Novel : Takut Kahwin 7

26 June 2009  
Kategori: Novel

954 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : Abigail

Urutan refleksologi membuat Puan Rose begitu tenang bersandar pada sebuah sofa empuk. Suasana nyaman di Natural Beauty Spa and Saloon yang diriasi ala tropika menambahkan kedamaian hatinya. Itulah sebabnya dia sering kali berkunjung ke tempat itu untuk sebarang rawatan kesihatan mahupun kecantikkan.

Matanya dipejam lembut lalu fikirannya dibiarkan menerawang seketika. Andai saja aku ada cucu sekarang, tidaklah lagi sunyi hidupku di rumah, fikirnya. Dia mengangankan dirinya bergelar seorang nenek. Memang wajar bagi wanita seusianya berfikiran demikian. Tapi apakan daya, anak-anaknya masih belum bersedia untuk berkeluarga. Entah bila bersedianya.
“Good morning, Puan Rose. Ini dia teh pegaga yang puan pesan,” tiba-tiba Puan Christina muncul dari muka pintu, sekaligus menghapuskan semua angan-angan. Lantas Puan Rose tersedar.
“Eh, Puan Chris. Buat terkejut saya je,” sahutnya sambil memerhatikan Puan Rose yang menghampirinya sambil mengangkat dulang berisi dua biji cawan. Dia cuba tersenyum menyembunyikan kekagetannya tadi.
“Maaflah ye. Apalah juga yang difikir tu sampai ditegur begitu lembut pun boleh terkejut?” tanya Puan Christina memula perbualan. Dia meletakkan dulang itu di atas meja dan duduk bersebelahan dengan Puan Rose.
“Tak adalah penting sangat pun. Biasalah kan pasal anak-anak,”
“Siapa kata tak penting, itulah perkara terpenting bagi seorang ibu. Saya pun selalu teringatkan anak-anak gadis saya tu. Bilalah mereka tu nak belajar mengurus hidup sendiri,” balas Puan Christina disertai sedikit keluhan. Sebiji cawan berisi teh pegaga diambilnya, lalu diteguk. Puan Rose kemudiannya berbuat yang serupa.
“Begitulah juga halnya anak-anak saya tu. Sudah tua tapi masih tak tua-tua juga fikirannya. Tak kah mereka terfikir nak sambung keturunan keluarga,” ujar Puan Rose dengan nada serius.
“Betul tu, Puan. Kita yang dah tua ni pula yang risaukan mereka. Mereka tu asyik nak enjoy je,”
“Cakap pasal anak kita ni, Ben dan Jasmine tu macam mana? Ada ke perkembangan mereka tu?” soal Puan Rose pula. Topik yang lebih kurang sama dengan yang tadinya.
“Puan ni, buat-buat tak tahu pula. Kan ke Ben tu dah ada teman specialnya sendiri,” Jawab Puan Christina, membuat Puan Rose kehairanan. Setahunya, Ben tu belum ada pacarnya lagi, setelah hampir 3 tahun bergelar bujang semula.
“Maksud Puan apa? Saya tak faham?” akhirnya dia bertanya penuh ingin tahu.
“Eh, tak kan Puan tak tahu hubungan Ben dengan seorang model jelita. Seingat saya lah namanya Na..ta..sha,” kata Puan Christina sambil berusaha mengingati nama gadis yang dimaksudkannya itu. Puan Rose kelihatan serius. The pegaga yang dihirupnya tadi diletakkan semula di atas meja.
“Yakah? Saya tak tahu-menahu pula kalau Ben dah rujuk balik dengan Natasha tu,”
“Dia ex-girlfriend Ben rupanya. Tak hairanlah puan. Memang susah nak lupakan cinta lama,” kata Puan Christina seolah-olah bercakap tentang dirinya sendiri. Wajahnya berubah sedikit suram.
“Actually, saya tak berapa suka gadis tu?” ujar Puan Rose selamba sambil meneguk the pegaga tadi.
“Kenapa pula? Gadis tu cantik, terkenal. Padanlah dengan Ben,”Puan Christina hairan dengan kata-kata Puan Rose.
“Sebab dia tu seorang model dan cantik lah, saya tak suka dia jadi menantu saya. Tak semestinya cantik, pandai jaga suami. Kadang-kadang kecantikkan itulah yang menjadi racun bila dah kahwin nanti,” bersungguh-sungguh Puan Rose dengan pendapatnya.
” Betul juga cakap puan tu,” Puan Christina mengiyakan pendapat sahabatnya itu.
“Lainlah kalau macam Jasmine. Saya tengok bertanggungjawab je anak tu. Sederhana je, tak lebih-lebih pun,” sempat pula Jasmine dipuji di depan mummynya. Bangga juga Puan Christina mendengarnya, namun cuba dia sembunyikan.
“Tapi kalau dah jodoh Ben dengan Natasha tu, apa kita boleh buat. Asalkan dia bahagia, puan restui je lah mereka berdua. Lagipun, puan kan teringin sangat nak dapat cucu,” ujar Puan Christina seraya tersenyum.
“Amboi, nak mengata orang. Orang yang cakap tu apa kurangnya kan,” Puan Rose menyindir. Wanita berdua itu ketawa sesame sendiri.

***
Malam gilang-gemilang yang dinantikan Natasha akhirnya tiba juga. Semua hasil jerih-payahnya selama ini akan dipamerkan dalam pertunjukkan fesyen malam ini. Koleksi pakaian gaun malam yang penuh sentuhan kemewahan dan feminine dijangka dapat menarik minat wanita-wanita golongan atasan.

Jangkaan ternyata tepat. Ruangan Ballroom Golden Royal Hotel dibanjiri dengan para hadirin VIP dan pihak media. Pertunjukkan fesyen untuk Tash Collection akhirnya bermula. Satu persatu peragawati tampil memperagakan pakaian masing-masing. Setiap satunya dihujani flash kamera. Pasti mereka akan muncul dalam majalah-majalah fesyen dalam masa terdekat.

Ben duduk sambil memeluk tubuh di kerusi barisan paling depan. Kalau model-model tu jatuh semasa melakukan catwalk, pasti dialah yang kena dulu. Matanya memandang acuh tak acuh pertunjukkan fesyen itu. Malahan dia langsung tidak berminat untuk menghayati karya sulung Natasha itu. Sesekali dia menguap menghilangkan kebosanan yang mencengkamnya. Satu saja ayat yang muncul di benaknya, bila nak habis.

Kalaulah, si Deena ada di sini, tak lah boring sangat, bisik Ben dalam hatinya. Teringat juga dia pada adiknya pada masa sebegitu. Sekurang-kurangnya dia dan adiknya itu bolehlah menjadi pengkritik yang mentertawakan rekaan orang lain. Ataupun paling tidak, Deena boleh juga dijadikan alas an untuk pulang rumah. Demikianlah yang difikirkan Ben, tapi malangnya Deena tiada di sisi. Apa nak dikata, adiknya itu kena serangan senggugut. Mungkin dia sedang berguling-guling kesakitan sekarang ni, Ben tersenyum memikirkan adiknya.

Gadis-gadis kurus lampai silih-berganti di atas pentas, sehingga pada kemuncakknya Natasha muncul dengan memperagakan karya agungnya sendiri. Gaun yang agak unik dari yang lain, tapi tidak cukup untuk menarik perhatian Ben. Lelaki itu kelihatan bersahaja menyaksikan Natasha disertai tepukan asal ada. Suasana gamat dalam dewan itu tidak cukup kuat untuk menarik perhatiannya pada acara malam itu. Yang ada di fikirannya sekarang hanyalah balik rumah.

Baru sahaja, kaki Ben ingin melangkah keluar Ballroom, telinganya terdengar namanya disebut.

“My highest gratitude goes to Mr. Ben Carl Fernandez, the director of Golden Royal Hotel for lending this fantastic ballroom tonight. You’re really my best friend ever. Thank you so much,” sempat Natasha menyebut namanya dalam ucapan sambil mengarahkan tangan kea rah Ben yang kini menghampiri pintu keluar. Beberapa flash kamera menyinggah ke mata Ben. Ben pula hanya mampu tersenyum dan berlagak cool.

Sesudah ucapan Natasha yang 100 peratus dalam bahasa Inggris, menyusul pula sidang media. Keadaan bukan seperti yang dirancang Ben. Natasha seperti sengaja mengajaknya menyertai sidang media itu, sedangkan baginya dia tiada kena mengena dengan semua itu. Ditanya ini, ditanya itu sampai naik rimas Ben mendengarnya.
“Adakah En. Ben dan Miss Natasha ada hubungan istimewa?” seorang wartawan dua alam menyoal.
“We’re friends and partners,” jawab Ben ringkas dan bersahaja.
“Apa komen Miss Natasha pula?” soal wartawan yang sama, tidak berpuas hati dengan jawaban Ben.
“Emm.. Actually, we’re very close. Dari dulu sampai sekarang,”
Kata-kata Natasha itu agak mengejutkan Ben. Dia tidak menyangka jawaban itu akan keluar dari mulut gadis itu. Close? Not anymore Natasha, bisiknya dalam hati. Bagi Ben tidak mungkin untuk melupakan perkara yang pernah berlaku antara mereka. Namun, detik ini dia hanya mampu mendiamkan diri dan menyimpan semua itu dalam hatinya.

***
Jasmine memerhatikan teliti pergerakan merkuri dalam sphygmanometer sambil telinganya mendengar denyutan jantung Tuan Albert melalui stethoscope.
“Tekanan darah tuan agak tinggi. 100/90. selain sakit kepala, tuan ada rasa sakit apa-apa lagi tak?” tanya Jasmine sambil membuka lilitan kanvas alat pengukur tekanan darah itu pada pangkal lengan Tuan Albert. Lelaki itu terbaring di atas katil .
“Tak adalah juga. Cuma pening dan rasa penat sikit,” jawabnya dengan dahi berkerut.
“Kenapa Jasmine? Ada apa-apakah?” Puan Rose kedengaran cemas bertanyakan pasal suaminya.
” Jangan risau. Tekanan darah tinggi tuan masih boleh dikawal. Tapi, kalau berterusan begini, saya terpaksa bagi ubat. Jadi, saya harap tuan rehat secukup-cukupnya. Selain tu, cuba kurangkan penggunaan garam dalam makanan. Begitu juga makanan berlemak. Dan jangan stress,” meleret Jasmine menasihati orang tua itu.
“Dengar tu, kau tu dah tua. Tak payah kerja lagi. Serahkan saja pada anak-anak,” Puan Rose menambah lagi.
“Aku tahulah. Doktor dah cakap,sudahlah. Kau pula yang membebel lagi,” ternyata Tuan Albert kurang senang dengan teguran isterinya. Jasmine pula sengaja memekakkan telinga terhadap apa yang suami-isteri itu bicarakan.
“Jasmine, terima kasih sudi datang jenguk-jengukkan orang tua ni,” kata Puan Rose. Sengaja menyindir suaminya yang terbaring di sana.
“Sama-sama. Inikan tangggungjawab saya sebagai doctor. Tuan, jangan lupa nasihat saya. Rehat banyak-banyak,ok,” sahut Jasmine, sempat mengingatkan lagi.
“Ya Cik doctor. Boleh tak jangan panggil tuan, panggil je uncle,ya,” ujar Tuan Albert pula, tidak suka digelar tuan oleh Jasmine.
“Oklah uncle. Saya balik dulu,”
“Tak nak minum dulu?” Puan Rose cuba menghentikan niat Jasmine.
“Taka pa, auntie. Ada ramai lagi pesakit di klinik. Kena balik sekarang juga,” Jasmine cepat-cepat mencari alasan. Dia tak boleh lama-lama di situ. Kalau Ben tiba-tiba pulang, dia juga yang susah.
“Lain kali, datanglah lagi. Masa santai-santai, ye,” Puan Rose berpesan. Jasmine tersengih. Tak mungkin, katanya dalam hati.
“Baiklah auntie, uncle, saya balik dulu,” kata Jasmine sambil berdiri dan mengangkat beg hitam berisi peralatan rawatannya.
“Yalah, baik-baik jalan,” pesan Tuan Albert pula.
“Mari auntie hantarkan,” Puan Rose memimpin tangan Jasmine keluar dari bilik itu. Mereka berjalan menuju ke tangga rumah itu. Jasmine membiarkan matanya meliar ke seluruh sudut, menyaksikkan keindahan kediaman orang ternama itu. Kagumnya bukan main.
“Itu bilik Ben. Nak jenguk tak?” sebuah pintu berhampiran tangga ditunjuk. Senyuman penuh makna tersirat diberikan Puan Rose khas buat Jasmine.

Haram kaki aku pijak, Jasmine bermonolog. Entah-entah bilik dia macam kandang kambing. Tak ingin aku tengok, buat menyusahkan fikiran je, bisiknya lagi.
“Tak mahulah auntie. Tak boleh,” terus terang Jasmine menolak lalu bergegas menuruni anak tangga itu. Puan Rose tersenyum melihat gelagat Jasmine. Comel betul tingkah budak ni, ujarnya sendirian. Segera dia mengiringi Jasmine turun ke tingkat bawah.
“Sampai sini jelah auntie, saya keluar sendiri. Auntie tengok-tengokkan lah uncle tu di atas. Manalah tahu dia perlukan apa-apa ke,” kata Jasmine setelah tiba di tingkat bawah.
“Baiklah, Jasmine. Hati-hati bawa kereta,” Puan Ros akur dengan permintaan Jasmine.
“ok,” Setelah Jasmine hilang dari ruangan matanya, barulah wanita itu menaiki tangga semula, menuju ke bilik tidur. Tuan Albert kelihatan sedang membaca majalah di atas katil.
“Dia dah balik?” tanyanya sejurus melihat kelibat isterinya.
“Dah, suka sangat aku dengan budak tu,” kata Puan Rose sambil tersenyum.
“Mm.. Budak tu memang baik. Sederhana je. Jadi macam mana dia dengan Ben?” tanya Tuan Albert memandang tepat kea rah isterinya yang duduk di sofa.
“Alangkah bagusnya kalau Ben jadi dengan dia. Tak perlu susah-susah pergi klinik kalau sakit. Tapi Ben tu susah nak diurus,” Puan Rose mengeluh. Pasti soal Ben dan Natasha.
“Habis kau nak menyerah? Jodoh tak kan datang kalau tak dicari,” sahut suaminya. Ya tak ya juga, fikir Puan Rose.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"