitif sangat. Naik bulu roma.
“Shuuu… apa jerit-jerit ni. Malu kalau jiran dengar,” bisik Ikram.
“Ok saya tak jerit. Tapi, boleh tak kalau Encik leraikan pelukkan Encik tu. Gelilah saya.”
“Geli? Emmm… pelik. Suami peluk pun boleh geli ke?”
“Encik tu boss saya. Bukan suami.”
“Ya ke? Tak pe… boss pun boleh ada hubungan secret dengan anak buah dia kan?”
“Apa merepek ni? Lepaskan saya. Rimasssssssssss!!!!” jerit Genelia. Dia dah tak kisah orang dengar sekali pun. Ikram yang memang dah tak tahu malu tu mula bertindak liar apabila tiba-tiba je menghadiahkan kucupan ringkas ke belakang leher isterinya. Genelia apa lagi… tolaklah suami dia. Terkebil-kebil Ikram melihat tindakkan spontan Genelia.
“Ganas juga awak ya. Ingatkan awak ni memang sampai bila-bila pun boleh dibuli. Lembut! Tapi kasar juga. Ni yang buat saya bertambah suka,” tambah Ikram sambil mengenyitkan mata. Genelia yang tak tahu nak buat apa berlari masuk ke dalam rumah. Malulah pula kalau orang tengok adengan-adengan romatis yang tak bertempat tu. Ikram yang memang dah gila bayang tu just menurut jelah. Dia mengejar Genelia. Akhirnya… berjaya juga dia menarik lengan Genelia. Kini, sekali lagi Genelia berada di dalam pelukkan Ikram. Kalau tadi Genelia dipeluk dari arah belakang. Kini, berdepanan pula. Muka Genelia dah merona merah. Hampir nak nangis. Ikram masih tersenyum basi. Lucu dengan gelagat isterinya yang fobia dengan hubungan suami-isteri. Tu pun dia dapat tahu daripada mak mertuanya beberapa hari yang lepas. Senang sikit nak buli!
“Sayang,” panggil Ikram lembut. Seram dengar suara dia.
“Lepaslah…Please!” rayu Genelia. Juga lembut.
“Manjanya isteri abang ni. Cairlah pula iman abang. Tapi kalau sayang nak tahu, abang dah jatuh cinta kat sayang.” Huh! Lega rasanya bila dah berterus-terang.
“Jangan nak bergurau, Encik. Ingat saya ni orang gaji.”
“Emm… memang pun. Tapi orang gaji untuk abang je kan? Jadi, of course, kena layan abang sorang je. Lagipun abang serius ni. Tak ada niat nak bergurau. Mungkin cinta dah berputik buat abang. Bukan buat ayang. Tak pe… abang sanggup tunggu.” Kata-kata ikhlas dari Ikram sedikit sebanyak memberi kesan kepada Genelia. Entah mengapa tiba-tiba dia dapat merasakan ketulusan hati suaminya. Kalau sebelum ni dia cuba meronta-ronta minta dilepaskan. Tidak lagi kini. Dibiarkan sahaja pelukkan kemas Ikram. Ikram pula tersenyum manis apabila melihat Genelia tidak lagi memberontak. Perlahan-lahan Ikram mendekatkan wajahnya. Dia sekali lagi menghadiahkan kucupan ringkas. Tapi, kali ini betul-betul singgah di bibir manja milik isterinya.
“Laa.. apa ni?”
“Apa pula?”
“Mengatal,” gerutu Genelia.
“Hisk! Pulak dah… Suami rasanya tak salah berkasih dengan isterinya kan? Dosa tau kalau isteri menolak. Kalau ayang tak suka abang tak pelah. Abang pun tak nak menganggu,” luah Ikram sambil meleraikan pelukkannya. Kemudian melangkah berlalu menuju ke kamar tidurnya. Dia bukan maksudkan pun. Saja nak bodek isteri dia. Dia yakin mesti isteri dia akan mengalah juga nanti. Genelia terpinga-pinga melihat tindakan gila suaminya tu. Macam mana ni? Nak biarkan aja, rasa bersalahlah pula. Tak pelah… tak salah kalau aku mengalah. Sebenarnya, pada malam dia memeluk suaminya… dia juga merasakan kelainan tersebut. Genelia yakin dia juga telah mula jatuh cinta dengan suaminya, Ikram Shazlan. Perlahan-lahan Genelia melangkah masuk ke bilik tidurnya.
“A… abang,” akhirnya keluar juga perkataan yang terkubur dalam hatinya sebelum ini. Ikram senyum. Aku dah berjaya!
“Emm… apa ayang panggil tadi. Encik?” sengaja dia menyakat Genelia.
“Tak… saya panggil abang. Kalau tak sudi tak pe.”
“Eh! Sudi… sudi… siapa kata tak? Kalau lebih dari tu pun abang sudi.” Genelia malu teramat sangat. Dia tak dapat nak mengelak lagi. Suaminya yang sorang tu dah mula merayap keseluruh tubuhnya. Akhirnya… terjadilah juga adengan malam pertama mereka yang tergendala dulu ekoran kebencian masing-masing pada alam perkahwinan. Genelia yang pada mulanya gugup dan fobia tu berjaya juga ditenangkan oleh Ikram. Ikram dengan penuh berhati-hati membawa Genelia kepangkuannya.
“Terima kasih, sayang,” luah Ikram setelah mendapat sepenuhnya hak sebagai seorang suami. Genelia membalas pelukkan suaminya.
“Terima kasih pada abang juga.” Akhirnya kedua-dua pasangan suami-isteri itu mula bercinta macam pasangan kekasih yang lain. Apa salahnya bercinta selepas berkahwin kan???

-TAMAT-

p/s: so, kepada yang kahwin atas pilihan keluarga, belajarlah mencintai pasangan anda. Jangan jual mahal tak bertempat. Kalau tak nanti tak pasal-pasal jatuh tersungkur seperti Ikmal yang dah mula gila bayang kat isteri sendiri. Samalah juga dengan si Genelia tu. Hehehe!!!!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

10 ulasan untuk “Cerpen : Orang Gaji”
  1. ira/anjang says:

    best… :smile:

  2. qaseh says:

    best!!!!!

  3. aishaa says:

    best sgt!!!

  4. dida liyda says:

    caya la!!!
    betol tu!!! jualmahal x bertempat!!!!

  5. jam says:

    teringat kt kawan masa blajar dulu2… sama spesis ngan genelia jugak.. lucu pun ada.. tp skrg dia dah kawin dah..hihihiii..

  6. Nur says:

    I lioke… best citernya.. kelakar. romantic comedy

  7. Qaseh Suchi says:

    too short story lahhh, but i still love it!

  8. samanta says:

    Oit genelia?hehehheheehe baca je name ni saya scroll atas 2 c the writer’s name hehehe tk phm? ala yang genelia tu acteress kollywood la…:D

  9. hok alah says:

    hok alah..
    manusia zmn skang memang suke ke buat cerpen dan novel mcm ni..
    cium2 lg..
    isk2..
    agak2 le..
    yg bace tk semua yg dh tua bngka..
    ade yg masih remaja ade gak yg kecik2 baca..
    ape le..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"