Novel : Budak S.m.a.r.t 16

11 January 2009  
Kategori: Novel

351 bacaan 1 ulasan

Nama Pena : Ilmar Imia

This broken heart has bleed tonight

You find it all it’s alright…
But can you feel the way I feel crying out loud
Something is…. missing

I try and I always trying
Don’t tell me I don’t work it out
I try and I always trying

You tell me why we deserve even I think it’s not… away
But can you feel the way I feel
When someone else take me away from you

I try and I always trying
Don’t tell me I don’t work it out
I try and I always trying

Baby…oh! my baby just wanna see you
I feel I’m lonely… tonight…

Lagu Something Missing oleh Missing Chapter mengisi segenap ruang kamar itu. Malam yang kian larut itu tidak sedikit pun mengugat mata si penghuninya yang sedang asyik bermain game di komputer.

“Bosannya!” Azrizal mengeluh apabila perkataan ‘game over’ tertera pada skrin komputer itu. Nak tidur, mata tak mengantuk pula. Lagipun esok kan hari Ahad. Buat apa nak tidur awal-awal? Nak online? Dia ada ke? Mesti dia pun ikut trip tu. Tapi kalau dia tak ada pun, bukankah aku masih ada kawan lain? Onlinelah kejap.

Tetikus itu dihala ke perkataan ‘start’ di bahagian bawah kiri skrin lalu diklik perkataan ‘internet’ dan pantas tangannya menaip laman My Space. E-mel dan kata laluan ditaip di ruangan yang disediakan.

Azrizal terkejut apabila melihat status online di bawah nama ‘Laily’ yang ada dalam senarai top friendnya. Nama itu bukan sahaja berada dalam senarai top friendnya bahkan nama pertama dalam senarai top friend itu.

“Aik? Awak tak pergi ke trip De Rhu tu?” Azrizal menaip ayat itu di ruangan comment di page Laily dan menanti seketika. Tak lama kemudian, soalannya tadi dijawab. Tetikus diklik pada ‘new comment’.

“Kalau saya pergi trip tu, saya tak online kan?”

“Kenapa awak tak pergi?’

“Biasalah. Saya kan anak abah? Hehe… Awak pula? Kenapa tak ikut dia orang? Bukankah Tya, Shafik dan Iqbal pun pergi?”

“Keluarga saya ada hal jadi saya tak dapat ikut dia orang,” bohong Azrizal. Takkan aku nak cakap yang aku tak dapat pergi sebab aku susah nak jumpa mak dan ayah untuk minta duit? Nanti dia ingat apa pula kan?

“Owh…jadi awak duduk rumah sorang-sorang? Tak takut ke?”

“Nak takut apa? Ni kan rumah saya sendiri. Lagipun saya kan lelaki.”

“Awak ingat pencuri tu ambil kira ke kalau awak lelaki?”

“Rumah saya ni bukannya ada apa-apa pun yang boleh dicuri. Buang masa dia orang aja,” Azrizal dan Laily bertukar cerita di internet. Bermacam-macam perkara yang mereka bualkan. Tentang sekolah. Tentang muzik. Semuanya.

***

Tepat jam 12 tengah malam, Shafik, Iqbal dan kawan-kawannya memulakan kegiatan mereka. Shafik berjalan berinjik-injik dan mengetuk pintu bilik Athira dan yang lain-lain lalu pantas menyorokkan diri.

Seketika kemudian, kelihatan Azleen di muka pintu. Wajahnya menunjukkan reaksi kehairanan. Shafik, Iqbal, Farok dan Asyraf ketawa melihat wajah Azleen yang terpinga-pinga.

“Macam semalam. Tak ada sesiapa,” Azleen mendapatkan kawan-kawannya selepas menutup pintu.

“Jangan-jangan betul tak cakap Shafik. Tempat ni ada hantu,” ujar Melissa.

“Syy…mulut janganlah cabul,” sergah Fatin.

“Habis siapa pula yang nak ketuk pintu bilik kita malam-malam macam ni?” soal Azleen. Mereka saling berpandangan.

“Aku rasa ada orang sengaja nak kenakan kita,” celah Athira. Mustahil tempat ni berhantu.

“Aku pun rasa macam tu,” Fatin sependapat dengan Athira. Mereka mula merancang sesuatu.

Di luar bilik mereka, Azleen menjenguk ke luar bilik, memastikan tiada sesiapa

“Jom,” Azleen dan Athira melangkah keluar dari bilik itu perlahan-lahan lalu menyorok di sebalik dinding. Mereka memerhatikan pintu bilik mereka dan menunggu.

Tidak lama kemudian, seperti yang dijangka kelihatan Shafik dan Iqbal melangkah ke pintu bilik mereka dan mengetuk pintu bilik itu.

“O…Ni kerja kau orang. Siaplah. Tya?” Azleen dan Athira berbisik agar tidak didengari oleh Shafik dan Iqbal.

“Jom.”

Azleen menggerbangkan rambutnya dan menyarung selimut yang berwarna putih ke tubuhnya.

“Ok?”

“Ok.”

Azleen dan Athira berjalan perlahan-lahan melalui tempat persembunyian Shafik, Iqbal dan yang lain-lain.

“Kau orang, apa tu?” Farok yang menyedari kehadiran lembaga itu bertanya kepada kawan-kawannya. Serentak mereka menoleh ke arah lembaga itu.

“Pontianak!” jerit mereka hampir serentak lalu bertempiaran lari.

Athira dan Azleen tertawa melihat telatah mereka.

“Padan muka,” Athira dan Azleen tersenyum puas.

***

Keesokan pagi, rombongan SMK Abdul Rahman Talib bersiap-siap untuk pulang ke sekolah. Shafik, Iqbal, Farok dan Asyraf tersenguk-senguk menahan mengantuk di lobi sementara menanti pendaftaran keluar dari hotel.

“Hai, sembab aja muka. Tak cukup tidur ke?” tegur Athira.

“Aku rasa mesti dia orang tak boleh tidur sebab kena kacau dengan pontianak,” kata-kata Azleen disambut dengan gelak tawa Athira, Fatin dan Melissa sebelum mereka melangkah ke bas yang tertera nama S.M.A.R.T. yang sudah menanti di depan pintu hotel.

Shafik, Iqbal, Farok dan Asyraf sakit hati mendengar tawa itu. Mereka turut mengikut langkah Athira dan yang lain-lain ke dalam bas.

Ketika naik ke dalam bas, Shafik terlihat Athira dan Shamsul duduk bersebelahan. Shafik menyiku Iqbal dan menunjuk ke arah Athira dan Shamsul. Iqbal memandang ke arah yang dikatakan Shafik.

“Lantaklah dia orang. Eh, Chap, kau nak duduk mana pula tu?” tanya Iqbal apabila Shafik menonong ke belakang bas.

“Aku nak duduk dengan awek aku,” Shafik mengambil tempat di sebelah Melissa.

“Habis aku macam mana?”

“Kau duduklah dengan siapa-siapa.”

“Kau ni memanglah. Bila ada awek, kawan ditinggalkan,” Iqbal mengomel sendirian lalu mengambil tempat di belakang Shafik. Seketika kemudian, Azleen naik ke dalam bas. Dia hairan melihat Melissa duduk di sebelah Shafik.

“Lis, kau duduk dengan Shafik ke?” soal Azleen.

“Yalah,” Shafik menjawab bagi pihak Melissa.

“Habis aku?”

“Kau tahu tak, kau ni sama macam Iqbal. Apa kata kau duduk aja sebelah Iqbal? Kesian Iqbal duduk sorang-sorang,” ujar Shafik.

“Tak naklah. Aku duduk depan ajalah,” Azleen melangkah ke tempat duduk yang masih kosong di hadapan.

“Kau takut dengan aku ke, Leen? Ala…aku bukan buat apa-apa pun. Sinilah!” Iqbal menepuk-nepuk tempat duduk di sebelahnya.

“Ala…Leen, duduk ajalah sebelah Iqbal tu,” Melissa menyampuk.

Nak tak nak, Azleen melangkah juga ke tempat duduk Iqbal memandangkan semua tempat duduk sudah terisi.

“Nak Supering?” Iqbal mempelawa makanan ringan yang berbentuk cincin itu kepada Azleen. Azleen menggeleng tanda tidak mahu. “Chap, nak Supering?”

“Bila masa pula kau beli ni?” Shafik menyambut huluran Iqbal.

“Masa bertolak hari Jumaat hari tu. Terlupa nak makan.”

“Hah? Dah habis tarikh luput belum ni?”

“Belum.”

Iqbal menyumbat earphone ke dalam telinganya. Seperti biasa, mp3 di telefon bimbitnya itu menjadi teman setianya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Budak S.m.a.r.t 16”
  1. nur fazilah ilah zai says:

    best nnti sambung lagi yer

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"