Novel : Ku yang Setia 13

6 August 2009  
Kategori: Novel

244 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : Nia Arissa

“Abah, adik nak pergi rumah kawan adik dekat Selangor boleh tak?” usul ku pada ayah ketika di meja makan. Abang yang sedang menyuap nasi mendongak. Seakan terkejut. Sedangkan abah hanya biasa-biasa saja.
“Berapa lama?” soal abah kembali. Aku agak teragak-agak untuk bercakap dengan lebih lanjut.
“Err…sampai habis cuti sem,” jawab ku dengan tangan terketar-ketar. Aku tidak begitu berselera untuk makan. Nasi di pinggan lebih banyak ku kuis. Lauknya saja yang ku ratah. Abah sempat juga menjeling ke dalam pinggan ku.
“Kenapa lama sangat. Nak buat apa dekat sana? Kawan yang mana satu?”

Tu dia. Macam mesin gun abah guna. Meletup-letup soalan keluar dari mulut abah.
“Adik saja je nak cuba kerja dekat kilang kerepek mak dia. Lagipun adik boring la nak duduk dekat rumah sorang-sorang,” rayu ku. Wajah ku tak usah nak cakap. Memang muka satu sen.Yang paling aku gerun bila abah merenung mata aku.
“Bila nak bertolak?” soal abah sambil menyambung suapannya. Abang hanya menjadi pendengar setia. Langsung tiada bantahan. Kalau tidak jangan harap aku nak menang bila depan abah. Benda boleh pun jadi tak boleh.

“Esok pagi.”
“Ermm..pergilah. Bila nak ambil tiket?” tak sangka abah mengizinkan aku pergi. Tanpa banyak soal pula tu. Pelik juga ni. Selalu abah bukan bagi sangat aku nak stay rumah siapa-siapa. Tambah pula rumah Zila beribu batu jauhnya. Tapi aku tak ambil port semua tu. Yang penting aku kena keluar dari daerah ini.
“Belum lagi. Ingat nak cari esok je,” jawab ku. Kalau boleh aku tak mahu menyusahkan sesiapa.
“Ermm..nanti abang temankan adik pergi cari tiket. Isteri kamu tak balik lagi kan?” arah abah pada abang. Aku mendongak. Melihat seraut wajah milik abang. Tenang. Bagaimana abang boleh setenang ini.

“Dia kena buat kerja lebih masa agaknya. Adik cepat la makan. Sampai bila nak habis kalau asyik dikuis je nasi tu,” kenyataan abang mengejutkan ku. Tak sangka rupanya abang juga memerhatikan ku. Terkulat-kulat aku. Macam mana nak telan nasi tu. Tekak aku dah cuba nak terima tapi tak boleh.
“Makan la sikit. Nanti sakit pula. Abah tengok adik makan sikit sangat semenjak dua menjak ni. Adik ada masalah ke?” Gulp!! Air liur ku telan terasa kasar. Macam mana abah dengan abang boleh perasan ni. Takkan dia orang dah tahu. Siapa pula yang cakap.

“Eh tak de la. Mana ada. Adik macam biasa je,” aku cuba berdalih. Mana mungkin aku dapat membohongi apa-apa dari abah dan abang. Kami terlalu rapat. Abang dan abah terus merenung ku. Aku di serang oleh dua pihak sekali gus. Aku terkedu. Perlukah aku berterus terang.
“Ye la..ye la. Adik makan la ni,” terpaksa aku meneruskan lakonan yang sedikit pun aku tidak rela. Aku mencedok ayam masak kicap yang selalu menjadi hidangan kegemaran ku. Belum di tambah dengan sambal belacan. Memang aku paling akhir sekali bangun dari meja makan. Abah dan abang masih lagi setia menanti ku. Ingin saja air mata ku menitis kala itu. Diri ku tiba-tiba menjadi sebak. Aku tidak dapat bertahan lagi. Pantas aku bangun berlari ke bilik air. Pintu terus ku kunci.

Air mata ku mengalir laju. Aku menahan sendu. Tidak mahu abah dan abang mendengar sendu ku. Kekuatan ku luluh apabila abang dan abah memberi perhatian pada ku. Memang sudah ku jangkakan. Mereka pasti telah mengetahui masalah yang sedang melanda diri ku. Hanya menanti kesahihan dari bibirku saja.

Aku berada di dalam bilik air agak lama. Sehinggalah suara abang memanggilku. Aku mengemaskan diri. Cuba berlagak seperti tiada apa. Perlahan ku buka pintu bilik air. Wajah abang terpacul di depan ku.
“Jom. Kata nak beli tiket,” sedikit pun abang tidak bertanya kenapa. Seperti perkara itu tidak berlaku. Sungguh memang abang memahami ku.
“Ok. Kejap adik pergi siap,” abang hanya mengangguk.

********

Aku menyusuri jalan yang dilalui oleh bas. Dari melalui jalan-jalan yang di penuhi sawah padi bertukar kepada kawasan-kawasan yang di penuhi dengan perumahan. Untuk pertama kalinya, kaki ku akan menjejak di daerah yang belum pernah aku kunjungi. Untuk pertama kalinya juga diri ku berjauhan dari keluarga bukan kerana mengejar ilmu. Berjauhan bersama hati ku yang lara. Kebetulan bas yang ku naiki akan singgah ke kota besar Kuala Lumpur untuk menurunkan beberapa penumpang. Dapat la aku menjamu mata dengan beberapa tempat yang biasa ku lihat di kaca tv. Sebuah kota yang begitu pesat membangun.

Telah ku maklumkan lebih awal pada Niza untuk menjemput ku di bandar Klang. Aku sempat membeli beberapa buah tangan sebelum menaiki bas pagi tadi. Nak melawat la katakan. Aku tiba di bandar Klang tepat jam 4 petang. Dengan tempat yang agak asing, aku tidak berani untuk ke mana-mana seorang diri. Bandar Klang tidak kurang hebatnya. Keadaan di stesen bas begitu sesak. Aku tercari-cari kelibat Niza yang masih tidak kunjung tiba. Cuaca yang panas merimaskan ku. Kocek seluar ku seluk lalu mengeluarkan handphone N95 kesayangan ku.

Aku menanti panggilan ku dijawab. Agak lama juga ia menanti untuk di jawab.
“Wei Zila. Bila kau nak sampai ni. Dah naik kebas kaki aku duduk dekat sini,” sembur ku pantas. Mana aku tidak marah, Zila tidak muncul seperti yang di janjikan.
“Laa… sorry Kasih, aku suruh abang aku pergi jemput kau. Dia tak sampai lagi ke?” Zila menyoal ku kembali. Bagus punya kawan. Inilah namanya kawan sejati.
“Banyak la kau punya abang. Kalau dia dah sampai, tak de la aku call engkau. Dah nak dekat setengah jam aku duduk macam tiang kat bas stesen ni. Dah la kat sini penuh dengan mamat-mamat bangla. Kau nak aku kena cekup dengan dia orang ke?” sambung ku kembali.

“Ok Kasih, aku try call abang aku jap. Kau tungu kat sana sampai dia datang. Kau pakai baju apa?” eii…banyak songeh betul la minah ni. Nak tahu aku pakai baju apa pula. Macam-macam hal.
“Woi..suruh dia cepat sikit. Aku pakai body shirts colour pink. Ada jaket jeans kat pingang.”
“Ok…roger. Aku suruh dia cari kau. Stay there,” talian telah di matikan. Aku memasukkan semula handphone ke dalam kocek seluar ku.

“Hello…ermm.. dah jumpa pun. Ada depan abang,” aku tersentak. Aku menoleh ke belakang dengan pantas ke arah suara yang tiba-tiba terdengar di belakang ku. Aku terlihat senyumannya. Manis. Macam pernah ku lihat wajahnya tetapi di mana ya. Dia hanya memerhatikan ku sambil tersenyum. Senyumannya terpancar keikhlasan. Kacak juga dia ni. Sempat aku menilai rupa parasnya. Lagi handsome dari Haiqal. Ish..jahat juga aku ni. Tapi, inilah lumrah alam. Sentiasa inginkan yang cantik. Kalau tak percaya, tepuk dada tanyalah dalam hati. Aku sejujur-jujurnya memang telah terpana dengan panahan matanya yang sejak dari tadi merenung ku.

“Kasih?” aku terdengar nama ku di sebut. Entah kenapa lidah ku kelu untuk bersuara. Aku masih merenungnya.
“Kasih?” sebutnya lagi. Senyuman masih lagi tergaris di bibirnya.
“Err..aaa…ha ah,” itu saja yang mampu ku tuturkan. Dia tersenyum nakal mendengar jawapan ku. Terasa betapa bodohnya diri ku kerana terlalu alpa dengan kekacakannya. Pantas aku tersedar kembali.

“Zaki Izwan,” lelaki di hadapan ku menghulur tangan. Aku menyambutnya tanda perkenalan. Sebelum ini, aku hanya melihatnya di dalam gambar yang sering di tunjukkan oleh Zila. Memang jauh berbeza dari dalam gambar.
“Kasih…,” jawab ku pendek. Tangan ku masih lagi tidak di lepaskan.
“Saya tahu. Jom la. Antasha dah lama tunggu awak dekat rumah,” aku menjadi pelik. Siapa pula Antasha. Eh…salah orang ke? Aku menarik tangan ku kembali sambil mengerutkan kening ku.

“Antasha?” soal ku padanya. Ingin meminta kepastian sebelum aku mengikutnya.
“Opss..sorry. Zila,” Barulah aku mampu menarik nafas lega. Zila rupanya yang dia maksudkan. Kalau tidak, memang dah lama aku lari selamatkan diri. Aku menuruti langkahnya menuju ke sebuah kereta yang di pangkir berdekatan stesen bas berkenaan. Gaya dia memang agak smart dan simple. Dengan gaya pemanduan yang tenang, sedikit pun aku tidak terasa baru mengenalinya. Sepanjang perjalan, sempat juga ia bercerita itu dan ini. Setidak-tidaknya, aku tidak merasa canggung. Aku merasa selesa berbual dengannya. Hati ku menjadi tenang. Setenang-tenangnya.

****************

“Jemput la makan Kasih, jangan malu-malu. Tambah lauk tu,” Hajah Kalsom tidak henti-henti menyuruh ku menambah. Tetamu dari jauh la katakan. Kenalah layan dengan baik.
“Ha ah Kasih. Tambah la. Mak aku buat special untuk kau. Jangan la malu sangat,” ish minah ni kalau bercakap, macam tak reti nak berhenti.
“Ye la,” aku cedok lagi lauk masak lemak pucuk ubi ke dalam pinggan ku. Memang untuk pertama kalinya aku makan lauk macam ni. Kalau dekat utara, semuanya gulai. Pusing sana gulai. Pusing sini gulai. Gulai…gulai…gulai…

Aku bukan apa, cuma agak segan sebab Zaki sejak dari tadi asyik tersengih je tengok aku. Ni yang buat aku rimas. Nak makan pun susah. Yang sorang lagi tu senyap je. Muka pun boleh tahan. Handsome. Lebih handsome sikit dari Zaki. Eh..bukan sikit..banyak handsome dari Zaki. Cuma agak pendiam. Aku langsung tak dengar suaranya sejak sampai ke rumah Zila. Takkan aku nak cakap yang dia tu bisu. Si Zila tak pernah pula cakap yang abang dia bisu. Aku ni mengarut je. Boleh pula melalut sampai ke situ.

Tapi masa mata aku bertentang, rasa semacam je. Berdebar-debar pun ada. Lagi kuat jantung aku berdegup. Masa tu dia pun renung anak mata aku tajam. Melekat. . Cuma bila Zila panggil nama aku, baru kami beralih pandang. Aku pun hairan kenapa aku boleh ada perasaan macam tu. Aku pun bukan available lagi. Tapi kenapa aku ada perasaan macam tu bila terpandangkan dia. Kenapa dengan dirinya? Kenapa mesti aku yang rasa?

“Woit!…”
“Apocot mak kau!!” Zila sudah terkekeh-kekeh gelakkan aku. Apa taknya, aku tengah syok melamun, dia sedap-sedap je cuit pinggang aku. Nasib baik tak terbang ikan masin yang aku pegang. Kalau tidak, mesti ikan masin tu dah melambung tinggi. Muka aku jangan cakap la. Memang dah malu gila. Blushing habis. Langsung aku tak berani nak angkat muka.
“Antasha, tak baik buat kawan macam tu. Makan la Kasih,” padan muka kau. Apala punya kawan. Sengaja nak bagi saham aku jatuh depan mamat-mamat charming ni. Yang aku peliknya, berapa punya ramai yang kacau aku dekat kampus sikit pun aku tak layan. Bila dengan abang-abang Zila, aku tiba-tiba je boleh jadi feeling. Pelik ni.

“Ala mak. Dia sebenarnya dah kenyang. Dah kenyang tengok muka abang,” dump!…rasa macam kepala aku nak pecah. Malu gila. Sebab semua mata dah pandang pada aku. Termasuk mamat ‘bisu’ tu. Macam mana aku nak cover ni. Ish..minah ni selalu je nak menyusahkan aku.
“Eh tak de la makcik. Pandai-pandai je si Zila ni…ehh…er Antasha ni,” aku dah mula cakap merapu. Zila makin galak gelakkan aku. Siap la nanti. Aku kerjakan kau cukup-cukup.
“Hehehe…cover malu nampak. Amacam, best tak?” Zila berbisik kepada ku. Mahu saja aku piat-piat telinga dia. Mulut tu, aku ikat dengan getah. Biar jadi macam mulut Donald Duck. Muncung memanjang. Aku menyuap suapan yang terakhir sebelum mengekori langkah Zila untuk ke dapur.

“Hantu punya kawan. Suka-suka hati dia je nak buat aku macam tu,” aku sudah mengepung Zila dari belakang.
“Ala..apa kau nak malu. Bukan siapa-siapa pun. Siapa suruh kau tenung muka abang aku lama-lama. Kan dah kena,” Zila sudah tersenyum sumbing. Aku membatalkan niat untuk membalas.
“Banyak la kau. Aku cuma terpandang je. Bukan tenung pun. Pandai kau buat cerita eks,” aku mencuci pinggan di dalam sinki. Tak banyak pun. Sengaja nak ringankan tangan.
“Antasha, kenapa biar Kasih yang basuh pinggan? Kamu ni nakal sangat la,” lembut saja suara Hajah Kalsom menegur kami. Sedangkan si Zila tu dah lama tersengih tepi aku. Nak buat iklan ubat gigi kot. Tak pun iklan gigi palsu.

“Eh..tak pe la makcik. Sikit je ni,” balas ku. Memang bukan Zila yang menyuruh. Aku sendiri yang gatal tangan nak buat. Bukan banyak pun.
“Dia ni sebenarnya nak buat kerja sambilan dekat sini mak. Jadi apa salahnya buat benda-benda ni semua. Betul tak Kasih?” aku dah tak tahu nak buat apa. Banyak betul songeh si Zila ni. Macam-macam dia kenakan aku. Mentang-mentang la masa dekat kampus aku yang banyak kenakan dia. Kira nak balas dendam la ni.

“Abang! Kasih nak ajak abang jalan-jalan. Kita pergi pantai nak petang ni?” Gulp!! Aku telan air liur laju. Selaju degupan jantung ku . Terkedu seketika. Abang yang mana pula yang minah ni panggil. Kenapa senyap je. Aku rasa suara si Zaki tu tengah dok bersembang dengan ayah dia. Alamak!!… ni mesti mamat ‘bisu’ ni. Aku tak jadi berpaling. Lagi sekali minah ni membikin onar. Yang best tu, siap guna nama aku lagi.

“Hmmm…” itu je yang aku dengar. Agak sedap juga suara dia. Kalau dia menyanyi, mesti kalah suara Hazami. Zila mencuit ku lagi.
“Apasal kau senyap macam patung je?” Zila mengangkat keningnya lagak seperti Ziana Zain. Senyum tu sampai aku dah tak tahu nak tafsir macam mana. Lantak la.
“Kau ni macam-macam hal la. Dekat kampus tak de pula kau macam ni,” omel ku. Kami melangkah keluar untuk ke bilik. Aku ingin merehatkan badan ku yang agak letih kerana terpaksa mengharungi sebuah perjalanan yang panjang. Selebihnya, aku cuba menjauhkan dari terus di gosip. Gosip yang bakal menggugat pendirian ku. Argghhhhh!! Beberapa kali aku menguap. Baru je letak kepala atas bantal, aku dah lego. …. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"