Cerpen : Gadis dan Bunga

22 November 2009  
Kategori: Cerpen

696 bacaan 2 ulasan

Nama Pena : Deah_gani

Pada suatu hari, seorang gadis telah bersiar-siar seorang diri sambil menghirup udara segar. Gadis itu bernama Lara. Lara merupakan seorang gadis yang amat mencintai alam. Setiap kali ada masa terluang pasti di habiskan bersama-sama bunga yang berkembang mekar di taman itu. bagaikan di nanti apabila Lara menjejakkan kakinya ke taman itu. setiap kali dia bersiar-siar di taman itu pasti bunga-bunga ini sedang berkembang mekar. Lara berasa tenang sekali melihat bunga-bunga itu bagaikan menari mengikut rentak angin yang entah dari mana asal-usulnya. Umpama menyambut kedatangannya yang bagaikan di rai. Malah bunga turut senang untuk mempersembahkan dramatarinya kerana ada Lara untuk menontonnya. Sememangnya itu yang dinantikan oleh Lara setiap kali dia berkunjung ke taman itu.

Sedang Lara leka dengan bunga-bunganya, dari jauh dia diperhatikan oleh seorang photographer yang sememangnya ingin menangkap gambar pemandangan di kawasan itu. Namanya Iskandar. Sebelum ini, dia pernah datang ke sini tapi tidak nampak apa-apa keistimewaan pun pada taman itu. malah bunga-bunga bagaikan tidak di jaga. Namun tidak pada hari itu. bunga-bunganya kelihatan begitu berkembang dengan mekar dan berseri-seri di sebalik sinaran matahari di samping di temani angin bayu yang mungkin sekadar menyinggah untuk memberi khabar berita kepada penghuni alam. Ia bagaikan satu keajaiban kerana dia sendiri tidak pernah melihat kejadian sebegini. Namun, itu tidak patut dipersoalkan kerana ini adalah khazanah yang telah diperturunkan Allah S.W.T untuk dinikmati sesame mahkluk. Cuma mungkin dia tidak bernasib baik seperti tuah yang ada pada gadis yang diperhatikannya itu. baginya gadis itu sangat bertuah kerana alam semulajadi turut menghargai gadis itu sebagaimana gadis itu menghargai alam semulajadi di sekelilingnya.

Tanpa di sedari langkahnya menuju ke taman itu. bagaikan di tarik sama dia melangkah dan memijak pada tanah yang sama dengan gadis itu tanpa merosakkan pemandangan gadis di sisinya itu. takut juga kalau-kalau tersalah pijak, habis keindahan yang baru saja dinikmatinya hilang begitu saja. paling kesian gadis ini tidak lagi dapat menghayati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa.

” kenapa awak tak petik saja bunga-bunga tu?”, soal Iskandar sekaligus mengejutkan Lara dari lamunannya. Iskandar sedar yang dia telah mengejutkan gadis cantik di hadapannya itu, apabila dia melihat reaksi gadis itu yang begitu terkejut hinggakan buku yang dipegang menyembah bumi yang sememangnya bukan tempat untuk buku itu berada.

” sorry.. saya tidak sengaja. Tiada niat pun saya mahu menakut-nakutkan awak”, pinta Iskandar yang rasa bersalah apabila tiada reaksi yang di terima dari Lara. Lara memandang lelaki muda di hadapannya itu. tinggi lelaki ini kira-kira 180 cm berbanding dengan ketinggiannya yang hanya 157 cm hingga membolehkan dia mendongak untuk melihat dengan lebih jelas wajah lelaki yang telah mengejut lamunannya tadi. Mukanya begitu bersih dan kulitnya juga putih kemerahan mungkin kerana terik panas yang telah memerahkan kulit putih yang bak bayi. Rambutnya juga tampak begitu lembut bagaikan sutera hinggakan begitu senang ia beralun apabila di hembus angin yang kadangkala bagaikan mengacah-acah. Dari segi pakaiannya juga nampak simple. Dia hanya memakai jeans yang kelihatan lusuh dan t-shirt putih bercorak naga putih emas. Begitu teliti dia memerhatikan lelaki di hadapannya itu tanpa menghiraukannya. Tanpa di sedari Iskandar merenungnya kehairanan kerana melihat Lara memerhatikannya sebegitu rupa. Lara tersenyum malu apabila tersedar dari lamunannya tadi. Ish!!! Time-time camni pun aku still boleh berangan. Bicara kecil hati Lara yang sememangnya tidak tahu harus berbuat apa. Dia mengetuk lembut kepalanya kerana kecuaiannya sendiri.

” awak okay?”, soal Iskandar yang kelihatan risau dengan perlakuan Lara. Lara tersedar dari lamunannya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia memandang dari bawah sampai ke atas pada photographer di hadapannya itu. lalu tersenyum.

” saya Lara. Awak?”, Lara menghulurkan tangannya. Rasa serba salah pula pabila membuatkan lelaki itu kelihatan risau akan kelakuannya tadi.

” ooo.. sedap nama tu macam empunyanya juga,” Lara tersenyum dengan pujian itu. ” saya Iskandar, just call me Is,” Iskandar menyambut salam Lara yang dari tadi ternadah tanpa di sambut.

” kalau tak silap Lara tadi Is ada Tanya Lara sesuatukan”, soal Lara sebagai meminta kepastian. Iskandar menganggukkan kepalanya lalu tersenyum memandang Lara. LARA!!! Sebuah nama yang begitu indah. Keindahannya telah dikongsi bersama-sama si pemakainya. Ya. Lara memang cantik dan seindah dengan namanya. Dari pemerhatiannya Lara adalah seorang gadis yang mampu mencairkan mana-mana hati lelaki yang lalu di sebelahnya. Haruman yang di bawa begitu gemersik sekali dengan suaranya yang lembut seraut wajahnya yang begitu indah untuk di renung. Baginya lagi lama di renung, lagi jauh hatinya akan terpaut pada Lara. Lalu di matikan saja lamunan itu. takut untuknya menaruh harapan pada gadis yang begitu cantik. Yelah, mungkin dia telah dimiliki orang. Tidak mungkin orang secantik dia tidak berpunya melainkan dia tu… ah!! Apa yang aku merepek ni. sampaikan ke situ aku berfikiran pada dia. Iskandar terhenti pada lamunannya apabila menyedari tingkah lakunya di perhatikan Lara. Akhirnya dia juga yang tersipu malu.

” sorry.. er.. er tadi Is Tanya kenapa Lara tidak petik saja bunga-bunga tu”, tanyanya kembali untuk menutup perasaan malunya pada Lara. Namun tiada jawapan dari Lara. ” kan lebih baik Lara petik saja bunga-bunga tu dari tengok saja”, kali ini Iskandar sememangnya ingin mahu mendapatkan kepastian daripada Lara.

” agak-agak Is selepas apa yang mereka telah buat untuk Lara, Lara sampai hati nak pisahkan mereka dari nyawa mereka?”, kali ini giliran Lara yang bermain teka-teki dengan Iskandar.

” apa maksud Lara?”, Iskandar tidak dapat meneka sebaliknya meniti apa keistimewaan bunga-bunga ini hinggakan berjaya mencuri hati Lara. Tidak dinafikan yang dia cemburu dengan bunga-bunga itu kerana berjaya mencuri hati gadis yang baginya begitu susah untuk di dekati malah terlalu indah untuk di selami. Mungkin dia mempunyai tanggapan yang salah pada Lara.

Lara sedar jawapannya tadi bukan jawapan yang di cari oleh Iskandar tapi hakikatnya itulah jawapan yang di cari Cuma ia agak sukar di fahami.

” dengan nyawa mereka, mereka menghiburkan hati Lara dengan gerak tarinya yang memukau sesiapa saja yang memandangnya. Tatkala Lara sunyi bunga-bunga ini yang menyanyikan lagu untuk Lara. Malah angin juga turut menemani Lara. Begitu juga apabila Lara gembira pasti Lara berkongsi bersama-sama mereka. Kalau tak jumpa mesti Lara rindu,” jawab Lara panjang lebar panjang. Harap jawapannya tadi adalah jawapan yang di cari oleh Iskandar.

Kelihatan Iskandar sudah mengerti akan apa yang cuba disampaikan oleh Lara. Sekarang barulah dia sedar rupa-rupanya kedatangannya akan menjadi sia-sia jika tiada Lara. Kerana Lara adalah watak utama di dalam cerita ini. Lagipun sudah tertulis pada skripnya yang mengatakan Lara dan bunga adalah watak utama dan dia harus akur sebagai pelakon tambahan sahaja. Sebagaimana yang tertulis pada takdirnya yang dia akan bertemu dengan insan yang bernama Lara yang menyedarkan dirinya yang kita tidak sesempurna mana.

Mungkin aku terkenal dengan ketampanan wajah ku hingga semua orang suka pada aku tapi pabila aku berada pada dunia Lara, aku bagaikan tiada apa-apa. Bagaikan bunga yang tidak pernah memberi aku peluang untuk melihat keindahannya. Dari situ aku sedar yang diriku tidak semua yang dapat menerimanya. Begitu juga dengan Lara walaupun bunga-bunga ini amat menyanjungnya tapi tidak semua akan menyanjungnya sebagaimana bunga-bunga ini menyayanginya.

Tanpa di sedari begitu jauh lamunan Iskandar sehingga tidak sedar Lara sudah jauh dari pandangannya. Lara begitu asyik dengan bunga-bunganya tanpa mempedulikan apa yang berada disekelilingnya. Tanpa di sedari juga tangannya memetik ke arah Lara yang begitu berseri-seri bersama-sama kenangan yang di bawa. Iskandar berlari mendapatkan Lara yang bagaikan di awangan apabila dia berlari-lari anak sambil cuba mngejar rama-rama yang turut menemani mereka pada petang itu.

Setahun kemudian. Iskandar telah membuka satu galeri hasil karya-karya yang di kumpul sejak dia mula-mula masuk dalam bidang photographer ini. Tidak terkecuali gambar yang di ambil bersama-sama Lara. Kenangan yang tak mungkin dilupakan sampai bila-bila. Kerana itu juga yang membawa kepada kebahagiaannya. Oleh kerana kenangan itu dia dan Lara telah membina masjid atas dasar kasih sayang yang terbina bersaksikan berjuta-juta bunga yang menyaksikan detik-detik kebahagiaannya bersama Lara. Iskandar juga telah membuat pameran khas hasil karya yang di tangkap sewaktu pertemuannya dengan Lara dahulu. Kali ini Iskandar memberi tajuk kepada hasil karyanya iaitu ‘ GADIS DAN BUNGA ’. sememangnya gadis dan bunga tidak dapat dipisahkan… Itulah dia hakekat…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Cerpen : Gadis dan Bunga”
  1. Daniera says:

    nice,xp mcm synopsis citer pun da gak. n penggambaran watak lara dgn alam tu sgt best lah. rasa mcm tenang :)

  2. syu90 says:

    ermmm…
    bleh ar thn…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"