
Baju Pengantin Mak Andam
16 December 2009
Kategori: Novel Di Pasaran
17,078 bacaan 51 ulasan

Pertembungan empat mata di antara Aleeya (mak andam terjun) dan Zain (pengapit pengantin lelaki) telah mengundang sebuah persahabatan yang unik tetapi kelakar.
Aleeya yang bersifat kerek tetapi jujur dengan kata-katanya telah berjaya mencuit hati Zain. Zain cuba untuk membawa hubungan mereka lebih jauh, namun Aleeya blur. Maka Zain cuba mengikut rentak yang dimainkan oleh Aleeya dengan harapan dapat menjinakkan si pujaan hati.
Tatkala Aleeya mula membuka pintu hatinya untuk menerima Zain, Azizul muncul semula. Hidup Aleeya semakin berserabut apabila Lily, isteri Azizul merayu kepadanya supaya melupakan Azizul, sedangkan Azizul terus-terusan menagih semula cintanya.
Satu insiden yang mencurigakan di antara Aleeya dan Azizul telah menghancurkan kepercayaan Zain terhadap Aleeya. Lalu Zain membawa diri untuk mengubati luka di hati. Dua tahun mereka terputus hubungan, namun masing-masing separuh gila merindui di antara satu sama lain.
Siapakah yang boleh menyambungkan semula hubungan Aleeya dan Zain? Merasakah mak andam menyarungkan baju pengantin ke badannya? Ikutilah rentetan perjalanan kisah cinta Aleeya dan Zain yang penuh dengan dialog kerek dan lucu ini.
Penulis : Areila Sahimi
RM Semenanjung : RM18
RM Sabah Dan Serawak : RM21
Untuk Pembelian novel sccara online klik Borang Langganan Disini














Novel ni saaangatttt bosan. dah dekat 6 bulan aku nak try baca perabis, baca satu muka surat, aku simpan balik.. Terlalu detailed sangat bercerita kisah diri watak. Buhsan!!