Cerpen : Cinta remaja

15 November 2009  
Kategori: Cerpen

6,407 bacaan 24 ulasan

Nama Pena : nor syazyati

Buku-buku yang baru sahaja dibeli bersama-sama mamanya untuk persediaan persekolahan yang akan bermula esok harinya dibelek penuh teliti.

“Fuhh! Esok dah kena sekolah. Agak-agak macam mana ye nanti.” Gadis berkulit hitam manis itu bermonolog. Dia bangun dari atas katil dan pergi menyeterika seragam barunya. Sekilas dia memandang buku-buku yang telah siap disusun atur ke dalam beg sekolah yang baru dibeli seminggu yang lepas.

“Sayang ! Dah kemas buku ke belum? Esok dah kena sekolah.” teriak mamanya dari ruang tamu.

“Tengah siap-siaplah ni mama!.” Jawabnya separuh teriak.

Gadis itu dapat merasakan bahawa dia sudah tidak sabar untuk melangkah ke sekolah menengah. Secara outomatik,dia terperangkap dalam dunia remaja. Dunia remaja?Ya,dunia remaja. Dunia remaja yang penuh dengan liku-liku yang entah dapat dihadapi atau tidak.\’Kalaulah aku boleh ubah masa,akan aku percepatkan lagi masa\’. Hatinya bermain kata.

SATU persatu langkah dicipta. Qisti yang tidak tahu arah yang hendak dituju di sekolah itu,hanya terus berjalan tanpa arah. Bertuah rasanya apabila dapat menjejakkan kaki di sekolah premier seperti sekolah di mana dia berada sekarang. Lagi-lagi apabila diberitahu bahawa dia ditempatkan di sebuah kelas yang terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang dalam UPSR. Apa yang dia harapkan kini ialah semoga dapat bertemu dengan teman-teman lamanya. Dia begitu rindu sekali. Setelah dua bulan mereka tidak bertemu.

“Hai! Korang dapat belajar kat sekolah ni jugak ke? La..ni yang syok ni. Korang tahu tak,aku rindu sangat kat korang.” Qisti menyergah sebaik sahaja dia ternampak temannya. Tiga pasang mata menatap wajah mulus Qisti.

“Kau ni kan! Tak pernah berubah.Dari dulu sampai dah naik tingkatan satu,masih macam dulu.Suke sangat buat jantung orang kecut.Cubalah bagi salam.Bukannya susah.\’Assalamualaikum\’. Itu je. Hish!.” Rungut Adyla.

“Betul kata Dyla.Tak berubah-ubah. Cubalah jaga kelakuan sikit,lasak sangat.” Zureen mengakui kata-kata Adyla. Qisti hanya tersenyum sinis.

“Aku nak buat camne.Dah semulajadi aku macam gini.Apa yang aku tahu,aku adalah aku.Dan tak kan boleh berubah.”

“Ehh!Cop!Kau jangan cakap macam tu.Tak mustahil kalau kau boleh berubah.Mungkin kau boleh berubah..kerana lelaki.” Afiana pula bersuara. Mata Qisti membulat.

“Oops!Cop!tadi kita ada buka topik pasal lelaki ke? Tak de kan? So,why tetiba je cakap pasal lelaki?” Qisti bingung.Adyla membuka mulut untuk membuat ulasan,tapi..
\’Kriinnnnggg!!\’ loceng berbunyi.

HARI-HARI terus berlalu tanpa terasa. Qisti pula berasa seronok dan selesa di sekolah itu.Sudah empat bulan dia menuntut ilmu di sekolah itu,dia mendapat ramai teman yang baik dan peramah. Guru-guru yang mengajarnya juga dari kalangan yang berpelajaran tinggi dan sudah berpengalaman mengajar selama bertahun-tahun. Ada juga yang sudah mula mengajar sejak 20 tahun yang lalu. Hebat sungguh !
Tetapi,yang menghairankannya adalah,bilangan guru lelaki yang sedikit di sekolah barunya itu. Setahunya,jumlah guru pada sesi petang ialah lebih kurang lima puluh orang. Namun, bilangan guru lelaki cuma dua peratus sahaja. Ini bermakna lebik kurang sepuluh orang sahaja.
Jadi benarlah apa yang pernah dia dengar selama ini iaitu lelaki sudak pupus. Pernah juga dia membaca artikel bahawa salah satu tanda kiamat sudah dekat ialah akan berlaku kepupusan lelaki pada akhir zaman. Jadi bermakna.. ‘Hish..aku ni. Merepek saja. Doakan saja supaya itu tidak terjadi.’

“Alorh!Romantiknya diaorang. Siapa tu huh?Berani seh dating depan orang ramai. Sama cantik dan sama padan.” Afiana bersuara. Dua pasang kaki itu terhenti di tepi kaki lima. Pelajar-pelajar lain yang sedang berjalan di belakang mereka agak terkejut dengan hentian mendadak Qisti dan Afiana. Qisti menyorotkan mata ke arah sepasang kekasih yang dimaksudkan tanpa menghiraukan mereka yang sedang menghadiahkan makian kepadanya.

“La..Afy..selama kita sekolah kat sini,kau tak kan tak perasan diaorang? Hari-hari diaorang dating kat tepi dewan terbuka tu. Kau tahu tak tu siapa?” Qisti bersuara sambil mengunyah roti. Masih tersisa setengah jam lagi untuk loceng berbunyi. Perkara ini telah membuatkan perut Qisti berlagu riang. Meskipun dia kelihatan agak kurang beradab,dia masih meneruskan kunyahannya.

“Siapa?Aku baru je perasan diaorang.” Meskipun satu pertanyaan yang ringkas,tetapi,dia berharap sangat supaya Qisti memberitahu siapa gerangan pelajar itu.

“Yang hensem tu nama dia Azuan,dan si gadis yang berkaca mata yang ada kat depan dia tu Faeqa. mereka tu hot couple kat sekolah ni.” terang Qisti sambil menuding jari ke arah pasangan remaja itu.

“Mentang-mentang budak tu hensem,tahu aje kau nama dia.” Sindir Afiana.

“Mana ade! Hari tu aku jalan bertentangan arah dengan dia.Ape lagi,aku tengok lah name tag dia.” jelas Qisti dengan jelas.

“ohh,ya?Kau cakap je lah dia tu hensem.” dengan pantas Qisti mencubit paha Afiana. Mereka tertawa kegirangan.

QISTI memerhatikan teman sekelasnya.Ada yang menyiapkan kerja sekolah,ada juga yang menyanyi. Ada juga ang sedang berkumpul dan sedang asyik bermain permainan ‘bingo’. Nama sahaja kelas pandai,tetapi langsung tiada gaya pelajar pandai.

“Hoi kawan-kawan!Cikgu Najihah tak masuk kelas hari ni. Dia tak sihat.Tapi dia ada pesan siapkan kerja yang dia bagi.” jerit ketua tingkatan kelas itu,Mikail. Senyumnya meleret tiada penghujung.

“Hoourrehh!Cikgu tak masuk! Apa lagi,enjoy!” teriak seorang pelajar. Bagi Qisti,itu sudah menjadi perkara lumrah selama enam bulan belajar bersama-sama mereka. Setiap kali cikgu yang sepatutnya mengajar tidak dapat masuk ke kelas kerana sebab-sebab yang tertentu,mereka pasti bersorak girang.

Qisti yang duduk ditepi tingkap hanya mendiamkan diri.Dia memandang ke luar tingkap.Memerhatikan pelajar tingkatan dua keluar untuk waktu rehat.Tingkap yang sudah tiada cerminnya itu boleh membuatkan Qisti melihat dengan lebih jelas keadaan di bangunan bertentangan di mana pelajar tingkatan dua ditempatkan itu.Tiba-tiba,dia seakan tidak percaya. Ada seorang pelajar lelaki melambai ke arahnya. Qisti aneh. Dia melihat temannya yang berada di hadapan dan belakangnya.pelik.Mereka sedang asyik membuat kerja masing-masing.

\’Rasanya ku kenal siapa itu.Azuan?!\’otaknya ligat berfikir.Sejak hari itu,masa-masa bosannya diisi dengan memerhatikan Azuan dari jarak jauh. Bahkan,ketika sedang belajarpun dia sering menjeling untuk melihat Azuan.

—————————

PERALATAN alat tulis bersepah di atas meja. Sekejap ditolak ke kiri,sekejap ke kanan. Kemudian dimasukkan semula ke dalam bekas pensil dan ditolak ke tepi meja. Tangannya kini mencapai beg berwarna biru dan dihempas ke atas meja. Digeledah satu persatu isi yang ada dengan harapan apa yang dicari sejak tadi ditemui. Aneh! Apa yang dicari masih tidak dijumpa. Keluhan berat kedengaran. ‘Mana pergi benda ni? Baru lima minit aku guna, takkan hilang macam tu je.’

Sepasang mata yang tajam ditujah ke arah sekujur tubuh yang berada di hadapannya. ‘Ni mesti kerja budak seekor ni!’ Langkah dihalakan ke arah susuk tubuh itu.

“Weyh!Izat! mana pen biru dan pensil mekanikal aku?!”tanya Qisti dengan penuh tegas. Aizat terus mendiamkan diri sambil menjeling ke arah Qisti. Dibiarnya soalan itu berlalu tanpa jawapan. Qisti geram. Dia terus merentap bekas pensil berwarna hitam milik jejaka itu. dia mengeluarkan dua batang alat tulis yang dimaksudkan.

“Apa ni? Suka hati kau saja nak rentap-rentap barang aku. Kalau koyak siapa yang nak belikan? Kau ke? Pasti bukan kau! Minah kedekut!” Aizat bersuara. Dia merentap kembali bekas pensilnya. Qisti mendidih. Dia terus menjelerkan lidahnya ke arah Aizat dengan matanya yang juling. Aizat yang sedang melihat tepat muka Qisti terbahak-bahak dengan reaksi muka itu.

“Apa ni bising-bising? Kau orang ni,kalau satu hari tak bertekak tak boleh ke? Tak penat ke mulut tu nak berperang saja?” Adyla bersuara. Entah dari mana dia muncul. Tiba-tiba sahaja mencelah.

“Tak pe. Kalau nak senang,kita bawak je dia orang ni jumpa tok kadi. Tak adelah kita yang jadi mangsa,kan?” Kamal pula muncul dengan tiba-tiba. Bagaikan magis. Jejaka yang berbadan rendah itu mengenyitkan sebelah matanya ke arah Adyla. Mereka berdua terseyum sinis. Puas hati dapat mengenakan kawan mereka sendiri.

Qisti geram. Dia hanya mengetap bibir menahan geramnya yang membara. Dia membuang pandang ke luar tingkap. Mulanya sekadar ingin meredakan geram,tetapi…

Terpegun sungguh pabila melihat senyuman Azuan. Terkesima apabila menyedari bahawa mereka saling berpandangan. Cair hatinya. Terus hilang perasaan marahnya yang tadinya begitu membara. Dia mengukir senyuman. Kelihatan Azuan melambai-lambai ke arahnya.

Adyla yang perasan akan berubahan mendadak Qisti terus menyiku Aidil dan menepuk bahu Aizat lalu memuncungkan mulut ke arah Qisti. Serentak Kamal dan Aizat memandang Qisti.

“Woi,Qis! Kau tengok siapa tu sampai senyum sorang-sorang ?” tegur Kamal. Sejurus itu,Aizat bangun dari posisinya dan melihat ke bangunan sebelah.

“Ouh,tengok budak otai rupanya.” Aizat bersuara. Qisti lantas merenung Aizat. Lama. Mata Aizat terkebil-kebil apabila berlawan mata dengan Qisti.

“Aizat.. kau boleh tolong aku tak? Mintakkan nombor budak otai tu. Bolehkan? Kau kan baik.” Rayu Qisti dengan nada manja. Terasa kecut tangkai hati Aizat. Tak sangka perempuan yang amat disenanginya itu sebaliknya meminta nombor telefon lelaki lain. Sangkanya Qisti akan memarahinya. Namun,dia masih tak lupa akan statusnya yang hanya diaggap teman biasa.

“Sudah,sudah ! kalau ye pon,tak payah la sampai nak manja-manja dengan aku. Geli tahi telinga aku dengar.” Mereka lantas ketawa sebaik sahaja Aizat menghabiskan kata-katanya. Sesungguhnya Aizat mengakui yang dia berasa teramat cemburu. Mana tidaknya,sang gadis yang menjadi pujaan hatinya kini sudah jatuh hati kepada orang lain. Dimintanya pula nombor telefon.

“Boleh tak?” Qisti masih ingin mendapatkan kepastian.

“Yelah. Nanti aku mintakan dalam bas. Nasib kau memang baik sebab aku satu bas sekolah dengan dia.” Aizat bersetuju.

“Yeah ! Thank you Aizat ! That’s whylah aku sayang kau. Hahaha.” Tawa Qisti kedengaran sungguh riang. Terasa seperti mahu sahaja dia memeluk Aizat pada saat itu. Namun, dia masih tak lupa pada ilmu yang dia peroleh sewaktu di sekolah agama berkaitan muhrim.

“CIKGU MAZNAH ! Saya tumpang letak buku Kemahiran Hidup ni kejap ye,cikgu?” tanya Qisti kepada seorang wanita yang berstatus guru yang mengajar subjek Kemahiran Hidup. Cikgu yang sedang sibuk di bengkel Kemahiran Hidup itu hanya mengangguk tanda kebenaran. Sejurus Qisti dan Adyla meletakkan buku mereka di atas meja yang tersedia di situ. Mereka keluar dan menuju ke surau untuk menunaikan solat Zuhur bersama-sama pelajar tingkatan satu yang lain.

Usai sahaja solat Zuhur,mereka bersurai ke kelas masing-masing. Murid kelas Satu Berlian Satu atau lebih tepat kelas di mana Qisti ditempatkan bergerak ke bengkel Kemahiran Hidup. Qisti dan Adyla berjalan agak lambat kerana mereka suka melambat-lambatkan sesi pembelajaran mereka.
Sebaik sahaja mereka melangkah ke dalam bengkel,mereka terus menjadi panik. Kenapa?

“Wei ! kau ada nampak tak buku KH aku? Tadi sebelum pergi solat,aku letak buku aku kat sini.” Tanya Qisti kepada seorang rakannya,Intan. Intan hanya menggeleng menunjuk tanda tidak tahu. Qisti mulai rasa tidak senang hati. Dia mula membuat pusingan di dalam bengkel demi mencari bukunya yang sudah tiada. Masih tidak dijumpai. Qisti mulai berang. Dia berjalan menuju ke arah cikgu. Mujur Puan Maznah belum mula mengajar.

“Cikgu,boleh saya tanya? Cikgu ada nampak tak buku KH saya di sini tadi?” dua soalan sekaligus diajukan kepada wanita itu, seperti dialah pesalahnya.

“Saya tak perasan pula siapa yang ambil buku awak. Mungkin pelajar Satu KA(Kelas Agama) Satu agaknya kerana,tadi ada pelajar kelas tu datang ambil buku mereka. Mungkin mereka tersalah ambil. Tak apalah,awak ambil pas keluar kelas ni untuk ambil buku awak.” Puan Maznah menghulurkan pas kebenaran keluar kelas kepada Qisti. Qisti menarik tangan Afiana sebagai tanda dia memerlukan Afiana saat ini untuk menemaninya.

Sebaik keluar dari bengkel kemahiran hidup,Qisti dapat menangkap kelibat Azuan dengan begitu pantas. Kelihatan Azuan dan teman sekelasnya menuju ke bengkel kerja kayu yang bersebelahan dengan bengkel di mana kelasnya ditempatkan. Jantungnya berdegup laju. Terasa mengalahkan F1. Qisti dan Afiana terus berjalan menuju ke bangunan yang berada di hadapan mereka tanpa menoleh sedikitpun ke arah Azuan dan kawan-kawan.

“Hai,awak dua orang. Nak pergi mana?” tanya seorang daripada mereka. Tetapi,yang pasti bukan ditanya oleh Azuan. Qisti dan Afiana membisu. Tiada apa yang perlu dijawab rasanya. Qisti memandang pelajar lelaki itu lalu berkalih kepada Azuan. Azuan seperti tersenyum. Auhh! Senyuman itulah yang membuatkannya berdebar tiada penamat.

“Awak,awak pernah kena cium? Pernah tak?” Qisti dan Afiana terpana sebaik sahaja soalan itu diajukan. Mereka saling berpandangan. Sekali lagi Azuan tersenyum dengan pertanyaan temannya itu. ‘Fuhh! Apalah ! ada ke patut kita ditanya soalan seperti itu. Tak boleh berfikir dengan waras agaknya. Umur baru setahun jagung,dah pandai nak tanya macam tu. hish !’rungut Qisti. Pelajar lelaki tadi yang berbadan gempal dijeling Qisti tanda tidak puas hati dengan soalan yang diajukan. Qisti dan Afiana pantas meninggalkan mereka tanpa sedikitpun layanan dan senyuman.

Qisti dan Afiana mendaki tangga dengan penuh sabar. Mendaki tangga ke kelas yang berada ditingkat tiga membuatkan kaki mereka berasa sungguh longgar. Mereka menarik nafas bersempena ingin menaikkan kesegaran semula. Qisti segera menjengah mencari buku yang dimaksudkan. Dicapai dua biji buku yang berada di atas meja temannya lalu dipastikan nama tersebut. Qisti Aweera Binti Ismayl. Sudah terang lagi disuluh,itu memang buku miliknya. Pasti ada pelajar yang terambil.

Afiana menarik bahu Qisti dengan tujuan agar Qisti berpaling memandang ke arah yang dimaksudkan. Qisti tersentak. Dia kini sedang memandang Azuan di bengkel yang berhadapan dengan bangunan di mana dia berada. Mereka saling berpandangan.

“Kau tahu tak? Tadi masa kau jumpa buku kau tu,aku terperasan dia tengah tengok kita. Kau tak takut ke kalau dia dah dapat cam budak yang dia lambai selama ni?” Sambil menyelam minum air. Alang-alang dah berhujah,Afiana tanyalah sekali.

“Itulah yang tengah ligat aku fikirkan sekarang ni. Aku rasa dia dah tahu kut. Habis,kalau dia dah tahu bererti tiada lambai untuk aku lagilah?”Qisti cemas. Berharap sungguh dia akan lambaian daripada seseorang yang sudah berkekasih yang bernama Mohamad Azuan Naym. Mereka menuruni tangga depan pantas dan berhati-hati dengan harapan tidak ketinggalan akan sesi pembelajaran. Soalan yang diajukan tadi dibiarkan tanpa jawapan.

Azuan ligat memerhati dua gadis yang sedang berjalan di hadapannya. Dia mengamati wajah kedua-duanya. Berharap dapat mengecam wajah salah seorang daripadanya. Tetapi hampa. Yang seorang tinggi,yang seorang rendah. Dia tertawa kecil. Tapi tak terluahkan tawanya.

—————-

SUDAH banyak kerja sekolahnya yang tertangguh. Dia bertekad mengurung dirinya di dalam bilik semata-mata kerana ingin menyiapkan kerja sekolahnya. Qisti meniarap di atas katil dengan beralaskan bantal di dada. Di hadapannya tersedia beberapa buah buku. Pen biru di tangan memainkan peranan. Sesekali terasa languh. Namun masih berniat untuk meneruskan. Sudah berapa kali matanya mengerling ke arah telefon berjenama Nokia N77 yang berada di sebelahnya.

Tiba-tiba telefon itu bergetar sebagai tanda ada pesanan ringkas daripada sesorang. Dicapai telefon bimbit itu dan dilihat nama yang tertera pada skrin. Aizat.

‘Qis, ni nombor Juan..0177890123..’. Ringkas benar SMS itu.

‘Oh,thanks Aizat!’. Balas Qisti.

Qisti tersenyum lebar. Gembira yang teramat sangat. Nombor yang diberikan Aizat sebentar tadi disimpan di dalam buku kenalannya. Hanya satu yang terlintas di akalnya. ‘Aku nak kacau dia’. Punat ditekan dengan pantas. Seakan-akan sudah lali dengan telefon itu. Nombor tadi didail tanpa rasa gementar. Setelah talian sudah disambung,perasaan gementar itu muncul dengan degupan jantung yang amat dasyat rasanya.

‘Tutt..tut..’

“Hello.” Satu suara memecahkan gementarnya yang amat menebal sebentar tadi.

“Hello. Erm,boleh saya tahu ini siapa,ya?” balas Qisti dengan gentar. Aduhai! Bukan ke sepatutnya dia yang tanya macam tu kata aku? Huhuhu. Detik Qisti.

“Saya Azuan. Ada perlu apa,ya dan ini siapa pula?” ‘Wah ! romantiknya suara dia. Patutlah Faeqa cair.’ Sekali lagi terdetik di hati. Ligat dia berfikir. Nama apa ya aku nak bagitahu dia? Kalau bagitahu nama sebenar,takut dia boleh cari pula.

“Saya Dayana. Sebenarnya,tujuan saya menelefon awak ni adalah untuk berkenalan dengan awak,boleh?” Tiada rasa malu singgah di hati. Selamba. Hilang seleranya terhadap kerja sekolah. Bukupun terasa tidak ingin dipandang. Tangannya kini ligat menggentel helaian rambutnya.

“Dayana? Sedap nama tu. Awak bersekolah di mana? Dan,daripada siapa awak dapat nombor telefon saya?” Azuan bertanya dengan penuh keinginan. ‘Pandai pula dia main dengan ayat’.

“Hahaha, really ? saya bersekolah di Sekolah Menengah Pas..eh, Sekolah Menengah Taman Pasir Putih. Saya dapat nombor awak ni daripada seorang kawan saya,alah,awak tak kenal kawan saya tu.” dalihnya. Hampir sahaja Qisti memberitahu tempat belajarnya yang sebenar, Sekolah Menengah Pasir Gudang. Azuan mengangguk tanpa diketahui. Qisti puas dengan penyamarannya. Niatnya hanyalah ingin menyelami kehidupan jejaka yang melambai ke arahnya dengan lebih dalam. Dia benar-benar tidak bermaksud untuk mengganggu hubungan Azuan dengan Faeqa.

“Ermm,awak rasa awek awak mengamuk tak kalau dia dapat tahu ada perempuan kacau awak?” Qisti menginginkan kepastian. Manalah tahu,perang dunia ketiga bakal terjadi bila sahaja Faeqa tahu tentang Qisti. Perempuan mana yang tidak cemburu bila perempuan lain mengganggu sang buah hati.

“Saya rasa dia tak marah jika tak ada orang yang buat cerita yang tak elok. Awek saya tu sebenarnya baik orangnya.” Jawab Azuan.

Belum sempat Qisti berkata-kata,Azuan sudah menyambung kembali perbualannya. ” Ermm,okeylah Dayana,Juan ada kerja sikit ni. Nanti kita contact lagi okey? Bye!” soalan yang diajukan tidak dijawab dan talian terus diputuskan. Qisti mencebik.

Ouh ! dia ni,betul ke si Faeqa tu baik ? Aku tengok dia macam sombong je. Qisti mengimbas kembali kejadian yang berlaku di sekolah tempoh hari.

QISTI pantas menoleh apabila terasa kebas pada bahu kanannya. Dia memandang seraut wajah gadis yang berkaca mata berbingkai hitam di sisinya. Faeqa? Qisti mengukir senyum secara tiba-tiba. Terasa bersalah jika tidak menghadiahkan senyum pada gadis itu.

“Hey ! lain kali,jalan guna mata. Kau fikir ni jalan ayah kau, suka hati je nak langgar orang !” tengking Faeqa. Teman-temannya hanya memerhatikan sambil tersenyum sinis. Senyum yang tadinya manis bertukar hambar dan semakin hambar. Kelihatan Faeqa menepuk-nepuk bahunya,seolah-olah perlanggaran yang berlaku tadi telah menyebabkan bajunya kotor dan berdebu. Mereka berlalu tanpa mengucap sebarang kata maaf.

Huh ! Inikah kekasih Azuan yang dibanggakan sangat tu? Buruk benar sikapnya. Rupa-rupanya Azuan bertuah dalam malang.

“Qis ! Itu makwe Azuan,right? Harapkan muka saja yang lawa,tapi perangai dia teruknya. Tahulah dia punya barang sekolah berjenama . Bukan ke dia yang langgar kita tadi?” berkerut dahi gadis kecil molek itu.

“Biarlah,Afi. Mungkin begitu caranya meminta maaf dengan baik.”

“Kau ni,mudah sangat memaafkan orang. Entah-entah kalau dah kena klentong dengan jantan pun,senang je kau maafkan.” Marah pula dia dengan jawapan yang diberikan Qisti. Sesungguhnya gadis itu benar-benar baik.

DERINGAN yang menandakan kemasukan mesej benar-benar mematikan lamunan Qisti. Siapa ni yang mesej malam-malam. Aduhai ! Malaslah pula. Lambat-lambat dia menyambar telefon bimbit yang berada di sisi. Skrin telefon itu ditatap dengan peuh persoalan.

‘Azuan.’ Nama itu terpampang pada skrin. Senyum terukir dengan sendirinya. Lantas jarinya laju menekan pad kekunci.

‘Dayana,sorrylah. Tadi saya ada kerja sedikit,tolong abah saya. Oh ye,awak duduk di mana,ya? Juan rasa kita mesej sajalah. Lagipun nanti habis pula kredit awak.’ Setiap patah perkataan yang tertulis diulit satu-persatu. Qisti berasa teruja kerana dilayan dengan baik.

‘Tak ape , saya tak kisah. Juan tolong abah Juan ? Tolong ape ? Yana duduk di atas kerusilah,kenapa ? Juan duduk di atas meja,ye ? hehehe.’ Qisti tahu,maksud ‘duduk’ yang dinyatakan adalah tempat tinggalnya. Sengaja dia bergurau,sekadar mengusik. Punat ‘hantar’ ditekan. Beberapa minit kemudian,dia menerima satu mesej. Terus dicapai telefon bimbit itu.

‘Memanglah duduk di atas kerusi. Siapa yang kata duduk di atas meja. Yana tinggal di mana? Begitulah maksud Juan. Aduhai ..’ Qisti ketawa sendirian. Berjaya juga dia mengenakan Azuan.

‘Hehe,Yana tinggal di Taman Aruna. Maaflah Juan. Yana saja je gurau tadi. Juan pula tinggal di mana?’ giliran Qisti pula bertanya.

‘Juan tinggal di bumi la. Hehe.’ Qisti mengetus geram sejurus membaca sebaris ayat ringkas itu. mungkin balasan kerana mengusik Azuan. Qisti melamun. Teringat akan senyuman Azuan yang amat menggoda hati gadisnya. Bibir lelakinya yang seksi ditambah pula dengan lesung pipitnya yang kecil yang makin melihatkan kematangan wajahnya. Qisti tersenyum pabila dapat membayangkan seraut wajah tampan itu dilayar kosong pada dinding yang dicatkan dengan warna ungu cair. Sepasang mata yang sejak tadi memerhatikannya tidak diendah. Angau agaknya adik aku ni! Teka Iysma Ameera.

Malam jadi siang
Siangpun jadi malam
Tidur pun kutak bisa tenang
Bila sedang jatuh cinta
Semua terasa indah
Aku tergila-gila..

Lagu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi dari seberang tanah air dan juga penyanyi kegemaran Qisti terngiang-ngiang di corong telinganya. Sungguh kena lagu itu padaku. Fikirnya.

“Hello! Siapa ni?” kasar suaranya bila menjawab panggilan yang telah mengganggu lamunannya sebentar tadi. Kerana nafsu Amarahnya itulah dia terus menekan punat ‘jawab’ tanpa melihat gerangan yang menelefonnya tanpa diundang.

“Hey Yana! Ni Azuan lah. Kenapa marah-marah ni? Kenapa tak balas mesej Juan tadi?” Qisti terkejut apabila nama Azuan disebut. Terpaku seketika. Pertanyaan yang diajukan padanya sebentar tadi tidak dijawab gara-gara masih berfikir apakah itu benar Azuan. Suara yang baru didengar tadi diulang dengar dalam kepala otaknya. Benarlah itu suara Azuan. Sungguh romantis suaranya.

“Hey! Hello,ada orang tak ni?”

“Err,a..ada.” perasaan terkejut masih tersisa.

“Kenapa marah-marah tadi? Kenapa tak balas mesej Juan? Dah setengah jam Juan tunggu tahu tak!” marahnya tiba-tiba. Setengah jam? Benarkah? Qisti memandang Iysma lalu bertanya padanya dengan menggunakan isyarat mulut.

“Dah pukul sebelas setengah malam.” Jawabnya ringkas sebelum meneruskan kerja sekolahnya.

“Maaflah. Tadi..err,tadi..Qis..eh..Yana..Yana tengah bad mood dengan kawan Yana. Ingatkan dia yang call tadi.” Mujur dia dapat membuat alasan. Cuak juga rasanya bila terlepas perkataan ‘Qis’. Iysma pula membuntang bila mendengar adiknya membahasakan dirinya Yana.

“Habis kenapa tak balas mesej Azuan? Setengah jam tu lama tahu tak!” marah Azuan kedengaran manja. Qisti terdiam. Kali ini dia tidak tahu menjawab. Kedua-duanya berdengus kecil.

“Err,Yana nak jadi adik angkat Juan tak?” satu soalan diajukan kepada Qisti secara tiba-tiba. Kedengaran nada suaranya menurun sedikit.

“Nak!” jawabnya ringkas. Gembira rasanya bila ditawarkan sebegitu rupa oleh orang yang amat dia senangi.

“Bila agaknya tarikh rasmi ?,”

“Mestilah hari ni,takkanlah tahun depan pula,” tawanya kedengaran di corong telinga Qisti. Qisti turut melepaskan tawanya yang tak dapat ditahan lagi.
Tiba-tiba,terfikir sejenak olehnya akan apa yang bakal terjadi jika jejaka itu mengetahui tentang siapa dia sebenarnya. Terdiam seketika. Tiada lagi suara yang terdengar dari corong pembesar suara telefon yang dipegang Qisti.

“Hello,adik. Hish,adik Juan yang seorang ni,suka sangat melamun,” usik Azuan.

“Yelah,abangku. Sorry ye. Tadi cuma teringatkan masalah kawan sekejap,” Qisti cuba memujuk.

“Ouh,masalah kawan ye. Yana…tut..tutt,” talian terputus sebelum sempat Azuan meletakkan penamat pada ayatnya. Qisti berdengus. Telefon bimbit dicampak di atas katil.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

24 ulasan untuk “Cerpen : Cinta remaja”
  1. akwan says:

    hohoho……i like this…..u should contineud your “cerpen”…..sbb cerpen kmoo mengisahkan psl zaman remaja…..sye mmg tercari2 cerpen psl prcintaan zaman sekolah ni…hehe…anywy congratulations :grin:

  2. kenapa sangkut?????? :’(

  3. siti aisyah syafiqah says:

    cerita dah best…tiba2 sangkut…baru mo hayati cerita…huhuhuhu…mo merajuk sudah saya ini T.T

  4. siti aisyah syafiqah says:

    mana sambungannya….dari bln lepas lagi sya tunggu…..

  5. cynthia lim says:

    sy amat menyukainya…..lebih berusaha lagi,buat yg lebih baik….k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"