
Penulisan2u, Digi & 14 Badan Kebajikan
11 August 2009
Kategori: Aktiviti
102 bacaan Jom bagi ulasan
Terima kasih kepada pihak Digi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) menjemput kami ke Majlis Penyerahan Sumbangan kepada 14 Badan Kebajikan.
Terima kasih kami ucapkan kepada seluruh pelawat penulisan2u yang membantu klik dalam program love to save anjuran Digi. Program ini adalah untuk membantu 14 badan kebajikan yang terpilih melalui klik Undian, setiap 1 undian anda, pihak Digi menderma sebanyak Rm5. Pihak penulisan2u Mewakili Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dalam program ini, Yang membanggakan kami, penulisan2u mencatat klik undian dan sumbangan tertinggi iaitu RM3,040 dan untuk keseluruhan tabung MAKNA sebanyak RM19,980… iaitu tertinggi dikalangan 14 badan kebajikan. Syukur Alhamdulillah semoga dengan sumbangan ini, kita semua dapat membantu pesakit kanser bagi mendapat rawatan terbaik. Untuk melihat surat jemputan dari digi kepada Penulisan2u. klik disini
Penulisan2u ingin berkongsi suasana di Majlis penyerahan sumbangan yang kami hadiri.
Kami harap kawan-kawan sentiasa menyokong penulisan2u dan program-program kebajikan yang mungkin kita akan sertai pada masa akan datang. Minat, Kerjaya dan kebajikan akan kita seiring dalam penulisan2u.
Ikuti laporan berita mengenai Majlis Penyerahan Sumbangan :-
Harian Metro
Berita Harian













