Cerpen : Kasih Tak Sampai

22 July 2009  
Kategori: Cerpen

805 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : intanisa

PROLOG
“Saya amat berbesar hati dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke sidang akhbar istimewa ini.” Azizi memulakan bicara. Flash kamera tidak menganggu penglihatannya.
“Apa tujuan encik mengadakan sidang akhbar ini?” seorang wartawan bertanya. Tangannya bersiap sedia menaip respon Azizi.
“Saya ingin mengumumkan bahawa pada hujung tahun ini, saya Amirul Azizi bin Tan Sri Jamaludin akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis idaman saya.” Tenang Azizi memberitahu.
Suasana bertukar menjadi gempar.
“Encik Azizi, siapa bakal isteri Encik Azizi?” seorang lagi wartawan bertanya.
Azizi tersenyum puas. “Orangnya ialah…”

3 tahun lalu
“AAARGHH!!!” Hartini menjerit sambil kakinya menekan brek sekuat hati. “Alamak…” Hartini melihat jenis kenderaan yang dilanggarnya.
Seorang lelaki bersut hitam keluar dari kereta. Dia membukakan pintu tempat duduk belakang. Hartini memeriksa kerosakan yang telah dilakukannya. Lampu keretanya pecah, manakala kereta mewah itu hanya tercalar sedikit.
“Hoi! Buta ke?!” Seorang lelaki pertengahan 20-an menempik.
Tersentap Hartini dibuatnya. Perlahan-lahan Hartini menoleh ke arah empunya suara.
‘Mak aih! Smart-nya, tapi tak ada budi bahasa.’ Sempat Hartini mengumpat dalam hati.
“Maaf, encik. Saya tak perasan kereta encik lalu tadi.” Hartini berlembut.
“Senangnya cakap! Woi, kau ingat maaf tu boleh ganti kereta aku?!” Azizi menjerkah gadis awal 20-an itu.
Hartini garu kepala. Nak bayar ganti rugi tentu tak termampu olehnya. Tengoklah kereta, BMW 7 Series. Hartini meneguk liur.
“Kau tau tak berapa harga kereta ni?” Azizi menekan suaranya.
Hartini menggeleng.
“USD 1.5 juta!” Azizi menjerkah. Hartini tertunduk.
“Tau pun takut.” Azizi tergelak jahat.
Lelaki itu mencampak sekeping kad ke muka Hartini.
“Esok datang tempat tu, pukul 10 pagi. Lambat seminit, aku triple ganti rugi!” Azizi segera berlalu.
“Aku benci lelaki tak guna tu!!” Hartini membentak. Panas sungguh hatinya.

“Kau cakap kereta tu USD 1.5 juta?” Razwan terkejut.
“Kau patut tengok muka perempuan tu. Aku nak tergelak dah tadi.” Azizi bermain dengan bola tenis di tangannya.
“Tak patut kau buat macam tu, Jie. Bukannya teruk pun kereta kau tu. Kesian lagi dia kena ganti lampu.” Jihan menyampuk.
“Korang tak faham. Aku tau lah apa yang aku buat.” Azizi tersenyum sinis. ‘Aku dah jatuh cinta!’

Hartini kagum melihat rumah agam di hadapannya itu. Buat seketika, hatinya tenang. Hartini berjalan ke pintu utama sambil menikmati pemandangan taman Jepun di bahagian kanan dan taman ala barat di bahagian kiri.
Asyik melihat kiri kanan, Hartini terlanggar sesuatu.
“Aaargh!!!” Hartini hampir tersungkur apabila tangannya disentap. Hartini menoleh.
‘Wah, handsome-nya!’ Hartini tersengih-sengih sendirian.
“Cik tak apa-apa?” seorang lelaki berkemeja biru tersenyum sumbing.
“Er…tak. Terima kasih.” Hartini melepaskan tangannya.
“Jalan tu hati-hatilah sikit.” Lelaki itu sempat memberi nasihat. Dia berlalu ke arah keretanya.
Lemah lutut Hartini dibuatnya. Sudahlah kacak, kaya, berbudi bahasa pula. Memang boleh dibuat calon suami!, getus Hartini nakal. Dia tergelak sendiri.
“By the way, saya Razwan. Kalau Azizi buat something inappropriate pada awak, just call me.” Lelaki itu bersuara. Hartini tersentak. Entah bila masa lelaki itu berdiri tegak di hadapannya semula. Terketar-ketar dia menyambut kad di tangan Razwan.
“Thanks.” Hartini tersengih lagi.

“Lepas buat calculation, jumlah ganti rugi yang awak kena bayar ialah RM 50, 000.” Azizi mencampak sampul surat sebesar kertas A4 di atas meja.
“RM 50, 000?! Jangan mengarutlah!” Hartini terkejut. Manalah dia mampu untuk membayar sebanyak itu. Dia hanya bekerja part-time di kedai bunga. Sekadar untuk mengurangkan beban ayahnya.
“Buat apa aku nak mengarut dengan kau. Buang masa aku je.” Azizi berdiri memeluk tubuh.
Hartini mahu sahaja menangis. Dia tunduk melihat karpet. Mana mahu cari duit. RM 50,000 bukannya sedikit.
“Saya nak minta masa sikit, encik. Saya orang susah. Bagilah saya masa nak kumpul duit.” Hartini merayu dengan suara tersekat-sekat.
“Aku nak duit tu settle by end of this month.” Azizi berkeras.
Hartini tak mampu menahan air matanya lagi. Dia menangis sekuat-kuat hati.
“Kau ni memang tak berhati perut! Orang kaya semua macam tu. Mendiskriminasikan kami yang susah. Apa salahnya kau bagi aku masa. Bukannya kau desperate nak pakai duit pun! Dalam akaun kau mesti ada berjuta-juta Ringgit lagi!! Setakat RM 50,000 bukannya masalah! Kenapa mesti kau buat aku macam ni!!” Hartini menumbuk-numbuk dada Azizi.
Azizi tergamam melihat perubahan mood Hartini yang begitu drastik. Dia menarik Hartini ke dalam pelukannya. Gadis itu menangis semahunya.
“Aku bagi kau options. Sama ada kau bayar cash atau kau jadi orang gaji di rumah aku dan hutang kau kira burn.” Azizi membuat tawaran.
Hartini terdiam. Dia perlu membuat keputusan bijak.

Hartini menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mundar-mandir di ruang tamu. Fatin mula bosan dengan kerenah kawan baiknya itu.
“Kau kerja ajelah dengan dia. Dia dah bagi option kat kau, terima je lah. Takkan kau mampu nak bayar cash?” Fatin menarik tangan Hartini supaya duduk.
“Memanglah offer dia tu bagus. Tapi, cuba kau fikir. Mesti dia nak something in return. Takkan dia boleh nak lepaskan aku macam tu je.” Hartini meningkah.
“Kau kan terror main Street Fighter. Apply-kan ‘ilmu pengetahuan’ kau tu. Kalau dia buat benda tak senonoh, kau sepak la kat ‘situ’.” Fatin tergelak-gelak.
“Tak nak lah! Nanti kalau dia saman aku, lagi teruk.” Hartini menyandar di sofa. Dia perlu membuat keputusan malam itu juga!

Azizi hanya memerhatikan gadis itu melakukan kerja dari atas. Sebelum menandatangani kontrak, Hartini meminta sedikit perubahan dilakukan. Dia hanya bekerja pada waktu petang hingga malam kerana kuliahnya di waktu pagi. Azizi bersetuju asalkan dapat melihat gadis itu setiap hari.
BEEP!!
Azizi mencapai telefon bimbitnya lalu membaca mesej daripada nombor yang tidak dikenali itu.
‘Aku benci kau!!’
“Gila!” Azizi menghapuskan mesej itu. Sejak 5 bulan yang lalu, dia sering menerima panggilan dan mesej berbaur ugutan. Dia hanya menganggap itu semua ‘prank’.
“Siapa gila?” Jihan menegur.
“Oh, ni ha. Unknown number yang selalu kacau aku.” Azizi duduk di hujung katil. Jihan mencapai majalah lalu duduk di sofa. Razwan hanya berdiri di tingkap.
“Lawa maid kau.” Tegur Jihan.
Azizi tersenyum lebar. Dia berbaring menghadap siling.
“Dah lama aku tak nampak kau senyum macam tu. Ada kaitan ke dengan maid tu?” Razwan meneka.
Azizi tidak mendengar teguran Razwan. Dia masih tersenyum-senyum sendiri.
“JIE!!” Jihan menjerit.
“Hah?! Kenapa?!” Azizi tersentak.
“Kau ni macam orang angau apahal? Dah 5 kali aku panggil.” Razwan memaut bahu Azizi.
“Kau suka maid baru tu, eh?” Jihan serkap jarang.
“Mana ada.” Azizi menolak tangan Razwan.
“Tipu. Muka kau merah. Come on-lah, Jie. Aku dah kenal kau sejak lahir la. Kau memang tak boleh bohong kitorang.” Razwan menepuk-nepuk bahu Azizi.
“Okay, fine! Aku suka dia. Korang ingat aku suka-suka ke nak ambil dia kerja? Itu cuma alasan untuk tengok dia hari-hari.” Azizi mengaku.
“Kalau macam tu, baik kau kahwin je dengan dia.” Jihan beralih ke balkoni.
“Tak nak. Aku nak buat dia jatuh cinta dengan aku dulu, baru aku fikir pasal kahwin.”
“Good luck, then.” Razwan ketawa besar. Jihan dan Azizi turut ketawa.

Razwan menghampiri Hartini yang kelihatan letih. Gadis itu menongkat dagu di sisi jendela. Entah apa yang dimenungkan.
“So, awak betul-betul ikut cakap Azizi.” Razwan berdiri menghadap jendela.
Hartini mendongak. Terkejut ditegur secara tiba-tiba. Risau juga andai Azizi yang datang. Mau dia ditengking.
“Nak buat macam mana lagi, dah nasib saya.” Hartini mengeluh.
“Memang nasib awak baik.” Razwan menoleh ke arah Hartini.
Hartini mengerut dahi. ‘Nasib baik? Pekak ke, aku cakap dah nasib aku macam ni…’
“Maksud saya, nasib awak baik sebab dapat jumpa Azizi. Kalau bukan kerana awak terlanggar kereta dia, saya takkan dapat jumpa perempuan secomel awak ni.” Razwan tersenyum.
“Huh?” Hartini semakin keliru.
“Saya suka awak. Saya harap sangat dapat kenal awak lebih rapat.” Razwan meluahkan isi hati. Sebelum Azizi bertindak, lebih baik dia yang mengatur langkah dahulu.
Hartini tergamam. Hatinya berbunga riang. Sememangnya dia meminati Razwan sejak insiden tersadung batu tempoh hari. Razwan kelihatan lebih baik berbanding Azizi.
“Betul ke?” soalan itu terkeluar dari mulut Hartini.
Razwan tergelak. Gadis itu agak kelakar di matanya. Dia duduk menghadap Hartini sambil menghulurkan tangan.
“Let’s start this over again. Nama saya Muhd Razwan Haikal bin Tan Sri Arshad. Saya Timbalan Presiden Syarikat LuxoCar International. Nama awak?”
Giliran Hartini pula tergelak. Dia menyambut tangan Razwan.
“Nama saya Hartini binti Mansor. Saya masih belajar di Universiti Teknologi Malaysia. Bakal jurutera biokimia. Bapa saya seorang mekanik.”
“Mekanik? Bolehlah Azizi hantar kereta dia ke kedai bapa awak. Dapat cut-cost di situ. Hutang pun langsai.” Razwan mengusik.
Mereka tergelak. Sepanjang petang itu mereka asyik berborak. Azizi hanya mengintai dari jauh. Tangannya dikepal.
“Sampai hati kau, Wan.” Azizi berbisik. Dia harus bertindak segera.

Hartini bersandar di belakang kaunter. Dia mengeluh berat. Sudah sebulan dia bekerja di rumah agam itu. Ada-ada sahaja kerenah Azizi. Naik bosan dia melayan. Menurut perjanjian mereka, kontrak mereka bakal tamat 2 bulan lagi. Sementara itu, tentu dia sudah dihantar ke rumah sakit jiwa.
“Sabar je lah, Tini.” Fatin mengusap bahu kawannya itu.
“Aku tengah sabarlah ni. Kalau aku hilang sabar, mati jantan tu aku kerjakan.” Hartini mengeluh lagi.
“Excuse me.” Suara seseorang menganggu perbualan mereka.
“Selamat datang. Boleh saya bantu cik?” Fatin melayan pelanggan wanita itu.
“Saya nak tempah bunga. Tapi, saya tak tau bunga macam mana sesuai untuk ucapan terima kasih.” Wanita itu menerangkan.
“Oh, kalau macam tu cik boleh ikut saya ke belakang. Ada banyak sampel. Silakan.” Fatin berlalu dari kaunter.
Hartini mengambil alih tempat Fatin. Baru hendak mengemas kaunter, telefon bimbitnya berdering. Panas hatinya melihat nombor yang tertera.
“Ya, Encik Azizi. Apa boleh saya bantu?” Hartini cuba berlembut.
“Hari ni kau tak payah masuk kerja. Tunggu je kat kedai sampai aku datang.” Azizi memberi arahan.
“Kenapa pulak?”
“Ish, banyak soal pulak! Tunggu je lah.” Azizi terus mematikan talian.
“EEE, GERAMNYA AKU!!!” Hartini meramas-ramas apronnya.
“Kenapa geram sangat ni?” Entah bila masa wanita itu berada di hadapannya, dia pun tak sedar.
“Tak ada apa. Cik nak buat bayaran ke?” Hartini membetulkan rambutnya yang berserabai.
“Ya. Boleh tak tolong hantar sekali ke alamat ni?” Wanita itu meletakkan sehelai kertas di hadapan Hartini.
“Alamat ni?” Hartini terkejut apabila membaca alamat Azizi.
“Ya. Ada masalah ke?” Wanita itu tersenyum manis.
Hartini menggeleng. Dia terus menunduk untuk menulis resit.
“Hartini!” Tiba-tiba Azizi muncul. Dia terkaku melihat wanita yang sangat dikenalinya.
“Azizi?” Wanita itu menanggalkan cermin mata hitamnya.
“Sophie.” Azizi menghampirinya malas.
“It’s been a long time!” Sophie membuka tangannya untuk memeluk Azizi tetapi dia lebih pantas mengelak.
“Kau tunggu apa lagi? Cepat sikit! Aku tunggu dalam kereta.” Azizi segera keluar dari kedai itu.
Hartini serba salah. Dia memandang Sophie. Wanita itu menggigit bibir.
“Saya minta maaf pasal tadi.” Hartini cuba memujuk.
“It’s okay. Saya faham, Azizi memang macam tu. Tak pernah berubah.” Sophie memegang tangan Hartini lembut.
“Bunga ni…”
“Batalkan. Duit tu awak simpanlah.” Sophie menyerahkan not 150 kepada Hartini.
“Tapi,..”
“Tak ada tapi. Pergi cepat sebelum Azizi naik angin.” Sophie menarik Hartini supaya keluar.
Tergesa-gesa Hartini menuju ke kereta Volkswagen Beetle baru itu. Wajah Azizi nampak tegang. Sepanjang perjalanan, Hartini takut hendak bersuara. Azizi pula tidak tenang dalam pemanduan.
Hartini terpaksa mengejar Azizi yang berjalan laju ke hadapan. Lelaki itu berhenti di pintu masuk sebuah butik. Hartini tercungap-cungap.
“Dengar sini. Hari ni aku bagi kau ‘bonus’, tapi dengan syarat kau kena temankan aku pergi majlis makan malam, malam ni.” Azizi berterus-terang.
“Hah?!” Hartini terkejut. Tidak pernah dia mengikuti majlis makan malam formal.
“Masuk dalam, cari orang nama Lisa. Dia tau apa nak buat. Aku tunggu kat Burger King.” Azizi berlalu sebaik sahaja memberi arahan.
“Hah?” Hartini hilang punca. Menyampah sungguh dia dengan Azizi yang suka bertindak melulu.

Azizi membetulkan tali lehernya. Sejak melihat transformasi Hartini, dia jadi tidak keruan. Organ pernafasannya terasa sempit. Tambahan pula banyak mata yang mencuri pandang pada Hartini.
“Encik, saya tak selesalah.” Hartini berbisik.
“Tahanlah kejap. Dah nak habis pun.” Azizi memegang tangan Hartini erat.
Hartini mengeluh. Sungguh dia tidak selesa dengan pakaian itu. Sehelai dress labuh berwarna krim dipadankan dengan sepatu dari Jimmy Choo. Sempat juga dia membuat spa.
“Jie.” Razwan menegur.
Azizi menoleh. Hartini mengagumi ketampanan Razwan dengan sut hitam yang tersarung di tubuhnya itu.
“Kau dah sampai. Jihan mana?” Azizi tercari-cari. Nadanya agak dingin. Dia masih marah dengan Razwan sejak kelmarin.
“Biasalah dia. Kalau tak tunjuk ‘belang’ dia dengan sorang perempuan, tak sah. Playboy lah katakan.” Razwan tergelak.
“Playboy lagi baik daripada perampas.” Azizi bergumam.
“Ha?” Hartini memandang Azizi. Wajah Azizi tegang. Dia memandang pula ke arah Razwan yang kelihatan bersahaja.
“Anyway, awak nampak cantik malam ni.” Razwan memuji.
“Terima kasih.” Hartini tersipu-sipu malu. Razwan tergelak kecil.
“Please excuse us!” Azizi menarik tangan Hartini ke satu sudut.
“Apa ni?” Hartini merentap tangannya. Azizi merenungnya tajam.
“Kau suka Razwan?” Azizi terus bertanya.
“It’s none of your business.” Hartini menjeling tajam.
“It IS my business!” Azizi menekan suaranya.
“Apa pulak?” Hartini menjawab.
“What are you thinking? He’s my friend! Of course it is MY business. And please remember that you are only my servant!” Suara Azizi meninggi.
“Tak perlu marah.” Hartini naik bosan.
“Fine! Kau yang paksa aku cakap semua ni. Dengar baik-baik, aku sukakan kau. It is more like love.” Azizi memegang erat tangan Hartini.
Hartini terkejut. Dia kehilangan kata-kata. Dia perlu beredar segera.
“Encik, saya nak pergi toilet.” Hartini menarik tangannya semula.
“Cepat sikit. Aku tunggu kat tepi swimming pool.” Azizi sempat berpesan selepas menunjuk arah.

“Apa semua ni?” Hartini duduk di singki selepas menanggalkan kasut. Geram betul dengan Azizi. Sekejap okey, sekejap lagi naik angin pula. Sekejap tak suka, alih-alih buat pengakuan berani mati pula. Dasar mood-swinger! Bentak Hartini dalam hati.
“Hartini.”
Hartini mendongak. Matanya terbelalak melihat manusia yang berdiri di hadapannya.
“Awak?”
BUKK!!
Sebuah tumbukan padu dilepaskan ke wajah Hartini. Hartini terus tidak sedarkan diri.

Azizi tidak sedap hati. Razwan dan Jihan hanya melihat Azizi tidak senang duduk.
“Kau ni kenapa?” Jihan menegur.
“Hartini, dah 15 minit dia pergi toilet.” Azizi memberitahu.
“Dia sesat kot.” Razwan mengusik.
“Mustahil! Aku dah cakap kat dia yang aku tunggu sini.” Azizi meneguk segelas soda.
“Kejap lagi baliklah tu.” Jihan memerhatikan beberapa orang gadis yang lalu-lalang di kawasan itu. Sempat dia mengenyitkan mata pada seorang gadis di situ.
KRIING!! KRIING!!
Azizi segera mengeluarkan telefon bimbitnya. ‘Unknown?’ bisiknya.
“Hello?” Azizi menjawab berhati-hati.
“Encik Azizi!! Tolong saya!!!” Suara Hartini menjerit meminta tolong.
“Hartini!! Kau kat mana?!” Azizi cemas.
“Risau? Datang ke alamat yang aku berikan kejap lagi. Kalau kau tak muncul dalam sejam, mati kesayangan kau ni. Make sure you’re alone.” Lelaki itu ketawa sebelum mematikan talian.
“Hello, hello!! Hartini!!” Azizi menjerit bagai orang gila. Razwan dan Jihan segera menghampiri.
“Unknown number call lagi. Hartini diculik. Within an hour, if I don’t show up, she’ll die.” Azizi hilang arah.
“Biar kita pergi sama-sama.” Jihan mencadangkan.
“Jangan! Dia nak aku datang sorang. Korang jangan masuk campur.” Azizi segera berlari keluar.
“AZIZI!!” Razwan berteriak. Lelaki itu tidak menghiraukan. Dia berlari begitu pantas.
“Wan, kita follow belakang!” Jihan menarik Razwan.

“Apa kau nak, hah?!” Hartini menjerit sebaik sahaja ikatan mulutnya dibuka.
“Aku nak teman lelaki kau.” Sophie berjalan mengelilingi Hartini.
“Dia bukan teman lelaki aku!” Hartini geram.
“Well, I don’t care. You’re just a bait.” Sophie ketawa besar.
“Apa salah dia sampai kau libatkan aku sekali?” Hartini cuba mengorek rahsia.
“Dia yang menyebabkan bapa aku muflis! Sebab dia, aku hilang harga diri, hilang maruah! Sebab dia mak aku mati! Dia pembunuh keluarga aku!!!” Sophie menjerit.
Hartini tidak faham. Dia tahu Azizi seorang yang panas baran, ego dan ganas. Tidak pernah terlintas di kepalanya Azizi sanggup membunuh.
“Terkejut?” Sophie ketawa galak. Meremang Hartini mendengarnya. Tidak ubah seperti orang gila.
“Kau terkejut Azizi macam tu?” Sophie merentap rambut Hartini. Gadis itu menjerit kesakitan.
“5 tahun lalu, bapa aku yang menguasai perniagaan minyak dunia. Bapa aku menguasai kerusi Presiden dan aku pewaris harta bapa aku. Bapa Azizi cuma orang bawahan bapa aku.
Satu hari, bapa aku ditangkap kerana tuduhan rasuah dan menggelapkan duit syarikat. Kemudian, bapa Azizi naik sebagai Presiden. Bapa dia cuma Ketua Eksekutif, memegang hanya 5% saham syarikat. Sedangkan mak aku yang mendominasi dengan 40% saham. Tapi…” Sophie tak mampu meneruskan. Dia menangis teresak-esak.
“Tapi!!” Sophie tiba-tiba ketawa semula. “Tapi, mak aku dibunuh dengan kejam pada malam bapa aku diisytiharkan muflis. Mak aku mati!!! Bapa dia yang upah orang supaya bunuh mak aku!
Aku pulak!! Aku dirogol dan dijual sebagai pelacur!!” Sophie menangis lagi.
Hartini terasa sebak. Dia tidak percaya dengan tuduhan Sophie. Setahunya, arwah bapa Azizi seorang dermawan. Hasil zakatnya disumbangkan kepada pembinaan rumah berkos rendah untuk golongan miskin.
“Hartini!!” Azizi tercungap-cungap.
“Well, well, well!!” Sophie berdiri. Tawanya kian menakutkan.
“Kalau kau nak aku, jangan libatkan Hartini! Lepaskan dia!” Azizi mengepal tangannya.
“Kalau aku tak culik dia, sampai mampus kau tak datang.” Sophie merentap rambut Hartini. Hartini menjerit kesakitan.
“Fine! Aku dah datang! Jangan apa-apakan dia.” Rayu Azizi.
“Jangan melawan. If you dare to lift even one finger, she’ll die.” Sophie memberi amaran.
Azizi cemas apabila 5 orang lelaki mengelilinginya. Dia cuba mempertahankan diri.
“Remember, lift one finger and I kill her!!” Sophie mengingatkan.
Azizi tiada pilihan melainkan membiarkan sahaja dirinya dibelasah. Perutnya ditumbuk beberapa kali. Wajahnya terasa kebas selepas menerima beberapa das tumbukan. Dia terasa ada cecair pekat mengalir di hidungnya.
BANG!! BANG!!
Suasana sunyi. Dua orang lelaki tumbang. 3 algi berundur. Sophie memaut leher Hartini dengan sebilah pisau. Azizi terbaring lemah. Dadanya turun naik menahan sakit.
“Sophie.” Jihan masuk dengan sepucuk pistol. Dia tersenyum sumbing.
“Jangan dekat! Aku bunuh dia!” Sophie mengangkat pisau tinggi di udara.
“Bunuhlah, kau ingat aku takut?” Razwan pula muncul sambil mengacukan pistolnya ke arah Sophie.
“AARGH!!!”
BANG!! BANG!!
Pisau terlepas dari tangan Sophie. Terus ke lantai. Sophie melihat tangannya yang ditembak oleh Jihan.
“Bukan bapa Azizi yang bunuh keluarga kau.” Razwan menghampiri Hartini lalu mendorong gadis itu kebelakangnya.
Sophie tercungap-cungap menahan sakit. Matanya tajam menikam wajah Razwan.
“Harlem, kawan baik bapa kau yang upah orang supaya bunuh keluarga kau. Lepas disoal siasat, hanya bapa Azizi yang terselamat daripada semua konspirasi ni. Sebab tu dia yang menjadi Presiden.” Jihan menambah.
“Uncle Harlem?” Suara Sophie tenggelam timbul.
“Yes, your dearest Uncle Harlem who kills your family.” Razwan membenarkan.
“But, why?” Sophie menangis lagi.
“Because he wants to be the President.” Razwan bertinggung di hadapan Sophie. Dia memeriksa kecederaan di tangan Sophie. “Luka ni agak dalam. Biar aku bawa kau jumpa doktor peribadi aku. He will absolutely keeps this secret from police.” Razwan mengusap rambut Sophie.
“Why don’t you just kill me?!” Sophie menikam kaki Razwan.
“Aargh!!!” Razwan menjerit. Hartini turut menjerit ketakutan. Dia segera mencabut pisau yang tercacak di paha Razwan. Air matanya mengalir begitu deras.
“It’s okay, Tini. I’m fine.” Razwan menyeka air mata Hartini. Suaranya tenggelam timbul. Hartini memangku Razwan.
“Your wish is granted.” Jihan mengacu laras pistolnya ke kepala Sophie.
“Wait!” Azizi tiba-tiba menjerit. “Jangan, Jihan. Biarkan dia.” Bersusah-payah Azizi merangkak ke arah Sophie.
“Bunuhlah aku! Aku tak sanggup lagi hidup macam ni.” Sophie merayu.
“Aku takkan bunuh kau. Aku nak kembalikan kehidupan kau.” Azizi memandang tepat ke anak mata Sophie.

EPILOG
“Encik Azizi, siapa bakal isteri encik?” seorang lagi wartawan bertanya.
Azizi tersenyum puas. “Orangnya ialah Sophie Arianna Abdullah.”
Tepukan gemuruh kedengaran apabila Sophie keluar dengan penampilan bertudung.
“This is my future wife.” Azizi tersenyum puas.
‘Aku sentiasa akan menyayangimu, Hartini. Sayangilah Razwan sepenuh hatimu. Lupakan cintaku. Goodbye, love.’ Azizi mengerling ke arah Hartini yang setia di sisi Razwan. Daripada renungan mata Razwan sudah terpancar bukti percintaan mereka.
Azizi menoleh pula pada Jihan. Dia mengenyit mata pada Jihan yang tidak selesa dipaut sebegitu. Fatin tidak pernah putus asa memikatnya. ‘Good luck, my friend.’ Azizi tergelak kecil.
Dia memandang Sophie. Wanita itu tersenyum manis dengan pancaran nur di wajahnya.
‘I’m trying my best to be a good husband for you.’ Ikrarnya dalam hati. Dia menghela nafas lega. Dia berdoa agar mereka semua berbahagia hingga ajal datang menjemput.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"