Novel : Dr.Cinta 3

14 August 2009  
Kategori: Novel

7,480 bacaan 4 ulasan

Nama Pena : dyadila @ Dia Adila

“ni dia yang kau nak” Zikri meletakkan Nasi goreng Pataya, Restoran Ambang di atas meja. Iskandar tersemyum manja. Zikri mencebik, mengada-ngadalah tu dasar anak manja. Dia menarik kerusi di depan Iskandar dan duduk bersandar di situ.

“ni aku sayang kau ni..kaulah kawan aku dunia akhirat Zik” Iskandar mencium aroma Nasi goreng Pataya kegemarannya itu.

“dunia Akhirat hotak kau…kau tahu tak jauh gila restoran tu kau sengajakan nak dera aku” suaranya sengaja dikuatkan biar semua orang dengar.

“ala..lagipun aku jadi macam nipun sebab kau kan..” Iskandar menayang kakinya.

“amboii suka hati kau je kan kaki kau tu dah dua minggu baik tau…sengaja nak mengada-ngadakan” senyuman lebar Iskandar membuatkan dia mencebik. Bibik pembantu rumah Iskandar membawa pinggan dan sudu seperti yang diarahkan.

Tengku maria menurini tangga sambil tersenyum. Riuh rendah suara anaknya dan Zikri membuatkan hatinya tertarik untuk menyertainya.

“apa mama dengar bising-bising ni?”

“ni Is buli Zik Mak Engku”

“hah?” bulat matanya mendengar aduan anak angkat kesayangannya itu.

“Iskandar?”

“mama dengarlah cakap budak ni bukan boleh pakai..dia buli Is adalah..sampai patah-patah kaki orang tak fikir?”

“ehhh….pembetulan bukan patah, terseliuh je..amboiii pandai-pandai buat fitnah ek..”

“sama ajelah ejaan je lain”

“kalau patah kaki kau mesti sampai sekarang tak elok lagi tau..” masing-masing masih menegakkan hujah. Macam anjing dengan kucing bila tak jumpa kang sibuk tanya. Tengku Mariam mengeleng perlahan.

“hahhh dah..dah jangan nak macam budak kecik..awak dua orang tu dah besar panjang jangan nak buat macam budak kecik ek..”

“anak manja mama nilah….” Iskandar menunjuk ke arah Zikri. Memang Zikri anak angkat kesayangan mamanya sampai kadang kala dia sendiri terasa hati tapi masa kecik dululah sekarang ni tak mungkin. Zikri sendiri dah macam saudaranya.

Zikri tersenyum lalu mencapai bungkus nasi pataya di depan Iskandar pantas tangannya menyuap nasi ke dalam mulutnya. Bulat mata iskandar melihat gelagat Zikri.

“weiii Zik tu nasi akulah..”

“ada aku kisah?” dengan selamba mulutnya mengunyah nasi yang sudah penuh di dalam mulutnya. Langsung tidak mempedulikan wajah masam Iskandar.

Tengku Mariam hanya ketawa melihat telatah anak-anaknya. Hatinya terhibur memang kehadiran Iskandar dan Zikri banyak menceriakan hari-harinya. Zikri memandang ke arah Iskandar yang asyik membaca buku kegemarannya. Dari dulu lagi Iskandar memang suka membaca dan dia lebih suka menghabiskan masa di padang kalau tidak bermain bola dia akan mengaktifkan dirinya dengan sukan-sukan lain.

***

Mazliana duduk di tepi padang Futsal. Melihat anak-anak muda bermain tanpa menghiraukan orang sekeliling. kalaulah kak Ju ada mesti dia tak akan sunyi macam ni. Maz bejalan sendirian entah kemana dia sendiri tak tahu. Baru dua hari lepas dia menjual lukisannya, bangga kerana setiap lukisannya akan memuaskan hati pembeli.

“haiii boleh berkenalan” pantas dia menoleh ke arah jalan. Kereta kancil hitam itu dipandang lama. Cuba mengecam pemandunya tap dia tetap tak dapat mengingati siapa yang menegurnya itu.

“weiii la..kau ke mangkuk tingkat… ” jerit Maz kepada Bobo. Atau Boharin.

“aku dah hensem sangat ke sampai kau tak kenal aku?”

“emmm hensemlah.. sampai aku punya jantung terhenti bila nampak kau tadi” Maz tersenyum. Boharin adalah teman sekuliahnya dalam Art and Design. Sayu-satunya teman lelaki yang sehingga kini tahan dengan perangainya.

“meh arr masuk perkena teh tarik ke orang canai..”

“kau belanja”

“kau ni Maz dari dulu tak pernak berubah… yalah aku belanja no hal punya” Maz meloncat masuk ke dalam kereta Boharin. Tak sia-sia kalau tak dah lama dia terpaksa berebut bas untuk balik ke rumah.

Restoran Menanti menjadi pilihan Boharin. Mereka duduk di tempt yang jauh dari pelanggan yang ada.

“kau buat apa sekarang?jangan kata buat bodoh ok” tanya Bobo.

” alaaa tak buat apapun..aku macam biasalah bebas” kata-kata Maz membuatkan Boharin ketawa kuat.

“haiii bilalah kau ni nak ditakluk ek.. asyik bebas”

“alaa kau macam tak kenal aku, bukan senang tahu tak nak jadi Mazliana Hj Nordin ni” milo ais di depannya disedut perlahan. Aikk sedapnya air free.

“kau pula buat apa? Dah kawin?” giliran Mazliana pula mengajukan soalan yang sama.

“aku kerja sendiri je adalah masuk sikit-sikit, aku dah kawin anak dah sorang”

“hahh??? Fuyooo powerlah kau.. kawin tak ajak akupun ek”

“macamanalah aku nak ajak kau, lepas ke kita habis belajar kau hilang macam tu je.. kalau aku jumpa kau mesti aku tak jadi kawin” terkenang saat cintanya ditolak oleh Mazliana. Tapi kini hatinya hanya milik isteri tercinta.

“hishhh kau ni… tak pe nanti kau kenalkan aku dengan isteri kau dan apa yang penting anak kau ek”

“mesti… kau dah kawin ke?”

“kawin?” Mazliana ketawa lagi ” aku ni siapalah yang nak.. ganas brutal semacam..lelakipun takut ahu tak” sambungnya lagi.

“emmm kau tu memilih sangat, aku yang hensem ni pun kau reject ni mesti nak cari anak raja”

“hishhh kau ni…dah bukan jodoh kita, tapi apa yang penting kau kawin dulu sebelum aku..” Mazliana menutup rasanya. Malas dia mengenang peristiwa lama.

“sekarang kau masih melukis ke?”

“bobo..lukisan dengan aku mana boeh dipisahkan..kalau aku ni tak boleh melukis aku rasa boleh mati tahu tak” boharin tersenyum dia tahu itulah yang membuatkan hubungan mereka menjadi rapat. Minat mereka sama.

“mesti banyak masuk keu ni…relax je aku tengok” tanya bobo.

“emm adalah sikit-sikit..Sekarang ni Orang kita dah mula hargai seni”
“betul…aku setuju”

“kau setuju saja apa aku cakapkan” maz melihat jam di tangannya.

“alamak aku dah lambat ni..aku dah janji dengan mak aku nak temankan dia shoping..aduhhh ni mesti balik ni aku kena basuh ni”

“jomlah aku hantarkan kau”

“ni yang aku sayangkan kau ni…macam tahu-tahu je aku nak suruh kau hantarkan” ketawa Mazliana membuatkan Boharin tersenyum. Memang Maz tidak pernah berubah.

***

Perlahan-lahan dia masuk kedalam ruang tamu rumahnya, matanya melilau mencari bayang maknya. Dia melepaskan nafasnya perlahan. Macamanalah dia boleh lupa janjinya, dia menyesal kerana terlalu sibuk dengan urusan sendiri.

“kalau orang yang mungkir janji adalah orang yang munafik” Mazliana memejamkan matanya. Aduhhh menusuk ke jantung. Pantas tubuh puan Maznah dipeluk erat.

“sorry mak…Maz betul-betul terlupa”

“tulah anak…sampai lupakan mak yang melahirkan”

“mak….”

“ok macam nilah malam ni maz belanja makan dekat luar ok?” Maz cuba memujuk hati ibu kesayangannya

“hah??… betul ni Mazliana Hj Nordin nak belanja makan? Macam pelik bunyinya” Hj Nordin menyampuk dari belakang. Kelihatan dahi ayahnya berkerut.

“betullah..malam ni kita makan dekat luar…tempat terserah kepada penal hakim yang arif lagi bujaksana”

“ok kita ke restoran Seri Melayu malam ni” putus Puan Maznah.

“hah? Seri Melayu… mahal tu…”

“aikk…merungut nampak?” pantas hj Nordin bersuara, sengaja ditahan tawanya apabila melihat wajah kerut anak kesayangannya itu.

“emmm ok beres yang penting permaisuri hati ayah ni akan terpujuk hatinya, patik rela melakukan apa sahaja” Mazliana mencium tangan maknya. Tubuh wanita itu dipeluk lagi.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Dr.Cinta 3”
  1. ManjaLara says:

    macam2 restoran dalam citer nie eh??
    haha…

  2. ummihurairah says:

    hehe..best

  3. hafzan sarah says:

    byk dialog..

  4. puteri myra says:

    salam..
    ~mnjalara-tul la..byk nama restoran dlm bab ni..jln2 cri mkn ke??hehe
    ~dya adila-idea dya bgs tp bkn mudah nk reka dialog,situasi n watak sesempoi yg dirangka kn??anyway,keep it up

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"