Novel : Takut kahwin 1

10 May 2009  
Kategori: Novel

2,325 bacaan 1 ulasan

Nama Pena : Abigail

“sakit apa, pak cik?”
“Ni, puan doktor.Sakit Belakang baru kerja sikit dah rasa macam nak patah..” pak cik itu berceloteh panjang.
Jasmine tersengih mendengarnya.’Puan doktor?’Tua sangat aku ni, fikirnya. Menyesal sungguh rasanya menggelarnya pakcik.Kenapa bukan atuk?Nak buat macam mana dah tanggungjawab nak rawat pak cik tu.
Hari tu entah kenapa Jasmine berasa penat tak terkira. Dia memandu kereta kecilnya meninggalkan klinik tempatnya berkerja. Masih terngiang-ngiang di benaknya kalimat ‘Puan doktor’. Adakah aku kelihatan seperti wanita yang sudah beranak-pinak? fikirnya lagi.
Memang usianya sudah agak lewat, tapi dalam hidupnya dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan zaman bujang.Jangan kata nak kahwin, bercinta pun belum tentu lagi.Dia tidak percaya lelaki.Baginya mereka semua tin kosong.
Setibanya di rumah, dia sudah dapat menangkap bayangan tubuh mummynya yang tercegat depan pintu. Apasal pula ni? fikirnya. Sebaik turun dari keretanya, ditatapnya lagi wajah ibunya. Tersenyum-senyum. Mesti ada yang mummy nak dari aku, fikir Jasmine.
“kenapa mum. Senyum-senyum saja dari tadi?”
“Salahkah mummy tersenyum pada anak mummy yang cantik ni,” wanita berusia separuh abad itu menjawab. Memang sah dia ada niat lain.
Dua beranak itu kemudiannya menuju ke meja makan.Si adik sudah pun setia menunggu. Inilah masa yang paling Jasmine gemari kerana dia pencinta makanan.Kalau dah makan, dia baleh lupa semua perkara di dunia. Tetapi untungnya badan tak nai-naik.
“Macam mana hari ni?” tanya Debby adiknya, cuba menimbulkan topik perbincangan.
“Tau tak, hari ni ada seorang atuk tu gelar aku puan doktor. Adakah patut,” Jasmine mula meluahkan isi hatinya. Berharap agar mummy dan adiknya dapat menyokongnya.Malangnya, deraian tawa adik dan mummy menghancurkan harapannya.
“Apa salahnya? Memang patut pun,” mummy membalas sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.
“Aah tu mum. Kalau kak dah kahwin at leastlah dah dapat 2 orang anak ni,” Debby pula menambah. Ketawa mereka memenuhi ruangan makan itu.Asyik-asyik Jasmine lah yang terkena.Cerita peribadinya selalu menjadi bahan gurauan mummy dan Debby.
“Excuse me. I’m just 28 tau. Ada orang yang lebih tua dari aku yang belum kahwin. Kau tu, Debb. Sndri pun belum kahwin ada hati nak suruh orang lain pula,” Jasmine tak mengalah. Adiknya terkelu. Lantas tawanya mati. Ada betulnya kata-kata Jasmine. Dia hanya 3 tahun lebih muda dari kakaknya.
“Sudahlah kamu tu. By the way, mummy ada sesuatu yang nak beritahu Jasmine,” memang tepat jangkaan Jasmine. Mesti mummy nak kan sesuatu.
“Pasal apa?” Jasmine ingin tahu.
“Ada kena mengena dengan apa yang kita bincang tadi,”
Jasmine terdiam. Jangan-jangan pasal kahwin lagi ni. Tak faham-fahamkah yang aku ni tak nak kahwin, bisiknya. Aku tak nak jadi macam mummy yang ditinggalkan daddy sebab perempuan lain.
“Mum ada berita baik. Mum dah jumpa lelaki yang paling sesuai dengan Jasmine,” intonasi mummy macam pengacara yang mengumumkan pemenang.
Hampir tersembur makanan yang sedang dikunyah Jasmine.Lantas dia menepuk-nepuk dada.
“Apa?!”
“Sabar kak, minumlah dulu,” Debby cuba menenangkan kakaknya.Jasmine memandangnya seperti harimau lapar.
“Mum, no,” Lantas Jasmine memprotes.
“Why not?” mummy pula membalas.
“Bagi pada Debby lah,” Jasmine cuba menolak.
“not me,” Debby pula menyangkal.
Jasmine hampir menangis. Kepalanya meligat ke kiri dan kanan mendapatkan reaksi mummy dan debby. Tetapi hampa.Tanpa berfikir panjang dia berjalan menuju bilik tidurnya sebagai tanda protes.
Dia berbaring di katilnya, terlentang.Mengimbas semula tragedi yang pernah berlaku pada keluarganya lebih 10 tahun lalu. Tentang bagaimana daddynya telah meninggalkan mummy sendirian menyara dua orang anak yang masih kecil. Sejak itulah dia dan Debby kehilangan kasih sayang seorang bapa. Nasib baik, mummynya seorang yang independent. Punya perniagaan produk kecantikan.Kalau tidak entah apalah nasibnya sekarang.
Pintu biliknya dibuka lembut. Itu pasti mummynya yang datang memujuk. Dibiarkannya sahaja.
“Mummy tak paksa,”
Secara drastiknya Jasmine berubah ceria.”Betul ni,mum,”
“Tapi..” girangnya mati semula.
“Ada tapi?” dia mengeluh.
“Cubalah dulu berkenalan dengan orangnya ya. Tak rugi,” mummy memandangnya penuh harapan sambil menghulurkan sekeping bisnes kad.Dengan terpaksa,disambutnya saja kad itu. Enggan mengecewakan hasrat mummynya.
“Begitulah anak mummy,” Mummy tersenyum sambil membelai rambut Jasmine lalu meninggalkan bilik itu.
Jasmine membaca setiap patah kata pada kad yang bertinta emas itu.
“Ben Carl Fernandez. Director,”disebutnya satu persatu ayat yang tertulis.
“Golden Royal Hotel?” dia tergamam membaca perkataan itu.

***

Jasmine berhati-hati memasuki bangunan yang terkenal itu. Pakaiannya nampak profesional sementara matanya bertutup kaca mata hitam yang elegan. Sengaja dia berpakaian begitu untuk mengaburi identitinya.Sesaat dua dia tenggelam dalam kemewahan hotel itu. Sungguh mengujakan.Tapi apakah tujuannya ke situ?
Sesekali dia berfikir bahawa tindakannya sekarang ini memang gila. Sekiranya ketahuan dia yang bakal mencipta malu. Dia terhenti di tengah lobi utama. Cuba berfikir sekali lagi apakah tujuannya kesitu. Dulu kata tak nak, sekarang ni pula siap pergi siasat-siasat lagi.
Langkahnya teragak-agak. Nak pergi kah, tidak. Aku seorang doktor, fikirnya. Malulah kalau didapati buat perkara bodoh ni. Akhirnya dia bertekad untuk berpaling tadah.
“Tidak. Tak boleh macam ni,” katanya sendirian. Dia mengatur langkahnya laju sambil mata entah kemana-mana.Tiba-tiba bahu kananya terasa bagai dihempap kayu balak. Hampir sahaja dia terduduk menahan sakit.
“Aduh..” keluh Jasmine kesakitan. Tangan kirinya mengenggam erat bahunya.
“Minta maaf puan, saya tak sengaja. Asyik bercakap melalui handphone tadi,” seorang lelaki bertubuh tinggi cuba membantunya. Wajahnya tercermin kekesalan.
Jasmine menatap wajah lelaki itu. Tampan. Serta-merta sakitnya berlalu.Tapi dia tak puas hati. Sekali lagi dia digelar ‘puan’.
“For your information,aku ni bakal isteri director hotel ni,” katanya dengan ego sambil menanggalkan kaca mata hitam yang dari tadi melindungi matanya.Jasmine terdiam. Entah dari mana dia dapat idea untuk cakap begitu. Silap-silap dia boleh buat malu.Tapi tak ada sesiapa yang kenal aku di sini, fikirnya.
Jasmine berjalan pantas meninggalkan hotel itu. Isteri? Eh, gelinya. Dia tersenyum bangga kerana dapat membuktikan bahawa dia masih lagi sepatutnya bergelar, cik. Puas hatinya.
Bngunan indah bernama ‘Golden Royal Hotel’ ditinggalkannya penuh penyesalan.

***

Hujung minggu merupakan masa keemasan bagi Jasmine. Inilah masanya bersenang-senang dan berehat sebanyak yang mungkin.Malam ini dia bercadang untuk menonton wayang di panggung, tetapi hasratnya ternyata hancur apabila pintu biliknya diketuk berulang kali. Seperti yang disangka adiknya muncul di ambang pintu dengan senyuman kucing betina. Kedatangan adiknya petang itu membawa khabar yang mengujakannya. Malam ni mereka akan makan malam bersama bakal keluarga Debby. Tak disangka yang adiknya rupanya sudah punya pacar.Macam tak percaya, fikirnya.
Malam tu, tiga beranak tu pergi ke restoran makanan Jepun, tempat yang dipersetujui kedua-dua pihak. Tapi yang hairannya bagi Jasmine, Wajah adiknya tidak menunjukkan sebarang reaksi gementar sebaliknya dia pula yang cemas tak tentu pasal. Jasmine mengenakan dress merah jambu paras lutut berlengan pendek. Ini semua kerana paksaan adiknya.Sempat lagi Debby meriasnya cantik-cantik. tujuannya? entahlah. Mungkin sebab dia berasakan kalau dia tidak akan mempuyai kesempatan seperti ini lagi kelak.
Setibanya di restoran, mereka dibawa ke sebuah bilik khas. Keluarga teman lelaki Debby sudah kelihatan di sana. Sepasang suami isteri sebaya mummy dan seorang gadis manis sudah menunggu.Jasmine agak tekejut melihat mereka. Mereka ni orang kenamaan, selalu keluar tv. Tak pernah Jasmine bayangkan kalau dia dapat bertemu mereka di depan mata.
“Dah lama tunggu, Puan Rose?” tanya mummy kepada wanita yang sudah semestinya bakal mertua Debby.
“Tak juga. Baru saja,Puan Christina,” jawabnya ramah sambil salam mummy dilepaskan dan diarahkan pula salamnya pada Jasmine. Kemudian direnungnya gadis itu dalam-dalam sampai tak selesa Jasmine dibuatnya.
“Jadi inilah Dr. Jasmine,ya. Manis orangnya” Sedikit pujian buat Jasmine selepas salamnya disambut. Jasmine sekadar tersenyum, sedikit keliru. Kenapa Puan Rose tanya pasal aku,bukan Debby, bisik hati Jasmine.
“Aah,puan. Ini pula Debby, anak kita yang lagi satu,” mummy membalas. Kini salam Puan Rose beralih pada Debby.
“Rasanya, elok kita order makanan sekarang. Tak payah tunggu anak kami tu,” si bapa yang dari tadi berdiam tiba-tiba bersuara. Siapa tak kenal beliau, Tuan Albert, hartawan berdarah sepanyol.
Jasmine kagum dengan lelaki berusia 50-an itu. Penampilannya sentiasa terjaga. Untungnya Debby dapat bapa mertua seperti beliau, fikirnya.
Kelihatannya, semua orang menggemari makanan Jepun, tidak terkecuali Jasmine. Tetapi dia sangat terseksa apabila Puan Rose menghulurkan pinggan berisi sushi kepadanya. Mummy dan debby tahu betapa bencinya Jasmine pada rasa ikan mentah. Mereka menahan tawa melihat telatah Jasmine terpaksa menelan makanan itu. Tambah menyeksakan Jasmine, dia dihujani pelbagai soalan dari keluarga itu. Dari soal kerjaya sampailah soal syampu apa yang dia guna. Kenapa aku pula yang ditanya ni, jasmine kebinggungan.Sudah pasti ada yang tak beres disini, fikirnya.
Akhirnya, si hero pada malam itu datang. itupun setelah semua orang hampir selesai makan. Jasmine cuba berpaling, cuba menangkap bayangan wajah bakal adik iparnya, walaupun dia tidak menyenangi perangainya yang tidak menepati masa. Sebaik dia menatap wajah lelaki itu, darahnya menyirap ke muka. Ya, lelaki itulah yang terlanggarnya tempoh hari di hotel.Sungguh tak disangkanya. Jasmine menatap Debby tapi gagal mendapat sebarang reaksi.
“Sorry lambat sikit, saya sibuk di hotel tadi,” katanya kemudian duduk di sebelah ayahnya bertentangan dengan tempat duduk Jasmine.Jasmine bagai terkena renjatan elektrik setelah mendengar perkataan itu. Tak mungkin dia ialah…
Jasmine memandang Debby dan mummy. Mereka mengelak berpandangan dengannya.Jasmine tak keruan. Jantungnya berdebar-debar tak tentu pasal. Memang sah ada yang tak kena.
“Puan Christina, Dr. Jasmine, inilah Ben Carl, anak kami,”
Kata-kata tuan Albert bagai kilat yang menyambar Jasmine. Tidak mungkin, fikirnya. Mummy dan Debby menipunya bulat-bulat. sSituasi yang diceritakan Debby 360 darjah berubah. Dia teringat kembali kata-katanya yang egois tempoh hari. Bakal isteri director?! Gila! Malunya. macam mana sekarang?




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Takut kahwin 1”
  1. mamasufi says:

    emmm..agak ok, tapi seperti satu karya Inggeris yang ditranslate dalam bahasa melayu…agak janggal… :roll:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"