Novel : Jiranku kekasihku 5

25 August 2009  
Kategori: Novel

8,486 bacaan 6 ulasan

Nama Pena : Mel Mellisa

Hakimi masih lagi tercegat di situ. Matanya membulat memandang kearahku. Mulutnya sedikit melopong. Tidak percaya denga kata-kataku sebentar tadi. Nafasnya turun naik. Macam kuda baru lepas berlari marathon .Mukanya yang agak putih itu terus merah jadinya. Maunya tak terperanjat, dia tak sangka aku dah bertunang kot.

“Tu…tunang you, Faiza? Is it true?”
Dia bertanya. Inginkan kepastian barangkali. Berkerut-kerut mukanya bersama deruan nafas yang kencang. Aku mengangguk laju. Tanpa segan dan silu. Harap-harapnya dia percaya dengan cerita tunang palsu aku ni. Aku tidak mahu lagi dia mengganggu hidupku. Cukuplah dengan apa yang dia dah lakukan padaku. Aku tidak mahu lagi rasa semua itu. Sakit…amat menyakitkan!

Aku lihat dia meraup wajahnya dengan telapak tangan. Dia tersandar di keretaku. Sedapnya menyandar kat kereta Myvi Se aku tuh. Nak jek aku tarik tangannya supaya menjauhi kereta comel aku tuh.

“Ada apa-apa yang tak kena ke encik dengan tunang saya?”
Tiba-tiba Dr. Sharizal bersuara. Aku tersentak. Tidak menyangka dia akan bersuara. Aku teragak-agak memandangnya yang berada di sisiku. Takut wei..Dia hanya menganggukkan kepalanya dengan muka yang serius ketika membalas pandanganku. Alamak…dia marah ke? Mati aku macam ni. Aku semakin terperanjat bila dengan selamba badaknya dia merangkul bahuku mesra. Dadaku tiba-tiba berdegup kencang. Tak tentu arah jadinya. Peluh ‘anak dara’ sudah menitis di dahiku. Nafasku terasa sedikit sesak dan sukar bernafas ketika itu. Macam nafas orang tengah nazak lagaknya.

“Err…takde apa-apa. We’re friend. Dah lama tak jumpa. Siince dah terjumpa kat sini…”
Ayat itu tergantung disitu. Hakimi memandangku baggaikan meminta ayatnya yang tergantung itu aku sambung.

“Ya. Err…ni Hakimi. Hakimi ni…err…tu..tunang i…err”
Tergagap-gagap aku memperkenalkan mereka. Aku rasa mahu pengsan rasanya. Kakiku sudah mula tak stabil dah ni. Nak menyebut perkataan ‘tunang’ tu rasa perit pulak kat tekak.. Apalah nasib…aku terpaksa membawa Dr. Sharizal sekali dalam cerita aku dengan jantan jongos ni. Ya Allah…ampunkanlah dosa hambaMU ini. Amin. Sempat lagi aku berdoa.

“Sharizal”
Dr. Sharizal memperkenalkan dirinya sendiri. Dia menghulur tangan kepada Hakimi. Hakimi menyambutnya lambat-lambat. Pandangan mata mereka saling bertaut. Seperti sedang berbicara menggunakan isyarat mata.

“Hmm…oklah, i…i…pergi dulu, Faiza. Apa-apa pun, nice to meet you again.”
Hakimi berkata sambil merenungku tajam. Bibirnya mengukir senyuman pahit umpama buah peria. Aku mengalihkan mataku. Nafasku sesak bila melihat renungan tajam matanya itu. Tajam menikam menusuk segenap ruang-ruang hatiku.

“En. Sharizal, I hope you akan jaga puteri I ni macam mana I jaga dia dulu. Jangan sesekali lepaskan dia macam yang I pernah buat pada dia. She’s like a princess from heaven.”
Terkedu aku mendengar pengakuan dari Hakimi. Serta-merta pandanganku tetumpu ke arahnya. Benarkah dia menganggap aku sebegitu? Adakah pujian itu lahir dari hatinya yang tulus ikhlas? Hakimi…kalaulah kau melafazkannya sewaktu kita sedang dilamun cinta dulu…alangkah bahagianya aku waktu tu. Ish…jangan terpengaruh Faiza! Ini Cuma sandiwara semata-mata. Aku mengingatkan diriku. Aku ni macam berhalusinasi pulak dengan diri sendiri. Ceh..! Mintak simpanglah!

“Insya’Allah”
Ucap Dr. Sharizal pula. Aku hanya mendengarnya. Tak lama kemudian, Hakimi berlalu dari tempat kami tadi. Hakimi kuekori dengan pandangan mataku sehingga kelibatnya hilang dari pandangan mataku. Aku menghela nafas lega. Terasa saluran pernafasanku yang sedikit sempit tadi sudah kembali normal. Beban yang aku tanggung tadi sudah terlepas semuanya. Aku melepaskan pengangan tanganku yang sedari tadi melingkar di lengan Dr. Sharizal.

“Sorry, doktor. Saya terpinjam lengan doktor tadi.”
UCapku perlahan dengan suara yang takut-takut. Aku menjarakkan tubuhku sedikit dengan tubuhnya. Aku bersandar di pintu keretaku sambil memicit kepalaku yang sedikit berdenyut. Tiba-tiba sakit pulak kepala aku ni.

“Sorry…”
Berkali-kali aku meminta maaf darinya. Aku meminta maaf padanya atas keterlanjuranku menyeretnya sekali ke dalam masalahku. Bukan itu saja, bahkan aku juga telah mengaku bertunang dengannya. Aku menyesal tapi terpaksa melakukannya agar Hakimi tidak akan menggangguku lagi setelah mengetahui aku akan berkahwin tidak lama lagi. Aku tiba-tiba berasa malu dengan dirinya. Malu dengan tidakanku tadi. Tiba-tiba menggedik pulak dengan dia. Mana aku nak sorok muka aku ni?

“It’s okay, Faiza. Awak tak payahlah nak meminta maaf dengan saya. Saya tak tahu apa masalah awak dengan kawan awak tu tapi saya rasa saya memahaminya. Sudahlah…benda dah berlaku kan.”
Dia cuba memujukku. Aku menyangka dia akan memarahiku atas perbuatan aku tadi, rupa-rupanya tidak. Nasib baiklah dia tak marah kat aku malahan memujukku pula. Sedikit sebanyak, aku terpujuk dengan pujukannya itu. Cair jugaklah hati aku ni.

“Awak ok ke?”
Soalnya kemudian. Aku mengangkat muka dan mengukir senyuman. Pantas kepalaku mengangguk.

“Saya ok.”
Kami terdiam seketika. Masing-masing membisu.

“Eh, oklah. Saya balik dululah doctor. Dah lewat ni”
Aku tiba-tiba menyedari akan masa yang makin lama makin senja, bukannya makin pagi. Aku melihat jam di pergelangan tangan. Sudah pukul 6.30 petang. Ah…traffic jam lah ni! Ni semua pasal si Hakimi geduak tu. Ish…kalau tak, dah selamat dah aku sampai rumah.

Aku berkalih ke pintu kereta. Bersedia untuk membuka pintu kereta.

“Faiza”
Dr. Sharizal memanggilku. Automatik leherku berpusing dan memandangnya yang sedang berdiri beberapa meter dari tempatku berdiri.

“Ye?”
Jawabku sambil menaikkan kening. Dia berjalan ke arahku. Sambil itu tangannya menyeluk saku seluarnya. Tangan kananku diraih dan sekeping kad namanya diletakkan di telapak tanganku. Aku memandangnya hairan.

“Call saya kalau awak perlukan apa-apa. Tak kiralah even you want to share your problem with me or anything. Saya sedia mendengarnya.”
Katanya perlahan. Hanya didengar oleh kami berdua saja ketika itu. Aku membelek kad namanya yang berwarna biru firus itu. Cantik juga kad nama ni. Bisik hatiku. Tapi kan kami berjiran. Perlukah aku telefon dia kalau aku ada apa-apa macam aku sakit ke…hehehe…apa salahnya laung saja dari rumah? Tak boleh? Boleh tu memang boleh tapi sanggupkah aku berbuat begitu? Ish…

“Er…thanks”
Itu saja yang mampu aku katakan. Aku kemudiannya meminta diri untuk pulang.

“Ingat tau. Do call me if anything happen to you. Saya kan… tunang awak”
Ucapnya perlahan disertai dengan senyuman nakal. Allah…malunya aku bila dia berkata begitu. Macam pinggan melekat kat muka saja. Malunya! Padan muka aku! Padan!
Aku ketawa kecil dan mengangguk. Sesaat kemudian keretaku meluncur keluar dari perkarangan petak parking Pasaraya itu.

Dalam perjalanan balik ke rumah, tak putus-putus aku ketawa sorang-sorang bila mengingatkan peristiwa yang baru terjadi tadi. Rasa kelakar pun ada. Ada ke patut aku mengaku Dr. Sharizal tu tunang aku depan Hakimi? Yang dia, pergi percaya. Kelakar betul. Aku ketawa sambil menggelengkan kepala. Ni semua pasal Hakimi. Hakimi. Nama itu meniti di bibirku. Senyumanku memudar perlahan-lahan bila mengingatkan Hakimi. Hatiku diamuk rasa marah terhadap Hakimi. Lelaki pertama yang pernah bertakhta di hatiku dan pertama yang melukai aku. Tanpa semena-mena, aku menumbuk sterengku tanda protes terhadap perbuatan Hakimi padaku.

Telefon bimbitku berdering.Siapalah yang telefon ni? Aku memberhentikan keretaku di tepi jalan. Kalau memandu sambil telefon nanti lain pulak jadinya. Elok2 aku nak balik rumah terus masuk wad ICU hospital pulak. Aku melihat nama adikku di skrin telefon. Lekasku menjawabnya.

“Assalammualaikum”
Sapaku dengan salam suci.

“Waalaikumusalam. Kak, ni Fana ni.”
Adikku Farhana yang mesra disapa Fana itu menjawab tergesa-gesa.

“Ye, ada apa Fana telefon akak petang-petang ni?”
Aku bertanya kerana tidak sedap hati bila adikku telefon petang-petang begini. Mendengar suaranya yang tergesa-gesa tu. Ku mengerling jam di dashboard. Pukul 7.00 petang.

“Akak, Fana ada benda nak cakap ni. Akak jangan panic ye”
Aku makin diburu resah bila mendengar adikku Farhana berkata begitu. Kenapa? Ada sesiapa sakit ke?

“Kenapa ni Fana? Ada apa?”
Kedengaran Farhana menghela nafas.

“Ayah masuk hospital?”

“Hah?! Kenapa Fana?”
Berderau darahku bila mendengar ayat itu. Ayahku sakit?

“Ayah kena sakit jantung. Baru kejap ni. Fana, mak, semua ada kat hospital ni”
Ujar adikku. Aku menyandar pada kerusi pemandu dan memicit dahi. Astagfirullahal a’zim. Dadaku sudah mula rasa sebu mendengar berita itu.

“Ok…ok. Akak balik sekarang”
Aku mematikan talian tanpa menunggu jawapan dari adikku Fana. Aku memecut laju keretaku ke tengah jalan. Destinasiku adalah johor Bahru. Kampungku, bukannya rumahku.

………………………….

Aku sampai ke Batu Pahat, Johor tepat pukul 9 malam. Sepanjang perjalananku hanya berzikir supaya ayahku selamat. Aku takut kehilangannya. Aku sayang ayah aku. Aku masih perlukan kasih sayangnya. Aku memarahi diriku kerana tidak pulang ke kampong kerana sibuk dengan tugas harianku.Padan muka aku! Asyik ingat kerja-kerja! Nak menjenguk mak ayah kat kampong pun tak sempat! Aku kesal. Ya Allah Ya Tuhanku…Kau panjangkanlah umur ayahku agar dapat aku berbakti kepadanya. Amin. Tidak putus-putus aku berdoa kepada Yang Khaliq.

Masuk saja pintu gerbang hospital, terus aku menuju ke wad kecemasan. Dari jauh aku lihat ibuku, adik-adikku dan pak ngahku sedang menunggu di luar bilik pembendahan. Menurut adikku Farhana, ayahku telah dimasukkan ke wad kecemasan dan doctor menyerankan ayahku supaya dibedah segera kerana dia mengalami strok dan darah beku perlu dikeluarkan dari kepalanya. Ya Allah. Aku terus memeluk ibuku yang sedang menangis teresak-esak. Aku mengusap badannya dan cuba menenangkannya. Adik-adikku kesemuanya sudah sembab mata akibat menangis.

“Sabar ye mak. Insya’Allah, ayah akan selamat ye. Banyakkan berdoa”
Aku menenangkan lagi ibuku. Aku turut menumpahkan air mata walaupun tidak ketara. Aku mesti menunjukkan pada ibu dan adik-adikku bahawa aku seorang yang tabah Walaupun aku tidak seperti itu. Aku ni pelemah orangnya.

“MAcam mana boleh jadi macam ni Pak Ngah?
Aku bertanya Pak Ngah yang sedang menyandar di dinding hospital itu. Mukanya juga keruh kerana bersedih.

“Pak Ngah pun tak tahulah Faiz. Ika dating rumah kata ayah pengsan. Pak Ngah pun dating dan bawak ayah ke hospital.”
Jawab Pak Ngah. Aku melepaskan keluhan halus.

“Ika, macam mana boleh jadi macam ni?”
Aku lontarkan pertanyaanku tadi kepada adik bongsuku, Syafika. Dia mengangkat mukannya yang sudah bengkak mata. Dialah yang paling banyak menangis aku tengok.

“Ayah jatuh tangga. Masa tu, Ika yang mengada-ngada nak makan kelapa muda. Ika paksa ayah suruh ambik. Ni semua salah Ika. Salah ika kak. Maafkan Ika”
Syafika menjawab dalam sendu. Dia menangis lagi. Kuat. Mungkin menyesal atas perbuatannya. Aku meraih tubuh Syafiika ke dalam pelukanku. Cuba menenangkan.

“Shh…dah…dah…jangan menangis. Benda dah berlaku kan”
Syafika terus menangis dalam dakapanku. Sedaya upaya aku cuba menenangkannya. Adik bongsuku yangbaru berusia 15 tahun ni memang penggembeng orangnya. Lebih gembeng dari kakaknya ni. Aku menggosok-gosok belakangnya.

Setelah agak lama menunggu, lampu emergency terpadam. Beberapa saat kemudian, seorang doctor keluar.

“MAcam mana doctor dengan ayah saya?”
Terus aku bertanya. Mewakili ahli keluargaku. Wajah doctor itu kurenung. Doktor itu menghembuskan nafas halus.

“Buat masa ni keadaan En. Kamaludin stabil. Kami sudah Berjaya mengeluarkan darah beku dari kepalanya.”
Aku menarik nafas lega mendengar kata-kata doctor itu.
“Tadi dia terkena serangan jantung yang serius. Mujurlah dia sempat dihantar ke sini. Alhamdullilah…tapi, En. Kamaludin terpaksa diletakkan di CCU untuk pemantauan. Kami akan lakukan beberapa ujian untuknya.”
Sambung doctor itu kemudiannya. Aku menganggukkan kepala. Dia mengehadkan hanya seorang pelawat saja yang dibenarkan melawat ayahku dalam satu-satu masa. Selain itu, pelawat akan dikenakan pakaian khas yang disediakan untuk melawat ayah. Aku mengangguk faham. Memang itu prosedurnya. Doctor itu kemudiannya meminta diri untuk beredar.

“Mak, mak pergi tengok ayah dulu ye.”
Emakku mengangguk lemah. Aku menghantar ibuku masuk ke wad CCU. Seorang jururawat membantunya memakaikan pakaian khas dan topeng muka untuk masuk melawat. Aku menghantar ibuku dengan pandangan mata sehingga kelibatnya menghilang ke bilik-bilik CCU itu. Aku menarik nafas lega kerana keadaan ayahku tidaklah membimbangkan.

Aku menelefon Ellin mengatakan esok aku cuti kecemasan. Mungkin Isnin baru aku masuk kerja. Tengoklah dengan keadaan ayahku macam mana. Kalau dia sudah betul-betul stabil, barulah aku balik Melaka. Kalau tak, aku akan ambil cuti tambahan untuk menjaga ayahku. Ellin memahami situasiku dan menasihatiku agar bersabar kerana ini semua ujian dari Allah. Aku mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Ellin. Walaupun Ellin ni gila-gila orangnya tapi dia seorang sahabat yang terlalu mengambil berat. Aku bangga mempunyai sahabat sepertinya.

…………………….

Aku tersedar bila aku dikejukan oleh Farhana, adikku. Aku terpisat-pisat bangun sambiil memandang sekeliling. Nampaknya, aku tertidur di hadapan wad CCU ni. Patut pun badan aku sakit. Kerusinya keras. Aku mengeliat kiri dan kanan untuk meregangkan pinggangku. Macam nak patah rasanya.

“Pukul berapa ni dik?”
Soalku sambil menutup mulutku yyang tengah bersangap.

“pukul 12 tengah hari kak”
Aku membeliakkan mata. Pukul 12? Aku lihat jam di pergelangan tangan. Ya Allah…aku tidur sampai pukul 12? Aku meraup mukaku sekali imbas.

“Kenapa Fana tak kejutkan akak dik?”
Soalku pulak. Geram juga kerana sudah pukul 12 baru dia nak kejutkan. Aku luku jugak kepala budak sorang ni karang.

“Fana kesian tengok akak. Tak sampai hati nak kejutkan akak. Mak pun tak bagi kejut”
Jawabnya perlahan. Aku menguap lagi. Mengantuknya. Ish…dahlah tak mandi ni. Busuk. Malu pulak kalau ada kakitangan hospital yang tengok aku tidur tadi. Dahlah hari ni hari sabtu. Waktu melawat akan bermula kejap lagi. Nasib si Fana ni cepat kejutkan, kalau tak, buat dramalah aku tempat menunggu ni. Jadi tontonan ramailah aku tengah tido dengan air liur menitis dari mulut. Hew..!! Tidak sopan langsung!

“Dah makan?”
Tanyaku kemudiann setelah selesai aku membasuh muka dan menggosok gigi di bilik air. Berus gigi dan ubat gigi tu aku beli kat kedai bawah. Nasib baik ada. Cuma aku tak mandi jek. Hmm…busuk!

“Belum”
Pantas dia menjawab.

“Ok, jom kita makan dulu”
Ajakku dan mula mengatur langkah menuju kantin hospital.

“eh, mak dengan Ika mana?”
Aku macam terlupa pula pada ibu dan adikku lagi seorang tu.

“Ada kat wad. Ayah dah pindah wad biasa. Diorang kat sanalah”
Mataku membulat memandang Farhana.

“Iye?”
Farhana mengangguk dan tersenyum. Kemudiannya aku mengajak dia pergi menjenguk ayah dulu di wad. Dia mengikut saja.

………………………

“MAcam mana dengan ayah awak?”
Soal Dr. Sharizal ketika dia menelefonku. Entah dai mana agaknya dia dapat nombor aku. Mesti Ellin yang beri ni.

“Alhamdullilah…dia dah sihat sikit.”
Jawabku pendek. Sebenarnya aku tidak menyangka dia akan telefon. Maklumlah, aku ni siapa pada dia, kenal baru dua tiga hari, pulak tu aku bukannya girlfriend dia ke apa ke, Cuma tunang palsu saja.

“Doktor cakap apa?”
Dia terus bertanya. Ingin tahu perkembangan kesihatan ayahku.

“Doktor cakap…ayah stabil. Cuma dia perlu buat beberapa ujian dan rehat dengan cukup.”
Balasku lagi.

“Dia sakit apa?”
Aku mula rimas dengan pertanyaannya. Aku malas betul nak jawab. Nasib baiklah kau ni tunang palsu aku. Getus hati aku yang sedikit mendongkol ni. Dahlah orang belum mandi ni, badan lekit-lekit, lagi banyak Tanya pulak.

“Dia ada lemah jantung sebenarnya. .”
Jawabku perlahan. Rimas betullah kalau asyik Tanya jek. Taulah dia pun doctor juga. Tapi,aku sedar dan amat berterima kasih atas keprihatinannya tu yang sudi mencemar duli tuanku menelefon dan bertanya tentang ayahku. Walhal, aku baru jek kenal dia dua tiga hari ni.

“oh…make sure dia ok yek. Risau jugak saya.”
Aik..? apasal nak risau pulak? Kan ayah aku yang sakit, bukan ayah dia. Pelik betul doctor ni. Hmmm…mungkin naluri seorang doctornya itu yang membuatnya risau kot. Aku membuat andaian.

“Dia kan…bakal ayah mentua saya, kan faiza?”
Aku tersentap. Gulp! Terkedu dengan kata-katanya walaupun aku sedar ia hanya sekadar gurauan. Kalau betull, apa salahnya. Hehehe…mulalah otak aku ni fikir yang bukan-bukan.

“Ha’ah. Ayah mentua palsu.”
Balasku sambil ketawa kecil. Dia pun ikut ketawa.

“hmm…oklah, saya ada kerja ni. Nanti saya call balik heh. Take care!”
Ucapnya sebelum sempat aku membalas. Talian telah diputuskan. Aku mengeluh. Baru nak ucap terima kasih tadi. Hmm…agaknya ada hal kecemasan lah tu. Aku memasukkan semula telefon bimbitku ke dalam saku dan berjalan menuju ke wad tempat ayahku diletakkan.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

6 ulasan untuk “Novel : Jiranku kekasihku 5”
  1. Riana75 says:

    best la cite ni…. :smile:
    lawak la…. “geduak” tu :razz:
    best… tapi spelling error la….
    pepepun best…. :razz:

  2. rose says:

    :sad: kesian :sad:

  3. luvnovel says:

    saya kan tunang awak…ala2..so sweet la doc tu…

  4. shima says:

    spoil sbb byk ejaan slh… pape pon best kot cter nie… :roll:

  5. miracan says:

    bestnye.. i luv.. i luv.. sesuatu berlaku tanpa kita sangka, it happened to me before.. hehhehe…

  6. deeda95 says:

    bahasa agak boring lah :/ keep it up !!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"