Novel : Andai itu takdirku 1

31 August 2009  
Kategori: Novel

2,025 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : INTAN QASEH

“Mama Johan tak nak tinggal,” petah kata-kata seorang kanak-kanak lelaki yang tidak mahu melepaskan seorang wanita awal 20-an itu pergi meninggalkannya.

“Johan. Mama nak pergi kerja sayang. Kalau Johan tak nak tinggal, macam mana mama nak pergi kerja? Johan sayang mama tak?” tanya wanita itu lembut sambil mengusap belakang kanak-kanak itu.

“Selalu boleh je mama bawa Johan pergi tempat kerja mama. Mama sayang Johan tak?” tanya Johan dengan nada manjanya bermain tarik tali dengan wanita itu. Rambut panjang wanita itu dielus-elus menggunakan jari kecilnya.

“Puan Julia sibuk ya hari ni? Kapan pulangnya?” tanya pembantu rumah berbangsa Indonesia yang berdiri di belakang Johan.

“Tak tahu lagi bik. Sayang tinggal dengan bibik dengan Nek Rayu ye sayang. Mama lambat ni sayang,” jelas Julia sambil menggosok lembut kepala Johan.

“Yelah ma. Johan tinggal. Tapi auntie Zaza datang tak ma?” tanya Johan sambil menyentuh pipi Julia dengan jari-jemari kecilnya.

“Nanti mama call Auntie Zaza suruh datang bawa Hali sekali. So, sayang tinggal ye,” pinta Julia mengharap Johan faham dengan situasinya.

“Johan tinggal dengan Nek Rayu ye. Nek Rayu tak ada kawan,” tambah seorang wanita awal 50-an sambil berjalan mendekati mereka bertiga.

“Ok ma. Johan tinggal dengan Nek Rayu. Sayang mama,” aku Johan sambil bibir kecilnya mengucup pipi mulus gebu milik Julia.

“Mama sayang Johan juga. Mama pergi dulu ye sayang. Bik saya pergi dulu. Ma. Julia pergi dulu,” pinta Julia sambil bangun dari posisi mencangkungnya tadi memujuk Johan.

Julia berlalu mendapatkan keretanya.

“Mama. Lupa ye,” kata Johan dengan senyumannya sambil menggoyang-goyangkan kunci kereta yang berada di tangan kecilnya.

Julia tersenyum sehingga menimbulkan lesung pipit di kedua belah pipinya.

“Pandai ye anak mama ni,” puji Julia sambil berlalu kembali mendapatkan Johan untuk mengambil kunci keretanya.

“Anak siapa? Kan Johan anak mama. Mestilah pandai macam mama,” jelas Johan petah.

Walaupun baru berumur 4 tahun, Johan sudah pandai menutur bicaranya dan sudah pandai bergurau.

Julia melambai Johan yang masih berdiri di hadapan pintu rumah sebelum memandu keretanya berlalu untuk ke tempat kerjanya.

Gelagat anak kecil itu betul-betul mencuit hatinya. Setiap hari sayangnya bertambah terhadap anak kecil itu. Setiap hari anak kecil itu jugalah yang membuat dia kuat untuk menjalani hari-harinya.

Kereta di hadapannya berhenti mengejut kerana lampu isyarat yang sudah bertukar merah membuatkan dia tidak sempat memberhentikan keretanya dan menghentam sedikit belakang kereta hadapan. Membulat mata Julia setelah menyedari kejadian itu. Dia turun dari keretanya untuk melihat keretanya dan kereta hadapan.

“Awak ni pandai bawa kereta ke tidak? Tak nampak ke lampu merah?” bebel pemandu lelaki yang keluar dari kereta yang dilanggar Julia sebentar tadi.

“Sorry Encik. Saya tak perasan tadi,” jelas Julia serba salah. Teruk kereta lelaki itu. Tapi, teruk lagi keretanya.

Kereta lain cuba tidak menyesakkan jalan dan mengambil jalan yang lagi satu yang masih lengang. Ada juga yang terjenguk-jenguk hendak melihat kemalangan itu.

“Alasan. Awak tahu susah nak cari alat ganti kereta saya ni. Tahu tak?” marah lelaki itu dengan wajah yang mula menjadi merah menyala. Belakang keretanya diperiksa setiap inci yang tadinya berlaga dengan muncung kereta Julia.

“Sorry sangat,” jelas Julia lagi dengan nada lembutnya. Tidak mahu membangkitkan lagi kemarahan lelaki itu.

“Apa awak nak bu…” kata-kata lelaki itu terhenti apabila berpaling dan memandang wajah wanita yang lembut tutur katanya itu.

Julia sudah tertunduk takut kemarahan lelaki itu bertambah tinggi terhadapnya.

“Lain kali pandu tu hati-hatilah. Ni baru langgar sikit. Cuba langgar kuat. Tak ke merbahayakan diri awak. Dahlah saya dah lambat ni,” jelas lelaki itu sempat berpesan. Sunglasses yang berada di tangannya dikenakan kembali ke wajahnya.

“Habis kereta Encik ni macam mana?” tanya Julia antara dengar dengan tidak kepada lelaki itu.

“Lupakan jelah. Awak baiki kereta awak. Saya baiki kereta saya,” jelas lelaki itu sambil membuang tubuhnya ke dalam keretanya dan memecut laju setelah lampu isyarat bertukar hijau.

Julia sedikit bingung dan kemudian dia turut berlalu untuk tidak menghalang lagi laluan orang ramai.

Keretanya terus dipandu ke tempat kerjanya seperti selalu dan diletakkan di perkarangan Elya’s spa and butique. Dia berjalan masuk ke dalam.

“Pagi Puan Julia. Hari ni tak bawa Johan?” tanya salah seorang perkerja yang cantik memakai baju kemeja dan skirt separas lutut berwarna merah jambu putih.

“Saya tinggalkan dia dengan nenek dia. Pagi ni macam mana?” tanya Julia sambil sesekali memandang wajah gadis di sebelahnya itu.

“Macam biasalah Puan Julia,” jelas gadis itu. Senyuman terukir di bibirnya yang tercalit lipstik berwarna merah jambu.

“Kalau ada apa-apa cari saya dekat office ye. Oh ya. Hari ni Datin Harisa nak datang ambil baju yang dia tempah untuk majlis anyverserry dia. So, kalau dia datang, awak panggilkan saya,” pinta Julia sambil berjalan mendekati sofa yang terdapat berdekatan dengannya.

“Ok. Itu je ke Puan Julia? Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu,” pinta gadis itu pula.

“Itu je. Thanks,” tutur Julia dengan nada lembutnya. Senyuman terus tersemat di bibirnya.

Gadis itu mengangguk sebelum berlalu.

“Julia. Baru sampai?” tanya seorang wanita awal 40-an yang duduk di sofa sambil memegang majalah di tangnnya.

Julia mengganguk sambil mengambil tempat di sisi wanita itu setelah bersalam.

“Hari ni Datin Hani buat apa?” tanya Julia bersahaja. Sekadar bertanya khabar.

“Macam selalu lah. Saya tak suka pergi tempat lain. Dekat sini juga yang sedap. Layanan pun baik je. Macam tuan empunya dia ni kan?” jelas Datin Hani dengan senyuman sambil menyentuh lembut peha Julia.

“Biasa je Datin. Julia ada kerja ni. Julia pergi dulu ye. Kita bual lain kali,” pinta Julia sambil mengangkat punggungnya untuk berlalu.

“Yelah,” jawab Datin Hani pendek membenarkan Julia berlalu.

Setelah masuk ke dalam pejabatnya, dia mengeluarkan telifon bimbitnya dari tas tangannya untuk janjinya terhadap Johan supaya meminta kakak sulungnya datang ke rumah membawa anak buahnya bersama untuk menjadi teman sepermainan Johan.

Selepas itu, seharian dia duduk di dalam perjbatnya menyelesaikan dokumen-dokumen yang masih tertangguh. Helaian demi helaian diselak dan mana yang perlukan pengesahannya, ditanda tangainya.

Terdengar beberapa ketukan di pintu kayu pejabatnya yang terukir cantik itu.

“Masuk.”

“Puan Julia. Tak pergi lunch ke?” tanya seorang pekerja yang baru sahaja menjongol dari balik pintu.

“Tak apalah. Awak pergi dulu,” jelas Julia dengan senyuman. Walaupun banyak kerjanya, bibirnya tetap akan mengukirkan senyuman untuk perkerjanya.

Gadis itu mengangguk sebelum berlalu meninggalkan bilik pejabat itu.

Julia berhenti seketika. Pen di tangannya diletakkan di atas meja. Matanya menyantap gambar yang cantik terletak dalam bingkai kaca di atas mejanya. Gambar seorang bayi lelaki. Gebu kemerahan kulitnya. Telifon bimbitnya dicapai kemudian tangannya menari-nari di atasnya.

Beberapa minit dia menekapkan di telinganya, kedengaran panggilannya disambut.

“Assalamualaikum ma. Johan mana ma?” tanya Julia. Nadanya masih lagi lembut seperti biasanya.

“Johan ada dekat atas. Tidur tadi lepas lunch,” beritahu Datin Rayuni.

“Yelah. Tak meragam ke dia?”

“Taklah. Tu Hali pun ada datang dengan Kak Zaza kamu.”

“Yelah ma. Julia saja nak tanya pasal dia. Julia letak dulu ma. Assalamualaikum.” Telifon bimbitnya diletakkan kembali ke meja. Rambutanya yang panjang sehingga pinggang itu dibetulkan dan disanggul menggunakan penucuk sanggul yang memang berada atas mejanya.

“Puan Julia. Datin Harisa dah datang,” beritahu seorang pekerjanya yang datang menghampiri Julia yang baru sahaja menyudahkan solat Asarnya.

“Thanks,” ucap Julia sambil bangun untuk meletakkan kain telekungnya kembali.

Setelah selesai membetulkan rambutnya dan mencalit lipgloss ke bibirnya, dia keluar dari surau untuk mendapatkan Datin Harisa yang sedang menunggunya.

“Datin. Lama tunggu?” tanya Julia setelah mendekati seorang wanita awal 50-an yang sedang berdiri membelek baju-baju yang terpamer di dalam butik besar itu.

“Julia. Tak lah. Baru je datang. Makin lama auntie tengok Julia ni makin cantik pula. Apa rahsia ni?” tanya Datin Harisa. Wajah putih mulus wanita itu ditatapnya seakan tidak puas.

“Eh tak adalah Datin. Baju Datin tu dah siap. Nak try dulu ke?” tanya Julia sambil menggamit salah seorang pekerjanya yang berdiri tidak berapa jauh dari mereka berdua.

“Dah lama auntie buat dekat Julia. Tak perlulah. Nanti tak suprise pula kan. Jangan lupa datang ye majlis auntie tu,” pelawa Datin Harisa mesra.

“Insyaallah Datin. Syida. Tolong bungkuskan terus,” pinta Julia kepada perkerjanya yang membawa baju Datin Harisa.

“Ye Puan,” jawab gadis itu dan terus berlalu.

“Datin tak nak beli apa-apa lagi?”

“Itu je kot. Kasut saya dah banyak dekat rumah tu. Tapi, ada kasut yang baru datang dari Paris tak?” tanya Datin Harisa hendak juga rasanya membeli sesekali.

“Belum sampai lagi Datin. Maybe petang atau malam ni.”

“Kalau gitu tak apalah. Saya pakai apa yang ada. Tapi, kalau auntie nak tuan spa and butique ni, boleh ke?” seloroh Datin Harisa sengaja hendak membangkitkan suasana antara mereka yang sudah lama kenal.

Senyuman Julia tiba-tiba mati. Bibirnya yang munggil berkilat itu diketap.

“Puan Julia. Ni bajunya,” beri pekerja tadi sambil menghulurkan satu beg kertas yang cantik lukisannya dan tertulis di atasnya Elya’s spa and butique dengan warna merah jambu.

“Ni Datin. Buat pembayaran dekat tempat biasalah,” beritahu Julia sambil terukir senyumannya kembali.

“Auntie main-main je tadi. Jangan ambil hati ye,” jelas Datin Harisa. Beg yang dihulur Julia disambut. Jari-jemari Julia disentuh lembut.

“Tak adalah Datin.”

“Oklah. Anak auntie tengah tunggu dekat depan tu. Takut lama sangatlah pula. Auntie pergi dulu ye.” Kata Datin Harisa meminta diri.

Julia mengangguk sambil memerhatikan setiap langkah wanita itu untuk ke kaunter.

“Puan Julia. Ada coustemer tanya pasal rekaan terbaru night goun,” beritahu Syida setelah mendekati Julia yang masih asyik memerhatikan Datin Harisa tadi.

Julia mengangguk dan berlalu mengikut Syida untuk mendapatkan pelanggannya.

“Puan Julia.” Kedengaran satu suara memamnggil.

Mata Julia yang mempunyai bulu mata lentik yang rapat tertutup itu perlahan-lahan terbuka menampakkan anak mata coklat cairnya.

“Puan tak nak balik ke? Dah pukul 10,” beritahu orang yang memanggilnya tadi dengan senyuman.

Berkerja kuat sungguh majikannya itu sehingga bolah tertidur dalam keadaan terduduk seperti itu.

“Ye ke Fira? Terlelap pula saya. Semua dah selesai ke?” tanya Julia meminta kepastian sambil kakinya berlalu ke bilik air yang berada di bilik pejabatnya itu.

“Semua dah selesai. Saya pun dah nak balik ni. Saya tengok kereta Puan Julia ada dekat luar. Jadi, saya masuk tengok,” jelas Fira sambil memerhati setiap langkah lemah-lembut yang diatur Julia.

Sepanjang dia berkerja dari mula tempat itu beroperasi 5 tahun lalu, sekali pun dia tidak pernah lihat majikannya itu berkelakuan kasar. Apatah lagi hendak marah.

“Thanks kejutkan saya. Kesian Johan nak makan McD. Entah sempat ke tidak saya belikan ni. Dah tidur agaknya dia,” jelas Julia sambil mengemas barangnya yang bolah dibawa pulang bersama. Terkenang sebentar permintaan Johan petang tadi semasa dia menghubungi rumah.

“Happy meal lagi ke?” tanya Fira sengaja hendak menemani Julia sementara wanita itu berkemas kerana dia tahu Julia takut bersendirian. Tambahan pula hari sudah lewat malam seperti itu.

Julia mengangguk dengan senang hati. Semua perkerjanya di situ kenal dengan satu-satunya buah hatinya itu kerana kepetahan dan kelincahannya.

“Baru sehari tak jumpa dia saya dah rindu dekat dia,” seloroh Fira.

Senyuman Julia bertambah lebar.

Setelah mengemas dan memastikan semuanya selamat untuk ditinggalkan, mereka bersama-sama berjalan ke kereta masing-masing.

Julia sempat singgah ke McDonald’s sebelum sampai ke vila papanya yang menjadi tempat tinggalnya sejak kecil sehingga tika itu.

“Julia. Kamu dah balik?” tegur Datin Rayuni setelah melihat Julia menjejakkan kakinya ke ruang tamu.

Julia mengangguk. Walaupun penat, bibirnya sempat mengukirkan senyuman.

“Mama. Kenapa balik lambat sangat? Johan rindu mama,” aku Johan yang berlari-lari anak mendapatkan tubuh mamanya yang masih berdiri di ruang tamu itu.

“Mama pun rindukan Johan juga sayang. Dah mandi?” tanya Julia sambil melutut di hadapan Johan seperti selalu.

“Dah ma sebelum dinner. Mama ada belikan Johan McD?” tanya Johan penuh pengharapan.

“Rupanya ada janji dengan mama ye. Patutlah Nek Rayu suruh makan banyak-banyak tak mahu.” Datin Rayuni tiba-tiba bersuara.

Johan menekup mulutnya. Matanya yang bundar itu dibulatkan.

Julia hanya tersenyum memandang anak itu.

“Alah tak apalah Nek Rayu. Johan kan dah makan nasi yang Nek Rayu masak tu juga,” bidas Johan tidak mahu kalah. Dengan Julia semua benda yang dia minta, pasti akan dapat. Jika dengan Nek Rayu dan Tok Karil, mesti banyak sahaja alasannya.

“Mama nak naik mandi. Johan makan elok-elok ye. Jangan susahkan bibik,” pinta Julia sambil menyerahkan satu beg plastik kepada Johan sebelum dia berdiri. Kepala anak itu disentuhnya lembut.

Johan mengangguk ceria kemudian berlari memanggil bibik di dapur. Pandai sungguh anak itu tentang arahannya yang lalu.

“Julia naik dulu ma,” pinta Julia sambil melangkah meniti anak tangga untuk ke biliknya.

Barang-barangnya diletakkan ke meja kerja yang berada di sudut bilik sebelum berlalu untuk membersihkan dirinya.

Dia masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan tubuhnya. Air pancuran yang membasahi tubuhnya melegakan urat sarafnya yang penat seharian berkerja.

“Mama. Cepatlah. Johan nak tidur dah ni,” suara Johan dengan nada cerianya sambil menggolek-golekkan tubuh kecilnya di atas katil serba merah jambut itu.

Julia yang baru keluar dari dalam bilik mandi tersenyum melihat gelagat Johan. Walaupun matanya sudah mengantuk, kelincahannya masih lagi ada.

“Kejap ye sayang,” pinta Julia sambil berlalu untuk mendapatkan bajunya.

Setelah menyarungkan bajunya, dia melabuhkan tubuhnya di sisi Johan yang sudah memeluk patung beruangnya.

“Mama penat ye?” tanya Johan sambil jarinya bermain pada wajah Julia yang sibuk mengelus rambut Johan yang pendek itu.

“Sikit je sayang. Hari ni Johan belajar apa dengan Hali?” tanya Julia sambil berbaring di bantal yang sama dengan Johan. Dekat terasa Johan dengan dirinya.

“Johan belajar abc. Mama nak dengar?” tanya Johan sambil berpaling memandang wajah Julia. Anak mata coklat cair Julia ditikamnya dengan penuh kasih sayang.

Julia mengangguk.

Johan dengan lancarnya menyanyikan lagu yang ada terisi pelajarannya hari itu.

“Pandainya,” puji Julia dan satu kucupan mengena dahi Johan.

“Johan kan anak mama. Mestilah pandai macam mama.” Itulah ayatnya jika Julia memujinya itu dan ini.

“Ok sayang. Tidur ye. Cepat baca doa tidur,” pinta Julia sambil menadah tangannya.

Johan tanpa berlengah turut menadah tangan dan berdoa.

“Tidur ye. Esok mama kerja. Nanti mama bangun lewat pula,” jelas Julia sambil memeluk erat anak itu. Sekali lagi kucupan mengena dahi Johan. Satu malam dia tidak mengucup dahi Johan sebelum tidur, rasa tidak lengkap harinya.

Johan mengangguk sambil membalas kucupan Julia tepat pada pipi mulus itu.

Entah pukul berapa Julia dan Johan tertidur.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"