Cerpen : Tragedi

31 July 2009  
Kategori: Cerpen

975 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : swyziss_mirna92

“Arghh, Qaseh tolong aku! Sakit!”. Aku hanya mampu menjerit, Menahan kesakitan yang menyengat segenap ruang tubuhku. Tiba-tiba, dahan pokok balak yang tidakku ketahui jenisnya tumbang lalu menghenyak kakiku yang kerdil sekali, kalau hendak dibandingkan dengan pohon tersebut. Jauh bezanya. Pandanganku lemparkan ke arah kawasan sekelilingku. Kemudian, mata aku tertancap pada kakiku yang begitu perit sekali untukku tanggung kesakitannya. Darah kian membuak-buak mengalir keluar. Sakitnya bukan kepalang. Pandanganku mula berpinar-pinar. Segala-galanya mulai kabur pada pandangan mataku.

*************************

Jendela kamar aku kuak. Terserlahlah keindahan pagi yang baru sahaja menjengah. Matahari yang kulihat masih jauh di ufuk Timur mula memancarkan keseriannya. “Subhanallah, cantik sekali ciptaan Allah!” hatiku berbisik. Aku memanjatkan syukur kerana sekali lagi aku diberi peluang untuk menikmati keindahan yang ada di atas muka bumi ini. Dingin angin\\ pagi menampar-nampar ke wajahku. Segar sekali. Rambutku yang terurai sedikit beralun ke arah bertentangan dari

“Kakak, nak ikut ibu tak?” Lantas aku berpaling. Suara ibu kedengaran sayup-sayup memanggil aku. Meskipun pada nada suaranya agak sedikit menjerit supaya aku dapat mendengarinya dari ruang bilik belakang chalet.

Ibu nak ke mana? Kakak nak ikut. Tunggu sekejap. Kakak datang ni.” Aku berlari anak menuju ke balkoni chalet sambil tangan kananku mencapai selendang ungu yang terselit di celahan antara sofa dan dinding kayu Orchid Chalet.

Sedari tadi aku mengikuti ibu, aku hanya mendiamkan diri. Persekitaran pantai kutatap tanpa sebarang perasaan di hati. Aku menunduk, kakiku yang agak berlainan rupanya, ku tenung. Kakiku telah pun pulih sepenuhnya. Ya, sudah pulih sepenuhnya! Segalanya begitu pahit untukku kenang. Maklumlah, sehingga dua minggu aku di tempatkan di wad. Trauma aku dibuatnya. Namun, itulah yang senantiasa menjadi igauanku. Segalanya seakan-akan terlayar kembali di kaca mataku meskipun sudah tiga tahun pengalaman pahit itu berlalu. Mindaku sesak dengan insiden yang kembali terimbau tanpa sebab.

*****************************

“Atie, bangun! Dah pagi ni. Kau tak nak pergi sekolahkah? Bukankah hari ini ada taklimat mengenai ekspidisi berbasikal tu?” Qaseh Adila, sahabat karibku terus menggoncang tubuhku agar aku tersedar dari mimpi. Kebetulan Qaseh menginap di rumahku untuk beberapa malam sebelum sesi persekolahan bermula.

“Erm..sabarlah Cik Qaseh oi. Nanti aku bangunlah. Bukankah awal lagi?” tangan kiriku menepis tangan Qaseh yang terus-terusan memukul kakiku. Aku masih lagi berlingkar tidak ubah seperti seekor ular yang tidur kekenyangan. Selimut di hujung kaki, aku tarik bagi melindungi tubuhku yang sedikit kesejukan.

“Kalau tak nak bangun sudah lah. Aku tak kisah pun. Tapi jangan menyesal ya? Sekarang sudah pukul 7.” Qaseh menyindir Atie yang sedang nyenyak dibuai mimpi.

“Hah? Pukul berpa kau cakap? Pukul 7? Kenapa kau tak kejutkan aku awal-awal, Qaseh? Macam mana ni…?”

“Aku kejutkan kau dari pukul 6 tadi lagi. Tapi kau itu yang tak habis-habis bagi alasan. Sekarang ni salah siapa?” Qaseh terus memerhatikan tingkah Atie yang kalut. Atie tidak semena-mena melompat bangun dari peraduannya. Segala mimpi yang datang bertandang, lenyap begitu sahaja. Tuala terus dicapai lalu Atie berlari menuju kamar mandi.

Qaseh yang sedari tadi memerhatikan Atie, tiba-tiba sahaja tawanya meletus. Geli hatinya melihat Atie yang dalam kekalutan. Matanya melirik jam yang tergantung pada dinding bilik
Atie yang berwarna kebiruan. Pada jam tersebut tertera jarum pendek yang menunjukkan angka 6, manakala jarum panjangnya pula menunjukkan angka 2.

“Baru pukul 6.10 lah Atie. Itulah kau kalau liat sangat untuk bangun”. Qaseh bermonolog sendirian sambil mulutnya tidak habis menguntumkan senyuman.

*****************************************

(Rabu, 15.4.2009)

Aku berpaling ke kiri dan ke kanan. Mata ini meniti segenap pelusuk ruang kawasan kampung yang bakal kami jelajahi. Ekspidisi berbasikal pada kali ini agak lain dari yang lain kerana kami menyelusuri kawasan kampung, berbeza daripada sebelumnya. Daripada kawasan perkampungan, kami bakal mendaki bukit dengan berbasikal untuk ke kawasan dusun.

Encik Ishak selaku jurulatih bertugas pada pagi itu, begitu yakin dengan taklimat yang disampaikan. Suaranya yang garau dan lantang itu memecah kesunyian yang menyelubungi sekitar kawasan permulaan. Hari Isnin itu merupakan hari ketiga kami mnegikuti ekspidisi berbasikal yang bermula pada 13.4.2009.

Fikiranku melayang jauh di awang-awangan. Entah mengapa saat itu aku tidak mampu untuk fokus kepada tutur bicara yang keluar daripada mulut jurulatih. Aku seolah-olah berada di dalam duniaku sendiri. Hanyut entah ke mana perginya tidakku ketahui.

Aku toleh ke arah Qaseh, Fiza, Aini, dan Mariah yang berada di sebelah kananku. Khusyuk sekali dia mendengar taklimat yang disampaikan Encik Ishak. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Beria-ia benar mereka. Aku hanya melepaskan keluahan yang berat. Encik Ishak yang berada betul-betul di hadapan, aku tenung. Cuba untuk memahami segala maklumat yang ingin disampaikan oleh beliau.

“Atie, kau kenapa ni? Cepatlah, kita dah nak mula ni. Kau tak sihat ya? Kalau rasa tak sihat, kau bagitahulah kat Puan Kamini tu. Bukannya dia nak telan kau”. Qaseh mengunjukkan jarinya ke arah seorang jurulatih wanita yang berusia 30-an itu.

“Tak ada apa-apa lah. Aku okey. Janganlah risau. Cuba tengok ni.” Aku menunjukkan ototku yang tidak seberapa bagi meyakinkan Qaseh bahawa aku masih mampu.

“Kau ni memang la. Aku serius tahu tak? Sempat lagi dia bergurau.” Qaseh menunjukkan rasa protesnya dengan reaksi Atie yang masih bergurau dalam keadaan demikian.

Aku hanya mampu tersengih sehingga menampakkan barisan gigiku yang tersusun rapi. “Sudahlah tu. Bukannya selalu kan? Jom?” aku menjungkitkan sebelah keningku. Qaseh mengukir sedikit senyuman. Ikhlas. Belum sempat Qaseh berbuat apa-apa, aku telah pun memaut lengannya sambil menarik Qaseh ke kawasan di mana rakan-rakan lain berkumpul.

****************************

“Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan,
Bermula di saat itu,
Tidak senada irama dan lagu..”

Bibirku yang munggil lagi kemerah-merahan, terkumat-kamit mendengdangkan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang nyanyian Alyah dalam nada yang perlahan. Atau mungkin sahaja hanya bisa didengari diriku seorang.

Gerak badanku dilenggokkan ke kiri dan ke kanan. Aku langsung tidak menghiraukan reaksi orang lain kala itu. Mungkin aku terlalu teruja dengan ekspidisi berbasikal ini. Hatiku benar-benar berlagu riang. Tumpuanku masih lagi pada jalan yang berliku-liku di hadapan. Basikal ditunggang dengan berhati-hati.

“Qaseh, kau tunggu la aku kejap! Janganlah tinggal aku.” Aku sedikit menjerit.

“Kau tu yang lambat sangat. Cepatlah. Aku tak suka lah kena tinggal kat belakang. Yang kau tu, kenapa lambat sangat? Selalu kau lah orang pertama yang dudutangak kat depan tu”. Tanpa menoleh ke belakang, Qaseh membalas. Mulutnya pula dimuncungkan bagi menunjukkan Aini, Fiza dan Mariah yang berada di hadapan. Kayuhannya diperlahankan.

“Suka menjawab betullah kawan aku seorang ni. Nak kata aku bagi soalan, tak ada pula. Tapi kan…baik juga ya kau ni? Tunggu aku juga. Cuma mulut tu saja yang paling aku tak tahan.” Kayuhanku dipercepatkan. Aku mengejar Qaseh dari belakang.

“Agak-agaknyalah Qaseh, bila kita akan sampai? Aku dah bosanlah. Letih kau tahu? Kaki ni dah macam tak nak gerak lagi dah.”

“Banyak cakap betullah makcik sebelah aku ni. Kau kayuh sahaja dah lah. Mulut tu cuba senyap keja. Nanti sampailah. Jom kita gi kat dia orang tu.”

“Yalah, yalah. Aku diam. Tapi nanti jangan tanya apa-apa pula ya?” Qaseh menoleh ke arah Atie yang berada di sebelahnya. Apa yang dapat dilihat oleh Qaseh, Atie menekup mulutnya tanda seolah-oleh dia sedang berpura-pura akan mendiamkan diri untuk beberapa ketika. Qaseh tersenyum melihat gelagat Atie. Kepalanya digeleng-geleng.

**************************

“Hah, itu pun kakak dah sedar”.
“Ibu, jomlah pergi kata kakak”. Danish, adik kecilku yang berustia 5 tahun memaut lengan ibu lalu menariknya bangun. Meskipun kudratnya kecil, dia tetap berusaha.

Aku yang masih berada dalam keadaan separuh sedar, masih mampu mengecam suara ibu dan Danish yang sedang berbual. Mataku buka perlahan-lahan. Kabur. Tangan kananku menggenyeh kedua-dua belah mata bagi memulihkan penglihatanku yang agak kabur tika itu.

Ruang bilik yang agak aneh bagiku, ditenung. Tidak semena-mena, adik aku melompat lantas memelukku. Dahiku berkerut-kerut. Hairan dengan reaksi spontan adik.

t “Adik, janganlah kacau kakak. Kakak baru sedar tu. Badan pun lemah lagi”. Abah yang berada di sudut bilik, memulakan bicara yang sedari tadinya hanya mendiamkan diri.ta

“Ibu, kenapa dengan kakak, bu? Kakak dekat mana sekarang ni? Kenapa kaki kakak berbalut?” bertubi-tubi soalan aku lemparkan kepada ibu. Kelopak mataku sudah dipenuhi dengan mutiara jernih yang tidak lama lagi bakal gugur ke pipi. Sebak dan resah bercampur-baur menjadi satu. Kelihatan ibu mengerutkan dahinya. Kemudian berpaling ke arah abah. Abah cuma menganggukkan kepalanya tanda membenarkan ibu untuk menceritakan segala-galanya yang menimpa aku. Mungkin dia sedang memikirkan jawapan yang paling terbaik untuk menjawab semua soalan yang terbuku di benakku.

“Assalamualaikum.” Pintu hospital dikuak dari luar.
Wajah Qaseh terjengul di muka pintu wad. Bibirnya yang merah bak delima mengukirkan senyuman yang manis. Qaseh melangkah masuk diikuti oleh Fatimah, Fiza, Mariah dan Aini.

Qaseh yang baru sahaja menapak masuk ke dalam wad, terus sahaja menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan kedua-dua orang tuaku. Begitu juga dengan yang lainnya. Buah-buahan yang dibawa, dihulurkan kepada ibuku. Aku hanya menjadi pemerhati yang setia. Kepalaku sedikit menunduk, kemudian mengesat sisa air mata yang dirasakan mengalir ke pipi sebentar tadi. Dalam kepayahan, aku cuba memaniskan muka dihadapan rakan-rakanku.

Setelah diterang oleh ibu mengenai duduk perkara yang sebenar, aku mulai faham. Aku reda dengan ketetapan Allah. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku kepada diriku.

“Terima kasih semua. Sebab tolong aku. Terima kasih banyak-banyak. Jasa baik kau orang tidak mampu untuk aku balas. Semoga Allah –memberkati kehidupan kau orang kelak. Amin”. Setelah sekian lama membisu, aku membuka mulut.

***********************

“Atie, jaga! Ada gaung kat depan tu!” Aku terdengar tempikan suara yang nyaring daripada Aini, Qaseh, Mariah dan Fgtiza. Kepalaku ditolehkan ke belakang. Apabila aku kembali memandang ke hadapan, basikalku tidak mampu lagi untuk dikawal.

Aku menjerit sekuat-kuatnya. Dalam fikiranku, aku mula terbayang wajah lembut ibuku, abahku, dan adik-adik. Mungkin ini hari terakhir bagiku. Basikalku menggelongsor jatuh menuruni gaung
‘’’mengalir keluar langsung tidak menunjukkan tanda yang ia akan berhenti.

Dalam kesamaran, kulihat rakan-rakan serta jurulatih bergegas turun untuk mendapatkan aku yang sedang menanggung azab keperitan. Tanpa kusedari, sebatang pohon balak, jatuh menimpa kakiku.

************************

Pasir yang terselit di celahan jemari kaki, aku kuis. Aku mencorakkan sesuatu di atas permukaan pasir pantai yang agak kasar itu. Kepalaku didongak seketika. Mataku melilau-lilau mencari di manakah kelibat ibu. Setelah sekian lama mengelamun, baruku sedar akan hadirnya ibu serta kedudukan ku yang sebenar di alam nyata.

Segala imbauan tiga tahun yang lalu, lesap entah ke mana. Tiba-tiba, satu suara menyapa gegendang telingaku. Suara ibu!

“Dah habis dah kakak mengelamun?” ibu menguntumkan senyuman.
“Mana ada kakak mengelamun. Ada-ada saja ibu ni.” Aku cuba menutup kebenarannya daripada pengetahuan ibu. Tempelak ibu benar-benar mengena pada waktu itu. Aku tersengih memandang ibu, tidak ubah seperti kerang busuk.

“Dahlah. Tak usah nak berdalih dengan ibu. Ibu ni dah masak sangat dengan perangai kakak tu. Ibu tahu apa yang kakak fikirkan. Betul tak ape yang ibu katakan ni?”
“Errr.. betullah tu. Tadi ibu ke mana? Kakak tak nampak pun”. Aku cuba mengubah topik. Tidak tegar untuk diri ini terus-terusan disoal. Cuak rasanya untuk menjawab.
“Ibu dekat sinilah. Kakak mana nampak. Asyik berkhayal sahaja lagaknya. Tak habis-habis lagi fakir fasal kemalangan hari tu?”
“Ya”. Itu sahaja yang mampu untuk aku katakan.

Tanpa apa-apa petanda, ciuman panas hinggap di pipi gebu milik ibu. Tatkala ibu berpaling memandangku, aku sudah pun berlari anak meninggalkan ibu yang terkesima dengan tindakanku menciumnya. Aku yang sudah 5 meter meninggalkan ibu di belakang, masih lagi ketawa melihat respons ibu.

“Oh, nak kenakan ibu ya? Nakal betul budak ni”. Lantas ibu bangkit dari duduknya dan terus meluru berlari mengejarku. Ketawanya juga sama galak dengan gelak tawaku yang sedari tadi mentertawakan ibu yang lagaknya seolah-olah orang yang dalam kebingungan.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"