Novel : Aku + kamu = kita 1

13 April 2009  
Kategori: Novel

366 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : akulalala

BAB 1
Jam di pergelangan tangan sudah menunjukkan waktu 6:15 petang. Lagi 50 minit sahaja sebelum waktu berbuka puasa. Maisara sudah sibuk menelefon di mana aku waktu ini. Fenomena biasa di Kuala Lumpur-kesesakkan lalulintas! Sepatutnya pukul 5 petang lagi aku boleh pulang ke rumah yang di sewa bersama Maisara dan Kuin. Namun aku hanya mampu merancang kerana di saat akhir aku terpaksa mengubah sedikit pelan yang telah kusiapkan atas arahan Tuan Rahmat. Aku tidak kisah kerana inilah jalan yang telah aku pilih, iaitu untuk menjadi seorang arkitek dan alhamdullilah setelah 5 tahun bertungkus lumus memerah otak mencari idea akhirnya aku berjaya menggengam dua gulung ijazah. Bukan satu, tetapi dua. Ya, itulah syarat untuk menjadi arkitek. Perlu mempunyai ijazah sains senibina bagi melepasi tahap pertama dan ijazah senibina untuk tahap kedua. Bagi tahap ketiga pula merupakan ujian untuk mendapat title Ar. Tetapi itupun selepas dua tahun pengalaman bekerja.
“Mai, aku makan kat luar je hari ni. Sorry la. Jalan jam. Inipun aku belum jumpa kedai makan lagi.” Aku menelefon Maisara untuk memberitahu keadaan aku sekarang. Hari ini merupakan hari ke-20 Ramadhan dan kebiasaannya kami akan bersahur dan berbuka bersama. Apa agaknya menu di rumah hari ini. Sebaik sahaja melintasi sebuah bazar ramadhan, aku membelok dan memarkir kereta di tempat yang disediakan. Ramai betul manusia. Ada yang datang bersama berpasangan dan berkumpulan dan tak kurang juga yang bersendirian macam aku. Aku melilau mencari gerai yang menjual sate. Setelah itu, aku membeli seplastik air bandung yang dicampur cincau atau lebih dikenali sebagai bancau sewaktu zaman persekolahanku dulu. Melihat jam yang baru menunjukkan waktu 6.40 petang, aku memanjangkan langkah untuk mencari makanan yang lebih berat. Hmm..murtabak dan laksa. Cukuplah untuk berbuka. Aku berlalu ke Kia Sportage iaitu kenderaan syarikat yang dipinjamkan kepada aku.
“A.D!”, baru beberapa tapak aku melangkah aku terasa seperti seseorang memanggilku. Tapi, itu bukan nama panggilanku. Sekadar nama ejekkan sewaktu di sekolah. Beranggapan yang itu bukan dituju kepada aku, aku meneruskan langkah. Sehinggalah bahuku seperti dipukul dengan sebatang kayu. Aku berpaling.
“KAMIL!!”, sedikit terjerit aku menyebut nama Kamil. Di tangan kanannya aku melihat sebatang lemang dan entah apa lagi di sebelah tangan kirinya.
“Kau pakai lemang tegur aku?”. Kamil mempamerkan senyum kambingnya. Dia tetap seperti dulu cuma kelihatan lebih matang. Maklumlah, belajar di rantau orang. Mungkin di sana banyak mengajarnya menjadi manusia yang lebih matang.
“Habis, aku panggil kau tak layan. Aku cepok la sekali. Kau sihat?”
“Macam yang kau tengok lah. Bila kau balik sini? Tak telefon pun aku. “
“Sorrylah, aku balik dah dua bulan dah. Kau tulah yang tak baca email aku. Puas aku tunggu kau balas. Kau tak nak tanya pasal Zain ke?”. Zain. Mendengar je nama tu membuat hati aku jadi sakit.
“Dah nak waktu berbuka ni. Jomlah cari tempat nak makan.” Aku sengaja menukar topik. Seperti memahami yang aku tidak mahu berbicara soal Zain, Kamil sekadar mengangguk.
“Kau nak makan kat mana A.D. Jom lah pergi rumah aku.” Aku membulatkan mata. Tak pasal-pasal benda lain yang jadi.
“Aku tinggal dengan family aku la. Dekat je dari sini. Aku jalan kaki je datang tadi. Kau ni mesti fikir yang bukan-bukan kan? Jom lah, macam tak biasa pula. Dulu kan kau sealu datang rumah aku. Kau tak pernah datang rumah baru kami lagi kan? Jom je lah. “. Aku setuju sahaja.Lega juga ada tempat untuk berbuka. Mengikut agendaku, berbuka sahaja di dalam kereta. Lagipun aku bukannya tidak biasa dengan keluarga Kamil. Cuma sejak Kamil ke luar negara, kami sudah tidak bertemu lagi. Mungkin hari ini akan menjadi episod jejak kasih.
“Family mana? Isteri ke?”. Sengaja aku menyakatnya. Sekali lagi Kamil memukul aku dengan lemang di tangannya. Nasib baik slow. Kalau kuat tak tahulah apa nasib tulang skapula aku.
“Aku single lagi. Tu makanan kat tangan simpan lah dulu. Macam lah rumah aku tak cukup makanan.” Aku menyimpan dahulu makanan di dalam kenderaan.Sepanjang perjalanan ke rumah Kamil banyak yang aku tahu pasalnya. Dia kini berkhidmat di sebuah hospital kerajaan setelah tamat pengajiannya di Universiti al-Mansourah, Mesir. Pandailah cakap Arab budak ni. Cemburu juga aku. Maklumlah, aku turut memohon untuk ke luar negara, tetapi rezekiku hanya di sini. Tiba di rumah Kamil, tersergam sebuah rumah banglo dua tingkat lot tepi. Halaman rumahnya dipenuhi dengan bunga orkid. Yang aku tahu, menanam orkid adalah hobi Mak Cik Salmah.
“Mak, abang bawa awek!” terdengar suara laungan budak lelaki berusia lebih kurang 7 tahun.
“Itu Kamal yang kau selalu dukung dulu.” Kamil memberitahu tanpa ditanya.
“Ooo, dah besar dia sekarang.” Tak sampai 30 saat kepala mak cik Salmah dah terjegul di balik pintu. Beliau mengecilkan sedikit matanya. Mungkin mengamati siapa yang di bawa balik oleh Kamil. Sambil tersenyum aku menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Ini Adyana ke?”. Aku mengangguk mengiakan.
“Mak cik sihat?”
“Ya Allah, lama betul tak jumpa kamu. Dah makin lawa sekarang. Mak cik sihat. Patutlah hari ni makcik rasa macam nak masak lebih sikit, rupanya ada orang jauh nak datang.” Aku memang menyenangi mak cik Salmah kerana sikapnya yang ramah. Kami berlalu ke dalam rumah dan Siti, adik Kamil yang pada kiraan aku kini berusia 20 tahun sedang menyiapkan hidangan di atas meja. Kamil merupakan anak sulung daripada 4 orang adik- beradik. Kamil, Siti Sarah, Siti Sufiah dan Kamal. Manakala, mak cik salmah merupakan seorang ibu tunggal sejak kematian arwah pak Din sepuluh tahun lepas. Siti menghampiri aku dan kami bertegur sapa. Sufiah masih di sekolah memandangkan dia tinggal di asrama dan tinggal beberapa hari sahaja sebelum cuti sekolah bermula. Siti pula menurutnya dia sedang meneruskan pengajiannya di UKM, jurusan perubatan juga seperti Kamil. Bertuah mak cik Salmah mempunyai anak-anak yang terang hati. Beberapa minit lagi waktu berbuka kami semua sudah bersedia di meja makan dan Kamil mula membaca doa sebelum berbuka. Selesai berbuka aku menumpang untuk bersolat sebelum meneruskan perjalanan pulang.
“Nanti rajin-rajin lah singgah. Mak cik tak puas lagi berbual dengan Adyana.” Sebelum aku melangkah keluar sempat lagi mak cik Salmah berpesan kepada aku. Pasti aku akan datang lagi jika ada kelapangan kerana malu juga kunjungan aku yang tiba-tiba tanpa buah tangan. Mungkin lain kali aku akan sediakan sedikit buah tangan. Kamil menemani aku ke tempat aku memarkir kereta tadi. Aku menolak tetapi menurutnya dia memang akan lalu jalan yang sama untuk ke surau kawasan perumahannya. Aku turuti sahaja. Aku membiarkan Kamil berjalan di hadapan kerana takut bersentuhan kulit, batal pula wudhu’nya.
“A.D, betul kau tak nak tahu pasal Zain?” Kamil bersuara tiba-tiba. Aku diam sahaja. Sebenarnya aku memang berharap Kamil akan bercerita tentang Zain.
“I guess u want to know. Zain drop course masa first year. Selepas tu, ayah dia transfer dia ke UK dan langsung aku tak dengar berita dari dia. Cuma tahun lepas dia ada email aku bagitau yang dia sekarang dah balik Malaysia. Kalau dikira, dah setahun la dia kat sini. Dia tak contact kau ke?”. Nak gugur jantung aku mendengar cerita daripada Kamil. Aku tahu Kamil tidak akan menipu kerana aku kenal hati budinya. Memang Zain tak contact aku langsung sejak dia putuskan hubungan kami semasa kami masing-masing di tahun pertama. Alasannya dia bertemu dengan perempuan yang lebih sesuai di Mesir. Untuk menjawab soalan Kamil aku menggeleng sahaja.
“Kau dengar tak?”. Baru aku perasan yang Kamil bukannya nampak kalau aku menggeleng kerana dia di hadapan.
“Takde pun. Orang dah tak nak. Kau nak buat apa lagi. Aku doakan dia bahagia dengan sesiapa pun. Kau macam mana?”
“Aku dah bertunang dengan perempuan pilihan aku masa kat sana. Langsungnya dua tahun lagi. Biar stabil dulu ekonomi aku.”
“Baguslah. Nanti jangan lupa jemput aku pula.”
“Itu wajib. Kau kan kuli aku. Kau tak nak nombor telefon aku ke?”.
“Perlu ke?” aku buat muka seperti tak ingin.
“Tak nak sudah”. Kamil tidak mahu mengaku kalah. Akhirnya aku yang beralah.Aku mengeluarkan telefon bimbitku dan meghulurkan kepadanya supaya dia boleh menyimpan nombornya.
Aku tiba di rumah sekitar pukul 9:00 malam. Kuin dan Maisara sedang menonton televisyen. “Kau tak makan lagi ke?”. Kuin menegur aku mungkin melihat plastik bungkusan yang masih di tangan aku.
“Aku makan kat rumah Kamil tadi. Aku jumpa dia kat bazar.” Aku menceritakan kepada Kuin dan Maisara tentang pertembungan dengan Kamil tadi. Banyak betul soalan yang ditanya mereka. Walaupun mereka ada bertanyakan perihal Zain, aku sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu.Kami bertiga sememangnya teman baik sejak di sekolah menengah dan meneruskan pengajian di universiti berbeza tidak menghakis hubungan kami. Sambil menikmati laksa, Maisara rancak bertanya itu ini. Tak larat aku nak jawab, soalan kalau yang munasabah ok la. Ada ke patut dia tanya aku berapa berat Kamil sekarang. Tidur lagi baik. Esok nak bersahur pula.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"