Novel : Prince Charming 13

1 February 2009  
Kategori: Novel

1,639 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : RATU BULAN

13: MISTERI SURAT CINTA

“Nurul,” panggil satu suara yang amat dikenalinya. Sebaik sahaja dia berpaling, tiada sesiapa pun di sekelilingnya. “Nurul,” suara itu memanggil lagi. Tapi kali ini seperti suara manusia yang ingin menyamar jadi hantu secara tidak sengaja. Tiba-tiba sahaja bulu romanya tegak.

“Nurul,” panggil suara itu lagi tapi kali ini agak terdesak sedikit. Mungkin kerana empunya diri tidak memberi apa-apa reaksi. Nurul cuba memberanikan diri memandang sekeliling. Tiada sesiapa pun yang dia curiga malah tiada sesiapa pun yang lalu di sekelilingnya.

Sebaik sahaja dia ingin mengatur langkah untuk pulang saja ke rumah. Satu lembaga keluar dari celah-celah pokok besar yang tertanam di tepi jalan dan menarik tangannya dengan pantas. Tanpa sempat Nurul hendak Flying Kick lembaga yang membawa lari dirinya itu.

Dia hampir menjerit. Macam-macam yang dia fikir. Adakah lembaga itu hendak merogolnya seperti dalam berita di televisyen? Zaman sekarang ini ramai lelaki yang lebih taksub dengan nafsu sendiri dan sanggup buat apa sahaja untuk memenuhi nafsu mereka. Sedangkan ayah kandung pun boleh makan anak sendiri, inikan orang asing yang tidak kita kenali.

“Hah, Hayrul!!” katanya separuh menjerit tapi Hayrul memberi isyarat senyap sambil memandang sekeliling untuk pastikan tiada sesiapa pun yang melihat mereka berdua terutama sekali kawan-kawannya.

“Kau nak apa culik aku ni?” tanya Nurul.

“Aku tahu mesti kau kena ugut dengan diorang semua kan? Sebab tulah kau rahsiakan pasal surat cinta tu. Betul tak?” tanya Hayrul yang selama ini di sangka kurang bijak tapi pada hari ini Hayrul telah membuktikan sangkaan Nurul memang meleset sama sekali. Tapi bila difikir kembali, sejak bilakah Hayrul boleh jadi bijak?

“Baguslah kau dah tahu tapi walauapa pun aku tetap takkan bagi kau surat cinta tu,” ujar Nurul masih bertegas tidak akan beri surat itu kepada Hayrul. Ini adalah kerana dia masih ingin mencari seseorang yang menyelamatkannya tempoh hari dan sebab utama, dia tak mahu melihat Hayrul pengsan lagi hanya kerana surat cinta.

“Kenapa pula? Tukan surat untuk aku.”

“Yalah. Surat tu untuk kau dan kau ada hak untuk bacanya tapi kau mesti pengsan kalau baca surat tu,” kata Nurul.

“Aku janji lepas ni aku takkan pengsan lagi,” kata Hayrul sambil mengangkat tangan seolah-olah sedang berikrar.

“Kenapa kau nak baca surat tu? Kau tahu tak perempuan ni memang suka tulis benda-benda yang tak berfaedah dan bagi kepada lelaki yang mereka suka. Lepas tu kalau perempuan tu jenis yang pengecut dia akan tulis nama gelaran ‘Melati’, ‘Cempaka Biru’, ‘Pujangga Cinta’ dan macam-macam lagi untuk melindungi dirinya dari diejek. Dan kalau yang terover’ acting pulak akan tulis namanya yang sebenar, dan letak gambarnya yang seksi supaya korang ni rasa tergoda dengan tubuh mereka. Dan kalau perempuan tu jenis yang gila bayang, akan tulis puisi-puisi indah yang dicilok dari internet ataupun akan tulis lagu-lagu yang best untuk korang baca,” ujar Nurul panjang lebar.

“Kau macam berpengalaman saja.”

“Sebab aku juga perempuan. Aku tahulah apa yang perempuan lain akan buat. Kau tahu tak, kalau aku jadi lelaki memang aku abaikan surat cinta macam ni.”

“Yelah tu. Tapi kau pernah marah-marah dengan Nazrul sebab dia tak baca surat cinta,” balas Hayrul yang masih ingat lagi pertengkaran Nazrul dan Nurul yang membawa kepada hubungan dingin sehinggalah sekarang. Puncanya hanya kerana Nazrul membuang surat cinta untuknya tanpa membaca sedikit pun.

“Itu hal lain. Sudahlah aku tak nak ingat lagi pasal tu. Buat sakit hati saja dan lagi jangan sesekali sebut nama Nazrul depan aku lagi,” Nurul memberi amaran keras.

“So, apa yang perlu aku buat supaya kau bagi surat tu kepada aku?”

“Abaikan surat tu dan carilah perempuan yang berani luahkan perasaannya pada kau. Di depan kau sendiri ataupun kau patut cari cinta kau sendiri. Jangan terlampau pentingkan surat cinta sebab ia bagaikan mainan cinta. Kalau kau jumpa seseorang yang kau minat, just go on dan bukannya tunggu surat cinta sampai ke tangan kau,” ujar Nurul membuatkan Hayrul senyap seketika.

“Aku tahu,” ujar Hayrul setelah mendiamkan diri barangkali berfikir ada benarnya apa yang Nurul katakan padanya tadi. Kemudian dia menghembus keluhan yang berat.

“Kau tengah cabar diri kau bukan? Kau tahu yang kau akan pengsan sebaik sahaja baca surat cinta tapi kau sengaja nak cabar diri kau bukan?”

Hayrul hanya sekadar mengangguk.

“Kenapa kau alegi dengan surat cinta? Mesti ada sebab bukan?”

“Cerita lama. Aku tak ingat sangat pasal tu. Sebaik sahaja aku terima satu surat cinta, sedar-sedar saja aku dah terbaring di atas katil aku. Mak aku cakap, aku pengsan di sekolah. Masa tu memang aku demam tapi berkeras juga nak pergi sekolah. Sejak tu bila aku terima surat cinta, aku akan pengsan. Aku pun tak tahu kenapa. Yang peliknya, selepas aku pengsan aku tak ingat kandungan surat yang aku baca tu. Sebab tulah aku nak cabar diri aku untuk baca surat cinta tapi nampaknya tiada sesiapa yang berani bagi surat cinta pada aku sehinggalah pada hari ini,” cerita Hayrul panjang lebar.

“Ini kali pertama aku dengar dan lihat sendiri seseorang akan pengsan sebaik sahaja membaca surat cinta,” ujar Nurul sedikit tergelak. “Aku bukan nak gelakkan kau tapi kalau aku jadi kau, aku takkan cabar diri aku dengan cabaran yang bodoh ini.”

“Habis tu apa kau buat?”

“Aku akan cabar diri aku dengan mencari cinta yang agung. Aku ingat lagi Fiq cakap, ‘Surat cinta tak bermakna apa-apa bagi seseorang tu sebab surat cinta hanya menggambarkan personality luaran manusia dan bukan dalaman. Kita mencari cinta yang lahir dari hati dan bukan lahir dari luaran. Itulah cinta sejati yang tiada tandingannya.’ Dan aku bersetuju dengan Fiq. Kau patut abaikan surat cinta dan mulai sekarang kau patut mencari cinta sejati. Lagipun sekarang ni kita masih muda lagi. Dan aku rasa, kita tak payah nak kucar-kacirkan hidup kita ni dengan masalah cinta. Kita patut enjoy dulu, betul tak?,” ujar Nurul dengan harapan Hayrul faham apa yang dia katakan tadi.

“Kau tak faham. Lelaki akan cuba sorok kelemahan mereka dari mata orang ramai. Aku tak suka sorok sebab itulah aku nak hadapi cabaran tu.”

“Semua orang ada kelemahan dan kita tak boleh lari dari kelemahan kita tu. Kenapa? Sebab inilah realiti hidup. Aku juga ada kelemahan dan aku terima kelemahan aku dengan baik. Bukannya aku tak berusaha nak perbaiki kelemahan aku tapi sebab aku percaya suatu hari nanti aku akan atasi kelemahan aku tanpa aku sedari.”

Hayrul memandang Nurul yang duduk tidak jauh darinya. Inilah kali pertama dia berbual dengan Nurul dengan jangka masa yang lama dan inilah kali pertama juga dia bercakap dengan perempuan seperti sudah berkenalan lama. Selama ini dia tidak faham kenapa Rezza dan Fiq mengambil Nurul sebagai pengurus Kelab disebabkan jantina Nurul adalah perempuan. Baginya perempuan tidak akan faham apa yang lelaki inginkan ataupun fikirkan tapi ternyata sangkaanya terhadap Nurul meleset sama sekali.

Perempuan itu tahu bagaimana hendak berkomunikasi dengan lelaki dengan baik. Masakan hubungan Nurul dengan semua ahli rasmi kelab berjalan dengan lancar kecuali Nazrul. Ah, Nazrul memang suka buat hal sendiri dan memang pantang hidupnya diganggu orang. Tapi tidak mustahil juga kalau suatu hari nanti Nurul akan berkawan rapat dengan Nazrul juga dan berbual seperti sekarang ini.

“Anyway, thanks sebab berbual dengan aku,” ujar Hayrul sambil bangun dari duduknya.

“Pembetulan. Sebenarnya kau yang tarik aku ke sini untuk berbual dengan kau,” ujar Nurul pula tapi kali ini dengan nada gurauan. “Dan jangan lakukannya pada perempuan lain sebab mereka akan anggap yang kau nak merogol mereka.”

Hayrul hanya ketawa kelucuan sambil mengangkat kaki berlalu dari situ.

********

Masing-masing memandang surat yang tertulis nama Hayrul di atas meja. Masing-masing juga kelihatan sedang memikirkan sesuatu yang serius. Zaki memandang Farizat di sebelahnya dengan perasaan bersalah. Farizat pula memandang Najmi yang tersengih-sengih bagaikan terjumpa kerang busuk. Entah apa pula yang Najmi sedang fikir dikepalanya itu sehingga tersengih-sengih. Itu tidak lain tidak bukan mesti hendak membaca surat yang di rampas dari tangan Nurul semalam.

“Aku rasa tak baiklah buat Hayrul macam ni. Betul cakap Nurul, biarlah Hayrul nak baca surat ni. Kalau dia pengsan, biarlah dia tanggung sendiri dan lepas tu gerenti dia takkan cari surat cinta lagi lepas ni,” ujar Zaki yang berasa serba salah sejak semalam lagi.

“Betullah. Aku pun terfikir macam tu. Surat ni untuk Hayrul. Dia tu bukannya senang nak dapat surat cinta. Kalau dapat pun boleh dikatakan setahun sekali je. Aku tak kisah dia pengsan kalau baca surat ni asalkan dia puas hati selepas dapat membacanya,” Farizat pula menyokong Zaki. Dia kemudiannya berpaling memandang Najmi yang masih lagi tersengih-sengih tapi kali ini bagaikan melihat lembu terpijak tahi sendiri.

“Apa yang kau fikir Najmi?” tanya Ridzuan turut pelik memandang kawannya yang sorang lagi yang asyik tersengih-sengih.

“Mesti dia fikir nak baca surat cinta tu,” ujar Rezza yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bersama-sama dengan Nazrul.

“Surat apa?” tanya Nazrul pelik.

“Surat cinta yang Hayrul dapat semalam la,” Najmi pantas berkata. “Kitorang rampas sebab takut Hayrul pengsan lagi. Dia tu dah lah berat, kalau dia pengsan memang mengundang masalah la maknanya tu.”

“Kitorang rasa nak bagi surat ni pada Hayrul saja. Tak baiklah buat dia macam tu, walaupun dia kurang normal dengan kehadiran surat cinta tapi sekurang-kurangnya dia normal dengan bola sepak,” ujar Zaki kepada kawan-kawannya.

“Actually, lelaki kurang normal dengan bola sepak,” sapa Nurul tiba-tiba yang entah sejak bila berada di situ. Mereka semua langsung tidak menyedari kehadiran Nurul mungkin kerana asyik membincangkan tentang surat cinta Hayrul.

“Hayrul,” masing-masing agak terkejut dengan kewujudan Hayrul di sebelah Nurul. “Err… sebenarnya kami tipu kau.”

“Memang aku tahu korang semua tipu aku,” kata Hayrul sambil mencampak masuk beg sekolahnya ke dalam loker yang telah disediakan. “Korang memang tak reti berlakon dengan serius.”

“Okey, aku minta maaf. Kalau kau nak surat ni kau ambillah tapi kalau kau pengsan kali ni, aku akan sedarkan kau dengan air panas,” ujar Farizat mengangkat tangan seperti orang bersumpah bahawa dia akan menjirus Hayrul dengan air panas.

“Terima kasih sebab simpankan surat ni untuk aku,” dia menghampiri mereka semua yang duduk di atas meja menjadi tempat mereka berkumpul. “Tapi aku dah tak perlukan surat tu lagi.”

“Hah?!” masing-masing terkejut kecuali Nazrul yang langsung tidak memberi apa-apa reaksi.

“Apa yang aku perlukan adalah, hidup yang aman dan bola sepak. Itu saja,” ujar Hayrul dan menghadiahkan senyuman kepada Nurul. Nurul turut membalas dengan senyuman.

“So, kalau kau tak perlukan surat ni….”

“Kalau korang nak baca, bacalah,” katanya lagi sebelum berlalu keluar untuk menukar pakaian. Sebelum dia melangkah pergi sempat lagi dia mengenyit mata ke arah Nurul yang ternyata lega dengan pendirian barunya itu.

“Cantik!!” Najmi bersorak gembira dan mengambil surat tersebut yang diletak di tengah-tengah meja. “Mari kita lihat siapa kipas angin susah mati Hayrul.”

“Korang akan menyesal kalau korang membacanya,” ujar Nazrul tiba-tiba.

“Kenapa pula?”

Nazrul hanya sekadar mengangkat bahu sebelum berlalu keluar dari bilik itu. Nurul sempat memandang Nazrul yang cuba menyembunyikan senyumannya dari mereka semua.

“Kenapa dengan surat tu?” tanyanya pada dirinya sendiri.

“Jeng jeng jeng…,” Najmi dengan perlahan membuka surat tersebut. Sengaja dia membuat kawan-kawannya tidak sabar. Dia menyeluk tangannya ke dalam sampul tersebut dan mendapati ada sesuatu di dalamnya. Sehelai kertas di tarik keluar.

“Apa ni?” tanya dia pelik dan kemudian memandang mereka yang turut berada di situ. Dahinya berkedut.
“Kenapa?”

Dengan perlahan dia menunjukkan kepada mereka sehelai kertas yang penuh dengan iklan computer riba terkini dari Dell. Masing-masing mengedut dahi dan tidak dapat terkata apa sebaik sahaja Najmi mengeluarkan kertas tersebut dari sampul surat itu.

“Iklan?!”

“Memang betul-betul menyesal,” ujar Fiq tersengih menggeleng kepalanya.

“Rupanya Hayrul lagi bijak dari kita,” ujar Zaki pula.

“Dan nampaknya aku pula yang rasa macam nak pengsan,” kata Najmi.

Nurul hanya tertawa kelucuan. Nasib baiklah Hayrul mendengar nasihatnya dengan mengabaikan surat cinta kalau tidak pasti lelaki itu akan pengsan sekali lagi bila terlihat surat cintanya itu bertukar menjadi iklan computer Dell. Tapi bila difikirkan kembali siapa yang letak iklan tersebut sebagai surat cinta kepada Hayrul?

“Hanya seorang saja yang suka buat kerja macam ni dalam diam,” dia menghela keluhan berat.

*********

Nurul menghela nafas panjang sambil memandang langit yang cerah pada petang itu. Buaian yang diduduki di taman permainan itu di hayun perlahan. Keadaan taman permainan yang berdekatan dengan padang bola tidak ramai pengunjung seperti selalu. Selalunya dia akan melihat ramai kanak-kanak kecil yang ditemani oleh ibu atau bapa mereka bermain di taman permainan tapi tidak pula pada hari ini. Mungkin ibu atau bapa mereka masih lagi di tempat kerja pada ketika ini.

Hari ini dia berasa lega sedikit tidak seperti hari-hari yang lalu yang sentiasa ada sahaja masalah yang timbul. Mungkin sebab hari ini Hayrul tidak lagi meminta surat cinta daripadanya. Syukurlah. Dunianya sudah jadi aman seperti sebelum mengenali mereka semua.

Menjadi pengurus Kelab Bola Sepak memang nampak menarik di mata pelajar perempuan tapi mungkin mereka tidak tahu betapa peningnya menjaga kelab itu. Pelbagai kerenah yang dia temui dan pelbagai masalah yang timbul sehinggakan dia ingin melarikan diri dari keadaan tapi dia bukan jenis yang suka lari dari masalah. Setiap masalah yang timbul dia mesti akan cuba menyelesaikannya dan akhirnya dia berjaya.

“Teringat zaman kanak-kanak?” sapa seseorang di belakangnya. Pantas Nurul berpaling dan mendapati orang yang menyapanya itu adalah Nazrul.

“Kenapa?” tanya Nazrul setelah Nurul memandangnya semacam.

“Aku fikir, betul ke kau tengah bercakap dengan aku sekarang?” balas Nurul seakan tidak percaya Nazrul akan menyapanya di situ.

“Habis tu kau harap siapa yang tegur kau?” tanya Nazrul dan turut duduk di buaian di sebelah Nurul. “Fiq?” tekanya.

“Okey, apa kau nak?” pantas Nurul menukar subjek perbualan.

“Minta maaf,” balas Nazrul sepatah membuatkan Nurul terkejut buat kali kedua. Nazrul minta maaf dengannya? Ini memang sesuatu yang sukar di jangka.

“Maaf?” tanya Nurul untuk kepastian lagi.

“Pasal surat tu, betul cakap kau… aku patut baca.”

“Tapi kau tak baca,” sambung Nurul. Nazrul sekadar menganggukkan kepala. “Aku sebenarnya tak faham apa masalah korang berdua dan aku malas nak masuk campur selepas tu.”

“It’s complicated,” jawab Nazrul.

“Kau tahu tak, yang kau ni pelik?” ujar Nurul.

“Pelik?”

“Ya. Kau yang asyik tidur hampir 24 jam sehari dan tiba-tiba ada someone datang merayu pada aku supaya suruh kau baca surat cinta tu dan aku tak tahu kenapa dia boleh minat dengan orang pelik seperti kau ni.”

“Kau harap aku berjaga 24 jam ke?” tanya Nazrul dengan senyuman lucu.

“Benda ni tak lucu, Nazrul.”

“Kenapa kalau aku tidur 24 jam? Kau ada masalah ke dengan perangai aku suka tidur setiap masa?”

“Aku anti dengan orang yang boleh tidur lena.”

“Oh, sebab tulah kau selalu naik angin,” Nazrul mengangguk faham. “Dan patutlah tidur aku selalu diganggu.”

“Kau ada penyakit ke?” tanya Nurul lagi.

“Kenapa kau fikir macam tu?”

“Yelah, selalunya orang yang suka tidur memang ada satu penyakit.”

Kali ini Nazrul ketawa kelucuan pula. Nurul pula mencebik marah. Orang serius dia pula boleh main-main.
“Dah jadi tabiat hidup aku sejak kecil lagi. Doktor kata badan aku memang lemah, jadi bila aku rasa tak selesa, aku akan tidur dan lama-lama aku dah biasa tidur bila ada masa yang terluang. Walaupun seminit, aku akan tidur juga,” terang Nazrul kepadanya.

“Kau tak pernah cuba untuk berjaga ke?”

“Pernah juga dan kali terakhir aku ingat, aku terjaga di atas katil. Mama cakap aku pengsan dua hari.”

“Hah?! 2 hari?” Nurul seakan tidak percaya.

“Tipu je. Itu sebab aku mogok lapar sebab tak dapat apa yang aku mahu,” ujar Nazrul sengaja bergurau dengan Nurul.

“Ah, rupanya kau pun tahu bergurau,” kata Nurul seperti memerli. “But anyway, terima kasih sebab selamatkan aku dari Hayrul yang selalu minta surat cinta,” Nurul memandang tajam ke arah Nazrul.

Kemudian Nazrul tersengih lagi. Memang dia tidak boleh lari dari pandangan mata Nurul yang mengesyakinya memberi surat tersebut kepadannya dengan menulis nama Hayrul dia atas sampul itu.
“Macam mana kau tahu?”

“Kalau kau tulis nota cinta yang berbunga-bunga aku takkan mengesyaki kau tapi kalau kau letak iklan computer Dell memang aku mengesyaki kau dan lagi satu aku lihat kau tersenyum sebelum keluar dari bilik tu,” jawab Nurul.

“Aku fikir itu sajalah cara untuk tebus balik apa yang aku dah buat dengan surat kau untuk Fiq.”
“Tapi macam mana kau tahu Hayrul takkan baca surat tu?”

“Aku harap dia buka surat tu sebenarnya.”

“Kenapa?”

“Sebab selepas tu dia akan lupa apa yang terkandung dalam sampul surat tu. Tapi kau dah nasihatkannya. Dia memang bernasib baiklah.”

“Kau memang pelik.”

“Kau tahu tak?”

“Emm?”

“Memang susah nak berlakon jadi orang pelik,” kata Nazrul sebelum berlalu meninggalkan Nurul yang terpinga-pinga di situ.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"