Novel : Andai Itu Takdirnya 1

12 August 2009  
Kategori: Novel

26,310 bacaan 9 ulasan

Nama Pena : Puteri Selendang Biru

SINOPSIS

MAYA seorang gadis yang pernah dikecewakan suatu ketika duhulu. Dia membawa diri hingga ke selatan Semenanjung untuk mengubati hatinya yang luka. Setelah lima tahun dia kembali semula ke pangkuan keluarganya. Malangnya, dalam usaha melupakan kekasihnya, Adam, lelaki itu muncul kembali menagih kasih darinya.

WES pernah mengecewakan cintanya, Farahymma kerana mengikuti kehendak keluarganya untuk bersama calon pilihan mereka. Namun, setelah lima tahun jodohnya dan Manisa bagai tidak kesampaian, dia kembali mencari Farahymma untuk menyambung kembali sisa-sisa kasih yang tidak pernah putus.

MAYA dan WES yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain, akhirnya terperangkap dalam situasi yang mengaibkan sehingga memaksa mereka disatukan sebagai suami dan isteri.

BAB 1

Fikirannya melayang jauh mendengar lagu kegemarannya yang diputar di corong radio. ‘Kerana hati ini telah dilukai’ nyanyian Kris Dayanti, cukup menyayat hati. Dia menutup radio sebaik saja lagu itu habis dimainkan. Lantas diarinya dicapai. Pena mula bergerak menulis, mencorakkan rahsia hati.

Dalam kehidupan ini, penuh ranjau dan duri yang terpaksa kita tempuhi. Suka dan duka adalah lumrah kehidupan kepada insan yang bergelar manusia. Hanya semangat yang kental dan ketabahan yang tinggi saja yang mampu menetapkan hati seseorang itu agar terus berada di landasan kebenaran.

In life, we cannot be too greedy. Sometimes we must choose and sometime we doesn’t have any choose. Pengorbanan, inilah yang dinamakan pengorbanan. Kadang-kala kita terpaksa membuat pilihan walaupun pilihan itu akan melukakan perasaan kita sendiri. Tapi kita harus berani menanggung risiko, kerana melakukan sesuatu tanpa kerelaan takkan ada kebahagiaan menanti di hadapan.

Yang penting, doa dan tawaqal harus diiringi dalam setiap langkah kita. Kita harus yakin pada Yang Maha Esa. Tuhan itu Maha Adil. Suatu hari nanti kebahagiaan pasti menjelma. Hanya masa dan keadaan saja yang akan menentukan bila hadirnya ia.

Maya menutup diari biru yang sentiasa menjadi sahabat setianya.

‘Adam…..’ nama itu meniti di bibirnya. ‘Kenapa aku masih ingatkan dia? Lima tahun dah berlalu. Mungkin kini dia bahagia bersama isteri dan….anak-anaknya….mungkin. Mana tahu dia telah menerima gadis pilihan keluarganya sebagai isteri.’

Zila yang baru melangkah ke bilik memandang Maya sambil tersenyum.

“Hai Maya. Termenung jauh nampak. Ingat orang kat bulan ke?” usiknya. Maya tersedar lalu berpaling ke belakang memandang suara yang menegurnya.

“Ingat orang kat bulan tak pe, Zie. Jangan jadi pungguk rindukan bulan sudah,” sampuk Nina yang baru keluar dari bilik mandi sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala.

Maya tersemyum lalu bangun dan duduk di atas katil bujang yang menjadi penemannya di waktu malam selama di hostel itu

“Aku bukannya apa, cuma berfikir tentang masa depan. Tak lama lagi kita semua akan berpisah. Masing-masing bawa haluan masing-masing.” Maya menghembus nafasnya. “Aku ingat, sebelum pulang aku nak spend masa lebih sikit kat sini.”

Itu bukanlah niat sebenar mengapa Maya ingin berada lebih lama di Johor Bahru. Tetapi keyakinan yang cuba dikumpulnya masih belum mencukupi. Berat rasa hati untuk kembali semula ke Pulau Pinang yang banyak menyimpan memorinya bersama Adam. Dia masih ingat lagi kata-kata Adam di pertemuan terakhir mereka.

“Kenapa dunia ni tak pernah adil? Setiap orang yang saya sayang akan tinggalkan saya.” Dia bukanlah cinta pertama Adam, namun Adam adalah cinta pertamanya. Adam….




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Andai Itu Takdirnya 1”
  1. ina putera says:

    bagi saya novel andai iti takdirnya sgt mnrik……..trus kan usha para penulis menulis novel yg mnrik seprti ini……….

  2. nurashikin says:

    novel andai itu takdirnya adalah novel yg terbaik yg memberikan kesan emosi kpd saya……tahniah buat siti rosmizah

  3. nurashikin says:

    rasanya tak lengkap tanpa sambungannya,,,,,,jdi teruskan usaha untuk membuahkan hasil yg lebih lengkap dan menarik…..saya menyokong karier anda,,,,,,motivasi boleh diambil daripda buku anda siti rosmizah……
    :)

  4. princess syafikah says:

    novel nyer memang best

  5. aina hussin says:

    Andai itu takdirnya..memang best!

  6. chynta says:

    bukan ke watak utama dlm novel nie name dia aleya…? nie novel ape??

  7. qiss says:

    novel ni terbaikkkkk……
    baca bnyak kali pon tak jemu…

  8. FarahNadhirah Slash'2 ! says:

    bestt woo ! :* ?? bab 2 ?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"