Cerpen : Sahabat Jadi Cinta

9 August 2009  
Kategori: Cerpen

949 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : nawty lulu

Faszlyn berkenalan dengan Adam Mikhail sewaktu dia mula-mula menjalani latihan industri di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Bermula dari perkenalan itu dia dan Adam menjadi semakin rapat. Sering berbalas sms dan panggilan telifon. Ditambah pula bekerja pada shift yang sama, membuatkan mereka semakin dekat. Mungkin sikap Faszlyn yang sedikit keras dan kasar, tidak seperti gadis lain yang sentiasa menjaga penampilan dan kecantikkan membuatkan Adam senang berkawan dengannya. Dan disebabkan itu juga perasaan sayang mula bercambah dalam hatinya untuk Adam, namun biarlah itu semua menjadi rahsia hatinya. Dia tidak mahu persahabatan mereka terputus hanya kerana dia di reject oleh Adam nanti.
“Wei Fasz, yang kau mengelamun apa ni? Ingat boyfriend ke apa?”
“Ish kau ni statement biar la elok sikit. Mana datangnya boyfriend aku ni? Kau macam tak tau pulak, aku mana ada boyfriend.”
Itulah perangai mereka sering mengenakan satu sama lain. Kadangkala perlakuan nakal mereka menimbulkan cemburu dihati orang lain. Termasuklah Melisa, sahabat Faszlyn yang sama-sama menjalani latihan praktikal di hotel itu. Dalam diam dia meminati Adam Mikhail namun tidak berani bersuara. Dia tahu, dia harus mengorak langkah mendekati lelaki yang diminatinya itu. Dan cara terbaik yang difikirkan adalah dengan memberitahu Fazlyn.
“Fasz, kau kan kawan baik aku. Kau tolonglah aku. Lagipun kau rapat dengan Adam tu. Aku nak cakap kat dia malu. Please Fasz. Aku memang minat gila kat dia. At least aku dapat keluar dengan dia pun cukup dah.”
Faszlyn terkejut dengan permintaan Melisa. Rasanya agak tak munasabah dia merapatkan hubungan Melisa dengan insan yang disayanginya. Tapi desakan Melisa amat membebankannya.
“Adam, ade orang minat kat kau tau.”
“Apebende kau merepek ni Fasz?”
“Weh aku cakap betul lah. Mane pulak merepek? Merepek makan kerepek lah. Kau tak nak tanya ke siapa?”
“Ah malas aku nak layan kau. Kau tu bukan betul sangat kekadang datang kau punya sewel, asyik dok kenakan orang.”
“Kurang asam jawa punya budak, kau kata aku sewel? Ini boleh mendatangkan marah.”
“Kau nak marah aku ke Fasz? Ala kau simpan jela marah kau tu. Lain kali je kau marah ye. Sekarang kau kena tolong aku, kau hantar semua makanan ni kat buffet line coffee house. Chef dah bising minta tadi.”
Cubaan pertama Faszlyn merapatkan Melisa dan Adam tidak berjaya. Adam menganggap semua kata-katanya hanya mainan. Walaupun hatinya sedikit terguris kerana perasaan sendiri mesti di korbankan, dia tetap membantu sahabatnya itu. Apabila mereka berembung dia sering memainkan peranan untuk merapatkan Melisa dan Adam. Walaupun Melisa biasanya akan membuat riak malu-malu kucing, namun masih tiada respon dari Adam.
“Adam, ada orang kirim salam ni.”
Spontan kata-kata itu keluar dari mulut Faszlyn. Melisa disebelahnya hanya tersenyum malu.
“Erm.. Waalaikumsalam.”
Tanpa bertanya siapa gerangan yang berkirim salam Adam berlalu pergi. Melisa hanya memandang Faszlyn sayu.
“Fasz, dia tak tanya pun siapa yang kirim salam.”
“Dah dia tak nak tanya, aku nak buat macam mana? Takkan kau nak aku cakap, wei tanyalah siapa yang kirim salam kat kau. Kau nak aku tanya macam tu? Kalau ya pun sabarlah sikit.”
Dalam hatinya Faszlyn tersenyum gembira kerana Adam seolah-olah tidak melayani perkara tersebut. Mungkinkah dia sudah tahu, tetapi tidak mahu mengambil pusing ataupun dia sememangnya tidak tahu dan tak mahu mengambil tahu perkara tersebut. Pada sebelah malamnya mereka berbalas sms. Oleh kerana kedua-duanya agak sibuk pada hari itu, mereka langsung tidak sempat bersua muka setelah kejadian berkirim salam pagi itu.
“Fasz, bz ke?”
“X, nape?”
“Takde aku juz nk tnye pehal ngan dak Melisa tu td?”
“Nape ngan die?”
“Ntah. Aku tgk tgedik2 semacam je pndg aku.”
“Weh ko ni perasan giler. Yeke die pndg ko?”
“Eh aku taulah org pndg aku or x. Aku x rabun lg k.”
“Mmg btl pn. Budk tu minat kt kaulah. Takkan i2 pn x phm lg.”
“La yeke? Pehal die minat kt aku lak?”
“Ntah. Mane aku tau. Da die ckp kt aku, die minat kau.”
“Ah merepeklah. Ingat aku xde keje lain ke selain ngorat student?”
“Manelah aku tau. Kau setel la sndri dgn die. Aku da jlnkan kerja aku. Skrg ko trime or x i2 ursan ko k. Da la aku nk tido ni. Gud nite.”
“Ceh ko da kenekn aku dgn die, sng2 ko nk lri ye. Xpe2 esk ciap ko.”
Faszlyn hanya tersenyum membaca sms itu tanpa membalas. Esoknya di hotel dia seperti biasa menjalankan tugasnya. Sebagai pelatih praktikal mereka selalunya diarahkan untuk menjaga buffet di coffee house pada waktu pagi. Jadi pagi itu dia telah selamat kerana takkan bertembung dengan Adam untuk beberapa jam. Setelah menyalin pakaian, dia pergi ke coffee house sambil menyanyi riang. Sebaik sampai disitu, dia menjadi kaget. Sangkaanya meleset. Dilihatnya Adam berdiri tegak didepan open kitchen. Dia segera berpusing ingin melarikan diri dari Adam, namun sia-sia belaka kerana tangan Adam telah pun memaut bahunya.
“Hehehe. Adam, kenapa kau jaga breakfast hari ni?”
“Kau tak payah banyak tanya Fasz. Mana minah gedik tu?”
“Oh kau tunggu dialah ni? Sekejap lagi dia sampai. Biasalah make up je dah ambil setengah jam. Sabarlah sikit Adam.”
“Aku tanya je. Bukan aku tunggu dia. Aku tengah tunggu kau ni. Apa sebenarnya yang dia nak kat aku?”
“Ish kau ni macam tak tau. Kau kan lelaki idamam Malaya, hensem, berbudi pekerti, gentleman, kacak lagi bergaya dan macam-macam lagilah. Tu pasal dia nak kat kau. Tak faham?”
“Ah kau jangan nak bodek-bodek aku lak. Aku takde masa nak bercinta-cintun sekarang ni. Dah lah aku nak balik kitchen. Nak tambah apa-apa datang ambil sendiri aku malas nak hantar.”
“Weh sampai macam tu sekali kau protes? Wei penat lah aku nak kene turun naik.”
Adam berlau tanpa mempedulikan rungutan Faszlyn.
“Adam. Adam. Wei janganlah buat macam ni.”
Faszlyn hanya mampu memandang. Dalam hatinya menyumpah bengang. Kerana dialah bakal menjadi runner untuk mengambil semua makanan yang perlu ditambah nanti.
“Fasz, aku nampak Adam tadi. Tapi kenapa aku senyum, dia masam ye? Dia dari sini ke tadi?”
“Dah kau tak payah banyak tanya. Kalau kau nak sangat bertenet dengan Adam, kau jadilah runner. Hari ni dia tak nak hantar makanan kat atas ni. Dia suruh turun sendiri ambil.”
Faszlyn berlalu bengang. Memang betul seperti yang dikatakan Adam. Melisa memang agak gedik dimatanya. Ntah apa yang digilakannya pada Adam, Faszlyn sendiri tak tahu.
Setelah selesai buffet breakfast pada pagi itu semua pelatih diarahkan untuk masuk semula ke department kitchen yang telah ditetapkan. Fasz masuk ke western kitchen dengan muka yang bengang. Dia masih marah dengan perbuatan Adam pagi tadi. Kerana protes yang Adam lakukan, dia terpaksa berulang-alik untuk mengambil makanan tambahan.
“Fasz, kau marah?”
Teguran Adam langsung tidak diendahkan. Dia ingin Adam tahu dia juga boleh memprotes. Dia terus membuat persediaan untuk breakfast item pagi esok pula. Dia langsung tidak mahu memandang atau bercakap dengan Adam. Tiba-tiba Melisa datang menegur.
“Hai Fasz, hai Adam.”
Faszlyn hanya diam. Dia tahu tujuan Melisa datang ke situ. Semata-mata untuk bertemu Adam. Adam juga diam. Dia tidak tahu mengapa dia langsung tak boleh menerima Melisa yang ingin berkawan dengannya. Mungkin disebabkan Melisa yang terlalu mendesak membuat dia merasa rimas.
“Wei Fasz, kenapa dia tu? Dari pagi tadi tak senyum. Fasz, kau ni kenapa pulak?”
“Hei kau boleh tolong tak? Pergi balik kitchen kau, buat kerja kau. Aku malaslah nak layan kerenah kau ni. Kalau kau nak sangat kat Adam tu, kau pergilah cakap sendiri. Jangan bebankan kepala otak aku ok.”
Sedikit tinggi suaranya memarahi Melisa. Bukan niat dihati untuk memarahi temannya itu. Namun tekanan dan desakkan yang diterima membuat dia bersuara. Melisa berlalu dengan wajah masam mencuka. Biarlah, satu atau dua hari lagi oklah dia. Nasib baik juga sewaktu dia meninggikan suara tadi, tiada siapa dikawasan itu. Jika tidak sudah pasti malu sahabatnya itu.
“Fasz, janganlah marah kat aku. Aku tau aku salah pagi tadi. Tapi Melisa tu buat aku rimaslah.”
“Habis kau rimas dekat dia, balas dendam kat akulah ye?”
“Sori, Ok. Aku tak niat pun. Aku minta maaf banyak-banyak.”
“Erm dahlah. Aku tak kuasa nak marah-marah ni. Lupakan ajelah. Tapi lain kali kalau kau buat lagi, jangan harap aku nak maafkan kau. Sakit tau kaki aku ni. Asyik naik turun ambil barang.”
“Ala ciannya kau. Meh aku tengok mane yang sakit.”
Adam membuat suara manja memujuk gadis Faszlyn. Dia tahu Faszlyn kalau marah takkan lama. Walaupun persahabatan mereka baru mencecah tiga bulan dia dah faham dengan perangai Faszlyn.
Hari demi hari berlalu Melisa merasakan Adam seperti mengelakkan diri darinya. Dia tidak boleh mendiamkan diri. Sahabatnya yang diharapkan membantu langsung tidak membantu. Dia harus bersemuka sendiri dengan Adam. Dia ingin tahu mengapa lelaki itu tiba-tiba sahaja mengelak darinya.
“Adam, kenapa sejak kebelakangan ni Adam jauhkan diri dari Mel? Apa salah Mel Adam?”
“Eh salah apa pulak? Awak tak ada salah apa-apa pada saya.”
“Habis kenapa Adam macam mengelak bila jumpa Mel? Bila Mel senyum Adam buat tak tahu. Bila Mel tegur Adam buat tak dengar. Kenapa Adam? Apa salah Mel pada Adam?”
“Awak tak salah pun. Mungkin Adam tak perasan kot.”
“Takkan depan mata pun tak perasan?”
“Maaf la kalau Adam tak tegur. Tapi mungkin Adam busy masa tu.”
“Busy atau Adam takut Fasz marah Adam berkawan dengan Mel. Maklumlah Adam dengan dia kan macam belangkas. Ntah-ntah Fasz takut Adam jatuh hati pada Mel.”
“Awak jangan nak libatkan Fasz dalam hal ni ye. Dia langsung tak ada kena mengena.”
Adam menjawab dengan suara yang sedikit tinggi. Dia memang tidak suka untuk melayan Melisa. Tambahan pula setelah mendengar Melisa cuba melibatkan Faszlyn dalam hal mereka.. Sejak dari peristiwa itu Adam terpaksa memberi senyuman apabila Melisa menegurnya.
Masa berlalu terlalu pantas. Enam bulan yang perlu dijalani oleh Faszlyn di hotel itu sudah sampai ke penghujungnya Dia akan menyambung semula pengajian untuk mendapatkan diplomanya. Sebelum berpisah, Adam berjanji akan selalu berhubung dengan Faszlyn. Dia berharap walaupun mereka berjauhan, hubungan persahabatan mereka akan kekal terjalin.
“Aku janji pada kau Fasz aku takkan tukar no telifon aku. Supaya kau senang sms or call aku nanti.”
“Eh aku je ke kena sms and call kau? Habis kau tak payah sms and call aku?”
“Ala kau ni, sama-samalah maksudnya.”
“Ok. Janji tau.”
“Janji.”
Namun apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Mereka hanya dapat berhubung beberapa kali sahaja. Lama kelamaan hubungan mereka semakin renggang. Dalam tempoh tiga tahun menjalin persahabatan hanya beberapa kali mereka berhubung. Faszlyn dengan kesibukkan kuliahnya Adam dengan kesibukkan pekerjaannya. Mereka menjadi semakin jauh.
Sehinggalah tahun keempat persahabatan mereka, Faszlyn sudah menamatkan pengajiannya. Dia cuba berhubungan semula dengan Adam. Mungkin memang ditakdirkan mereka tetap bersahabat, mereka menjadi rapat semula seperti dulu. Hari-hari yang dilalui semakin merapatkan mereka. Tanpa disedari perasaan dulu yang cuba disembunyikan oleh Faszlyn kembali bercambah dihatinya. Namun kali ini perasaan ini bukan hanya dirasai oleh Faszlyn. Malah Adam juga mula menyedari perasaannya terhadap Faszlyn.
“Fasz aku nak cakap something kat kau. Aku hope kau tak marah dengan apa yang aku nak cakap ni. And aku tak nak persahabatan kita putus sebab perkara ni. Kalau boleh aku nak kau jujur dengan jawapan kau untuk soalan aku ni.”
“Kau nak cakap apa sebenarnya ni Adam. Tak pernah serius sangat macam ni. Tiba-tiba je hari ni serius.”
Adam menjadi gugup. Dia tidak pasti adakah dia harus meluahkan perasaannya pada Faszlyn atau hanya memendam rasa. Bila difikirkan semula, semakin dipendam semakin parah hatinya ini. Biarlah Faszlyn tahu perasaannya. Dia tidak sanggup Faszlyn jatuh ke tangan lelaki lain.
“Fasz, sebenarnya aku dah jatuh cinta kat kau. Tapi aku tak tau nak cakap macam mana. Aku takut kau reject aku then kita dah tak jadi kawan lagi lepas aku cakap benda ni. Aku jujur sayangkan kau Fasz. Kalau kau tak suka aku sekalipun, kau cakap terus terang dengan aku Fasz. Aku tak nak kita putus kawan sebab perasaan aku ni. Tapi aku tak boleh selamanya pendam perasaan aku.”
Faszlyn terdiam. Dia tidak menyangka perasaannya pada Adam selama ini akhirnya berbalas. Dia hanya tersenyum malu. Tidak dapat berkata-kata. Menyedari Faszlyn yang hanya tersenyum malu, Adam tahu cintanya berbalas.
“Faszlyn Binti Mohd Fadzil, sudikah dikau menjadi suri dalam hati Adam Mikhail Bin Adam Azrin? Buat peneman diwaktu susah dan senang? Menjalani kehidupan bersama selamanya?”
“Fasz sudi Adam.”
Hanya itu yang mampu diucapakan dalam senyum yang amat bahagia. Mereka akhirnya merancang untuk membina mahligai perkahwinan yang telah lama diharapakan oleh keduanya.
Melisa? Melisa tidak lagi berhubungan dengan Faszlyn setelah dia menarik diri dari pengajiannya lebih awal kerana diarahkan berkahwin dengan lelaki pilihan ibu bapanya.

p/s sowi klo citenye x besh.. hope leh bg komen so next time leh improve karya sy.. klo ade cdngan pown besh gax..tq




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"