Cerpen : Biarkan Cinta Itu Pergi

15 November 2009  
Kategori: Cerpen

1,630 bacaan 32 ulasan

Nama Pena : nurin_saffiya

” Ya ALLAH, kenapa Naim tipu aku macam ni” rintih hati Nur Addina Amir.
Dina memandang orang-orang sekeliling di dalam makmal komputer. Dia cuba menahan sebak dan air mata. Dengan langkah yang longlai, Dina beredar dari makmal komputer. Masih terbayang-bayang titipan manis Naim buat seorang gadis dalam laman Friendster.

Mohamad Naim Iman, jejaka yang berjaya menawan hati Dina sejak Tingkatan 4. Walaupun cinta mereka cinta jarak jauh, tetapi telefon awam menjadi penghubung kasih selama Dina di asrama penuh dahulu. Wang syiling yang dikumpul hasil berjimat cermat duit poket diguna. Walau seminggu 10 minit sudah berbaloi bagi Dina untuk mendengar suara kekasih hatinya.

Dina duduk di laluan pejalan kaki DPP Bank Muamalat seorang diri. Fikirannya amat runsing. Dia cuba menghubungi Naim untuk mendapatkan kepastian tetapi hampa. Panggilannya tidak dijawab. Berderai air mata Dina mengenangkan perbuatan Naim.

“Alamak, aku kena pi kelas Sejarah dan Falsafah Pendidikan ni”, Dina mengesat air mata yang dari tadi tidak henti-henti dan berjalan menuju ke perhentian bas.
“Dina, napa orang tengok mata awak bengkak ja ni?” tanya Hana, rakan sekelasnya.
” Tak dak pa la Hana, orang tidoq lambat semalam” Dina berkata lalu menaiki bas biru UNIC untuk ke kuliah. Dina menghenyakkan badan ke seat tepi tingkap. Lalu merenung ke luar tingkap tanpa makna.
“Napa orang yang aku sayang buat aku macam ni? Apa salah aku?” pelbagai persoalan timbul dari ruang benak Dina. Fikiran Dina menerawang entah ke mana.
“Dina, jom turun. Kita da sampai kat dewan kuliah ni” ajak Hana yang dari tadi hanya memerhati Dina. Tidak berani untuk bertanya kerana Hana tahu Dina dirundung pilu. “Ha, dah sampai ka?” terpinga-pinga Dina yang baru sedar di dunia nyata.

Dina dan Hana jalan beriringan ke DKG 1/8. Masing-masing hanya diam membisu.
“Laa, batal plak kuliah harini. Napa la En. Suhaimi ni baru tampal notis. Dah rugi 2 point bas aku ni..” bebel Hana keseorangan.
“Napa Hana?” Tanya Dina yang masih tidak nampak notis yang ditampal di pintu dewan kuliah. Hana hanya menunding jari kearah pintu.
“Hana nak pi mana-mana ak ni? Kalau tak mau, kita balik teruih ja la” ajak Dina.
“Emm, orang rasa nak pegi Hop-in jap..nak print note..tapi takpe la, orang print kat lab Muamalat ja la” balas Hana.

Sambil berjalan Hana dan Dina berborak-borak kosong. Hana perasan perubahan diri Dina yang selama ini periang. Senyuman ‘plastik’ Dina dapat dikesan Hana. Lalu dikumpul keberanian untuk bertanya kawannya yang baru sebulan dikenali sejak mereka melangkah ke bumi Sintok.
“Dina, boleh orang tanya something kat awak ak?” Tanya Hana dengan berhati-hati.
“Apa? Tanya la Hana..awat macam takut-takut ja ni..Dina tak penah makan orang lagi la” kata Dina sambil tersenyum ‘plastik’.
“Dari tadi lagi Hana pasan Dina macam da masalah ja..cita la kat Hana” pinta Hana..
Tiba-tiba riak wajah Dina berubah. “Emm, masalah yang tak tau kepastian lagi..nak cita pon tak tau pala ekoq lagi..tapi bab-bab hati Hana” kata Dina dalam suara yang pilu.
“Jom Hana, bas kita dah ada tu..kalau penuh, kena tunggu hat len plak” kata Dina yang seolah-olah hendak menukar tajuk perbualan. Dina mengorak langkah dengan laju, meninggalkan Hana di belakang. Hana cuba mengejar Dina yang sudah hampir ke perhentian bas.

“Dina, kita duduk kat belakang sekali la” ajak Hana. “Ok gak, boleh rasa cam nek kuda” gurau Dina untuk menutup kesedihannya.
Sambil menunggu bas UNIC penuh dengan pelajar-pelajar lain, Dina mendengar lagu dari telefon tangannya. Lagu ‘Istimewa’ yang dinyanyikan kumpulan Indigo dipilihnya.

Walau kukembara sedunia…
Walau ketemu ramai wanita..
Nyata kau tiada tandingannya…
Seikhlas hati aku menyinta..
Kau istimewa..
Teristimewa..

Dina mengamati bait-bait lagu yang penah dikirimkan Naim melalui Voice SMS sewaktu dia di Kolej Mara Kuala Nerang. Lagu yang membuktikan bahawa Naim akan setia walau di mana dia berada. Tapi semuanya palsu belaka, hanya janji insan yang pandai berkata-kata.
Air mata Dina tumpah kembali. Cepat-cepat Dina kesat dengan hujung lengan baju kurungnya, bimbang kalau ada orang memerhatikannya.

“Mak Su Dina, jom beli makanan kat Café Mak Ndak” ajak Hana apabila sampai di perhentian bas DPP Yayasan Al-Bukhary.
“Isk, mak su lak dia ni..awak pi la beli makanan kt situ..orang cam ngidam nak makan nasi tomato Pak Lang la” elak Dina yang sebenarnya mahu terus pulang ke bilik.
“Ok la, awak pegi la beli kat Pak Lang kesayangan awak tu..jalan elok-elok..kalau jatuh longkang, kua sendiri k?” Hana cuba untuk menggembirakan Dina. Dina melemparkan senyuman dan berjalan pulang ke dewan penginapannya.

Setelah sampai ke bilik, Dina menanggalkan tudung dan terus berbaring. Jam di tangannya dikerling. Baru pukul 12.30 tengahari. Hatinya masih tidak tenang jika tidak mendapatkan kepastian dari orang yang amat dia sayangi. Lalu dicapai telefon tangan di dalam beg kuliahnya.
019-4931683 cuba dihubunginya berkali-kali. Akhirnya panggilannya dijawab juga.

“Assalamualaikum Dina, maaf tau..abang kluaq tadi..terlupa plak nak bawak handphone..da pa ni sayang??..tanya Naim yang masih tidak mengerti.
“Huuu..” Dina tak mampu berkata-kata, air mata tumpah ke pipinya.
“Napa Dina teriak ni?? Sayang da masalah ka?” Naim tertanya-tanya.
“Abang, napa buat Dina macam ni? Apa salah Dina kat abang sampai abang sanggup duakan Dina?” terkesima Naim mendengar soalan yang muncul dari mulut Dina.
“Emm..” kelu lidah Naim untuk berkata-kata. Rahsia yang selama ini dia simpan akhirnya terbongkar oleh Dina sendiri. Dia cuba untuk mencari jawapan untuk mengelak.
“Dina tau mana ni, Abang duakan Dina ngan sapa plak?..isk, sapa plak dok crita ni” bohong Naim.
“MasyaALLAH, cukup la abang..Dina bukan buta teknologi sangat..apa yang abang komen kat Friendster Kak Dhiya tu..please abang, terus terang ja la..Dina da penat nak tanggung semua ni..” agak tinggi nada suara Dina sehingga mengejutkan Naim. Tidak penah walau sekali Dina tinggikan suaranya waktu bercakap dengan Naim.
“Dina, Abang mintak maaf Dina..Abang bohong Dina sebab Abang tak mau kecewakan Dina..Sebenaqnya dah 4 bulan Abang bercinta ngan Kak Dhiya..Abang mintak maaf sangat-sangat” Naim berkata dengan nada penuh bersalah.
“4 bulan Abang bohong kat Dina??..selama ni Dina ingat Abang kawan ja ngan Kak Dhiya tu..Dina tak penah larang Abang kawan ngan sapa-sapa pon, tapi napa Abang salah guna kepercayaan Dina ” luah Dina yang hanya mampu melinangkan air mata.
“Sudah la Abang, Abang pikiaq la elok-elok..Apa makna Dina dalam hidup Abang selama ni..Assalamualaikum” terus Dina mematikan talian.
Dina melihat Bear2 pemberian Naim sewaktu ulangtahun kelahirannya yang ke-17..dipeluk erat Bear2 yang selama ini jadi teman di kala suka duka.

Nurul Mardhiya, gadis bertudung litup yang Dina lihat gambarnya dari telefon tangan Naim. Dina terima apabila Naim perkenalkan Kak Dhiya sebagai bekas rakan sekolah menengah Naim. Beza umur Dina dan Kak Dhiya hanya setahun. Dina tidak menyangka gadis yang dia hormati seperti kakaknya sendiri sanggup merampas cintanya. Dina sedar kekurangan diri. Dina hanya gadis kampung biasa, berkulit sawo matang dan perwatakan sederhana. Tapi, dia juga ada hati dan perasaan. Berbeza dirinya dan Kak Dhiya yang cantik. Gadis yang bertudung litup yang selalu Naim harapkan selama ini.

Dina sudah sedaya upaya berubah demi Naim. Sedikit demi sedikit. Tapi Naim tidak penah sedar akan perubahan diri Dina. Masih teringat-ingat kali terakhir mereka berjumpa, Naim asyik menunjukkan wanita yang bertudung litup yang berada Perhentian Bas Pekan Rabu. Katanya wanita-wanita itu cantik seperti Kak Dhiya. Dina agak terasa kerana nama Kak Dhiya asyik melekat di bibir Naim. Menyedari kekurangan diri, Dina hanya mendiamkan diri.

“ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR” azan Zohor berkumandang. Dina tersedar dari lamunan lalu bingkas menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Dina masih ingat pesanan dari ibunya, jangan meninggalkan solat. Dina tahu tempat paling baik untuk mengadu adalah kepada-Nya. Solat dapat menenangkan hati manusia.
Usai mengerjakan solat, Dina memohon doa kepada ALLAH supaya diberikan kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran serta diberikan ketenangan jiwa kepadanya.
Dina termenung memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik buat dirinya dan orang lain.

“Mungkin aku boleh berbincang dengan Kak Dhiya” terdetik didalam hati Dina.
Dina menghantar SMS kepada Kak Dhiya.
Salam k.dhiya..sy Dina..sy rs akak da knl Dina..maaf la klu gngu k.dhiya..i think we need 2 talk
SMS Dina dibalas.
Waalaikumsalam Dina, akak knl Dina..akak baru hbs kelas nie..akak mintak maaf ats apa yg b’laku..mmg slh akak n Naim..tp akak t’lalu sygkn Naim n xnk b’psh..akak da bgtau Naim yg akak xkn lpskn dia..dia cinta pertama akak..
Dina terkesima dengan balasan SMS itu.
Akak, Dina hrp akak fhm situasi Dina skrg..kta sma2 prmpn..klu boleh Dina xnk hbgn 3taon lbh yg Dina bina msnh cm2 ja..Dina sggup klu kta b’kongsi ksh..
Bertakung air mata Dina. Wanita mana yang sanggup berkongsi kasih.
Akak fhm Dina..tp akak xsggp b’kongsi…akak tkot xadil..biaqla Naim sndri wt kptsn..akak arp kita bleh trima kptsn Naim nnti..
Dina memberi membalas dengan tenang
Trima ksih akak ats sgala2nya..Dina akan trima kptsn yg Naim akn wt nnti..Salam..
…………………………………***……………………………

Selama dua hari Naim hanya mendiamkan diri. Dina memberikan masa yang cukup untuk Naim membuat keputusan. Selama itu juga Dina banyak berfikir dan berdoa kepada-Nya. Dina sendiri mengumpul segala kekuatan dalam dirinya.

SMS yang dihantar oleh Kak Adriana dibaca
Dik, npa jd cmni? Tp xpyh la adik serabut2 pkir psl bnda 2..adik da fmly yg slalu support adik..igt jnji Allah..smua kta da jdoh msing2..mybe u r deserved a better men..mgkn da hikmah apa yg b’laku..sbQ ya, akak tahu adik kuat..

Dina berulang-ulang kali membaca mesej itu. Seperti ada satu semangat datang ke dalam dirinya. Kata-kata kakak kandungnya itu ada benarnya. Dia masih ada tanggungjawab yang lagi besar kepada Maha Esa dan keluarganya. Dia sendiri telah berjanji akan sanggup melepaskan kasih sayang Naim jika hadir wanita yang lagi baik daripada dirinya.
………………………………***……………………………

Selepas solat Isyak, Dina terus merebahkan diri di ruang tamu rumah kakaknya kerana badannya terlalu lemah. Sudah dua tiga hari tidur dan makan Dina tidak teratur. Nasib cuti pertengahan semester sudah bermula. Bolehlah dia berehat. Dina terlelap akhirnya.

“Ya Allah, da pukul 11.45 da” pandang Dina ke jam dinding setelah terjaga dari tidur.
Dina melihat telefon tangan disebelahnya. Tertera 1 Message Received di skrin. Dina membuka SMS yang dihantar oleh Naim itu.
Salam sayang..Abg mntk maaf sgt2 syg..abg syg sgt2 kt syg..abg xsgka akn jd mcm nie..abg sdr slh abg sbb duakn cnta syg..abg t’pksa wt kptsn..abg pilih NURUL MARDHIYA…abg arp syg dpt trima kptsn abg nie..maafkn abg..

Dina hanya tersenyum nipis. Setitik air mata pun tidak gugur. Dina sudah dapat menjangka keputusan yang dibuat oleh Naim. Dia sendiri sudah bersiap sedia untuk menerima segala yang akan bakal terjadi. Dia sedar tidak guna menitiskan air mata kerana orang yang tidak menghargainya. Dia masih ada Allah, ibu bapa, keluarga dan kawan yang masih menyayanginya.

Dina menghantar SMS kepada Kak Dhiya.
Salam k.dhiya..tahniah akak..Dina doakn akak bahagia b’sma Naim..Dina nk mntk kbnrn utk call Naim sat ya..trima ksh..Salam
SMS Dina dibalas.
Akak mntk maaf Dina..Naim da wt kptsn..OK Dina call la dia..

Dina terus mendail untuk bercakap dengan Naim
“Salam Im, maaf ya mengganggu..IM buat apa tu? Dina cuma nak mintak maaf kalau ada salah Dina selama kita kenal..halalkan apa yang Im bagi kat Dina..Tima kasih sebab mengajar Dina satu benda yang amat berharga.. Im tak payah la risau pasai Dina lg..Dina da besaq..Dina akan teruskan hidup Dina nie..” kata Dina dengan perasaan yang bercampur baur.
Naim seperti kelu untuk berkata-kata. “Waalaikumsalam Dina, Im baru balik dari stadium ni tengok bola..Im mintak maaf sebab kecewakan Dina..Im terpaksa buat pilihan.. Im buntu sebab Dina dan K.Dhiya tak dak kurang tang mana-mana pon..Maafkan Im ya..”

“Tak pa Im mungkin tak dak jodoh kita..Dina doakan Im dan K.Dhiya bahagia..Assalamualaikum..” kata-kata terakhir Dina untuk Naim pada 13 Ogos 2008. Hari genap 3 tahun 5 bulan mereka menjalin cinta dan akhirnya musnah.
………………….***…………………………

Ingatla kawan-kawan…
Biarkan cinta itu pergi…
Cinta yang sejati akan kembali…
Kerana Allah telah menjanjikan jodoh hati…
Yang akhirnya akan terpateri…
Walau apapun ingatkan dalam hati…
Cinta agung hanya dari Illahi..
Yang akan kekal abadi..
~nurin_saffiya~




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

32 ulasan untuk “Cerpen : Biarkan Cinta Itu Pergi”
  1. sue says:

    1 karya yg mudah difahami n dhayati….
    tp sedih sgt….huhuhuhu
    cam kisah aku je…..agaknyer btl ler ckp dr.tuah yg Allah sengaja temukn kt ngan org yg salah dulu…
    pastu baru Dia temukan kt ngan jodoh yg btul….
    so, x yah ler kecewa sgt lau putus cinta ni…..

  2. meera says:

    cerpen yang memberikan aku kesedaran akan jodoh dan masa silam,,,,thanks,,,so nice……

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"