Novel : Takut Kahwin 8

18 September 2009  
Kategori: Novel

1,140 bacaan Jom bagi ulasan

Nama Pena : Abigail

Natasha membiarkan fikirannya melayang jauh. Matanya terpaku ada dinding apartmennya yang kosong sementara cappuccino panas di depannya dibiarkan sahaja mendingin. Awal pagi begini, dia hanya mengenakan gaun tidur satin berwarna ungu tanpa secalit solekan pun pada wajahnya.
“Tash, you ni kenapa?” tiba-tiba satu suara menyerbu telinga Natasha. Hampir saja dia melata terkejut akibat teguran mendadak yang datang dari Jeannette, pengurus peribadinya merangkap sahabat karibny itu.Tersengih-sengih wanita Cina itu dari muka pintu setelah mlihat respon rakannya tadi.
“You ni kan.Tak tahu nak bagi salam ke sebelum masuk rumah orang?” Natasha mengurut dadanya penuh kelegaan. “Sorry la. tak terlintas nak bagi salam bila nampak you kaku tadi. Anyway, good morning miss Natasha,” ujar Jeannete mesra disertai senyuman manis. Natasha hanya menjeling manja lalu menikmati cappuccino yang separa hangat itu.
“So, apa yang you fikir tadi?” Jeannette cuba mencungkil cerita. Dia dapat membaca semuannya dari perilaku sahabatnya itu. Bukan baru hari ini Natasha asyik mengelamun, sudah hampir seminggu dia begitu. Pasti ada yang tidak beres.

Jeannette menuang air kosong ke dalam gelas.Dia memerhatikan tindak balas Natasha sambil meneguk air. Wajah gadis itu mendung, tidak seperti selalunya.
“I’m still loving him, Jean,” ungkap Natasha perlahan. Jelas kedengaran setiap butir ayat yang keluar dari bibir mungkilnya. Matanya tanpa kelip memandang mug yang masih berisi cappuccino.
“Tash, are you serious?” Jeannette tersengih menyindir,tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya.
“Yes, I am,”
“But, Ben has changed.Malahan, dia cuba menghindari you. Don’t you see that?” Jeannete cuba membuka kenyataan. Orang buta pun dapat rasa layanan yang diberikan apalagi manusia sempurna. Sememangnya apa yang dikatakan Jeannete ada benarnya. Ben mulai mengelakkan diri dari bertemu bekas teman wanitanya itu. Mesti ada saja alasan diberi kalau diajak keluar berdua.
“Semuanya salah I.Kalau I tak tinggalkan dia dulu, dia tak kan layan I begini,” Natasha bersuara sayu. Wajahnya menyimpan penyesalan yang ikhlas.
“You are not whom you are today, if you didn’t left him 3 years ago. You faham tak,?” Jeannette bertegas. Nadanya serius dan meyakinkan. Dia cuma ingin meyakinkan Natasha bahawa keputusannya 3 tahun lalu adalah tepat dan tidak perlu disesali.
“You silap,Jean. This is not what I want. I want him. Only him,” Natasha berkeras dengan pendiriannya. Kata-kata Jean dibiarnya berlalu tanpa kesan. Jiwanya meronta-ronta. Ya, dia masih terlalu cintakan Ben. Lelaki inilah cinta pertama dan terakhir baginya.
“Pleaselah Tash. I thought you had get over him. It’s been a long, long while, you know,” Jeannette masih meragui luahan hati Natasha. Selama ini, sahabatnya itu okay saja. Tiada bertemankan air mata, walaupun sewaktu baru berpisah dengan Ben. Tiba-tiba pula sekarang berubah sentimental.
“You don’t understand me. You tak rasa apa yang I rasa,”
Jeannette terkelu. Kata-kata Natasha seolah-olah menembak mukanya. Dia memang tidak pernah merasakan cinta sejati selama hidupnya.Dia hanya menjadi barang permainan lelaki jahanam.
“So, apa yang you nak buat sekarang?” tanyanya sambil lewa, enggan membicangkan lebih lanjut masalah Natasha.
“I want him back. That’s all,” jawab Natasha kembali meneguk baki cappuccino dalam mugnya.
“suka hati youlah. I tak masuk campur,” kata Jeannette sambil menuju ke ruang tamu. Dia membuka laptop yang tersimpan di atas meja, sengaja menjauhkan mindanya dari apa yang dikatakan Natasha tadi. Sebenarnya dia agak tersinggung dengan kata-kata Natasha.
“Tunggu dan lihat. I’m gonna win his heart again,” ujar Natasha penuh keyakinan. Matanya bersinar penuh harapan. First love never die. Itulah prinsip yang dipegangnya.

***

Debby menyelak satu-persatu muka surat majalah hiburan kegemarannya, mencari isu yang hangat untuk diperkatakan. Puan Christina pula kelihatan agak sibuk dengan tugasnya sendiri. Hari ini, mereka dua beranak lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding di spa. Sedang Debby membelek, matanya tiba-tiba terbaca sebaris perkataan yang menarik seluruh perhatiannya.
‘Natasha akui rapat dengan pengarah Hotel Golden Royal’
Artikel kecil itu dibacanya dengan teliti. Menurut artikel tu, Natasha dan Ben sering kelihatan kemana-mana bersama. Gambar mereka berdua semasa pertunjukkan fesyen tempoh hari juga terselit di tepi artikel itu. Bagai cincin dengan permata.
“Mum, cuba baca ni,” Debby mula menyebar cerita.
“Ada apa tu?” Puan Christina menyahut bersahaja. Matanya masih sibuk membaca isi kandungan fail di depannya.
“Bacalah sendiri,” Debby menghulurkan majalah itu kepada mummynya yang berada tidak jauh darinya.
“Deb bacakan untuk mummy je.Mummy busy,”
Debby mencebikkan bibirnya sambil menarik semula hulurannya tadi. Dia membacakan setiap patah kata yang tercetak di dalam majalah itu. Wajah Puan Christina tidak menunjukkan sebarang perubahan yang diharapkan Debby. Dia hanya berlagak biasa, seolah-olah tiada yang menarik.
“Kalau mereka rapat pun, tak ada kena-mengena dengan kita,” ujarnya masih menumpukan perhatian pada fail di atas meja.
“Mum kata tak ada kena-mengena? Sayanglah mum kalau abang Ben tak jadi dengan kak Jasmine,” Debby tidak setuju dengan pendapat mummynya. Dia punya tujuan tersendiri.
“Eh, apa yang sayang pula? Deb pun tahu kan yang Kak Jasmine tak suka pada dia. Nak buat macam mana lagi. Dah mereka tak ada jodoh,” balas Puan Christina tegas.
“Kak Jasmine tu yang masalahnya. Apa salahnya dia suka abang Ben tu. Kalau tak kita boleh bercuti percuma kat rangkaian hotel family mereka,” kata Debby menyatakan niat sebenarnya.
“Jadi tulah yang Deb sayangkan sangat tu ye. Itu mementingkan diri namanya. Kita tak boleh paksa orang lain buat perkara yang mereka tak suka semata-mata untuk kepentingan diri kita,” Debby terdiam mendengar kata-kata Puan Christina. Dia agak terasa dengan perkataan itu.
“Cakap orang pandai, Deb sendiri macam mana?Dah ada calon ke?” Puan Christina sengaja menimbulkan soalan begitu. Menguji respon anak gadisnya itu.
“Eh, mummy ni. Mana ada,” muka Debby mula memerah. Malu dengan soalan mummynya tadi. Ketawa Puan Christina memenuhi ruang tamu rumah dua tingkat itu. Geli hati dia menyaksikan air muka Debby yang tersipu-sipu. Kalau mengenakan orang dialah yang juara, tapi sekarang dia sendiri yang terkena. Katanya mana ada, tapi sebenarnya ada.

Telefon bimbit Puan Chrisina bernyanyi nyaring tiba-tiba, mengejutkan dia dari tawanya tadi. Lantas dia mencapai benda yang masih bergetar itu dan membaca skrinnya. Raut wajahnya berubah. Nyanyian telefon bimbit itu masih kedengaran.
“Siapa yang call tu mum? Kenapa tak jawab?” Debby bertanya, hairan dengan perilaku mummynya.Puan Christina tersentak dengan soalan Debby. Fikirannya sedikit bercelaru. Hampir seminggu nombor yang sama asyik memanggilnya. Tapi bila disambut, tiada pula bersuara. Dia sendiri kebingungan. Siapa sebenarnya pemanggil misteri itu?
“Tak apalah. Tak penting pun,” balas Puan Christina cuba menyelimuti rasa bimbangnya. Dia berusaha merahsiakan perkara itu dari anak-anaknya.Entah sampai bila. Telefon berdering lagi dan lagi. Dia hanya memekakkan telinganya. Pedulikan.

***

Dua orang wanita muda kelihatan ceria bersembang sesama sendiri. Sesekali, kedengaran tawa mereka berderai memenuhi ruangan cafe itu. Masing-masing teruja meluahkan isi hati yang lama terbuku.
“Awak jadi tak datang ke majlis perkahwinan Azilia hujung bulan ni?” tanya Jane Kaur, kawan baik Jasmine sejak sekolah menengah. Perbualan mereka kini beralih kepada topik itu. Air wajah Jasmine berubah.
“I am not sure.I’m quite busy this entire month. Awak pula?” pertanyaan diputarkan semula.
“Saya pun tak pasti lagi. Tapi, saya dengar kan dia buat konsep taman tau. Mesti mahal kan,” Jane membalaS sambil menghirup minuman chocolate shakenya. Wajah Jasmine ditenungnya seketika.
“Ye ke? Tak hairanlah. Kan fiance dia arkitek. Setakat konsep taman, apalah sangat,” kata Jasmine acuh tak acuh. Kek berperisa yam disenduk secebis.
“Eh, mesti kalau kita datang majlis tu, kawan-kawan yang lain sibuk tanya bila giliran kita pula. Ah, malas lah nak pergi,” Jane mengerutkan keningnya mengenangkan perkara yang bakal terjadi.
“Yalah kan. Tak kuasa nak jawab. Tahu lah kan dorang tu dah ada family masing-masing. Tapi, you tak pernah terfikir ke nak kahwin, hah?” Soal Jasmine pula.
“Memanglah terfikir. Mama and papa dah bising-bising dah tu. Tapi saya tak ada calon lah. Yalah kan, siapa yang nak dengan saya ni, simple je,”jawab Jane dengan nada seolah merajuk. Hampir tergelak Jasmine melihat perunahan drastik air muka kawannya itu.
“Janganlah cakap begitu. Awak cantik ape. Lelaki buta je yang tak tertarik dekat awak. I’m sure you will find a perfect man for you someday, okay,” Jasmine cuba menyenangkan hati kawannya itu. Tapi memang betul,Jane seorang gadis yang cantik. Mungkin kerana kedudukannya yang lebih tinggi berbanding lelaki yang biasa ditemuinya, menyebabkan tiada lelaki yang berani mendekati.
“Thanks. Awak memang bestfriend saya forever,” Jane terharu dengan kata-kata Jasmine. Baginya, Jasminelah orang yang paling memahaminya di dunia ini.
“That’s what friends for,” balas Jasmine ringkas disertai tawa kecil.Namun, tawanya mati apabila menyedari perubahan wajah Jane yang seperti dipukau. Mata kawannya itu sampai tidak berkelip memandang arah yang dibelakanginya.
“Jane, are you okay?” Jasmine melambai-lambai tangannya tepat di depan mata gadis berkulit sawo matang itu. Tiada respon.
Jasmine menoleh ke belakang, arah yang ditenungi Jane sedari tadi. Dia ingin tahu penyebab Jane membisu. Gulp. Air liur ditelannya pantas. Perkara yang tidak diingini sedang berlaku! Ben sedang duduk bersama seorang lelaki seumurnya di suatu sudut Cafe itu. Sepertinya, mereka baru tiba, kerana seorang pelayan sibuk mengambil tempahan. Dia dan Ben berada di dalam satu bangunan. Oh, tidak! Batinnya menjerit kuat. Jantungnya berdebar kencang. Aku patut pergi dari sini, bisiknya dalam hati.
“Jane, we have to go,” bisik Jasmine agak kasar kepada Jane. Dia sudah bersedia untuk pergi. Kaca mata hitam dikeluarkan dari tas tangannya untuk menutup bahagian mata.
“Kita nak pergi mana ni, Mine. Saya belum siap lagi lah,” Jane terpinga-pinga dengan tindakan Jasmine yang mendadak begitu. Belum puas matanya menjamu keindahan ciptaan Tuhan.
“Come on, Jane. Ikut je lah,”Jasmine berusaha mengawal suaranya yang nyaring dari terlepas. Mahu saja dia menarik Jane keluar dari situ.
“Not now, Jasmine. Tengok, he is coming,”nada suara Jane seolah-olah teruja.Raut wajahnya lain dari yng biasa. Semacam meggoda. Tapi siapakah sebenarnya yang dia maksudkan?
“Fine.Then, goodbye,” Jasmine berdiri dengan pantas tanpa memandang kiri kanan. Prang!!

Jasmine merasakan yang bahunya terlaga sesatu, seperti sebuah dulang berat. Dia lantas menoleh. Oh tidak! Dia buat lagi.Pergerakannya yang tidak wajar tadi telah menyebabkan seorang pelayan wanita menumpahkan teh susu pada baju seorang lelaki yang amat dikenalinya. Siapa lagi kalau Ben. Dia baru cuba nak lari, tapi dia tertangkap pula. Jadi Ben lah yang dimaksudkan Jane tadi.Jasmine berusaha menutup mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya.
“I am sorry. Really sorry,”ujar Jasmine cemas sambil mengalihkan mukanya ke arah yang bertentangan. Apa yang aku dah buat ni, rungutnya dalam hati. Tak habis-habis aku buat malu, marah Jasmine pada dirinya sendiri.Yang dia tu pula, buat apa datang dekat sini. Bencinya! Jasmine mengerang. Enggan dia menatap wajah lelaki itu. Malu sudah menyelubungi dirinya.Dia cam aku ke? Jasmine tak tentu arah.
“Minta maaf, encik,” pelayan wanita itu mula membersihkan pakaian Ben yang terkena teh susu tadi. Sebenarnya dia hanyalah mangsa keadaan yang dicipta tanpa sengaja oleh Jasmine.
“It’s okay. Thanks. Saya boleh buat sendiri,” Ben sibuk membersihkan pakaian putihnya dengan kertas tisu. Pelayan itu kemudiannya tergesa-gesa menuju dapur. Rasa bersalah menghantui Jasmine yang sudah tak keruan.Sememangnya dialah punca segalanya yang sedang berlaku.
“Ini semua sebab awak. Tiba-tiba je nak pergi,” Jane mula campur tangan. Jasmine tidak terdaya untuk menghentikan tindakan kawannya lagi. Dia hanya mampu membisu sambil mengkebil-kebilkan matanya, memandang ke arah lain.Tenang Jasmine, dia tak kan cam awak punya, dia berusaha memujuk dirinya. Dia hanya tahu yang dia perlu pergi dari situ.
“Are you ok?”tanya Jane kepada Ben yang masih sibuk membersihkan pakaiannya. Inilah yang dikatakan sambil menyelam minum air. Peluang untuk mengenali lelaki itu.
“Ya, I’m just fine,” balas lelaki itu ringkas.Suaranya tiada bibit kemarahan. Tenang saja kedengarannya. Sempat lagi dia memberi senyuman kepada Jane. Kesempatan berharga, terbit idea di minda Jasmine.Tanpa berlengah-lengah dia memulai langkah seribunya.
“Jasmine Rossaile Lee, awak nak pergi mana tu? You have to settle this thing,” lantang kedengaran suara Jane.Ternyata ideanya itu tidak berkesan. Langkah Jasmine serta-merta mati. Jane! You’re killing me! Sekarang Lelaki tu mesti cam dia.Pasti. Mahu tak mahu, Jasmine terpaksa berdepan dengan Ben.Aku nak buat apa sekarang ni? Jasmine berfikir, masih enggan menoleh.Dia tidak mahu melihat reaksi Ben. Dia sudah cukup malu untuk melihat dirinya sendiri sekarang.
“Jasmine, awak patut minta maaf,” Jane bersuara lagi. Apasal dia bermati-mati nak aku minta maaf ni, Jasmine merungut.Tahulah lelaki tu kacak. Jasmine masih enggan berganjak. Buat sesaat dua suasana sunyi.
“It’s okay, miss. Saya kenal kawan awak tu,” sebaris ayat keluar dari mulut Ben. Jasmine tergamam. Betulkah yang aku dengar ni, dia kebingungan. Dia tak nak minta ganti rugi? Sejak bila pula dia berubah jadi bertimbang rasa?




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"