Cerpen : Sahabat Terbaik

22 June 2009  
Kategori: Cerpen

4,412 bacaan 3 ulasan

Nama Pena : Princess Ariecty

Persahabatan yang sejati adalah untuk selamanya. Aku mempunyai tiga orang sahabat karib. Kami sentiasa bersama. Tetapi pada penghujung semester 4, Sazira mengambil keputusan yang amat mengecewakan aku. Dia membuat keputusan untuk berkahwin dan meninggalkan alam pengajian ini. Sudah puas aku, Fifi dan Lisa menasihatinya tetapi dia tetap berpegang teguh pada keputusannya. Akhirnya, dia mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya. Kami hanya mampu berdoa agar dia sentiasa bahagia selamanya. Tinggallah aku, Fifi dan Lisa meneruskan perjuangan kami untuk mendapatkan segulung diploma di institusi pengajian ini.

Aku, Fifi dan Lisa sentiasa bersama. Walau adakalanya kami sering berselisih faham tetapi persahabatan kami tetap kukuh. Aku sangkakan panas hingga ke petang tetapi rupanya hujan di tengahari. Dalam sekelip mata, persahabatan kami hancur. Dan aku sendiri. Mesti korang tertanya-tanya bagaimana persahabatan kami boleh hancur begitu saja. Inilah dugaan dalam persahabatan. Aku sangkakan selama 2 tahun, aku bersama Fifi dan juga Lisa, mereka telah dapat memahami aku, rupa-rupanya tempoh itu tidak cukup untuk mereka. Aku banyak menyakiti mereka dengan sikap aku. Ekoran daripada itu, aku telah berpindah keluar daripada bilik yang dihuni oleh kami. Biarpun kesunyian yang bakal menghiasi hari-hari aku, aku telah redha. Apa salahnya aku berkorban sedikit untuk menyenangkan hati kawan-kawan aku tersebut.

Peperiksaan akhir bakal menjelma. Keadaan didalam kelas masih seperti biasa. Hiruk pikuk dengan gelagat kawan-kawan aku. Terutamanya dengan gelagat Geng 6 Sekawan tu. Ada saja lawak yang diorang buat. Aku hanya melihat dan tersenyum. Geng 6 Sekawan tu sebenarnya kawan-kawan baik aku juga. Dioarang adalah Farid ( si gemuk ), Hazwan ( mat sengih ), Hakiman ( mat Jawo ), Hafiz ( mat Stim ), Faqimie ( Datuk ) dan Aswan ( Boss ). Gelaran ni bukan aku yang bagi tetapi satu kelas sepakat panggil diorang macamtu. Jadi, aku pun panggil je lah. Tetapi dalam ramai-ramai tu, yang paling rapat dengan aku adalah Hazwan dan yang paling tak suka tengok aku senang adalah Farid.
” Woit Fira!! Apasal dengan kau ni? Dari tadi asyik duk termenung je…”
” Kau ni kan kalau tak sergah aku tak boleh ke? Kot ya pun….bagi lah salam dulu..”
Kus semangat!!! Kan aku dah bagitahu tadi si Gemuk tu memang tak leh tengok aku senang. Selalu je datang mengacau. Hantu betul!!!.
” Saja je nak mengacau kau, tak boleh?”
Tengok tu…boleh tanya lagi macam tu…kurang asam betul si Gemuk ni!! Ah! Malas aku nak hiraukan dia. Aku terus mendiamkan diri dan membiarkan pertanyaan si Gemuk tu tidak dijawab. Aku menoleh ke sebelah. Kelihatan Ema sedang bercakap di telefon. Ni mesti sedang bergayut dengan buah hati. Bahagianya orang ada pakwe. Aku pun ada pakwe tetapi masa kami amat terhad. Sesekali aku ingin dimanja, ingin berkongsi suka dan duka tetapi entahla…tetapi aku tetap bersyukur adakalanya sidia mampu membuat aku bergelak ketawa ketika aku dilanda kesedihan. Biarpun bukan selalu tetapi itu sudah memadai bagi aku.

” Opocot mak kau!!!!” Aduh……..sakitnya pinggang aku. Kurang ajar punya Gemuk. Digeleteknya aku.
” Woi…kau ni apasal ek?” Geram betul aku.
” Marah nampak? Aku tengok kau moody je..sebab tu aku kacau kau,jangan marah ye..” Farid datang menghampiri aku dengan kerang busuknya. Ni yang buat aku cair ni. Sengih dia tu macam ada ‘power’ yang boleh redakan kemarahan aku. Lantas aku berpaling ke arah lain. Aku betul-betul tak ada mood hari ni. Kesihatan aku juga sedikit terganggu. Aku sering sakit kepala dan muntah-muntah. Mungkin aku banyak tertekan dengan masalah yang melanda diri aku akhir-akhir ini. Adik-adik kat umah sewa tu dah banyak kali suruh aku pergi klinik tetapi aku masih lagi berdegil. Tunggulah dulu. Lagipun ni hanya sakit kepala yang biasa-biasa je.
Dari satu sudut yang lain, aku melihat dua kawan baik aku sedang berborak. Malah, diorang nampak gembira sekali. Aku hanya melihat. Kalau dulu, kitorang sering bergurau senda dan ketawa bersama-sama. Ada saja cerita yang mencuit hati. Tetapi itu dulu……ah! biar je lah…asal diorang gembira. Mungkin ini yang patut aku terima atas apa yang aku buat kat diorang.
Aku tak mampu menerima kawan baru Lisa yang merupakan seorang tomboy datang mendiami rumah sewa kami. Mulai dari situlah, aku,Lisa dan Fifi sering bertengkar. Laila ( tomboy tu lah) memang baik dan kepala pun gila-gila. Pada mulanya aku ok je dengan dia. Aku tak nafikan kebaikan Laila tu. Tetapi semakin hari, keadaan menjadi semakin tertekan. Lisa dan Fifi pun mula berubah dengan kehadiran tomboy tu. Aku rasa keseorangan. Tetapi aku tak salahkan mereka. Mungkin aku bukan kawan yang terbaik untuk mereka.
” Fira…jomlah kita pergi makan. Aku dah lapar ni.”
Sapaan Ema mengejutkan aku.
” Jomlah…..” Aku segera berlalu dari kelas tersebut. Mujurlah aku ada Ema sekarang ni. Ada juga peneman untuk aku kemana-mana.

Sebulan lagi aku dan kawan-kawan bakal menghadapi peperiksaan akhir. Semalam, aku menghadiri majlis makan malam kelab DEM ( Kejuruteraan Mekatronik ) dengan kawan-kawan aku. Aku telah dimekap oleh Ema dan Uya. Lain benar rasanya. Kekok pun ada. Aku menunggu Lisa dan Fifi menyertai makan malam tu. Berjam-jam lamanya aku menunggu mereka. Tetapi hampa. Kelibat mereka langsung tak kelihatan. Aku benar-benar kecewa. Dan hari ini, aku terdengar desas- desus yang mengatakan aku menyebarkan cerita-cerita buruk tentang Lisa dan Fifi. Tetapi aku buat tak kisah je. Sebab aku tahu walaupun persahabatan kami dah tak serapat dulu, Lisa dan Fifi lebih percayakan aku daripada khabar angin tersebut.

” Fira…boleh aku masuk?” ketika aku sedang menelaah pelajaran, Lisa dan Fifi datang menemuiku.
” Masuk la…ada apa ni??” aku dapat rasakan sesuatu yang tak elok bakal terjadi.
” Aku nak tanya kau ni…apa yang kau buruk-burukkan kat budak-budak kelas pasal aku dan Fifi?”
” Aku dah agak dah. Aku ingatkan korang lebih percayakan aku daripada khabar angin ni. Aku tak pernah berniat nak buruk-burukkan korang…………..”
” Ah! Sudah la..semua dah heboh tau tak..kau yang sebarkan cerita pasal kami. Kau saja je kan nak minta simpati diorang. Hebat sungguh kau sampaikan sanggup buat cerita murahan pasal kami..!!!” Kak Husni datang dan menghamburkan kata-kata tersebut pada aku. Kak Husni merupakan watak sampingan dalam hidup aku. Disebabkan dia kawan rapat Lisa, aku juga mengenalinya.
” Eh! Apa masalah kau sebenarnya ni? Selama ni aku hanya diam je, sebab aku ingat segala kebaikan kau terhadap aku tapi sekarang apa hak kau nak masuk campur dalam masalah ni? Seingat aku, aku tak pernah kacau hidup kau. Aku hanya ada masalah dengan Lisa dan Fifi je. Yang kau nak sibuk-sibuk ni apasal?” Kesabaran aku mula menipis. Hilang sudah panggilan ‘kak’ terhadap Kak Husni. Sejak awal perselisihan aku dengan Lisa, dia pula yang lebih-lebih. Bukan aku tak tahu awal-awal pertelingkahan aku dengan Lisa, ( sebelum kehadiran tomboy tu ) macam-macam cerita yang aku dengar. Tetapi aku hanya diamkan diri sampai sekarang sebab fikirkan Lisa. Nampaknya tak berbaloi aku sabar dengan minah sekor ni.( maafla terkasar sikit..teremosi…)
” Aku tak faham lah dengan kau ni Fira… sampai hati kau buruk-burukkan cerita kami kat dalam kelas. Tak cukup dalam kelas, kat dalam rumah ni pun kau sebarkan cerita aku ni lesbian. Apa yang kau tak puashati sangat dengan aku ni?” Lisa mula bersuara.
Ya Allah………..astagfirullahalaazim….rupa-rupanya Lisa telah terpengaruh dengan khabar angin tersebut. Aku tak pernah buruk-burukkan dia. Mungkin ada juga sesekali aku luahkan kesedihan aku pada Ema, Hazwan dan Amran tetapi aku tak pernah buruk-burukkan dia dan Fifi. Aku cuma sedih atas layanan mereka terhadap aku. Itu saja.
” Apa yang kau mengarut ni Lisa? Aku tak pernah cakap kau lesbian malah seingat aku diorang yang cakap kat kau macamtu. Tetapi aku tetap pertahankan kau sebab aku kenal kau. Tapi tak sangka kau boleh tuduh aku macamni sekali. Tak guna rupanya aku mempertahankan kau selama ni..” Aku mula sebak.
” Ah! Tak kisahla. Aku nak kau dengar sini baik-baik, aku rasa dah tak guna aku ada kawan macam kau lagi. Mulai sekarang, cukuplah persahabatan kita setakat ini. Jangan sesekali muncul dalam hidup aku lagi. Aku rasa aku dah tak perlu bertolak ansur dengan kau lagi sebab kau memang tak kenang budi. Tak pernah nak bagi peluang kat orang lain dan terlalu pentingkan diri sendiri. Jadi, cukuplah.!!” Lisa segera berlalu dari situ. Fifi masih mendiamkan diri. Kak Husni pula tersenyum mengejek. Ya Allah………….kepalaku mulai berdenyut-denyut. Aku melihat ke arah Fifi.
” Aku tak nak masuk campur sebab kau sendiri yang dah tak mengaku aku ni kawan kau. So, apa yang terjadi kau kena terima lah. Ini semua disebabkan sikap degil dan ego kau tu.!!” Akhirnya Fifi bersuara. Memang aku dah putuskan persahabatan aku dengan Fifi tapi tak terfikir ke dia walaupun aku mengambil tindakan tersebut, aku masih menghubunginya dan sentiasa menyayanginya. Aku membuat keputusan itu sebab aku terkilan sangat dengan dia kerana terlalu takut untuk berdepan dengan aku dan mempertahankan pesahabatan ini. Tetapi…..
” Hei!! Apasal kau diam? Kau nak tahu satu rahsia tak?Aku rasa rahsia ni, boleh juga kau sebar-sebarkan kat semua orang. For your information, selama kau tak SMS dengan pakwe kesayangan
kau tu, boleh pula dia SMS dengan Lisa. Tapi Lisa tak layan pakwe kau sebab dia fikir kau akan cakap dia perempuan gedik, nak jadi perampas kekasih orang tetapi nampaknya pakwe kau tu pula yang terhegeh-hegeh nak berhubung dengan perempuan lain. Dulu kau kata kat orang lain tak setia tapi sekarang tengokla…!! Dahlah kau tak payah berpura-pura sedih. Airmata palsu je semua tu!!!” Kak Husni pula berkata-kata lalu menarik tangan Fifi keluar dari bilik.
Ya Allah……..betulkah apa yang aku dengar ni?? Ya Allah, Kuatkanlah semangat aku agar aku tidak tersungkur untuk melepasi tempoh ini. Tabahkanlah aku dalam menghadapi cubaanMu Ya Allah. Airmataku tak henti-henti mengalir. Kepalaku terasa teramat sakit. Sekarang, segala ubat sudah tidak berkesan bagi diriku, kesedihan ni melumpuhkan aku. Peritnya berdepan dengan kenyataan yang melukakan hati.
” Kak…….kenapa ni? Akak…muka akak pucat je ni…”
Alya, adik angkat aku datang menjengukku.
” Alya……..akak dah tak ada sesiapa…semua orang dah tinggalkan akak…” Aku terus memeluknya dan menangis didalam dakapannya.
” Alya dah dengar semuanya akak…tak apalah kak..biarkan diorang, akak masih ada Alya..Alya akan jaga akak k..akak tak boleh terus macamni..akak kena kuat. Tengok, muka akak dah pucat ni..akak sakit kepala lagi kan? Dahla kak..jangan disebabkan mereka, akak jadi lemah. Alya masih ada untuk akak.” Alya cuba menenangkan aku.
” Terima kasih adik….akak cuma tak sangka………”
” Dahla akak..akak rehat ye…jangan banyak berfikir…akak kena ingat pesan doktor hari tu. Kalau tak, macamana akak nak sihat.”
Betul juga kata-kata Alya tu. Aku kena kuat untuk melepasi dugaan ini. Bila-bila masa sahaja aku akan dijemput sakaratulmaut. Aku kena tabah. Allah masih bersamaku.

Alya menutup pintu bilik Sufira perlahan-lahan. Kakak angkatnya itu baru sahaja terlelap selepas menelan ubat. Hanya dia yang tahu penderitaan yang dialami Sufira. Penyakit yang ditanggung oleh Sufira bukan penyakit biasa. Dia mengetahui perkara ni pun kerana menemani Sufira ke hospital. Kalau tak, jangan harap kakak angkatnya itu akan bercerita penyakit yang dialaminya. Dan itulah yang merisaukan dia. Dia tidak mahu kehilangan kakak yang banyak berbudi padanya sepanjang dia tinggal dirumah sewa ini. Dia pernah cuba untuk memberitahu keluarga Sufira tentang semua ini, tetapi ditentang sekeras-kerasnya oleh Sufira. Katanya, dia tidak mahu keluarganya risau dan membebankan mereka dengan semua ni. Akak…….Alya harap akak dapat kuatkan diri akak. Alya takkan tinggalkan akak. Desis Alya dalam hati.

Hari ini hari terakhir ‘ final exam’ dan juga merupakan hari terakhir aku menjejakkan kaki di institusi ini. Selama 3 tahun, aku menuntut disini……banyak kenangan yang terpahat dihati. Hubungan aku dengan pakwe aku pun masih samar-samar. Dan aku memilih untuk berdiam diri. Kesihatan diri aku juga semakin merosot. Aku cuba bertahan untuk menghadapi ‘last paper’ hari ni dan alhamdulillah aku dapat menjawab dengan baik.

” Akak dah balik………macamana dengan exam? Ok tak?” Alya menyambut kepulangan aku dengan senyuman.
” Ok je….akak penatla…rasa penat sangat….” Aku rasa betul-betul letih. Sinaran matahari membuatkan kepala aku berdenyut-denyut.
” Akak dah makan ubat ke belum ni? Nak Alya ambilkan air tak?”
” Dah….tak apa lah dik…akak nak rehat sekejap.” Alya memang prihatin dengan keadaan aku. Mujurlah Alya masih ada menemani aku dalam rumah ni. Walaupun kami baru je kenal semester ni, hubungan kami akrab. Aku amat menyenangi sikap Alya. Dia banyak membantu aku. Dan dia jugalah yang mengetahui segala rahsia aku.

Keesokkan harinya, aku menunggu kawan ku, Hazwan datang menjemputku. Aku akan pulang ke rumah. Semalam aku berborak panjang dengan Alya. Aku pasti akan rindukan dia nanti. Sejak ‘final exam’ bermula hinggalah sekarang, aku cuba menjauhkan diri aku daripada Lisa dan Fifi. Aku tak akan muncul didepan mereka lagi. Aku ingin sekali memeluk mereka buat kali terakhir tetapi keadaan tak mengizinkan. Kalaulah umurku tak panjang, apa yang aku kesalkan adalah persahabatan ini. Aku tak mampu menggembirakan mereka. Aku juga bukanlah sahabat terbaik untuk mereka.
” Akak………kenapa ni??”
Sapaan Alya mengejutkan aku. Aku cepat-cepat menyeka airmata yang mengalir.
” Akak nangis ek? Ala…janganla sedih…Alya tahu akak berat hati nak tinggalkan adik akak yang comel ni..”
” Alahai perasannya adik akak ni…comel sangat ke?”
” Mestilah comel….sebab akak dia pun comel gak.” Alya…Alya…ada saja kerenah dia yang membuatkan aku tersenyum.
” Alya……akak nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Alya kerana selama akak kat umah ni, Alya sentiasa ada untuk akak. Walauapapun yang terjadi pada akak nanti, ingatlah..akak sayang sangat kat Alya.” Aku lantas memeluk Alya dengan seeratnya. Aku tidak dapat menahan airmata yang mengalir.
” Akak……akak kena kuat. Walaupun kita berpisah, Alya nak akak jaga kesihatan diri tu. Alya tak nak akak tinggalkan Alya. Akak kan dah janji nak tengok Alya bersanding dengan Fahmi…Akak kena tunaikan janji akak tu..Alya pun sayang sangat kat akak.”
Tiada kata-kata yang mampu aku keluarkan. Aku tidak tahu aku mampu atau tidak untuk menunaikan janji tersebut. Maafkan akak dik……..

Setahun berlalu………

Hari ini merupakan hari konvekesyen Sufira. Begitu juga dengan Alya. Keadaan di luar dewan riuh rendah sekali. Kelihatan Lisa dan Fifi sedang berpelukan. Mungkin sedang melepaskan rindu yang sekian lama tak berjumpa. Di satu sudut pula, kelihatan Ema, Farid, Hazwan dan Faiz sedang berborak diselangi dengan gelak tawa. Bahagianya mereka. Senyuman ibu bapa mereka tidak pernah lekang dibibir. Bangga terhadap kejayaan anak mereka yang bersarung jubah konvokesyen itu. Tetapi bagi Alya, semua itu seakan tidak memberi makna tanpa kakak tersayang disisi.

Penganugerahan Sijil dan Diploma mengikut kursus dimulakan….
Giliran Lisa dan Fifi sudah selesai. Tetapi mereka masih tercari-cari kelibat Sufira. Mungkin hairan kenapa Sufira masih tidak muncul-muncul lagi. Dan sekarang, tibalah giliran Sufira…

” Dipersilakan wakil kepada Allahyarhamah Nur Sufira Imran untuk menerima Penganugerahan Diploma. Bagi pengetahuan semua, Nur Sufira telah kembali ke rahmatullah seminggu yang lepas kerana menghidapi barah otak. Al- Fatihah untuk Allahyarhamah.” Disaat itu, ayah kepada Kak Fira bangun melangkah untuk mendapatkan segulung bagi pihak anaknya. Kelihatan dia sedang menyeka airmata yang mengalir. Alya faham perasaannya. Terlalu sedih apabila anak yang diharap sebagai pendorong keluarga pergi meninggalkan mereka dalam sekelip mata. Malah, arwah Kak Fira juga mengingkari janjinya pada Alya. Alya hanya memandang dari jauh
Aku kena kuat. Aku dah janji dengan arwah Kak Fira takkan menangis lagi. Desis Alya dalam hati. Diperhatikan pula gelagat Lisa dan Fifi…mereka sedang berpelukan. Lisa sedang menangis teresak-esak. Ah! Kalian menangis pun sudah tidak mampu mengembalikan arwah Kak Fira. Tiba-tiba Alya rasa marah dengan Lisa dan Fifi. Tetapi apabila teringatkan amanah arwah, Alya tetap kena bersemuka dengan mereka. Dia ingat lagi pada malam itu, arwah Kak Fira bersungguh-sungguh ingin menemuinya.

Imbas Kembali…..
Setelah mendapat panggilan telefon daripada ibu Kak Fira, Alya terus bergegas ke hospital. Kak Fira berada dalam keadaan tenat. Sesampainya dia disana, dia terus merapati Sufira.

” Assalamualaikum Kak……” Alya terus mencium pipi Sufira yang cengkung itu.
” Waalaikumussalam dik…datang juga Alya…maafla kalau akak menyusahkan Alya…”
” Tak ada apalah kak…Alya tak kisah pun…”
” Alya….akak nak minta tolong Alya..Alya pun tahu umur akak tak panjang….”
” Kak….apa yang akak mengarut ni? Hidup mati kita semuanya ketentuan Allah kak…” Alya cuba menyedapkan hati Sufira.
” Akak tahu tu……tetapi dik…sebagai permintaan terakhir akak, adik tolong berikan surat ni kepada Lisa dan Fifi ye…..Akak takut akak tak sempat menghadiri majlis konvokesyen dan tak sempat nak jumpa diorang nanti…..tolong ye dik….” Sufira menghulurkan sepucuk surat kepada Alya. Agak lama juga Alya mengamati surat itu sebelum mengambilnya. Lantas dia terus memeluk Sufira dengan seeratnya. Airmata seakan-seakan tidak berhenti mengalir.
Dan malam itu merupakan malam terakhir dia berborak dan bergurau senda dengan Sufira. Pada keesokkan harinya, selepas azan subuh berkumandang, Sufira pergi meninggalkan semua buat selama-lamanya. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya dia disaat itu.

Ah!melamun je aku ni…. majlis konvokesyen pun sudah selesai. Alya bangun dari tempat duduknya. Matanya melilau mencari kelibat Lisa dan Fifi. Tetapi dia terpandang ibu bapa arwah Kak Fira yang dikerumuni oleh kawan-kawannya. Mungkin mereka sedang bertanya khabar dan mengucapkan takziah diatas apa yang terjadi. Tidak jauh dari situ, kelihatan Lisa dan Fifi sedang menangis. Manakala Kak Husni hanya diam membisu. Lalu, Alya segera menghampiri mereka.

” Tak usahla menangis, arwah dah tak ada pun, malah dah takkan kembali kepada kita, buat membazir je airmata tu!!” Alya tidak dapat mengawal kemarahannya. Terbayang-bayang wajah arwah kakaknya. Hingga saat terakhir arwah, dia tidak pernah lekang menyuarakan kekesalannya kerana tidak dapat menjadi kawan terbaik untuk Lisa dan Fifi. Tetapi mereka, hanya tahu mengadili sesuatu tanpa usul periksa. Sekarang, baru nak sedar, dah tak berguna.

” Kami menyesal Al…kami tak tahu langsung yang dia sakit. Kami ingat kami masih sempat meminta maaf dan berbaik dengan dia. Tetapi…..” Lisa tidak dapat menahan sebak didada. Dia tidak menafikan dia amat menyayangi Sufira. Sudah lama dia menunggu saat ini untuk meminta maaf atas segala kekhilafan lalu tetapi Sufira terlebih dahulu meninggalkan dia. Bukan untuk sekejap tetapi untuk selama-lamanya. Sungguh, dia terkejut dengan pemergian Sufira.

” Baru sekarang Kak Lisa nak menyesal? Tak payahla..semuanya dah terlambat. Akak hanya tahu mengadili sesuatu perkara tanpa usul periksa sedangkan waktu itu, keadaan arwah amat memerlukan sokongan daripada kawan-kawan baik dia. Tetapi apa yang akak buat kat dia?? Langsung tak hiraukan dia. Tetapi, dia tak pernah mengeluh walhal hatinya amat sedih….” Alya masih tidak puas hati dengan Lisa.

” Kami pun sayangkan dia Al……” Fifi mula bersuara.
” Ah! Tak ada gunanya akak bagitahu semua tu kat saya..kalau akak sayangkan arwah..akak lebih percayakan dia daripada orang lain. Tetapi akak hanya tahu menyalahkan dia je. Dahla, tak guna cakap perkara yang dah tak dapat merubah apa-apa. Sebelum arwah meninggal, dia amanahkan saya untuk memberi surat ni kepada kedua-dua sahabat terbaik dia. Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu.” Setelah menghulurkan surat kepada Lisa, Alya segera beredar daripada situ. Dia tidak betah untuk berlama-lama disitu.

Assalamualaikum sahabat terbaikku, Lisa dan Fifi…

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kalian kerana sudi meluangkan masa untuk membaca warkahku ini. Mungkin disaat ini, aku sudah tiada didunia. Seboleh-bolehnya aku ingin menemui kalian buat kali terakhir tetapi keadaan tidak mengizinkan.

Sahabat-sahabatku,
Aku harap kalian sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bahagia. Aku ingin meminta maaf atas apa yang terjadi dalam persahabatan kita. Dulu, kita pernah berjanji untuk bersama-sama mengekalkan persahabatan ini. Tetapi, takdir yang menentukan segalanya. Aku telah memungkiri janji itu. Sesungguhnya, aku tidak menyalahkan kalian atas semua ini. Aku terlalu ego. Aku terlalu pentingkan diri sendiri dan tidak pernah menyelami perasaan kalian. Aku suka mengarah kalian untuk mengikut caraku. Aku meminta maaf.. aku tahu dan cukup sedar bahawa aku bukan sahabat terbaik kalian.
Apabila aku disahkan menghidap kanser otak yang sudah sampai ke tahap kritikal, tiada kata-kata yang dapat ku ungkapkan kesedihan hati ini. Namun, aku kuatkan diri untuk menikmati sisa-sisa hidup ini dengan kalian dan keluarga. Tetapi, dugaan datang bertimpa-timpa. Bukan niatku untuk memutuskan persahabatan aku dengan Fifi. Hati ini sedih sekali. Aku mengharapkan seseorang yang mampu menerangkan keadaan tegang diantara aku dan Lisa tetapi Fifi terlalu penakut. Walaupun aku mengambil keputusan terburu-buru itu, aku tetap menyayangi Fifi. Dan sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui. Lisa membuang aku daripada hidupnya. Hatiku cukup sedih…….tetapi aku tak salahkan kalian. Kalian berhak memilih sesiapa sahaja untuk menjadi sahabat kalian. Walaupun hari demi hari,keadaan aku semakin teruk, aku tetap mengharapkan peluang untuk memeluk kalian buat kali terakhir itu akan ada. Saat ini, kepalaku sudah hampir botak. Ingatanku juga semakin lumpuh.Tetapi, kenangan kita bertiga amat segar dimindaku. Ingatkah kalian, kita pernah menyanyi lagu ‘ Cannot Smile’ dan meniru gaya kartun tersebut untuk menggembirakan diantara satu sama lain. Lisa cute sangat semasa meniru gaya kartun tu…ingatkah kalian, kita berebut nak makan megi. Sedangkan waktu tu hanya ada sebungkus megi. Tetapi akhirnya, kita makan sama-sama. Ingatkah Fifi, kita pernah gelak habis-habisan melihat gelagat Lisa yang terlanggar tiang akibat terlalu asyik SMS..dan ingatkah Lisa, disaat aku dan Fifi memarahinya kerana selalu cuai dalam pelajaran….terlalu banyak kenangan antara kita. Kadangkala aku tersenyum sendirian mengingatkan kenangan tersebut.

Lisa..Fifi….
Entah mengapa aku dapat rasakan ajalku semakin hampir. Kepala aku sakit sangat. Sekali lagi, aku meminta maaf kerana tidak mampu menjadi sahabat terbaik kalian. Dan aku ingin tegaskan, walaupun aku ni suka bergosip dan nakal tetapi aku tak pernah memburuk-burukkan kalian. Mungkin ada keluhan aku yang telah disalah anggapkan. Aku harap kalian halalkan apa saja yang pernah aku guna, pinjam, makan atau minum selama aku menjadi sahabat kalian. Persahabatan ini akan aku ingat sehingga nafas terakhirku. Aku tidak pernah menyesal mempunyai sahabat seperti kalian. Tiada sekelumit pun dendam pada kalian dihatiku.
Andainya aku pergi dulu sebelum kalian, janganla sesekali menyesali apa yang terjadi diantara kita, kerana Allah itu Maha Besar. Segala yang terjadi ada hikmahnya.

Akhirkata……………….
Wan Nur Alisa….Fifi Farhana………sahabat terbaikku, aku amat menyayangimu.

(Nur Sufira Imran)
-8 April 2009 3.30a.m-

Seusai membaca surat arwah Sufira, Lisa meraup mukanya beberapa kali. Masih segar diingatannya kenangan-kenangan mereka bersama. Terngiang-ngiang gelak tawa arwah saat dia meniru tarian kartun ‘Cannot Smile’ tu. Ya Tuhan…tempatkanlah arwah Nur Sufira dikalangan orang-orang yang beriman. Airmatanya terus mengalir dengan laju. Pilu hatinya mengingatkan masa lalu. Dia berpaling ke arah Fifi. Dilihatnya Fifi sedang menekup muka. Lalu, dipeluknya Fifi dengan erat.
Maafkan kami Fira……….

You know i can’t smile
Without you..
I can’t smile without you,
I can’t laugh and
I can’t sing,
I’m finding it hard
To do anything,
You see I feel sad
When You’re sad
I feel glad when
You’re glad
If you only knew
What i’m going through
I just can’t smile without you
You came along
Just like a song
And brightened my day
Who would’ve believed
That you were part of a dream
Now it all seems light years away
And you know I just can’t smile
Without you…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Cerpen : Sahabat Terbaik”
  1. yellow says:

    :| cerita ni sama btul pejlnn persahabatan kami bertiga,3 tahun kami bersama d kolej cuma sesaat jak merubah segalanya….d sebabkan hal kecik jak persahabatan kami retak…..ermmmm sumanya Tuhan tentukan…endingnya x samala…walaupun kami x spt dulu….pershbatn kami yg terbaik cuma x dpt d kekalkan…..

  2. AGESSIODS says:

    snow bord games online poker no cash lotto nigeria jackpot roller coaster building park online game holdem inspector 2 registrations code casino clothes dog free downlod fucking games for mobile phone nascar vegas odds address for mountaineer casino and race track htloto senha sand casino casino psp royal link http online poker.big.gb.com multi line slot and frequent flye las vegas aladdin hotel and casino turning stone casino ny find flash games strip poker jackson ranchoria casino poker websites rating free bingo games on line tokens and game rooms casino decorations poker california soccer shoes + market share+ lotto mount airy casino in pa greek isles hotel casino las vegas ho chunk casino and resort strip poker play now game stop playing poker for making money ameristar casino charles missouri st 1 gambling tips epiphone lennon casino paradise poker million dollar casino royale las vegas nevada world series poker espn prestige pro poker chips n gage sis file games free casino on net sage blackjack crack slit your wrists game playing the game lois and clark mp3 casino casino co uk free gambling game online boom town casino hotel shreveport johnny chen poker kazakhstan tw bingo also directory jackpots link linkpartners.com please slot suggest online poker rake back iblackjack google online train games play bingo online for free www bingo com freebingo php perfume game iso download slot machine free shipping riverrockcasino jackpot casino gold mississippi strike tunica smackdonw shut your moth the game hold em poker wiki start your own poker room casino ok tulsa educated station poker chips robot arena game online virtual world games dating play poker freeroll now big casino money online win beat making games poker flats casino play poker online for free prizes 300 poker chip case bavaro princess all suite resort spa casino rue twenty one my games hp poker face cherrytree sessions lyrics canadian diversity lottery scribble online game sheraton cairo htl twr casino gymnast game download grand orient poker crucher jackpot party free slot chip poker uk casino net divine award winning chili recipes wold series of poker upgrading blackjack 2 to windows mobile 6 1 poker star download party poker companion serial activation poker strip supreme video free poker table wood working plan gold jamie poker series winner world download free strip blackjack panasonic slot load online planes games playing horse poker poker tournament provisions poker las vegas roulettes and poker theamed birthday party casino northwood iowa trump hotel and casino resorts how to transfer a game save onto a playstation 3 cut the wrist flash game sian pokerflat eric rosenberg poker how much money does chew tobacco cost creek indian casino atmore oj juice mane im getting money play x box game online casino luxury resort spa blackjack122 buckaroo deep pocket slot grand casino mille lacs lake omline poker cancun casino in deposit casinos online poker hacking software past fl lottery winning numbers casino isle pa presque blackhawk casinos poker investigation games poker pro machine

  3. nur amirah says:

    so sad…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"