Cerpen : Dosa Semalam

9 February 2009  
Kategori: Cerpen

1,116 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : neza ismail

Setiap insan pasti melakukan kesilapan dalam kehidupannya. Dan bergantung pada dirinya bagaimana mahu bangkit kembali. Semangat untuk hidup yang kian pudar, sementelah hidup bergelumang dengan dosa dan noda memustahilkan diri untuk kembali kepada fitrah. Tapi, jalan untuk pulang tetap ada dan sentiasa ada untuk setiap insan selagi tekad dan hasrat itu masih belum memudar.

Sejarah kelam bahkan terlalu hitam dalam hidup Sofea mengundang kekesalan yang tak sudah bagi dirinya. Lantaran terlalu ikutkan nafsu muda, dia hilang segala-galanya. Maruah agama, maruah dirinya dan sudah tentu mencalit luka yang bukan sedikit pada keluarganya..

Dia ada pegangan agama, lahir dari keluarga yang amat pentingkan agama. Setelah Sofea melangkahkan kaki ke gerbang menara gading, nasihat ibubapanya tetap kekal dalam hatinya. Dia berjanji pada dirinya, kata-kata yang berupa nasihat itu akan sedaya upaya diterjemahkan dari segi tingkah lakunya…

” Pea, walau sejauh mana kita melangkah. Walau setinggi mana kaki kita mendaki. Kita mesti ingat hidup ini mesti ada matlamat yang pasti. Hidup ini mesti ada tujuan yang jelas i.e bagi mendapatkan MardhatiLLah. Hidup tak ada makna dan ertinya walau sekaya manapun kita, walau semulia dan sepintar manapun kita andai dunia menjadi satu-satunya matlamat dan tujuan hidup kita. Ingat pesanan ni, pea..”

Dan itulah yang berlaku pada dirinya pada permulaannya..Ya, hanya pada permulaanya sahaja. Kesilapannya bermula apabila dia mula rapat dengan Qaisyi yang agak terkenal di kampusnya dek sikapnya yang agak sosial. Tujuan Sofea tak lain dan tak bukan mahu menarik Qaisyi kembali kepada fitrah. harapannya jika Qaisyi dapat “dikejutkan”, mungkin ramai lagi yang akan berjaya “dikejutkan” kerana Qaisyi agak berpengaruh dikalangan mahasiswi kampusnya. Insya’ ALLAH. Matlamat yang jelas memerlukan perancangan yang rapi bak kata Saidina Ali Karamalluwajhah :

” kebenaran yang tidak ada perancangan yang rapi akan mudah dikalahkan oleh kebatilan yang mempunyai perancangan yang rapi.”

Memang benarlah Qaisyi agak berpengaruh, sedikit demi sedikit Sofea yang terpengaruh dengan tingkah laku Qaisyi. Niat asalnya telah terbang entah kemana. Dia tersilap langkah. Dia tersilap merancang,Adalah perkara yang boleh dianggap mustahil bergerak seorang diri untuk berdakwah. Tanpa adanya sokongan dari teman-teman lain, dia jatuh tersungkur. Dia juga terlupa bahawa Allah telah berfirman peri pentingnya bergerak dalam berkumpulan seperti yang termaktub dalam surah assaf ayat yang ke-4 yang bermaksud:

” Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”

Natijah dari tindakannya yang mahu berdakwah secara individu telah memakan dirinya sendiri.sedikit demi sedikit Sofea mula berubah terutamanya dari segi pakaian. Pada mulanya dia beranggapan itu merupakan salah satu method atau cara yang dia boleh lakukan untuk mendekati Qaisyi sekaligus lebih rapat dengannya tetapi matlamat tidak sesekali akan dapat menghalalkan cara walau matlamat yang nak dilakukan adalah baik..

Kata-kata saidina Umar al-Khatab :

” sesungguhnya Islam akan terungkai satu persatu dari orang Islam apabila dia tidak mengetahui akan hakikat jahiliyyah.”
Dan inilah yang telah berlaku pada Sofea.. ..

“Pea, ko ni kolot r. takkan pak we pun tak de.Nanti aku kenalkan kau ngan seseorang.. Gerenti special punya..” Senyuman Qaisyi bagai menyimpan sesuatu.

“Qaisyi, aku tak nak r. lelaki bukan leh percaya pun..” Sofea cuba membantah “saranan” Qaisyi.

” kalo ko nak masok geng aku, kene r ade pak we.. Baru ngam… erm, ko ingat agi kat Haikal??ala, yang hensem tu.. Dia tu minat kat ko tau. Rugi kalo ko tak layan dia… ” Qaisyi cuba mengumpan minat Sofea.
“Erm, haikal.. dia tu memang hensem.. tapi…………………………….

Sofea terfikir sejenak sebelum menyambung kata .” Dia belajar kat mane ea??? Tak pernah nampak dia kat kampus ni..”

” banyak songeh plak ko ni.. dia tu da keje r..bukannyer student agik cam kiter nie.da ade ni sendirik tau!!!” Qaisyi membidas kata-kata Sofea sambil menggerakkan jarinya sebagai tanda isyarat duit..

“Erm, ok r tu.. aku pun tak cukup duit gak sekarang..” desis hati Sofea sambil bibirnya menguntum senyuman kecil.

Bermulalah episode cinta antara Sofea dan Haikal.. tika itu, sofea belum tahu siapa Haikal yang sebenarnya.. Dia terlupa bahawa tiada hubungan antara lelaki dan perempuan melainkan ikatan perkahwinan..

” la taqrabuz zinna”… ungkap kata yang acap kali terlafaz di bibirnya tika masih di bangku sekolah kian hilang saban hari..

Tiba-tiba Sofea dikejutkan dengan satu berita yang langsung tak diduga olehnya.. saat itu barulah dia tahu siapa Haikal yang sebenarnya.. Haikal, mat rempit!!! Malah haikal merupakan ketua geng Mat rempit!!
Tapi, saat itu untuk berundur kembali adalah mustahil tatkala hati sudah terikat rapat. Perasaan sayang dan cinta telah membutakan hati Sofea untuk berfikir dengan lebih matang.. benarlah cinta itu buta.

Selepas mengetahui hakikat sebenar, Sofea semakin jauh tersasar.. semakin kerap memonteng kelas. Sementelah lagi sikap Haikal yang terlalu meremehkan statusnya sebagai student yang belum tentu akan memperolehi pekerjaan kelak..

Tika itu, Sofea makin jarang pulang ke kampung. Alasannya mahu bekerja semasa cuti semester.. Tetapi pada hakikatnya dia menghabiskan cutinya bersama-sama dengan Haikal. Dia juga kerap membawa Haikal masuk ke biliknya tika teman sebiliknya balik kampung…

Tanpa disedarinya, tingkah-lakunya Berjaya dihidu oleh teman sebiliknya dan melaporkannya kepada pihak berkuasa Universiti….

“Sofea Aziz, awak seorang pelajar yang bijak… tapi, sayang awak tersilap langkah dalam mengikut gelojak nafsu muda yang terlalu ingin bercinta. Cinta tu tak salah tapi cara awaklah yang menyebabkan ianya menjadi salah.. saya harap awak sedar apa yang da awak lakukan ni…. Walaubagaimanapun , awak telah dibuang dari Universiti ini.”

“buang U!!!!!!!” ungkap kata yang terluah dari bibir Puan Mastura menggegarkan hatinya walau ungkap kata itu diluah tanpa nada tinggi… Sofea terduduk dan tanpa sedar kolam matanya pecah… Menyesal kemudiannya tak membawa sebarang erti lagi… segala tindak-tanduknya tika hanyut bercinta terlayar di depan matanya… Betapa jijiknya kelakuanya tika itu…

Berita Sofea dibuang Universiti akhirnya sampai ke pengetahuan keluarganya dan menyebabkan keluarganya telah membuang dirinya … Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga,Haikal juga telah menghilang tanpa berita seusai mengetahui perihal dirinya yang telah dibuang University… Tika itu barulah Sofea sedar dan menyesal. Tapi, nasi telah menjadi bubur…

Kini, Sofea hilang segala-galanya…keluarga, maruah diri,agama dan juga terkandas dalam pelajarannya. Sofea benar-benar terasa lemah dan putus asa untuk hidup.Dunia yang luas ini seolah-olah menjadi sangat sempit baginya hingga sukar untuk bernafas… sehinggalah dia terasa ingin lari dari segalanya..

Tiba-tiba, Sofea terasa bagai beban rasa yang terbeban terurai satu persatu tika terdengar bacaan suci Al-Quran yang bermaksud:
“katakanlah wahai hambaKu yang melampaui batas,janganlah kamu putus asa dengan rahmat Allah,sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa, sesungguhnya Allah MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PENYAYANG”

Hadis : “orang yang bertaubat dari dosa ibarat orang yang tidak berdosa”

Dan kini, Sofea beriltizam mahu berubah kepada yang lebih baik walau dia kini keseorangan tapi dia yakin Allah sentiasa ada bersamanya selagi niatnya untuk berubah adalah ikhlas kerana Allah..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"