Cerpen : Satu Tekad

15 June 2009  
Kategori: Cerpen

849 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : Dahlia Zahra

“PANG!!!” satu penampar percuma dihadiahkan ke pipi gebu Arina. Arina memegang pipinya yang menjadi mangsa tamparan seorang wanita yang bergelar ibu tiri. Air matanya bertakung. Rasa sakit yang amat pedih dirasakannya kini. Matanya memandang lantai, tidak mahu memandang muka bengis ibu tirinya itu. Perlahan-lahan air matanya menitis menbasahi lantai jenis marble rumahnya itu.
“Kau ni betul-betul menyusahkan aku! Kalau tak kerana bapak kau tu, dah lama aku seksa kau tau! Kau ingat sebab kau anak tunggal, kau nak jadi tuan puteri dalam rumah ni?! Banyak cantik muka kau!” tangan wanita itu menolak kepala Arina. Namun begitu, wajahnya masih tertunduk memandang lantai.
“Tak payah la kau nak terus buat cerpen ke novel ke…or whatever! Lagipun papa kau kan dah pesan, stop doing that! Kau ni degil kan?!!” dengan pantas tangannya mengambil beberapa helai kertas di atas meja study Arina. “Kau nampak ni?!” Wajahnya diangkat. Matanya membulat apabila melihat kertas-kertas yang digunakannya untuk menulis cerpen tadi berada di tangan ibu tirinya. Dia menyeka air matanya.
“Apa yang mama nak buat dengan kertas-kertas Rina tu?” terus ibu tirinya mengoyakkan kertas-kertas itu hingga ke cebisan terakhir tanpa mempedulikan rayuan Arina. Lalu cebisan-cebiasn itu dicampakkan ke muka Arina.
“Puas hati aku!! Lain kali kalau tak nak benda ni terjadi lagi, jangan pernah kau lawan cakap aku! And jangan berani nak buat cerpen ataupun novel or whatever it is! Sekarang ni, aku nak kau kemas-kemas semua sampah yang bersepah atas lantai ni. Lepas tu, tolong bibik uruskan kerja-kerja dapur tu! Faham?!” nada suaranya meninggi. Arina bercangkung lalu mengutip setiap cebisan kertas tadi di lantai. Ibu tirinya cuma memandang tindak-tanduk Arina. ‘Padan muka kau ‘tuan puteri’! Kau ingat bila ada ibu tiri, kau boleh hidup senang-lenang kat rumah ni?! Jangan harap!’
Selesai mengutip semuanya, dia bangun lalu membuangnya dalam bakul sampah yang terletak di satu sudut biliknya itu. “Dah apa tunggu lagi?! Pergi tolong bibik uruskan keje-keje rumah!” ibu tirinya bercekak pinggang. Matanya tajam memandang Arina yang masih tercegat di muka pintu. Tanpa berlengah, dia terus berlalu dari situ. Tidak mahu mendengar lagi kata-kata yang keluar dari mulut ibu tirinya itu.

Mata ibu tirinya itu hanya mengekori kelibat Arina hinggalah ia hilang dari pandangannya. ‘Kalau bukan sebab bapak kau yang berpangkat Dato’ and ada harta yang melimpah-limpah, tak inginnya aku nak kahwin ngan bapak kau and jaga kau yang banyak kerenahnya,’hatinya berbisik dengan penuh nafsu.
Arina menuju ke dapur seperti yang diarahkan ibu tirinya itu untuk menolong bibik di dapur. “Bik, ada apa-apa yang boleh Rina tolong tak?” Bibik yang sedang membasuh pinggan mangkuk di sinki dapur memandangnya dengan penuh hairan. “Tak payah la Rina. Nanti apa kata Dato’ ngan Datin bila tahu Arina tolong bibik buat keje-keje yang memang tak patut Rina buat,”sambil itu dia mengelap tangannya pada apron yang dipakainya.
Arina menggeleng perlahan. Matanya masih merah akibat menangis sebentar tadi. “Tak la…mama ngan papa takkan marah. Lagipun buat apa mama ngan papa nak marah? Dah memang Arina nak tolong bik kat dapur ni,”Arina cuba menyembunyikan perkara yang sebenar daripada pengetahuan bibik bahawa ibu tirinya itu yang dipanggil mama olehnya yang menyuruh dia membuat kerja-kerja dapur untuk meringankan kerja bibik. Katanya, nanti kalau dibuat begitu, gaji bibik dapat dikurangkan dan duit mereka boleh dijimatkan untuk kegunaan mereka di masa-masa akan datang.
Bibik yang sudah lama bekerja dengan keluarga Arina iaitu sebelum ibu kandung Arina, Datin Suhaiza bercerai dengan Dato’ Khalid. Oleh itu, dia sudahpun tahu keadaan keluarga Arina. Selepas Dato’ Khalid bercerai dengan Datin Suhaiza, beliau mula hidup sendirian. Perceraian mereka menyebabkan timbulnya rasa kasihan melihat keadaan Arina yang tidak mempunyai ibu kandung selepas ibu bapanya bercerai. Perceraian itu berlaku atas perlakuan Datin Suhaiza dengan seorang pemuda bernama Harith. Mereka rupa-rupanya bercinta di belakang Dato’ Khalid. Hampir setiap malam mereka keluar bersama hingga ke larut malam sehinggalah pada suatu malam mereka berdua ditangkap basah oleh pihak JAIS. Perkara itu telah sampai ke pengetahuan Dato’ Khalid dan beliau membuat keputusan untuk menceraikan Datin Suhaiza dengan talak tiga.
Selepas perceraian itu, Dato’ Khalid yang menjaga dan membesarkan Arina dengan bantuan bibik. Apabila umur Arina mencapai 15 tahun, Dato’ Khalid mengambil keputusan untuk berkahwin demi Arina yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Haliza yang kini bergelar Datin setelah bernikah secara sah dengan Dato’ Khalid di hadapan banyak saksi telah menyebabkan hidup Arina mempunyai banyak pantang larang termasuklah tidak melibatkan diri dalam dunia penulisan dan bahasa.
Jikalau dulu Arina bergiat aktif dalam bidang tersebut dengan menyertai banyak pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seperti pertandingan pantun peringkat kebangsaan dan merupakan pemantun terbaik peringkat kebangsaan selama 2 tahun berturut-turut dan juara menulis penulisan juga di peringkat kebangsaan selama 2 tahun berturut-turut. Namun begitu, Datin Haliza langsung tidak membenarkannya sama sekali berkarya dan melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum yang berkaitan dengan bidang bahasa dan penulisan. Yang paling utama, Dato’ Khalid semestinya mengikut sahaja kehendak isteri barunya itu.

“ARINA!!!ARINA!!”Dato’ Khalid memanggil anak tunggalnya itu dengan nada suara yang tinggi. Tangannya menggenggam erat beberapa helai kertas yang telahpun dikepilkan bersama. Di sisinya, Datin Haliza sedang berdiri.
“Ya!!”Arina Menyahut panggilan ayahandanya yang tercinta dari tingkat atas. Dia segera melangkah menuruni tangga untuk menemui ayahnya di ruang tamu.
“Ada apa papa panggil Rina?”Arina bertanya. Setahunya, ayahnya itu tidak pernah memangginya dengan nada suara setinggi tadi dan bunyinya seperti ingin melepaskan kemarahan yang sekian lama dipendam.
Dato’ Khalid memandang wajah Arina dengan pandangan mata yang tajam. Tangannya terus mengoyakkan kertas-kertas yang dikepilkan lalu dicampaknya ke atas lantai . Mata Aina cuma mampu melihat cebisan-cebisan kertas tadi yang bersepah di atas lantai.
“Kenapa Arina tipu papa?! Tipu mama?! Bukan ke kita dah deal yang Arina dah tak nak terlibat dalam apa-apa lagi yang berkaitan dengan bidang penulisan dan bahasa? Sekarang Arina dah puas hati tengok semua cebisan-cebisan kertas cerpen Arina dikoyak-koyakkan?”Dato’ Khalid menggunakan nada suara yang tinggi. Arina hanya tertunduk memandang lantai.
“Kenapa papa sanggup koyakkan kertas-kertas cerpen Rina? Papa kan tahu yang Rina berminat dalam dunia ni? Rina tak boleh nak tinggalkan dunia ni dalam masa yang singkat,”hatinya sebak. Di sudut hatinya, terselit rasa sedih dan kecewa terhadap ayahnya yang banyak berubah sejak berkahwin baru.
“Tapi Rina dah janji ngan papa sebelum ni? Sampai sekarang papa still pegang janji Rina kat papa. Kalau Rina nak tahu, semua ni nonsense! Perkara ini tak akan bawak Rina ke menara gading sekali pun. Percayalah kata-kata papa,”Dato’ Khalid menekankan pendapatnya tentang bidang penulisan dan bahasa. Kali ini Arina tidah dapat menahan kesabarannya lagi. Dia harus menegakkan apa yang diperlukan dirinya. Dia tidak boleh memendam lagi segalanya.
Perlahan-lahan, dia menarik nafas. Otaknya ligat menyusun ayat agar tidak menyakiti hati ayahnya mahupun ibu tirinya yang bengis itu. “Papa..mama…Rina….langsung tak dapat nak memenuhi janji tu. Rina sedar yang Rina tak boleh nak tinggalkan dunia tu. Bagi Rina, itulah dunia Rina yang sebenar. Meskipun Rina dah try untuk tinggalkan dunia penulisan dan bahasa ni, tapi….hati Rina tetap kat dunia tu. Dan Rina dah bertekad. Rina akan buktikan kat papa dan jugak mama bahawa dunia penulisan dan bahasa bukanlah suatu yang sia-sia. Rina akan buktikan,”Arina benar-benar bertekad. Dia ingin membuktikan pada kedua-dua ibu bapanya bahawa dia juga boleh berjaya dalam bidang penulisan seperti Shahnon Ahmad.

Masa berlalu dengan pantas. Arina sudahpun berjaya di menara gading dengan memperolehi segulung ijazah dalam bidang sastera dan penulisan. Kini, dia sudahpun popular di khalayak pembaca novel setelah novelnya yang bertajuk Mengharap Sinar dan Tentang Kita meletup-letup di pasaran Malaysia dan penjualan kedua-dua novelnya itu telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa iaitu di Indonesia dan Singapura. Di sana, novel-novelnya mendapat sambutan yang hangat.
Kejayaan itu telah membuktikan bahawa Arina mampu menonjolkan dirinya dalam bidang mengkarya. Terbukti jualah berkarya bukanlah satu perkara yang sia-sia dalam kehidupan. Dato’ Khalid begitu kagum dengan kejayaan yang diperoleh Arina. Dia tahu dia bersalah dan begitu menyesal dengan sikapnya terdahulu. Manakala ibu tirinya sudah pun diceraikan Dato’ Khalid apabila semua rahsia dan rancangannya terbongkar semsa Dato’ Khalid sendiri menemukan diari oren Datin Haliza dan segal isi di dalamnya dibaca satu-persatu. Sungguh tidak disangka bahawa wanita itu cuma menginginkan hartanya sahaja. Oleh itu, tiada gunanya Dato’ Khalid membiarkan wanita bengis itu bergelar ister dan hidup bersamanya dan Arina. Baginya itu hanyalah seperti racun yang sempat dibuang di dalam longkang, yang penting ialah kehidupan Arina yang bahagia dan ceria. Itulah yang selama ini yang diharapkan oleh seorang ayah sepertinya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"