Novel : Takut Kahwin 6

17 June 2009  
Kategori: Novel

913 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : Abigail

Jasmine duduk bersendirian di sisi kolam renang Golden Royal Hotel yang luas terbentang. Kedaalaman kolam tu tak payah bincang, memang tak pijak bumi kaki Jasmine kalau masuk ke dalamnya. Dia tidak bersendirian di situ, beberapa orang kaum adam dan hawa turut kelihatan mengelilingi kolam. Kalau saja mereka tiada, sudah lama Jasmine ingin mencelupkan kakinya ke dalam air kolam yang membiru itu.

Lemonade dihirupnya penuh kenikmatan. Kesunyian melanda jiwanya yang tidak berteman. Debby hilang entah ke mana. Puan Christina pula sedang duduk semeja dengan puan-puan yang lain. Bincang apa, Jasmine tak tahu dan tak nak tahu pun. Dia lebih suka bersendirian melayan perasaannya. Acara rasmi dalam ballroom pun belum pasti bila mulanya, menyesal juga dia menghadiri majlis itu.

“Dr. Jasmine?” satu suara lelaki yang asalnya entah dari mana seperti memanah jantung Jasmine yang sedang berada di awang-awang. Dengan pantas dia berpaling.
“Awak? Nak bunuh aku ke?” kata Jasmine sambil mengurut dadanya kelegaan. Terkejut beruk dia tadi.
“I want explanation,”
Jasmine bingung. Mereng agaknya lelaki ni. Rupa saja handsome tapi tak siuman. Datang-datang terus terjah dengan soalan yang asal entah dari mana, fikirnya agak bengang.
“Apa ni? What explanation?” soal Jasmine dengan dahi yang berkerut.
“About everything. Aku tak percaya semua yang terjadi antara kita hanyalah kebetulan. There must be something,” balas Ben dengan tegas lagi ego. Sah dia menuduh Jasmine menjadi dalang atas semua yang pernah berlaku antara mereka.
“What do you mean? Aku plan semua tu? Excuse me. Aku tak ada masa nak buat semua tu,” Jasmine menafikan dengan keras. Geram tak terhingga dia pada lelaki yang berdiri di depannya.
“So?” Ben tidak berpuas hati tentang apa yang baru Jasmine katakan. Perempuan separas bahunya itu direnungnya tajam. Dia mahukan lebih.
“Fine. Hari tu aku bengang sangat sebab awak panggil aku puan, tulah pasal cakap macam tu. Secara spontan, bukan aku plan. Puas hati?” panjang penjelasan Jasmine.
“Not that,” pendek saja balasan Ben. Jasmine bingung. Habis yang mana? Mungkin yang pasal suntikan tu, fikirnya pula.
” Okay, yang pasal suntikan tu pula memang..”
“Bukan yang itulah,” pintas Ben dengan pantas. Tak mahu dia mengingat kejadian yang mengaibkan itu lagi. Jasmine tergelak menyaksikan perubahan drastic pada wajah jejaka yang hampir kemerahan itu.
“Jadi?” sahut Jasmine.
“Kenapa gelang awak boleh ada di depan chalet aku?” Jantung Jasmine bagai disambar petir mendengar soalan Ben yang bernada serius itu.

Dia tahu? Macam mana dia boleh tahu? Ini mustahil! Peluh sejuk mulai membasahi tubuh Jasmine. Dia terkelu, tidak tahu apa nak dikatakan. Hal itu memang susah untuk dipercaya. Dia tak keruan, lantas meneguk semua lemonade yang tersisa di dalam gelas, cuba menenangkan hatinya. Ben memandang teliti setiap perbuatan perempuan itu.
“Tak dapat explain? Well, I made up my mind about you, Dr Jasmine,” Ben yang sudah agak lama menanti jawaban Jasmine mula bersuara.
” Semua ni pasal Heaven Orange Juice tulah,” tanpa disengaja bibir Jasmine membisikan perkataan itu.
“What are you talking about? Nak salahkan minuman?”Ben tersenyum mengejek. “Mengaku jelah kalau nak kahwin sangat dengan aku,” tambah Ben dengan sombong.

Terbeliak mata Jasmine mendengarnya. Kahwin dengan kau? Hei, perasan gila lelaki ni, kutuknya dalam hati. Nak termuntah Jasmine.
“Hei, jangan perasanlah. Awak memang orang berpangkat tapi bukan semua perempuan sudi kahwin dengan awak. Faham? Harap rupa je,no way lah” Jasmine mula mengeluarkan perkataan pedasnya.
” So what?” Ben langsung tidak terasa.
” Aku tak tahan lagi. Baiklah. Mulai saat ini, anggaplah nama Jasmine tak pernah wujud dalam kepala otak awak. Begitu juga sebaliknya. Puas hati sekarang?” berapi-api kemarahan dan kebencian Jasmine pada Ben kini.
“itulah yang terbaik, perigi mencari timba,” sempat lagi Ben memerli Jasmine.
Perasaan marah Jasmine sudah mencapai tahap gunung berapi, sampai lidahnya tak mampu berkata-kata lagi. Dia menarik nafasnya sekuat hati. Tiba-tiba, matanya terlihat bayangan seorang wanita yang memerhatikan mereka di sebalik tiang. Oh, ya. Model tu, Jasmine teringat. Idea jahat masuk ke dalam otaknya.
“Tu mesti perempuan malang yang jadi girlfriend awak. Kalau nak skodeng pun janganlah ketara sangat. Ini terhendap-hendap di belakang tiang. Luculah,” giliran Jasmine menyindir. Sengaja dia mencabar keegoan Ben dengan gelakannya yang dibuat-buat.

Ben berpaling kea rah tiang besar menghala ke pintu ballroom yang dimaksudkan Jasmine sementara Jasmine pula menuju ke sana. Natasha? Apa yang dia buat di situ? Ben bertanya dalam hati sambil mukanya terkulat-kulat.

Jasmine melewati Natasha yang memerhatikan setiap langkahnya dengan tajam. Macam berpisau saja matanya. Jasmine cuba berlaku ramah dengan melemparkan senyuman manis, tapi sayangnya tidak berbalas. Cantik, tinggi lagi. Tapi sombong, ujar Jasmine dalam hatinya.

Dari pintu besar, Jasmine dapat menangkap kelibat adikknya di dalam. Sedang berbual-bual dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Ini lagi satu, tergedik-gedik, bisiknya.
“Excuse me,” Jasmine lantas menarik lengan adiknya meninggalkan lelaki itu.
“Apa ni, kak?” Tanya Debby setelah mereka berada agak jauh dari lelaki yang baru dikenalinya itu. Geram juga Debby dengan perbuatan kakaknya.
“Aku nak balik sekarang juga,” kata Jamine, melampiaskan sedikit rasa geramnya pada Debby.
“Eh, acara potong kek sekejap lagilah. Tunggulah dulu.” Debby cuba memujuk kakaknya. Dia tahu benar kelemahan kakaknya. Kek berperisa yam.
“Aku tak peduli acara potong kek ke, potong ikan ke, yang aku tahu aku nak pulang sekarang juga. Kau sampaikan saja salam aku pada Deena tu,”balas Jasmine tegas.
“Kak pulang naik apa? Kunci kereta ada pada mummy,” Debby sekali lagi cuba menghentikan niat Jasmine.
“Aku naik teksi. Tell mummy,” kata Jasmine sambil berjalan meninggalkan Debby menuju ke pintu keluar dengan langkah yang pantas.
Baginya tidak ada gunanya lagi berada di situ. Tambah-tambah lagi berdepan dengan Ben yang egonya nak mampus.

***
Pagi itu, cuaca agak cerah. Langit kelihatan membiru di luar hotel Golden Royal. Di dalam ballroom, Ben dan Natasha begitu asyik berbincang. Sesekali telunjuk Ben mengarah ke kiri lalu ke kanan.

Sedang mereka berdua sibuk berbincang, pandangan Ben tiba-tiba terpaku pada gerangan seorang gadis comel yang berjalan menghampiri mereka.

“Hai bro,” Deena menegur abangnya yang sedang bermuka tak senang. Ben memang tidak menjangkakan kehadiran adiknya itu sekarang.
“Awak buat apa di sini?” tanya Ben pula, kurang mesra kedengarannya.
“Kan papa suruh Dee kerja selepas hari jadi ke-23, Dee dari tempat papa lah ni. Eh, ada kak Natasha. Hello,” balas Deena. Sempat lagi dia menyapa Natasha yang berdiam di sisi abangnya dari tadi. Natasha sekadar tersenyum.
“Apa kabar Deena?”Natasha mula bermesra.
“I’m fine. Thanks ya sebab sudi datang party birthday Dee semalam,” kata Deena yang senang mesra itu. Natasha hanya mengangguk sambil tersenyum.
“Dah habis cakap. Apa tunggu lagi. Pergilah kerja,” Ben yang rasa tersisih mulai bersuara semula.
“Laparlah,”
Macam-macam karenah pula Deena. Sengaja dia ingin mengambil perhatian abangnya. Sesekali ingin juga dia bermanja dengan abangnya yang kacak itu.
“kalau macam tu. Jom kita pergi lunch. Dah tengahari dah ni. I pun lapar juga,”Natasha nak tunjuk baik pula. Mahu tak mahu Ben terpaksa menurutkan kehendak dua orang gadis di sisinya itu.

“Kak diet ke?” tanya Deena membuka bicara sambil mengunyah makanan. Pesananya bukan alang-alang, penuh satu meja besar dengan makanan. Itu pun belum cukup lagi baginya, mujur Ben menegur.
“Terpaksa,” balas Natasha ringkas. Dia hanya menjamah salad buah-buahan. Kesian Deena melihatnya. Macam tak cukup makan saja.
“Kak dah kurus macam mentadak begini pun masih nak diet? Tak patut,” tak habis-habis Deena bercakap. Tak pernah putus idea nak kata apa.
Natasha pula sekadar tersenyum. Tersindir juga dia dengan kata-kata Deena tadi. Nasib baiklah kau ni adik Ben, kalau tidak.. ujar Natasha dalam hatinya.
“Dee, filter sikit bila bercakap. Kak Natasha ni diet sebab kerja dia. Abang rasa Dee pun patut diet juga. Tengok badan tu,” kata Ben pula. Sengaja menjaga hati Natasha yang agak tersinggung tadi. Sambil tu perli-perli sikit adiknya yang makan tak pandang-pandang sebelah lagi.
“Aku peduli apa. Gemuk pun tak apa. Asalkan makan. Makan. Makan. Makan,” sahut Deena pula. Matanya berkilat memerhatikan makanan yang tersusun rapi di sekitar meja. Tak cukup hanya nasi ayam, tambah empat lauk lainnya. Ben dah tak kuasa nak melayannya lagi.
“Tak apa. Dee kan muda lagi. Makanlah selagi boleh,” Natasha mencelah. Gilirannya mengambil hati Deena walaupun bercanggah dengan prinsip hidupnya.
“Eh, bang. Semalam ada nampak kak Jasmine tak? Tak nampak dia pun,” Deena bersuara semula. Tiba-tiba saja, dia teringat pasal doctor itu.
“Tanya aku buat apa. Mana aku tau. Bukan urusan aku,” Jengkel Deena mendengar nada jawaban abangnya. Macam marah saja. Mungkin masih panas pasal kejadian semalam.
“Tanya pun tak boleh,”
“Siapa Jasmine tu?” Natasha yang asyik menjadi pendengar sejak tadi bersuara kembali. Dia ingin tahu juga siapa agaknya gerangan gadis yang disebut-sebut itu.
“Doktor abang,” selamba saja Deena menjawab. Ben tersentak. Biar betul budak ni nak bocorkan cerita, Ben mula tak keruan. Matilah kalau budak ni cakap macam-macam, kata Ben dalam hatinya.
“Doktor pada Ben?” Natasha bertanya lagi. Inginkan kepastian.
“Doktor macam tu je. Biasalah doctor, rawat pesakit,” tersengih-sengih Ben menjawab soalan Natasha. Ayat pun entah logik ke tak.
“You sakit apa?”
Banyak tanya pula dia ni, rungut Ben. Reaksi mukanya dibuat-buat.
“Allergic. Siap kena..”
“Dee tak nak dessert?”
Ben lantas mematikan percakapan Deena. Lembut saja suaranya berbicara. Direka-reka. Budak ni memang nak kena, Ben bersuara dalam hatinya.
“ya tak ya, nak aiskrim vanilla lah,” kata Deena, seolah-olah sudah lupa dengan niatnya tadi. Ben memang pintar mencari kelemahan orang.
Natasha yang masih tak berpuas hati dengan jawaban Ben mulai berfikir dalam. Jasmine pasti lebih dari seorang doktor bagi Ben, fikirnya. Mesti ada yang dia rahsiakan.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"