Cerpen : Cinta dan Persahabatan

6 September 2009  
Kategori: Cerpen

730 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : ButTerFly_GurL87

Aku begitu tekun membelek majalah Nur, tanpa mempedulikan sekeliling yang rata-rata terdiri dari golongan kaum lelaki. Maklumlah petang-petang begini masa untuk kaum lelaki bermain bola sepak sesama mereka. Aku duduk kat sini pun bukan sesaja je.

“Ida, sorry buat kau tertunggu-tunggu. Aku tersekat dekat jalan nak masuk sini tadi,” Rizal sedaya upaya menerangkan sebab kelewatannya.

“Ida…! Kau dengar tak apa aku cakap ni?” pekiknya agak kuat. Aku yang terkejut mendongakkan kepala menghadapnya.

“Apahal lak kau terjerit-jerit ni?” aku membuka earphone yang terlekat pada telingaku dari tadi.

“Hampeh tul kau….patutlah aku cakap tadi kau buat derk je,” Rizal mendengus dan mengambil tempat duduk disebelahku.

“Sorrylah…aku tak perasan pun kau dah sampailah. Bila kau sampai?” Rizal tergadah mendengar soalanku.

“Lorrr….buat bazir air liur aku je bercakap dari tadi. Dah tu dekat 10 minit tercegat dia boleh tak perasan lagi,” Rizal membebel macam mak nenek.

“Sorrylah….tak sengajalah,”

“Banyaklah kau punya tak sengaja tu. Jomlah gerak. Banyak mata nakal duk perhati kau dari tadi,” Rizal bangun sambil matanya menghadap ke padang tempat orang bermain bola sepak.

“Mana kau tahu orang duk perhati aku? Kalau ada pun, kenapa? Kau jeles ke?” soal aku sengaja menduga hatinya. Namun kutahu sekelumit perasaan cemburu tak pernah tertanam dalam hatinya untukku. Ini kerana dalam hatinya telah tersemat gadis bernama Suhaila.

“Mestilah aku jeles, nanti kau kena ngorat aku jugak yang melepas,” selorohnya bersahaja. Aku terpana seketika.

“Dah, jangan nak ngada-ngada. Suhaila tu kau nak taruk celah mana pulak?” Aku pun pantas bangun dari tempat dudukku dan berjalan meninggalkan Rizal. Rizal berlari mengejar langkahku.

“Ida…!!!!Tunggulah aku,” aku mempercepatkan lagi langkah kakiku tanpa disedari aku terlanggar tubuh lelaki yang tinggi lampai.

“Woiii….mana kau letak mata?” sergah suaranya yang sedikit garau.

“Sorry, saya tak sengaja,” ucapku sedikit terketar. Dia mengetap bibir dan dengan kasar menarik kepalaku rapat kemukanya, dicengkam rambutku sekuat hati.

“Woi, apa kau buat tu? Lepaskan dia!!!” kelihatan Rizal muncul dibelakang aku.

“Ni makwe kau ke? Tolong ajar dia bila nak berjalan, mata tengok depan,” dia melepaskan cengkaman tangannya dan menolak badanku ke arah Rizal.

“Kau ni, tak boleh berlembut sikit ke dengan perempuan?”

“Pasal dia perempuanlah, aku tak boleh berlembut dengan dia,” ujarnya lagi dengan penuh kasar.

“Rileklah Fiq, jom blah,” kawannya yang berbaju hitam berbelang putih menarik lengannya dan beredar dari situ.

“Kau tak apa-apa ke?” soal Rizal sambil melihat aku dengan penuh suspen.

“Aku ok je, poyo betullah mamat tadi tu, dengan perempuan lemah cam aku ni pun nak cari pasal,” aku merengus kegeraman.

“Dahlah, janji kau tak apa-apa, jom aku belanja kau makan McFlurry Oreo nak?” Rizal cuba memancing kembali moodku yang hampir hilang gara-gara kejadian tadi.

“Mestilah nak, jom cepat,” aku menarik lengan bajunya.

“Slowlah sikit, habis baju aku koyak nanti.”

“Sorry….” ucapku tanpa melihat mukanya.

“Fiq, kau taknak join kitaorang pergi jamming kat studio ke?” soal Khaizal.

“Sorrylah beb, kau kan tau lepas apa yang jadi dulu, aku dah tak minat nak terlibat dengan benda tu semua lagi,” balas Fiq sambil tangannya ligat membancuh air milo.

“Fiq, kau sure ni?” soal Khaizal sekali lagi.

“Aku surelah beb, dah kau pergi je jamming tu. Cakap kat dorang thanks sudi jemput aku, then kirim salam kat dorang semua,” ujar Fiq sambil memutarkan sudu dalam cawan.

“Ok,aku chow dulu,” Khaizal meminta diri.

Usai kelibat Khaizal hilang dari pandangan matanya, Fiq bersandar senang pada sofa, fikiran menerawang menggamit memori dulu bersama gadis yang amat dicintainya. Mereka hampir berkahwin tidak lama dulu, Fiq terlalu sayangkan gadis itu, namun tidak disangka gadis kesayangannya sanggup mengkhianati cinta mereka.

“Fiq….kaler ni cantik tak? Muka U kan jambu, sesuailah dengan kaler ni,” Maria menayangkan baju berwarna merah jambu lembut.

“Yang, pilih kaler lainlah, I ni lelaki, bukan perempuan tau,” kata Fiq sambil mencuit hidung tunangnya, Maria.

“Ala, U ni, tak sayang Ilah tu, apa salahnya U pakai baju kaler tu,” Maria menarik muncung sedepa. Fiq tersenyum, perangai Maria satu nilah yang membuatkan Fiq tertarik padanya. Maria yang sentiasa manja dan selalu menarik perhatiannya dengan gaya merajuknya.

Namun semua itu tinggal sejarah, dia tidak dapat menerima kejadian yang telah menimpa cinta mereka. Masih diingati segala kejadian yang berlaku diklinik meragut segala rasa cinta dan kepercayaannya terhadap Maria.

“Doktor, apa macam mana dengan dia?” soal Fiq sambil memngusap lembut jari jemari Maria yang masih lesu disebelahnya.

“Encik jangan bimbang, isteri encik tak ada apa, cuma dia kekurangan vitamin saja,” Fiq menarik nafas lega.

“Apa-apa, saya ucapkan tahniah pada encik,” Fiq menarik muka terkejut.

“Ooo…isteri encik sekarang sudah mengandung 2 minggu,” ujar doktor India itu sambil tersenyum padanya. Gengaman tangan Fiq pada jari jemari Maria terlepas saat itu juga, dunianya terasa berpusing.

“Terima kasih, doktor,” Fiq segera bangun dan meninggalkan bilik doktor tanpa mempedulikan Maria. Fikiran bercelaru memikirkan segala kemungkinan yang berlaku. Maria mengikut dirinya dari belakang tanpa dia sedari.

“Fiq, nanti Fiq!” Maria melaung memanggil Fiq sekuat tenaganya. Cuba digagahkan diri yang lemah ketika itu, mendapatkan Fiq yang melangkah laju ke depan meninggalkan dirinya.

“Fiq, nanti dulu Fiq…dengarlah apa yang I nak cakapkan ni…” Maria merayu pada Fiq.

“Sudahlah, aku tak mahu dengar semua pasal engkau!” Fiq berang.

“Fiq….I rayu pada U, dengarkanlah penjelasan I Fiq,” Maria merayu sekali lagi.

“Sudahlah Maria, kau tak payah berlakon baik depan aku, aku tau semua apa yang terjadi antara kau dan Amran, sanggup korang tikam aku dari belakang.”

“Fiq, semua ni salah faham, ada orang yang cemburukan perhubungan kita…”

“Sudahlah Maria, kau ingat aku nak percaya kata-kata kau tu, kau curang belakang aku, kau bodohkan aku selama ni, tapi aku diamkan. Sehingga hari ni, semuanya sudah terjawab. Aku ingatkan Khaizal berbohong rupa-rupanya semua tu betul, korang perbodohkan aku selama ni. Aku silap sebab terlalu percayakan korang berdua sehingga aku sanggup pekakkan telinga dan butakan mata semata-mata korang!” Fiq meluahkan isi hatinya dengan perasaan marah yang membuak-buak. Maria terkaku didepannya terasa seperti mahu dicincang saat ini juga.

Benarlah kata Khaizal yang selama ini, kekasih yang amat disayanginya dan sahabat yang dipercayainya selama ini mempunyai hubungan. Namun dia tetap menyangkal dakwaan Khaizal selagi tiada bukti, namun hari ini, segalanya terbongkar juga. Gambar yang diberikan oleh Khaizal jelas menunjukkan segalanya, namun dipujuk hatinya supaya tidak percayakan apa dilihatnya. Ingin ditanya sendiri kekasih hatinya, namun tidak sempat bertanya, Maria rebah ketika berjalan bersamanya.

“Ini! Kau masih nak tipu lagi?!” Fiq melemparkan beberapa keping gambar yang berada dalam poket seluarnya. Maria mengutip satu persatu gambar yang dilempar oleh Fiq padanya. Dia menangis teresak-esak, ingin memohon maaf namun Fiq sudah melangkah jauh membawa luka yang parah pada hatinya.

Kini, Fiq kembali solo dan hatinya menolak kehadiran seorang bernama perempuan dalam hidupnya. Khabar yang dibawa tidak lama selepas mereka putus tunang, Maria dan Amran sudah selamat berkahwin.

Fiq menarik nafas panjang, sudah 4 tahun berlalu, hatinya masih berdegil untuk menerima semua perempuan yang hadir dalam hidupnya. Semua benda yang berkait rapat dengan hidupnya yang lepas telah dibuang jauh dalam hidupnya. Jika dulu dia suka memetik gitar dan bernyanyi tapi itu semua hanya tinggal kenangan. Cintanya terhadap nyanyian telah hilang seperti cintanya terhadap Maria.

Namun kini, kenapa hatinya berdegup kembali seolah-olah dilamun cinta seperti dulu. Puas sudah disingkirkan perasaan yang berlagu dihatinya saat ini, namun tidak berjaya. Malah semakin kuat pula datangnya. Fikirannya dipenuhi dengan bayangan sepasang mata galak milik seorang gadis tidak sengaja melanggarnya petang tadi. Fiq semakin hanyut dibuai perasaan sehingga dia tertidur tanpa disedarinya.

“Assalammualaikum, Fiq….oooo…Fiq…” Khaizal memberi salam. Namun tiada balasan, dia menolak daun pintu rumah dan terbentanglah kini dihadapan matanya. Fiq yang tertidur diatas sofa dengan tv yang tidak tertutup sedari dia keluar lagi.

Khaizal merapati Fiq, kononnya untuk mengejut sahabatnya itu. Langkahnya terhenti ketika ini juga apabila terpandangkan sehelai kertas yang berlakarkan seorang gadis. Serasanya sudah lama sahabatnya itu berhenti melukis, sejak dia berpisah dengan Maria. Mungkinkah temannya itu sudah jatuh cinta kembali? Khaizal tersenyum sendirian, segera dimatikan niatnya untuk mengejut Fiq. Dibiarkan Fiq lena dibuai mimpi indah bersama bayangan gadis dalam lakarannya.

“Ida, kau janganlah main-main. Aku seriuslah ni,” Rizal membentak apabila melihatku begitu galak sekali ketawakan dirinya. Aku mengesat air mata yang mengalir dimataku.

“Ingatkan taknak berhenti ketawa tadi.”

“Eleh….merajuklah tu, menyampah aku,” aku bangun dan meninggalkan dirinya.

“Ida…!”

“Apa?” aku memperlahankan langkah kakiku agar kami dapat berjalan seiringan.

“Kau rasa apa patut aku buat sekarang ni?” Rizal mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Kau buat tak tahu sudah,” balasku sambil lewa.

“Kau ni, cuba serius sikit,” marahnya.

“Kau ni, asal gaduh je cari aku, kalau tak gaduh elok pulak tak cari aku. Naik muak aku nak layan kau tau, mengada-ngada,” selamba aku meluahkan kata-kata yang selama ini terbuku dalamhati dan fikiranku.

“Apa kau kata ni? Kau tak sukalah kawan dengan aku ni?”

“Kau ni cepat sangat melatah, kau tu, benda kecik pun nak kecoh. Padahal kau boleh je settlekan sendiri. Dahlah, malas nak layan kau,” aku mempercepatkan semula langkah kakiku.

“Ida, nantilah dulu, tunggu aku oit…” Rizal terpekik-pekik dari belakang.

“Ida…!” Rizal menjerit namaku sekuat hatinya. Langkahku terhenti sekali lagi gara-gara jeritannya.

“Kau ni tak sakit tekak ke? Asyik terpekik je dari tadi,” terasa nak pulas je telinga dia sekarang ni juga.

“Ni…cuba kau tengok dekat papan ni,” dia menunjukkan ke arah yang dikatakannya itu. Aku terpaku seketika.
“Sama macam muka kaulah,” ingin kusangkal telahan Rizal, namun tak mungkin dapat kusangkal kerana lukisan yang terpampang pada pokok ini begitu serupa dengan mukaku. Segera kucabut lukisan yang tertampal pada pokok itu.

“Rizal, kau cari siapa punya kerja ni!” arahku dengan tegas pada Rizal.

“Aku rasa, aku tau siapa punya kerja tu,” sapa suara asing dari telingaku. Aku berpaling ketepi kananku.

‘Macam kenal je dia ni….’ bisik hati kecilku.

“Aku rasa kau tak payah nak susah-susah cari siapa yang buat benda ni semua. Aku mengaku, aku yang buat semua tu. Tak sia-sia aku tampal benda alah ni semua, penat aku cari kau seminggu dua ni, akhirnya jumpa pun,” dia tersenyum padaku.

Aku terdiam, langkahku terasa kaku. Perasaan takut menyerbu diriku kini apabila terimbas bayangan lalu saat aku tanpa sengaja terlanggar seorang lelaki dipadang ini. Mukanya kurenung dengan rasa gerun. Semakin lama semakin dekat dia menghampiri kami berdua, apa lagi cabutlah. Segera kucapai tangan Rizal dan memecut lari.

“Apalah kau Fiq, kan dah lari budaknya. Sia-sia je usaha kau,” Khaizal menepuk-nepuk belakang Fiq yang masih lagi tersenyum.

“Takpe, aku akan jejak dia sampai dapat,” terpancar kesungguhan dari dalammatanya. Khaizal tersenyum melihat cahaya cinta yang berjaya menembusi hati Fiq sekali lagi. Dia berdoa agar Fiq berjaya mendapatkan cintanya.

“Asal kau lari? Penat tau….tak pasal-pasal aku kena ikut kau lari sekali,” kata Rizal dengan termengah-mengah.

“Entah, aku pun tak tau. Apa yang aku tau, aku gerunlah dengan dia pasal hari tulah. Apa lagi, cabutlah,” ujarku pada Rizal yang sudah mencangkung melepaskan lelah.

“Macam tu, baik kau hati-hati bila lalu dekat kawasan tu. Takut kau terserempak lagi dengan dia nanti,” ucap Rizal separuh gurau. Hatiku digaru perasaan takut mengenangkan jalan tu je yang menghubungkan jalan kerumahku.

“Assalammualaikum,” salam diberikan. Aku yang terkejut dengan spontan terlompat ketepi.

“Sorry, buat kau terkejut,” ujarnya dengan perasaan salah.

“Takpe…takpe,” aku menepis pegangan tangannya dilenganku.

“Kau jangan takut, aku tak berniat jahat pun. Aku cuma nak mintak maaf pasal dulu tu je, lagi tepat sebenarnya aku nak cakap dengan kau, aku sukakan kau,” dengan suara seakan romantis dia berkata.

“Aku mintak diri dulu,” sempat dia meminta diri sebelum aku cakap apa-apa.

Sudahnya malamku terganggu dengan kata-kata berani campur maut darinya. Seumur hidupku yang telah mencapai umur 24 tahun ini, belum pernah walau seorang lelaki pun yang meluahkan kata-kata sepertinya. Lagipun rahsia besar yang kupendam selama ini ialah aku sukakan Rizal. Namun baik dia atau sesiapa tidak tahu tentang itu.

Puas sudah aku mengalihkan badan ke kanan dan kiri. Bermacam-macam aksi sudah kubuat namun aku tidak berjaya membuang kata-kata maut lelaki itu, sudahnya aku mimpi ngeri malam tu.

Macam dalam mimpi jer, aku sendiri tak percaya tau. Mana taknya, dulu begitu payah aku nak terima cinta seorang lelaki dalam hidupku, tapi kini, aku telah membuka pintu hatiku untuk seorang lelaki bernama Shafiq Aiman. Kini, sudah hampir empat bulan usia perkenalan kami, akhirnya aku dan dia mencapai kebahagian bersama.

Cuma, sejak aku bercinta dengan Fiq sekarang ni, jarang sekali aku nampak kelibat Rizal yang sentiasa berada disampingku tiap masa. Dia terasa ke dengan aku? Atau ni semua perasaan aku? Tapi tiap kali aku nak mendekati dirinya, dia seperti mengelak dari berjumpa dengan aku.

“Rizal….nanti dulu, dah lama aku tak nampak kau, kau sihat ke?” soal aku dengan mesra.

“Aku sihat…sorrylah ye, aku ada hallah, aku chow dulu…” Rizal berlalu meninggalkan diriku dalam keadaan terpinga-pinga.

“Fiq…”

“Yup…” sahut Fiq sambil jarinya memetik tali gitar perlahan-lahan. Semenjak kami bercinta ni, Fiq dah tak ‘fobia’ lagi untuk memetik gitar dan menyanyi seperti dulu.

“Kenapa Ida tengok Fiq macam jauhkan diri dengan Ida? Kami dah tak rapat macam dulu lagi…” aku meluahkan isi hatiku pada Fiq. Fiq berhenti bermain gitar dan memandang mukaku.

“Ida…lelaki ni, ego dia terlalu tinggi. Mungkin dia terasa dengan Ida ke? Kita mana tahukan, cuba Ida slow talk dengan dia nanti,” Fiq memberi cadangan padaku.

“Em…Ida dah cuba cakap dengan dia, tapi dia mengelak je tiap kali Ida nak bercakap dengan dia…susahlah macam ni, Fiq..” aku mengeluh kecil.

“Ida jangan putus asa. Idakan kawan baik dia, mesti Ida tau cara nak tawan hati dia balik,” aku menganggukkan kepala dan tersenyum mendengar kata-kata Fiq.

“Ida…”

“Yup..”

“Kita kawin nak?” soal cepu emas ditujukan oleh Fiq padaku. Badanku tersentak kedepan seketika.

“Fiq jangan main-main….”

“Fiq tak pernah main-main, Fiq ikhlas dengan Ida,” Fiq memandang kuyu kearahku dan membuatkan debaran jantungku kian kuat berkocak.

“Kalau boleh Fiq nak kita kawin secepat mungkin.”

“Fiq, serius ke?”

“Fiq serius sayangku…”

“Tak terlalu awal ke? Kitakan baru je kenal…”

“Cepat atau lambat sama je, Fiq yakin Ida tercipta hanya untuk Fiq…dan Fiq tercipta hanya untuk Ida,” ujarnya lagi sekaligus membuatkanku tersenyum sekali lagi.

“Kita kawin ye sayang?” soalnya sekali lagi, dan kali ini aku tersenyum sambil menganggukkan kepala tanda setuju.

“Thanks, sayang. Bulan depan jugak kita nikah…” dia menjerit kegembiraan, mukaku diserbu rasa malu bercampur gembira.

“Tan, kau nampak Rizal tak?” soalku pada Tan, merangkap kawan baik Rizal selain aku.

“Kau tak tahu ke?” soal Tan.

“Tahu apa?” soal aku pulak.
“Rizal dah berangkat ke Dubai semalam, dia kata kau tau…ni yang aku musykil ni. Korangkan rapat, mustahil kau tak tahu..” Tan mengerutkan mukanya.

“Serius, aku tak tahu. Takpelah, kalau macam tu..alang-alang aku jumpa kau ni. Nah, untuk kau,” aku menghulurkan sekeping kad bersampul biru lembut pada Tan.

“Apa ni?” dia membelek kad yang aku berikan padanya.

“Kad kawinlah,” ujarku.

“Siapa mau kawin? Kau ke?” soalnya sambil mengaru-garukan kepalanya.

“Yup…akulah nak kawin, jangan lupa datang tau,” jemputku.

“Ok,” balasnya sebelum kami berdua berpisah.

“Sayang, buat apa tu? Dari tadi abang tengok sayang mengadap PC je, tak elok untuk baby tau,” Fiq menghampiri aku.

“Sikit je lagi bang, tengah balas email budak-budak ni,” balas aku sambil tersenyum pada suamiku.

“Yelah, jangan lama-lama tau, nanti sayang juga mengadu sakit pinggang,” Fiq berpesan padaku sambil memicit bahuku…kurang sikit rasa lenguh pada badanku.

“Bang, email dari Rizallah….!” aku terjerit tanpa diduga.

“Ishk….sayang ni, jangan jerit kuat sangat, terkejut baby tu nanti..”

“Sorry…..tak sengaja, teruja jap,” balasku sambil tersengih. Aku melarikan anak panah ke nama Rizal dan membukak email yang dihantarnya dengan perasaan teruja.

Assalammualaikum member lama….apa khabar? Sorry sebab menyepi selama ni dan buatkan kau tertanya-tanya. Aku dengar khabar kau dah kawin sekarang ni? Mesti kau dah pregnantkan? Kalau betul tekaan aku, tahniah aku ucapkan buat korang berdua. Aku sekarang pun dah selamat jadi laki orang (pssttt….gambar kawin aku ada aku sertakan sekali buat tatapan kau). Sebenarnya, dulu aku kecewa sangat bila aku tau korang bercinta, tulah punca aku larikan diri dari kau. Ok, dah terlepas pun semua beban yang aku tanggung selama ni, kita tutup cerita dulu dan bukak cerita baru. Apa-apa pun, nanti aku balik Malaysia, orang pertama akan aku cari ialah kau….!!! Sahabat dunia akhirat aku..oklah, aku chow dulu. See you soon….

Sekali lagi, aku tersenyum panjang setelah selesai membaca email dari Rizal, baru kini semua pertanyaan yang sentiasa menyesak mindaku terungkai dengan kenyataan Rizal. Benarlah kata pepaatah, kalu dah jodoh tu tak kemana…Rizal akhirnya bersatu jugak dengan Suhaili dan aku….aku kini bahagia sangat dengan kehadiran Fiq dan penyeri hidup kami berdua tak lama lagi.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"