Cerpen : Aku dan Kehidupan

18 February 2009  
Kategori: Cerpen

1,043 bacaan 2 ulasan

Nama Pena : atique

“Saudari?sudikah saudari menjadi isteri saya?saya sudah solat istikharoh beberapa hari yang lalu bahawa saudari lah yang layak menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak saya kelak.Jika saudari bersetuju balas lah jawapan saudari di no fon yang telah tertulis di bawah sekali.saudari juga tidak perlu tahu siapa saya.Kiter akan kenal pada hari perkahwinan nanti dan mengenal hati budi masing-masing selepas kahwin.Kerana itulah sebaik-baik percintaan dua insan yang di sarankan oleh rasulullah dengan kata nama lain ialah cinta yang kudus.Saya berjanji akan membahagiakan saudari.Jika saudari tidak yakin dengan permintaan saya ini?sembahyanglah istikharoh supaya tuhan memberi petunjuk kepada saudari untuk menerima lamaran saya ini.Ini juga bertujuan supaya saudari dapat membuat pilihan yang tepat dalam hidup saudari”.Begitulah bibit-bibit ayat yang tertulis di sehelai kertas yang bewarna pink.Warkah cantik itu aku temui berada dia atas meja tulis ku sebentar tadi.Fikiranku tertanya-tanya siapakah gerangan penulis surat itu.Pelik dan hairan aku dibuatnya.

……………………………………

“Ayah?kenapa ibu sangat membenci jamilah?adakah semua anak yang dilahirkan seperti jamilah ini akan diseksa oleh ibu sendiri?.”tanya Jamilah dengan nada yang sedih walaupun suaranya tidak kedengaran tetapi ayahnya Pak Dolah sudah memahami bahasa anaknya itu sejak kecil lagi.
Lantas tetiba sahaja fikiranku melayang teringat kepada ayahdaku yang tercinta.mudah-mudahan rohnya di rahmati dan tergolong dalam golongan orang yang soleh. Begitu juga zaman kedukaan aku suatu ketika dahulu kembali di fikiranku.
“entahlah Jamilah?ayah pun x tahu dengan perangai emak kamu.Egonya sangat tinggi macam gunung Kratakoa.Bila-bila masa sahaja dia boleh meletup.Ayah sendiri pun tidak dihormati?apatah lagi kamu ini sebagai anak sahaja.”
“tapi kan ayah?adakah semua manusia yang dilahirkan di dunia ini akan diseksa oleh ibu sendiri gara-gara mempunyai anak seperti jamilah yang serba kekurangan?.”tanyaku tanpa mengerti apa-apa.
“Tidak semua yang dilahirkan di dunia ini sama jamilah,tuhan sebenarnya sedang menguji emak kamu nak?.bersabarlah?,ayah percaya suatu hari nanti emak kamu akan berubah.Kita sama-sama berdoa kepada Yang Maha Esa.” sambung Pak Dolah kepada anaknya yang ketika itu baru berusia 11 tahun.
“ayah?ayah tahu tak kenapa ibu sangat membenci jamilah?.”entah mengapa tiba-tiba sahaja aku mengajukan soalan seperti ini.
“ayah bukan nak menyorok sesuatu rahsia dari kamu nak?tetapi memendangkan kamu sudah besar dan pandai berfikir yang mane baik dan buruk.ayah ingin cakapkan satu rahsia dari kamu.kamu sebenarnya mempunyai seorang lagi adik beradik kembar.”
Sss…sss…sss… crsss..crsss
Tiba-tiba aku mendengar bunyi sesuatu.
“ayah!ayah!” laungku lantang takkala melihat ular di bawah anjung usang rumah kami.
“Jamilah?angkat kaki tu?!”arah ayahku yang ketika itu sedang mengasah parangnya tidak berjauhan dariku.
Disebabkan aku terlalu terkejut melihat ular sawa siam yang begitu besar di bawah kakiku yang berlunjur ke bawah,arahan ayahku tidak dituruti.
Dengan pantas ayah berlari mengangkat aku naik ke atas rumah.Aku menangis teresak-esak dek kerana terlalu takut.mujurlah ayahku sempat menyelamatkan aku daripada di patuk ular sawa itu.Terima kasih ayah.
Tetapi ayat terakhir ayahku suatu ketika dahulu masih lagi terngiang-ngiang di kotak fikiranku sehingga kini. ‘Dimanakah saudara kembarku?.’

………………………………………………….

Sayup-sayup alunan azan dari madrasah berdekatan.Bergegas bangun seorang gadis penyabar untuk menunaikan tanggungjawab nya sebagai seorang hamba.Bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi bernafas dan berkesempatan untuk hidup di bumi yang penuh dengan keindahan fatamorgana yang menghijau.
Tersenyum riang sang murai keluar mencari makanan,begitu juga dengan manusia masing-masing sibuk keluar mencari rezeki,ada yang halal dan ada juga yang tidak halal.Sang suria pula memancar terang yang menggambarkan kebahagian setiap insan.Bermulalah rutin harian Jamilah untuk menyediakan sarapan pagi dan ke kebun getah untuk menolong ayahnya menoreh. Walaupun dia tahu di saat itu rakan seusia dia masih lagi enak di buai mimpi.Namun di hujung minggu begini dia tidak seperti mereka yang bernasib baik.
“ayah?kenapa hidup ini begitu susah?”tanya jamilah kepada Pak Dolah sambil tangan mereka sibuk menorah getah dari satu pokok ke satu pokok.Senggang sesaat dua dia juga berhenti menoreh untuk menggunakan tangannya bagi memudahkan percakapan dengan ayahnya.Lantas teringat pula kisah puteri idaman iaitu buku cerita yang di baca ketika kecil dahulu.Hidup puteri idaman penuh kemewahan walaupun dia tempang.
Maka jawab pak dolah “wahai anakku sesungguhnya setiap kejadian di dunia ini ada hikmahnya.Sesungguhnya tuhan itu maha kaya dan ingin menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran setiap insan. Percayalah kamu wahai anakku kamu akan mendapat kebahagiaan suatu hari kelak,yang penting kamu belajar bersungguh-sungguh”.
walaupun ringkas dan pendek nasihat pak dolah kepada anaknya tetapi ia memberi seribu erti kepada jamilah.

………………………………………….

“Woit?ambik nih!damm!kuat berangan yer?emmm!geramnyer aku!” satu ketukan dan cubitan ibu sendiri singgah di kepala dan seluruh tubuhku gara-gara tidak sempat menyiapkan kerja rumah.
“dah la pemalas hodoh pulak tu!dasar tak kenang budi!menyesal aku melahirkan kau dan memilih kau yang x berguna langsung,!dish!dish!”satu lagi sepakan singgah ditulang rusuknya yang sudah lemah.
Betapa seksanya diri aku ketika itu hanya allah sahaja yang tahu.Nak harapkan adik beradik yang lain tolong jangan harap?malah ejekan dan hinaan sinis yang aku dapat.

………………………………………..

“good morning dan salam sejahtera semua saya ucapkan?sempena perhimpunan mingguan ini,saya ingin mengumumkan satu kebanggaan kita semua sebagai warga SMKB bahawa sekolah kita telah memenangi pertandingan menulis cerpen di peringkat negeri dan akan ke peringkat antarabanggsa pada bulan hadapan.Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada dua orang pelajar sekolah kita yang menaikkan nama baik sekolah ini.Orang yang maksudkan ialah Jamilah binti Dolah bagi perempuan dan untuk lelaki Mohd Syakir bin Abdullah.Oleh itu saya menjemput kedua-duanya untuk naik ke pentas menerima hadiah.”ucap pengerusi majlis pada pagi yang hening itu.
Tepukan gemuruh warga sekolah memeriahkan lagi perhimpunan pada pagi itu.Tetapi tidak dengan diri aku yang malu dan begitu tebal muka untuk naik ke pentas mengambil hadiah.Mungkin orang lain tidak?hal ini kerana baju sekolah aku yang lusuh dan ada bekas tampalan koyak.Almaklumlah tiga tahun tidak berganti.Tambahan pula kasut aku yang kelihatan seperti bukan kasut kerana sudah bertukar warna dari warna putih kepada warna kelabu menambahkan lagi keseganan aku untuk naik ke pentas.Tapi dengan kekuatan yang aku ada, aku gagahi juga untuk mendapatkan anugerah yang amat aku banggakan.Inilah berkat usaha aku selama ini yang suka membaca.alhamdulillah.

………………………………………..

Angin yang bersepoi-sepoi menyamankan jiwa.Bunyi ombak yang menghentam pantai mendamaikan jiwa.Indah sungguh ciptaan tuhan. Burung-burung selayang terbang segerombolan mungkin untuk mencari makanan. Fikir hatiku.Namun,walaupun jiwa aku yang tenang jauh dari seksaan ibu sendiri tetap masih ada lagi kedukaan yang ku tanggung selama ini.tiada sesiapa yang dapat membantu.
“ja,ambik air ni.hah pandai sangat kenakan aku td!”.
Bunyi percikan air dan gelak tawa memeriahkan lagi suasana di pantai Batu Ferringgi.
“hah padam muke kau pandai sangat kenakan aku dulu”.
” xaci la mcm ni.”tambah satu suara lagi.
“eh kawan?cepat tengok ni siput-siput kecil la.”
“wow?cantikknya siput ni badannya bewarna-warni.”
“tengok tu ada lagi la!but,this is starfish.so suit.very-very interesting.hahahahaha.”kata gadis bernama Julia.
“Aku x pernah tengok lagi benda cam ni kat luaq.asyik dalam gambaq je.”jawab seorang kawan dengan dialek utaranya.
“ho jolo la dok,aku pom supo mu jugok tok ajin tengok benda gini.eh eh comelnyo.”sambung Milah berasal dari kelantan.
Begitu gembira kawan-kawanku melihat keindahan hidupan laut yang ada di persisiran pantai.Mereka juga seperti aku terlibat dengan kursus menulis cerpen dan akan ke peringkat antaranbangsa minggu depan.
Aku hanya mampu tersenyum melihat telatah gelak tawa mereka, kerana aku tahu siapa diri ini yang serba kekurangan.Air mataku tiba-tiba mengalir tanpa di duga mengenangkan nasib diri yang serba kekurangan.Tetapi aku bersyukur kerana berpeluang pergi ke tempat-tempat pelancongan seperti ini.Penginapan dan makan minum aku juga di taja oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Kami tinggal di hotel Vistana Pulau Pinang sepanjang program.

………………………………….

“assalaimualaikum makcik?tujuan saya ke rumah makcik ini adalah untuk meminta keizinan makcik memberi kebenaran anak makcik Jamilah untuk mengikuti khursus penulis remaja di pulau pinang.”meminta izin Puan Kamilah suatu petang di rumahku.
Ibuku memberi kebenaran gara-gara malu dengan guru bahasa melayu sekolah SMKB kerana ke rumahku.Jika tidak,jangan harap ingin memberi kebenaran dan aku juga tidak berpeluang untuk menjejaki kaki di pantai yang sungguh indah ini.
“menyampah aku!ee..bencinya!nanti la kau Jamilah tunggu masa kau balik nanti aku akan kerjakan kau cukup-cukup!.”
Sayup-sayup kedengaran suara yang penuh hasad dengki Susila.Tetapi aku sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.Aku sudah bersedia menghadapi segala seksaan dan hinaan yang bakal aku terima.

……………………………………

“assalaimualaikum?nama kamu Jamilah kan?Boleh saya tanya kamu satu soalan?” tiba-tiba seorang lelaki yang tidak aku kenali menyapaku yang ketika itu semua peserta program sedang berehat untuk jamuan tengah hari.
Aku hanya mampu menggangguk.Biar pun di dalam hatiku melonjak tinggi ingin bertanya bagaimana tahu nama aku Jamilah.
“awk ni ada saudara kembar?sebab muka awak sebijik macam muke sepupu saya.”tanyanya lagi.
Aku mengeleng kepala dan terus meninggalkan lelaki itu seorang diri.

……………………………..

“Jamilah, sila kebilik saya selepas waktu sekolah?.”Begitu tegas ayat guru matematikku.Terkejut bukan kepalang aku membaca notis di sehelai kertas yang di beri oleh ketua kelas sekejap tadi.
Selepas keluar dari bilik En.Mokhtar aku menangis seorang diri kerana mengenangkan nasib diri aku yang diperdaya dan dihina oleh adikku sendiri. Itulah susila yang berusia 16 tahun.Orangnya berjiwa busuk yang penuh hasad dengki dan kaki ponteng sekolah.Malah dia juga yang mencuri buku latihan aku menyebabkan aku tidak dapat hantar latihan matematik kepada guruku tadi.

…………………………………

“Bumm!ha padam muke ko?biar berdarah lutut kau tu!x ada orang nk tolong kat sini.damm!damm!”sekali lagi aku kena sepakan Susila.
sakit membuak-buak bukan kepalang di perutku.hahahah! padam muke kau!huhuhu!”dengar hilaan kawan-kawan susila.
jatuh berselerak dan bertaburan buku yang kupegan dan yang kupikul.Almaklumlah beg sekolahku zipnya sudah terkoyak,beg lama.Tidak terkata ketika itu,mujurlah Shakir sudi membantuku ketika itu kebetulan dia melalui kawasan belakang tandas itu.
Namun,apakan daya manusia sepertiku tidak mampu untuk mengucap apa-apa melainkan berserah kepada yang Esa supaya segala jasa baikknya akan di balas olehNya.
Aku sudah perit dengan hinaan Susila.Aku juga pernah diejek di depan orang ramai mengenai kelemahan diri aku.Sedihnya hanya tuhan Azzawajalla sahaja yang tahu.

…………………………………..

Namun,awang berarak tiada siapa yang tahu.Awang yang mendung kembali cerah.Bersyukur ke hadrat ilahi kerana aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm iaitu 10A dalam semua subjek.Hari ini juga aku mendapat surat tawaran dari sebuah ipt di pulau pinang dalam bidang pendidikan khas.Walaupun hari ini aku sekali lagi dipukul oleh ibuku yang tidak berhati perut.Namun demi masa depanku,aku gagahi juga untuk ke sekolah untuk mengambil slip peperiksaan.Terima kasih Ya Tuhan kerana engkau Maha Adil kepada umatmu ini.Inilah hasilnya,kejayaan yang amat aku banggakan walaupun kini tidak dapat di kongsi dengan ayahku.

………………………………………

Bermulalah kehidupan baru aku sebagai mahasiswi.Aku ingin belajar bersungguh-sungguh dan melupakan kisah silamku.Aku juga ingin bangkit dari kehancuran lalu demi membina sebuah kejayaan. Aku yakin sang suria kembali tersenyum suatu hari nanti.Aku harus sabar menanti dan terus menanti.Perjuangan perlu di teruskan demi kebahagian diri yang serba kekurangan.Aku ingin membuktikan bahawa orang seperti aku juga boleh berjaya seperti gadis normal yang lain.

………………………………..

“jangan bergerak!?kamu di tanggkap kerana terlibat dengan dadah dan pembunuhan seorang warga tua.”arah seorang aggota polis.
“Su!?lari!lari!arah seorang kawan susila.
“lari!..lari!..”.arah lagi satu suara.
“ko punya pasal la ni bagi cadangan tempat ni?!”
Geng susila sempat bergaduh walaupun polis sudah tiba di tempat kejadian.Mereka menempah maut ibarat telur berada di hujung tanduk. Inilah akibatnya gara-gara kekurangan ilmu.
“lari!..lari!..”
“grumm!damm!dumm!…dumm!”
Bunyi mereka lari lintang pukang dengan tin-tin dan kotak buruk jatuh berderai.
Tetapi pihak polis lebih bijak dari mereka.
“pomm…….”
Satu das tembakan di lepaskan dan terkena salah seorang rakan Susila.
Susila di tangkap dan telah di hantar ke pusat pemulihan akhlak kerana terjebak dengan dadah.Manakala ibu kandungku meninggal dunia akibat sakit jantung sejurus mendengar khabar buruk tentang anak kesanyangannya itu.

……………………………………….

“emm begitulah aku dengar berita tentang adik dan emak kau.itupun ayah aku yang ceritakan.”jelas Malia kawan sekampungku yang kini bertugas sebagai jururawat di hospital Tengku Ampuan Zainab.

………………………………….

Kenangan di kampus kembali di ingatan.
“Jamilah?kau rase tak nak cari ke saudara kembar kau tu?kau cakap kau ada saudara kembar?”tanya Su kawan baikku di kolej.
Aku bangga berkawan dengannya walaupun aku serba kekurangan namun dia tidak memilih kawan.
“emm tu la aku ada jugak terfikir ingin mencari saudara kembarku itu?tapi di maanaa yaa??”tanyaku dan buatku dengan bahasa tubuh sekali ala-ala cerita senario.
“hahahahaha”
Kami sama-sama ketawa dek kelucuanku itu.
Su sudah memahami bahasa orang sepertiku kerana sepupu dia manusia sepertiku juga.

……………………..

Genap 4 tahun aku bertungkus lumus dalam pengajianku,kini segenggam ijazah telah aku perolehi. Alhamdulillah akhirnya impianku menjadi kenyataan dengan bantuan tajaan jpa akhirnya dapat juga aku menghabiskan pengajian ini dengan baiknya.
Sebulan selepas itu, aku juga di tawarkan bekerja di sekolah pendidikan khas di sebuah daerah Pasir Mas.Terima kasih Tuhan.

…………………………….

Aku kembali di alam yang nyata.
“gie?ko tahu ?tadi aku ade terbaca surat dari seorang jejaka yang tidak bernama.dia ajak aku kahwin dengan dia.Tapi aku tidak yakin betul ke tidak tindakan aku untuk menerima dia sedangkan aku baru berusia 24 tahun.Saudara kembarku juga aku belum temui lagi.”tanyaku kepada gie rakan sekerjaku.
“aaaaaa!…..uuuuuu!……aaaaaaaa!”
Bunyi laungan kanak-kanak istimewa membingitkan telinga di padang sekolah tidak jauh dari bilik guru.
Maka jawab gie yang bertudung labuh dengan bahasa yang sama sepertiku..
“aku syorkan kau minta bantuan Yang Maha Esa.Aku tak tahu macam mane nak bagi pendapat sebab aku tak mahu kau menyesal di kemudian hari.Tapi bagi aku kalau kau terima si mamat tak bernama tu pun x ape.Sebab nanti kau boleh sama-sama mencari saudara kembar kau nanti bersama suami kau.”

………………….

“nah!duduklah kau sini.mudah-mudahan ada orang yang memgambil kau!.” Mak Milah meletak seorang bayi di belakang surau di hujung kampung kira-kira 24 tahun dahulu.
“Milah?dimana Kamilah.kenapa aku tengok Jamilah sahaja yang ada di atas tilam tu?.”tanya pak dolah tegas suatu petang tentang kebimbangan anaknya yang seorang lagi kerana tiada di pembaringan.
“ah!?kau tahu ape?nak jaga dua-dua orang sekali gus larat ke!?.dah la makan minum kiter pun tidak cukup!”.
“yer la aku tanya saja mana Kamilah?”
“tak payah cari dia?dia selamat!aku nak jaga seorang sahaja.aku tak larat nak jaga dua-dua orang!faham?.”lantang tenkingan Mak Milah tanpa menghiraukan dengan siapa dia bercakap.
“astaghrfiruallahal azim…”
“kamu ni ada otak ke tak Milah?itu kan anak kiter juga.kenapa pilih seorang sahaja.kalau kamu tak larat biar aku saja yang menjaganya!kamu ni tak tahu dosa pahala ke ape?”jawab Pak Dolah dengan penuh kesabaran.
“dah la!walau macam mane pun aku nak cari juga Kamilah sampai jumpa.” Bergegas turun Pak Dolah turun ke luar rumah.Tangga rumah yang sebatang dua itu di pijaknya dengan berhati-hati untuk mencari anaknya Kamilah yang dibuang oleh ibu sendiri. hatinya begitu sedih dengan sikap isterinya yang tidak berhati perut.
Namun,sehingga akhir hayatnya Pak Dolah tidak juga ketemui Kamilah.Pelbagai usaha telah dilakukan namun,tidak berhasil.

……………………………..

“Abang?tidak sia-sia saya menerima awk dulu.Syukur alhamdulillah akhirnya dapat juga kiter sama-sama memijak di bumi arab ini.Sesungguhnya tuhan itu maha kaya”.kata Jamilah sambil melayang-layang tangan dengan mimik mukanya yang manja.
“emm tu la awk ,dulu sombong sangat dengan saya masa sekolah menengah, pandang saya pun x?.konon-kononnya jual mahal la katakan.” Balas suaminya dengan gerak geri yang sama.
“Eleh?abang la yang sombong sebenarnya.almaklumlah ketua biro usrah katakan.ustaz lah kononnya.”satu cubitan singgah di perut suamiku.
“ala awk pun sama la asyik dok kejar pustaka jer?kalau langgar saya jatuh terjelepok pun awk buat x hirau je?ha sape yang tolong awk angkat buku masa awak di tendang adik sendiri.saya jugak kan?” tengok tu nk sorok lagi dari abang yer. Kan abang tingalkan sini sorang-sorang baru awk thu.tinggal dgn tok arab.bru lah ahlan wasahlan, ya anta?ya maulana ya habibi.hehehehe”
Akhirnya mereka sama-sama ketawa dengan kecerian terpancar di wajah masing-masing.
Bumi arab sungguh indah.Inilah bumi di mana permulaan dan penyebaran agama islam oleh rasuluallah suatu ketika dahulu.Sungguh indah pemandangan di waktu senja.Adat budaya manusia di sini masih lagi mengikut sunnah Rasuluallah.Setiap kali azan berkumandang semua penduduk bergegas meninggalkan semua tugasan dan kerja untuk solat berjemaah di masjid.Adapun yang tidak ke masjid terutama kaum lelaki mereka akan dipandang jelak kerana di sini kebanyakan kaum lelaki sangat mematuhi agama yang suci ini.Manakala bagi kaum wanita mereka sangat menjaga aurat mereka.Mereka akan memakai jubah dan menutup muka mereka dengan hijab. Jika tidak?kemungkinan mereka akan di rogol oleh lelaki-lelaki yang bukan bergama islam,terutama yang datang berhijrah.
Sungguh indah dan damai bumi Mesir.Pokok kurma yang buahnya pelbagai warna sungguh cantik.Pokoknya tumbuh berderetan sepanjang jalan teringat suatu ketika dahulu tentang nabi mohammad yang berbuka dengan sebiji tamar.
“abang tengok tu?ada buah anggur dan epal.sungguh lebat buahnya. Bermacam-macam warna ada.hijau,kuning,biru pun ada.sungguh besar ciptaan tuhan.”jelasku kepada suamiku.
“emm ia di tanam di belakang rumah jer?”.balas Syakir.
“emm kalau begitu boleh la kiter tanam jugak buah anggur dan epal ni di belakang rumah kiter di Pulau Pinang?hehehehe!.”terangku dengan nada bergurau.
“hehehehehehehe.”
Kami sama-sama ketawa ketika berada di atas kereta unta yang seperti kereta kuda kalu di malaysia.Kereta itu di khaskan untuk pelancong.Kami tiada masalah berkomunikasi kerana suamiku bekas pelajar dari mesir.

……………………………………

Keesokan harinya aku bertolak untuk membuat umrah di Makkah al-Munawwarah.Di depan khabah aku berdoa supaya kehidupan aku yang mendatang penuh kebahagian bersama suamiku.Dan aku juga berdoa supaya tuhan menemukan aku dengan saudara kembarku.Titisan air mata keinsafan menjadi saksi betapa kerdilnya diri ini sisi Yang Maha Esa.
Tiba-tiba malam itu aku bermimpi bahawa aku telah menemui saudara kembarku tapi aku tidak tahu di mana tempatnya.Di dalam mimpiku tidak pula tunjuk dimana?samar-samar sahaja tempatnya tetapi penuh mendamaikan.Tempatnya pun lain dari yang lain.sungguh cantik tidak terkata.

………………………………………..

Itulah aku dan Syakir yang kini menjadi suamiku.Aku baru selesai berbulan madu di bumi arab sambil membuat umrah.Syakir bekerja sebagai doktor di hospital besar Sultanah Bahiyyah.Walaupun kami bisu tapi kami seperti insan yang lain yang ingin mendapatkan kebahagian hidup didunia dan diakhirat. insyallah.amin…
Tentang saudara kembarku itu aku lupakan sahaja kerana mengikut mimpiku yang ke dua di Makkah sehari sebelum pulang ke Malaysia,saudara kembarku itu berada di tempat yang selamat dan penuh mendamaikan iaitu syurga.Inilah berkat berdoa di tanah suci.insyallah di lain waktu kami akan pergi lagi.Dan betul lah apa yang dikatakan bahawa di dunia ini ada 7 manusia yang seiras. Begitu besar keagungan Ilahi.Lantas aku mengangkat sepuluh jari memandang sehingga langit kedulapan bersyukur dengan nikmat yang telah diberi.
Itulah hakikat sebenar hidup ini.Bertepatanlah dengan peribahasa melayu. “berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian,Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian”.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Cerpen : Aku dan Kehidupan”
  1. epy_elina87 says:

    hohooo…
    mnarik tp trllau rngkas…
    x ada komplik…
    pe pun gud job

  2. babyputri says:

    sentuhan yang bagus

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"