Novel : Takut Kahwin 5

10 June 2009  
Kategori: Novel

925 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : Abigail

“Morning, Jasmine,” Faroq menyapa Jasmine mesra dari belakang. Rupanya dia pun baru meletakkan keretanya di luar klinik. Tak pula Jasmine perasan kehadirannya.
“Good morning too, Faroq,” Jasmine membalas sapaannya diiringi senyuman paling manis. Sejuk pula rasa jiwanya merenung wajah jejaka tu pagi-pagi begini.
“How’s your holiday?” Faroq bertanya pula. Bangganya Jasmine, ada juga lelaki secute Faroq yang ambil tahu pasal dia.
“Seronok. Lagi seronok kalau..” Jasmine teringat peristiwa di kawasan pergunungan tu. Terus saja dia berhenti. Buat rosak program orang je lelaki tu, bisiknya dalam hati.
“kalau apa?” Tanya Faroq lagi. Tidak faham dengan jawaban Jasmine.
“Tak.Tak adalah. Best sangat. Nanti kau pun pergilah sana,” Jasmine cuba menutupi maksud sebenarnya. Buat malu saja nak beritahu Faroq.
“you pergi holiday with your whole family la ni kan?” buat-buat tak tahu pula Faroq.
Jasmine agak hairan dengan pertanyaan tu. Apasal tiba-tiba Tanya pasal kelurga aku? Berminat nak join ke? Jasmine tertawa di dalam hatinya. Perasaannya.
“Yes, but without dad,”jawabnya ringkas.
“You mean?” sekarang Faroq pula yang bingung.
“Daddy aku dah tinggalkan kami. Gone with the wind, agaknya,” Jasmine membalas dengan sedikit gurauan. Malas dia mengulas panjang pasal perkara tu.
“Sorry about that. Tak tau pula pasal tu,”
“No need la. Aku dah biasa,”sahut Jasmine, rupanya langsung tidak menggambarkan perasaan sedih.
“mum awak mesti seorang yang sangat tabah and determined kan,” ujar Faroq menebak personaliti mummy Jasmine.
“Mestilah. Kalau tak aku tak jadi seperti sekarang ni,” Jasmine tersenyum bangga. Memang benar kata-kata Faroq, mummynya bukan calang-calang wanita.
“Ya, betul tu. Kalau ada masa kenalkan lah I dengan mum awak ya,”
Jasmine tersentuh. Bangganya. Faroq memang berminat nak kenal keluarganya.
“How about your parents?” giliran Jasmine bertanya.
“Mereka kat Europe sekarang, travelling,”
“oo..Eh, jomlah masuk. Nanti lambat pula,” Jasmine segera mematikan perbualan mereka setelah menyelak jam tangannya.
“Yalah kan. Syok sangat borak dengan awak,”
” Nanti kita sambung lagi,”
Lantas mereka berdua memasuki klinik yang terletak sederet dengan beberapa kedai lain dengan berwajah ceria.

***
Debby menghampiri mummynya dengan langkah yang tergedik-gedik. Dia macam tak percaya dengan apa yang Puan Christina beritahu sebentar tadi.
“Mummy pasti kah, Puan Rose invite kita?” tanyanya mencari kepastian. Sedangkan sebenarnya dia sudah boleh berasa pasti.
“Yalah, sayang. Debb sendiri dengar kan dalam phone tadi,”
“Maknanya, aku ada masa lebih kurang satu minggu untuk buat persiapan,” Debby kelihatan begitu teruja.
“Amboi, macam nak kahwin pula,” sindir Puan Christina sambil membelek-belek muka surat fail berwarna hitam di atas meja.
“Mestilah. Itu kan party orang kenamaan. Mesti nampak classy juga. Mummy pun mesti tau,”
“Apa yang classy sangat tu?” tiba-tiba Jasmine menyampuk dari arah dapur. Dari tadi didengarnya suara nyaring Debby yang terlebih di ruang tamu.
“Kak. Dengar sini. Puan Rose invite kita pergi majlis hari jadi Deena tau. Bayangkan, Party orang-orang atasan tu,kak,” bersemangat sangat Debby menjelaskan. Jasmine pula kelihatan bersahaja, reaksi yang paling dibenci Deeby.
“Aku tak kisahlah. Malas nak pergi. Kau seorang saja yang pergi pun dah cukup,” balasnya tak berperasaan.
“Kak ni kan. Tak kan tak nak jumpa Mr. Ben, yang handsome tu. Kan dia bakal suami kak,” tergelak Debby memujuk kakaknya. Sempat pula dia memanas-manaskan hati kakaknya.
“Kau kata apa? Nak mati ya. Jumpa Mr. Bean lagi bagus tau!” kata Jasmine dengan garangnya. Dia membaling salah satu fail yang bertempiran di atas meja kea rah Debby. Nasib baik Debby mengelak kalau tidak ada juga extra eye shadow biru di matanya pagi esok.
Tak henti-henti Debby menyakat kakaknya lagi.
“Jangan libatkan barang-barang mummy. Tak pasal-pasal kamu berdua kena hempas fail ni,” Puan Christina yang dari tadi sibuk memeriksa fail-fail itu mulai berang. Tangannya mengangkat fail, sedia menghembasnya ke punggung gadis berdua itu.

Jasmine dan Debby berkejar-kejaran naik ke tingkat atas. Takut juga mereka dengan gertakkan Puan Christina.
\”Kak Jasmine syok dengan Mr.Bean, eh bukan, Mr.Ben!!\” nyaring kedengaran suara Debby berteriak di banglo dua tingkat itu. Kedua-dua anak dara itu berkejaran di tingkat atas bagai anak-anak kucing.
\”Debby!! Kau nak mampus!!\” kedengaran pula Jasmine meyahut penuh emosi.
\”Sudah!! Macam gempa bumi mum dengar dari bawah ni!\” Puan Christina menjerit pula.
Sesaat kemudian suasana malam itu sepi semula. Baru tenang wanita itu mengerjakan tugas-tugasnya.

***
Golden Royal Hotel tak ubah seperti Istana malam tu. Lampu-lampu yang bersinar keemasan kelihatan bergemerlapan di dalam dan luar hotel. Mengalahkan bintang-bintang di angkasa.

Jasmine sekali lagi menjejakkan kakinya ke hotel itu setelah pertama kali menjejakkan kakinya di situ hampir satu bulan setengah yang lalu. Yang sebenarnya, dia tidak ingin pun berada di situ malam itu. Tapi adikknya sibuk memujuk sampai siap ugut-mengugut lagi.
“Wah cantiknya. Macam di syurga,” tak habis-habis Debby memuji keindahan hiasan hotel itu. Sampai naik muak Jasmine mendengarnya.
“Kau pernah sampai syurgakah?” Jasmine menduga kebenaran fakta pujian adikknya tadi. Debby memandangnya sinis.

Tiga orang wanita itu kemudiannya memasuki ballroom. Luasnya bukan kepalang. Deeby, Jasmine dan Puan Christina sungguh terpegun dengan hiasan di dalam ballroom tu. Serba purple. Cute, menarik dan mewah. Mesti citarasa Deena ni, bisik hati Jasmine.

Seorang pelayan membawa mereka ke sebuah meja bulat yang masih kosong.Mereka dilayan bagai tetamu VIP. Nampaknya masih banyak tetamu yang belum tiba. Muzik instrumental klasik bernada romantic memenuhi ruangan dewan besar itu. Kelihatan beberapa merpati dua sejoli sedang terbuai-buai menari dalam pelukan pasangan masing-masing. Pemandangan yang agak biasa bagi majlis-majlis sebegitu.
“Romantiknya. Kalaulah dia ada di sini,”tiba-tiba Debby berkata dengan penuh perasaan.
” Kau cakap apa ni,” kata Jasmine dengan rupa menyampah.
“Siapa ‘dia’ yang Debb maksudkan tu?” Puan Christina bertanya kehairanan. Wajah Debby segera berubah kemerahan. Malu dengan pertanyaan mummynya.
“Buah hati kau, ya,” Jasmine mula menyakat sambil tersenyum-senyum.Giliran untuk mengenakan adiknya sudah tiba. Debby yang enggan menjawab, cuba melarikan diri dari menjadi sasaran kakaknya. Untung matanya terlihat pasangan yang sama cantik sama padan menari bersama di hujung sana . Macam pinang tidak berbelah pula.
“Cuba tengok sana,” katanya. Berjaya juga dia mengelak soalan mummynya.
“Ben dengan siapa tu?” Puan Christina bertanya ingin tahu sambil merenung teliti kea rah pasangan itu.
” Kalau tak silap mata akulah, itu kan Natasha. Model yang terkenal tu,” memandai-mandai pula Debby menjawab, gembira kerana berjaya mengalih topic perbualan. Jasmine sekadar terdiam sambil memerhatikan setiap gerak-geri mereka. Sempurna.
“Jealous ke?” sengaja Debby mengusik Jasmine yang hampir terlopong kekaguman.
“Jealous? Excuse me. Kalau dorang menari black dance ke, ballet ke, shuffle ke, jealous la sikit. Terlalu cliché lah,” Lain pula yang dijawab Jasmine. Sedangkan ada juga sedikit perasaan cemburu yang menganggunya.
“Yalah tu,” balas Debby. “Macam orang tak tau,” tersenyum-senyum dia mentafsir jawaban Jasmine.
“Dah nampak kan. Si Ben tu hanya padan dengan model-model macam tu. Buat malu je kenalkan aku dengan dia. Macam aku pula yang terkedek-kedek nak kan dia,” Jasmine merungut, mengesali tindakan mummynya dan Debby dulu.
“Manalah mummy tau dia dah ada girlfriend model macam tu. Puan Rose pun tak beritahu apa-apa. Jadi kami sepakat nak kenalkan kamu berdua. Nasi dah jadi kerak nak buat apa lagi,” balas Puan Christina pula, mempertahankan tindakannya dulu.
“Dah tau dah,” Selamba saja Jasmine membalas. Pasangan itu diperhatikannya lagi. Ada juga perempuan yang nak kan awak. Aku ni pula yang tak laku. Itulah akibatnya kalau menyumpah orang, Jasmine menyindir dirinya sendiri.

Muzik bernada romantic kini beralih kepada rentak yang lebih rancak. Debby sengaja berdiri-diri di suatu sudut, kalau-kalau ada orang yang nak berkenalan dengannya. Sekali tengok macam muka tembok juga tapi dah memang dia gadis yang suka bersosial. Sesekali dia meneguk lemonade sejuk sambil memerhatikan sekeliling.

Ben yang berdiri bersama Natasha tidak jauh dari situ menyedari kehadiran Debby, dengan sekilas pandang. Tetapi, ada sesuatu yang menarik tantang gadis itu. Bukanlah pada pakaiannya. Bukan pula pada rupa parasnya yang boleh dikatakan menarik, tetapi pada pergelangan tangannya.

“Would you excuse me for a moment?” Ben mengundur diri daripada Natasha kemudian berjalan menghampiri gadis itu. Natasha agak hairan dengan tingkah-laku Ben yang dari tadi memandang gadis itu. Tercabar juga kecantikkannya.
“Hello. Em.. Debby kan,” Ben memberanikan diri menegur gadis yang begaun putih itu.
“Eh, En.Ben. Ya, saya Debby,” Debby pula segera membalas dengan ramah.
“You look gorgeous tonight,” sengaja dia memuji Debby, padahal ada maksud tersirat di sebalik pujian itu.
“Thank you,” Debby yang tak tahu apa-apa pula bukan main gembira lagi. Apa tidakknya, dipuji begitu.
“emm.. That bracelet?” akhirnya soalan yang sebenarnya ditanyakan kepada Debby.
“O.. Gelang ni. My Mummy belikan. Untuk kak Jasmine and me,” Debby dengan bangganya menjelaskan sambil meramas-ramas gelang di pengelangan tangannya.
Ben senyum plastik. Jangan-jangan si Jasmine punya tak? Tak mungkin. Tak mungkin. Segera dia menidakkan suara hatinya sendiri.
“Cantik..” Ben berpura-pura. Kalau betul gelang tu Jasmine yang punya mesti dia berada di tempat kejadian pada hari yang sama. Tapi macam mana nak tanya? Bingung Ben dibuatnya.
“Macam mana baru-baru ni? Busy ke dengan business mum you?” Ben mula menjual soalan. Harap-harap Debby ‘beli’ soalannya.
“Okay juga. Tak lah busy sangat. Lagipun kami satu family baru balik bercuti minggu lalu,” Debby menjawab. Soalan Ben terjual. Dia tambah penasaran. Dia berdoa mengharap Jasmine bukanlah orangnya.
” O yakah? Bercuti di overseas?” sengaja Ben menyoal begitu. Hormone adrenalinnya semakin rancak dirembeskan, bersedia menerima jawaban yang tidak diingini.
“Tak lah. Dekat je. Di kawasan pergunungan ‘Highland resort’. Mesti En. Ben pernah pergi kan?”
Oh, tidak! Ben sekuat hati menidakkan kenyataan itu. Tubuhnya tidak dapat menerima kebenaran yang dicarinya sendiri. Tak kan perempuan tu lagi?




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"