Novel : Takut Kahwin 4

3 June 2009  
Kategori: Novel

1,154 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : Abigail

Perlahan-lahan, Jasmine membuka pintu chalet bernombor 207. Janganlah mum dan Debb bangun sekarang, dia berdoa di dalam hati. Rambutnya sudahlah mengerbang tak terurus macam Pontianak terbang, semalam tak balik pula. Kepalanya mendahului langkah kakinya. Selamat. Mummy dan Debby masih tidur nyeyak di dalam. Biasanya mereka berdua bangun seawal pukul 6.30 pagi untuk bersedia ke Natural Beauty Spa and Saloon, milik Puan Christina. Perusahaan yang dibangunkan dengan susah payah sejak 15 tahun lalu itu kini sudah menunjukkan hasilnya. Bukan sahaja memiliki lebih 10 cawangan di seluruh negara, malah mengeluarkan produk kecantikan sendiri. Kejayaan yang yang agak membanggakan bagi seorang ibu tunggal.

Tidak hairanlah, hari tu, mereka berdua masih membuta walaupun matahari sudah meninggi. Bukan selalu. Jasmine berjalan penuh berhati-hati, sampaikan tumitnya tak mencecah lantai pun. Segera dia membaringkan tubuhnya di atas sofa panjang, berpura-pura sedang tertidur lena. Sesekali mata nakalnya mencuri pandang kea rah Puan Christina dan Debby yang lena dibuai mimpi, memastikan tindak-tanduknya tadi tidak mereka sedari.

Dia kembali terkenang kejadian malam tadi. Tak tenteram dibuatnya. Apalah roh yang merasuk aku semalam sampai boleh salah masuk chalet si Ben antara banyak-banyak chalet dalam resort ni, Jasmine mempersalahkan dirinya walaupun dia sendiri tidak pasti kenapa semua itu berlaku padanya. Yang dia tak kunci pintu tu apa pasal? Cuba pula dia mencari kesilapan lelaki tu. Kusut fikirannya sekarang. Tubuhnya pula tak henti-henti menunjukkan pergerakan yang tak difahami. Sekejap menyiring ke kanan kemudian buat muka tak keruan pula.

“Mana gelang aku?” bisik Jasmine cemas setelah menyedari gelang tangan pemberian ibunya tidak lagi kelihatan pada pergelangan tangan kanannya. Wajahnya lantas berubah corak. Semalam masih ada lagi rasanya, dia berfikir. Mana perginya pula ni. Matilah kalau mum tanya, tambah Jasmine cemas memikirkan semua itu.

Lantas dia teringatkan sesuatu. Riak mukanya berubah dari cemas kepada marah. Dia bangun dari pembaringannya tanpa mempedulikan mummy dan Debby lagi. Lelaki pembawa malang!

***
“Baru balik, ya Bro,” sapa Deena yang sedang menyiram pokok-pokok bunga. Ringan saja mulutnya menyapa setelah melihat abangnya keluar dari kereta hitam BMW sambil menggalas beg.
“Dah sedar dah?”tanyanya sengaja menyindir Ben.
“Sedar apa?”
“Dari mengigau,” selamba Deena menjawab. Tangannya sibuk memancutkan air kea rah bunga-bungaan.
“Kau jangan nak perli aku. Aku tak mengigaulah,” Ben menunjukkan wajah yang sedikit garang, menafikan kata-kata Deena.
“Habis tu yang kau telefon aku awal-awal pagi tadi kata aku kacau kau tidur apa?” sahut adiknya itu dengan sinis. Ben terdiam, hanya mampu berbalas pandang dengan adikknya.
Kejadian pagi tadi diingatnya semula.
“Malaslah nak layan kau. Aku penat driving tadi,” Ben sengaja mengelak membahas tentang hal itu. Hilang terus moodnya memikirkan perkara yang membingungkan itu. Dia mengatur langkahnya menuju ke dalam banglo besar milik keluarganya. Deena ditinggalkannya sendirian. Bingung gadis itu memikirkan abangnya.
“Abang aku dah tak siuman agaknya ni,” bebelnya sendirian sambil menghalakan pemancut air kea rah pokok-pokok bunga yang bergantung di sebelah sana.

Baru saja Ben menaiki tangga, mamanya pula muncul dari dapur dan menegurnya.
“Dah balik, Ben,”
“Ya, ma,” balasnya ringkas.
“Macam mana, dah rasa okay sikit?” tanya Puan Rose memandang tepat ke mata Ben.
Ben sekadar mengangguk sambil tersenyum paksa.
” Papa mana?”
“Main golf di kelab baru, katanya. Dengan kawan-kawan lah tu, agaknya,” ujar puan Rose sambil tangannya sibuk membetulkan jambangan bunga di meja kecil.
” Yakah? Ben penatlah ma. Naik dulu ya,” Ben mulai menaiki tangga itu semula. Lemah saja langkahnya.
“Jangan lupa turun makan nanti ya. Dah petang ni,” kata Puan Rose sambil memerhatikan anak lelakinya yang mencecah usia 32 tahun itu sehingga hilang di tingkat atas.
“Lain macam ja budak ni,” bebelnya sendirian.

Ben duduk di depan meja kerjanya yang kemas tersusun. Dalam bilik tidur pun tetap ada meja kerja. Memang dasar workaholic. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam kocek seluar jeansnya. Lalu memerhatikan gelang tangan yang dijumpainya tadi. Milik siapakah agaknya gelang ni? Dia bertanya. Macam mahal. Kalau dijual boleh sampai seratus juga, katanya dalam hati.

Setelah puas meneliti Gelang berwarna keperakan itu, dia membuka laci meja dan menjatuhkan gelang itu ke dalam. Entah kenapa dia nak sangat menyimpan benda tu.

***
Puan Christina dan kedua-dua orang puterinya bersepakat untuk menghabiskan masa pagi itu di ladang bunga. Cuaca nyaman dan segar ternyata sangat sesuai untuk pertumbuhan pelbagai jenis bunga di ladang itu. Kelihatan kuntum-kuntum mawar, kekwa dan daisy bermekaran di sana sini. Sungguh indah.

Jasmine dan Debby berlari-larian di sekitar ladang bunga itu meninggalkan mummynya sendirian. Perlakuan mereka tak ubah seperti kanak-kanak yang baru berumur 5 tahun. Puan Christina tersenyum bahagia melihat telatah mereka.

Matanya terhenti pada kelompok mawar merah. Tiba-tiba kenangan lama mengusik hatinya. Teringat pula kepada bekas suaminya yang hampir melupuhkan hidupnya lebih 10 tahun lalu. Selama mereka masih bersama, suaminya, Jason Lee tak pernah lupa memberinya mawar merah setiap kali hari ulangtahun perkahwinan mereka. Tak sangka perkahwinan yang terjalin hampir satu dekad roboh kerana kemunculan orang ketiga. Air matanya hampir berlinang mengenang semua itu.

Bohong sekiranya dia tidak pernah berasa kesunyian selama ini. Naluri wanitanya kadangkala mendambakan kasih sayang seorang suami. Walaupun Jasmine dan Debby sering berada di sisinya, hatinya sejujurnya masih merindui bekas suaminya itu.

Lamunan Puan Christina terhenti apabila terdenagr suara anak-anakya memanggil-manggil. Debby terkinja-kinja sambil melambai ke arahnya manakala Jasmine pula terjerit-jerit memanggilnya dari jarak 50 meter. Bibirnya kembali mengukir senyuman kelucuan. Budak-budak ni.
“Mum, mari bergambar di sini, cepatlah!” suara Jasmine sayup-sayup kedengaran.
“Ya, I’m coming,” Puan Christina berlari-lari anak mendekati anak-anak gadisnya di situ.

***
Ben berjalan tenang menghala ke pejabatnya. Seorang lelaki bertubuh sasa setanding dengan tubuhnya kelihatan berjaga di luar pejabatnya. Serupa seorang bodyguard. Apa mat spek hitam ni buat di tempat aku, fikir Ben sambil menjeling kea rah lelaki itu. “Encik Ben, Cik Natasha dah tunggu di dalam,” Setiausaha Ben, Julia segera memaklumkan sebaik menyedari kehadiran majikannya itu. Langkah Ben terhenti, lalu memandang kea rah Julia dengan pandangan kurang senang. Patutlah ada mat spek hitam di luar, rupanya ada selebriti yang mengunjungi pejabatnya. Julia tertunduk. Dia begitu faham dengan perangai bosnya yang tidak suka diganggu awal-awal pagi.
“Dia kata..”
“Tak apa,” Ben memintas penjelasan setiausahanya itu kemudian memasuki ruangan pejabat yang dirinduinya sejak dua hari lalu.

Di dalam, kelihatan seorang wanita jelita dalam lingkungan usia akhir 20-an sedang duduk di atas sofa sambil membelek-belekkan majalah.
“What a surprise,” Ben memulakan perbualan. Dia meletakkan briefcasenya dia atas meja besar lalu menghampiri wanita itu.
” Hello, Ben. Long time no see,” Natasha berdiri menyalami bekas teman lelakinya itu. “How are you?” dia menambah.
“I’m fine. Welcome back,” ramah pula Ben terhadap wanita itu.
“Thanks,”
“Silalah duduk. It’s been an honor for me to have a popular guest in my office today, miss Natasha. Well, is there anything I can do for you?” terus saja Ben menanyakan tujuan kedatangan model antarabangsa itu. Cara percakapannya sungguh formal sepertilah mereka tidak pernah menjalin hubungan akrab.
“Actually, it’s like this. I kembali ke tanah air sebab nak anjurkan satu fashion show khas untuk my own collection. So, bila I fikir-fikir, your hotel is the ideal venue. What do you think?”Natasha memberi penjelasan yang panjang lebar. Model yang juga kini bergelar pereka fesyen itu kelihatan sungguh professional. Penampilannya pula tak usah cakap. Memang mampu meluluhkan hati setiap lelaki biasa yang memandangnya. Blouse merah padam yang sedikit mendedahkan bahagian dada dipadankan pula dengan skirt singkat berwarna hitam. Sungguh menyerlahkan kulitnya yang cerah berseri.
“That’s good for the hotel. I don’t think there is any problem for that. So, bila?” Tanya Ben dengan riak muka sedikit teruja.
” Belum ditentukan lagi. Tapi yang pasti dalam waktu terdekat ni lah. Promosi akan dibuat tak lama lagi. So, further information I tell you soon,”
“Okay. Kita buat seperti yang you mau. You is my client now,” sahut Ben.
“I datang lagi besok. Sekarang ni I have to go. Ada banyak lagi yang perlu diuruskan,” Natasha sudah mengenggam tas tangannya yang terletak di atas meja, bersedia untuk pergi.
” Sorry, dah buat you menunggu lama tadi,” kata Ben, berasa bersalah kerana telah mengambil masa Natasha semata-mata untuk menunggu kedatangannya.
“it’s okay. Kita kan kawan. This is my card. Kalau ada masa kita hang out ya,” Natasha menghulurkan kad namanya pada Ben sambil berdiri.
” No problem. See you again,” balas Ben sambil menerima kad Natasha.
” See ya,” ujar Natasha lalu berjalan meninggalkan pejabat Ben.
Ben sekadar memerhatikan gadis itu berlalu. Tergugat juga perasaannya yang sudah lama membeku terhadap Natasha. Mungkinkah hatinya kembali berpaut pada wanita itu? Dia tersenyum dan kembali mengerjakan urusan-urusan rasminya yang bertimbun di atas meja.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"