Cerpen : Abang Sayang

15 May 2009  
Kategori: Cerpen

6,444 bacaan 11 ulasan

Nama Pena : Suci Kasih

” Abang sayang Ina tak?”.
” Tak”.
” Abang!!”. Ina menarik muka masam dan berlalu. Zafril hanya menggeleng. Teruk benar perangai isterinya yang satu ini.
” Ina…sayanglah..sayang sangat..”. Zafril terus berlalu. Itulah Zafril, dia tidak betah memujuk atau bermanja-manja. Ina hanya menjerut rasa.
” Ina, abang nak keluar ni..jaga diri”. Ina hanya memandang lesu. Bukan nak di ajak atau apa. Selalu sangat macam ni. Kata sayang, tapi di tinggalnya selalu. Memang lah ada orang kata sayangkan isteri tinggal-tingalkan. Tapi…huhu.
————————————–

” Abang, hari ni kita makan kat luar nak?”
” Taknak lah..abang nak makan kat rumah”.
” Ala abang ni, kedekut sangat..Ina belanjalah.”
” Tak nak abang kata, titik”. Huh bosan betul dapat suami macam ni. Nak tak nak terpaksa juga dia masak hari ni. Sugguh terkilan dengan sikap suaminya. Memang Zafril tidak pernah berkasar atau menderanya, namun hatinya selalu sakit, dia mahukan suami yang penyayang dan mengambil berat tentangnya. Tapi..Zafril…huh..
——————————————–

” Apesal isteri kau tu? Muncung semacam je aku tengok.”. Hairil memandang Ina dan Zafril selang seli.
” Kenapa pulak? Dia ok je..memang dia macam tu. Malas aku nak layan sangat.”.
” Eh2 kau ni, biar betul”.
” Apa pulak tak betulnya”. Hairil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Zafril hanya tersenyum. Tidak lama kemudian dia ketawa.
” Yang kau gelak ni kenapa pulak..ahh sudah”.
” Tak de apa.saje. Aku suka tengok dia macam tu. Biarlah. Sekali sekala”.
” Suka hati kau lah”. Hairil hanya tersenyum.
——————————————–

” Abang..hari ni Ina tak nak pergi kerjalah, penat”.
” Kenapa pulak, jangan nak mengada-ngada”.
” Abang tak nampak ke? Ina tak sihat ni, abang ni kenapa? Tak suka cakap jela”.
” Jangan nak merepek”.
” Abang tak payah nak berdalih lagi, kalau abang nak kahwin dengan perempuan tu, abang kahwinlah..Ina tak kisah”.
” Betul??”.Ina memandang tajam wajah suaminya. Apakah suaminya betul-betul nekad. Zafril merenung dengan pandangan tajam juga.
” Betul ke Ina sanggup?”.
” Sanggup.”.Tidak sedar Ina telah menjawabnya. Ahh sudah..Dia terlepas kata. Kehendaknya tadi hanya ingin menduga dan mahu suaminya memujuk. Sekarang lain pulak jadinya.
” Nanti jangan kata abang curang pada Ina pulak, abang itulah, abang inilah”. Zafril memandang wajah isterinya. Ada sendu di wajah itu. Dia tersenyum kecil. ‘Tulah nak sangat main-main dengan aku’.
———————————————

” Kenapa kau menangis ni?”.
” Aril..dia nak kahwin lagi”.
” Dia minta izin kau ke?”.
” Aku yang suruh”.
” Kau ni gila ke apa? Tak percaya aku si Aril tu nak wat kau gitu”.
” Kalau kau nak menangkan dia, pergilah kat dia”. Ina berlalu pergi meninggalkan Nora. Apasal kawan aku ni. Sensitif semacam. Tapi logik lah ekk, suami dia nak kahwin lain. Kalau Hairil buat macam tu, tentu dia pun akan bengang. Tapi kan, aku tak percaya lah.
————————————–

” Bang betul ke Aril nak nikah lagi satu?”. Hairil hanya tersenyum.
” Eh2 awak ni, kita Tanya dia senyum-senyum pulak”.
” Awak dengar dari mana”.
” Ina yang cakap”. Hairil terus tergelak.
” Apa awak ni? Dah tak betul ke? Ina tu kawan saya tau bang.”.
” Habis Zafril tu bukan kawan abang ke?”.
” Eh2 main-main pulak dia, abang cakap lah betul2. Jangan cakap si Aril tu dah kemaruk nak cari lain pulak.”.
” Sape yang kata.”.
” Abang ni, makin kita cakap wat sakit hati je”. Nora menarik muka masam dan mahu berlalu. Dengan pantas Hairil menarik lengan isterinya.
” Janganlah macam ni sayang…abang bergurau je tadi”.
” Abang guraulah sorang2″. Nora membuang pandang.
” Ok lah, abang tak gurau dah, ish2 isteri abang ni kuat merajuk jugak ekk”. Nora hanya menjeling. Hairil pun menceritakan hal sebenar.
—————————————

” Ina…”.
” Mmm…”.
” Abang dah nak pergi ni..”.
” Pergi jela.”.Ina terus masuk ke dalam bilik dan menutup pintu dengan kuat.
” Apesal pulak dia ni? Asyik bad mood manjang.”. Belum sempat Zafril keluar rumah, Ina memanggil suaminya. Zafril memandang isterinya.
” Abang..Ina minta ampun, Ina…”. Ina terus menangis tersedu-sedu.
” Eh, Ina ni kenapa pulak menangis?abang bukan nak pergi mati”.
” Lepas ni Ina janji Ina dengar cakap abang, lepas abang kahwin dengan perempuan tu lepas ni, abang janji jalankan tanggungjawab abang dengan adil ye bang”. Zafril tersenyum. Ahh sudah.
” Ina..”. Tidak sempat Zafril menghabiskan kata-katanya, Ina memeluknya sambil menangis.
” Aduhai…Ina sayang basahlah baju melayu abang ni”. Ina terus bangkit.
” Maaf, Ina..ok, abang pergilah..Ina izinkan..mana borang tu?”.
” Borang apa?”. Zafril mengangkat keningnya.
” Borang minta persetujuan isteri pertamalah”.
” Nak buat apa?”.
” Ina tau abang risau Ina marah abang kan, sebab tu abang tak bagi dari hari tu”.
” Ina ni kenapa?”.
” Kenapa pulak? Tak pelah bang, Ina rela..Ina sanggup, cepatlah nanti abang terlambat pulak”.
” Memanglah abang dah terlambat pun, Ina ni lah”. Ina terasa dengan kata-kata itu. Namun di pendamkan saja.
” Eh2 jap..tadi Ina kata borang persetujuan isteri pertama?”.
” Yelah, mehla sini Ina tandatangan”.
” Nak buat apa”.
” Apa abang ni..”.
” Apa pulak”.
” Tadi kata dah lambat, mehla sini borang tu cepat”.
” Nak buat apa borang tu, abang nak pergi majlis kahwin kawan abang je, takkan itu pun kena minta izin dari isteri?isteri pertama pulak tu..”.
” Hah?”. Ina terlopong.
” Kenapa? Ina ingat abang nak pergi mana?”.
” Ooo..baru abang faham, Ina ingat abang nak pergi nikah ekk”.
” Bukan abang nak pergi nikah ke?”.
” Sape cakap”.
” Hari tu kan abang cakap..”.
” Siapa cakap? Abang Cuma Tanya Ina sanggup ke tak je”.
” Habis tu kenapa abang pakai macam ni? Selalu abang pergi kenduri kahwin pakai baju batik je”.
” Ina sayang, hari ni abang jadi pengapit si Iskandar tu, kenala pakai baju melayu sedondon dengan yang jadi pengapit si pengantin perempuan tu.”.
” Sape pengapit perempuan tu?”.
” Yang Ina kata abang nak kahwin dengan dia tu”.
“Jadi?”.
” Jadi apa?”.
” Abang tak jadi kahwinlah ni?”.
” Abang kan dah kahwin dengan Ina”. Ina hanya tersenyum malu.
” Ina ni suka fikir bukan-bukan. Tu lah tak percaya pada suami sendiri”. Tiba-tiba telefon Zafril berbunyi.
” We, kau kat mana? Cepatlah.”
” Ok2..ni ada drama sebabak jap kat umah ni.”. Ujar Zafril sambil tersenyum kepada isterinya. Ina hanya tertunduk malu.
” Abang pergi dulu ye, dah lambat ni, nanti kita sambung balik drama sebabak kita ni, ke Ina nak ikut?”.
” Tak naklah bang, dah lambat ni..mata pun merah ni.huhu”.
” Tulah abang dah cakap semalam, tapi Ina buat tak tahu je.Belum apa-apa Ina dah masuk tidur. Abang nak cakap hari ni nak pergi majlis kahwin, nak ajak Ina”.
” Nape tak cakap awal-awal?”.
” Macam mana nak cakap, Ina tu asyik bad mood je”. Zafril hanya tersenyum. Ina juga tersenyum.
” Oklah sayang, abang pergi dulu ye.”. Sebelum pergi sempat Zafril mencium pipi dan mengucup dahi isterinya dan ‘ I Love u Honey..before, now n forever’. Ina tersenyum dan hatinya berbunga riang.
——————————————–

” Abang..”.
” Mmm…”.
” Abang sayang Ina tak?.
” Dia dah mula dah…”.
” Cepatlah cakap?sayang ke tak?”.
” Sayang———..”.
” Macam tak ikhlas je.”.
” Ina..Ina..”.
” Abang?”.
” Mmm..”.
” Ina sayang sangat kat abang”. Lantas Ina terus memeluk suamimya. Zafril membalas erat.
” Abang.”.
” Ya, cakap je lah..”.
” Kenapa dulu abang layan Ina macam tu?”.
” Layan macam mana?”.
” Yelah..macam tak peduli kat Ina je…Ina ada perasaan tau..Ina pun nak manja-manja dengan abang”.
” Dulu abang saje je, tak nak manjakan sangat Ina, nanti Ina jadi lain”.
” Maksud abang?”.
” Yelah, kalau abang layan lebih-lebih nanti Ina terlebih manja pulak”.
” Abang ni…”.
” Sebenarnya abang nak Ina tahu dalam perkahwinan ni bukan sahaja hanya kasih sayang, malah tanggungjawab, komitmen, rasa percaya, jujur dan saling menghormati.”.
” Ina…”.
” Ina…abang sayangkan Ina sepenuh hati abang, sejak abang lafaz akad nikah..abang hanya biarkan dan simpan hanya Ina dalam hati abang, abang tak nak Ina terus-terus menjadi anak manja”. Ina mengeratkan dakapannya.
” Sebab tu abang kena ajar ina sikit..abang bukan sengaja biarkan Ina, abang tahu Ina menangis tiap-tiap malam, hati abang tersentuh..tapi abang kena tegas…abang nak Ina sedar”.
” Ina minta maaf…Ina tahu Ina melampau..Ina..”.
” dahla Ina, abang tahu Ina dah sedar sekarang..”.
” Abang nak Ina tahu..sayang abang, cinta, rindu, kasih hanya untuk Ina”.
” Ina lebih daripada tu bang..”.
” Abang minta maaf sebab layan Ina macam tu, abang tahu abang pun tak sempurna..kita kena saling melengkapi..”.
” Ina janji bang…”.
” Dah, jomlah kita tidur.”.
” Abang…”. Langkah Zafril terhenti.
” Ina janji akan bahagiakan abang”. Zafril mengucup dahi isterinya sambil tersenyum.
” Jangan janji sayang..kita sama-sama usaha”.
” Ina tak nak kehilangan abang”. Ina terus memeluk suaminya dan menangis.
” Sshh…jangan nangis sayang..abang pun tak nak kehilangan Ina”. Zafril memujuk isterinya. Malam itu dia benar-benar menajdi suami yang sangat romantis dan penyayang. Ina benar-benar bahagia. Ya Allah..terima kasih kau anugerahkan dia padaku…

p/s :terima kasih sudi baca cerpen saya yg ke 3 ni ekk..tb2 ade idea mlm ni..trs menulis..release tension wat tesis..hehe..so sy menghrapkan komen2 dari pembaca..thnks…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Cerpen : Abang Sayang”
  1. wan muslim says:

    romantknye=)best jugak le….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"