Cerpen : Bas Sekolah

20 September 2009  
Kategori: Cerpen

1,813 bacaan 1 ulasan

Nama Pena : tinta nil

Bismillahirrohmanirrohim

Bila nak masuk musim2 raya , teringat zaman kecik2 dulu.

Dahulu, keluargaku tiada kenderaan. Berkat usaha gigih abah, kami sudah memiliki kenderaan yang akan membawa kami sekeluarga ke mana sahaja. Sangat berjasa sampai sekarang ku kenang lebih2 lagi bila musim nak raya.

BAS SEKOLAH yang abah beli mampu memuatkan 45 orang. Pekerjaan abah silih berganti dari seorang pembantu atuk di kebun sawit, bertukar kepada seorang pemandu van kilang. Bertukar lagi kepada pemandu bas awam. Abah memang seorang yang kuat berusaha dan pandai menabung. Hasilnya, abah mampu membeli bas sekolah yang agak panjang. Abah menjadi pemandu bas sekolah miliknya.Kenderaan yang setia membawa kami pulang ke kampung di waktu lebaran. Aku rasa bangga kerana memiliki seorang ayah yang tidak punya pendidikan yang tinggi tapi punya cita2 yang tinggi dan sangat berusaha keras memastikan isteri dan anak2nya hidup sempurna.

BAS SEKOLAH abah, banyak kenangan indah saat bersamanya. Usaha abah yang memudahkan urusan ibu2 dan ayah2 pelajar sekolah di kawasan penempatan kami, melahirkan ramai pemuda2 dan pemudi harapan agama dan Negara. Penuh bas abah dengan gelagat anak2 yang baru nak masuk sekolah sehinggalah yang hampir menamatkan tingkatan 5.

Antara tugas ku, membantu abah menjaga pintu bas sekolah bila bas bergerak untuk memastikan adik2 sekolah rendah sebelah petang tak berdiri di pintu bas. Kecik2 je semuanya dan macam perangai2. Ada yang keluar kepala dari tingkap, membebel abah kerisauan takut kepala hilang. Aku turut menyumbangkan suara menegur adik2 lelaki khususnya. Sekali kena libas dengan daun pokok mempelam terus masuk kepala. Macam2. Aku suka jaga pintu bas, meringankan kerisauan abah, maklumlah pintu manual.Abang dan adik 3 adik lelaki ku lazimnya akan pergi main bola sepak, jadi aku dengan pintu bas sekolah abah. Habis semua taman aku pusing.

Bila nak menjelang hari raya, lazimnya, abah lebih selesa memandu di waktu tengah malam, tenang dan sejuk katanya dan tak sibuk. Petang2 di hari akhir puasa ramadhan, kami akan bergotong-royong membersih bas sekolah. Kami akan dibahagi2kan tugas. Abang Nua akan membersihkan bahagian bumbung bas. Abang Nua memang abang yang paling berani, Udin dan Ijui kena basuh lantai bas dan tingkap. Aku? Tak tolong mak kat dapur, aku lebih suka aktiviti dengan adik beradik lelaki ku. Abah bagi tugas pada aku cuci tayar bas. Aku akan pastikan tayar bas abah berkilat hitam. Masing2 akan buat yang terbaik untuk tunjukkan hasil kerja kami.

Keriuhan kami mengundang mata2 jiran tersenyum melihat gelagat kami yang berpuasa tak macam puasa. Hilang penat puasa sebab asyik dengan tugas membasuh bas sekolah.

Paling seronok, bila aku dah selesai tugas membasuh tayar, aku akan tolong bahagian dalam bas dengan memberus lantai dan membersihkan ruang depan dan stereng bas. Terbahak2 kami ketawa adik beradik, saling simbah menyimbah..Abah tumpang sekaki kejar kami dengan air pancut…Terkekek-kekek kami adik beradik. Basah lenjun.

Alhamdulillah selesai sudah aktiviti mencuci, berkilat bas sekolah abah kami kerjakan adik beradik. Bila kering, kami bergotong-royong angkat 2 tilam \’single\’ untuk dibentangkan sepanjang lorong di dalam bas. Kasut2 akan diletakkan di bahagian depan tangga, supaya tidak kotor.

Mak dan kakyong masak \’best\’ malam tu, rendang ayam..Kami makan dengan nikmatnya setelah penat bergotong-royong membasuh bas sekolah abah.

Tiba saatnya kami nak balik kampung!! Semangat dan riuh suara kami membantu mak membawa beg pakaian, bekalan makanan dan lemang. Bantal tak lupa jugak. Perjalanan ke kampung sebelah abah memakan masa selama 2jam lebih.Seingat aku, kami majoritinya masih bersekolah rendah, aku tak ingat aku darjah berapa.

Bila bas mula bergerak, abang Nua dan Kakyong sebagai ketua, akan membuat pertandingan2 sesama kami. Mak menemani abah di depan .Kami enam beradik memenuhi bahagian belakang bas. Riuh rendah dibuatnya. Tapi tidak memberi kesan pada pemanduan abah. Sebab panjang. Hihi..Kalau naik van, abah tak bagi main sebab henjutan kami memberi kesan pada pemanduan abah. Bising juga abah, kami mati kutu tak boleh main.Bila dapat naik bas, masa inilah kami main sungguh2. Haha..

Antara kegiatan kami adalah bermain diri tegak ketika bas berjalan tanpa memegang kerusi. Melihat siapa yang paling lama bertahan.. Masing2 akan berdiri di sepanjang lorong dalam bas. Kakyong akan menjadi pengadil. Kami juga akan bermain teka-teki sehinggalah kepenatan. Bila mata mula mangantuk yang teramat, kami mula mencari tilam2 yang terbentang. Bersepah2lah kami tidur. Paling comel adikku yang kedua, Ijui, tempat kesukaan dia bawah kerusi panjang dibelakang. Muat-muat je dia kat situ.

Sedar2 dah sampai kampung. Riuh rumah atuk dengan kehadiran hero2 abah. Kami akan menjalankan tugas masing2 . Main!! Kaum ibu akan sibuk mengupas segala macam bawang, dan kerja2 memasak rendang, kaum ayah akan sibuk membakar lemang sambil bersembang2 setelah lama tak jumpa.

Bila kami penat bermain, semuanya tertidur di merata2 tempat di ruang tamu. Para Ayah akan mengangkat anak2 tidur di atas tilam. Nasib kami ringan je.

Bila selesai solat aidilfitri, semua keluarga berkumpul dan mula bersalam-salaman dengan ibu dan ayah. Kami adik beradik beratur panjang menunggu giliran bersalam. Salam memohon kemaafan dan terima kasih atas segalanya. Yang pasti, masa kanak2 kami pasti penuh poket dengan sampul2 yang pelbagai. Bila selesai bersalam salaman, semua kaum kerabat ku akan naik bas sekolah abah menuju ke tanah perkuburan arwah opah. Penuh bas abah dengan penumpang dengan pelbagai kemeriahan warna baju raya. Kami, budak2 paling seronok sekali, sampai keluar kepala dari tingkap, merasai nikmatnya udara dan angin yang Allah ciptakan.

Bila sampai, kulihat semua kaum kerabat menadah tangan berdoa untuk ketenangan dan kebahagiaan arwah opah yang telah menempuh alam yang panjang. Pemergian yang tidakkan kembali. Menunggu saat tiba dibangkitkan. Umur, rezeki, jodoh dan pengakhiran hidup semuanya telah Allah tetapkan. Dunia, kehidupan yang singkat dalam mengumpulkan segala macam amal kebaikan. Begitu pantas masa berlalu. Semakin meningkatnya usia, semakin hampir dengan alam kubur. Negeri yang kekal. Maha Tersusunnya kejadian YANG ALLAH CIPTAKAN.

Pulang dari kubur, kami akan pergi beramai-ramai beraya dari rumah ke rumah. Budak-budak lelaki pergi satu \’group\’. Kami yang perempuan pergi dengan adik2 kecil kami. Masa ni, kami pastikan ditanya nenek2, atuk2, pakcik dan makcik.

” Yang baju merah ni anak siapa? Anak Berahim ye” pandai opah teka. Mereka pasti teruja menyoal dan meneka kami anak siapa.

Begitulah kami. Pusing habis satu kampung. Bila dah penat, kami balik rumah atuk, masa untuk kira duit raya. Lihat siapa yang paling banyak dapat duit raya hari tu. Duit2 itu, akan kami serahkan pada mak dan abah masing2 untuk dibuat tabung.

Sekarang, BAS SEKOLAH ABAH, dah pun dijual, abah tak tak kuat seperti dulu.Masing2 dah meningkat dewasa, masing2 punya keluarga. Keluarga kami semakin membesar dengan kehadiran anak2 sepupu. Cepatnya masa berlalu, mudah2an bertambahnya usia, menambahkan lagi iman dan amal.Tanggungjawab semakin banyak sedangkan masa semakin kurang.

Inilah dia, sunnahtullah, pusingan kehidupan. Kini atuk dah tiada. Telah kembali kepada yang BERHAK. Raya kini di sambut dengan pewaris2 baru. Aku sekarang semakin tua!! Tersenyum….

P/S: SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI, MOGA LEBARAN KALI INI MEMBAWA PENAMBAHAN IMAN DAN AMAL. MOHON DI ATAS SEGALA KEKHILAFAN




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Cerpen : Bas Sekolah”
  1. Teringat masa kecil-kecil dahulu.Basuh kereta dengan dua abang yng lebih tua itu.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"