Cerpen : Kasih Seorang Tomboy

23 November 2008  
Kategori: Cerpen

3,409 bacaan 6 ulasan

Nama Pena : underc0ver_3890

“Ed!!! Tunggu lah aku wei!” jerit adib dari belakang.
” Kalau ye pun kau bengang dgn budak perempuan tadi tu janganlah tinggalkan aku,” adib termengah-mengah mengejar Ed. ” kau kenapa ni Ed?? Tiba-tiba je senyap? Peliklah pulak aku tgk.. Selalu kau yg bising..,” kata adib lagi.
” Adib… kau boleh tolong aku tak? ,”tanya Ed. ” Aikh, nape pulak tak boleh.. boleh jer.. ape nyer??,” soal adib kembali. ” Tolong senyap boleh??,” kata Ed sambil tersenyum memandang adib. Kelakar Ed melihat muka Adib yang kebengangan itu.
“Kau suke kenakan aku kn? Takpe-takpe nasib baiklah aku ni baik tau! Kalau tak dah lama aku cari kwn lain tau” ujar Adib dengan penuh emosi.
” Okey adib.., aku salah dan aku minta maaf,” cakap Ed dengan penuh manja. ” yelah Fathin Edriana binti Shafie. Aku maafkan ko,” ujar Adib dengan penuh gaya. Alahai manjanya dia… tergugat
iman aku tengok muka cute dia tu. Takpe takpe satu hari nanti aku akan pastikan dia jadi milik aku.

====================

Fikiran Ed melayang teringatkan budak perempuan di kafe tadi.
Alangkah manisnya senyuman dia.Siapalah gerangan budak perempuan tu. Kalau aku ni lelaki dah lama aku usha. Tak pernah pulak aku nampak dia sebelum ni kat kafe tu. Hish! Kacau bilau pulak fikiran aku ni.
“Assalamualaikum kawan.. ni apasal pulak kau tersenyum seorang diri macam kerang busuk nih? Kerang busuk pun cantik tau,” tegur Sara, kawan sebilik Ed merangkap kawan kamceng Ed.”Ekh.. bila masa kau balik Sara? Aku tak dengar pun orang beri salam masuk bilik tadi..,”ujar Ed dengan kehairanan. Bila masa pulak minah ni masuk bilik. Ke aku ni yang berangan. Ed tersenyum sendirian mengenangkan kelakuannya.
“Hoi!! Aku dah ada depan mata ko ni pun ko boleh tersenyum lagi ya. Ni apa cerita pulak? Macam aku tertingggal sesuatu jer ni…,” duga Sara sambil tersenyum memandang Ed. “Da terkenan dek Adib ke cik kak oi?? Gembira lain macam jer eden tengok komu nih…,” ujar Sara dengan loghat negoghi nya.
“Aku nak berkenan pulak dengan si Adib tu. Membebel mengalahkan mak aku kt rumah. Macam tu ko nak suruh aku buat teman lelaki? Hmm.. hampehh!! Tak boleh hidup aku dengan dia tu,”balas Ed sambil mencebik.
Hmmm… apelah nasib aku ni. Bila lah aku boleh lupakan si dia tu. Rimas aku hidup dalam bayangan dia. Mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Ed terfikirkan bekas kekasih dia yang baru sebulan putus. Susah dia nak lupakan lelaki itu dan pintu hatinya dah tertutup untuk maner2 lelaki pun.
“Hah!! Tengok tu.. mulalah teringatkan si Hanan tak guna tu.. Lupakan je dia tu.. Banyak lagi lelaki lain. Si Adib tu pun aku rasa dia ada hati kat kau.Cuma kau tu je selalu butakan mata hati kau tu ha,” ujar Sara sambil berbaring di atas katilnya. “bukan senang nak lupakan dia macam tu je Sara. Aku dengan dia dah hampir 3 tahun alih-alih putus tak tahu sebab kenapa. Hmm.. dah lar.. malas aku nak cakap banyak2.. buang air liur aku dan buang masa fikir pasal dia.. dia belum tentu fikir pasal aku kan,” kata Ed untuk menyedapkan hatinya.

“Ed.. kau tau tak hari ni ada budak baru masuk dalam course kita ni..?,”tanya Sara.

“Siapa? Aku kenal ke? Lelaki ke perempuan??,” tanya Ed kembali. Setahu aku tadi pergi kuliah takde pulak pelajar baru masuk.
” Perempuan. Comel je orangnya. Kalau tak silap aku nama dia Aneesa Amalina. Orang panggil dia Neesa. Kan dia ada introduce diri dia kat kuliah tadi. Ni mesti kau tidur kat kuliah kan. Dah tahu kaki tidur pegi kuliah duduk kat belakang. Apelah kau ni. Tak berubah perangai tu,” bebel Sara panjang lebar.
Ed tersengih mendengar bebelan Sara. Memang dah jadi tabiat dia tidur dalam kuliah sejak dari zaman persekolahan lagi.

============================

“Adib, kau punya projek lukisan teknikal da siap?,” tanya Ed. “Kau mesti da siap kan.. bagilah aku pinjam beb!! Macam tak biasa pulak ngan aku,” sambung Ed sambil tersengih. Harap-harap lah dia dah siap, boleh aku tiru sikit.
” Hah, tulah kau… Perangai tak ubah-ubah.. dah lah kaki tidur, dah tu kejenya nak tiru orang jer. Tapi yang aku peliknya setiap kali test mesti kau dapat lagi tinggi dari aku.. Musykil betul aku dengan kau ni,” bebel Adib. ” see the leg ar brother!!,” kata Ed dengan penuh riak dan ujubnya.

Sedang Ed membelek lukisan Adib, dia terpandangkan budak perempuan yang melanggar dia semalam di kafe. Budak perempuan itu semakin menghampiri meja mereka dan berjumpa dengan Adib.
‘ Mamat ni kenal rupanya dengan budak perempuan tu. Hampeh punya kawan!!,’ monolog Ed seorang diri. Comelnya muka dia. Dahlah comel, manja pulak tu.
” Neesa, kenalkan kawan kamceng saya, Fathin Edriana,”ujar Adib kepada Neesa. “Ed, ni kawan baru kita, Aneesa Amalina dan buat pengetahuan kau, Neesa akan join studi group kita memandangkan kau expert dalam studi kan,” beritahu Adib kepada Ed.
” Ed, saya Neesa. Saya harap awak akan beri tunjuk ajar kat saya nanti kalau ada yang saya tak faham,” pinta Neesa sambil bersalaman dengan Ed.
‘Aduh, lembutnya suara dia. Manja betul. Aku yang perempuan ni boleh cair dengan dia. Pelik-pelik.. Memang tuah badan lah dia nak join studi group aku nih’ monolog Ed sambil tersenyum.
” Woi Ed!! Ko apasal? Tersengih sorang2 nih. Makin pelik aku tengok kau ni lah,” ujar Adib dengan penuh kehairanan. ” Neesa, kau jangan pelik dengan perangai Ed ni. Dia memang 3 suku sikit tapi kepala otak dia boleh pakai, tu yang buat aku kawan lagi dengan dia nih,” beritahu Adib dengan penuh panjang lebar.
” Kau kn yang langgar aku kt kafe semalam? Sampai berterabur fail aku jatuh..,” soal Ed dengan lagak tomboynya. ” Dahlah langgar buat bodo jer, dah tu bukan nak mintak maaf,” sambung Ed lagi. Ed sengaja berbuat kerana hendak melihat muka Neesa merah. Nampak comel bila Neesa malu. ” Saya mintak maaf Ed kejadian semalam tu, saya tak sengaja masa tu saya nak cepat..,” jelas Neesa sambil menahan malu.
” Okey dah habis kan??,” soal Adib sambil memandangkan Ed. “Apa kata sekarang ni kita pergi kafe nak tak?? Aku belanja.. Amacam?,” pancing perhatian Neesa dan Ed.
“Haa.. Macam ni kawan baik aku.. Boleh lah lepas ni aku paw ko lagi kan,” usik Ed kepada Adib. ” Neesa, kalau ada pape masalah nak tanya aku, kau datanglah bilik aku ye.. Aku bila2 masa jer free,” ujar Ed kepada Neesa.

=======================

Semenjak itu, hubungan mereka bertiga semakin rapat. Neesa kerap pergi ke bilik Ed untuk belajar bersama-sama. Kadang-kadang mereka belajar di perpustakaan. Dalam diam Ed meminati Neesa walaupun dia tahu dia tidak patut mempunyai perasaan sebegitu terhadap Neesa.Semakin hari semakin rapat hubungan mereka.

” Ed, awak ada boyfriend tak?,” soal Neesa tiba-tiba.
” Boyfriend takde tapi girlfriend ada ar,” gurau Ed sengaja ditujukan kepada Neesa. Alangkah bagusnya kalau aku dapat memiliki kau, Neesa. ” Hmm.. ko pulak? Mesti ada kan?,” duga Ed.
“Awak takde boyfriend ye? Saya tengok awak dengan Adib bukan main mesra dan rapat lagi. Takkan takde pape hubungan kot?,” Tanya Neesa kembali. “Saya masih single lagi. Tak terfikir lagi nak ber’couple’ ni,” sambung Neesa lagi.
“Aku dengan Adib takde pape hubungan special lar.. Dia tu macam adik aku. Kitorang dah kenal lama dan dia pun dah masak dengan perangai giler aku ni,” beritahu Ed kepada Neesa. “Emm…. Neesa, kau selesa tak berkawan dengan aku ni? Yelah.. Aku ni bermasalah sikit… Datang kuliah lambat.. Dah tu kat kuliah aku tidor memanjang.. Perangai pun macam jantan..Kau tak kisah ke? Aku kadang-kadang segan nak berkawan dengan kau. Rasa macam tak layak nak berkawan dengan kau,” ujar Ed kepada Neesa.
“Terus-terang saya katakan saya selesa berkawan dengan awak. Saya tak kisah pun dengan semua tu. Saya suka dengan perwatakan awak Ed.. Ceria, selalu senyum dan awak ni jenis tak kisah apa yang orang katakan tentang awak. Tu yang saya betul-betul kagum dengan awak,” jelas Neesa. Sememangnya, dia tertarik dengan Ed. Walaupun begitu, dalam diam dia meminati Adib tetapi dia merasakan Adib menyukai Ed.
“Alamak Neesa.. Janganlah puji aku lebih-lebih.. Naik kembang bontot aku ni kang,” ujar Ed sambil tersenyum malu. ‘Nampaknya ada chance aku nak tackle dia ni’ monolog Ed seorang diri.

“Neesa, aku ada sesuatu nak beritahu kau..,” ujar Ed dengan penuh hati-hati.

“Apa dia Ed?? Beritahu jelah..,” ujar Neesa kepada Ed.

“Emm… Sebenarnya saya… Saya… Aku… Aku suka kat kau, Neesa…,”beritahu Ed dengan penuh debaran. ” Aku tahu ni salah tapi aku tak boleh tahan hati dan perasaan aku kat kau. Kau boleh marah aku, cakaplah pape pun tapi tolonglah jangan benci aku.. Aku.. sayangkan kau, Neesa..,” jelas Ed dengan beraninya.
\”hah!! Awak biar betul… Awak jangan main-main hal macam ni.. Awak tahu tak benda ni salah??,\”jawab Neesa yang masih dalam terkejut.
“Ed… saya tak boleh terima awak. Saya cuma boleh terima awak sebagai kawan baik dan tak lebih dari itu. Saya pun sayang awak tapi hanya sebagai kawan sahaja. Saya harap awak faham. Jangan sampai saya membenci awak satu hari nanti Ed..,”sambung Neesa lagi. ” Lagi satu kalau awak sayang saya, awak berubahlah ke arah kebaikan.. Jangan datang kuliah lambat, jangan tidur dalam kuliah lagi.. dan jadilah seorang perempuan sejati Ed..,” ujar Neesa memujuk Ed.
Sesungguhnya Neesa tidak sampai hati mengecewakan Ed tapi dia perlu mengubah Ed. Dia perlu membimbing Ed ke jalan yang betul.
“Neesa, aku bahagia dengan hidup aku sekarang ni. Tak mengapalah kalau kau tak boleh terima aku. Aku tak janji aku boleh berubah tapi aku janji aku cuba usaha untuk berubah.. demi kau Neesa..,” ujar Ed kecewa.

==============================

Sejak peristiwa itu, Ed selalu termenung memikirkan kata-kata Neesa. Dia belum kuat lagi untuk berubah. Dia cukup selesa berkeadaan begini. Hubungan Ed dan Neesa semakin dingin hari ke hari. Dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada Neesa mahupun Adib.

“Ed… kau ada masalah ke?? Aku tengok kau senyap jer kebelakangan ni… Neesa dan Adib kan ajak kau pegi perpustakaan..kenapa kau tak ikut..? ceritalah kat aku kalau kau ada masalah,” pujuk Sara.
” Aku okey jer Sara.. Cuma penat sikit jer.. Kau jangan risaw ye..,” jelas Ed kepada Sara.
” Sara… Aku nak tidur dulu.. sejak-sejak ni kepala aku asyik sakit je.. tolong kejutkan aku esok ya,” sambung Ed lagi.
Kau rehatlah dulu.. Sebelum tidur makan panadol dulu Ed.. Biar kurang sikit sakit kepala ko tu,” beritahu Sara sambil menoleh melihat Ed yang sudah pun tidur. ” La budak ni bertuah betul kita cakap dengan dia, dia boleh tidur pulak,” ngomel Sara.

” Ed!!,” jerit Adib dari belakang. ” Jom lepak dengan Neesa kat kafe,” ajak Adib.

” Kau pegi jelah Dib.. aku sakit kepala ar.. takde mood nak lepak, lagipun aku kena siapkan assignment aku ni,”ujar Ed kepada Adib.

” Jomlah.. kau dah lama tak lepak dengan kitorang. Amiklah assignment aku ni, tiru jer.. bukannyer kau tak biasa kan..,” pujuk Adib sambil menghulurkan assignment dia kepada Ed.
Adib perasan sejak kebelakangan ni Ed seperti menjauhkan diri dari mereka. Dan Ed sudah banyak berubah. Dulu dia selalu datang kuliah lambat.,sekarang ni bukan main awal lagi dia datang, dah tu duduk depan sekali.

“Takpelah… kau jelah pergi. Sampaikan salam aku kat Neesa ye.. petang ni baru aku join korang kat library,” ujar Ed dengan lemah. Sakit kepala nya semakin menjadi- jadi. Dia perlukan rehat.
“Baiklah kalau macam tu.. ko jaga diri baik2 ye.. muka ko Nampak pucatlah Ed. Pergilah jumpa doctor. Risaulah aku tengok kau macam ni..,” Adib melahirkan kerisauannya.
“Dahlah Dib.. kau jangan risau pasal aku.. aku ok2 jer.. Cuma pening sikit jer.. pergilah nanti Neesa tunggu kau lama kat kafe tu,” ujar Ed kepada Adib.

Akhirnya Adib mengalah lalu berlalu pergi ke kafe. Ketika sampai di kafe, Neesa sudah pun ada di kafe.

” Sorrylah lah sayang.., I terlambat tadi pujuk si Ed tu ha..,” kata Adib dengan gaya manja.
” Ed tak dapat datang? Kenapa?,” tanya Neesa.
” Entahlah.. tadi nampak dia tak berapa sihat.. kata dia sakit kepala.. muka dia pucat je aku tengok.,” jelas Adib kepada Neesa. ” Awak tahu tak kenapa dengan si Ed tu.. kalau awak perasan sejak-sejak ni dia macam menjauhkan diri dari kita,” ujar Adib.
” Saya tak tahu lah Adib..,” beritahu Neesa. Tapi sebenarnya dia tahu kenapa Ed jadi begitu. Semuanya kerana dia.. biarlah Ed bersendirian dulu. Mungkin dia perlukan masa untuk dirinya.
“Petang ni dia pergi library tak?,” tanya Neesa kepada Adib. Neesa berharap Ed dapat datang pada petang itu.
” Dia kata datang… ,” jawab Adib ringkas. ” Dahlah.. Jom kita mulakan discussion kita ni. Nanti petang boleh terus terangkan kat Ed. Manalah taukan kalau ada yang salah nanti dia boleh betulkan,”ujar Adib lagi.

==============================

Petang itu, Ed pergi juga ke library memandangkan dia sudah berjanji dengan Adib dan juga Neesa walaupun dia kurang sihat. Setibanya dia di library, Adib dan Neesa sudah pun menunggu dia.

“Hai Ed…,”tegur Neesa dengan cerianya. Dia perasan Ed macam tidak mengendahkan dia tapi dia tak ambil hati pun dengan sikap dingin Ed tu.
“emm..hai Neesa..,”jawab Ed acuh tak acuh. “Dah sampai maner discussion tadi pagi?,”tanye Ed pada Adib. Mereka pun meneruskan discussion tersebut seperti biasa.

Ketika perjalanan pulang ke asrama, Hanan tiba-tiba muncul di hadapan Ed. Satu pertengkaran telah berlaku di antara mereka. Neesa hanya mampu mendiamkan diri dan hanya membiarkan mereka menyelesaikan masalah itu sendiri. Dia beransur pulang meninggalkan mereka berdua.

“Ed, kembalilah ke pangkuan aku, aku merayu kat kau.. terimalah aku balik.. kita mulakan hubungan ni semula dan kali ni aku janji tak kan melukakan kau lagi,” pujuk Hanan dengan bersungguh-sungguh.
” Apa kau cakap?? Mulakan semula? kau memang dah gila!! Kau dah lukakan hati aku, kau buat aku macam orang bodoh yang tergila-gilakan cinta kau dan sekarang baru kau nak minta maaf dan menagih semula cinta yang telah kau rosakkan dulu tu. Cukuplah lar kau mempermainkan perasaan aku..aku dah penat!!,” jelas Ed samdil menangis lalu berlalu pergi dari situ.
“Ed!!,” jerit Hanan sambil menyambar tangan Ed. ” Saya minta maaf,..saya merayu dengan awak..jangan tinggalkan saya..saya menyesal dengan tindakan bodoh saya dulu tu,” rayu Hanan kepada Ed.
“Lepaskan aku!! Kau tak berhak buat aku mcm ni,” tengking Ed.
” Hanan!! Lepaskan Ed..,” Dib muncul dari belakang menolong Ed.
” Kau jangan masuk campur Adib, ni antara aku dengan Ed!,” jerit Hanan kepada Adib.
“Hanan!! Buat pengetahuan kau, Ed ni aku yang punya sekarang. Aku dengan dia dah declare lama dah. Kau je yang tak tahu,” jelas Adib kepada Hanan.
“Betul ni Ed?? Betul apa yang Adib cakap tu?!,” tanya Hanan dengan terkejutnya.
“Yup!! Memang betul apa yang Adib cakap tu..lepaskan aku sekarang Hanan..,dia lebih memahami diri aku daripada kau..sampai di sini sahaja hubungan kita,” jelas Ed sambil berlalu pergi dari situ.
“Sampai hati kau buat aku macam ni!!,” jerit Hanan.

Adib mengikut Ed berlalu pergi meninggalkan Hanan keseorangan di situ. Ed bingung dengan apa yang telah terjadi ini. Hati dia sudah terlalu keras untuk menerima kehadiran seorang lelaki lagi-lagi lelaki yang telah melukakan hati dia.

” Ed… mari kita berbual kejap..aku ada benda nak cakap sikit dengan kau,” ujar Adib kepada Ed.
” Ada apa lagi Dib.. Aku dah tak larat lagi.. And by the way, thanks selamatkan aku tadi..,” ujar Ed keletihan.
“Ed!! Aku cintakan kau!!,” jerit Adib dari belakang. ” Apa yang aku cakap tadi memang betul.. aku betul-betul maksudkan nya.. Perasaan ni tak menipu diri aku lagi.. Aku betul-betul sudah jatuh cinta kat kau..dah lama cuma masa tak mengizinkan untuk aku luahkan,” jelas Adib.
“Dib… Please leave me alone.. Cukuplah apa yang terjadi hari ni… Aku tak dapat nak terima cinta kau..aku minta maaf.. kau pergilah kepada Neesa. Dia lebih cantik dan baik daripada aku dan buat pengetahuan kau dia dah lama minat kat kau..aku minta maaf sekali lagi,” ujar Ed dengan sedih dan berlalu pergi dari situ secepat yang mungkin. Adib hanya mampu melihat Ed hilang dari pandangan matanya dengan hati yang rawan sekali.

Sampai sahaja di bilik, Ed terus mendapatkan Sara. Dia menangis teresak-esak menahan sebak mengenangkan apa yang telah terjadi ni. Dia masih menyayangi Hanan tapi keegoan dia terlalu tinggi untuk menerima Hanan kembali.

” Kenapa ni Ed..?? ” tanya Sara risau melihatkan Ed nangis teresak-esak. Dia jarang nangis sebegini sekali. Dulu masa dia putus dengan Hanan dia hanya mendiamkan diri sahaja, dia tak menangis pun. Tapi kali ni sikap Ed sangat berbeza. Hilang semua kekuatannya selama ni.
” Sara..kau tahu tak tadi Hanan datang jumpa aku minta maaf. Dia minta aku balik kat dia,” jelas Ed sambil menangis. ” tapi aku tak boleh terima dia kembali..hati aku dah keras untuk terima kehadiran lelaki lagi dalam hidup ni dan yang paling mengejutkan aku,.. Adib meluahkan rasa hati dia kat aku.. Aku betul-betul bingung!!,” beritahu Ed kepada Sara.
“Ha?? Biar betul?? Tak apalah Ed.. kau tak payah fikir lagi buat masa ni. Kau pergi ambil wuduk dan solat dulu..kemudian kau rehat ye.. muka kau nampak pucat Ed,” pujuk Sara.

=========================

Ed pergi ke kuliah seperti biasa pada keesokan harinya. Dia bertekad untuk menjauhkan diri daripada Adib setelah apa yang berlaku ni. Dia terus rapat bersama Neesa kerana Neesa seorang sahaja yang boleh membuatkan dia gembira dan melupakan apa yang telah berlaku ni.

“Ed.. Awak ok kan??,” tanya Neesa kepada Ed.
“Aku ok je Neesa.. Asalkan kau ada temani aku..I’ll be fine..,” jawab Ed ringkas. “Apa pun yang terjadi, aku kena teruskan jugak hidup ni. Cuma aku perlukan seseorang untuk menemani aku Neesa,” beritahu Ed dengan penuh makna.
” Saya faham perasaan awak Ed..saya akan selalu berada di sisi awak,” pujuk Neesa.
Adib muncul dari belakang dan terus menyapa Ed dan Neesa seperti biasa.
“Hai Ed..Neesa..Nak lepak mana hari ni?,”tanya Adib seperti tiada apa yang berlaku antara dia dan Ed.
” Kau pergilah lepak dengan Neesa saje..Aku nak rehat..kepala aku sakit..,” ujar Ed acuh tak acuh sambil berlalu meninggalkan mereka. Adib kecewa melihat sikap dingin Ed dengannya. Dia menyesal memberitahu isi hatinya semalam. Tiada lagi gurauan manja seperti dulu. Ketika Adib termenung memikirkannya, tiba-tiba Neesa jatuh pengsan.
“Neesa!!,”jerit Adib terkejut. Dia terus mengangkat Neesa bawa ke keretanya untuk dibawa ke hospital. Dia begitu cemas sekali. Sampai sahaja di hospital Neesa disorong masuk ke bilik kecemasan. Adib terus menghubungi Ed memberitahunya. Ed terkejut terus pergi ke hospital bersama Sara.
” Apa yang kau dah buat kat Neesa??,” jerit Ed sebaik sahaja sampai di hospital. Dia berasa takut sekali kehilangan Neesa. Sara berusaha mententeramkan Ed.
” Aku tak buat papa Ed.. Dia jatuh pengsan selepas kau pergi tadi..,” jelas Adib kepada Ed.

Tiba-tiba doktor keluar dari bilik kecemasan dan berjumpa dengan Adib dan Ed.
” Bagaimana keadaan kawan saya doktor??,” tanya Ed dengan penuh cemas.
” Dia mengalami komplikasi hati yang teruk. Dia perlukan hati yang baru untuk terus hidup,” jelas doktor. ” Dia sudah lama menderita sakit ni cuma mungkin dia tak nak merisaukan kamu semua.. Tolong hubungi keluarganya secepat yang mungkin.. Dia mungkin tak punya masa yang banyak kalau tidak bertemu penderma hati yang sesuai,” jelas doktor lagi dengan panjang lebar dan berlalu dari situ. Ed tersandar di dinding mendengarkan penjelasan doktor itu tadi. Dia tidak bersedia untuk kehilangan Neesa. Sara hanya mampu memujuk dan mententeramkan Ed.
” Aku pergi hubungi keluarga dia dulu Ed,” ujar Adib dengan nada yang sedih. Dia sedih melihat keadaan Ed. Mahu sahaja dia memeluk Ed untuk mengurangkan kesedihan di hati itu. Tapi dia sedar Ed mungkin tidak akan dapat menerimanya.

===========================

Semenjak kejadian hari itu, Ed banyak berubah. Dia mula menjadi perempuan sejati seperti Neesa inginkan. Dia ingin membuktikan kepada Neesa dia boleh berubah. Setiap hari dia datang melawat Neesa di hospital. Neesa senang dengan perubahan Ed. Dia mendoakan Ed boleh menerima kehadiran lelaki di dalam hidupnya suatu hari nanti.

“Neesa..!! Awak dah jumpa penderma hati yang sesuai..,” beritahu Adib dengan gembiranya.
” Hah! Awak biar betul.., jangan tipu saya,” ujar Neesa terkejut.
” Betul.. Tadi doktor beritahu aku. Dia baru diberitahu oleh pihak hospital tadi,” ujar Adib bersungguh-sungguh.
” Dib.. mana Ed??,” tanya Neesa . ” Selalu dia sudah datang menemani saya pada waktu ni, sudah 2 hari dia tak datang melawat saya” ujar Neesa ringkas. Dia mesti beritahu Ed berita gembira ni.
” Tadi aku dah telefon dia tapi off.. Then aku telefon tanya Sara, dia kata Ed balik kampung, Ed ada hal urgent kat kampung. Dia ingat Ed dah beritahu kita semua. Tapi tak apalah nanti aku cuba telefon dia lagi,” ujar Adib untuk sedapkan hati Neesa.

Tiba-tiba doktor masuk ke dalam bilik.
“Neesa…mesti kawan sudah beritahu berita gembira ni kan.. Saya datang ni nak memastikan tahap kesihatan awak agar pembedahan dapat dijalankan dengan segera. Jika kesihatan awak memuaskan, pembedahan dapat dijalankan pada hari esok memandangkan penderma hati bersetuju pembedahan dijalankan secepat yang mungkin,”jelas doktor tersebut.
Kegembiraan Neesa jelas terpancar di mukanya tetapi dia berharap sangat dapat berjumpa Ed sebelum pembedahan nanti.
“Nampaknya kesihatan awak di tahap yang memuaskan. Saya sarankan awak berpuasa pada malam ini kerana pembedahan dapat dijalankan pada hari esok,”ujar doktor itu.
“Dib, tolong beritahu Ed saya ingin berjumpanya kalau boleh sebelum pembedahan esok,” pinta Neesa kepada Adib.
“Ok Neesa aku cuba hubungi Ed nanti, harap-harap dia dapat datang esok,”balas Adib.

Pada keesokan harinya, Ed masih lagi tidak muncul-muncul. Tapi pembedahan tetap akan terus dijalankan.
” Dib, jika Ed datang, tolong beritahunya saya sayangkan dia dan tunggu saya keluar dari bilik pembedahan memandangkan saya tidak dapat menunggunya lagi,” jelas Neesa ketika disorong masuk ke bilik pembedahan. Adib hanya mampu mengangguk dan melihat Neesa masuk ke dalam bilik pembedahan tersebut. Hatinya sedih kerana tidak dapat menemukan Ed dengan Neesa. Dia sendiri bingung memikirkan di mana Ed berada sekarang ini. Dia hanya boleh berdoa agar Ed dapat muncul sebelum pembedahan selesai.

Tiga jam telah berlalu dan kelibat Ed masih belum kelihatan. Mungkin Ed tidak dapat datang atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tidak berapa lama kemudian, pembedahan pun selesai dijalankan dengan jayanya. Adib terus mendapatkan doktor tersebut.
“Alhamdulillah Adib… Hati yang didermakan itu dapat berfungsi dengan baik. Keadaan Neesa pun akan bertambah baik dengan hati yang baru ini,”ujar doktor tersebut.
” Baguslah macam itu…emm..doktor mana penderma hati itu ye?? Saya teringin untuk berjumpanya megucapkan terima kasih,” beritahu Adib kepada doktor itu.
“Penderma hati tersebut telah menghebuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru semalam, saya pun tidak berapa mengenalinya,”jelas doktor itu lagi sambil berlalu pergi. Adib mengangguk dan berlalu masuk ke dalam bilik melihat keadaan Neesa.

Setengah jam kemudiannya, Neesa sedar dan mendapati Adib sedang tidur di sisinya. Tetapi wajah yang dirinduinya tiada di situ.
“Neesa.. kau dah sedar akhirnya,” ujar Adib apabila tersedar dari tidurnya.
” Mana Ed,.. Dib?? tanya Neesa kepada Adib.
” Aku tidak dapat kesan di mana dia berada.. aku minta maaf tidak dapat menunaikan janji aku tu,” jawab Adib kesal.
Tiba-tiba Sara masuk melawat Neesa. Sara kelihatan sedih dan masih ada saki baki air mata di pipinya. Dia masuk lalu terus memeluk Neesa sambil menangis. Neesa terkejut dan tergamam akan tindakan drastik Sara itu. Seribu persoalan bermain di benak fikirannya.
” Sara..Apa yang telah terjadi ni??,” tanya Adib.
“Kenapa awak menangis Sara?,” soal Neesa pula.
Sara menahan rasa sedihnya sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Neesa dan Adib.

Neesa,
Aku minta maaf kerana terpaksa pergi dulu secara senyap. Walaupun cinta aku ditolak tetapi kau telah mengajar aku erti hidup.. membawa aku ke jalan yang betul. Terima kasih Neesa.. mungkin aku tidak sempat untuk membuktikannya tapi percayalah aku sudah jauh berubah. Aku minta maaf sekali kerana tidak menemani ketika pembedahan dijalankan. Apa yang dapat aku katakan aku amatmenyayangi kau lebih dari seorang kawan. Oleh itu, terimalah hati aku ini, danteruskan hidup kau dengan penuh ceria. Jagalah ia dengan sebaiknya. Dan
akhir sekali, ingatlah aku sentiasa bersama kau… Doakan aku di sana…

Suasana sepi dipenuhi dengan esakan Neesa dan Sara.
“Aku tak tahu Ed balik ke kampung kerana menjalani rawatan penyakitnya. Selama ni dia menderita sakit barah otak. Dia balik ke kampung kerana dia tahu masanya tidak lama lagi. Aku baru tahu tadi bila ibu bapanya datang,”jelas Sara sambil menangis.
Tangisan Neesa menjadi-jadi apabila diberitahu tentang ini. Dia sangat terkilan kerana tidak dapat bersama Ed pada hari terakhirnya. Adib terus mendiamkan diri sambil mengesat air matanya. Dia betul-betul tidak menyangka penderma hati yang meninggal dunia 2 hari lepas adalah Ed.
“Neesa.. Sudahlah tu.. kita tak boleh melawan takdir. Kita cuma boleh mendoakan kesejahteraan dia di sana,”pujuk Adib. Dia pun turut sebak melihat tangisan Neesa. Begitu banyak kenangan dia bersama Ed. Dia berharap sahabat baiknya berada di kalangan kekasih Allah.. amin…

===========================

3 tahun kemudian…
“Ed sayang… Jangan gaduh-gaduh dengan adik kamu tu,” nasihat Neesa kepada anaknya itu sambil mengemas baju-baju untuk pulang ke kampung. Tiba-tiba sepucuk surat jatuh dari diari suaminya. Dia mengambil lalu membacanya…

Adib,
Aku minta maaf kerana pergi dengan cara ni. Masa aku dah suntuk. Aku terpaksa pergi. Aku minta maaf kerana tidak dapat membalas cinta kau.Percayalah Neesa akan lebih membahagiakan kau daripada aku. Kau jagalah dia sebaiknya… kau faham maksud aku kan.. Doakan aku di sana….

Tiba-tiba Adib muncul dari belakang terus memeluk isteri tercintanya. Dia berterima kasih kepada Ed kerana memberi Neesa peluang untuk hidup dan seterusnya menjadi suri hidupnya..
Terima kasih sahabatku….




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

6 ulasan untuk “Cerpen : Kasih Seorang Tomboy”
  1. ekin says:

    sedihnya…. :cry:

    sungguh mulia hatimu Ed…

  2. riza_florist says:

    menarik..cinta n shabat 2 diperincikan
    degn care yg ckp menyentuh emosi
    tahniah..usaha lg

  3. chinta says:

    kureng la cerpen ni….

  4. sya says:

    erm..cedeh gak cite nie…

  5. Qaseh Nurani says:

    cerite ye sedih..tp kne improvekn lgi..
    jalan cerite blh diagk..
    truskn berushe ye :)

  6. aque intan says:

    sgt menyentuh hati…..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"