Cerpen : Terima Kasih Sayang

24 March 2009  
Kategori: Cerpen

2,194 bacaan 6 ulasan

Nama Pena : AIZA AIDIR

Kesepian mengajar seseorang erti kerinduan…erti sebuah kesabaran yang mengharapkan kerinduan itu bisa terubat. Namun, kesepian juga membuatkan hatinnya menderita kerana merasakan kehidupan semalam amat kejam untuk diingatkan. Dia termenung jauh merenung ke arah pokok kelapa yang begitu setia di situ semenjak dia masih kecil lagi. Serasanya, pokok kelapa itu juga sudah muak dengan penderitaan yang dialaminya yang dia sendiri tidak tahu bilakah ada penghujungnya. Mengingat hari-hari semalam yang sudah dibiarkan berlalu membuatkan dia sayu…sayu kerana tidak ada satupun peristiwa yang boleh membuatkan dia berasa sedikit bahagia…
Aku rindukan kebahagiaan…
Aku rindukan kasih sayang yang ikhlas….
” Kartini! Naik cepat! Amboi-amboi..aku suruh kau angkat kain je tapi yang kau duduk berangan dekat pokok kelapa tu kanapa? Dah buang tabiat? Kau nak naik sekarang atau nak suruh aku heret kau naik kat rumah ni?”
” sekejap mak ngah..Tini nak naik la ni”
Dia bersuara takut-takut. Bimbang amarah mak ngah akan menjadikan dirinya mangsa pukulan lagi.
” itu la kau..apa yang aku cakap, asyik nak menjawab! Kau ni kan, kalau satu hari tak buat aku marah memang tak sah! Naik cepat, sekejap lagi pak ngah kau nak balik, makan malam belum masak. Umur dah 18 tahun tapi perangai macam budak-budak! Semua benda kena ingatkan hari-hari.”
Dia hanya memekakkan telinga. Sudah lali dengan omelan yang terluah daripada mulut ibu saudaranya itu. Hatinya sakit tetapi dia tiada kudrat untuk mempertahankan diri. Dengan umur yang begitu mentah, dia hanya boleh merelakan apa sahaja yang ingin dilakukan oleh lain terhadapnya. Perlahan-lahan langkahnya diatur melintasi mak ngah yang dah menunjukkan wajah yang masam mencuka. Bilakah wajah itu mahu tersenyum padanya?
” cepatlah sikit! Kau ni lembab sangat..kenapa?”
Satu cubitan halus singgah di pergelangan tanganya. Dia menggigit bibir tanda sakit. Seperti ada air mata yang akan tumpah tetapi dengan cepat dia mengorak langkah, bimbang andai tangan kasar mak ngah akan singgah lagi pada tubuhnya. Semua pakaian yang telah diambilnya dari ampaian telah diletakkan dalam bakul yang terletak di sudut tepi rumah. Malam nanti, pakaian tersebut akan dilipat kemas dan akan disusun dalam almari usang di bilik mak ngah. Kakinya dihayun menuju ke arah dapur rumah yang sederhana besar tetapi cukup untuk menampung keluarga kecil milik mak ngah.
” Kartini, malam ni kau masak ayam masak merah. Kamal cakap dia akan sampai malam ni. Dia suka makan ayam masak merah. Kau masak sedap-sedap sikit.”
Dia tersentak. Pisau yang dipegang terlepas ke dalam sinki. Jantungnya berdengup dengan kencang.
” kenapa? Dah berani nak merosakkan harta benda aku pulak? Kau macam nampak hantu. Kenapa?”
Lenganya dicubit lagi.
” jangan mak ngah..Tini sakit.”
” tahu pun sakit! kau selalu nak buat aku marah. Aku nak mandi, bila pak ngah balik nanti, kau hidangkan terus makan malam dia. Aku nak tunggu Kamal, nak makan dengan dia”
Kamal? Ya allah..lindungi aku..hatinya terusan mengalunkan irama yang sumbang menandakan hatinya cukup gundah dengan perkhabaran tersebut. Dia tahu abang sepupunya itu telah lama menyimpan niat yang tidak elok terhadap dirinya. Malah, sejak dia makin menginjak dewasa..dia semakin takut dengan tindak tanduk yang ditunjukkan oleh abang sepupunya itu. Mata Kamal yang sentiasa merenungnya dengan muslihat selalu menakutkanya. Abang sepupunya itu telah melanjutkan pelajaran ke sebuah unuversiti di selatan tanah air. Jarak yang jauh hanya membenarkan abang sepupunya itu berpeluang balik ke rumah hanya tiga minggu sekali tetapi bagi dirinya sendiri, dia tidak langsung mengharapkan kepulangan abang sepupunya itu. Jika cuti semester menjelma, dia menjadi makin tidak betah tinggal di rumah tersebut kerana tangan Kamal akan sentiasa mahu memegang tanganya jika mempunyai peluang. Malam-malamnya penuh dengan ketakutan, sering kali dia bermimpi yang Kamal akan datang ke biliknya dengan muka yang bengis dan menyuruh dia mengikut segala kemahuanya. Jika ikutkan hati, mahu sahaja dia lari dari rumah tersebut, jauh dari segalanya…tetapi, dia mahu lari kemana? Anasir di luar lebih menakutkan. Bagaimana jika dia ditangkap oleh samseng-samseng jalanan? Selepas itu dijadikan pelacur murahan? Ish..mintak dijauhkan!
***********************************************
” Tini mana mak?”
Suara itu!
” dah tidur..apa lagi yang budak tu nak buat? Kenapa kau sampai lambat sangat? Perut mak dah berkeroncong dari tadi mintak diisi”
” lah..mak makan aje la tadi. Kenapa nak tunggu Kamal pulak?”
” ish..budak ni, kita tunggu dia sebab nak makan sama-sama. Mak dah lama tak makan dengan kau. Dah..pergi letak beg kau, mak hidangkan makan”
Dia hanya membatu di dalam bilik. Matanya tetiba mengeluarkan cecair jernih…lembutnya suara mak ngah. Serasanya mak ngah tidak pernah selembut itu denganya selama ini..apa salah aku?
Aku tidak minta kemalangan enam belas tahun yang lepas berlaku. Aku tidak minta dijadikan anak yatim piatu seperti sekarang..dan aku tidak minta untuk dijadikan beban keluarga ini…aku tak minta…
Harinya merintih sedih…
Dia tidak punya kenangan yang mengingatkan dirinya dengan kedua ibu bapanya. Kemalangan itu berlaku dia hanya berusia dua tahun lebih…dia tidak ingat bagaimana dirinya dilayan sewaktu kecil tetapi dia percaya ibu dan abah mesti sayangkanya seperti mak ngah dan pak ngah sayangkan Kamal..
Dia tersenyum..hanya impian-impian bersama arwah kedua orang tuanya sahaja yang bisa membuatkan dia sedikit bahagia. Walaupun impian-impian tersebut tidak mungkin akan tercapai tetapi sekurang-kurangnya dia tahu, masih ada insan yang sayangkanya walaupun insan itu telah tiada.
Ibu.abah..Tini rindukan kalian berdua..hatinya berbisik sayu. Kenapa cepat benar kalian meninggalkan Tini…
Tini tidak kuat untuk menghadapi dugaan yang mendatang. Tini perlukan seseorang..Tini perlukan kasih sayang…
********************************************************

Wajah Dato’ Hassan dah merah menahan marah yang semakin membuak terhadap pemandunya itu. Tidak pernah insaf!
” tolonglah Dato’..Dato’ kena tolong saya..nanti along akan bunuh saya!”
Baharuddin dah merayu kepada majikanya. Rasa malu telah lama hilang dalam dirinya. Dia terpaksa, semua ini silapnya. Dia yang pandai-pandai berhutang dengan along untuk berjudi dan sekarang dia telah menerima padahnya. Dia telah kalah dalam perjudian, dan sekarang along sedang memburunya untuk melangsaikan hutang. Along sanggup melakukan apa sahaja agar dia membayar semua hutang yang dipinjam. Dia takut andai along akan membunuh dia dan keluarganya.
” berapa yang kamu hutang?”
Dato’ Hassan sudah bosan dengan pemandu yang sudah dilayan bagai saudaranya itu. Baharuddin telah lima belas tahun berkhidmat untuknya dan pemandunya itu tidak pernah menyusahkanya melainkan selalu meminjam duit kerana gaji yang diberikanya habis untuk dilaburkan di kelab-kelab judi.
” dua puluh ribu ringgit…”
Baharuddin bersuara perlahan.
Dato’ Hassan tersentak. Sebegitu banyak?
” tolong saya Dato’…”
” hutang saya yang lepas awak belum jelaskan, macammana saya nak bagi yang baru?”
” kalau Dato’ bagi saya pinjam, saya akan berhenti kerja ngan Dato’. Saya akan cari kerja baru. Saya nak mulakan hidup baru, saya nak lari dari along tu”
” senangnya awak bercakap! Kalau awak berhenti kerja, macammana saya nak ambik balik duit saya? Dua puluh ribu ditambah dengan hutang awak yang sebelum ni dah jadi empat puluh ribu…awak cakap dengan saya macammana saya nak ambik semula duit saya tu?”
Dato’ Hassan melepaskan kemarahanya di situ. Lelaki jenis apa yang berada di depanya ini?
Baharuddin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bingung memikirkan kata-kata yang terluah daripada mulut majikannya itu. Seketika dia teringatkan Kartini..senyumannya melebar….

******************************************
” kat sini rupanya kau! Puas aku cari”
Kamal tersenyum memandang wajah Kartini yang semakin hari semakin comel dimatanya walaupun sepupunya itu berkulit hitam manis.
” ada apa?”
Kartini bersuara takut-takut. Dia teringatkan mak ngah yang sejak pagi lagi telah keluar untuk ke pekan, pak ngah juga telah pergi kerja. Ya allah..maknanya tinggal aku berdua dengan Kamal di rumah?
” ada apa? Eh..tak boleh ke aku nak borak-borak ngan kau? Tak boleh ke aku nak dekat-dekat ngan kau..kau tahu tak yang kau ni comel. Aku selalu je tak dapat tidur sebab ingatkan kau..”
Tangan Kamal dah menyentuh rambutnya. Dia sedaya upaya untuk menepis..
” janganlah buat macam ni..Tini tak suka”
Kamal tergelak.
” kenapa kau tak suka? Dekat universiti aku, semua orang syok kat aku. Dah ramai perempuan yang jatuh dalam pelukan aku. Aku tak kira, apa cara sekalipun, aku tetap mahukan kau!”
Kartini dah menggigil, apa yang selalu ditakutkanya selama ini terjadi juga…kamal memang tidak suka kepadanya. Kamal memang mahu memusnahkanya!
” jangan buat apa-apa kat Tini..nanti Tini menjerit!”
Kartini terasa mahu menangis kerana ketakutan. Tubuh Kamal semakin dekat denganya, sengihan di bibir Kamal semakin membuatkan dadanya sesak..
Bantulah hambamu ini ya allah….
” kau jeritlah kalau berani. Bila orang kampung datang aku cakap yang kau sengaja nak goda aku. Orang kampung akan percaya cakap aku…siapa tak kenal Kamal? Anak kebanggaan kampung ni..cerdik dan alim…”
Kamal dah ketawa kelucuan.
Kau bertopengkan syaitan kamal! Hatinya menjerit…dia tidak lupa memanjatkan doa kepada allah agar diberikan perlindungan.
” Kartini! Kau kat mana? datang sini cepat!”
Itu suara pak ngah!
Hatinya mengeluh lega..terima kasih ya allah…
Dia menolak tubuh Kamal yang menghimpit tubuhnya dengan kuat. Benci kerana diperlakukan sebegitu oleh insan yang mempunyai ikatan persaudaraan denganya.
Kamal menumbuk almari baju di biliknya tanda geram. Emm..tak apa Tini, aku akan pastikan satu hari nanti, kau akan jadi milik aku!
” ada apa pak ngah?”
Dia melabuhkan duduk di hadapan pak ngah yang kelihatan amat runsing.wajah pak ngah seperti menanggung beban yang amat berat.
” kau kemaskan barang-barang kau..”
” kenapa pak ngah?”
Dia bertanya pelik. Aku nak dibawa ke mana?
” majikan pak ngah nak pakai orang gaji..mulai hari ini, kau kena kerja ngan dia. Cepat..pergi kemas baju-baju kau.”
Dia tersentak. Kenapa pak ngah tak bincang ngan dia dulu? Aku tak ada hak lansung? Walaupun pada diri sendiri?
” tapi..mak ngah tak ada. Tak nak tunggu mak ngah dulu ke?”
Secara tiba-tiba dia teringatkan ibu saudaranya itu. Nanti mesti mak ngah terkejut bila dia tak ada kat rumah. Nanti, mesti mak ngah susah..siapa yang mahu buat kerja kat rumah ni kalau dia tak ada? Mak ngah bukanya sihat sangat sejak kebelakangan ni. Hatinya terasa berat untuk meninggalkan mak ngah..walaupun mak ngah tidak pernah sayangkanya tetapi hanya mak ngah lah satu-satunya saudara yang dia ada kat dunia ni…
” alah..pasal mak ngah, kau jangan risau. Pandai-pandai la aku bagitahu dia nanti. Dah..pergi siap cepat, majikan aku nak tengok kau hari ni jugak. Ingat, jangan nak malukan aku pulak nanti. Bila dia tanya, kau cakap kau pandai masak semua benda. Faham tak?”
Pak ngah dah bersuara tegas. Dia menjadi takut secara tiba-tiba. Cepat-cepat dia mengatur langkah menuju ke bilik. Semua baju-baju telah dimasukkan ke dalam beg yang sederhana besar. Dia hanya berdandan sederhana. Setelah semunya selesai, dia keluar untuk mendapatkan pak ngah yang telah menunggu di tangga rumah.
” ayah..nak bawak Tini pergi mana ni?”
Suara Kamal memecah suasana. Entah dari mana datangnya dia..Hartini hanya memandang sekilas. Tak perlu pandang lama-lama jika hanya menambahkan sakit hati.
” kau janganlah banyak soal..tahulah ayah. Nanti kalau mak kau balik, suruh dia masak..”
******************************************************

Seminggu dia berada di rumah Dato’ Hassan dan Datin Rahimah membuatkan dia berasa sangat bahagia. Dato’ dan Datin melayannya dengan baik sekali, tidak pernah menengking jika dia lambat menyudahkan kerja. Tidak banyak yang perlu dilakukan di rumah besar tersebut, hanya menolong Mak Timah yang merupakan pembantu tetap di rumah itu..
Hari-harinya terasa terisi dengan kebaikan seisi rumah yang setiap hari cuba menceriakanya. Dalam diam dia berterima kasih kepada pak ngah yang menolongnya untuk keluar daripada sangkar ciptaan mak ngah…
Bagaimana keadaan mak ngah sekarang yea..mak ngah tak mahu menjenguk Tini ke? Atau mak ngah senang jika Tini tidak ada kat rumah tu?
Mak ngah jaga diri eh..jika tak larat nak masak, mak ngah suruh pak ngah beli lauk kat kedai aje…Tini tak dapat masak untuk mak ngah lagi…
” Tini menangis ke?”
Bahunya disentuh lembut. Dia berpaling memandang Mak Timah yang sedang merenungnya dengan pandangan yang pelik. Dia hanya menggeleng.
” Jangan nak tipu Mak Timah, tengok..ada air mata..”
Mak Timah mengesat perlahan air mata yang tumpah di pipinya. Dia cuba untuk tersenyum tetapi dirasakan amat sukar..
” Tini teringatkan mak ngah…Emm, mak Timah..kalau minggu depan Tini mintak cuti, boleh tak? Tini nak balik jenguk mak Ngah…”
Entah mengapa, seusai menyatakan hasrat hati..riak wajah mak ngah terus berubah. Mak ngah memeluknya kejap. Dia terpinga-pinga dengan tindakan mak ngah secara tiba-tiba itu..
” mak Timah..kenapa? Datin marah ke kalau Tini mintak cuti? Kenapa mak Timah menangis…”
Mak timah terusan memeluknya erat. Tangan mak Timah mengusap lembut rambutnya yang panjang..dia terasa seperti mendapat belaian seorang ibu…hatinya pilu seketika.
” Tini, mak ngah Tini dah pindah dari kampung tu. Pak ngah Tini dah tak kerja ngan Dato’. Pak ngah Tini bukan ambik cuti tetapi dah berhenti kerja…”
Dia terpempam..tubuhnya terasa lemah. Kenapa mereka tinggalkanya? Apa salah aku?
” Pak ngah Tini terpaksa lari dari along..dia berhutang terlalu banyak. Dato’ hanya dapat tolong pak ngah Tini bayar separuh aje dari hutang tu. Sebenarnya, khidmat Tini kat sini tidak dibayar…gaji Tini adalah untuk membayar segala hutang pak ngah tini pada Dato’..’”
Dia tercengang. Amat perit untuk kenyataan yang dirinya memang tidak pernah disayangi oleh saudara sendiri…
” kenapa nasib Tini macam ni Mak Timah..”
Dia terasa yang tubuhnya amat longlai. Kepalanya terasa amat berat..pandangan matanya amat kabur…secara perlahan-lahan bayangan Mak Timah hilang dari pandangan matanya..
********************************
Dia bangun perlahan-lahan apabila terdengar suara azan daripada masjid yang berada berhampiran dengan kediaman besar tersebut. Katil Mak Timah sudah kosong, mesti Mak Timah tengah mandi..dia mengeliat perlahan. Bibirnya menguntum senyum…teringat peristiwa dia telah pengsan di dapur pada minggu lepas. Kelam kabut seisi rumah untuk menghantar dia ke hospital. Doktor mengatakan dia hanya kekurangan zat makanan dan terlalu banyak berfikir..itu yang menyebabkan tubuhnya amat lemah. Dia juga masih teringat kebaikan yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri itu yang mahu melupakan sahaja hutang pak ngah..dan dirinya tidak dijadikan sebagai alat untuk pak ngah melangsaikan hutang. Terima kasih tuhan..kau berikan aku sedikit kenahagiaan…
” eh..senyum sorang-sorang pulak anak dara ni..cepat mandi. Hari ni kita kena masak special tau…”
Suara mak ngah kedengaran amat riang. Dia hanya menjungkit bahu. Malas mahu bertanya lanjut.
” mak Timah…”
” yea…”
Cup! Satu ciuman hinggap di pipi gebu mak Timah. Menjerit orang tua itu dengan tindakan spontan darinya. Dia hanya ketawa mengekek sambil mengambil tuala untuk mandi…bebelan panjang keluar daripada mulit Mak Timah tetapi tidak meninggalkan kudis buatnya..sebulan tinggal bersama Mak Timah, dia sudah tahu yang Mak Timah bukan memarahinya betul-betul tetapi kerana sayang….
” cepat Tini..nanti Dato’ ngan Datin balik…Mak Timah dah tak sabar nak jumpa Zairul…”
Zairul?
Emm..bagaimanakah agaknya anak Dato ngan Datin yea..mesti baik macam orang tua dia..
Dia membuat kesimpulan sendfiri….

*********************************************
” mak Timah!!”
Laungan tersebut mematikan tangannya dari terus membasuh pinggan. Dia cepat-cepat menuju ke arah meja makan. Dia tahu sangat perangai anak majikannya..pantang dia buat silap sikit, pasti ada sahaja yang ingin dimarahnya. Sakitnya jiwa sejak Zairul pulang ke rumah..kenapalah kau tak duduk je kat luar negara tu seumur hidup? Baru tenang aku kat sini..
” eh..aku tak panggil kau la budak kecik! Aku panggil mak Timah..mana dia?”
Zairul dah menyingga. Dia hanya terkaku di tepi sudut mengadap Zairul.
” mak Timah sakit kepala. Kenapa Tuan Zairul?”
” mak Timah sakit? Oo..kau lah yang masak nasi lemak ni yea?”
” aah..kenapa Tuan?”
” tak sedap..”
Dia menggigit bibir. Geramnya..macamlah dia tu pandai masak sangat. Kalau tak sedap tak payahlah makan. Selama aku masak, Dato’ ngan Datin tak pernah cakap apa-apa pun..
” itu lah..kecik-kecik dah nak kerja. Orang lain, umur macam kau ni..masih lagi belajar. Timba ilmu banyak-banyak, pergi negara orang..cari pengalaman. Kau kerja kat rumah aku ni, nak buat apa?”
Zairul sempat menyindir. Dalam hati, dia tersenyum geli hati. Dia terasa terhibur apabila melihat wajah Kartini yang takut-takut apabila diajak berbicara denganya.
” kalaulah semua orang diberi kesempatan yang baik macam yang encik dapat…sudah pasti tidak ada yang sanggup nak jadi macam saya”
Kartini bersuara perlahan. Sebak datang secara tiba-tiba. Dia terasa mahu menangis…
” dah..jangan nak tunjuk muka sedih..depan rezeki pulak tu! Sekarang, kau pergi ambik jus oren kat aku.”
Kartini hanya mengangguk perlahan. Dia kembali semula ke dapur untuk mengambil jus oren di dalam peti ais. Dituangnya perlahan ke dalam gelas yang sederhana besar. Setelah dirasakan hatinya kembali tenang, dia kembali semula ke arah Zairul dan meletakkan secara perlahan gelas yang berisi jus oren di hadapan Zairul yang hanya memandanya dengan senyuman yang agak sinis.
” yang kau tercegat lagi kat situ nak buat apa. Duduk sebelah aku ni..kita makan sama-sama…”
Kartini tersentak. Bagaikan tidak percaya dengan perlawaan daripada Zairul. Selama sebulan Zairul pulang ke rumah ni, tak pernah pun dia ajak aku makan sama. Apa kena pulak dengan dia ni? Hatinya sempat menyoal walaupun tangannya sudah menarik perlahan kerusi yang berada di sebelah Zairul.
” suapkan aku…”
Sekali lagi dia tersentak. Biar betul?
Kartini hanya memandang wajah anak majikannya dengan pandangan yang hairan.
” Kartini..kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni? Dah pekak ke?”
” tak..Cuma saya terkejut”
” alah..apa yang nak dihairankan. Kau kan orang gaji aku..benda-benda macam ni sepatutnya memang jadi tanggungjawab kau. Dah..cepat suapkan aku..aku lapar ni”
Kartini antara mahu dan tidak..mengangkat sudu dan menghalakan kepada mulut Zairul…
*******************************************************

” apa yang encik buat kat dalam bilik saya ni?”
Kartini terkejut. Dirinya hanya berkemban. Cepat-cepat dia kembali semula ke dalam bilik air. Mengunci dirinya di dalam bilik. Sungguh terkejut dirinya dengan situasi tersebut. Ish..kenapa pulak dengan Zairul ni..semakin pelik perangai…mentang-mentanglah aku ni orang gaji je. Senang-senang je dia boleh masuk dalam bilik aku. Mak timah pun satu..tak kan tak bagitahu yang aku tengah mandi.
” kau jangan nak mengutuk aku yea..bukan aku tak tahu! Keluar lah cepat! Aku ada benda nak bincang dengan kau ni.”
” tak nak..encik keluar dulu..saya nak pakai baju”
” ala..itu pun nak malu..kat luar negara aku dah muak tengok perempuan seksi la. Setakat kau berkemban ngan tuala tu, aku tak hairan…”
Zairul dah ketawa girang. Hatinya terhibur melihat wajah panik Kartini yang terkejut melihat dirinya yang berada dalam bilik tersebut. Sebenarnya Mak mah dah menghalang dia daripada memasuki masuk bilik tersebut tetapi dia tetap berdegil. Dia amat suka melihat wajah Kartini yang panik..amat comel dimatanya…dia tersenyum sendirian. Mendengar perjalanan hidup gadis itu, membuatkan jiwanya tersentuh…bagaikan tidak percaya yang gadis sementah itu dapat menahan dugaan hidup yang bukan calang-calang manusia mampu menanganinya…dia kagum…
” encik masih kat situ ke? Keluar la..saya nak pakai baju ni”
Suara kartini bagaikan ingin menangis…
Emm..budak manja! Zairul semakin melebarkan senyumanya.
” ok..aku keluar..jap lagi, dah siap kau jumpa aku kat taman rumah”
************************************************************
Kartini terkejut. Fail yang menyimpan barang peribadinya ada di tangan Zairul. Dadanya menyimpan perasaan amarah. Suka-suka hati je menceroboh bilik aku dan mencuri barang milik aku.
” kenapa encik curi barang saya?”
Zairul dah ketawa kuat.
Kartini menarik muka masam. Aku tengah marah, dia boleh gelak macam tak ada perasaan. Memang tak ada adab lansung mamat ni…
” aku tak curi la..aku ambik je. Lepas ni aku bagi balik la kat kau. Emm..aku tak sangka lak umur kau baru 18 tahun. Budak kecik! “
Kartini memuncungkan mulut. Tak abis-abis panggil aku dengan panggilan tu…
” result SPM kau ok..cemerlang. kau tak nak sambung belajar?”
Dia hanya menunduk. Itu impianya..menyambung pelajaran diperingkat yang tinggi tetapi keadaan tidak memihak padanya. Dia tidak dibenarkan belajar oleh mak ngah..takut menghabiskan duit. Padahal tanah peninggalan arwah mak dan abah mak ngah jualkan untuk menampung pelajaran Kamal.
” saya tak mampu…”
” itu bukan jawapan yang aku nak..aku just nak tahu samada kau nak sambung belajar lagi atau tak. Jawab nak atau nak..”
Jawab nak atau nak? Ish..ada ke jawapan macam tu?
” budak kecik! Kau dengar tak?”
Kartini hanya mengangguk. Aku ada pilihan jawapankah?
” nak..”
” ok..aku dah daftarkan nama kau kat kolej Bistari. Ahad ni kau boleh mula kelas. Yuran aku dah bayar semua. Kau just belajar je. Ingat, jangan hampakan aku. Setiap sem aku nak pointer yang kau dapat sentiasa meningkat. Kat sana kau jangan nak bercouple-couple pulak! Aku tak suka. Faham?”
Kartini terkejut. Dia terasa seperti mahu melompat kegembiraan..jika di hadapanya sekarang adalah abang kandungnya, pasti tubuh itu sudah dipeluk seeratnya tanda ucapan terima kasih. Aku bersyukur ya allah…air matanya seperti mahu menitik.
” aku daftarkan kau dalam kos akaun. Aku tengok subjek akaun kau dapat A. Kau minat akaun ke?”
Dia hanya mengangguk. Bibirnya mengukir senyuman yang paling manis buat Zairul.
” dah..kau jangan senyum macam tu. Aku tak tahan, nanti aku suruh mama kahwinkan kita lak!”
Zairul ketawa dengan kata-katanya sendiri. Hatinya terasa damai tatkala senyuman manis itu menghiasi bibir nipis Kartini. Apa yang dibuat sekarang ini adalah atas persetujuan mama dan papa. Cuma rancangan mama yang ingin mereka dikahwinkan masih lagi dia fikirkan. Hatinya memang sudah lama dicuri oleh wajah comel itu.. cuma hatinya bimbang…Kartini ada perasaan yang sama macam aku kah?
” encik..terima kasih..insya-allah..dah berjaya nanti, saya belanja encik makan KFC”
Katawa Zairul meledak lagi. Kali ini makin kuat.
” Kedekutnya kau! Aku bayar yuran kau beribu-ribu..kau nak belanja aku KFC je?”
Kartini juga ketawa bila mendengar penjelasan yang dikeluarkan oleh Zairul.
” satu lagi..mulai dari hari ni..aku nak kau panggil aku dengan panggilan abang..tak ada encik-encik lagi”
” tapi encik..”
” ini arahan bukan permintaan!”
*************************************************************
Kartini hanya menunduk memandang ibu jari kakinya. Dia tidak berani untuk mengangkat muka. Zairul masih lagi bercekak pinggang memandangnya. Terasa seperti Zairul mahu menelanya hidup-hidup!
” siapa budak laki tu? Tini dengar tak apa yang abang tanya?”
” kawan sekelas..”
Dia menjawab perlahan. Dia terasa seperti ingin menangis. Mana mak timah ni..tak kan nak tengok je aku kena marah dengan Zairul…
” kawan sekelas? Sampai belanja makan? Tini dah lupa apa yang abang cakap?abang tak suka Tini couple..Tini ingat abang bayar yuran Tini untuk Tini cari jodoh kat kolej tu?”
” abang!”
” apa? Abang betul-betul kecewa ngan Tini”
Ada nada kesedihan disebalik ayat yang diluahkan oleh Zairul. Hatinya juga terasa sebak kerana telah membangkitkan kemarahan insan yang secara tidak sedar telah membuatkan hatinya terasa sayang…sayang yang sudah melebihi kasih sayang seorang adik dan abang. Tetapi dia tahu, siapalah dirinya jika ingin menjadi permaisuri hati insan sehebat Zairul…dia hanyalah gadis biasa, yang penuh dengan sejarah silam yang melukakan..
” abang masuk bilik dulu. Jangan siapa-siapa ketuk bilik abang. Abang nak bersendirian”
Dia hanya memandang lesu langkah Zairul ke tingkat atas. Tini bukan sengaja abang…Amran yang mendesak untuk keluar makan. Dia tidak berupaya untuk menolak, lagipun Amran hanya menganggapnya tidak lebih daripada seorang teman sekelas. Apa aku nak buat ni..dia tidak mahu terusan melukakan hati Zairul…adakah Zairul juga berperasaan sama sepertinya? Jika tidak, masakan Zairul marah sampai macam tu..aku mesti lakukan sesuatu…
********************************************************
Dia mengetuk perlahan pintu bilik Zairul. Zairul tidak keluar makan..emm..merajuk macam budak kecik!
Tidak ada tanda-tanda yang pintu akan dibuka.
Eh..tak berkunci?
Dia menolak perlahan daun pintu tersebut. Zairul hanya memandangnya sekilas sebelum matanya kembali menatap majalah bola sepak tempatan. Dia teragak-agak untuk melangkah tetapi dikuatkan semangatnya. Ini semua dilakukan atas dorongan yang diberikan oleh mak timah termasuk dato’ dan datin.
” boleh Tini duduk sebelah abang?”
Zairul hanya mengangguk.
” Tini ada perkara nak bincang dengan abang…”
” apa dia? Abang dengar..cakap aje…”
Kartini tersenyum dalam hati melihat gelagat Zairul. Tak padan dengan tua..tapi kuat merajuk!
” Datin nak kahwinkan Tini-”
” what?”
Majalah yang berada di tangan Zairul terhempas. Kenapa dengan mama ni..tak kan mama tak tahu yang aku sukakan Kartini…hatinya tetiba terasa panas.
” mama mana?”
Zairul dah melangkah keluar..kartini tercengang. Aku silap cakap ke? Ish..
Kartini cepat-cepat mengejar Zairul dari belakang…bimbang Zairul akan memarahi datin. Perangai Zairul bukan boleh dijangka.
” mama!”
Datin Rahimah yang menonton televisyen tersentak.
” ada apa Rul?”
Datin Rahimah memandang pelik dengan sikap anaknya sejak kebelakangan ini. Ada sahaja yang ingin dimarahnya, ada sahaja yang tidak kena di matanya. Sebagai orang tua, dia sudah cukup masak dengan perangai anak bujangnya itu. Hati kecilnya merasakan anak bujang tersebut telah dipenuhi dengan api-api cemburu…
” mama tanya Rul kenapa? Mama tak tahu?”
Kartini terkejut, seperti ada nada kemarahan dalam suara Zairul. Dia hanya mampu berdiri kaku di sebelah Mak Timah yang tergesa-gesa keluar daripada dapur apabila terdengar suara kuat milik Zairul tadi. Datin Rahimah hanya menjungkit bahu, buat-buat tidak mengerti apa yang diperkatakan oleh anak bujangnya itu.
” Tini cakap mama nak kahwinkan dia…”
” yea..”
Zairul tersentak! Sampai hati mama…dia terasa yang jiwanya kosong. Hampa..tidak pernah dia merasakan perasaan sebegitu selama ini. Tinggal di Norway selama lima tahun tidak pernah hatinya goyah dengan panahan api cinta tetapi entah mengapa..kehadiran wajah comel Kartini telah membuatkan hari-harinya seperti beerti. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi Kartini, sanggup menghantar Kartini ke kolej untuk menyambung pengajian dan sanggup untuk menunggu Kartini selama dua tahun lagi sehingga Kartini berjaya mendapatkan segulung diploma sebelum dia mengambail keputusan untuk melamar Kartini…
Tetapi..sekarang, semua impianya seperti hancur berkecai…
” memang mama nak kahwinkan Kartini…mama nak kahwinkan Kartini dengan Rul..”
Ha? Aku tak silap dengar? Pandangan Zairul beralih pada papa yang hanya tersenyum. Dia beralih pula pada Mak Mah dan akhir sekali pada wajah comel tersebut..entah kenapa, tetiba terasa yang Kartini ada muslihat untuk mempermainkanya…
” mama..Rul nak pinjam Kartini jap, ada hal nak bincang. Dalam bilik Rul..Rul janji tak buat apa-apa sebelum kami nikah!”
Kartini terkejut saat tangannya ditarik kasar oleh Zairul. Dia seperti lembu dicucuk hidung, hanya mengikut sahaja langkah Zairul menuju ke arah biliknya. Apa lagi yang Zairul mahu bincang denganya? Bukankah semunya sudah jelas sekarang? Adakah Zairul tidak dapat menerima apa yang diperkatakan oleh Datin Rahimah tadi.
” janganlah pegang kuat sangat, sakit lah!”
Kartini menarik tanganya dari gengamam Zairul tetapi tidak berjaya. Zairul hanya membisu dan terus menuju ke arah biliknya. Tanganya dilepaskan apabila Zairul sudah mengunci pintu biliknya.
” Tini nak main-mainkan abang kan? Tini dah tahu yang mama nak kahwinkan kita?”
Kartini hanya mengangguk.
Zairul membulatkan matanya.
” Tini nak bagaitahu abang tadi tapi abang cepat sangat melatah…”
Kartini menjawab sinis.
” Oo..sekarang dah pandai menjawab..macammana nak jadi isteri solehah?abang tak suka Tini menjawab kalau abang tanya. Faham tak?”
Kartini hanya mengangguk.
” Faham tak?”
Angguk lagi…
” tak ada mulut?”
Zairul geram dengan tingkahlaku Kartini.
” kan abang cakap tak suka Tini jawab kalau abang tanya…”
Kartini mengenyitkan matanya. Nakal.
Zairul tersentak. Terkena lagi…kerana geram yang teramat, dia memeluk Kartini kuat-kuat.
Kartini terkejut..
” abang! Tini tak suka..tak boleh macam ni”
” abang tahu…”
Zairul bersuara perlahan tetapi tubuh kartini masih dalam dakapanya..
” kalau dah tahu..lepaslah. tini rimas”
Zairul senyum..dia melepaskan tubuh kartini secara perlahan-lahan. Dia memandang wajah lembut tersebut sedalamnya. Dia tersentak saat kartini memegang tangannya perlahan dan mengucup lembut..
” terima kasih abang..kerana sudi memberi kasih dan sayang abang. Tini sayangkan abang…”

**************************************




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

6 ulasan untuk “Cerpen : Terima Kasih Sayang”
  1. epy_elina87 says:

    hohohoho….
    sweet la crta ni….
    tp napa x ada pmblasn ngn pak ngah tini 2….

  2. ice 2 says:

    :roll: klu ade smbgn tentu best…….

  3. assalamualaikum….cerpen yg mmg best…tp penghujungnya kisah mrk..tp apa terjd pd ahli keluarga wanita tersebut?

  4. jam says:

    simple but a luv it..

  5. icha says:

    yelaa.. apa jd kt fmly mak ngah tini ek? nk sambungannya pls..

  6. Miz Lonely says:

    Best… :-)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"