Cerpen : Cinta Dalam Hati

17 November 2008  
Kategori: Cerpen

3,408 bacaan 3 ulasan

Nama Pena : fida A.I

” Woi, bangun lah!!!. Ko tak nampak ke aku tengah kemas rumah ni..ke ko nak aku kemaskan ko sekali” jerit Aqila kepada Ridzuan sambil bercekak pinggang. Namun Ridzuan masih tidak bergerak. Lantas Aqila menolak badan Ridzuan dari atas sofa tersebut.
“Wei, ape ni???tak nampak ke aku tengah tido..berapa kali aku dah pesan…jangan ganggu aku tido” marah ridzuan sambil mengurut-ngurut pinggangnya..
“Padan muka ko..sapa suh pekak sangat..aku dah jerit punya kuat, ko masih tak dengar lagi” ujar Aqila dengan selamba..
” Ko ni memang …saja nak cari pasal dengan aku pagi-pagi ni” marah Ridzuan lagi. Geram betul dia apabila tidurnya di ganggu.
“Cuba ko tengok jam besar kat dinding tu betul-betul…masih pagi lagi ke dah tengah hari?? ” marah Aqila sambil tangannya menunjuk ke arah jam dinding. Ridzuan hanya mencebik lantas berlalu ke dapur. Aqila lantas melipat selimut yang digunakan Ridzuan tadi.
“Bukan reti nak lipat sendiri..menyusahkan aku je” rungut Aqila sendirian. Ridzuan merupakan suami kepada Aqila. Mereka berkahwin hanya sebab di cabar oleh rakan-rakan sekelas mereka sewaktu di Institut Perguruan. Dulu, mereka sering bergaduh dan masing-masing tidak mahu mengalah sehinggalah sekarang ni. Disebabkan ego masing-masing, mereka lantas menyahut cabaran tersebut untuk berkahwin selepas tamat pengajian. Majlis perkahwinan mereka hanya berlansung secara kecil-kecilan. Mereka bernasib baik kerana pengajian mereka memang telah menjaminkan mereka pekerjaan. Lantas selepas tamat pengajian mereka memohon mengajar di tempat yang sama cuma berlainan sekolah.
“Qila, apesal ko x cuci baju aku??”ujar Ridzuan tiba-tiba muncul. Aqila hanya tersengih.
“woi, aku tanya ni..bukan aku nk tengok kau tersengih macam kerang busuk..aku nak jawapan ko..faham x??” ujar ridzuan lagi. Geram dengan perangai Aqila seperti memepersendakannya.
“ko ade tangan kan??ko cucilah sendiri. Ko xnampak ke aku ngah busy kemas rumah?. Ko tu bukan reti nak tolong pun” ujar Aqila bersahaja.
“Arghhhh..ko memang sengaja nak sakitkan hati aku kan??tak pe…ko tengok lah nanti..”ujar Ridzuan lantas berlalu membawa pakaian-pakaiannya yang telah seminggu tidak dicuci..

Pagi itu, seperti biasa selepas menyiapkan sarapan pagi, aqila akan bersiap-siap untuk ke sekolah. Selalunya Ridzuan akan menghantar dan menjemputnya memandangkan sekolah tempat aqila mengajar tidak jauh. Selepas bersiap ala kadar, dia segera berlalu ke dapur kerana selalunya Ridzuan akan menunggunya di situ sambil menikmati sarapan pagi. Tetapi, sebaik sahaja kakinya tiba di ruang makan, terdengar bunyi enjin kereta di hidupkan. Lantas Aqila berlari keluar.
“Ridz, tunggu aku lah wei..aku tak sarapan lagi lah” jerit Aqila sambil terkocoh-kocoh memakai kasut. Ridzuan menurunkan cermin kereta.
“Hari ni ko naik teksi je k..tu balasan ko x cuci baju aku hari tu” ujar Ridzuan terkekeh-kekeh ketawa lantas memecut keretanya laju-laju.
“tak guna betul. Ko ingatlah nanti. Mentang-mentang aku tak reti bawak kereta..xpe2…”rungut Aqila geram. Nasibnya agak baik kerana tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan teksi tetapi agak berpeluh jugak berjalan menuju ke jalan besar.
“Ai Qila, lambat sampai hari ni” tegur Nazirah, salah seorang guru di situ dan merupakan kawan baiknya semasa di IPG dulu. Mugkin die hairan nape Aqila lambat coz selalunya dielah orang terawal yang akan sampai.
“Ridz xguna tu tinggalkan aku..arghhhhhh tension tol dapat laki camtu” ujar aqila lantas meletakkan begnya di atas meja. Nazirah tergelak kecil.
“Aku tak faham lah dengan kau berdua ni..asyik gaduh je..ingatkan dah kahwin leh la baik-baik..tp rupa-rupanya makin teruk. Camne kau boleh tahan ek..dah nak msk 3 thn kan??” Aqila hanya mengangguk kecil mengiakan pertanyaan Nazirah. Aqila sendiri tidak faham macam mana dia boleh tahan dengan perangai Ridzuan..ala, perangai aku pun lebih kurang cam die, sbb tu kot..ujarnya dalam hati. Hari itu berlalu seperti biasa. Ketika waktu balik, Aqila lantas mendapatkan Nazirah.
“Naz, aku tumpang kau balik boleh x??” ujar aqila sambil buat-buat muka sedih..saja nak mintak simpati…hehehe
“nape?? Laki kau x jemput ke??” tanya Nazirah hairan.
“Rasanye tak kot..ala, leh la” rayu Aqila lagi sambil wat muka seposen pulak.
“yela-yela…kawan punya pasal, xde hal lah..jom” ajak nazirah tersenyum. Lantas Aqila memeluk nazirah.
“wei, ape ni??musahaqah ek??”jerit nazirah bergurau terkejut dengan perlakuan Aqila.
“hehehe….saje je…nak ucap tima kasih..”ujar Aqila tersengih..lantas mereka beriringan menuju ke tempat letak kereta. Sesampainya di rumah, Ridzuan masih belum balik lagi. Lantas Aqila bersiap-siap untuk menyiapkan makan malam. Sedang dia leka memasak, terdengar handphone nya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Sebelum sempat dia mengucapkan salam kepada si pemanggil…
“wei, ko kat mane ni??aku dah tunggu nak dekat sejam ko tau x??” Aqila cuba menjarakkan handphone tersebut dari telinganya kerana terkejut dengan suara kasar Ridzuan.
“dah tak reti nak bagi salam ke??aku kat rumah lah..aku tak pergi keja tadi…tak de teksi” bohong Aqila sambil cuba menahan tawanya..
“Ko ni biar betul??habis tu nape tak kol??dah xreti nak kol ke??” ujar Ridzuan plak..hehehe..tau pun cuak..bisik hati kecik Aqila.
“dah ko kate nak balas dendam kat aku..aku malas lah kol ko” ujar Aqila bersahaja. Ridzuan lantas mematikan talian..Aqila hanya tergelak sakan memandangkan dia berjaya mengenakan Ridzuan. Namun, gelaknya mati tiba-tiba apabila mendapati dirinya masih berbaju kurung. Lantas, dia berlari ke tingkat atas untuk menukar pakaiannya dan menyembunyikan baju kurung yang dipakainya tadi. Setelah siap, dia segera menyambung kembali kerja-kerja yang tertangguh. Tidak lama kemudian terdengar bunyi kereta Ridzuan. Aqila tidak mempedulikan malah tekun menyiapkan kerja-kerjanya. Dia tidak mahu terlepas untuk menonton rancangan kesukaannya iaitu detektif conan pada pukul 7.30 mlm nanti di TV 3. Pernah dia bergaduh dengan ridzuan gara-gara berebut siaran televisyen. Setelah siap, lantas dia menuju ke ruang tamu dan lantas menghidupkan televisyen. Hari ini dia tepat pada masanya kerana sebaik sahaja di buka, kartun tersebut baru bermula.
“Qila, ko ni suka sangat tengok kartun ni..macam budak-budak tau” ujar Ridzuan tiba-tiba lantas duduk tidak jauh dari Aqila.
“sukati aku lah..ko bising-bising ni nape?? Gi lah duduk jauh-jauh kalo ko xske” ujar Aqila sambil matanya tidak lepas memandang ke kaca televisyen.
“ko dah solat maghrib belum ni?” Tanya Ridzuan lagi.
“Aku cuti lah” balas Aqila pendek. Malas dia hendak melayan kerenah ridzuan. Lebih baik aku tengok cte ni lagi best..bisik hati kecil nya. Ridzuan hanya memerhati gelagat Aqila..sekejap tersenyum, sekejap nampak cemas..ridzuan tersenyum sendirian..Tak sangka dia akan mendapat isteri yang perangai macam budak-budak. Dia masih ingat lagi sewaktu masih belajar lagi, dia suka cari pasal dengan Aqila semata-mata untuk mendapatkan perhatian gadis tersebut. Dia tau, dia telah jatuh cinta pada Aqila tetapi kerana sikap ego, dia cuba menafikan perasaan halus yang lahir dalam hatinya. Aqila seorang yang periang, yang selamba dan seorang gadis yang simple. Dia tak pandai bergaya sangat. Malahan selalu je tidur dalam kelas. Dia masih lagi menyimpan gambar Aqila sedang tidur di dalam telefon bimbitnya yang diambilnya secara senyap-senyap. Gambar itu lah yang menjadi pengubat rindunya apabila dia rindukan Aqila. Di sebalik sifat riang Aqila, dia tau..Aqila selalu bersedih kerana dikecewakan kekasihnya ketika itu. Bukan dia tidak tau yang Aqila terlalu menyanyangi lelaki tersebut. Dia nampak Aqila menangis. Ingin dia sapu air mata tersebut tetapi egonya sebagai lelaki menghalang. Lantas, apabila di cabar oleh rakan-rakan sekelas mereka untuk mengahwini Aqila dia terima sebagai satu rahmat kerana dia sebenarnya menyintai Aqila.
“Ridz, napa ko senyum sorang-sorang r?” Ridzuan terkejut mendengar suara Aqila menyapa gegendang telinganya.
“saje je..nape??aku kaco ko ke?” balas Ridzuan bersahaja cuba menutup perasaan malunya. Aqila hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.
“ko dah makan? Jom makan. Aku lapar lah” Ajak Ridzuan tiba-tiba membuatkan Aqila rasa tidak percaya. Yelah, selama ini, mereka makan pun berasingan.
“err..aku xnak makan malam ni. Ko makan je lah ek” balas Aqila gugup.
“ko ni nape??aku bukan nak makan ko pun??aku nak ajak ko makan je..dah2 jangan banyak songeh..jom mkn” ujar Ridzuan lantas berlalu ke dapur. Seperti budak kecik, Aqila hanya menuruti langkah Ridzuan. Mereka hanya mendiamkan diri sambil menikmati makanan masing-masing.
“betul ko tak pg keja td?” ridzuan tiba-tiba memecah kesunyian di antara mereka.
“A,,ah la..nape plak??ko xcaye ke? Xcaye gi la tanye Naz” balas Aqila acuh tak acuh. Dalam hatinya menyumpah dirinya kerana pandai sangat memberi cadangan..mahunya ridzuan betul-betul bertanya dengan Nazirah, xke kantoi..huh..Ridzuan hanya mendiamkan diri. Dalam hatinya terbit rasa bersalah kerana meninggalkan Aqila pagi tadi. Xpelah sebagai pengajaran kat dia..biar dia tau aku ni sape..bisik hati kecil ridzuan sambil tersenyum sendirian.
“Ai, senyum sorang lagi?” ujar Aqila tiba-tiba.
“sukati aku lah..aku senyum bukan kaco ko pun” balas Ridzuan sambil terus menghabiskan makanannya. Malam itu, seperti biasa Aqila akan tidur di biliknya manakala Ridzuan pula akan tidur di bilik sebelah. Mereka hanya tidur sebilik apabila salah seorang ahli keluarga mereka datang bermalam tetapi di dalam bilik pula, mereka tetap akan tidur berasingan di mana Aqila akan tidur di atas katil dan ridzuan akan tidur di bawah. Malam itu, selepas mencuci muka dan menggosok gigi, Aqila lantas mematikan lampu dan bersiap-siap untuk tidur. Namun belum sempat die manutupkan mata, dia terasa sesuatu di lengannya. Lantas dia cuba membesarkan matanya untuk melihat benda tersebut. Ya Allah cicak!!!. Lantas dia berlari keluar.
“Ridz…tolong aku..bukak lah pintu ni” ujar Aqila sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik Ridzuan. Tidak lama selepas itu, muncul Ridzuan di muka pintu. Masih mamai.
“Ko nak pe malam-malam ni?” tanya Ridzuan dengan suara yang serak.
“atas katil aku ade cicak.”balas Aqila perlahan.
“la, cicak je..gi lah buang” ujar ridzuan lantas cuba berlalu. Namun, langkahnya terhenti apabila terdengar esakan kecil Aqila. Di lihatnya bibir Aqila seakan bergetar menahan tangis. Ya Allah..apa aku buat ni..mungkin Aqila betul-betul takut dengan cicak..ujarnya dalam hati..rasa bersalah menyelebungi hatinya. Lantas dia menuju ke bilik Aqila. Memang terdapat seekor cicak di atas katil Aqila tetapi cicak tersebut sudah pun mati. Lantas dia membuang keluar tingkap. Aqila masih membatu di luar bilik. Air matanya masih lagi mengalir.
“ok, aku dah buang. Ko gi lah masuk tdo k” pujuk Ridzuan sambil memegang bahu Aqila. Aqila hanya mendiamkan diri.
“Qila..cicak tu dah tak de..ko gi tdo k..lewat dah ni..t ko lambat bangun plak..aku tak nak tunggu esok” pujuk Ridzuan lagi. Aqila hanya mengelengkan kepalanya. Dia memang agak fobia dengan cicak.
“macam mana kalau cicak tu ada lagi? Lagipun cicak tu td dah mati kan..mana tau da cicak lain lagi kat situ” ujar Aqila perlahan.
“ok, mcam ni je lah..ko tido bilik aku mlm ni. Biar aku tdo kat ruang tamu je.”cadang Ridzuan. Aqila hanya mengangguk kecil. Setuju dengan cadangan Ridzuan. Lantas Ridzuan masuk kebiliknya dan mengemaskan katilnya yang agak berselerak. Perlahan dia menarik tangan Aqila dan merebahkan Aqila lantas menyelimuti Aqila. Bagaikan budak kecik, Aqila hanya menurut.

Pagi itu, Aqila tiba di sekolah agak awal. Yelah Ridzuan telah menghantarnya macam selalu. Menjadi jugak tipu helah die yang die xpegi mengajar hari tu. Aqila masih teringat kejadian malam tadi. Pertama kali Ridzuan melayannya dengan baik. Walaupun tiada panggilan manja namun dia merasakan sungguh bahagia. Dia tersenyum sendirian.
“nape senyum-senyum ni?” tanya Nazirah yang perasan dengan keadaan Aqila.
“he, tak de pape lah..saje je nak awet muda.”balas Aqila sambil tersengih. Hari ini dia merasakan dirinya lebih bersemangat daripada hari-hari biasa. Semua rakan-rakannya hairan dengan sikap Aqila yang agak ceria pada hari itu. Sedang dia leka menanda buku murid-muridnya, handphonenya berbunyi menandakan ada msj masuk. Lantas dia membuka.

-malam ni, kite makan kat luar..aku blk lewat sket. Takut ko xsempat masak t

Dia membaca pesanan ringkas dr Ridzuan. Lantas dia membalas ok dan menekan butang send. Aqila tersenyum lagi. Seingat nya , Ridzuan jarang mengajaknya makan di luar. Hatinya seperti melonjak riang. Selepas habis kelas, lantas dia menunggu Ridzuan di tempat biasa dia menunggu. Belum pun dia sampai, kelihatan kereta Ridzuan sudah pun menunggu. Aik…kate lewat..awal plak die sampai…bisik hati kecilnya hairan.
“awalnye sampai” tanye Aqila hairan sebaik sahaja melabuhkan punggungnya.
“saje je.. nape? Tak leh ke?” tanye Ridzuan balik.
“tak lah..aku heran je ko dtg awal sgt. Yelah..kate dtg lewat.” Balas Aqila. Ridzuan lantas menghidupkan enjin kereta dan fokus dengan pemanduannya. Ridzuan membawa Aqila ke gerai makan yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.
“la…ingatkan ko nak ajak makan kat restoran mana td. Rupanya kat sini je..jalan kaki pun boleh.”ujar Aqila tiba-tiba sebaik sahaja keluar dr kereta.
“ok pe tempt ni. Kalo ko xsuke, ko boleh balik. Kate leh jalan kaki kan?” ujar Ridzuan sinis. Aqila terasa tercabar dengan kata-kata Ridzuan. Lantas die berhenti dr mengikuti Ridzuan dan melangkah dengan laju meninggalkan Ridzuan yang terpinga-pinga.
“ko xnak pesan pape ke?”jerit Ridzuan lantang.
“Tak payah. Aku leh masak sndiri.”balas Aqila sambil meneruskan langkahnya. Namun, belum pun jauh Aqila berjalan, dia terasa badannya dilanggar kuat dan die rebah dan kepalanya terhantuk di pembahagian jalan. Pandangannya mula gelap dan sayup-sayup terdengar Ridzuan menjerit namanya berulang kali.

Aqila terasa kepalanya berat. Sayup-sayup terdengar suara seseorang sedang merintih. Tangan terasa di usap perlahan-lahan dan terasa basah. Perlahan die mambuka mata. Dilihatnya Ridzuan sedang memegang tangannya sambil merintih kecil. Hatinya terasa sayu tiba-tiba melihat air mata seorang lelaki. Ini lah kali pertama die malihat Ridzuan menangis. Aqila menggerakkan badannya sedikit. Terasa sakit.
“Qila sayang..qila dah sedar..syukur Alhamdulillah..abang risau Qila x bangun” ujar Ridzuan tiba-tiba. Hati Aqila tersentuh mendengar kata-kata Ridzuan. Pertama kali Ridzuan membahasakan dirinya abang, panggilan yang dia tunggu-tunggu selama ini. Aqila menangis gembira.
“sayang, nape nangis?. Jangan nangis k. Abang ada kat sisi Qila ni sayang. Abang janji tak kan lukakan hati Qila lagi..abang mntak maaf sayang. Demi Allah…abang sebenarnya terlalu menyayangi Qila..”pujuk Ridzuan lantas menyapu air mata di pipi Aqila. Tidak lama selepas itu, kelihatan ibu dan ayah mertuanya masuk. Mungkin Ridzuan telah memaklumkan kepada mereka.
“Syukur lah Qila dah sedar. Nasib baik kereta tu x laju sangat. Riz, jangan lupa bagitahu mak dan ayah Qila. Dieorg risau sangat” ujar Pn Junaidah, iaitu ibu kepada Ridzuan. Ridzuan hanya mengangguk.
“Qila, mak dan ayah Qila akan sampai malam nanti. Flight dieorg pada ptg ni.”ujar En Hasan pula, ayah kepada Ridzuan. Aqila hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Mujur dia masih dapat bernafas. Walaupun kecederaannya agak teruk juga namun dia bersyukur sekurang-kurangnya ada hikmah di sebalik musibah yang menimpa. Dia akhirnya tahu yang Ridzuan terlalu menyayanginya…dia mengucap syukur di dalam hati..

Setahun kemudian…….

“abang, Qila tak kira..Qila nak tengok jugak cerita tu” rengek Aqila sambil menarik tangan Ridzuan. Matanya kelihatan berkaca-kaca.
“yela2..abang gi beli lah ni..Qila tunggu kat rumah je tau.” ujar Ridzuan mengalah..
“tak mo..Qila nak ikut jgk.t abang xtau nak pilih yang mcm mane.Qila xnak abang salah beli” rengek Aqila lagi.
“yela2″ balas Rdzuan geram..mana taknya..ade ke Aqila suruh die beli cd detektif conan. Dah la cerita kartun. Ai, org mengandung ni memg suka mintak pelik2..sabar je lah..pujuk hati Ridzuan..
“tengok..abang masam je..Qila xsuke org masam2 ni..t baby ni ikut muka papa die masam”ujar Aqila merajuk..
“yelah sayang…abang senyum ni k..ikut papa die xpe..jgn ikut mama die… perangai macam budak-budak..”ujar Ridzuan sambil mencubit pipi Aqila.
“abang, sakit tau..”ujar Aqila sambil mengusap pipinya yang merah di cubit Ridzuan..
“ala..sayang abang ni..sory..meh sini..abang bg penawar….cupp” Aqila terkejut apabila pipinya dikucup lembut oleh Ridzuan. Lantas die tersenyum bahagia..dalam hatinya mendokan agar rumah tangganya akan kekal sampai bila-bila…..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Cerpen : Cinta Dalam Hati”
  1. riza_florist says:

    sweet…tahniah
    usaha lg

  2. ayu says:

    wahhhh…sweetnyee
    tahniah2

  3. ali says:

    bolehlah

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"