Cerpen : Taj Mahal Cinta

21 October 2008  
Kategori: Cerpen

1,335 bacaan 3 ulasan

jay
[email protected]

PROLOG.

HANYA satu keluhan yang sentiasa menemani gadis ini. Itulah yang selalu meniti di bibir gadis itu. Syafira memandang suasana kota yang sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu mengambil kesempatan berlari dari kesesakkan jalan raya. Dari bus stop dia menunggu bus ke Shah Alam dengan harapan dapat kembali ke rumah. Menyesal pula menolak ajakkan Dahlia. Sepanjang cuti semesta Syafira mengambil keputusan untuk berkerja bagi menampung bayaran untuk semesta tahun hadapan tanpa mengharapkan bantuan mama dan papanya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dengan malas Syafira menarik laju dari poket baju kurungnya. ‘Huh! Budak Otak Sewel?’ cemuh Syafira. Dengan kiraan sepuluh barulah dia mengangkat panggilan tersebut.
“Amboi.. Lambatnya angkat phone”getus suara lelaki itu. Belum sempat dia menyapa ayat panasnya sudah tersembur dulu. Syafira mengeleng laju.
“Assalammualaikom..BOS!”tekan Syafira pada perkataan ‘BOS’. Ya..lelaki yang sedang bercakap dengannya adalah bosnya sendiri. Bosnya yang suka menganggu kesejahteraannya sepanjang seminggu dia mula berkerja dia syarikat Ombak Holdings.
Kedengaran suara lelaki itu terkekek ketawa. Sekali lagi Syafira mengeluh. Dia menunggu suara daripada lelaki itu tetapi lelaki itu hanya senang menyambung ketawanya. “Bos..ada apa call saya? Saya sibuk ni..”ajuk Syafira laju. Malas rasannya menekapkan telefon ke telinggannya dan lagi-lagi mendengar suara lelaki yang memualkannya.
Lelaki itu tersenyum dengan sisa ketawannya yang masih lagi mekar. “Sibuk..yek? Oo..kalau sibuk tak apa la..”suara itu sekan-akan menjauh.
Syafira mengeluh lagi. Tak terkira keluhan yang keluar dari bibir miliknya. “Ok..sorry.”
“What?”duga lelaki itu sengaja.
“Err..sorry. Apa bos nak ni..kalau ada apa-apa esok saya boleh sediakan.”ujar Syafira apabila dia terasa bersalah. Apa yang di pasti lelaki ini sengaja mengenakannya tetapi lelaki itu bosnya.
Lelaki itu senyap. “Fira..you dekat mana ni?”soal lelaki itu pula. Syafira mengerutkan dahinya. Lain yang ditanya,lain pula yang di jawabnya.
Syafira mengeluh lagi dan lagi. “Saya dekat bus stop nak balik rumah dekat Shah Alam. Bos nak saya tolong apa ni bos.. malam nantila bos call saya. Dekat sini sesak dan saya tak berapa dengar suara bos.”luah Syafira laju. Dia tahu Bosnya kan mengerti jika dikatakan ayat yang sebenar. Ya..lebih baik tidak payah menipu.
“Bus stop?”
“Ermm..bus stop depan kedai buku Kairil Book Partners.”luah sahaja dari bibir Syafira.
Ketika itu kedengaran lelaki itu mengeluh.”Fira tunggu I biar I hantar you balik.”
Ketika itu Syafira terus menjerit melarang. “BOS!! Jangan! Dekat sini jam bos. Nanti tak pasal-pasal lambat bos nak balik jumpa bini bos nanti karang.”laju Syafira memulakan langkahnya menolak. Ayatnya juga tunggung dan tertonggeng.
“Ok..baiklah. you tunggu sana I datang. Tunggu sana kalau tak I akan berhentikan you kerja.”ugut lelaki itu kemudian panggilan itu terus mati. Panggilan yang mati itu seperti matinya perasaan Syafira saat ini apabila Syafira melihat bosnya sudah tersadai di tepi bus stop dan memandangnya dengan senyuman yang paling murah dengan godaan. ‘Senyuman setan!!’bisik Syafira dalam hati.

MESIN photostat yang berada dihadapan Syafira bagaikan mahu ditelan hidup-hidup. Kertas segengam yang mahu di photostatkan bertabur dilantai bilik cetakkan. Hanya dia seorang yang melakukan kerja ini selepas Rita meminta cuti separuh hari. Aduh! Inilah pulak masa yang menduga apabila mesin yang boleh dianggap antik ini meragam. Pedih hati Syafira. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 4 petang dan abangnya akan datang menyambutnya pulang pada pukul 5 petang.
Tiba-tiba pintu bilik cetakkan dibuka seseorang. “BOS!”jerit Syafira apabila kertas yang tersusun di hadapan pintu berterbangan apabila tiupan angin pintu yang dilakukan oleh bosnya. Bagai meleleh air mata Syafira melihat penat lelahnya berterbangan. Bosnya tersentap dan diahkiri dengan senyuman bersalah. Harapkan muka berwajahkan tak bersalah tetapi hatinya ada niat mahu menyusahkannya dengan memberi peluang kepada Rita untuk cuti setengah hari. Tak adil!
“Sorry..sayang.”ujar bosnya.
Syafira mencebik. “Suka hati je..Senang-senang nak minta maaf lepas buat orang susah. Cubala fikir kesusahan orang lain dan jangan hanya fikirkan kesenangan diri sendiri aje. Orang yang ada di sekeliling ni pun manusia juga macam awak tu..kalau bukan manusia dah lama saya hilang kesabaran dan awak saya akan..akan..”ujaran Syafira terhenti di situ. Dia tidak mempunyai daya untuk membebel apabila bosnya memandang tepat kearahnya. Tanda marah juga. ‘Argh!! kau fikir kau sorang je yang boleh marah dan mengamuk? Hah! Tengok..aku pun boleh jugak.’
Bosnya cuba bersuara tetapi pintu bilik cetakkan di ketuk dari belakang. Wajah Dahlia kelihatan seperti menahan tawa. “Tuan Arai..PR dari syarikat Daicter Plan, Cik Diny sudah menunggu di bilik mesyuarat sekarang.”jelasnya. Syafira menarik nafas lega tetapi bosnya mengeluh.
“Dahlia..you tolong Fira kemas kertas ini. Tolong dia sekali guna mesin ni. Dari tadi I dok tengok dia melayan mesin tapi tak siap-siap kerjanya. Kalau tak boleh juga, scan je.”ujar lelaki itu laju. Syafira hanya senyap. Dia menundukkan kepalanya.
Dahi Dahlia berkerut. “Tuan, scanner yang ada dah dihantar servis. Scanner yang tinggal cuma kat bilik Tuan je.”jawab Dahlia laju sebelum sempat lelaki itu berjalan.
“You suruh Fira masuk je bilik I. Habis cerita… tapi I nak dia balik tepat 5 petang tak lambat macam semalam.”arah lelaki itu sebelum beredar.
Syafira mencebik sebelum mencangkung mengutip kertas yang sudah bertaburan. Dahlia itu sama menolong tetapi dia lebih senang tersenyum. “Sya.. tadi aku dengar kau mengamuk dekat Tuan Arai..kenapa?”
“Dia yang bodoh sangat buka pintu. Bila buka pintu tu tak ingat dunia dan ahkirat..pakai redah je.. Dah besar hidup menyusahkan orang je. Eloknya masa kecil tu..ditanam hidup-hidup.”bebel Syafira. Tangannya ligat menyusun semula kertas-kertas tersebut.
Dahlia tergelak. ” Aku tengok kau dan Tuan Arai makin rapat. Bila aku teliti balik..kau adalah seorang pekerja yang sempoi dan bila berkomunikasi kau panggil dia bos bukannya Tuan Arai dan Dia panggil kau Fira bukan Sya macam kami call kau. Ada apa-apa ke?”
Syafira mencebik. ” Aku panggil dia BOS sebab BOS tu stand for..Budak Otak Sewel.”luah Syafira laju. Memang dia gemar memangil lelaki yang bernama Arai Iskandar itu dengan panggilan tersebut. Lebih ‘mesra’ maksudnya. Dahlia tergelak. Hanya itu sahaja yang keluar dari bibir gadis itu.

“BODOH punya pen! Hari-hari aku guna ok je tapi bila tengah nazak rosak la pulak. Manala aku nak capai pen ni..”rungut Shafira. Dia bangun dari tempat duduknya dengan perasaan yang sebal. Hanya kesebalan yang ada. Dari jauh dia membalas pandangan Arai hanya dengan jelingan. ‘pergi lantakla kau bos’.bisik Syafira sebelum dia menempah ke meja Ghani.
Syafira berdiri betul-betul berhadapan Ghani. Kerjanya sebagai kerani sementara mendapat tempat duduk yang berhadapan dengan manusia gatal yang bernama Ghani.
“Encik Ghani..saya nak pinjam pen sekejap..”usul Syafira perlahan. Ghani mengangkat mukanya. Berseri-seri di penglihatan Syafira. ‘Aduh! Menyampah gila aku tengok!”dengusnya dan semua itu hanya terbit di dalam hati.
Ghani tersenyum. ” Jangan la panggil Encik..panggil je Abang Ghani.. bukan ke lebih mesra?”soal Ghani sambil melorotkan senyumannya sehingga ke telinga. Naik geli tahi telinga Syafira mendengar ujaran berani mati Ghani.
Syafira tersenyum sumbing. ” Baiklah..saya nak pinjam pen boleh tak. Pen saya dah habis ink la..saya nak buat kerja sikit ni..”pinta Syafira. Ghani tersenyum puas apabila Syafira menerima kata-katannya.
“Pinjam pen?”soal Ghani sengaja.
Syafira mengangguk berserta senyuman paksanya.
“Boleh..apa salahnya tapi dengan satu syarat.”ulas Ghani sebelum memberi kebenaran. Dia memandang Syafira atas dan bawah.
Syafira kecut perut. ‘nasib baik aku sarung baju kurung. Sopan sikit la mata kau nak tenung aku.’bisik Syafira lagi. “Apa sayaratnya??”
“Senang je..temankan saya makan lunch nanti.”ujar Ghani sambil menghulurkan pennya kepada Syafira.
Syafira hanya menelan air liurnya. Dia berbalah bagi. Arai yang dari jauh memerhatikan perbualan itu jadi tak senang duduk. Perasaannya amat dalam dan pelik. “Fira..masuk bilik saya.”arah Arai dari hadapan pintu masuk pejabat yang sebesar alam ini. Tersentap Syafira. Ghani yang sedang menghulurkan pen juga terperanjat serta merta pen terlepas dari pegangannya. Syafira memandang Ghani kemudian dia mengikut Arai dari belakang.
Ketika melalui meja milik Dahlia, dia mendapat senyuman beramatlah maknanya. Syafira membutangkan matannya kepada Dahlia. Arai duduk di kerusinya tanpa mengajak Syafira duduk. Syafira hanya berdiri menghadap Arai yang tajam memandangnya. Tanpa sepatah kata dan hanya tenungan antara mereka, Arai menarik laci mejannya dan mengeluarkan segengam pen di tangannya.
“Pilih yang mana satu you nak.”arah Arai. Dia memandang Syafira yang hanya senyap dan menundukkan kepalannya. “Pilih!”suara Arai kuat menerjah ke gegendang telinga Syafira. Tersentak dengan itu Syafira mengangkat mukanya dan memandang Arai yang memandangnya.
“Saya tak nak pilih.”ujar Syafira. Dia menundukkan kepalanya.
” You ni kan..I bagi pilih tapi you tak nak. Dengan Ghani you nak pulak bila dia bagi pen pada you. Dengan Ghani tak boleh pilih tapi dengan I you boleh pilih jadi ambil sekarang jugak.”arah Arai. Dia menunjukkan segengam pen yang sudah diletakkan diatas meja dengan pandangan mata.
Syafira hanya senyap. Tangannya dengan perlahan-lahan mencapi pen yang terdekat. Kemudian dia memandang Arai yang tersenyum puas kemudian dia memandang Syafira dengan senyuman yang tidak dapat ditafsirkan.
“Dah ambikkan? Apa lagi..keluarla..”arah Arai. Dia menatap pandangannya ke arah laptop yang sedia terbuka dihadapannya.Syafira mengangkat kaki tetapi langkahnya terhalang apabila Arai memanggil namanya. Pintu bilik yang terbuka itu tetap di bukanya..takut-takut Arai mahu melakukan sesuatu keatasnya.
Arai tersenyum melihat pintu yang terbuka luas itu. “Sayang..malam ni abang nak ajak sayang keluar makan. Nak tak?”soal Arai. Hampir tersedak Syafira mendengar soalan yang keluar dari bibir Arai.
Kening Syafira yang nipis itu semakin lama semakin bercantum. “Apa bos?”soal Syafira.
Arai tersenyum. “Malam ni abang datang rumah pukul 8 malam. Kita makan dekat luar. Ingat ni arahan.”ujar Arai sambil tersenyum manis. Tidak sempat Syafira menjawab Arai sudah membuka mulut. “Apa lagi tunggu? Nak kena cium ke? Lagi satu..abang tak suka tengok sayang senyum dekat lelaki lain selain abang. Abang jealous tengok senyuman sayang yang seksi tu..”usik Arai sambil tergelak terkekek-kekek.
Syafira terus keluar dari bilik mewah lelaki itu. Dia mengurut dadanya perlahan-lahan. Dalam hati dia mengutuk bagai nak rak kepada insan yang tersenyum puas di dalam bilik itu. Ketika dia berjalan melintasi Dahlia, Tania memandangnya dengan pandangan yang jelik. Ketika itu Dahlia mengikutnya dari belakang. Sampai sahaja di mejanya. Ghani sudah tiada ditempatnya.
“Sya.. ‘bos’ kau tu kenapa? Dia jatuh hati pada kau ke?”soal Dahlia.
Syafira tersedak kemudian dia memandang Dahlia tajam. “Banyak kau punya jatuh hati. Aku yang sakit hati adalah..Dia tu dah la orang muda yang paling bergaya di Malaysia tapi dia jugalah orang yang paling buta di Malaysia ni kalau dia boleh jatuh hati dengan aku. Dahla..kau jangan nak mengarut.”ujar Syafira lantas mengeluarkan pen yang baru tadi diambil dari Arai.
Syafira terus menulis tanpa memerhatikan tulisan yang berada di permukaan pen yang sudah menjadi miliknya. Dahlia tersenyum panjang melihat pen yang berada di tangan sahabatnya. Syafira yang hairan melihat Dahlia berjalan meninggalkannya dengan senyuman. Dia memandang ke arah pen yang berada di dalam gengamannya.

I love you.. I also miss you and the most is.. I need you in my life.

Semakin pusing kepala Syafira melihat ayat yang tercatat cantik dengan ukiran yang menabjukkan. Dirinya mula jatuh hati.

SYAFIRA memandang mamanya,Datin Suci yang sedang leka meneliti pokok orkidnya yang kian subur. Papanya,Datuk Firhad sudah keluar makan pagi bersama abangnya, Syamir. Bila mahu mengikut kata papa ini hal lelaki. Makin gilala Syafira berada di dalam rumah tanpa kata-kata. Mamanya pula lebih senang bercerita dengan pokok-pokoknya. Tak ada yang menarik apabila semua sahabatnya pulang kekampung. Mahu sahaja dia menjejakkan kaki ke kampong tapi di halang Datin Suci.
Telefon bimbitnya berdering kuat, berlari Syafira memanjat tangga mendapatkan pintu biliknya yang terbuka. Tanpa melihat si pemanggil Syafira terus menjawab. “Hello!”panggil Syafira.
Tapi talian dihujung sana hanya senyap dan tiada kata-kata dan suara. Syafira melihat telefon bimbitnya. Si pemanggil adalah ‘BOS’. Lagi-lagi si dia.. ‘Budak Otak Sewel’.
Tetapi talian hanya senyap. Tiada kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu. “Bos! Kenapa call saya pagi-pagi ni?”soal Syafira. Selepas dia terpaksa keluar makan bersama ‘BOS’, wajah itu lansung tidak muncul-muncul sehingga sekarang.
” I miss you.”ujar Arai.
Tersentak Syafira. Dia hanya senyap dan Arai juga begitu.
” I miss you.”ulang Arai tetapi Syafira hanya senyap. Itulah tindakannya. Dan ahkirnya Arai juga senyap sebagaimana Syafira. Panggilan itu terus sunyi sehingga Arai mematikan panggilan tersebut dengan keluhan berat.
Syafira hanya mengeluh. Tidak mungkin dia merindui lelaki itu. Jika lelaki itu tiada lebih aman hidupnya tetapi ucapan yang baru keluar dari bibir lelaki itu membuatkan Syafira tak senang duduk. Dia terasa sesuatu menganggu hatinya.
“Sapa yang call?”soal Datin Suci. Dia memandang anaknya yang hanya sepi di birai katil. Dari tadi dia ikut mendengar perbualan bisu anaknya dengan si pemanggil.
Syafira menoleh arah anaknya. Anak gadis tunggalnya yang berusia 22 tahun. Datin Suci mara ke arah anaknya yang hanya tersenyum. Datin Suci duduk mengisi ruang di sebelah anaknya. “Kenapa ni sayang?”soal Datin Suci. Dia memandang anaknya kemudian dia memeluk anaknya.
“Telefonla dia balik. Mungkin si dia tu rindu sayang pada anak mama ni.”ujar Datin Suci sambil tersenyum penuh makna. ‘Apa kena dengan mama ni?’ soal Syafira dalam hati. Syafira mengerutkan dahinya.
“Mana ada ma..Mama ni kalau satu hari tak usik Fira tak sah. Dahla..Fira nak keluar ni..Mama nak ikut tak? Kita pergi naik bas.”ajak Syafira. Datin Suci pula mengerutkan dahinya.
Dia memandang Syafira. “Papa dah sediakan kereta untuk Fira. Fira tak nak guna. Papa nak bayar yuran semesta Fira pun, Fira tolak. Apa sebenarnya yang Fira nak ni.. Fira nak rasa hidup susah ke?”soal Datin Suci kadang kala tidak mengerti anaknya yang sorang ni.
Syafira tersenyum. “Fira cuma nak rasa macam mana mama dan papa dulu rasa sebelum kita senang macam ni. Fira nak sentiasa muhasabah diri Fira untuk bekalan satu hari nanti. Biarla Fira belajar semua ni..Abang Mir pun selalu buat macam ni.”aju Syafira lantas bangun membuka almari empat pintu yang mengisi baju-bajunya.
Datin Suci mengeluh. “Abang Mir tu lelaki..tapi..”
“Tapi Fira ni perempuan. Itu ke yang mama nak cakap pada Fira? Ala..mama ni.. janganla berfikiran tertutup. Mama kena ingat yang Fira ada tali pingang hitam. Fira pun ada suara yang merdu macam amy search untuk minta tolong.”ujar Syafira lantas menarik sehelai pasang baju dan mengajukan baju itu kebadannya. Selepas puas dia menuju kebilik air untuk menukar baju. Datin Suci hanya mengeleng kesal.

EPILOG.

“KENAPA bos panggil aku?”soal Syafira kepada Dahlia yang masih tekun dengan kerja-kerjannya. Dahlia hanya mengangkat kepala. Dia tidak mahu Syafira mengetahui hal sebenar. Sudah sampai masanya untuk Arai sendiri berterus terang tentang perasaannya sendiri dan keadaan dirinya.
Syafira mengeluh keras dan menarik perhatian Dahlia. “Kenapa mengeluh ni..kau ni macam tak biasa pulak keluar masuk bilik dia. Mungkin dia nak cakap sesuatu sebelum kau berhenti kerja kut. Kan hari ni hari last kau kerja.”ujar Dahlia.
Syafira hanya menganguk menerima kata-kata Dahlia. Ya..sudah 2 bulan dia meluangkan masa untuk berkerja sebagai kerani di Syarikat terbesar di Malaysia. Dan bulan depan dia akan menyambung pelajarannya. “Lia..kenapa sejak beberapa minggu ni Tuan Arai kau tu selalu tak ada di pejabat. 2 minggu aku start kerja hari-hari aku nampak muka dia. Tapi minggu seterusnya terus hilang. Hanya sekali je dia call aku pas tu..senyap je.”lauh Syafira. Dia memandang pintu bilik Arai yang tertutup rapi.
Dahlia tersenyum nipis. Ada rasannya kena dipaksa. “Ala..dia orang besar Sya.. Takkanlah hari-hari ada di pajebat ni. Kenapa kau tanya?” soal Dahlia sengaja.
Syafira mencebik. “Saja je..tak boleh ke?”
“Bukan tak boleh tapi kau ni sebenarnya rindukan dia ke? Cuba kau story sikit kat aku ni.”ajak Dahlia. Dia sudah meletakkan pennya di atas meja. Baju kurung Syafira di tarik-tarik manja.
“Rindu? Hui….please la..tak mungkin! Dahla..malas aku nak layan kau.”ujar Syafira dengan mukannya yang merah. Dahlia tersenyum manis. Tahu dia yang Syafira menyembunyikan sesuatu dari dirinya.
“Sya..bos kau telefon hari tu sebab rindukan kau. Dia ada perasaan bukan macam kau..kaku! orang kalau dah rindu tak boleh nak sorok-sorok macam mata kau tu. Dahla..mulut kata lain tapi mata tunjuk lain. Sudahla..buang air je kau nak selindung-selindung dengan aku. Oh..ya, balik nanti..jangan lupa tunggu aku. Biar aku hantar kau balik buat kali terahkir.”ujar Dahlia sebelum menerima anggukkan daripada Syafira.
Syafira berdoa di dalam hati. Minta-minta perangai Arai sudah berubah. Tiada lagi masa untuk mempermainkan hati dan perasaannya. Ya..dia sudah terpesona dengan gelagat Arai tetapi kehilangan Arai membuatkan dia terasa kehilangan. Pintu diketuk perlahan. Mendengar sahaja arahan daripada Arai dia terus melangkah masuk.
“Ya..bos. Bos nak apa?”soal Syafira sebelum Arai sempat membuka mulutnya.
Arai tersenyum. Dia menyuruh Syafira duduk di hadapannya. Namun Syafira menolak. Dia hanya berdiri memandang wajah Arai yang sedikit pucat. Arai masih tersenyum. Dia menarik lacinya dan mengeluarkan sampul surat yang berisi gaji bulan ini dan sekeping surat. Syafira menyambut huluran Arai. Dia cuba membuka tapi di halang Arai.
“Buka la bila dekat tempat duduk nanti.”ujarnya lembut.
Syafira hanya mengangguk.
“Fira..itu duit gaji you bulan ini. I tak masukkan dalan account you sebab I rasa nak bagi sendiri. I nak you rasa macam mana perasaannya dapat duit depan mata. I harap you berjaya dan belajar betul-betul. You masih budak lagi..jadi pelajaran itu penting dari percintaan. I nak juga minta maaf pada you sebab selalu kacau you. I cuma nak berkenalan dengan you. I pun pernah buat macam I buat dekat you pada Dahlia dan Tania. Jadi maafkanlah I. Selain itu, you doakanlah I sihat selalu.”ujar Arai sambil tersenyum.
Syafira mengerutkan dahinya. Dia melihat wajah Arai yang seperti menahan rasa sakit. Ingin sahaja Syafira bersuara dengan lebih lanjut tapi intercom Arai berbunyi.
“Tuan Arai..Dato’ Haikal minta jumpa. Dato’ Firhad pun ada juga.”ujar Dahlia. Arai tersenyum kepada Sayafira. Syafira mengerti maksud itu. Dia melangkah keluar dari bilik Arai dengan seribu pertanyaan. Derapan langkah yang perlahan dia mendengar suara Arai memberi arahan kepada Dahlia untuk membawa tetamu ke bilik mesyuarat.

“SAYANG sungguh Dato’ Haikal pada anaknya,ma.”ujar Dato’ Firhad kepada Datin Suci ketika mereka sekeluarga menjamu selera di ruang makan. Syamir yang mendengar hanya memansang telinga. Syafira hanya senyap. Dia kenal siapa Dato’ Haikal dan dia telah berjumpa dengan lelaki itu ketika di Ombak Holding bersama-sama Dato’Firhad.
Datin Suci memandang suaminya. “Kenapa abang cakap macam tu?”
Dato’ Firhad mengeluh. “Mana taknya. Anaknya si Arai tu sakit. Dah bertahun-tahun menahan sakitnya..”
“Dah sudah..biar betul abang ni.Cubala abang ikhtiarkan sesuatu untuk dia. Rugi bang kita hilang dia. Dia tu..bukan nak puji tapi memang baik.”ujar Datin Suci sepenuh hati.
Syafira memandang papanya. “Papa..Arai tu..Tuan Arai ke pa? Arai anak Dato’ Haikal?”soal Syafira meminta jawapan. Syamir yang senyap hanya memandang adiknya.
“Yalah..siapa lagi yang ada nama pelik macam dia. Dialah Arai yang papa kenalkan pada Abang kamu masa kami pergi minum pagi sama-sama.”jawab Dato’ Firhad. Tersentap Syafira. “Bila pa?”
Syamir memandang adiknya. “Ala..masa pagi yang Fira sibuk nak ikut abang dan papa. Lupa?”soal Syamir dia meneruskan suapannya. Datin Suci sudah keruh di wajah.
Syafira tidak puas hati. “Jadi..Dato’ Haikal tu papa Arai?”
“Ya..”jawab Dato’ Firhad.
“Dato’ Haikal dah kenal Fira..jadi Arai pun kenal Fira ke?”tanya Syafira lagi.
“Ya..mesti la kenal. Masa kecil-kecil dulu papa dan mama selalu bawa kamu dengan abang pergi rumah Arai tapi Arai dah besar dan belajar di Washington. Kenapa kamu tanya?” Dato’ Firhad pula tidak sedap hati.
“Entah..kenapa Fira tanya soalan banyak-banyak ni? Fira dah jatuh hati pada bos Fira sendiri ke?”soal Syamir. Syafira hanya senyap. Dia memandang Datin Suci dan Dato’ Firhad.
“Arai sakit apa pa?”soal Syafira lagi.
“Entahla..Dato’ Haikal pun tak tahu apa penyakit anaknya. Arai bukannya mahu nak bagi tahu sesiapa. Doctor mengesahkan dia mengalami penyakit hati.”jawab Dato’ Firhad sambil mengeleng kesal
“Penyakit hati pa?”sambut Syamir.
“Ermm..nampaknya macam tu la. Budak tu kata Dato’ Haikal selalu sangat pendam perasaan dalam hati. Semuanya nak dipikul sendiri. Dia tahu memikul je tapi tak tahu nak luahkan. Sebab itula papa tak nak anak-anak papa diam-diamkan perasaan sendiri. Luahkan je kalau tak puas hati.”luah Dato’ Firhad.
“Ada ke macam tu pa. Dah memang di nak sakit..bukannya dia simpan semua masalah dia”luah Syamir yang sedikit terasa dengan kata papanya.
“Sekarang budak tu dekat mana pa?”soal Datin Suci.
Sekali lagi dato’ Firhad mengeluh. “Dah tinggalkan Malaysia. Kata Dato’ Haikal, budak tu nak berhijrah.”

SYAFIRA berjalan masuk ke biliknya. Dia hanya mampu berdoa. Hari ini dia terpaksa mematikan diri di dalam bilik. Hatinya penuh berserabut. Tiada kata yang mampu di katakan lagi. Dia tak rela tapi untuk apa rela itu? Dia juga tidak tahu. Dia hilang akal memikirkan perkara yang bermain di benaknya.
Dia teringatkan kata-kata Dato’Haikal dan papanya bercandah ketika menunggu kedatangan Arai semalam. Dia yang ingat-ingat lupa kenangan dahulu hanya tersengih mendengar cerita Dato’Haikal dan papanya.
“Had, anak kau ni dah besar panjang. Kalau dulu-dulu datang rumah aku pakai pampes je.”usul Dato’ Haikal membuatkan Dato’Firhad tergelak kecil. Syafira hanya senyap sahaja. Dia juga melemparkan senyumannya. Senyuman yang dianggap seksi. Oleh ‘BOS’.
Dato’ Firhad memandang anaknya. “Yalah..tak lama lagi kita dapat realisasikan impian kita dulu dan mereka berdua dapat bina taj mahal yang mereka idam-idamkan dulu.”sambut Dato’ Firhad membuatkan Syafira kehairanan.
“Taj Mahal papa?”soal Syafira laju.
Dato’ Firhad tersenyum tetapi wajah Dato’ Haikal seperti biasa. Di wajahnya menyimpan seteguh rahsia yang amat menguris perasaan sahabat lamanya. “Kal..kau tolong terangkan pada anak aku ni. Dia ni pelupa. Dulu beria-ia sangat.”balas Dato’Firhad selamba membuatkan Syafira malu.
Dato’ Haikal menarik panjang nafasnya. ” Dulu..Fira dan anak uncle janji nak bina Taj Mahal cinta bersama-sama. Taj Mahal itu seteguh kasih Syah Jihan dan Muntaznya. Siap buat perjanjian bertulis atas pasir. Uncle ada simpan lagi picture pasir yang di lukis kamu berdua.”jawapan Dato’ Haikal membuatkan Syafira tersentak.

KHAYALAN tadi hilang tiba-tiba. Perlahan-lahan Syafira membuka beg tangannya. Sampul surat yang diberikan Arai semalan di pandang sepi. Perlahan-lahan dia membuka supaya tidak terkoyak. Ketika itu jatuh sekeping kertas yang cantik terlipat. Tangan Syafira ligat membuka sampul surat berkenaan. Matanya terbeliak melihat sekeping cek bernilai RM 100 ribu. Gajinya sebulan seratus ribu?
Matanya tercatap di sekeping surat yang masih terlipat. Perlahan-lahan dia membuka lipatan surat itu. Doa berdoa supaya tidak terkoyak sama sekali.

Sekali makna I memberikan you sekeping surat yang tertulis dari hati milik I yang penuh dengan rasa sayang kepada you yang bernama Syafira. Syafira..kasih yang telah I tanam di dalam hati ini adalah milik you. Janganlah dipersiakan akan apa yang telah I lakukan untuk you dengan duit itu..bantulah sesiapa yang kurang bernasib baik seperti I. I hargai segala perasaan you pada I. Perasaan marah dan benci you menjadi dinding hidup I. I ahkiri hidup dan warkah ini dengan barisan ayat cinta yang I akui kebenarannya..Ada Untukmu.

Di sana pungguk menanti
Mengharap pulang membalas rindu dihati
Di sini aku berdiri menunggu dengan penuh kesabaran
Tanpa manis pada janji yang puitis
Tuk persembah hanya ketulusan sekeping hati suci
Aku berikan kasih kalau itu yang kau mahu dariku
Aku berikan cinta untuk membahagiakan hari mu
Aku sayang dirimu biarpun nafasku sampai terhenti
Akan ku kota janji kita
Mendirikan taj mahal cinta
Seteguh kasih..Syah Jihan kepada muntaznya..

Terima kasih untuk segalanya..
Ehmad Arai Haikal.

Syafira tersentap lagi. Cek ditangannya di pandang sepi. “Taj Mahal Cinta ini seteguh cinta kau pada aku. Bukannya seteguh cinta Syah Jihan yang sudah terbukti dengan Taj Mahal yang telah di bina untuk Muntaznya.”ujar Syafira perlahan.

ARAI menghirup udara segar di dalam ruang dimensi Taj Mahal yang membawa maksud di dalam hidupnya. ‘Akan ku ahkiri nafas terahkirku di Taj Mahal cinta kita’ bisik Arai dengan menutup matanya. Angin bayu membawa Arai berjalan perlahan. Waktu petang yang indah membuatkan Arai tidak mampu berkata-kata. Ini adalah kali terahkir dia menikmati udara senja di tanah lahirnya Mahatma Gandhi, pejuang keamanan bagi rakyatnya.
Dia melangkah menunggu masa untuk memberi makan kepada burung-burung yang menunggu di luar jalan besar yang membawa pelancong. Wajah setiap pelancong dipandang sepi. “Berahkirla segala penantianku.”ujar Arai. Dia berpaling tanpa menunggu burung-burung yang menunggu makanan mereka. Telefon bimbit Arai berbunyi perlahan.
“Ya..doctor”sambut Arai apabila disapa doktor peribadinya. “Yes…I’ll be there. Just in 20 minutes. Thanks doctor.”ujaran itu mematikan panggilan tersebut. Arai mengeluh perlahan. Dia berpusing kembali melihat Taj Mahal yang berseri apabila cahaya senja melimpahi setiap sudut yang terhebat.
Arai tersenyum nipis. “Aku berikan kasih kalau itu yang kau mahu dariku..Aku berikan cinta untuk membahagiakan hari mu..Aku sayang padamu biarpun nafasku sampai terhenti..Akan ku kota janji kita..Mendirikan taj mahal cinta..Seteguh kasih Syah Jihan kepada muntaznya.. Walaupun aku tiada lagi..Taj Mahal Cinta itu..”
“Kekal didalam hati ku.”sambut suara lembut dari belakang Arai.
Arai berpusing. Hanya senyuman berada di bibirnya. Dia memandang si suara yang menyapanya dengan lembut. “Terasa dirimu dekat tetapi jauh untuk mengapaimu dan meraih cinta kita..Aku sayang padamu..biarpun nafasku sampai terhenti. Assalammualaikom.”ujar Arai sampai berjalan tanpa lagi menoleh.
“Arai..hanya ketulusan sekeping hati suci yang saya mahukan.”teriak suara itu lagi.
Arai berhenti sambil tersenyum. Dia tidak menoleh sama sekali. “I tak ada hati yang suci itu. Pergila..pergi mencari Taj Mahal cinta yang sebenar Syafira.”
Syafira berjalan laju kearah Arai. “Jangan dekat sayang..I tidak mampunyai apa-apa untuk membina Taj Mahal yang sayang idamkan.”luah Arai. Dia menahan getar yang melanda di hatinya. Yang pasti..dia sebak dan hatinya bagaikan digilis laju. Dia tidak mempunyai daya untuk menahan selangkah lagi langkah gadis yang dicintainya dari kecil.
“Saya tak perlukan Taj Mahal tapi saya perlukan awak. Awaklah Taj Mahal cinta saya. Balik la kepangkuan kami.”pujuk Syafira. Dia melihat Arai mengengam penumbutnya. Dari belakang dia dapat melihat susuk badan Arai yang semakin kurus dan nafasnya juga tidak teratur seperti dulu. Seperti pendek nafasnya. Syafira memandang Arai tanpa berkelip. Hatinya dirundum pedih. Lelaki yang baru dia cintai memintanya sesuatu yang tidak dapat dilakukan. Ini bukan pengorbanan yang dia boleh lakukan. Walaupun dalam hati dia bersetuju yang pengorbanan itu adalah resepi kejayaan sesuatu perhubungan.
“Sudahla.. I nak berehat dulu. Jangan hilang dari menjejaki I supaya jasad I dapat kembali ke pangkuan you. Roh I pula aman di Taj Mahal kita yang sudah kita bina di taburan pasir dahulu. Terima kasih kerana mencari I. Selamat tinggal sayang,Syafira.”
Arai berjalan laju meninggalkan Syafira. Syafira tidak dapat menahan rasa. Dia menangis di depan Taj Mahal yang menjadi lambang cinta bagi Syah Jihan dan Muntaznya dan sekarang cintanya betul-betul terkubur di hadapan cinta yang diagungkan seluruh dunia. Air matanya mengalir deras seperti derasnya air mata Arai apabila melihat cintanya terduduk menangisi pemergiannya..
“Cinta tak semestinya bersama, Syafira.”bisik Arai tanpa melihat lagi tangisan dari gadis kecil molek itu. Arai berjalan menuju ke hospital sambil bibirnya membisikkan kata cintanya.

[email protected]




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Cerpen : Taj Mahal Cinta”
  1. insanbosan says:

    sdey nyer.. :sad:

  2. epy_elina87 says:

    hohohooh…
    sdihnya :|

  3. sukasuki says:

    kerapa x bersma — ‘

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"