Novel : Benci Bilang Cinta 6

2 March 2009  
Kategori: Novel

5,822 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : misz_waniey

Amsyar memakirkan keretanya berdekatan dengan Planet Hollywood di Bukit Bintang. Sebaik alarm kereta berbunyi menandakan keretanya terkunci, Amsyar segera bergerak memasuki kelab malam itu.

Keriuhan suara para pengunjung di situ betul-betul membingitkan. Mata Amsyar melilau mencari seseorang. Dia berjalan menyusuri orang ramai yang sedang khusyuk menari dan bergembira mengikut rentak lagu dari kumpulan Hujan, band jemputan pada malam itu. Kelihatan dari jauh Shahril dan Remy, rakan satu kepala yang gemarkan hiburan sejak mereka belajar lagi sedang sibuk berborak bersama beberapa gadis cantik yang lain.

“Eh? Sya..!!” jerit Remy apabila dia menyedari kelibat Amsyar dari jauh. Amsyar melambaikan tangan dan mendekati mereka.

“Yo, bro!” sapa Amsyar lantas memberi ‘give me five’ kepada rakan-rakannya. Amsyar duduk bersebelahan dengan Shahril. Gadis-gadis yang menemani mereka berdua hanya tersenyum memandang ke arah Amsyar.

“Apa cerita bro tak datang semalam?” tanya Shahril kepada Amsyar. Dia masih lagi memeluk gadis di sebelahnya. Kadang-kadang sempat pula dia mencuit hidung gadis itu. Gadis itu cuma menggedik manja dengan Shahril.

“Sorry la beb. Aku demam la. Ni pun baru kebah..” jawab Amsyar. Seorang pelayan mendekati mereka dan Amsyar membuat pesanan. Sebaik sahaja pelayan itu beredar, mereka kembali berbual.

“Alahai.. bini kau tu tak pandai jaga kau ke sampai kau boleh demam ni? Hahaha..” perli Remy disusuli gelak ketawa dari Shahril. Amsyar hanya tersenyum sahaja.

“Yela.. untung dapat bini macam Anisah tu, kan? Hehehe..” tambah Shahril pula.

“Korang ni kalau satu hari tak kenakan aku tak sah, ye?” ujar Amsyar bengang. Mereka berdua ketawa. Malas betul dia nak borak pasal Anisah. Kalau boleh malam ni biarlah dia dapat melupakan persengketaan antara mereka petang tadi. Persengketaan? Hmm.. aku yang mulakan persengketaan itu..

“So malam ni lepak dengan kitorang sampai pagi, amacam?” ajak Shahril.

“Tengok la. Aku kerja esok..” jawab Amsyar acuh tak acuh.

“Alaa, Sya. Kitorang pun kerja esok tapi lepak la.. tak enjoy la balik awal..” sampuk Remy.

“Betul, tu! Atau kau tak sanggup tinggalkan bini kau sorang-sorang dekat rumah, tu? Hehehe..” perli lagi. Amsyar hanya diam. Malas dia nak melayan kerenah kawan-kawannya.

“Siapa diorang, ni?” tanya Amsyar menukar topik.

“Haa.. lupa pulak. Kenalkan.. ini awek kitorang. Kenal kat sini gak dulu. Sebelah aku ni, Maya. Sebelah Shahril tu Zila dan kawannya Irina..” jawab Remy memperkenalkan gadis-gadis tersebut. Mereka bertiga hanya tersenyum dan say ‘hai’ sahaja kepada Amsyar. Amsyar membalas sapaan mereka.

“You ni Amsyar anak Datuk Azhar tu, kan?” tanya Irina secara tiba-tiba. Mata masing-masing memandang tepat ke arahnya.

“Eh? You kenal ke dia?” tanya Shahril terpinga-pinga. Amsyar mengerut dahi.

“Of course la I kenal. Father dia tu rakan bisnes papa I. Masa kahwin diorang hari tu we all satu family datang meraikan. Lagipun, muka Amsyar ni ada tarikan.. Tu yang I ingat sampai sekarang..” puji Irina.

“Tarikan?” tanya mereka serentak.

“Yelah.. you all tak sedar ke wajah dia seiras muka Zachery kumpulan X-Factor tu? Hehehe..” ngomel Irina lagi. Masing-masing termangu. Memang Amsyar seiras muka Zack, pelakon dan penyanyi kumpulan X-Factor. Mukanya handsome, mata bulat dan senyumannya boleh mencairkan sesiapa sahaja yang memandang. Tak mustahil la kalau dulu dia pernah digelar romeo sekolah. Bukan di sekolah aje.. malah semasa di universiti dulu pun begitu ramai pelajar perempuan yang ingin berkenalan dengannya.

“Thanks sebab puji I” balas Amsyar lagi.

“Tapikan.. I solute la dengan you because you tak memilih dalam mencari pasangan. I tengok your wife tu takde la lawa sangat. Untung betul dia..” tambah Irina lagi. Amsyar hanya terdiam. Kalau la kawan-kawannya tahu perkahwinannya itu adalah kerana wasiat tentu mereka akan terkejut. Biarlah, ini rahsia dia dan keluarga.

**************************

Amsyar membuka pintu rumah dengan perlahan. Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Lama juga mereka berbual sampai tak sedar masa berjalan. Lebih-lebih bila si Irina tu seorang yang peramah. Lawa pun lawa. Single pulak tu. Hahaha.. Leka sangat berborak.. alih-alih dah lewat malam. Disebabkan kerana esok dia bekerja.. terpaksa la dia pulang awal.

Ruang tamu kembali terang. Kemungkinan Anisah sudahpun tidur. Amsyar melepaskan penat di atas sofa. Dia membaringkan diri. Matanya masih belum mengantuk. Malas benar untuknya naik ke atas.

Tekaknya tiba-tiba terasa haus. Amsyar bangun dan segera ke dapur untuk membasahkan tekaknya. Peti ais dibuka. Satu tin air Coke dikeluarkan. Sebaik pintu peti ais ditutup, dia segera mengambil kertas yang terlekat untuk dicatit. Dia menarik kerusi lantas duduk. Kertas itu dibaca isinya. Kenapa tidak ada catatan baru dari Anisah? Tidak makankah dia malam ni? Kali terakhir adalah makanan petang tadi. Sengaja Amsyar menolak untuk Anisah menyediakan makan malam untuknya kerana dia ingin keluar makan bersama kawan-kawannya. Tangan Amsyar menari-nari di atas kertas. Setelah itu dia kembali ke ruang tamu.

Peti televisyen dibuka dan dia segera menekan punat Astro Sport. Tak lama lagi perlawanan English Premier League (EPL) akan berlangsung. Dia penyokong kuat Manchester United dan pemain kegemaran dia adalah Cristiano Ronaldo. Amsyar gemarkan sukan bola sepak sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Minat dia itu diwarisi dari papanya, Datuk Azhar. Sewaktu Piala Dunia berlangsung dulu, dia dan papanya serta beberapa kawan yang lain sering tidur lewat untuk menyaksikan perlawanan itu sehingga tamat. Maklumlah, dah namapun peminat. Dulu pun dia pernah mewakili sekolah untuk permainan kesayangannya itu. Dan sewaktu di universiti, dia lebih aktif bermain futsal.

Amsyar menutup televisyen apabila melihat tiada apa yang menarik untuk ditonton. Setelah habis minum, tin coke itu dibuang ke dalam tong sampah. Jam sudahpun menunjukkan pukul 4.00 pagi. Barulah matanya terasa mengantuk. Dia segera menapak ke tangga untuk naik ke bilik. Janganlah dia lewat lagi ke tempat kerja.

**************************

Anisah mengeluh. Fikirannya tak tenteram. Pagi tadi, usai dia menyiapkan sarapan untuk Amsyar, dia segera keluar dari rumah. Rasa bersalah mula menerpa. Sungguh berani dia keluar begitu sahaja tanpa meminta izin dari suaminya. Ketika Amsyar turun ke bawah, dia sedang sibuk memakai kasut untuk pergi kerja. Langsung tidak dipandang wajah lelaki itu. Kemudian dia terus mendapatkan keretanya tanpa bersalam terlebih dahulu seperti biasa.

‘Biarlah! Nak jadi apapun jadi la! Tak kuasa aku nak melayan!!’ bisik hatinya.

Makanan di hadapan segera dijamah. Hari ini dia hanya sempat makan roti sahaja untuk mengalas perut. Mee goreng yang dimasak langsung tidak dimakan kerana dia tak ingin bertembung dengan Amsyar. Dia tahu, sebenci-benci Amsyar padanya.. ada juga rasa prihatin lelaki itu untuk menjamah makanan yang dimasak olehnya. Sempat atau tak, Amsyar tetap akan bersarapan di rumah.

“Eh, awak Nisa kan?” sapa seseorang. Anisah agak terkejut apabila melihat lelaki di hadapannya itu tersenyum ke arahnya.

“Azrin?”

******************

“Tak sangka boleh berjumpa dekat sini, kan? Nisa apa khabar?” tanya Azrin.

“Err.. baik. Awak kerja dekat sini, ke? Sebagai apa?”

“A’ah. Rin baru ditukar ke sini. Sebagai Pegawai IT. Sebelum ni Rin kerja dekat Telekom. Saja tukar angin kerja dekat UIA ni. Dekat sikit dengan rumah..” jawab lelaki itu panjang berjela. Anisa hanya mengangguk faham. “Nisa kerja sebagai apa dekat sini?” tanya dia lagi.

“Er.. sebagai lecturer” pendek sahaja jawapannya. Dia masih lagi terkejut kerana berjumpa semula dengan Azrin. Lelaki yang pernah disukainya suatu ketika dulu. Sudah hampir 5 tahun mereka tidak bertemu. Kali terakhir adalah sewaktu mereka tamat belajar di UiTM dahulu. Dengar cerita dari kawan-kawan seperjuangan, Azrin melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di India. Setelah itu dia langsung tidak mendengar apa-apa berita dari lelaki itu.

Perangai Azrin berbeza dengan Amsyar. Walaupun lelaki itu tidak pernah mengetahui Anisah pernah menyimpan perasaan kepadanya, lelaki itu tetap melayannya dengan baik. Persis seorang rakan baik. Dia juga tidak pernah memilih bulu dalam berkawan walaupun lelaki itu berpengaruh kuat sewaktu mereka belajar dulu. Dia pernah memegang jawatan Presiden MPP dan Leftenan Muda Palapes. Namun dia tetap merendah diri dan tidak pernah bermegah-megah.

“Dulu Rin further study ke India, ke?” Anisah memulakan perbualan setelah lama dia berdiam diri. Tak mahu la pertemuan kali ini disia-siakan.

“A’ah. Ambil MCA (Master in Computer Application) dekat India. Saja je nak belajar tinggi sikit. Sekarang ni dah ramai yang ambil ijazah. Master pun semakin meningkat. Hehehe..”

“Ooo.. berapa tahun?”

“Dua tahun je. Nisa?”

“Nisa sambung dekat UKM je.. Tu pun sebab nak jadi lecturer. Hehehe..”

“Yek? Bagus la macam tu.. Err, Nisa dah kahwin?” Anisah terkejut dengan pertanyaan itu. Dia memandang Azrin.

“Kenapa tanya?” dia tidak menjawab soalan yang diusulkan.

“Ermm.. takde apa-apa, la. Saje tanya..” Azrin hanya tersengih. Azrin tidak sekacak Amsyar. Tapi dia juga ada tarikan. Mukanya manis. Paling Anisah suka apabila melihat giginya yang berlapis. Sweet sangat..

“Nisa dah kahwin..” jawab Anisah dengan jujur.

“Ya? Tahniah..” ucap Azrin walaupun ketara wajahnya seakan-akan kecewa dengan jawapan itu. Ye ke kecewa? Perasan betul.. hehehe.. “Dah berapa tahun?”

“Baru sebulan lebih” jawab dia lagi. Azrin hanya mengangguk.

“Ooo.. baru je la. Rasanya kalau lagi awal kita jumpa tentu Azrin sempat, kan?” seloroh Azrin lantas dia ketawa. Anisah agak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan dari mulut lelaki itu. Sempat? Apa maksud dia? “Sempat pergi kenduri Nisa la.. hehehe” jawab lelaki itu lagi seakan-akan tahu apa yang dikelirukan olehnya. Kali ini Anisah pula ketawa. Dia terlampau banyak berfikir yang bukan-bukan. Mustahil lelaki itu sukakan dia. Hahaha..

****************

Amsyar mendial nombor handphone Anisah. Petang ini mungkin dia agak lewat pulang ke rumah. Dia tak mahu Anisah menyiapkan apa-apa untuknya. Baru dua hari dia mengambil cuti, terlampau banyak kerja yang ditinggalkan untuk dia uruskan. Kalau la seminggu.. maybe tak tidur malam agaknya dia.

“Helo?” kedengaran suara Anisah menyapa.

“Nisa.. aku ni Amsyar” balas Amsyar.

“Ada apa abang call Nisa?” tanya Anisah. Jarang lelaki itu menghubunginya kecuali kalau ada perkara penting.

“Salah ke aku call kau?” perli Amsyar. Kali ni agak keras sedikit dari tadi. Bengang juga dia apabila Anisah bertanya sedemikian. Ingat dia kepingin sangat ke nak call dugong tu?

“Err.. takde la. Jarang abang call Nisa..” jawab Anisah untuk membuang rasa salah sangka Amsyar.

“Aku nak beritahu kau.. aku balik lambat hari ni. Maybe sampai lewat malam. So nanti kau tak payah la sediakan apa-apa makanan untuk aku. Maybe aku makan dekat luar je..” beritahu Amsyar panjang lebar.

“Ermm.. baik la bang..” jawab Nisa akur.

“Kau tu jangan balik lewat sangat. Tak elok orang perempuan balik lambat. Ok la. Aku ada kerja ni. Bye” Segera Amsyar meletakkan telefon tanpa mendengar kata-kata terakhir dari Anisah. Dia mengeluh. Rasa kesian mula menerpa. Kejam ke aku ni?

************************

Anisah segera menekan punat merah. Dia diam.

“Husband Nisa call, ke?” tanya Azrin. Lelaki itu masih setia menemaninya. Anisah hanya mengangguk perlahan. Tiada langsung kata-kata keluar dari mulutnya. Dia sedih dengan layanan Amsyar kepadanya.

“Nampak sedih, je?” tanya Azrin lagi.

“Err.. takde apa-apa la. Ok je..” balas Anisah tersenyum. Dia tak mahu Azrin mengetahui kemelut yang melanda rumah tangganya. Biarlah ianya rahsia.

************************




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"