Cerpen : Surat Cinta Terakhir

28 August 2009  
Kategori: Cerpen

627 bacaan 1 ulasan

Nama Pena : AEFNAERNA

Kuntuman mawar merah mula gugur dari sehari ke sehari, tunduk layu di dalam pasu.Sudah seminggu mereka berpisah, saat itulah ketabahan dan perasaannya teruji lagi. Biarlah dia…kalau dah tak de jodoh nak buat macam mana. Mereka memang dah tak sehaluan.Segala janji manis yang menjadi tunjang mengukuhkan ikatan akhirnya menghiris kalbu jua. Pertemuan semalam seakan sengaja dirancang. Memang dasar lelaki!!! Habis madu sepah dibuangnya.Dah dapat gading baru, tanduk tidak langsung dipedulikan, Malah dicampak ke tempat pelupusan sampah je.
“Tak guna aku simpan benda-benda macam ni..” Nadira memasukkan segala barang pemberian Hisham ke dalam tong sampah. Biarlah hanya tinggal kenangan pahit, bukan menjadi kisah yang perlu dikenangkan. Anggaplah dia tidak pernah singgah dalam kamar hatinya .Buat apa perlu bersedih pada yang dah tiada? sekarang ini pun dia makin bahagia dengan model glamour tu agaknya..
Habis satu almari diselongkarnya. Kalau boleh, biar tiada satupun barang-barang pemberian Hisham menghuni rumahnya.Tanpa disedari,bunyi pecah kedengaran.
“apa ni?”Kotak itu diambilnya dengan penuh berhati-hati .Sudah lama sangat bermukim di dalam almari sehingga diliputi dengan habuk dan debu.Terbatuk-batuk Nadira dibuatnya ketika membuang habuk yang melekat.Perlahan-lahan dia membuka kotak berwarna biru yang kian pudar.
“EDIE, ABADIES”Mulutnya ringan membaca catitan nama di tepi replika cengkerang itu.Dia tersenyum sendirian. Memori manis satu ketika dahulu seakan terimbau kembali. Dia teringat kapada Tengku Murshidee Nezarith yang pernah dikenalinya.Mengapa dia boleh terlupa tentangnya?entah bagaimana agaknya keadaan dia sekarang.Sudah hampir 10 tahun hilang khabar berita tentangnya..

Angin bayu bertiup lembut menenteramkan jiwa. Keindahannya tetap kekal seperti dulu walaupun makin dihimpit pembangunan, Nadira masih lagi dapat mendengar lagu kedamaian yang didendang oleh ombak yang memukul pantai. Dia seakan dapat mendengar laungan melawan kebisingan ombak satu ketika dahulu.Sengaja dia mengambil cuti pendek untuk meleraikan kekusutan fikirannya,dari setiap hari terpaksa bersemuka dengan lelaki yang makin memaksa dia membencinya .Namun,dia tidak pasti mengapa dia berada disini.Tempat bermula alam remajanya.Mungkin kerana mimpi yang seringkali mengganggu tidurnya yang sentiasa menggambarkan tempat ini. Peliknya, segalanya seakan samar-samar..Cuma dia merasakan sesorang menunggunya disini.

“Mak cik Leha, apa khabar?”Sapa Nadira lembut mengejutkan perempuan berusia separuh abad itu.Dia masih macam dulu..mulalah keluar latahan yang mengarut-ngarut. Dia pun tidak pasti samada perempuan itu masih mengenalinya atau tidak. Banyak yang sudah berubah sepanjang tempoh ini. Kedai runcit tempat dia dan adik-adiknya singgah selepas sekolah telah menjadi mini market.Tapak rumah lamanya pun telah dijadikan tadika kanak-kanak.
“Dah lama sangat mak cik tak jumpa kamu. Dah besar panjang”
“yelah,dah lama saya tak datang kesini. Banyak sangat perubahan. Rumah lama pun dah tak de.Cuma yang tinggal peti surat tu je”Keluhnya perlahan.Dari kedai runcit,dia dapat melihat dengan jelas peti surat yang masih berdiri tegak di tepi pintu pagar tadika kanak-kanak. Warna merahnya semakin pudar dan diliputi karat.
“oh ya,tak silap mak cik..dulu ada orang hantar surat pada peti surat tu,tapi bukan untuk tadika. Mak cik rasa untuk keluarga Nadira.Rasanya, mak cik ada simpan surat tu..”dia masuk ke kedai dan mencari sesuatu.
Surat??Nadira tersentak.Pelik, takkan diorang tak tahu dia sudah lama berpindah ke Johor?Lagipun dah lama sangat dia meninggalkan daerah ini.Perlahan-lahan dia membuka sampul surat yang beralamat rumah lamanya tetapi kepada Sakura?hanya seorang sahaja yang memanggilnya sebegitu.

Assalamualaikum..
Kepada Sakura yang diingati selalu, semoga sihat dan gembira disamping insan tersayang. Masih ingatkah kau lagi padaku? Walau apapun kau tetap diingatan.Cuma satu ku pinta, kita masih boleh berhubung??
[email protected]
Edie? biar betul!Nadira seakan tidak percaya..Rupanya seseorang yang selalu hadir dalam mimpinya adalah seseorang dari kisah silamnya.Mungkinkah ini suratan takdir atau kebetulan yang masih samar-samar? rindu yang sekian lama terpendam seakan menyinar kembali.Teringin sangat nak bertemu dengannya kembali demi merungkai segala yang terpendam lama di lubuk hati.

 Assalamualaikum, Edie.apa khabar?dah lama tak dengar berita .Bagaimana agaknya kau sekarang.Tentu kau dah capai cita-cita yang kau impikan selama ini.Aku harap kita dapat sambung persahabatan kita yang terputus dulu.
Keyboard ditekannya ligat.Nadira resah. Email yang dihantar masih tidak berbalas.Dia takut kalau-kalau dia tidak berkesempatan untuk berhubung dengannya lagi.Nadira tersenyum lega melihat ada respon.

 Waalaikummussalam.terima kasih kerana masih sudi berhubung lagi.Sebenarnya saya bukan Edie.
Nadira tersentak.Siapa dia sebenarnya?
 Sebelum itu saya ingin tahu adakah awak pernah kenal dengan seseorang bernama Tengku Murshidee Nezarith? sebenarnya saya Tengku Fazreena,adiknya.Dia terlibat dalam kemalangan bulan lepas mengakibatkan dia hilang ingatan.Jadi,jika awak betul-betul mengenalinya,saya perlukan bantuan awak untuk memulihkan kembali ingatannya .Boleh awak bantu saya?

 Tengku Mushidee Nezarith bin Tengku Iskandar?memang saya pernah kenal dia sewaktu sekolah menengah.Saya sedia membantu. tapi,boleh saya tahu dia dimana sekarang?

 Jangan risau.Dia kini sedang dijaga rapi.Saya perlukan awak untuk menceritakan tentang kisah dia semasa disekolah menengah.Tolonglah cerita dengan sejujurnya bagaimana mula-mula awak mengenali dia.

Baiklah.mula-mula aku mengenalinya sewaktu tingkatan satu. Masa tu kami berada dalam kelas yang sama.Dia tu pendiam, tak bergaul sangat dengan kawan-kawan yang lain.Sewaktu hari pertama sekolah,awal-awal dah timbul masalah,aku dikenakan denda kerana datang lewat ke sekolah.Semua sebab dialah,kalau dia tak langgar aku sampai jatuh dalam longkang dengan basikalnya,aku takkan kena tahan di luar pagar sampai waktu rehat.Semasa kelas sejarah,tak pasal-pasal cikgu Ahmad tanya tentang Negara impian untuk dikunjungi apabila besar nanti.
“Impian saya nak pergi ke Jepun”jawabku perlahan, Tiba-tiba satu kelas bising.ada yang mengejek aku,ada yang menyokong. Nasib baiklah cikgu menyokongku.
“Kenapa kamu ketawa?sepatutnya kita harus berbangga ada dikalangan sahabat kita yag bercita-cita tinggi untuk kesana.kenapa kamu mahu ke Jepun,Nadira?
“err.saya nak tengok bunga sakura..dan jumpa Kenishiro Takeshi”
Tiba-tiba gelak tawa berderai memecah kebisingan kelas itu.Tak sangka mereka perlekehkan aku, Memang ketika itu aku memang minat filem jepun,tu yang sampai terbawa-bawa tu.
“Eleh..buat apalah tengok mende tuu..bodoh betul”ejek Haidi.Semua orang mentertawakanku termasuk cikgu yang asyik tersenyum simpul.Aku hanya mampu menundukkan muka menahan malu.Tiba-tiba bunyi hentakan kuat meja kedengaran.Kelas yang riuh menjadi sunyi sepi.Dia bangun dan meminta kebenaran untuk keluar.Esoknya,dia tak hadir ke sekolah. aku dapat tahu dia berpindah ke sekolah lain.

Beberapa kali Nadira menutup mulutnya kerana menguap.Malam semakin larut.Jelas kedengaran bunyi dengkuran Farisha di sebelah katilnya.Dia menutup tirai perbualan .Esok dia akan merungkai segala-galanya tentang kenangan lalu.Peringatan pada kenangan yang menjadi satu kehilangan.

Tak sangka setahun selepas itu kami bertemu lagi.Malangnya,dia bukan lagi Shidee @ Ku-e yang aku kenali ketika tingkatan satu dulu.Dia dah banyak berubah.Baru beberapa bulan sekolah,dah banyak masalah yang ditimbulkan.Tindakannya banyak memeningkan kepala cikgu,termasuk aku.Yelah,pada masa tu aku dilantik sebagai pengawas .Dia selalu datang lewat ke sekolah bersama gengnya.Kerana itulah kami selalu bertengkar apabila bertemu.Ada sahaja alasan yang dibuatnya setiap kali ditahan.Namun aku tak mudah percaya dengannya.Sesekali timbul juga rasa kasihan apabila melihat dia dikenakan denda,tapi aku mesti menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan.Mungkin kerana itu mereka menyimpan dendam.Aku selalu dibuli oleh mereka.Kadang-kadang tindakannya memang melampau..

Seperti biasa, selalunya selepas kelas Bahasa Melayu,aku ditugaskan menghantar latihan yang siap dibuat ke bilik guru.Dah memang nasib agaknya,bab hantar menghantar ke bilik guru,aku yang menjadi mangsanya.Disaat orang lain sedang sibuk menikmati hidangan di kantin,aku seorang diri mengutip helaian kertas latihan.Selepas itu,terpaksa pula menapak anak tangga ke tingkat tiga bersama kertas yang banyak.Semasa naik,aku berselisih dengan Ku-e dan gengnya.

“kesian dia bawak berat-berat.jaga-jaga nanti jatuh” Kata Ku-e sinis,sempat lagi menyindirku.Bukannya nak menghulurkan bantuan,menambahkan beban adalah.

Tiba-tiba kaki tergelincir dan tersungkur di tepi tangga.Habis kertas bertaburan .
“aduh,sakitnya… “aku mengurut kaki yang terseliuh. alamak…cikgu
“macammana boleh jadi macam ni,ha!!!!”Tengkingan Cikgu Hamdi yang terkenal dengan panas barannya mengejutkanku.Rasa macam nak gugur jantung.Kat situ juga aku kena marah.Bukan tu je,makian dan herdikan habis disemburnya..Aku hanya mampu menelannya dan menahan perasaan malu yang amat sangat. Serta air mata yang dah hampir nak mengalir ni.
” Kurang ajar punya Ku-e.!!!!!!! Sengaja menyakitkan hati aku! Ingat aku bodoh sangat ke, tak tahu dia yang letak kulit pisang tu!” aku berlari menuruni anak tangga .Air mata masih mengalir laju.Rasa sakit hati dan marah mula menyelubungi diri.Apatah lagi, bertembung dengan mereka yang sedang bergelak ketawa seolah-seolah mengejekku.Waktu itu aku memang benci sangat tengok muka dia.Tak pasal-pasal dia dapat penampar percuma.
‘Kalau kau benci sangat dengan aku, cakap je.jangan malukan aku sampai macam ni!” Marahku. memang aku tidak peduli biarpun dia kelihatan terkejut dengan tindakan drastik itu Aku berlari meninggalkannya dalam keadaan terpinga-pinga.Sejak peristiwa itu aku langsung tak bagi muka kat dia, Biarpun berada dalam kelas yang sama, kami tidak pernah bertegur sapa.Kalau nak tahu,dia memang popular di sekolah terutamanya dalam kalangan pelajar perempuan.Banyak juga gosip yang aku dengar tentang ramai pelajar perempuan yang minat dia tapi kecewa sebab tak dilayan.Entahlah kenapa..Tak lama selepas itu, kecoh dia couple ngan budak tingkatan 2,namanya Elly Farina.Minta maaf kalau kukatakan yang aku menyampah apabila dia bercerita tentang buah hatinya,setiap kali kami bertembung.Entah apa motifnya.
Semasa di tingkatan 4,kami masih berada di kelas yang sama.Dia tu memang pelik,suka buat masalah tapi keputusan peperiksaan tetap teratas di dalam kelas.Mulanya aku rasa malang sangat dapat duduk dibelakang dia.itu Cuma perasaan aku je,tak ada apa-apa sebenarnya.Kami selalu bertengkar.Ada saja caranya menyakitkan hatiku..Sehinggakan rakan-rakan dan guru suka gandingkan kami bersama.Setiap kali pembahagian kumpulan, kami akan digandingkan bersama.Oh ya..lupa pulak ,bermula tahun itu dia dikenali sebagai Edie.tak tahulah kenapa dia tukar namanya.Namun nama baru itu makin menyakitkan hatiku.Tabiat dia ni suka pinjam barang aku tanpa kebenaran,Bahkan dia suka menconteng meja dan pemadam dengan tandatangan namanya.Sabar jelah…aku ingat lagi semasa kami diberikan tugas mencari cengkerang dan hidupan laut yang terdampar dipinggir pantai untuk dijadikan bahan eksperimen.
“Laut!!aku Edie!!”Laungannya mengejutkanku.Dia masih lagi boleh bermain-main sedangkan badan aku sudah lenguh kerana terbongkok-bongkok mencari cengkerang.
“Edie, daripada kau buat kerja gila tu,lebih baik kau tolong aku “
“kau ni sakura..tak bosan ke buat kerja tu?kalau kau nak tahu,inilah cara untuk melepaskan tension..”kata Edie sambil menjerit melepaskan tekanan kononnya.
“Boleh tak kau jangan panggil nama tu lagi!daripada buat kerja bodoh tu lebih baik tolong aku cepat.”
“kerja bodoh’? habis yang kau nak pergi Jepun kerana sakura dan pelakon ntah ape namanya tu,bukan perkara bodoh ke? .kalau nak belajar tu logik jugak la”
“kau peduli apa?sekurang-kurangnya aku ada sebab untuk mencapai impian itu.bukan macam kau,kau tak perlu ada impian dan usaha kerana apa sahaja keinginan kau akan termakbul sebab kau anak orang kaya”Jelasku, bengang melihat dia tidak menghiraukan kataku dan asyik bermain ombak.Buat derk je.
“Tengok apa yang aku dapat. Jangan ingat aku curi tulang”Edie menghulurkan gengaman tangannya yang berisi sesuatu.Namun dia menyembunyikan tangannya apabila aku mula berminat untuk melihatnya.Suka sangat mempermainkan ku.
“Tengok, cengkerang paling besar yang kau tak pernah jumpa.Sama macam kau, harapkan kulitnya cantik dan besar tapi dalamnya tiada mutiara, kosong..”Dia menunjukkan cengkerangnya kepadaku.Memang cantik.Tapi aku berpura-pura tidak melihatnya kerana bengang dengan kata-katanya.
Satu perkara memang betul-betul tidak kuduga. Habis gempar satu sekolah ketika kami dipanggil oleh guru disiplin. Aku hampir menangis semasa mendengar surat itu di baca oleh cikgu.Surat itu memang menggelikan dan berunsur lucah. Paling tidak kusangka ia bertandatangan Edie.Memang ketika itu aku tidak menyangka Edie sanggup melakukan perbuatan keji itu biarpun dia berkali-kali menafikannya .Dia cuba menerangkan keadaan sebenar kepadaku tetapi perasaan benci semakin meluap-luap menutupi kepercayaan terhadapnya.
Bermula saat itu,kami dipandang rendah di sekolah.Pergi kemana-mana pun kena ejek.Aku digantung jawatan pengawas selama seminggu.Edie pula kena denda.Masa itu aku memang benci sangat pada dia.Yelah,tak pasal-pasal sebab surat tu,aku yang difitnah ada hubungan dengan dia.Dalam kelas pun,aku beralih tempat jauh dari dia. Nak pandang muka diapun malas,walaupun kes itu masih dalam siasatan. Selama itulah aku terpaksa pekakkan telinga, buat selamba menahan ejekan mereka.
Sehinggalah pada suatu hari Edie digantung sekolah kerana bergaduh dengan seorang pengawas.Sebenarnya,aku yang saksikan peristiwa tu di belakang tandas sekolah ,aku jugalah yang memanggil cikgu untuk meleraikan pergaduhan mereka.Tapi,tak pasal-pasal aku kena tengking dengan Edie kerana menyebabkan dia digantung sekolah. Memang aku terkejut sangat sebab dia tak pernah marah sampai ke tahap itu.Bukan niat aku untuk melihat dia dibuang sekolah , tetapi aku tiada jalan lain untuk meleraikan pergaduhan mereka.

Kau tanya aku macam mana keadaanku selepas abangmu digantung sekolah? Sejujurnya aku dihantui rasa serba salah. Member dia asyik salahkan aku kerana aku pentingkan diri sendiri.Aku memang tak faham kenapa. Maafkanku,aku tak bermaksud untuk memalukan keluargamu. Sebenarnya,aku rasa lain juga semenjak ketiadaan dia.Sunyi je rasa kelas tu..Baru perasan semenjak kes tu,jarang dengar kebisingan dia.Tak lama tu,aku asyik dengar khabar yang tidak baik tentang dia. Mungkin sekadar khabar angin ataupun kebenaran.Dia selalu melepak dan berlumba haram dengan geng lamanya.Ada yang kata dia selalu pergi kelab malam la..
Mulanya,aku tak percaya,tetapi akhirnya aku yang nampak sendiri.Malam itu,aku ekori mereka sampai ketempat sunyi.Mereka sedang bersiap sedia untuk berlumba haram.Bersama sedikit kekuatan,aku cuba menghampiri Edie disamping motornya yang terletak jauh dari kumpulan mereka.
“Edie !! kenapa kau jadi macam ni?” tegurku mengejutkannya
“Sakura, kenapa kau ada disini? pergi balik!!” marah Edie yang kelihatan cemas.Dia menarik kasar tanganku dan menarikku menuju tepi pokok.
“lepaskan aku !! hentikan semua ni.Cepat ikut aku balik”aku cuba memujuknya
“Kau peduli apa?. pergi balik!bahaya kat sini . buat apa kau nak sibuk pasal aku sedangkan kau tak percaya aku?”
“salah ke aku buat macam ni?”
“Memang salah!sebab apa ha?”
“suka hati aku la!”Marahku
“Suka hati bapak kau!kalau macam tu,buang masa je kau kat sini.Sebab apa????”Desak Edie
“sebab..sebab aku risaukan kau,takkan aku nak biarkan!”terluah juga akhirnya..aku bengang..Dia hanya mendiamkan diri.
‘Wah..nampaknya ada harta bernilai, kau nak pertaruhkan dia ke?”Lelaki itu menepuk bahu Edie.dia mengenyitkan mata kearahku .Beberapa lelaki menghampiri kami..
“aku tak kenal dialah,bro”Edie menepuk belakang lelaki itu.Dia cuba mengajak lelaki itu pergi.Tiba-tiba tanganku di tarik kasar.aku panik,tidak dapat berbuat apa-apa.Aku cuba meronta-ronta minta dilepaskan.
“rileks la..takkan kau nak makan dia sorang-sorang,kalau ada dia baru bersemangat nak bakar. Pengecutlah kau ni Edie,kalau kau menang ambillah dia”
“kurang ajar!lepaskan dia!!!”Edie menumbuk lelaki itu. aku panik apabila melihat beberapa lelaki mula menyerang Edie.Hati mula tak keruan melihat Edie dibelasah demi melindungiku.Aku memarahi diri sendiri kerana kalau tidak kerana aku,dia takkan teruk macam ni.
“Polis !polis!!!!”jeritku cuba meleraikan pergaduhan mereka.Keadaan mula huru hara,masing-masing meninggalkan tempat itu.Aku terus meluru kearah Edie yang terbaring lemah di atas jalan raya. Bunyi siren polis kedengaran.
“Edie…maafkan aku”Air mata mula jatuh ke pipi.Kepalanya dirangkul erat. Aku tak sanggup melihat luka dan lebam di mukanya.
“Sakura,to..to..long per..ca..ca..ya aku”Kata Edie terketar-ketar menahan kesakitan yang amat sangat.Aku dapat merasakan genggaman erat tangannya.Aku mengangguk lemah,apa yang aku tahu waktu itu aku tidak mahu kehilangannya.
“dengar,a..ku nak bagi tau se..se..suatu,nanti ta..kut tak sem..pat”Kata Edie
“jangan cakap macam tu…bertahanlah, nanti pun kau boleh cakap pada aku”

Nasib baiklah dia segera dibawa ke hospital.Semua ahli keluarga aku datang.Bertubi-tubi soalan mereka tanya tentang dia sehingga aku bengang dan buntu. Memang waktu tu aku dah tak boleh fikir apa-apa lagi.Dia masih dalam ICU.rasa bersalah asyik menghantui diriku.Aku sanggup dermakan darah semata-mata untuk menyelamatkan nyawanya..Lagipun tiada sesiapa ahli keluarganya yang datang melawat kecuali pak cik dan makciknya.Aku sentiasa berdoa agar dia selamat.Ikhlas kukatakan,aku belum bersedia menerima hakikat kematiannya nanti.Alhamdulillah,akhirnya dia selamat dan melepasi keadaan kritikal.Hanya air mata bisa merungkai segala-galanya.Semalaman aku tidak tidur kerna berkeras untuk menjaganya.

Namun,petang itu berakhir segala-galanya.Sampai je ke wad tempat dia tinggal,dia sudah tiada.Bilik tu sudah kosong,seakan tiada penghuni.Dia pergi tanpa pemberitahuan.Yang tinggal hanya sebuah kotak berwarna merah jambu.Di sekolah barulah aku tahu dia sudah berpindah ke luar negara. Tentang surat cinta itu,dia tidak bersalah.Kami difitnah.Barulah aku faham mengapa dia belasah pengawas hari itu. Budak itulah dalangnya.Yang paling mengejutkanku memang benar Edie menulis surat kepadaku tetapi telah diubah suai oleh mereka untuk memalukan kami.Selepas itu,aku tidak pernah lagi mendengar khabar tentangnya..
“Dira,boleh percaya ke email tu?takkanlah ada orang nak tanya pasal kisah-kisah lama macam tu?”Tanya Farisha seakan tidak percaya.Sebenarnya dia sendiri pun sangsi dengan email itu.
“entahlah ,Farisha .aku pun tak pasti.Tapi sekurang-kurangnya dapat melegakan perasaan bersalah aku.itulah tempat aku mencurahkan segala memori tentang dia.Aku cerita segala-galanya dan aku tak kisah samada dia betul-betul adik Edie atau bukan”Ucapnya penuh yakin.
“serius ke kau nak jumpa dia petang esok?”Tanya Farisha menagih kepastian sambil matanya leka memandang kearah bilik Hisham. Nadira perasan sahabatnya itu merenung tajam kearah Hisham yang sedang bersama buah hati barunya. Mesra sangat nampaknya sedangkan baru beberapa minggu mereka putus tunang. Biarlah..tiada sekelumit cemburupun dihatinya.Nadira sudah tidak mahu peduli apa pun tentangnya.
“ya.aku tetap akan jumpa dia.Manalah tahu mungkin benar apa yang di cakap.Terlalu banyak perkara yang aku hendak luahkan kepada Edie.Tentang Hisham tu,biarlah dia.aku tak nak peduli.yang penting sekarang,aku tak mahu terus dihantui rasa bersalah dan menyesal”Tegas Nadira. Dia menghambarkan senyuman melihat Farisha tersentak mendengarnya.Tentu mati-mati dia tidak percaya betapa tabah sahabatnya ini mengharungi situasi begini.
Matanya melilau mencari seseorang.Macammana nak cam dia?kenapalah dia nak jumpa aku kat sini?muka dia pun aku tak kenal.
Nadira melabuhkan punggungnya diatas kerusi panjang.Debaran mula terasa.Degupan jantung mula bergetar kencang.Hatinya berasa tidak sedap seolah-seolah sesuatu yang buruk akan terjadi.
“Sakura?”teguran seseorang mengejutkannya.Rupanya seseorang yang dinantinya.Diamati wajah gadis berusia pertengahan 20 an itu lama-lama.Macam pernah Nampak,tapi dimana ya?
“Awak adik Edie ke?”Tanya Nadira
“Terima kasih kerana sudi datang.Tak sangka rupanya awak sakura tu,cik Intan Nadira. Awak tak kenal saya?”
“Kenapa ni?macam mana awak boleh tahu nama saya?siapa awak sebenarnya?”Nadira tersentak.
“takkan awak tak kenal saya,Elly Farina yang digosipkan dengan abang Edie semasa di sekolah menengah dulu?”Gadis itu menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi tidak disambut oleh Nadira.
“Elly Farina?apa yang awak nak sebenarnya?kenapa tipu saya?Mana Edie?”Tanyanya bertubi-tubi,terasa diri ini dipermainkan. Patutlah macam pernah jumpa.
“maafkan saya,saya tak bermaksud untuk menipu awak..Cuma, saya nak kenal siapa puteri idaman abang Edie.Saya tunangnya..”Jawabnya perlahan. riak mukanya muka berubah..ada walang dan duka disebalik wajah manis itu yang masih mengukir senyuman penuh rahsia. Perasaan Nadira bergetar,nampaknya dia dapat bersama juga dengan orang kesukaannya.Namun,kenapa dia berkeadaan begitu?
“Tahniah..tapi,mengapa awak nak jumpa saya?”
“apa hubungan awak dengan abang Edie?”soalan drastik yang keluar dari mulut Elly mengejutkan Nadira.
“Apa yang berlaku sebenarnya antara awak dengan Edie?saya memang dah lama tak jumpa dia,kami cuma seorang kawan lama..”Jelas Nadira kehairanan.apa yang terjadi sebenarnya?
“takkan awak tak perasan dia sukakan awak semasa di sekolah menengah dulu?tolonglah,cik Nadira,jangan menipu diri sendiri.kita sama-sama perempuan.Saya tahu cik Nadira sukakan abang Edie dari apa yang saya baca dari email tu”Katanya..air mata mula bergenang di kelopak mata.
“Elly,semua itu dah berlalu,kisah lama yang tinggal kenangan .Kita masing-masing dah dewasa dan ada kehidupan sendiri.Lagipun dulu kami sentiasa bergaduh,takkanlah dia sukakan saya. tak payahlah diungkit kisah lama. yang penting sekarang,awak bahagia dengan dia.Takkan lah pasal cerita budak-budak sekolah dulu,awak nak cemburukan..Saya doakan korang berdua bahagia hingga ke anak cucu”Nasihatnya ikhlas biarpun hatinya merintih pedih.Segalanya sudah terlambat .Rupanya dia sudah menemui kamar bahagia.Tak pelah..asalkan mereka bahagia.
“Awak silap.Memang kami dah bertunang, tetapi aturan keluarga.Saya memang cintakan dia sepenuh hati tapi dia baru belajar untuk menyintai saya.Saya memang tak sangka dia begitu setia dengan cinta pertamanya….”Luah Elly lambat-lambat ,mematikan niat Nadira untuk angkat kaki.Dia tunduk memandang rumput melindungi air mata yang mula berguguran ke pipi.
“Elly…”Nadira kematian kata-kata melihat situasi suram itu.
“Abang Edie memang kejam…Sampai akhirnya pun dia masih ingatkan perempuan tu..semua usaha saya selama ni sia-sia belaka…dia meninggal pun bukan disamping saya..”Elly menghambarkan senyuman pahit.
Nadira kaget.dia seakan tidak percaya dengan apa yang di dengarnya.
“meninggal?apa yang kau cakap ni?”Berderau darahnya mendengar perkataan itu.Ya Allah,tak mungkin…
“abang..abang Edie dah meninggal dunia”Kata Elly perlahan-lahan
Ya Allah..Nadira terduduk..hatinya tiba-tiba sebak,sedih teramat sangat.Air mata mula membasahi pipinya..dia kehilangan kata-kata…dia cuba mengawal dirinya yang seakan terumbang ambing.
“Dia meninggal di Jepun bulan lepas.Tak sangka rupanya dia merahsiakan penyakitnya dari kami.Dia ada leukemia, Nadira. Patutlah dia beria-ia nak pergi ke Jepun sendirian . yang tinggal hanyalah sepucuk surat disisinya.Surat tu untuk awak,Nadira.Dah lama dia simpan perasaan terhadap awak.”Jelas Elly sambil memeluknya erat.
“cukup Elly.saya tak percaya..”Esak tangisnya masih kedengaran.
“bukti tu ada pada awak sendiri,pada cengkerang yang pernah dia bagi dahulu.sebab itu,saya suruh awak bawa sekali.Takkan awak tak rasa pelik dia hanya hadiahkan sebelah cengkerang pada awak?Barulah saya tahu sebenarnya Edie tu nama gabungan awak dengan dia.KU-E dan Dira..”dia menghulurkan frim replika cengkerang milik Edie kepada Nadira.Dengan terketar-ketar,dia mencantumkan kedua-dua belah cengkerang itu.Mengapalah selama ini dia tidak pernah perasan lakaran nama Ku-e pada cengkerangnya?dia terkejut melihat cengkerang milik Edie terlakar namanya.Memang jelas terlakar nama EDIE….Ku-E dan DIra. “Edie…maafkan aku..mengapa kau tak pernah jelaskan selama ini?kalau tidak,aku tidak perlu menunggu saat begini ..dan rinduku bakal terubat.

Assalaamualaikum.sakura,
Disaat terlakarnya warkah ini, aku benar-benar berada di laman Negara matahari terbit,di bawah kuntuman sakura yang mekar mewangi. Masih ingatkah kau lagi kepadaku? Lelaki yang tak jemu-jemu mencabar kesabaranmu dalam menjalankan tugas di sekolah menengah dulu. Mungkin kau kini bersama insan yang berjaya mencuri hatimu.Salam kebahagian ku ucapkan .Biarpun saat dan ketika ini aku masih mengharapkan kau menanti kata-kata yang tak sempat kuluahkan dulu.Aku rindukan airmata dan bisa tamparanmu dulu.
Terima kasih atas kemarahan dan kebencianmu ..kalau tidak,aku takkan berpeluang bertapak dibumi ini. Aku berjaya merealisasikan impian,menjadi pentadbir kepada syarikat yang menaungi ramai pelumba motorsikal professional. Aku tidak mahu mereka mensia-siakan masa remaja mereka seperti aku dulu. Setiap kali melihat mereka berentap di litar,tiap kali itulah aku teringat saat manis dan bahagianya bersamamu biarpun dalam keadaan nyawa hampir melayang dahulu..
Maafkanku ….kerana pergi tanpa apa-apa ucapan. Cukuplah sekadar aku melihat reaksimu selepas mengetahui segala-galanya. Kau pun buat kerja bodoh tu kan! Melaung kepada laut untuk menghilangkan sengsara di jiwa. Aku sedih nak meninggalkan sekolah kita dahulu. Paling aku sedih,orang yang paling aku sayang tak percaya padaku. Tapi,selagi darah kita mengalir bersama-sama,selagi itulah kenangan masih diingatan.Biarpun nanti darah ini terhenti,nafas hayat berakhir,memori itu tetap aku bawa bersama.Walau selepas ini kita tak mungkin dapat bersama,apa yang aku mahu katakan 10 tahun dulu hanya satu perkara: aku menyintaimu. Impianku selama ini Cuma untuk bersamamu menikmati bunga sakura disini.
Sekeping kulit cengkerang masakan menjadi siput tanpa bersambung dengan pasangannya.Ia tetap akan utuh biarpun tanpa mutiara diadalamnya.
Still loving u.aku maafkan kesilapanmu..
Ku-e (edie)

Angin bertiup lembut menyentuh badannya.Bebunga cinta jatuh berguguran di laman pusara. Kelihatan seorang perempuan duduk berteleku mengadap pusara yang masih bertanah merah. Mimpi yang selalu mengganggu lenanya tidak lagi menjelma.Namun meninggalkan satu noktah pada cinta yang tidak kesampaian .Sekadar surat cinta pertama dan terakhir yang menjadi kenangan.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Cerpen : Surat Cinta Terakhir”
  1. phoenix31179 says:

    sangat lain dari yang lain..good flow..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"