Novel : Antara Benci dan Rindu 25

26 August 2009  
Kategori: Novel

10,781 bacaan 6 ulasan

Nama Pena : Ida Farisya

Hari ini genaplah tiga hari aku menjadi isteri kepada Mohd Yusrizal Bin Mohd Hamzah. Perasaanku sukar diungkapkan sekarang ini. Benci, marah dan perasaan keliru bercampur-baur. Aku seperti tidak mengenali lelaki yang sudah menjadi suamiku sekarang. Terlalu berbeza sekali perwatakannya dengan Yusrizal yang dulu. Lelaki itu terlalu lembut percakapan dan sopan tingkah lakunya. Dan yang paling aku tidak mengerti adalah kejadian pagi tadi.
Aku terjaga ketika jam tepat menunjukkan pukul 6.05 minit pagi. Sayup-sayup telingaku menangkap suara seseorang sedang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Walaupun alunan suaranya agak mendatar tanpa lagu, tetapi bacaannya agak lancar dan tidak tersangkut-sangkut. Malahan, tajwid dan hukum bacaannya juga aku kira agak tepat. Aku meliarkan pandangan ke sekeliling bilik dan mencari arah datangnya suara itu. Tiba-tiba mataku tertancap pada sesusuk tubuh seorang lelaki yang sedang berada di hujung katil. Tubuh lelaki itu dibaluti baju melayu berwarna biru dan bersongkok di kepala. Ketika itu baru aku sedar Yusrizal sudah tiada di sisiku.
Aku mengamati lagi lelaki itu. Hatiku kuat mengatakan itu adalah Yusrizal, suamiku. Tetapi otakku pula menidakkannya. Tak mungkin itu dia! Yusrizal yang aku kenal tidak pandai membaca Al-Quran. Malahan, tidak keterlaluan kalau aku mengatakan yang lelaki itu juga sudah lama tidak menyentuh kalam Allah itu.
Tapi bila difikirkan semula siapa lagi kalau bukan dia. Cuma kami berdua yang menggunakan bilik itu. Tambahan pula susuk tubuh suamiku itu sudah aku hafal benar. Memang dia! Aku mengecilkan pandangan. Seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku di hadapanku sekarang. Adakah aku bermimpi? Bisik hatiku sendirian.
“Eh, Ifa dah bangun?”
Aku sedikit tersentak apabila ditegur begitu. Tidak menyangka yang Yusrizal menyedari aku sudah pun terjaga.
“Emm..eloklah tu. Waktu subuh pun dah masuk. Jom, kite berjemaah,” ajaknya.
Berjemaah? Bolehkah lelaki ini mengimamkan aku? Walaupun aku sering terserempak dengan Yusrizal yang sedang menunaikan solat, tapi itu masih tidak melahirkan tanda tanya di benakku. Tapi sekarang? I’m supprised!
Pun begitu, aku tetap melangkah turun dari katil yang menjadi tempat peraduan kami sejak tiga hari yang lepas. Selepas memcuci muka dan berwuduk aku menyarung telekung. Bersedia untuk menunaikan kewajipanku kepada yang Maha Esa. Dalam pada itu, mahu juga aku lihat sejauh mana kebolehan Yusrizal mengimamkan solatku pagi itu. Kalau boleh pun, mungkin hanya membaca Al-Fathihah sebagai rukun dalam solat dan membaca surah-surah pendek, seperti Al-Ikhlas, Al-Falaq atau An-Nas.
Tetapi sekali lagi aku terkejut. Yusrizal ternyata tidak seperti yang aku bayangkan. Lelaki itu tenang sekali lagi mengimamkan solatku. Bacaannya ternyata lancar. Dan yang pasti bukan surah-surah pendek yang dibacanya, tetapi potongan daripada surah-surah panjang yang termaktub di dalam naskhah Al-Quran menjadi pilihannya. Aku menjadi keliru. Dalam solat sempat aku berfikir adakah benar Yusrizal yang sedang mengimamkan solatku ini adalah Yusrizal yang sama? Sudah semestinya aku tidak khusyuk melakukan solat pagi itu. Tapi aku agak beruntung kerana 27 pahala amalan sudah tercatat untukku kerana berjemaah.
Ketika itu aku kembali teringat kata-kata abah beberapa bulan yang lalu..
“2 hari 1 malam sudah cukup untuk abah mengenali Rizal. Dia memang sudah berubah Ifa. Ifa mungkin tak tahu yang Rizal lah yang menjadi imam solat maghrib dan Isya’ untuk kami semua.”
Jadi benarlah apa yang dikatakan abah dulu? Yusrizal sudah berubah? Aku semakin keliru.
Sememangnya dari dulu lagi aku menginginkan seorang suami yang beriman. Yang bisa menjadi imamku setiap kali solat dan yang akan membimbingku ke jalan yang diredhai Allah. Adakah Yusrizal lelaki yang aku idam-idamkan itu? Tapi bagaimana pula dengan kelukaan hati yang aku alami ini? Bisakah ia pergi begitu sahaja, hanya kerana kejutan-kejutan yang aku terima selama tiga hari menjadi isteri Yusrizal? Tidak mungkin!

“Dah siap?”
Aku berpaling memandang suamiku lalu menganggukkan kepala. Hari ini aku akan berpindah ke rumahnya. Sedih rasa aku hendak meninggalkan bilik ini. Dan yang paling berat untuk aku lakukan ialah terpaksa berjauhan dengan ibu dan abah. Walaupun jarak rumahku dan rumah ini tidaklah jauh mana jika hendak dibandingkan dengan rumah Yusrizal di Kuala Lumpur, tapi ia tetap mengundang rasa sedihku.
“Kenapa ni? Muram aje?” tanya Yusrizal, mengambil berat. Mungkin menyedari kedinginan aku. Sejak Yusrizal memberitahuku tentang keputusannya yang mahu aku berpindah ke rumahnya, angin aku sudah berubah. Hendak dibangkang aku tidak berdaya. Memang tempat seorang isteri di sisi suaminya. Ibu dan abah pula awal-awal lagi menyokong. Lalu aku hanya menurut. Mujurlah juga keluarga mentuaku sudah bertolak pulang ke Kuala Lumpur sejak semalam. Kalau tidak tentu mereka tidak senang dengan kelakuanku ini.
“Kalau macam tu, kita bertolak sekarang?”
Yusrizal mencapai beg-beg pakaianku. Hanya barang keperluanku saja yang perlu aku bawa kerana rumahnya sudah lengkap segalanya.
“Dah siap?” tanya abah ketika kami melintasi ruang tamu. Ibu yang duduk disebelah abah kelihatan sedih. Sudah tentu ibu berasa berat untuk melepaskan aku.
“Dah siap dah abah. So, Rizal ingat nak bertolak sekarang.”
“Yelah,” kata abah tanda mengizinkan.
Ibu dan abah menghantar kami ke kereta. Aku tidak akan naik kereta Yusrizal kerana aku akan memandu keretaku.
“Ibu, Ifa pergi dulu ya,” kataku sambil menyalami ibu.
“Tak boleh manja-manja lagi tahu lepas ni. Ikut cakap suami. Jaga rumahtangga elok-elok,” pesan ibu kepadaku. Aku hanya tersengih mendengar pesanan ibu. Mungkin ibu bimbang aku akan membuat perangai. Maklumlah, kahwin tanpa rela. Agaknya memang sudah tersurat yang aku akan berkahwin dengan cara ini.
Aku mendapatkan abah pula untuk bersalam. “Jangan lupa jenguk kami di sini selalu,” pesan abah pula.
“Mestilah. Ifa akan jenguk ibu dan abah selalu. Bukan jauh pun Alor Setar dengan Jitra,” balasku pula. Abah tersenyum senang dengan jawapanku itu.
Yusrizal pula mendapatkan ibu dan abah untuk bersalam.
“Abah serahkan Ifa pada Rizal. Kami harap Rizal jagalah Ifa dengan baik. Dia sekarang tanggungjawab Rizal.” Abah berpesan kepada suamiku.
“Abah dengan ibu jangan risau. Rizal akan jaga Ifa dengan sebaik mungkin. Rizal takkan ulang kesilapan Rizal lagi. Itu janji Rizal!”
Aku hanya mendengar ikrar yang dilafazkan suamiku. Entah benar atau tidak aku tidak pasti. Tapi jauh disedut hatiku mengharapkan Yusrizal akan menunaikan kata-katanya.

Kami sampai ke rumah Yusrizal ketika jam tepat menunjukkan pukul 12 tengahari. Memang masanya untuk makan tengahari. Ditambah pula dengan aroma masakan Mak cik Bibah benar-benar membuatkan perutku berkeroncong.
“Hah, dah sampai pun. Mak cik pun dah siap masak. Bolehlah kita makan sama-sama.”
“Mak cik hidangkan dululah. Kami nak bersihkan diri dulu,” pinta Yusrizal. Mak cik Bibah tanpa banyak soal bergerak ke dapur untuk melakukan kerjanya. Nampaknya kehidupan aku di sini mungkin tidak sesukar dulu kerana sudah disediakan pembantu rumah.
“Jom Ifa, abang tunjukkan bilik kita.”
Aku hanya menuruti langkah suamiku. Di rumah ini juga aku perlu sebilik dengan Yusrizal nampaknya. Kalau tidak memikirkan mak cik Bibah yang turut tinggal di sini, sudah tentu aku akan memujuk Yusrizal untuk tinggal di bilik yang berasingan seperti lima tahun lepas. Manalah tahu hatinya akan lembut lalu membenarkan?
“Masuklah,” ajak Yusrizal apabila melihat aku seperti keberatan untuk menjejakkan kaki ke dalam bilik itu. “So, inilah bilik kita!”
Terpesona aku seketika apabila melangkah ke dalam bilik itu. Bukan kerana keluasannya, tapi kerana perhiasannya. Bilik ini telah dihias cantik selayakknya kami sebagai pengantin baru.
“Cantik tak? Mama dengan mak cik Bibah yang hiaskan.”
Aku tidak menjawab pertanyaannya. Hanya melangkah dengan selamba memasuki ruang bilik itu. Dua kali ganda luas dari bilik aku. Cantik dan kemas sekali! Aku menuju ke balkoni lalu menolak cermin luncur. Serentak dengan itu udara segar menyapa tubuhku. Terpukau aku sejenak dengan keindahan alam ciptaan Tuhan yang terhidang indah di hadapanku. Dalam hal ini aku terpaksa mengaku dalam diam akan citarasa Yusrizal yang begitu tinggi. Sememangnya dari dulu lagi Yusrizal gemar dengan kehijauan alam. Citarasanya yang sama denganku.
“Ifa suka tak, sayang?” tanya suamiku sambil memelukku dari belakang. Aku yang begitu asyik dengan pemandangan di depan mata hanya mengannggukkan kepala sambil tersenyum senang. Malah, aku meletakkan tanganku di atas tangannya yang sedang melingkar di pinggangku. Persengketaan yang aku lancar padanya seakan pergi menjauh buat seketika.
“Cantik!” kataku, sepatah. Kagum aku dengan alam ciptaan Tuhan.
“Cantik lagi isteri abang!”
Aku mula sedar diri apabila kata-kata itu keluar dari mulut Yusrizal. Cepat sahaja aku mahu menolak tubuhnya, tetapi tidak berjaya. Setelah penat berusaha aku hanya mendiamkan diri. Membiarkan pelakuannya.
“Dekat sini pun saya kena tidur dengan awak ke?” tanyaku, malu-malu.
“Mestilah. Atau Ifa nak terima offer abang yang kedua tu? Boleh jugak.”
Aku hanya mencebikkan bibir. Tak mungkin aku akan terima. Aku rela tidur dengannya daripada menerima offer yang kedua itu. Belum masanya lagi! Yusrizal hanya ketawa kesukaan melihat bibirku yang memuncung itu.
“Tariklah lagi muncung tu. Abang cium karang.”
“Awak jangan nak mengada-ngada ek. Tepilah saya nak pergi mandi ni,” pintaku sambil menolak tubuhnya. Tapi suamiku itu tidak mengendahkan kataku.
“Tepilah.”
“Cium abang dulu!”
Terbeliak mataku mendengar permintaannya itu. permintaan yang kukira agak melampau walaupun tidak pada hukum syarak. Hubungan kami telah dihalalkan.
“Awak jangan nak minta yang bukan-bukan!”
“Abang tak peduli. Kalau Ifa tak nak cium, abang takkan lepaskan Ifa. Tak makan pun tak apa,” kata Yusrizal lagi. “Cepat!” Pipinya sudah disuakan kepadaku. Mahu tidak mahu terpaksa juga aku menurut kehendaknya. Sengihan lelaki itu semakin melebar apabila bibir merahku menyentuh pipinya.
Apabila dia melepaskan tubuhku terus aku menghilangkan diri ke dalam bilik air. Malu dengan apa yang telah aku lakukan sebentar tadi. Terasa wajahku hangat.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

6 ulasan untuk “Novel : Antara Benci dan Rindu 25”
  1. fie_gadizz91 says:

    waaahhhhhhhhhh. best nyeeeeerr…tak sangka yg rizal tu berubah sampai macam tuh skali, bertuah ifa… hhehehehehehe….

  2. noorniza says:

    wah romantinknyer….. huhu

  3. MiCha2402 says:

    ;-) ;-) ..

  4. romantik nye…. ;-) ;-) ;-) ;-)

  5. Nur Dara Adalia says:

    ;-) :oops: :oops: :oops:

  6. venus@@@ says:

    ;-) suke..suke..suke..sangat… :razz: :razz: :grin:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"