Biarlah YM Berbicara

15 December 2009  
Kategori: Novel Di Pasaran

28,213 bacaan 94 ulasan

Abang Kamal ” Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati ”

Encik Firdaus ” Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi ”

Charming ” Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin mewujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu ”

Aku ” Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang-siur permainan duniawi ini “.

“Kenapa susah sangat nak tawan hati awak” “Selama ni, tak pernah saya kena reject. malah, saya yang terpaksa reject dia orang. Tapi, awak ni.. first time saya kena reject, tahu tak?”

“Susahnya nak dapatkan awak, saya baru nak merajuk. Nak minta awak yang pujuk saya. tapi, belum sempat saya merajuk.. awak dah merajuk dulu.”

“Betul. mana ada perempuan yang cemburu terus minta putus? kalau perempuan lain, dia mesti serang dulu, tanya dulu..”

“Mana ada perempuan yang berencik dengan kekasihnya? Tak ada, …kan? cuma awak saja yang buat macam tu.”

“Mana ada perempuan terkejut, terus lari masuk kereta orang? Tak ada. Mana ada perempuan tidur, tengok kekasih hati main futsal? Tak ada.. awak saja yang buat semua tu”

“Dan mana ada perempuan yang sanggup bagi kekasih hatinya cium kucing? awak saja. Orang lain tak akan buat macam tu.”

“Dah kahwin, jangan harap saya lepaskan awak macam hari tuh. Saya rasakan.. atuk tu cemburu kat kitalah”

Penulis : Hanni Ramsul
Semenanjung : RM 20
Sabah Dan Sarawak : RM23

Untuk Pembelian novel sccara online klik Borang Langganan Disini


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

94 ulasan untuk “Biarlah YM Berbicara”
  1. yanie says:

    da lama cari nvel ni…..xjumpa2 g……

  2. sya says:

    teringat pada arwah mama . .die suka baca novel ni . .bile die bace jek mst die gelek2 . kami adik beradik pelik, kenapa la mama ni asyik tgelak jek . rupa2nye tgh bc biarlah YM berbicara ni . disebabkan tlalu teruja dgn cerita ni, selagi boleh mama cari sampai jumpa novel ni . sekarang, kakak akan smbung hobi mama . . baca novel . . thanx penulisan 2 u . .

  3. nor hidayah says:

    novel nie best sgt2…
    suka part en.firdaus pakse prmpuan tu mkn sayur ngn mkn ubat…
    sedang kan mak dye pon tak boleh pkse dye…
    hehe…
    tahniah kpd puan hanni..berjaya menulis novel sebaik ini..
    ini novel pling best dlm banyak2 novel yg sye bce..
    trima kasih…
    skrg sdg membaca novel ke2 beliau…

  4. pemberisoalanlagi says:

    macam mn yea nk dptkan novel ni.. sy dh carik merata tp xjumpa.. frust betul.. ada sesiapa dpt tlg sy camne nk dptkan novel nii..

  5. lynn says:

    best. novel hanni ramsul memang best. thumbs up

  6. aulia says:

    benar2 best crite ne….

  7. Achik ezz says:

    Hahaha…mmg best and very sweet..aku rasa cam nak bercinta smula…hubby aku ckap aku poyo jer bila ajk dia chat kt ym…hehehe,xkesahla…mmg best.

  8. Amy says:

    thumbs up…memang best giler sampai ketawa dibuatnya…anak2 pun hairan tgk mummy gelak sorang2..sweet

  9. Amy says:

    rugi x baca…sayang nak tinggal …

  10. septi says:

    biasa deh semua ya komen y lebai-lebai?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"