Cerpen : 2 Minggu, Cintaku Bersemi

12 September 2009  
Kategori: Cerpen

10,241 bacaan 11 ulasan

Nama Pena : nawty lulu

Masa yang diberikan uminya amat singkat. Satu bulan. Apa yang boleh dilakukan dalam satu bulan? Dia tidak dapat memikirkan apa yang boleh dilakukannya dalam masa satu bulan. Apatah lagi mencari pasangan. Masakan cukup satu bulan untuk mengenali hati budi seseorang. Dia sendiri tak tahu mengapa uminya begitu beria-ia menyuruhnya mencari pasangan. Apa masalahnya hidup sendirian. Dia tak perlu siapa-siapa untuk menjaganya. Dia tak perlu siapa-siapa untuk menentukan arah hidupnya. Dia boleh hidup sendirian. Cukup dengan adanya umi dan baba. Kata umi setiap manusia dilahirkan berpasang-pasangan. Kita tidak boleh mengharapkan pasangan itu datang dengan sendirinya. Kadangkala kita perlu berusaha untuk mencari pasangan kita. Begitu kata umi. Namun baginya dia masih belum bersedia untuk mencari pasangan. Tapi keputusan umi amat membebankan dirinya. Hanya sebulan yang diberi atau umi akan mencarikan pasangan buatnya.
Hari berlalu terlalu pantas. Tanpa disedari masa yang telah diberikan oleh uminya berlalu begitu sahaja. Hanya tinggal dua minggu untuk dia memenuhi permintaan umi. Dia tidak tahu apa yang harus dilakuakn. Dia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali. Umi pastinya memilih lelaki yang baik untuknya tapi dia memang belum bersedia untuk berkahwin dan memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan sebelum bergelar isteri.

Akhirnya satu penyelesaian sementara hadir dalam benaknya. “Min,kau mesti tolong aku. Mana aku nak cari couple dalam masa dua minggu? Takkan aku nak cekup je mana-mana lelaki. Dibuatnya dapat lelaki yang tak betul dia buat apa-apa kat aku macam mana?” Addriana bersungguh-sungguh memujuk Syazmin. Tiada jalan yang lain dapat difikirkan buat masa ini selain meminta Syazmin sahabat baiknya menjadi kekasih lakonannya.
” Ish nasib baik aku sayang kat kau Ad. Kalau tak aku biar je kau tanggung sendiri. Itulah kau ada orang yang nak kat kau, kau jual mahal. Sekarang terkontang-kanting nak cari couple.”
“Siapa yang nak kat aku ni Min? Takkan kau nak cakap pasal Mahmood yang ada bini tiga tu? Kalau itu memang aku tak ingin. Bini yang tiga pun tak terurus ada hati nak tambah lagi.”
“Bukan Mahmood tu lah. Kalau kau kata kau nak kat Mahmood tu pun aku tak bagi.”
“Habis siapa lagi yang nak kat aku ni Min?”
“Adalah. Satu hari nanti kau akan tau.”
“Tak kisahlah tu semua. So sekarang kau boleh tak jadi boyfriend olok-olok aku ni?”
“Em bolehlah. Bila kau nak aku jumpa umi kau?”
“Kenduri kahwin kakak aku dua minggu lagi. So aku akan bawa kau waktu kenduri kakak aku nanti.”
Hati Addriana lega. Mujur Syazmin bersetuju menjadi kekasih lakonannya.
Sepanjang seminggu sebelum perkahwinan kakak Addriana Syazmin mengambil cuti dan mengikut Addriana pulang ke kampungnya. Umi Addriana sangat menyukai lelaki yang disangka kekasih anaknya itu. Dia sering memuji Syazmin pada Addriana. Sepanjang seminggu mereka bersama, Addriana merasakan ada perasaan aneh menyelinap di hatinya setiap kali mereka bergurau dan berbual mesra. Jika ada sepupu perempuan yang cuba mendekati Syazmin dia mula merasa marah. Diluar sedar dia seperti sudah jatuh cinta pada Syazmin namun perasaan itu cuba diusir. Bukan dia tidak mahu untuk mengakui perasaan itu. Tapi biarlah ianya datang dari mulut Syazmin sendiri. Dia tak sanggup peristiwa lama berulang kembali. Cukuplah sekali cintanya ditolak. Dan semenjak itu dia menjauhkan diri dari cinta.
Setelah selesai kenduri dirumahnya, Addriana dan Syazmin pulang ke Kuala Lumpur meneruskan kehidupan di kota metropolitan itu. Walapupun Addrina menyedari perasaannya terhadap Syazmin,dipendam sahaja perasaan itu supaya segala-galanya berjalan seperti biasa.

“Ad malam ni kita keluar nak?”
Hati Addrina berbunga riang dengan paggilan pertama Syazmin sejak mereka pulang dari kampungnya.
“Aku ada something nak cakap pada kau ni. Malam ni kita jumpa ye. Aku jemput kau pukul lapan malam.”
Malam itu seperti yang dijanjikan Syazmin datang menjemput Addriana jam lapan malam. Setelah makan dan berbual Syazmin membawa Addriana ke menara tinjau di Ampang.
“Ad, sebenarnya aku nak cakap something.”
“Apa dia? Cakaplah.”
“Err lepas ni kita dah tak boleh keluar macam ni lagi.”
“Kenapa pula?”
“Sebab, aku nak kahwin.”
“Hah? Dengan siapa? Bila?” Adriana sedikit menjerit mendengar berita itu.
“Eh yang kau menjerit kat aku ni kenapa? Terkejut aku tau tak?”
“Tak, aku cuma teperanjat bila kau kata kau nak kahwin. Setahu aku kau tu mana ada Girlfriend setiap kali keluar mesti dengan aku. Tiba-tiba kau kata nak kahwin memanglah aku terkejut. Siapa perempuan malang tu ha?”
“Perempuan malang kau cakap Ad. Teruk sangat ke aku ni Ad?”
“Ish kau ni sensitif pulak. Aku gurau jelah. Ok, siapa perempuan yang bertuah dapat kau ni ha?”
“Adalah. Kau kenal dia. Tapi aku tak nak bagitahu kau. Nanti kau akan tahu sendiri masa hari perkahwinan aku.”
“Aik macam tu pula? Bila tarikhnya?”
“Sebulan dari sekarang. Kau pun bolehlah buat persediaan.”
“Hah persediaan apa pula? Bukan aku yang nak kahwin.”
Addriana masih melayan perbualan Syazmin walaupun hatinya seperti hancur berkecai saat ini. Dia tidak sanggup untuk mendengar kegembiraan Syazmin. Air matanya menitis namun cepat diseka mengelakkan Syazmin perasan dia menangis. Dia tidak mahu merosakkan kegembiraan sahabatnya itu. Hatinya masih bertanya siapa gadis bertuah yang telah menawan hati Syazmin. Mengapa mesti berahsia dia sendiri tidak pasti.
Setelah kejutan Syazmin yang mengecewakan hatinya malam tadi, dia mendapat satu lagi kejutan apabila uminya memberitahu ada seseorang datang meminangnya dan umi serta babanya telah bersetuju. Dia hanya mampu pasrah. Uminya menyuruh dia pulang untuk melihat wajah bakal suaminya namun dia enggan. Biarlah dia hanya melihat orang itu setelah menjadi suaminya. Semua persiapan diserahkan pada uminya di kampung. Dia tidak langsung mengambil tahu tentang persiapan perkahwinannya. Tidak seperti anak gadis lain yang biasanya gembira membuat persiapan perkahwinan. Cuti pun diambil hanya sehari sebelum perkawinannya. Dia benar-benar kecewa dengan apa yang tersurat untuknya tapi dia harus redha dengan segala-galanya. Syazmin pula nampaknya terlalu gembira dengan perkahwinannya yang bakal berlangsung. Addriana menceritakan padanya mengenai perkahwinan yang di aturkan keluarganya.
“Baguslah Ad, sekurang-kurangnya aku tak perlu risau fikirkan kau lagi lepas aku kahwin. Sebab kau pun dah kahwin.”
Mereka berjumpa hari itu kerana Syazmin ingin mengundang Addriana pada hari perkahwinannya. Addriana terkejut kerana mereka akan bernikah pada hari yang sama. Musnahlah impiannya untuk melihat siapa gadis yang berjaya menawan hati Syazmin.
Paluan kompang yang menandakan sambutan untuk pengatin lelaki telah dipalu. Addriana hanya berendam air mata. Puas dimarahi mak andam kerana mekap yang cair bersama air matanya. Bukan dia sengaja mahu menangis. Cuma air matanya tak mampu tertahan mengenangkan nasibnya. Sudahlah cinta yang dipendam tak kesampaian, dijodohkan pula dengan lelaki yang dia sendiri tak kenali. Memang salahnya kerana tak mahu mengenali lelaki itu terlebih dahulu kini dia terpaksa menerima segalanya. Jiwanya kosong. Semasa akad nikah dia hanya duduk di dalam bilik. dia tidak mahu menyaksikan lelaki itu menyebut lafaz yang bakal menjadikan lelaki itu sebagai suaminya yang sah. Tiba-tiba pintu terkuak. Dia hanya tunduk sehinggalah,
“Ad, sayang, kenapa menangis?”
Suara itu. Suara yang amat dikenalinya. Tapi mengapa dia disini? Bukankah hari ini adalah hari pernikahannya juga. Addriana tidak memepercayai apa yang di dengarnya. Dia menganggap, mendengar suara Syazmin menyapanya dengan panggilan sayang adalah khayalan semata-mata. Mungkin kerana terlalu memikirkan Syazmin yang juga bernikah hari ini, dia menjadi terdengar-dengar suara Syazmin. Alangkah bagusnya jika dia yang berada di tempat wanita yang bakal dinikahi Syazmin.
“Ad, Ad tak nak tengok muka abang ke?”
Sekali lagi dia mendengar suara itu. Dia mengangkat kepala dan melihat empunya suara itu untuk mendapatkan kepastian. Dia kaku. Tiada perkataan yang keluar dari mulutnya. Hanya mampu merenung lelaki itu yang kemudiannya tunduk mengucup dahinya. Air matanya mengalir lagi. Dia tidak menyangka angan-angannya menjadi wanita yang dinikahi Syazmin benar-benar jadi kenyataan. Syazmin kini benar-benar suaminya.
“Addriana, saya Syazmin Bin Suhaimi ingin memohon sejuta maaf kerana merahsiakan semua ini.”
“Min jahat, tipu Ad.”
“Eh mana boleh panggil Min lagi, sekarang mesti panggil abang tau.”
Addriana hanya tersipu malu. Tahulah dia kini mengapa Syazmin beria-ia merahsiakan siapa wanita yang bakal dinikahi. Rupa-rupanya dia telah mengetahui mengenai perasaan Addriana padanya dan dia juga mempunyai perasaan yang sama. Mereka tidak menyangka cinta yang hadir dalam masa dua minggu telah membuat mereka bersatu.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Cerpen : 2 Minggu, Cintaku Bersemi”
  1. esya says:

    hehe.. mcm2 org yang komen kat atas ni.. maybe penulis baru menulis..
    apepun keep up!!!!!!!!!!!!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"