Cerpen : Puncak Gunung saksi kita

10 July 2009  
Kategori: Cerpen

351 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : gennieviana

Puncak Gunung saksi kita

Cuti semester merupakan cuti yang ditunggu-tunggu bagi semua pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah. Semuanya tidak sabar mahu pulang untuk jumpa keluarga yang ditinggalkan kerana menyambung pelajaran. Ada juga yang mengambil kesempatan ini mahu berjumpa dengan kekasih hati. Tapi ada juga sesetengah pelajar yang berasa tidak seronok untuk bercuti kerana tidak tahu apa yang mahu dilakukan nanti. Macam aku, cuti-cuti nilah buat aku bosan, bukan tak rindu keluarga tapi cuti tak seronok kalau tak buat apa-apa.

“Malaslah pula nak kemas barang..”, Aku merunggut sendirin. Lalu aku mengambil beberapa baju yang bersangkut di almari dan meletakkan di atas katilku. Roomate ku yang lain dah berkemas, siap bawa dua, tiga beg, aku beg kecil pun tak berisi.

“Lily, saya dah nak jalan, u masih belum kemas?”, kata Sue, budak cina dari KL, loghat cina makin hilang kerana duduk di sabah. Tapi dia kata dia suka Sabah.

“Rasa malaslah nak balik, bukannya seronok pun di rumah…”, kata ku lagi.

“Kemas-kemas lah, kau nak duduk sini dua bulan? kau tak rindu keluarga kau?”, kata Sue lagi lalu mencapai tas tangannya, Sue merupakan anak tunggal, bakal nak jadi CEO syarikat milik ayahnya, hanya tinggal setahun lagi akan mendapat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan.

“Mestilah rindu tapi banyak sangat nak bawa, jadi malas pula..”

“Kau bawalah baju beberapa helai, rumah kau kan dekat, sejam dah sampai, yang penting laptop mesti bawa, saya jalan dulu, kawan saya dah sampai, kami mesti sampai ‘airport’ before jam2..”

“Kawan ke ‘boyfriend’?”, kata ku menyakat sue, sempat lagi sue memukul katil tempat ku duduk tapi bukannya marah, aku hanya tersenyum kemudian kami melambai tanda perpisahan.

Aku membaringkan diri atas katil menghempap beberapa pakaian, rasa tak bersemangat hendak balik rumah. Kalau lah dapat pergi melancong kan best, kata ku bercakap sendirian. Baru lima minit Sue keluar, Farah pula masuk.

“Lily…ah ni mesti berangan lagi ni…”, Farah mengejutkan ku lalu ketawa melihat aku terperanjat.

“Wei fa, kau ni selalu kejutkan orang, bila kau masuk? Entah-entah kau ni hantu kot…”, kata ku sempat lagi aku melihat kaki Farah. Tapi memang betul Farah, tak dengar pula dia masuk.

“Sori, sori…saya saja kejutkan kau, apasal kau ni belum berkemas lagi, tak nak balik ke?”, kata Farah lalu duduk di katil ku yang berselerak.

“Baliklah, ni je saya bawa, betul jg cakap sue tu, yang penting bawa laptop…”, kata ku lalu memegang laptop kesayanganku yang dibeli arwah ayahku dua tahun lalu. Bagiku laptop itu sangat penting. Lebih penting dari ‘boyfriend’, oppss..lebih-lebih lah pula, tak dapat boyfriend baru tau…

“Oh ye, sebelum terlupa, saya ada berita baik yang mungkin kau nak dengar.”

“Apa? Zafrul dah lamar kau ke? Bila kau nak bertunang?”, kata ku tak sabar nak dengar sambil-sambil tu nak menyakat la kawanku yang dah ber’boyfriend’ ni.

“Tolong sikit ye…belum grade lg nak bertunang apa…Zafrul and the geng nak bawa pergi naik gunung, kau nak join tak?”

“Naik gunung? E tak nak lah, kau kan tahu saya ni takut tinggi, kau je lah pergi..”, kata ku menolak, aku memang dari dulu takut tinggi, gayat, naik bangunan tinggi pun aku dah bergegar, inikan pula gunung, bergurau ke kawan aku ni.

“Janganlah macam tu, saya tak nak pergi kalau kau tak nak pergi, tapi kalau saya tak pergi zafrul mesti kecewa.”, kata Farah sambil mengerutkan dahi tanda sedih.

“kau pergi je lah, kenapa pula nak ajak saya? Takutlah…”, kata ku lalu berdiri mula mengemaskan baju dan memasukkan ke dalam beg.

“Jomlah, kalau kau nak tahu Daniel pun ikut sekali tau…”, kata Farah tersenyum-senyum yakin pasti kali ini aku tak menolak.

“Betul ke? Daniel ikut…”, kata ku mula membayangkan wajah Daniel yang mirip seperti pelakon korea. Dari tahun pertama lagi aku memang minat dengan Daniel, tapi aku selalu mengelak bila bertembung dengan lelaki tu sebab pasti jantungku berdegup kencang gila lagipun aku tak fikir Daniel ada hati denganku, mungkin tak pandang langsung getus hatiku.

“Wei, dah tak payah nak berangan, kau kan tak nak ikut..”, kata Farah lalu menuju ke katilnya.

“Fa, saya nak ikut tapi takut tinggi…”

“Kalau macam tu ikut je lah, jangan risau, kalau ada apa-apa mesti buah hati kau tolong…”, kata Farah tersenyum-senyum.

Aku merasa serba salah, tapi kerana Daniel aku sanggup juga bersetuju. Daniel, dia jadi kekasih dalam hati pun jadilah. Seminggu selepas balik ke rumah, aku, Farah dan beberapa kawan Zafrul mula berangkat, kami ada seramai 8 orang. Taman Kinabalu taklah jauh sangat, ia terletak di Kundasang daerah Ranau. Kami berkumpul di depan stesen dekat milimewa sementara menunggu Zafrul yang memandu bas ayahnya. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke sana mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Dalam perjalanan kami tak banyak cakap sebab masing-masing menikmati pemandangan, ada juga yang tidur termasuk aku.

Selepas beberapa jam kami sampai di depan pintu masuk Taman Kinabalu, menghirup udara segar sahaja pun membuatkan hati begitu tenang, inikan pula melihat pemandanganya yang dipenuhi pokok-pokok dan beberapa jenis bunga. Selepas meletakkan bas di tempat yang disediakan, Zafrul meminta Farah menemaninya ke kaunter pendaftaran. Tinggallah aku, Daniel, Irfan, Josua, Akmal dan Rona. Pasti perempuan tu girlfriend Akmal sebab dia berdiri dekatnya fikir ku.

“Tengok apa tu?”, Daniel menyapa ku.

“Eh..tak ada apa, tengok pokok…”, kata ku sedikit gementar, jantungku dah mula mengepam dengan laju.

“Nasib baik Lily ikut, kalau tak, mesti saya kecewa.”, kata daniel lalu memberi senyuman menambahkan ketampanannya.

“Ye ke?”, aku juga senyum, bertambah berbungalah hatiku kerana pengakuan daniel yang tidak ku disangka. Tapi betulkah apa yang dia kata atau sekadar mahu berbual-bual? Mulanya aku juga merenung matanya yang bersinar-sinar tapi kemudian tunduk kerana berasa sangat gugup membalas renungan Daniel yang menembusi ke hujung mata.

“Ok guys, semua pendaftaran dah ‘settle’, seperti dijanjikan perbelanjaan korang saya tanggung, bukan nak tunjuk baik, pakcik saya tolong kita.”

Zafrul dan Farah datang selepas beberapa minit, panjang lebar juga ucapannya menerangkan pada kami serba sedikit tentang pantang larang dan peraturan di Taman Kinabalu ini. Baik juga pakcik dia. Munkgin dia bagi peluang pada kami naik gunung kataku sambil tersenyum.

“Wei, apa kau senyum-senyum tu, dah terbayang-bayang Daniel tolong kau, dah cepat angkat barang kau, kita nak bertolak dah…”, Farah menghalau semua bayanganku menyebabkan aku tersedar, nasib baik yang lain tak dengar.

Kami mengangkat barang masing-masing menuju ke pintu masuk utama di mana bermulanya pendakian. Di gerbang pintu masuk tertulis welcome to National Park. Di atas pintu gerbang ni ada balkoni kecil, boleh muat hingga 100 orang dalam satu masa. Kami juga tak mahu terlepas mahu melihat pemandangan melalui balkoni ni. Memang sangat indah, macam di luar negara pula padahal di negeriku sendiri.

“Lily, cepat, jom bergambar”, Farah memanggilku. Kami bergambar hingga puas, yela bukan satu kemera je, hampir semua orang bawa kemera kecuali aku. Kemera pun bukan guna filem lagi.

“Erm…boleh tak kita bergambar?”, sedang aku melihat pemandangan, tiba-tiba Daniel menyapaku.

“Boleh, tapi mungkin muka saya tak cantik sekarang…”, kataku meraba-raba pipiku, dahlah rambut macam tak bersisir, muka pun nampak pucat tapi dia nak juga bergambar. Dia hanya melemparkan senyumanku mendengar kataku.

“Lily dekat lah sikit, nampak jauh tu macam bergaduh pula.”, Farah mengomel. Ambil gambar pun susah tapi aku tak berganjak. Daniel kemudian mendekati ku, sangat rapat, tangannya memegang bahuku. Terasa tubuhku yang sejuk tu menjadi hangat. Farah mengambil gambar kami dua kali.

“Okey guys, gurls, oleh kerana dah jam4 petang kita menginap di resort dulu lah, pakcik saya dah tempah dua bilik untuk kita. Satu untuk perempuan, satu untuk lelaki. So kita rehat-rehat dulu menikmati petang, tak kisah lah korang nak pergi mana, yang penting jam8 malam nanti kita jumpa.”

Macam ketualah pula Zafrul ni tapi kami tak kisah, ini memang rancangan dia, di universiti pun dia memang aktif jadi AJK, patutlah Farah suka.

Sampai di rumah penginapan, kami melihat sekelilingnya. Ada unggun api, macam rumah barat, bilik ada dua, bilik air ada air panas, memang patutlah ada, siapa la nak mandi sejuk-sejuk ni.

“Kita semua tidur sebilik nak? Jom pilih bilik yang bagus.”, kata Farah, aku tak kisah bilik mana asalkan, jangan biarkan aku tidur sorang-sorang. Rona juga kata macam tu, dia nampak pendiam tapi mesra bila bercakap. Sesuai lah untuk kamal.

“Lily, saya nak keluar jap…”, kata Farah, belum setengah jam dalam bilik, dah keluar, mesti jumpa Zafrul.

“Ke mana? Jumpa Zafrul lah tu kan…”, kataku sambil tersenyum.

“Mestilah, kau tak keluar ke?”, Kata Farah lagi.

“Nanti kejap lah, bukan ada sesiapa nak ajak keluar pun.”, kataku tanpa memandangnya.

“Lah, merajuk lah pula…”

“Tak lah, pergi lah cepat nanti Zafrul marah baru tau…”

Selepas sepuluh minit Farah keluar, Rona pula bersiap-siap.

“Lily, nak ikut tak, kami nak jalan-jalan ni pusing satu Taman kalau boleh, rasanya daniel kau pun ikut juga.”, kata Rona sambil menyikat rambutnya yang pendek berhadapan cermin. Pandai dah nak menyakat aku dia ni.

“Ai, perli nampak…”, kataku tapi masih melemparkan senyuman, sedikit pun tiada rasa marah.

“Tak de lah, saja, so nak ikut ke tak? Jomlah..”, katanya lagi sambil memandangku. Tapi aku tak rasa pula nak jalan.

“Tak pe lah, saya rasa nak baring-baring pula.”

“Kalau macam tu saya pergi dulu.”

Aku juga yang tinggal. Tak tahu lah kenapa aku rasa malas pula nak jalan. Aku membaringkan diri, katilnya taklah empuk macam di rumah aku tapi selimutnya selesa sangat, sesuai untuk cuaca sejuk. Beberapa minit kemudian tergerak hati ini pergi ke luar pintu. Duduk di balkoni ni pun best juga, menenangkan fikiran dan melupakan segala tekanan kerja-kerja ‘assignment’ dan peperiksaan yang dah lepas. Udara pun segar, pemandangannya susah nak digambarkan. Nasib baik tak ada kemera, pasti aku ambil gambar sorang-sorang.

Semasa aku melayan perasaan sambil menutup mata, tiba-tiba ada satu suara menyapaku. Aku terkejut melihat Daniel di depan ku, mulalah aku rasa gugup.

“Eh, Daniel, kenapa kau ada di sini? Daniel tak ikut jalan-jalan ke?”

“Saya tak jadi ikut sebab Lily tak de, so dengan harapan tipis saya datang sini, kalau lily tak suka saya pergi dulu lah.”, kata Daniel, macam kecewalah pula.

“Tak lah, suka, duduklah kalau sudi.”, aku pula mainkan drama. Tapi tak kisah, hati ini sebenarnya gembira sebab daniel depan mata.

“Daniel, dah berapa kali datang sini?”, tanyaku mengalihkan pandangannya yang merenungku dari tadi.

“Masuk ni dah tiga kali tapi baru hari ni ada rasa nak naik gunung.”

“Oh…”, kataku, itu saja yang mampuku katakan. Aku tak tahu lagi apa nak cakap. Tiba-tiba dia bertukar tempat di sebelah ku.

“Lily, sebenarnya…saya…saya suka lily..”

“Suka saya?”

“Tak, maksud saya, suka berkawan dengan lily..”, katanya tersekat-sekat. Berkawan je? Tak lebih dari itu? Dalam hati je kata macam tu.

“Oh ye ke? Kenapa?”, saja aku bertanya, kalau dia kata sebab aku cantik, sah dia saja nak mainkan aku, aku memang tak suka lelaki yang suka seseorang sebab cantik. Bagi aku dia hanya nak kecantikan perempuan tu.

“Entahlah, senyuman lily selalu buat saya gembira, saya suka tengok lily sebab nampak tenang je.”, katanya tanpa memandang aku. Nasib baik jawapan tak sama.

“Macam mana dengan lily?”, tiba-tiba pula dia tanya aku soalan cepu emas. Aku memang minat kat kau tapi kau je tak tahu, kataku dalam hati.

“Kenapa dengan saya?”

“Dulu saya ada dengar lily minat saya…”, merah padam muka ku, macam mana pula dia tahu ni, mesti farah ni bocor rahsia.

“Erm..ye minat tengok Daniel main gitar…”, kataku tak mengaku, nasib baik terfikir jawapan tu. Daniel ni pelajar seni, dia ambil pengajian seni dan muzik. Dia memang pandai main gitar dan piano, salah satu sebab aku minat dia pun sebab dia pandai pikat seseorang dengan alunan muzik yang dia gubah sendiri.

“Sebab tu ke?”

“Ya, eh tak, maksud saya..err..”, aku seperti tak tahu apa aku nak cakap. Tiba-tiba Farah dan Zafrul datang.

“Dating ke?”, kata farah sambil tersenyum-senyum, mesti ada saja dia nak menyakat aku.

“Dan, bila kau merayap kat sini? Kau nak kacau anak orang ke?”, kata Zafrul pula, tersipu-sipu Daniel lalu dia berdiri.

“Mana ada, saya lalu sini tadi, nampak dia sorang-sorang so saya saja nak borak-borak.”

“Yela, jom balik, banyak masa lagi, jam8 nanti dapat jumpa juga..”, kata Zafrul, daniel mengikutinya, sempat juga mataku melihat daniel memukul lembut bahu Zafrul, pasti dia rasa malu sebab Zafrul menyakatnya.

“Ah..mata tengok mana, dah, jom masuk, dah maghrib, Rona mana?”, tanya Farah lalu kami masuk ke dalam rumah.

“Dia pun keluar tadi, kejap lagi balik la tu.”, kataku dan tiba-tiba pintu terbuka dan Rona masuk.

“Panjang pun umur…”, kataku.

“Oh mengumpat ye…”, kami ketawa. Sambil-sambil bercerita sehingga jam8, kami bersiap untuk turun mencari makan malam.

Restoran di sini terletak di bahagian bawah, turun tangga sikit dah sampai, kami macam ada gaya-gaya pelancong pula, siap bawa kemera, sambil menikmati makan malam, kami bergambar hingga rasa tak larat nak senyum. Yela bukan selalu kita pergi ke tempat macam ni kan. Seleaps makan malam kami berjalan-jalan lagi menikmati udara malam, tak puas rasanya berjalan ni tapi memandangkan esok kena bangun awal, kami pun balik lebih kurang jam10 malam.

Esoknya jam6 lagi kami dah bertolak, masing-masing memikul beg di belakang, nasib baik beg ni tak berat, tak laratlah rasanya membawa beg berat sambil mendaki bukit ni. Kami memulakan perjalanan dari stesen pertama di Timpohon, pakcik Zafrul lah menjadi ‘guide’ kami, mula-mula seronoklah dapat berjalan sambil melihat pemandangan, sambil-sambil bergambar kami bercerita, Farah dah semestinya dengan Zafrul, Rona seperti rapat dengan akmal tapi kadang-kadang dia bercerita dengan Josua dan Irfan. Aku? Semestinyalah Daniel tapi kami tak banyak sembang, sebab tak tahu apa nak cakap. Kalau dengan orang yang kita suka memang segan nak bercerita banyak, nak tanya pasal kegemaran dia, family dia or anythinglah, memang ada dalam otak tapi nanti di kata labih-lebih pula kan. Setiap stesen yang kami lalui, kami akan berehat selama 5 minit, tak kira lah stesen itu hanya ada pondok je. Kalau rasa nak pergi tandas, terpaksa tunggu di tempat yang ada tandas awam, sebab tu sebelum mendaki kenalah pergi tandas dulu.

Baru sampai ke setesen Waras hut, aku dah rasa penat, bukit yang kami naik ni, kadang-kadang curam kadang-kadang macam bukit biasa. Kami meneruskan perjalanan sampai ke laban rata. Di sini ada rumah rehat, kalau nak pergi tandas pun boleh tapi kami tak menginap di sini. Sambil rehat-rehat ni bolehlah makan minum kalau rasa nak makan.

“Awak nak coklat?”, tiba-tiba Daniel mengeluarkan coklat bersaiz sederhana dari begnya. Makan coklat dalam cuaca sejuk sambil naik gunung, romantik juga.

“Boleh juga..”, kataku lalu tersenyum, dia mematahkan kecil-kecil kepingan coklat tersebut, oleh kerana keadaan di sini sangat sejuk, tangan kita juga akan sejuk so tangan kita tak berapa kuat untuk bekerja walaupun memakai sarung tangan, coklat yang hendak dipatahkan pula kerasnya macam batu. Tapi dia berusaha juga mematahkan kepingan coklat tersebut dan memberikan aku. Separuh dari coklat tu dia beri pada yang lain.

Kami meneruskan perjalanan, semasa dalam perjalanan itu, tiba-tiba aku tersepak batu lalu tergelincir, laluannya taklah licin tapi entah kenapa aku rasa badan aku ringan.

“Lily…”, Farah berteriak mendapatkan aku. Daniel hampir-hampir nak pegang tangan aku tapi dia tak berani lalu Farah mengangkat aku. Nampak sangatlah aku ni tak biasa bersukan. Aku malu juga nasib baik semua orang faham lagipun yang lain ku tengok dah tak larat juga nak naik.

Kami sampai di setesen Panar laban tempat yang sesuai untuk menginap, lebih kurang 4-5 jam juga nak naik tapi kalau dah biasa mungkin kurang dari 3jam. Tengahari itu, kami makan berlaukan makanan dalam tin dan mee segera. Tapi entah kenapa aku tak berselera, rasa nak muntah adalah. Betul-betul tak berselera, mee segera yang dituang air panas, sekejap saja dah sejuk, makanan dalam tin juga dipanaskan kerana dah hampir membeku selepas dibuka. Aku meminta izin untuk berehat sebab kepala ku tiba-tiba rasa pening, tak tahulah kenapa. Di sini terdapat lebih dari sepuluh bilik dan bilik-bilik di sini terbuka, tapi tak bermaksud lelaki dan perempuan boleh tidur bersama, mungkin pelancong luar negara akan tidur bersama sebab selalunya yang mendaki gunung ni berpasangan, ramai juga rombongan hari ni, nasib baik bilik cukup.

“Lily, kau ok?”, Farah masuk menjenguk ku, dia membawakan semangkuk mee segera yang masih panas tapi pasti beberapa minit lagi hilanglah panasnya.

“Ok, just rasa pening je.”

“Ini saya bawa mee, masih panas ni, makanlah, tak baik biar perut kosong nanti tak larat kau nak naik gunung subuh besok.”

“Ok, terima kasih, susahkan fa je..”

“Tak apa, kita kan kawan, saya keluar dulu la, jangan tak makan tau, nanti kalau kau dah ok, keluar lah, saya tengok Daniel macam risau kan kau, dia asyik tanya kau dah ok ke belum.”, katanya lalu meletakkan mee tersebut di tepi ku.

Aku hanya mengikut kata Farah, walaupun tak berselera aku makan juga mee tersebut sebab kalau aku tolak tak baik juga, yela orang dah baik pada kita takan kita tolak. Selepas makan, aku tidur sebentar, taklah terus terlelap sebab tidur pun susah juga, sejuk sangat, walaupun baju dah berlapis, dah berstokin dan memakai selimut tebal, rasa tak selesa juga. Selepas lebih kurang sejam aku terbangun. Sejuknya makin terasa. Macam dalam peti sejuk. Aku keluar mencuci mangkuk kemudian beralih ke balkoni kecil di rumah rehat tersebut. Di belakang rumah rehat juga ada balkoni kecil. Aku mencari kelibat rakan-rakan tapi tidak kelihatan lalu aku duduk di balkoni belakang. Rasa segar udara dihirup walaupun dalam kesejukan.

“Lily dah ok?”, tiba-tiba satu suara menyapa ku.

“Daniel…erm, dah ok..”, tiba-tiba jantungku berdegup kencang apabila dia duduk berhadapan ku, pasti dia nak sambung perbualan kami semalam fikirku.

“Erm, lily kau dah ada bf?”, BF tu singkatan pada boyfriend. Kebanyakannya pelajar universiti ni suka guna ayat singkatan. Aku dah rasa lain pula bila dia tanya macam tu.

“Tak de, siapalah nak saya ni, tak cantik macam Farah, tak comel macam Rona..”, aku berbasi-basi kata macam tu, yela siapa suruh tanya soalan tu.

“Siapa kata Lily tak cantik, senyuman lily tu menawan, macam bunga ni.”, tiba-tiba dia mengeluarkan bunga dari belakangnya patutlah tangan kanannya dari tadi diletakkan di belakang. Lalu dia memberikan bunga tu pada saya.

“Terima kasih.”

Itu jelah yang aku cakap, bunga tu pun biasa je, dekat rumah pun ada, bunga kuning yang mekar waktu pagi. Di sini bila-bila masa ada sebab sentiasa sejuk.

“Macam tak suka je saya di sini?”, tiba-tiba Daniel berubah muka. Kenapa pula la dia ni, saya dah lah rasa takut, sebenarnya saya teringin nak cakap saya suka Daniel tapi mau kah daniel suka aku? Nanti tak pasal-pasal dia kata aku perasan pula.

“Siapa cakap, lily tak suka, cuma lily segan je dengan Daniel, semua perempuan yang minat daniel, cantik-cantik, comel-comel, Daniel pula kacak..”, kataku lalu memberikan senyuman yang paling manis padanya. Dia juga tersenyum sambil memandang tepat ke arah ku.

“Saya tak tengok seseorang dari paras rupa, saya lebih suka tengok lily yang merendah diri dan nampak tenang…”, katanya lalu memandang ke arah pemandangan. Aku memerhatikan dia, tiba-tiba dia memandang aku terus aku tunduk sebab malu dia tahu aku pandang dia.

“Lily, saya ada sesuatu nak cakap, dari dulu lagi tapi selalu tak ada peluang.”

“Apa dia?”, kata ku, seperti hatiku dapat mengagak, jantungku yang reda tadi mula laju berdegup.

“Sebenarnya dari dulu lagi saya…erm…”, belum sempat dia menghabiskan kata-kata tiba-tiba Farah muncul bersama Zafrul.

“Kat sini pula kau larikan diri, sekeliling saya cari..”, kata Zafrul sebaik melihat kami.

“Ah, kedapatan korang dating lagi”, kata Farah pula lalu duduk di sebelah ku.

Kacau daun betul lah, farah dengan Zafrul ni, bila Daniel nak cakap je mesti tak jadi. Tapi tak apa mungkin belum sampai masa lagi. Aku ketawa sendiri, farah asyik-asyik menyakat aku. kami bercerita-cerita sambil bergambar. Farah ni kalau ke mana-mana mesti bawa kemera. Nak letak di friendster lah tu, kataku. Friendster dia memanf banyak gambar.

Malam tu selepas makan kami tidur awal. Esoknya kami dibangunkan seawal jam3 pagi. Kami bersiap-siap hanya dengan membawa diri dan lampu suluh, kerana akan kembali juga di rumah rehat ni. Pagi tu bukan kami saja yang nak cuba tawan gunung kinabalu ni tapi ada tiga rombongan lagi. Curam juga perjalanan menuju ke puncak, kadang-kadang tak yakin dapat naik. Sepanjang perjalanan itu, macam-macam aku fikir boleh ke aku naik ke puncak, lama lagi ke sampai di puncak dan macam mana kalau tiba-tiba aku hilang atau jatuh, macam mana kalau kaki aku kebas sebab terlalu sejuk. Sampai di tempat bukit batu yang curam, aku jadi kaku, mendaki hanya menggunakan tali, dahlah takut tinggi ni, belum sempai setengah perjalanan aku dah takut. Aku membiarkan semua yang nak cepat naik dulu.

“Lily, kenapa berhenti?”, kata farah dari atas. Yang lain juga melihat ke arah ku terutamanya daniel.

“Korang jalan dulu lah, saya penat ni, nanti saya kejar korang.”, kataku berbohong.

“Penat ke takut?”, kata farah tersenyum-senyum. Lalu Daniel tiba-tiba menuruni semula bukit yang tinggi itu mendapatkan aku. Yang lain meneruskan perjalanan setelah daniel memberi isyarat.

“Lily takut?”, katanya sambil memegang tali.

“Tak lah, er daniel jalanlah, kenapa turun pula?”

“Saya nak tolong lily la, ah..lily pegang tali ni, kaki kanan naik dulu.”

“Tapi saya takut jatuh…”, kata ku, memang takut bukan pura-pura, terus terbayangkan diri aku ni di bangunan yang tinggi, macam mana kalau aku jatuh?

“Jangan takut, saya ada di belakang lily…”, dia memegang tanganku, sambil memandang ke arah ku, pagi yang gelap tu membuatkan aku tidak nampak sangat muka dia, terasa ada kejutan eletrik bila dia pegang tanganku, tapi tu dia sebenarnya menarik tangaku ke arah tali, aku terus memegang tali itu, lampu suluh di tangan kiri ku hala ke arah tali dan ke atas, curam juga ni kata ku.

“Jangan suluh, biar gelap kita naik gunung supaya kita tak takut sangat ketinggian bukit ni..”, katanya lagi lalu aku menutup lampu tu dan memasukkan ke dalam poket, lampu aku tu kecil je. Daniel juga tak berlampu, sebenarnya agak terang juga sebab orang lain menyuluh.

Aku naik perlahan-lahan menuju ke atas, takut jatuh tu hanya Tuhan saja yang tahu, tapi apa pun aku akan pastikan yang aku tak jatuh sebab tak mahu susahkan daniel. Selepas mengharungi bukit bertali, kami meneruskan perjalanan, aku mengeluarkan semula lampu suluh. Walaupun rasa penat dan kaki dah kebas aku teruskan juga, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke atas puncak kan. Hanya tinggal beberapa langkah lagi aku untuk tawan puncak kinabalu, disisi ku daniel, farah dan yang lain-lain dah sampai, siap panggil nama aku lagi.

“Wah, fa, aku tak sangka dah dapat naik gunung kinabalu, umur aku 21 tahun dah menjejak kaki di kaki gunung ni..”, kataku, tak kisahlah, ada umur yang lebih rendah dah pernah naik, asalkan aku kini berada di atasnya.

“Dah tak takut tinggi lagi ke?”

“Entahlah, tak kot”, kataku tersenyum-senyum.

“Wei fa, lily, kat sini, kita tengok matahari terbit, ada beberapa minit lagi ni nak terbit..”, Rona memanggil kamu, daniel rupanya dah join mereka, betul-betul atas puncak, rombongan lain juga dah naik semua.

Aku duduk di tepi sambil memandang awan, betul-betul hampir dengan ku, tapi aku tak dapat pula capai awan tu, tangan dan kaki bukan sahaja sejuk malah dah nak beku, mujur badan aku selimutkan 3 pasang baju seluar.

“Lily ok?”, Daniel mendekati ku lalu duduk di sebelah ku.

“Ok…tapi sejuk macam dalam peti ais..”, kataku sambil mengosok-gosok telapak tangan ku. Tiba-tiba daniel memegang tanganku. Terasa ada sedikit hangat walaupun setiap yang ada di sini kesejukan. Aku hanya membiarkan dia memegang tanganku.

“Lily, sebenarnya, saya suka lily..”, aku hanya diam, terkejut ke? Tak tahulah tapi tak sangka akhirnya dia mengaku juga, saya sebenarnya dapat rasa dia suka aku tapi aku buat tak kisah walaupun dalam hati aku nak cakap aku suka dia.

“Suka lily?”, aku mengulangi ayat itu, mana tau dia tergagap-gagap lagi menjawab.

“Ya, dari awal kita jumpa di tahun pertama hingga sekarang suka tu dah hampir nak jadi sayang, tapi saya takut nak cakap sebab takut lily dah berpunya atau pun tak suka daniel.”

“Tapi kenapa lily?”

“Tak boleh ke? Lily dah ada yang lain?”, katanya sambil memandangku, samar-samar ku lihat muka daniel yang ala-ala korea ni.

“Er bukan, maksud lily, kenapa pilih lily? Ramai lagi perempuan cantik-cantik kat U kita, ada yang berkereta lagi.”, kataku lalu tunduk, kedua-dua tanganku yang dipegang erat dilepaskan.

“Kalau lily tak suka daniel, tak apa la…”, alamak aku cakap salah ke? Dia mula nak bangun tapi kemudian aku dengan berani menarik tangannya.

“Er, sori, saya nak suruh daniel duduk sebenar…”, kataku lalu aku melepaskan tangannya. Dia kembali duduk. Kami diam sebentar.

“Daniel, saya sebenarnya suka daniel, dalam hati ni ada terlukis gambar daniel je…”, tak tahulah kenapa aku mengaku dengan berani macam tu tapi, terlukis gambar, ayat mana pula aku tiru ni.

“Betul?”, tanya daniel sambil memandangku, lalu memegangnya. Kemudian tiba-tiba dia berteriak.

“Yahoo…”, dan saat itu juga matahari keluar memancarkan cahayanya. Indah betul matahari terbit. Aku dapat rasa banyak mata melihat ke arah daniel.

“Woi, daniel, takan hapy sangat tengok matahari terbit…”, kata Zafrul teriak, yang lain juga ketawa, termasuklah rombongan lain yang faham bahasa kita. Daniel hanya tersenyum memandang mereka lalu dia mengajak aku berdiri sambil memegang tangan ku.

“Lily, sudikah kau menemaniku? Menjadi ‘girlfriend’ ku?”, aku mengangguk dan tersenyum dengan gembira lalu tanganku diciumnya. Kesejukan yang kami rasai tidak lagi kami hirau. Atas puncak inilah kami menjadi pasangan kekasih. Puncak gunung kinabalu ini menjadi saksi cinta kami. Akhirnya aku dapat menawan gunung dan daniel. Semoga kekallah cinta kami selamanya. Tamat.

p/s: terima kasih kerana membaca, harap terhibur, sila komen jika banyak kesalahan tatabahasa.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"