Novel : Kahwin wasiat 5

1 September 2009  
Kategori: Novel

12,106 bacaan 3 ulasan

Nama Pena : serra

Bab 5
“Aku terima nikahnya Sarah Idora binti Zulkifli dengan mas kahwin yang tesebut “dengan satu lafaz saja Sarah dan Rayyan telah pun diijabkabulkan sebagai suami isteri.
Di dalam bilik yang di hiasi indah dengan set cadar dan langsir yang berwarna putih.Serta ranjang mereka di penuhi dengan bunga ros berwarna putih. Bau haruman bunga ros tersebut mampu membuatkan sesiapa lena dengan haruman tersebut.Namun dengan keselesaan kamar yang dihiasi bunga ros tersebut,seorang gadis gempal sedang duduk diatas katil dia kelihatan resah gelisah.sekejap-sekejap dia bangun dari tempat duduknya kemudian dia duduk semula.pintu bilik tiba-tiba terkuak muncul seorang lelaki kacak dan kelihatan lebih segak apabila lelaki tersebut memakai baju melayu berwarna putih.Dia tersenyum melihat kelibat gadis itu diatas katil yang di hiasi indah.Sarah terkejut apabila melihat kehadiran rayyan.dia merengus kasar

“hish! Awak ni,kut ya pun ketuk la pintu tu dulu.jangan la main redah je.terkejut tau tak?”jerit Sarah sambil bangun dari katilnya tadi.Lalu dia berjalan menuju ke pintu bilik. Tiba-tiba dia ditahan oleh Rayyan.Rayyan menarik lengannya kasar lalu memandang dengan pandangannya yang tajam.Sarah berdebar-debar.

“apa awak buat ni?! Lepaskan saya!”jerit Sarah. Dia betul-betul gerun dengan Rayyan ¬.
Dia menarik kasar lengan Sarah lalu menolak tubuh Sarah di atas katil.Dia memandang tajam kearah mata Sarah yang berwarna hazel itu.Kini tubuhnya berada di atas badan Sarah. Lengan Sarah di pegang agar Sarah tidak dapat melepaskan diri.

“lepaskan saya! Apa yang awk cuba buat ni Rayyan? Lepaskan saya.Awak dah lupa ke syarat saya!.awak dilarang menyentuh saya!”jerit Sarah sambil meronta-ronta untuk melepaskan dirinya.
Rayyan mendekatkan bibirnya di telinga Sarah dia berbisik

“lupakan semua tu. I’m your husband.Aku boleh buat apa sahaja yang aku mahu.u better watch your mouth.jangan jerit-jerit like u did tadi .i really hate it.atau aku buat lagi teruk dari tadi.kau nak ke aku buat?”gertak Rayyan sambil menggigit telinga Sarah.
Sarah terkesima dengan kata-kata Rayyan. Inikah akibatnya berkahwin dengan lelaki yang bernama Rayyan?.
Rayyan akhirnya melepaskan Sarah.Dia melangkah ke bilik air.Cepat-cepat sarah bangun dari katil. Dia mengurut-ngurut lengannya yang sudah lebam akibat pegangan Rayyan yang begitu kuat.Namun ianya bukanlah kali pertama lengannya lebam begitu.
Air mata Sarah mula mengalir.Dia takut melihat perubahan Rayyan yang secara tiba-tiba.Akhirnya,dia tertidur.

“sarah bangun sayang. Apa ni tidur pakai baju pengantin ni lagi. Bangun sayang”lembut saja kata Rayyan. Sarah membuka matanya perlahan-lahan.Dia meraup mukanya.

‘ceh! Tadi bukan main garang. Sekarang dah macam ‘angel’ aku tengok’detik hatinya.

“awak nak apa? Suka hati saya lah nak tidur pakai macam mana pun”kata Sarah sambil menanggal ikatan rambut yang sudah kusut masai.Rayyan tersenyum,kemudian dia mengambil lengan Sarah yang kian membengkak dia menyapu lembut minyak angin di tangan Sarah.Sarah terkesima dia membiarkan saja lengannya di sapu lembut oleh Rayyan. Dia akui sedikit sebanyak perasaan sayang timbul dalam hatinya.Sarah bukanlah seorang gadis yang mudah jatuh cinta terhadap mana-mana lelaki .

“once I’m sorry for not controlling my temper. From the beginning didn’t I told you that I don’t like your doing just now. I’m a hot temper. Walaupun awak Nampak saya macam gentle tapi saya kadang-kadang tu agak panas baran.heh!”kata Rayyan sambil mengurut lembut lengan Sarah.

“oh! Baru saya tahu. Sorry sebab saya tak pernah sedar semua tu”kata Sarah sambil tersenyum hambar.
Rayyan tersenyum manis.

“okay! Dah siap urut. Now,pergi mandi lepas tu kita pergi sembahyang isyak sama-sama”kata Rayyan sambil meletakkan kembali lengan Sarah.
Sarah tersenyum manis sehinggakan terserlah kedua belah lesung pipitnya.Rayyan terkesima,dia tidak pernah melihat Sarah senyum begitu

‘comelnya’detik hatinya.
Lalu Sarah bangun meninggalkan Rayyan yang kelihatan termagu sorang.Sarah sempat mengambil baju tidur untuk di salin di dalam bilik air.’takkan la aku nak salin depan mamat ni’detik hatinya.Dalam masa yang sama dia tersenyum riang.entah apa la yang difikirkannya.Hatinya mula berbunga-bunga apabila mengingatkan peristiwa tadi.

“assalamuaikum warah matullah.asslamualaikum warah matullah”demikian sudah jemaah isyak mereka beribadah menghadap ilahi. Sedang Rayyan membaca doa,Sarah tersenyum dia begitu tidak menyangka bacaan surah yang dialunkan olah Rayyan tadi begitu merdu.Selama ini dia selalu berpandang rendah terhadap Rayyan yang seperti tidak melakukan ibadah islam namun dia silap besar ternyata pada malam itu dia dapat lihat sendiri Rayyan menjadi imam.
Sedang dia mengelamun dia tidak sedar bahawa doa telah pun selesai di baca.Rayyan memusingkan badannya kebelakang menghadap Sarah.Sarah pula sedang tersenyum-senyum .Berangan!

“sarah?”kata Rayyan sambil melambai-lambaikan tangannya . sarah tersedar dari lamunannya
“ha?”kata sarah dengan berwajah hairan padahal dia ingin menutup malu dengan lamunannya tadi.
Rayyan tersenyum dia menghulurkan tangannya .Sarah menyambutnya. Dia menyalam dan mencium tangan suaminya dengan ikhlas. Rayyan pula mengucup dahi Sarah dengan penuh syahdu.Beralih pula ke kedua belah pipinya kemudian ingin beralih pula ketempat yang di tunggu-tunggu olehnya sejak hari itu.Sarah hanya memejamkan matanya.Dia tidak sedar Rayyan sedang asyik memandang bibir comel itu. Rayyan mendekatkan bibirnya dengan bibir comel itu.Baru sahaja Rayyan ingin mencium bibir itu.Sarah terlebih dulu menarik wajahnya.
Rayyan membuka matanya.Dia termanggu hajatnya terbuku kembali.

“sorry,but I’m not ready for that”kata Sarah sambil melipat telekung dan sejadahnya tadi.Rayyan merengus halus.
‘cis! Terlepas lagi!’detik hati Rayyan.

“pasal syarat kita tu jangan lupa ya!”kata Sarah sambil mengukir senyuman yang begitu manis.Rayyan pula menarik muka masam.Ternyata apa yang diinginkan olehnya tidak Berjaya.
‘minah ni memang kasi aku hangin satu badan,kenapa la bila dengan minah ni aku tak boleh kawal diri aku. Cool Ray, ingat Kimi cakap,
“kalau kau dapat tackle perempuan tu, aku bet kau lelaki yan paling hebat pernah aku jumpa,but kalau kau yang jatuh cinta dengan dia.Heh! aku terpaksa kata yang kau ni lelaki yang @#$%& pernah aku jumpa, sorry kawan tapi untuk menguji macam mana cinta kau terhadap adik aku Julia”kata Hakimi sambil memeluk bahu Rayyan yang terdiam sebaik sahaja Hakimi berkata begitu.

“so? Macam mana? Kau terima cabaran aku?”soal Hakimi sambil mengangkat kening nya.
Rayyan memandang serius pada Hakimi.Linda dihadapannya kini tersenyum menggoda,dia begitu berharap agar teman lelakinya itu bersetuju dengan kata-kata abangnya itu.Dia terpaksa bersetuju dengan perkahwinan Rayyan dengan entah mana- mana wanita tu. Jika tidak sudah tentu dia tidak dapat menikmati kekayaan Rayyan .Rayyan telah pun memberitahu mereka tentang pembahagian wasiat tersebut. Terus linda memeluk lengan Rayyan sambil merengek manja

“b,you kahwin je dengan dia, I benarkan,but please don’t love her like you love me okay?”kata Julia sambil tersenyum menggoda.
Rayyan memandang teman wanitanya itu,baginya Julia terlalu sempurna untuknya dan sangat sesuai jika dijadikan isterinya,tetapi dia harus juga berkahwin dengan Sarah. Atas permintaan terakhir arwah atuknya yang banyak membantu keluarganya walaupun mereka hanyalah keluarga angkat tetapi arwah atuknya melayan dan mendidik mereka sekeluarga seperti anak mereka sediri.Rayyan bukanlah seorang yang tidak kenal budi,dia tahu menghargai bantuan orang.Jika arwah atuknya itu tidak membantunya dari dulu tak mungkin dia akan hidup mewah seperti sekarang. Baginya menjalinkan hubungan dengan perempuan yang bernama Sarah Idora itu tidak membawa masalah pada dia.Akhirnya dia mengambil keputusan juga untuk berkahwin dengan Sarah setelah beberapa kali di ugut oleh papanya untuk merampas kereta Porshe yang baru di hadiahi oleh papanya.

“rayyan ?”satu suara lunak sedang memanggilnya sambil melambai-lambai tangannya.
Lamunanya terhenti sebaik sahaja suara lunak itu memanggil. Dia terkejut apabila wajah Sarah kini berada seinci daripada wajahnya.

“oops sorry buat awak terkejut!. Awak nak tidur dekat mana? Kalau awak nak tidur dekat atas katil.awak tidur je lah.Saya nak tidur dekat bawah je.Awak ada tilam tak? Tadi saya tengok kat dalam almari tak ada.Awak boleh tolong ambil kat mana-mana tak? “kata Sarah sambil membuka lagi pintu almari.Rayyan masih lagi merenung gadis gempal itu.

“Rayyan,awak dengar tak?”kata Sarah lagi sambil membulatkan matanya.Rayyan tergamam ‘comelnya’detik hatinya.

“ya?apa awak cakap tadi?”kata Rayyan sambil mengangkat keningnya.
Sarah merengus kasar,dia agak marah apabila dia bercakap dengan orang itu tetapi tak dengar.

“awak ni kan penat je saya cakap tadi.Tapi awak langsung tak nak dengar.Menyampah la kalau macam ni,kalau saya cakap awak buat tak tahu je.Awak tahu tak saya ni letih layan saudara mara awak tu tadi. Lepas tu nak tolong dia orang ni basuh pinggan semua.lepas tu yang awak duduk berlenggang je dengan sepupu awak semua.Awak ingat saya ni apa ha? Letih la kalau selalu macam ni.Kalau lepas ni kita duduk berdua nanti entah macam mana la agaknya.Saya tak rela nak jadi orang ga…….”bebelan Sarah terhenti apabila bibir mereka bersatu ‘chup’.Sarah terkejut matanya bulat memandang perbuatan Rayyan itu. Dia cuba melepaskan pelukan yang kian ketat.Tetapi tidak Berjaya juga.Rayyan semakin ghairah memainkan bibirnya dengan bibir Sarah. Sarah sesak nafas. Setelah lima minit berlalu Rayyan akhirnya melepaskan pelukan dan ciuman.
Sarah terus merengus kasar dan mengelap bibirnya.Rayyan pula tersenyum puas.Ternyata hajatnya itu terlepas juga.

“What’s that for?”kata Sarah sambil memandang tajam kearah Rayyan . Dia betul-betul tidak suka dengan tindakan Rayyan itu tadi.Sudah lupakah Rayyan pada perjanjiannya itu.
Rayyan tersenyum nakal dia mendekati Sarah.Sarah kaget! Dia berundur setapak demi setapak ke belakang. Dia cuba berundur kebelakang lagi tetapi tidak boleh dia kini melekap di dinding. Tubuh Rayyan kini berada seinci dengannya. Rayyan memeluk pinggang Sarah erat.dia membisik di telinga Sarah

“sorry for doing that.Sometimes I cant controlled my self. Saya betul-betul tak tahan dengar awak membebel macam tadi tu.so,I kiss you,maybe lepas ni kalau awak membebel lagi .I have to kiss you tak kira lah kat mana-mana pun.”kata Rayyan kemudian dia meniup lembut di cuping telinga Sarah dan mencium lembut leher dan bahunya.Sarah menggeliat geli.

“malam ni awak tidur la atas katil,biar saya tidur atas sofa.Good night!”kata Rayyan sambil mencium ubun-ubun Sarah.

“wait!”kata Sarah.Rayyan memberhentikan langkahnya dia memaling ke arah Sarah.
“ada apa sayang?”soal Rayyan.

“awak sesuka hati je sentuh saya,tapi awak dah lupa ke perjanjian kita? Awak dah janji!”kata Sarah sambil memandang tajam kearah Rayyan.
Rayyan memandang sinis.Sekali lagi dia berjalan mendekati Sarah.Kali ini Sarah lebih berhati-hati.Dia tidak akan biarkan Rayyan menyentuhnya lagi.Dia tahu Rayyan dan dia bakal bercerai,dia tidak mahu ada rasa suka jauh sekali untuk jatuh cinta terhadapnya. Perlakuan Rayyan yang begitu romantis mampu membuatkan mana-mana wanita jatuh hati.Sarah sedar dirinya siapa.Sedari dia tidak cantik malah gemuk pula masakan Rayyan akan membalas cintanya.
Rayyan menarik lengan Sarah untuk di bawa ke katil.Sarah menepisnya dengan agak kasar.Rayyan kelihatan tenang.

“I just said that. Cant u realize?”kata Sarah sambil menarik muka masam.

“sarah,saya Cuma nak bincang pasal hal ni.pasal perjanjian kita tu kalau awak nak terus kan its okay w
ith me,tapi saya Cuma mintak awak tolong tarik balik syarat awak yang mula-mula tu.Susah la kalau saya nak ikut.kita ni kan dah jadi suami isteri yang sah.Saya bebas memeluk awak,menyentuh awak mahupun mencium awak”kata Rayyan sambil mendekatkan dirinya dengan Sarah.Dia merenung anak mata Sarah.
Sarah terdiam ada betulnya kata-kata Rayyan itu tapi dia takut dia bakal jatuh cinta dengan lelaki itu.dia tahu cintanya akan di tolak.

“saya takut!”

“awak takut apa Sarah?”soal Rayyan.
“saya takut perasaan tu akan timbul. Jadi bila dah timbul saya tahu ianya tak akan dibalas dan akhirnya

saya akan di tinggalkan.saya sedar diri saya ni macam mana.dan saya tahu mana-mana lelaki pun tak nak kat saya. Jadi tolong la jangan buat saya menaruh perasaan”panjang lebar kata-kata Sarah.
Rayyan tergelak besar Sarah merengus kasar!
“awak ingat saya ni buat lawak ke?”marah Sarah.
“tak tak .haha.sorry sangat! Tapi saya betul-betul tak sangka awak akan fikir sampai ke situ sekali. I mean kita baru je kahwin. Come on la Sarah dah tercatat dalam perjanjian kita tu yang awak akan saya ceraikan selepas lima tahun akan datang.Mana mungkin perasaan tu akan terbit dalam hati kita. Hard for me to say but I don’t think that I would fall in love with you.heh! sorry”kata Rayyan sambil tersengih pandangannya beralih keluar tingkap.runtun hati sarah mendengarnya. Begitu sinis sekali kata-kata Rayyan itu.Sampai hati Rayyan berkata begitu.angkuh sungguh.harap muka saja kacak tetapi hatinya… argh! Jahat!
Air mata Sarah bertakung di kelopak matanya.Dia tidak menyangka Rayyan berkata begitu. ‘jadi apa maknanya ciuman tadi? Pelukan tadi? Pegangan yang membuatku selesa? .sampai hati kau buat macam ni’detik hatinya.

“fine! Kita mulai hari ini kita akan patuhi syarat-syarat perjanjian tu. Walaupun awak halal menyentuh saya! Tetapi saya tak akan benarkan atas sebab tidak mahu menimbulkan perasaan mendalam pada awak.Setuju?”kata Sarah penjang lebar.Mulai saat itu dia benar-benar tekad tidak akan tunduk dengan lelaki yang bernama Rayyan.Rayyan terdiam akhirnya dia bersuara

“baiklah saya setuju tapi saya ingin minta sesuatu boleh?”
“apa dia?”soal Sarah serius.

“kalau depan Family saya harap awak berlakon macam awak ni isteri saya yang baik la.Maksud saya awak panggil saya abang. Saya tak nak famili dengan peguam hari tu syak apa-apa.tu je”kata Rayyan sambil tersenyum.
Sarah terdiam dia memikirkan tentang kata-kata Rayyan tadi. ‘ betul jugak tu.nanti kalau peguam tu dengan mama dengan papa tahu,susah la’detik hatinya.
“baiklah.Saya setuju. Dah la saya nak tidur”kata Sarah setelah memberitahu kata putusnya.terus dia ke katil dan tidur dia tidak mahu memikirkan apa-apa lagi.Dia cukup kecewa mendengar apa yang diperkatakan oleh Rayyan tadi.
Rayyan termanggu sorang. Lantas dia mengambil telefon bimbitnya dan keluar dari bilik dan rumah itu.

“hello? Roy? Aku nak jumpa kau kejap. Dekat rumah kau la aku datang.bye”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Kahwin wasiat 5”
  1. syu90 says:

    erm..
    bes2…
    ;-) ;-) ;-)

  2. sitisoleha yahaya says:

    ciannya kat Sarah. Napelah Rayyan cam 2…..Tahniah wat Serra krn menimbulkan perasaan ini dlm diriku.

  3. hehe says:

    hehe . .suke sgt bace citer ni
    keep up the good work!caiyok

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"