Novel : Bini aku tomboy ke? 5

8 April 2009  
Kategori: Novel

6,416 bacaan 4 ulasan

Nama Pena : Angelica Risza

Sesampainya mereka di kedai makan tempat abang Din bekerja, Zack pun mula termangu-mangu. Bukan badannya tidak letih, tapi disebabkan terlalu banyak, over sangat kot, disebabkan banyak serangga and binatang-binatang “kesayangan” Zack kat rumah abang Din, jadi dia pun ambik keputusan ikut sekali ke kedai abang Din, karang aku nak bukak langkah silat karate apa kalau aku jumpa cik ti? Waa! Mintak dijauhkan. Dia menggeleng kepala seorang diri.

” Zack nak makan apa?” Abang Din bertanya.

” Eh, tak payah susah-payah, bang. Saya tolong abang, okay? Apa yang boleh dibuat ni, bang?” Zack bangun dengan segera. Aku tengah bersemangat waja ni, semangat wira boleh, asyik waja je, bila wira nak glamer, hehe.

” Takpe. Zack duduk je kat situ. Muka pun nampak letih. Lagipun, customer tak banyak waktu ni.” Abang Din membalas. Kenapa la ada makhluk sebaik dia kat dunia ni? Uhh, apa lagi. Pucuk dicita, ulam mendatang! Cewahh! Naikkan bahasa bangsa, barulah negara bahagia! Slogan apa ni, huhu. Zack mengeliat sepuas hati. Bahunya diurut-urut sendiri.

” Budak semalam ke, Din?” Kawan sekerja abang Din bertanya.

” A”ah. Aku kesian tengok dia. Tu aku bawak dia pergi rumah aku.”

” Pergi rumah kau?? Kau ni tersampuk hantu busut mana nih? Entah budak baik ke budak apa nya tu? Kalau dia buat bukan-bukan..”

” Ai, kau ni. Aku ni lelaki. Jantan. Bukannya perempuan. Tahulah aku jaga diri. Aku tengok muka dia pun tau dia budak baik la. Lagipun, aku ni papa kedana, dia nak curi apa kalau ye pun, Man? Dah, ada customer tu. Aku pergi ambik.”

Zack menopang dagunya memandang ke luar kedai. Langit luas, dah berwarna keoren-orenan menandakan waktu senja sudah hampir. Jemunya aku! Tahap tenuk hidung panjang dah ni! Drama di TV yang terpampang di depannya tidak menarik perhatiannya lagsung.

” Yes, miss. Can I have your order?” Dengan speaking London tak tulennya, Zack tiba-tiba bangun dan meng”serve” seorang gadis yang baru sahaja duduk di meja berdekatan. Gadis tersebut bersama dengan seorang lelaki, balak dia la kot, hensem la jugak, kot. Tapi, aku hensem lagi gamaknya sebab awek dia tak berkelip pandang aku nih, hehe.

” Macam aku penah tengok mamat nih? Weh! Zack! Kau kan?”

” Eh, sape pulak mamat tak macho nih? Silap orang tak?” Zack memandang ke belakangnya, melihat-lihat kot-kot mamat tadi cakap dengan orang lain ke, aku yang perasan dia cakap dengan aku.

” Woi! Kau la, sape lagi?” Mamat tadi bangun lalu menepuk bahu Zack.

” Eh? La, kau rupenya, Zim! Apesal kau jadi putih nak mati nih? Silau mata aku! Kau kena albino ke penyakit sopak??” Lancang mulut Zack berkata selepas dia berjaya mengingati Azim, rakan baiknya dahulu.

” Wei, mulut kau ni, memang sah mulut tak ingat pepatah Melayu nih! Kerana pulut santan binasa..”

” Kerana mulut, badan binasa. Ingatla, mangkuk! Ek eleh. Kau ni pun satu hal. Macam tak kenal aku?” Zack menyambung peribahasa Melayu tersebut.

” Kau pun, apesal muka jadi macam bontot kuali kat rumah nenek aku tu? Hitam berkilat macam orang minyak?” Azim pun tak nak kalah.

” Aku putih la. Tahun bila aku gelap-gelapan pulak? Kanta mata kau tuh problem la tu! Aku tetap “jejaka” idaman setiap insan bergelar..”

” Zack!” Abang Din menepuk kuat bahu Zack dari belakangnya yang baru siap tarik kerusi, bukak kedai kopi baru dekat situ.

” Ya, order apa, dik?” Adei, abang Din ni, potong stim betul la! Aku baru nak feeling meeling, dia datang pulak! Abang Din senyum menampakkan barisan gigi putihnya. Sparkling gitu huhu. Selepas mengambil order, abang Din pun berlalu.

” Macammana kau boleh terlepas sampai ke sini nih? Waa, gaya sebijik macam aku pulak tu! Siap macho daripada aku lagi, apa kes nih, Zack?”

” Well, you know me.” Zack meniru gaya Mat Rock spanar Jaya sambil tersenyum poyo.

” Perkenalkan, awek aku, Amy. Amy, ni Zack.”

” Hi, nice to meet you, Amy. You have such a beautiful eyes!” Mula dah reka ayat nak menggatal. Tangannya yang menyalami Amy dieratkan dan matanya merenung lama mata Amy. Muka Amy timbul blusher pink pulak tiba-tiba.

” Woo woo. Awek aku nih, bro!” Azim mula tercabar dengan tindakan Zack.

” Apesal kau? Bukan bini kau pun.” Zack mula membuat muka serius. Tak tahan melihat muka bengang Azim, akhirnya tawanya pun berderai.

” Wei! Aku mana main awek awik nih! Weh, kau makan la, aku nak pergi surau jap! Amy, selamat menjamu selera.” Zack tersenyum macho sambil mengelipkan matanya kepada Azim. Muahahaha. New victims attacted! Zack tersenyum puas melihat muka bengang Azim kerana dia mengusik awek kesayangan si Azim itu huhu.

” Waa, machonya dia, baby!” Tersembur air teh O yang sedang disedut oleh Azim, serta merta selepas mendengar aweknya memuji si Zack , budak tomboy itu. Tapi, memang dia pun tak dapat nafikan, Zack macam ada tarikan yang tersendiri. Aura cute kot huhu. Mesti jadi bunga kembang setahun kalau mamat tomboy tu tau aku puji dia, bisik Azim di dalam hati.

” Ehem, tak sayang baby ke, cutie?” Tanya Azim, membuat muka cekodok berkulat di situ.

” Sayang la. Apa pulak tak nya? Saja je puji sikit, baby ni..” Amy mencuit manja pipi albino Azim bak kata Zack tadi. Amboi, mesra-mesraan bukan main lagi! Jangan ikut ye, tak sah lagi tu..

Selepas azan Isyak berkumandang, 15 minit kemudiannya, si Zack pun muncul setelah selesai dengan solat jama” tak qasarnya, menaiki motor cabuk abang Din. Uhh, sakit pinggang aku! Motor zaman Tok Naduk mana la abang Din bawak ni? Geduk geduk bunyinya, nasib tak mampos tengah aku bawak tadi! Baru gaya nak rempit laju sikit, dah ala-ala gaya nak mati. Apa kes? Enjin tahun 80-an punya kot motor nih!

” Eh? Blah dah si budak Azim tu? Laju giler makan, jadi hantu lapar agaknya. Dengan awek-aweknya sekali. Baru niat nak mengusik lagi, hua hua. Takde chance la ni huhu.”

Azim nih antara kawan baik aku masa sekolah dulu. Aku rapat dengan Azim yang terkenal dengan gelaran playboynya itu. Padahal kalau diukur, aku lagi hensem and yang penting macho daripada dia huhu. Tak payah tunggu orang puji, aku memang kuat perasan sendiri huhu. Tapi, in case aku tak berapa minat dengan girl, so aku tetaplah menjadi budak normal tapi nakal tahap dewa dengan geng-geng aku! Geng-geng aku semua lelaki, tu sebab aku jadi gini.

Bukan takde orang yang minat aku. Boleh kata, tiap minggu mesti ada orang letak surat dalam laci meja aku huhu, laci jela, jimat duit tak payah tampal setem kan. Surat apa lagi, of course surat chenta la. Tapi, UNluckily, pengirimnya semua dari pihak kaum-kaum HAWA. Yela, dah aku tomboy kan, nakal pulak tu, laki mana yang nakkan aku huhu. Jadi, terimala kenyataan anda hehe.

” Zack! Tolong ambikkan order daripada duduk tercongok kat situ!” panggil abang Din dari dapur.

” Yes, boss!” Zack membantu abang Din sebagai membalas jasa baiknya membantu selama ini, che, ayat jiwang-wang huhu.

” Dah, jom balik.” Pukul 3 pagi baru kedai makan itu ditutup. Zack mencangkung kepenatan sementara menunggu abang Din mengunci kedai tersebut.

” Zack penat tak?” Tanya abang Din tanpa melihat pada Zack.

” Penat.. lelah..” Zack membalas sikit-sikit.

” Zack!” Elok abang Din berpaling je, Zack dah pun terbaring di situ. Abang Din memanggil-manggil namanya sambil menampar-nampar pipinya, namun dia masih tak jugak sedar-sedar diri. Apa dah jadi kat budak nih? Apa patut aku buat??

Nak buat CPU ke? Eh, CPU apanya, CPR lah! Kepala Zack didongakkan. Hidungnya dikepit dan mulutnya dibuka sedikit. Uhh terpaksa jadi part time gay lah gamaknya huhu. Abang Din menarik nafas panjang untuk dihembus. Berdebar jugak nih! First time, first try, first KISS maybe..? Ready, go!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Bini aku tomboy ke? 5”
  1. Tie says:

    Kelakarlah.
    Tp byk sgt bahasa rojak. BI & BM diadun tidak kena.
    Hrp penulis tlglah jgn buat gaya bhs nie, prbaiki lg.

  2. Nur Dara Adalia says:

    kakaka… :mrgreen:

  3. loladyna says:

    ;-) nakal la zack nie..hehehe..anyway first time bcer ingt zack laki2x rupenyer laki2x..anyway overall best…tp lau ble ending 2 tambah sikit yg debar2x..hehhe… :oops:

  4. izz kizi :) says:

    betul ke abang din tu cium zack? wakakakkakaka, first kiss tu, hehe :P

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"