Novel : Benci Bilang Cinta 13

4 April 2009  
Kategori: Novel

4,868 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : misz_waniey

BAB 13

Anisah mengalirkan air matanya apabila terkenangkan Amsyar. Akhirnya dia bertemu jua dengan suami yang dirindui. Tetapi dia hairan kenapa Amsyar seolah-olah tidak mengenali dirinya?

‘Lupakah dia pada aku?’ bisiknya dalam hati.

Petang tadi, habis sahaja kerja.. Azrin mengajaknya minum. Tidak disangka dia akan bertemu dengan lelaki yang melanggarnya semalam dan dalam masa yang sama dia akhirnya bertemu dengan suaminya. Anisah kaku apabila terpandangkan Amsyar. Dia tidak tahu kenapa. Hanya bibirnya sahaja menyebut nama suaminya itu.

“Kenapa, Nisa?” tanya Azrin. Anisah hanya mendiamkan diri. Langsung tidak membalas pertanyaan Azrin. Matanya hanya mengekori jejak langkah Amsyar sehinggalah mereka masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.

Anisah melihat sahaja nombor yang diberikan oleh Zikri kepadanya.

‘Perlukah aku menelefon dia? Tapi sebagai alasan apa?’ tanya dia lagi.. Anisah mencapai handphonenya.. Sejenak dia menekan punat nombor.. Dia perlu dan tekad.

*******************

“Tak sangka akhirnya sudi juga awak nak keluar berjumpa dengan saya..” kata Zikri sambil tersengih. Dia tidak menyangka gadis yang diimpikannya akan menelefon dia semalam dan ajak keluar makan tengahari bersama.

Anisah hanya tersenyum. Tidak tahu ingin berbualkan pasal apa.

“Well.. Saya nak tanya, semalam tu boyfriend awak ke?” tanya Zikri. Matanya memandang tepat ke wajah gadis di hadapannya.

“Tak, dia kawan baik saya..” jawab Anisah jujur.

“Oic.. So awak dah ada boyfriend?” Anisah hanya menggeleng. “That’s mean saya ada peluang la?” Zikri meneka lagi. Anisah hanya diam membisu.

‘Gelojoh betul mamat, ni! Kalau dia tahu aku dah berkahwin, mahu ke dia terima aku?’ seloroh Anisah dalam hati.

“Semalam tu siapa?” tanya Anisah mengubah topik perbualan. Zikri mengerut dahi.

“Semalam?” dia masih tidak faham.

“Maksud saya, tiga orang kawan awak, tu?”

“Ooo.. diorang tu family saya..” jawab Zikri tanpa ada rasa hairan.

Anisah terkejut. “Jadi lelaki tu abang kandung awak?”

Zikri terdiam. Dia menggaru kepala.

“Kenapa awak tanya?” dia mengangkat kening untuk mendapatkan kepastian.

“Err.. takde apa-apa..” jawab Anisah gugup. ‘Hish! Payahnya aku nak tanya pasal Amsyar..’rungutnya dalam hati.

Tiba-tiba Zikri ketawa. “Awak suka dengan abang saya, ke? Yela.. abang saya tu handsome..” gurau Zikri.

Anisah menggelengkan kepalanya. “Tak.. err.. saya nak tahu, je..”

“Dia bakal abang ipar saya.. Namanya Zarif..” jelas Zikri.

‘Abang ipar?’ hati Anisah tiba-tiba sebak.

“Awak cakap nama dia siapa?”

“Zarif..” Zikri tersengih.

‘Jadi dia bukan Amsyar?’ Anisah berteka-teki mencari jawapan. Dia mengeluh. Dia salah orang lagi. Wajah mereka betul-betul seiras.

“Yang dua orang lagi?” Anisah sengaja menukar topik lain. Tidak sanggup untuk bertanyakan tentang lelaki yang seiras wajah arwah suaminya.

“Yang dua orang tu kakak dengan adik saya. Kami tiga orang adik-beradik je. Awak jangan risau.. saya masih single. Hehehe…” gurau Zikri lagi. Anisah tersenyum. Lelaki di hadapannya ini memang suka bergurau.

“Awak?” tanya Zikri apabila melihat Anisah hanya diam membisu. Nak tahu juga latar belakang perempuan cun di hadapannya ini.

“Saya kakak sulung.. ada adik 5 orang bawah saya” jawab Anisah.

“Oic.. awak dah kahwin?” tiba-tiba soalan itu membuatkan Anisah mengangkat muka. Matanya memandang ke arah Zikri yang dari tadi asyik tersengih. Satu soalan maut baginya.

“Saya dah kahwin..” jawab Anisah. Tidak perlu untuknya menyembunyikan statusnya kepada lelaki yang baru dikenali. Senyuman Zikri hilang secara tiba-tiba. Dia betul-betul tidak menyangka. “Tetapi suami saya dah meninggal dunia..” sambung Anisah lagi.

“Oo..” pendek sahaja jawapan dari Zikri. Dia tak tahu nak tanya apa. Gadis di hadapannya adalah janda rupanya. Tapi.. sumpah, gadis itu nampak masih muda dan seperti anak dara. Hish! Zaman sekarang zaman IT. Dengan wujudnya bermacam-macam jenis perubatan moden dan tradisional yang semakin berkembang, segalanya tak mustahil. Sedangkan ada orang yang dah ada anak 5 pun masih bergetah lagi.

“Err.. maafkan saya, boleh saya tahu sebab apa arwah suami awak meninggal?” tanya dia lagi.

“Kemalangan jalan raya..”

“Bila?”

“Setahun yang lalu…” Zikri melihat air mata gadis itu bertakung di kelopak matanya. Dia rasa serba salah.

“Awak sayangkan arwah suami awak?”

“Isteri mana yang tak sayangkan suaminya?” Zikri terdiam lagi.

*******************

“Zik? Termenung nampak? Tak seronok ke jumpa kekasih hati tadi?” gurau Zarif apabila melihat Zikri termenung seorang diri di luar rumah..

Zikri ketawa. “Takde apa-apa la, bang..” Dia memberi ruang untuk Zarif duduk di sebelahnya.

“So, how was your date?” tanya Zarif.

“Ok, je..”

“Ok, je? Lain macam je abang dengar?”

Zikri mengeluh. “Entah la, bang. Zikri ingat Zikri dah jumpa seorang perempuan yang boleh membahagiakan hidup Zik lepas ni.. Rupa-rupanya tidak..”

“Maksud Zik?” dia tidak memahami..

“Dia janda..” jawab Zikri. Zarif terdiam. “Suaminya baru meninggal setahun yang lalu..”

“Salah ke dia berstatus janda bagi Zik?” Zarif mengangkat kening. Zikri mendengus.

“Zik tak kisah! Tapi.. Zik rasa janggal..”

“Zik.. kau dengan dia baru je kenal. Maybe kau tak boleh nak sesuaikan diri dengan keadaan buat masa ni. Benda ni kena ambil masa. Kalau dah sayang, semua tu boleh ditolak ke tepi, kan?”

Zikri hanya mengangguk. Betul apa yang dikatakan oleh Zarif. Cinta itu buta. Cinta tak mengenal darjat atau status.

******************

Anisah mengeluh. Sudah dicuba berulang kali untuk menghidupkan enjin keretanya namun masih lagi bermasalah. Azrin yang ketika itu ingin menapak ke keretanya menyedari masalah yang dihadapi oleh Anisah. Anisah keluar dari kereta dan membuka bonet enjin. Azrin mendekatinya.

“Ada masalah ke, Nisa?” tanya Azrin.

“A’ah.. dari tadi tak boleh start. Entah apa problem dia..” jawab Anisah. Matanya melilau ke arah enjin di hadapan mata. Tak tahu puncanya dari mana. Dia bukan tahu bab-bab enjin ni.

“Biar Rin tengok?” Azrin mempelawakan diri untuk melihat masalah enjin kereta Anisah. Anisah hanya membiarkan sahaja. Azrin nampak sibuk meneliti dan membelek enjin keretanya.

“Apa masalah dia, Rin?”

“Hmm.. Rin tengok enjin ok takde masalah. Maybe bateri kong, kot? Rin tak bawak jumper, kalau tak boleh Rin charge guna bateri kereta Rin, je”

“So nak buat macam mana?”

“Kita hantar workshop la.. Tak silap Rin kat sini ada satu workshop..” usul Azrin. “Nisa tunggu sini.. Rin pergi panggil mekanik tu, ye?” Anisah hanya mengangguk.

“Thanks, Rin..” ucap dia. Nasib baik ada Azrin. Lelaki tu dah banyak berkorban untuk dia. Entah kenapa hati dia tetap menunggu Amsyar.

***********************

Selang beberapa minit kemudian, Azrin datang dengan membawa seorang mekanik. Anisah yang menunggu di dalam kereta seraya bangun dari tempat duduknya..

“I rasa bateri, kot? You cuba tengok dulu, la..” kata Azrin kepada mekanik tersebut. Anisah hanya memandang sahaja. Dia terkejut. Lelaki itu..

Lelaki itu hanya tersenyum memandang Anisah, kemudian dia segera ke arah enjin keretanya. Matanya melilau mencari punca.

“Yup! Memang bateri.. Minyak hitam pun nak kena tukar ni. Dah berapa lama cik tak servis kereta?” tanya dia. Anisah kaku.

“Err.. hampir setahun lebih..” jawab Anisah.

“Lama, tu.. Cik kena selalu servis kereta. Takut nanti boleh rosak enjin” tegur mekanik tersebut. Anisah mengangguk. Bukan dia tak nak servis, dia busy dengan kerjanya.

“So macam mana?” Azrin mencelah.

“Boleh saya pinjam bateri kereta, encik? Sebab bateri dia kena charge dulu baru boleh bergerak. Kereta ni kena hantar workshop sebab I kena check yang lain juga..”
jelas dia.

“Of course. Sure..” jawab Azrin. Mereka berdua agak busy. Susah payah Azrin membantunya. Dan.. lelaki itu memang sebijik muka Amsyar. Suaranya.. Ya Allah, betulkah itu Amsyar? Atau pelanduk dua serupa? Tapi, kenapa pipinya berparut?

Anisah hanya memandang side mirror. Dia menumpang Azrin ke workshop. Manakala keretanya dipandu oleh lelaki itu. Dia mengeluh.

‘Kalau betul itu Amsyar, tentu dia kenal aku!’ bisik hatinya.

Sepuluh minit berada di workshop, lelaki itu berjumpa mereka.

“Err.. kereta cik kena tinggal dekat sini dulu sebab dah petang. Esok cik boleh ambil, macam mana?”

“Tak boleh siap hari ni, ke?”

“Tak boleh, cik sebab banyak kereta yang nak kena baiki” lelaki itu tersenyum menjawab. Anisah mengeluh.

“Takpe, esok Rin ambil Nisa dekat rumah..” usul Azrin. Anisah mengangguk.

“Err.. this is my card.. Kalau ada apa-apa, just contact my number la” lelaki itu menghulurkan kadnya kepada mereka berdua.

Anisah membelek kad tersebut. ‘Muhammad Zarif’. Sekali lagi dia mengeluh. Dia mengalah akhirnya.

‘Amsyar memang dah tiada. Dia memang dah mati.. Aku je yang tak boleh menerima kenyataan bahawa jodohku bukan dengan Amsyar’.

“By the way, nama cik apa?” tanya dia.

“Nisa..” jawab Anisah pendek. Zarif terdiam. Dia macam pernah dengar nama itu tapi dimana?




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"