Novel : Puteri romantik 2

24 July 2009  
Kategori: Novel

861 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : miss humaira

” Boleh, silakan” jemput Puan Salmah.

Tanpa membuang masa, Penyelia Hashim pun masuk ke rumah mereka yang kurang menyenangkan. Puan Salmah menjemput Penyelia Hashim untuk duduk. Dia terus pergi dan memanggil suaminya untuk berjumpa dengan Penyelia Hashim.

” Abang” panggil Puan Salmah

” Ya” sahut Encik Suhaimi

” Ada apa? Sal” tanya nya lagi.

” Ada orang nak jumpa abang dekat ruang tamu” jawab nya dengan tenang.

” Ok, siapa yang nak jumpa?” tanya Encik Suhaimi.

” Entahlah” jawab Puan Salmah lagi.

” Tak apa, abang jumpa dia dulu” kata Encik Suhaimi.

Kemudian, dia berjalan menuju ke ruang tamu rumahnya yang agak kecil itu. Dia melihat seorang lelaki berpakaian seperti ala-ala pakaian ahli korporat. Tanpa berlengah lagi dia terus bersalaman dengan beliau. Dan terus memperkenalkan dirinya kepada Encik Suhaimi.

” Assalamualaikum, saya Hashim, Penyelia Hashim iaitu penyelia kepada Tengku Hassan Muazzim Syah, yang merupakan orang paling kaya di Asia” beritahunya dengan panjang lebar.

” Oh, kiranya awak adalah salah seorang daripada pekerjanya?” tanya Encik Suhaimi.

” Ya” jawab nya ringkas.

Kemudian, datang Puan Salmah membawa sedulang air untuk diberi kepada tetamu.

” Jemput minum” sambil menuang air ke dalam cawan yang diletakkan di atas meja.

” Boleh saya tanya, kenapa encik datang ke teratak kami yang buruk ini?” tanya Encik Suhaimi.

” Oh ya, saya datang ni nak ambil balik harta kesayangan Tuan Besar” jawabnya dengan yakin.

” Harta? Harta apa?” tanya Puan Salmah.

” Saya rasa rumah kami ni tidak menyimpan harta yang mahal harganya” tambah Encik Suhaimi.

” Oh, sebenarnya bukannya barang yang saya maksudkan, harta yang saya maksudkan ialah anak Encik Suhaimi yang dianggap sebagai anak sendiri” jawabnya

” Maksud awak anak kami yang kami jaga selama 17 tahun” tambah Puan Salmah

” Ya, cucu Tuan Besar hilang selama 17 tahun dan dalam masa yang sama, anak dan menantunya juga meninggal pada hari mereka mencari anak tersebut, sehinggalah sekarang kami dapat berjumpa dengan beliau kembali” ceritanya lagi.

” Macam mana awak tahu yang kami menjaganya?” tanya mereka

” Saya mendapat tahu yang beliau mirip dengan Allahyarham Tengku Mariana, yang juga merupakan ibu kandungnya” ceritanya lagi.

” Jadi awak nak bawa balik dia ke rumah Tuan Besar?” tanya Puan Salmah menahan kesedihan.

Puan Salmah seorang perempuan yang tabah walaupun dia tidak boleh mengandung, tetapi beliau seorang yang baik dan penyanyang. Dia telah menjaga Alya sejak beliau berumur setahun lagi.

” Ya, ini merupakan arahan daripada Tuan Besar” beritahunya.

” Boleh tak kami minta sedikit masa untuk memberitahu beliau tentang hal ini?” tanya mereka.

” Baiklah, saya beri masa selama 30 minit untuk memberitahu belia hal sebenar” jawabnya.

” Kalau begitu, saya tunggu di luar, saya harap awak berdua boleh pujuk dia” tambahnya lagi

” Insyaallah” jawab mereka.

Kemudian, penyelia tersebut menunggu mereka di luar rumah mereka.

-Di Dalam Rumah-

” Selamat Pagi, ibu ,ayah” sambut Alya.

” Selamat Pagi sayang” jawab mereka dengan muka resah.

” Alya, hari ini kamu tak payah la pergi kerja, kami ada hal nak bincang dengan kamu” beritahu Puan Salmah yang sedang menahan kesedihan.

” Ok, apa hal yang mak nak beritahu saya” tanya Alya dengan muka nya dengan penuh tanda tanya.

” Sebenarnya, kamu cucu kepada Tengku Hassan Muazzim Syah,” beritahu ayahnya.

” Wah, seronoknya, tak sangka apa yang saya harapkan dah jadi kenyataan” jawabnya dengan selamba.

Puan Salmah sedang menangis dan Encik Suhaimi hanya terdiam apabila mendengar jawapan anaknya tersebut.

Kemudian, Alya hanya melihat mereka sedang menangis, dan memujuk mereka.

” Ala ibu, ayah, saya bergurau saja tadi, lagi pun perkara tadi bukannya benar pun, saya tak percaya langsung tentang hal itu, mungkin ia Cuma khayalan saya saja” jawab nya dengan riang.

” Tapi….” Kata Encik Suhaimi .

” Tak apalah ayah ibu, Alya nak ke sekolah dulu petang nanti Alya kena kerja pula, selamat tinggal ibu, ayah” kata Alya,

Dengan tidak mengendahkan apa yang diberitahu oleh ibu bapanya. Semasa dia menuju keluar dari rumahnya. Dia terserempak dengan Penyelia Hashim.
” Assalamualiakum, cik muda” kata Penyelia Hashim.

” Kenapa awak panggil saya cik muda, sedangkan saya anak orang biasa sahaja, apa semua ni?” katanya dan memikirkan mengapa ramai orang datang ke rumahnya pada waktu begini.

” Sebenarnya, ini semua realiti ,Alya. Kamu merupakan anak kepada Tuan Besar” jawab Encik Suhaimi.

Alya terus menoleh ke belakang apabila mendengar kata- kata ayahnya.

” Maksud ayah” tanya Alya lagi.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"