Novel : Derita Semalam 4

24 June 2009  
Kategori: Novel

115 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : Ieezah

Bab 4

Aku terus menuju ke bilik mesyuarat apabila setiausahaku Lina mengatakan mereka sedang menunggu aku. Aku mengetuk pintu, apabila aku masuk mereka semua berdiri memberi tanda hormat kepadaku. Malu pula rasanya. Aku terlambatkah hari ini? Aku bertanya sendiri apabila melihat mereka seolah sudah lama menunggu aku. Dan aku rasa mesyuarat pun sudah bermula.

“Saya lambat ke Encik Johan?”
“Minta maaf Cik Amira, saya lupa nak inform di sini mula kerja pukul lapan. Saya sengaja tak mahu kejut Cik Amira, saya rasa Cik Amira pasti penat lagi.”
Wajahku merah menahan malu. Kemudian aku tersenyum kecil.
“Saya minta maaf banyak-banyak, saya ingatkan masuk pukul sembilan”
Johan terus memperkenalkan aku kepada seorang lelaki yang aku rasa berumur awal lima puluhan. Walaupun masih segak bergaya, tapi wajahnya tetap kelihatan tua. Namanya Dato’ Zaidi, dari syarikat hartanah terbesar di Malaysia. dia yang akan menguruskan pasal pembangunan yang aku rancangkan dulu. Kalau mengikut kata-kata Mr Wong semalam selepas ini aku sendiri yang akan memilih tapak yang sesuai berdasarkan beberapa cadangan yang bakal diberikan nanti. Selesai mesyuarat, kami terus makan tengah hari bersama-sama.
“Cik Amira sudah lama ke di Australia?”

Aku tersenyum memandang wajah Dato’ Zaidi. Kelihatan sungguh tenang wajahnya. Aku pun hairan kenapa dia yang datang sendiri. Selalunya bahagian marketing yang akan datang membuat presentation.

“Sepuluh tahun Dato’ kalau di kira-kira bulan depan genaplah sepuluh tahun tiga bulan”
Dato’ Zaidi mengangguk kecil lalu menghabiskan sisa nasi di pinggannya dengan tertib. Aku yang telah pun selesai mengisi perut cuma menghirup Tembikai Jus di hadapanku. Johan pun juga begitu, katanya dia kurang menggemari makanan di Hotel. Terlalu protokol rasanya, katanya lagi masakan isterinya sedap. Kalau sehari tak makan rasa tak kenyang. Bertuah betul dia mendapat isteri begitu, dia juga menjemput aku untuk makan malam di rumahnya kalau ada masa terluang nanti. Hampir pukul satu barulah Dato’ Zaidi beredar, pihaknya memberi aku tempoh seminggu untuk memilih beberapa tempat dan kemudian melihat sendiri keadaan tempat tersebut. Sempat juga aku bertanya kenapa bukan pekerja dari pihaknya saja yang datang untuk membuat presentation. Tapi dia ketawa kecil lalu menyatakan dialah pekerjanya. Katanya lagi kebetulan dia ada hal disini. Ingin bertemu kawan lama. Tambahan pula staf yang terlibat sedang membuat projek lain. Mr Wong awal pagi lagi keluar kerana masalah keluarga. Mungkin dia akan bercuti sehari dua lagi. Selesai meneliti laporan yang diberikan tadi oleh Lina aku terus menyambung mesyuarat untuk membuat promosi sempena tahun melawat Malaysia. Pada mulanya sedikit sukar mesyuarat diadakan ketika ketiadaan Mr Wong. Sukar untuk membuat keputusan. Mujur Johan dapat menghubungi lelaki itu, lelaki itu memberi kebenaran untuk aku membuat keputusan bagi pihaknya. Katanya dia percaya kepada aku.

Selesai mesyuarat aku pulang ke apartment semula yang terletak di tingkat sepuluh sebelah kanan bangunan Green Hotel tersebut. Kalau dibandingkan dengan keadaan di Australia, apartment begini yang banyak mendapat permintaan. Tapi di sini apartment hotel hanya ada lima buah saja. Menurut Johan kurang sambutan. Kalau adapun apabila ada keluarga yang datang dari jauh untuk majlis kahwin sanak saudara. Hanya jenis single suit yang mendapat sambutan, apatah lagi kalau di Putrajaya ada keraian. Seperti yang akan di adakan bulan depan, sambutan bunga api terbesar di Asia. Ada lima buah negara yang akan bertanding nanti, menurut Johan pada tahun lepas semua bilik penuh ditempah oleh mat saleh. Rata-rata pelancong dan wartawan. Malam ini aku akan menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam anjuran Green hotel. Majlis ini akan dihadiri sebahagian staf dan beberapa ahli koprat terkemuka. Aku membersihkan diri dan terus bersiap. Tidak mahu terlambat lagi seperti pagi tadi, malu aku!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"