Cerpen : Air matamu, aku jatuh kasih

21 December 2009  
Kategori: Cerpen

5,827 bacaan 61 ulasan

Oleh : oRkId eDyliYnE

Ogos 1987.

“Mak nak pergi mana?” tanya Farifzul Arsyad petah. Kaki kecilnya mula memanjat naik ke atas kerusi di sebelah meja solek Puan Darisa.

“Pergi rumah Mak Ida. Arif nak ikut ke nak tinggal dengan Kak Miza?” Kepala anak bongsunya itu disentuhnya.

“Arif nak ikut mak…”

“Pergi siap. Miza. Siapkan adik kamu ni,” teriak Puan Darisa pada anak pertamanya itu.

“Ye mak. Arif sini.” Giliran Mizatul Akma pula menjerit di ruang tamu.

Berlagu riang anak kecil berumur 5 tahun setengah itu sambil berlari-lari kaki kecilnya itu mendapatkan kakaknya.

“Arif jangan nakal-nakal dekat rumah Mak Ida nanti. Kesian dia. Dia baru dapat baby. Nanti nak mengemas lagi,” pesan Puan Darisa apabila kaki anak kecilnya itu menyarung seliparnya. Bersedia untuk mengikut langkah maknya ke rumah sepupunya itu.

Arif mengangguk faham.

“Kalau nanti sampai rumah Mak Ida, baby tidur, Arif jangan bising-bising tau.”

“Kenapa tak boleh?”

“Kesian baby nak tidur.”

“Kenapa baby nak tidur?”

“Dia kan kacik lagi sayang. Ingat pesan mak.” Sabar ibu itu memesan anak kecilnya itu supaya faham maksudnya.

Arif mengangguk buat ke sekian kalinya.

Sampai di rumah Puan Hamidah, mereka dua beranak di sambut mesra keluarga itu.

“Arif.” Seorang budak lelaki sebaya Arif kelihatan seronok dengan kedatangan sepupunya itu. Dia mula berlari-lari menuruni tangga rumahnya, mendapatkan Arif yang baru sahaja sampai.

Sudah lupa pesanan maknya tadi, dia juga turut berlari mendapatkan rakan sepermainannya itu.

“Arif. Aleef ada adik baru tau. Dia perempuan tau.” Petah mulut Qaleef Isma memberitahu apa yang baru mengenai isi rumahnya.

“Arif nak tengok boleh?” Bersungguh-sungguh anak kecil itu berbual di satu sudut berdekatan dengan Puan Darisa dan Puan Hamidah berbual yang turut serta Puan Jenah, mak kepada Hamidah.

“Boleh. Dia ada dekat atas. Comel. Pipi dia tembam. Tapi Arif jangan picit-picit tau. Nanti dia jerit.” Kadang membulat mata anak kecil itu menerangkan apa yang keluar dari mulut kecilnya itu.

“Hmm.” Arif mengangguk sungguh-sungguh.

“Arif. Nak ke mana? Ni Nek Nah tak salam lagi,” tegur Puan Darisa melihatkan kelakuan anak lelakinya itu yang mula bangun mengikut Aleef.

Bibir kecilnya tersenyum kemudian menerpa untuk bersalam. Cepat sahaja dia hendak berlalu.

“Budak-budak ni,” getus Puan Darisa sambil melihat langkah kecil anaknya itu mendaki anak tangga.

“Diam-diam tau. Dia tengah tidur.” Jari telunjuk diletakkan di hadapan mulut sambil memandang wajah teruja Arif.

Arif turut mengikut perlakuan Aleef.

Terjengket-jengket kaki kecil mereka masuk ke ruang kamar utama rumah itu. Kelihatannya nenyak anak kecil yang berbaring di atas katil itu dengan berbedung kain berwarna merah jambu cair.

Membulat mata Arif kerana asyik memandang wajah kecil itu.

“Arif. Naiklah,” ajak Aleef yang sudah berada di sisi adiknya. Pipi gebu adiknya itu mula dikucupnya lembut.

“Comelkan dia?” Aleef mula memuji adik perempuannya itu.

Arif mengangguk laju. Jari-jemari kecilnya mula gatal hendak mencubit pipi putih yang kelihatan kemerahan itu.

“Arif janganlah…” larang Aleef risau dengan tindakkan Arif.

“Sikit je.” Pipi bayi itu mula dicubitnya. Geram dengan kelembutan pipi itu. Jarinya mula tidak mahu berhenti.

“Hah. Kan dia dah jerit…” Aleef mula risau. Nanti pasti dimarah ibunya.

“Astagharirullah halazim budak-budak ni. Arif. Turun bawah,” suruh Puan Darisa tegas memberi arahan. Dilihatnya merah pipi bayi itu dikerjakan Arif tadi.

Air mata dan teriakkan dari bayi itu mula mencorak suasana.

“Aleef. Turun juga,” arah Puan Jenah yang sama naik ke atas tadi. Tubuh bayi kecil itu diangkat dan didodoinya.

Aleef memuncungkan mulutnya kemudian mengangkat punggung untuk berlalu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Oktober 1991.

“Ala… Macam mana ni? Nak main tak cukup orang…” sungut Wafira Isma sambil menyilangkan tangannya di hadapan tubuh. Wajah Alia dipandangnya sambil berfikir. Kakinya berjalan mundar-mandir di tepi pangkin yang hanya separas dadanya itu, tempat Alia duduk.

“Senang Ira jadi ayahlah. Alia jadi ibu,” cadang Ira dengan penuh semangatnya. Bibir munggilnya tersenyum.

“Habis siapa nak jadi anak? Kalau Era ada kan senang…” Sekali lagi ucapan yang keluar dari mulut Alia yang berumur 4 tahun itu membuatkan dahi Ira yang sebaya dengannya itu berkerut.

“Hah. Alia tunggu sini.”

Alia yang ditinggalkan terkebil-kebil memandang Ira yang berlari meninggalkan tempat bermain mereka.

Ira mula terjenguk-jenguk di hadapan rumah separuh batu itu seakan mencari sesuatu.

“Ira. Kenapa?” tanya Puan Darisa dengan senyuman kerana baru perasan kehadiran anak kecil itu.

“Mak Risa. Abang Arif ada?” Hujung rambutnya yang panjang separas bawah dada yang diikat dua itu digentelnya menggunakan jari runcingnya. Buat muka comel.

“Ada dekat dalam. Dia tengah buat kerja sekolah. Masuklah.” Anak kecil itu digamit dengan senyuman mesra.

Pantas kakinya membuka selipar dan melangkah masuk.

“Abang Arif. Banyak ke kerja sekolah?” Petah mulut berbibir merah itu berbicara sambil melingkar di hadapan Farifzul Arsyad yang sedang sibuk menyiapkan kerja sekolahnya.

“Kenapa tanya?”

“Main dengan Ira jom.”

“Nanti mak marahlah.”

“Ala jomlah. Alia dengan Ira tak ada anak nanti.”

“Habis? Nak suruh abang jadi anak Ira dengan Alia ke?”

Kepala Ira pantas mengangguk.

“Tak nak abang. Asyik main mak-mak dengan Ira.”

“Ala abang…” Bibir munggilnya mula dimuncungkan. Buku teks matametik darjah tiga dihadapannya dimain-mainkan helaiannya.

“Ok. Kalau abang main dengan Ira. Ira kena main polis-polis dengan abang dengan Aleef petang ni. Boleh?”

“Alah. Tak nak. Nanti abang Alef main kasar.” Semakin panjang muncungnya. Dia mula duduk dan berpeluk tubuh.

“Kalau macam tu. Tak payahlah.”

“Ah… Ye. Ye. Nanti Ira main dengan abang.” Lengan Arif dirangkulnya seakan memujuk.

“Jom.”
_______

“Abang ni duduklah betul-betul.” Bunga di tangan diselitkan di atas telinga Arif.

“Ini dah main lain. Tadi Ira kata nak main mak-mak. Ini dah main kahwin-kahwin,” bentak Arif rimas didandan begitu.

Alia yang duduk di tepi hanya tersenyum sebagai pengantin perempuan bagi Arif yang menjadi pengantin lelakinya.

“Diamlah abang ni.”
_______

“Ah cepat lari Ira.” Arahan dari Arif memeranjatkan Ira yang tadi duduk di sisinya bersembunyi.

“Kejap. Selipar Ira.” Terkial-kial tubuh kecil itu hendak bangun mengikut pergerakkan Arif yang tua 5 tahun darinya itu.

“Cepatlah ambil. Lembablah Ira ni.” Berkerut dahi Arif memandang wajah kemerahan Ira yang berkulit cerah itu.

“Hah. Dapat korang. Mana nak lari?” acah Qaleef Isma yang muncul di balik tembok tempat Ira dan Arif bersembunyi tadi.

“Dani.” Dipanggilnya seorang lari rakan sepermainan mereka, sebaya Arif dan Aleef.

Muncul Daniel Hafif dengan mengacu pistolnya seakan seorang Inspektor polis yang sudah berjaya memberkas penjenayah.

“Ira lah ni punya pasal.” Arif mengerutkan dahinya kerana dia berjaya diberkas.

“Mana ada. Abang tu yang salah. Lama sangat duduk sini kenapa?” Ira mula hendak mempertahankan dirinya.

“Ira salah. Pergi buka selipar buat apa?”

“Abanglah salah…” Wajah Ira mula dihiasi air jernih kerana terus-terusan dituduh. Merah menyala wajahnya.

“Kau ni Arif. Kan Ira dah nangis.” Aleef hanya mampu memandang adik perempuannya itu berlalu dan membentak masuk ke dalam rumah. Suara tangisannya jangan cakaplah. Lantang kedengaran.

Arif terkebil-kebil. Kepala yang tak gatal digarunya perlahan.

“Kau suka ajak dia main lepas tu buat dia memangis. Aku nak jadi orang jahat dengan dia, kau tak bagi.” Giliran Dani pula menambahkan rasa bersalah Arif.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

January 1998.

“Aleef. Cepatlah. Lambat nanti!” pekik Farifzul Arsyad dari luar rumah keluarga Encik Farid. Kakinya sebelah ditongkat dan sebelah lagi duduk di pedal pengayuh basikal birunya itu.

“Kau bersolek ke apa? Bergerak macam perempuanlah.” Berpeluh dia menunggu Qaleef Isma di luar dengan berbaju sekolah itu.

“Kejaplah. Tunggu Ira kejap.” Menjongol Aleef dengan membawa bersama kasut hitam di tangannya dan sebelah lagi menjinjing beg.

Arif mendengus. “Kau nak bawa dia naik apa?”

“Naik kaulah. Belakang kau tu. Tolonglah. Ibu dengan ayah aku tak ada ni. Kesian dia, takkan nak suruh dia jalan kaki sorang-sorang. Adik aku tu perempuan kau tahu. Baru darjah 5. Kau nak suruh ibu dengan ayah aku membebel ke?”

“Kau ni suka menyusahkan aku.”

“Dah kau je kawan baik aku merangkap sepupu baik aku. Lagi pun memang sengaja kau letak belakang tu supaya dapat bonceng dia. Kan?” Aleef tersenyum sambil menolak basikalnya.

“Korang. Sorry lambat. Tunggu aku ke?” tanya Daniel Hafif mengah-mengah menyaguh basikalnya.

“Ni tunggu minah lenggang kangkung belakang rumah Pak Seman.” Selamba wajah Arif menjawab. Beg yang tadi digalas di belakang, dialihkan ke depan kerana nanti Ira hendak duduk di belakang.

“Abang Arif kutuk Ira eh?” Lantang suara kecil itu memecah perbualan mereka bertiga.

Arif tersenyum sumbing. Dengar pula telinga itu. Dia sangkakan Wafira Isma masih lagi tidak keluar rumah.

“Ira pergi sekali ke?” tanya Dani sambil memandang gadis kecil molek itu menyarung kasut putihnya.

Aleef mengangguk. Sudah biasa begitu jika Ibu dan ayah mereka perlu keluar berkerja awal pagi.

“Hai menjeling. Pada siapa dia jeling tu?” getus Aleef menyakat adiknya yang tadi menjeling tajam pada Arif. Tahu hati itu terasa dengan kutukkan Arif tadi.

Pintu rumah dikuncinya sebelum mendekati tiga sekawan yang masih menanguk di atas basikal masing-masing.

Arif tersenyum tepi lagi. Susah berkawan dengan insan bernama Wafira Isma. Cakap nak kena jaga-jaga. Nanti silap sikit, terasa. Itulah jadinya.

“Abang Dani bawa perlahan-lahan tau. Ira naik ni,” beritahu Ira sambil mengangkat kain biru kehitamannya sehingga mencecah setengah pehanya untuk berdiri di balakang basikal Dani seakan seorang budak lelaki.

“Weh. Seksi. Sini.” Arif sedikit bengang dengan kelakuan Ira yang suka merajuk dengannya. Tak sanggup dia lihat peha dan betis putih gabu itu terdedah sepanjang perjalanan ke sekolah.

“Biarlah.” Dijelingnya lagi wajah Arif dan dengan muka selambanya naik di belakang basikal Dani. Bahu Dani dipegangnya dan sebelah lagi tangannya menahan kainnya dari terkena tayar basikal.

“Jangan degil. Lambat nanti. Sini cepat.” Arif mula baran. Lengan Ira yang memegang bahu Dani ditariknya lembut.

“Ira cepatlah.” Aleef mula mengeluh melihat adik perempuannya yang seorang itu. Manja sangat.

“Cakap Ira macam tadi. Jangan haraplah Ira nak naik lagi basikal abang ni.” Dia turun dan mula membonceng belakang basikal Arif. Pinggang Arif dipeluknya erat.
________

“Abang ni mana…” Ira mula kepenatan menanti. Rambut yang tadi kemas berikat dua dimain-mainkannya di jari telunjuk kedua-dua belah tangannya. Semut yang berjalan di tanah di hadapan tempat dia duduk menjadi perhatian matanya.

“Ira.”

“Hah?” Wajah dipanggung dan mata bundarnya tertacap pada wajah Arif yang duduk di atas basikalnya yang berhenti di hadapan Ira.

“Balik jom.”

“Abang Aleef mana?”

“Ada latihan football. Nak balik tak?”

Ira mengangguk. Punggungnya diangkat dan tangannya mula menepuk bahagian itu menghilangkan habuk yang melekat pada kainnya.

“Abang. Ada duit tak?”

“Kenapa?”

“Abang Aleef tadi tak bagi Ira duit sekolah. Ira nak beli tu,” jawab Ira manja sambil jari runcingnya menuding pada penjual aiskrim.

“Tak payah makan aiskrimlah. Balik rumah abang. Mak masak. Makan nasi. Jom naik.”

“Kedekutlah abang  ni.”

“Memang. Naiklah. Nak abang tinggal ke?”

“Abang suka buat Ira macam ni. Kalau dengan Abang Dani mesti dapat.” Dia mula duduk di belakang Arif dengan muka sedihnya.

“Kalau macam tu, turunlah. Tunggu abang Dani sana.” Geram pula rasanya bila asyik-asyik Ira mencari Dani jika merajuk dengannya.

“Abang Arif ni jahatlah. Ira cakap dengan mak nanti…” Wajah yang merah kerana panas tengah hari itu semakin merah. Mata bundarnya mula berkaca.

Arif mendengus. Hendak dimarah lebih, memangis. Jika tak dimarah, manjanya bukan main. Serba salah dibuat Wafira Isma.

“Dah. Dah. Nangis pulak. Naik cepat. Dekat rumah abang, mak ada buat aiskrim yang Ira suka tu.” Cuba dipujuknya gadis kecil itu. Tak sampai hati pula melihat air mata itu mengalir.

Air matanya diseka dan punggungnya kembali diletakkan di belakang basikal Arif.

+++++++++++++++++
Oktober 2004.

“Assalamualaikum. Mak…” panggil Wafira Isma berlagu-lagu sambil menjenguk-jenguk di hadapan rumah keluarga Encik Rafiq. Dia membetulkan bajunya setelah turun dari basikal.

“Waalaikummussalam. Ira. Masuk.” Puan Darisa tersenyum memandang gadis berumur 17 tahun itu. Cantik dengan baju seragam sekolah kain cottonnya itu.  Rambut yang panjang diikat rapi. Tidak pernah berubah gadis itu dari kecil sehingga besar. Gaya itulah dia mengikat rambutnya.

“Ibu tak balik kerja lagi ke?”

“Tak. Sebab tu Ira datang.” Tersenyum bibir munggil itu sambil menangkap bau masakan Puan Darisa.

Disebabkan tiada siapa di rumah kerana abangnya yang satu itu sudah ada kerjanya dan sibuk, dia terpaksa duduk di rumah Puan Darisa sementara menunggu ibu atau ayahnya pulang.

“Mak. Masak apa?”

“Asam pedas. Abang Arif balik hari ni.”

“Ye?”

“Sukalah tu. Jom makan.” Wafira Isma sudah bagai anaknya yang membesar di bawah pantauannya.
______________

“Mak. Ira ada sini ke?” tanya Arif sambil meletakkan begnya dan bersalam dengan maknya yang sedia ada menanti kepulangannya.

“Perasan je kamu kalau Ira tu ada ye.” Puan Darisa mencebik sambil satu cubitan sayangnya hinggap di lengan anak lelakinya itu.

Arif hanya menunjukkan barisan giginya.

“Dia tumpang tidur dalam bilik kamu tu rasanya. Kejutkan dia sekali. Dah petang ni.”

Arif mengangguk. Kadang-kala dia terfikir. Apa sebenarnya perasaan gadis itu terhadapnya sedangkan hatinya, tidak menganggap gadis itu sebagai adiknya tapi sebagai teman yang mampu lebih rapat perasaan dan hati mereka.

Kakinya diatur ke biliknya. Dilihatnya nyenyak Ira tidur bersama baju t-shirt dan seluar Kak Miza yang dipinjamnya. Kak Mizanya sudah lama ke bandar berkerja. Maknya sentiasa menganggap Ira anak gadisnya kerana rapatnya dia dan Ira.

“Ira. Bangun,” panggil Arif sambil melilau matanya memandang sekeliling. Kenapa bersepah semacam biliknya. Selalunya jika dia pulang dan Ira tertidur di biliknya, tidaklah sebegitu rupa keadaannya sebab Ira memang pegemas orangnya.

Terpisat-pisat gadis itu dengan rambut panjangnya berterabur kerana lena tidurnya tadi.

“Abang…” Kedengaran sayu suara itu meruntun hati lelakinya.

“Kenapa sepahkan bilik abang ni?” Tubuh yang masih tidak bangun itu tidak dipandangnya. Jika dulu, mungkin boleh dia pandang gadis itu bagaikan adiknya. Waktu merubah segalanya. Dalam hatinya, tiada lagi istilah ‘adik’ buat Wafira Isma.

“Ira sedih. Kenapa abang balik lambat sangat? Ira tak ada kawan nak berbual.”

“Mak kan ada.”

“Abang cuti berapa hari?” Tubuh yang masih segak berpakaian juruterbang berwarna putih itu ditatapnya.

“4 hari. Rabu nanti fly. Kenapa ni? Mata bengkak. Macam orang tak terurus.”

“Abang… Hafiz tinggalkan Ira…”

“Budak yang couple dengan Ira tahun lepas tu ke? Padan muka. Siapa suruh pergi couple. Lepas tu, kena tinggal, baru nak cari abang?” Nada menyindir terluah tanpa sengaja dari bibirnya. Bukan niatnya hendak mengeluarkan kata-kata itu. Bukan dia tak tahu hati itu kian sensitif dengan ayat-ayat seperti itu.

“Sampai hati abang cakap Ira macam tu…” Memang sudah dijangkanya. Aliran air mata itu pasti keluar kerana ayatnya.

Tubuhnya diangkat dan digapai begnya sebelum berlalu keluar meninggalkan bilik Arif dengan tangisan.

“Mak. Ira balik dulu!” Kedengaran jeritan Ira di ruang tamu dengan getaran suaranya itu.

“Ira. Lah budak ni. Cepatnya. Baru nak suruh bawa balik lauk ni.” Sahut suara Puan Darisa membuatkan Arif di dalam bilik mengeluh berat.

Dia tak tahu kenapa hati itu sering disakitkannya. Dia tak tahu bagaimana hendak diluahkan perasaannya yang satu itu.

+++++++++++++++++++++++++++++

December 2009.

“Aleef. Datang pun. Dani. Kau pun ada.” Tangan dua rakan baiknya itu dijabatnya mesra.

“Takkan tak nak datang. Mak kau membebel dekat aku suruh datang.”

“Apa yang kau jenguk?” tanya Daniel Hafif sambil menepuk bahu rakannya itu.

“Tak ada apa. Ibu dengan ayah kau datang?” Wajah Qaleef Isma yang berbaju melayu kuning cair itu ditatapnya meminta jawapan.

“Dah aku dipaksa datang. Ibu dengan ayah aku lagilah akan datang. Kau tanya diorang ke, kau tanya Ira?” Sengaja disakatnya rakannya itu. Dani dari tadi hanya tersenyum sahaja.

Arif mengelurkan senyum tepinya. Dia sendiri tak tahu mana silapnya. Mungkin terasa benar hati itu dengan kata-katanya 5 tahun lepas. Dia tak tahu kenapa Wafira Isma terus menyepi darinya. Bila ditanya waktu mengunjungi rumah sepupunya itu, katanya Ira sambung belajar. Setiap kali raya atau majlis, jangan katalah. Memang dia lansung tak berkesempatan berjumpa gadis itu. Gadis yang mungkin akan terus duduk di hatinya yang satu itu.

“Kau jangan nak berselindunglah Arif. Kau ingat aku tak dapat baca otak kau ni? Eleh. Dahlah. Aku nak pergi makan. Lapar ni,” getus Aleef, tangannya juga mendarat di bahu sepupunya itu.

“Hah pergilah. Sana eh. Malam ni cuma makan kecik-kecik je, dekat dapur sana pergi. Kalau kau nak makan nasi minyak tunggu esok tengah hari,” tunjuk Arif dengan senyumannya seperti selalu.

Aleef berlalu dan sudah jauh dia berjalan, dia kembali menoleh. “Hoi Dani. Tak nak makan ke?”

“Hah. Kau pergilah melantak dulu. Kau tinggal-tinggalkanlah untuk aku. Nanti aku join. Dah lama tak borak dengan mamat ni.”

Aleef sekadar menggeleng dan meneruskan perjalanannya.

“Hoi. Ni kak Miza. Kau bila lagi?” Dani memulakan perbualannya. Sesekali matanya memandang orang yang lalu lalang menghadiri majlis malam sebelum majlis akad nikah esoknya.

“Tak tahulah. Kalau ada rezeki, adalah. Sibuklah aku sekarang ni. Kau bukan tak tahu. Lagilah orang macam aku ni kan. Kerja tak menentu. Kadang kerja sampai 4, 5 hari tak jejak rumah.”

“Eleh. Tak ada orang tengok kau kata? Market tinggi tau kerja kau ni. Kau cakap jelah dekat minah mana-mana yang kau ni pilot. Guaranty beratur orang nak. Lainlah aku dengan Aleef. Kitorang ni biasa-biasa je.”

“Apanya biasa? Jadi police officer pun ramai orang naklah. Merepeklah kau ni.”

“Satu je aku nak beritahu kau sebenarnya.”

“Apa?”

“Pasal Ira.”

“Ira?”

Dani mengangguk, “Kau kalau nak tunggu dia, aku rasa, kau kena lupakanlah. Ira tu sekarang ni, kalah model. Cantik. Meletop. Dia takkan nak punya dengan kau. Mesti yang dia nak tu persis model jugak kan.”

“Aku tak faham.”

“Baru dua hari lepas aku jumpa dia. Cantik. Aku pun naik tak kenal. Aku ingatkan model mana buat pengambaran dekat rumah Mak Ida. Sekali tengok betul-betul. Ira. Sekarang dia jadi setiausaha… Pengarah…” Dia seakan berfikir hendak mengeluarkan ayatnya.

“Apa entah namanya tu. Alah yang uruskan model-model iklan segala tu. Aku pun tak tahu nak nyebutnya.”

Arif diam seketika.

Dani berfikir sambil dibeleknya tubuh Arif dari atas ke bawah sambil memusing-musingkan tubuh rakannya itu, “Tapi aku tengok kau, macam ada ciri-cirinya. Tinggi, tegap, handsome, poket tebal. Tapi tak apalah. Kau tetap jangan mimpi tau.”

“Kenapa pula?” Songkoknya dibetulkan.

“Sebab aku akan confes dia dulu sebelum kau,” kata Dani sebelum kakinya melangkah untuk berlalu meninggalkan Arif.

“Hah?” Bingung dikerjakan Dani.

“Aku akan cakap pada dia aku nak dia sebelum kau buat apa-apa. Jadi kau jangan mimpi ok. Dia, aku nak. Kau, cari lain. Ada faham?” Dani tersenyum bahagia membuatkan dahi Arif yang ditinggalkannya berkerut.

“Pelik,” getus Arif sambil melihat langkah rakannya itu.

“Hah abang. Puas kita cari dia dekat luar. Mak kata abang dekat luar,” tegur seorang gadis yang cantik dengan bertudung sedondon dengan baju kebaya pendek yang disarungnya.

Arif terkebil-kebil seketika. Keningnya diangkat meneliti raut itu. Kenapa tiba-tiba ada awek comel tegur dia tengah-tengah majlis ni tak pernah-pernah terjadi.

“Abang kenapa?” tanya gadis itu lagi. Manja bunyi suara itu mengingatkan dia pada seseorang.

“I… ra?” Teragak-agak dia bertanya sambil anak matanya menikam tepat anak mata berkaca milik gadis itu.

“Yelah. Hai abang. Dah 5 tahun baru tak jumpa Ira dah tak kenal ke? Berubah sangat ke Ira? Abang yang dah makin berisi ni pun Ira kenal lagi. Takkan Ira yang baru pandai pakai tudung ni abang tak kenal? Sampai hati,” bebel Wafira Isma panjang lebar dia berbicara.

Bibir Arif tersenyum lebar. Rindu yang masih berbaki terhadap diri itu cuba dilepaskan dengan menatap wajah mulus itu.

“Dah lama tak jumpa abang. Ira rindu dengan abang,” ucap Ira dengan senyuman manjanya seperti selalu.

“Rindu? Abang tak rindu Ira pun,” jawab Arif selamba secara lansung mengubah riak diwajah Ira.

“Mana Ira menghilang? Abang ingatkan dah tak ingat abang lagi. Berita pun tak ada,” tambah Arif.

Lama Ira diam dan baru dia menjawab, “Ira kan sambung belajar dekat Kedah. Setiap kali Ira balik, mak kata abang fly. Jadi memanglah tak jumpa-jumpa. Abang tu pun setiap kali raya, kerja je.”

“Oh. Ingatkan abang ni tak penting dah kan. Jadi, mana nak ingat abang. Biasalah orang dah makin cantik.”

“Apa maksud abang ni?” Nada ceria Ira mula berubah.

Arif mencebik. Dia sendiri tidak tahu kenapa mulutnya begitu berat hendak meyatakan apa yang tersirat di hatinya. Apa yang dia fikirkan semuanya tidak terkeluar. Lama tidak berjumpa Ira, banyak benda yang dia hendak tanyakan. Tapi, hanya ayatnya yang dia rasa akan menyakitkan hati itu sahaja yang keluar.

“Dahlah. Ira nak pergi belakang,” balas Ira dengan nada yang mula tersekat-sekat. Membuatkan hati Arif mengeluh berat. Kenapalah setiap kali wajah itu terpampang dihadapannya, pasti air jernih itu akan mencorak wajah ceria itu hanya kerana kata-kata dan perbuatannya.

______________________

“Airf. Aku nak balik ni. Dah malam sangat.” Dani yang tiba-tiba datang kepadanya itu menyapa sambil menyentuh bahunya yang dari tadi asyik memerhati kakaknya dari jauh. Mesra berbual dengan rakan-rakannya.

“Hah. Hati-hati,” pesan Arif kembali sambil tangan itu dijabatnya mesra.

“Arif.”

“Hmm.”

“Aku rasa, sekarang ni aku betul-betul kena tarik diri.”

“Apa lagi yang kau nak merepek ni? Kau dah nak balik. Memanglah nak tarik dirikan? Kirim salam mak ayah kau.”

“Bukanlah kawan. Aku give up.”

“Apanya yang kau give up?”

“Ira.”

“Hah?”

“Malaslah aku nak cakap panjang-panjang dengan kau. Pergilah tengok sendiri dekat belakang sana. Sebab kaulah ni aku melepas dia. Dahlah aku balik dulu.”

“Apa yang kau cakap ni Dani?”

“Pergi sana. Nanti bunuh diri pula anak orang tu,” balas Dani sambil mengangkat tangannya. Dia lansung tidak berpaling lagi dan langkahnya dipanjangkan keluar dari pintu utama rumah separuh kayu itu.

Arif masih lagi kurang faham dengan apa yang dimaksudkan dengan lelaki itu. kakinya terus melangkah mencari jawapan.

Sampai di pintu belakang, dilihatnya Ira duduk di pangkin bawah pokok. Tempat selalu dia bermain dengan Ira waktu kecil-kecil dulu jika Ira tiada rakan untuk bermain.

Seliparnya disarung dan kakinya melangkah mendekati tubuh yang membelakangkannya itu. Kedengaran esakkan kecil.

“Ira.”

“Hmm.” Ira terus berpaling sambil-sambil jari runcingnya itu menyeka saki baki air matanya.

“Ira… nangis sebab abang ke?” tanya Arif teragak-agak. Kelihatan kemerah-merahan wajah itu dengan matanya yang bundar itu berkaca-kaca.

“Mana ada Ira nangis.”

“Nak selindung lagi. Ira cakap apa dengan Dani sampai dia give up?”

“Hah?”

Arif berfikir sejenak. Mungkin diri itu tidak tahu yang Dani ada hati dengannya. Ayatnya disusun kembali.

“Dani tanya apa pada Ira tadi?”

“Lebih kurang sama macam soalan abang. Ira menangis sebab siapa?”

“Lain?”

“Dia kata dia sukakan Ira. Nak kahwin dengan Ira.” Jujur mulut itu bertutur. Mukanya dipalingkan dari menatap wajah Arif.

“Then, Ira jawab apa?” Hati Arif dipalu resah. Tak mungkin Dani seberani itu menyatakan hasrat hatinya.

Sejak dulu lagi dia dan Dani berebut hendak menawan hati Ira. Tapi lansung tiada kesan pada hati kecil itu kerana mungkin waktu itu hati Ira terlampau polos hendak menafsir layanan mereka.

Dan dia tahu, dari dulu memang dialah yang Ira cari dahulu sebelum Dani. Jika dia menangis kerana Arif baru diri Dani dicarinya.

“Kenapa abang nak tahu?”

“Abang nak tahu sebab abang sayangkan Ira. Ira tak nampak ke? Abang tak nak Ira dengan Dani. Sebab abang nak Ira dengan abang. Ira tak nampak ke? Dari dulu abang tunjuk yang abang sayangkan Ira. Ira tak perasan ke?” Terkeluar semua apa yang terbuku dihatinya waktu itu. Perasannya semakin mendesak dirinya untuk terus meluahkan. Dia tak mampu melihat Ira bahagia dengan orang lain.

Ira terdiam.

Giliran Arif pula terdiam kerana ada aliran jernih membasahkan pipi gebu itu ketika wajahnya dipalingkan menatap wajah Arif.

“Abang selalu buat Ira menangis. Itu ke yang abang kata abang sayangkan Ira? Setiap kali Ira perlukan abang, apa yang abang bagi dekat Ira selain air mata ni? Abang ingat Ira suka ke abang buat Ira macam ni? Abang ingat Ira suka ke perasan Ira ni abang dah ambil? Abang lansung tak minta maaf setiap kali abang sakitkan hati Ira. Tapi Ira, selalu je sedapkan hati sendiri dan terus sukakan abang. Itu ke yang abang kata abang sayangkan Ira? Ira benci abang. Ira benci perasaan yang Ira ada untuk abang ni. Abang faham tak?”

“Sakit hati Ira bila dengar abang lansung tak rindukan Ira sedangkan rindu Ira hanya untuk abang.” Sempat lagi mulut itu menambah perlahan ayat seterusnya sebelum kaki itu hendak melangkah pergi.

“Ye abang admit yang abang memang salah. Abang ego. Abang keras hati. Abang selalu buat Ira menangis. Tapi satu je abang nak Ira tahu…” Dilihatnya kaki itu terus melangkah tanpa menghiraukan kata-katanya.

“Air mata Ira tulah yang selalu buat abang sentiasa ingat yang Ira sayangkan abang. Cuma itu yang buat abang sayangkan Ira sebab abang tahu hati Ira lembut. Itu yang membuatkan abang sayangkan Ira sebab abang tahu tak ada perempuan lain yang mampu keluarkan air mata dia untuk tunjukkan dekat abang. Percayalah.”

Ada keluhan kecil di hujung pengucapannya kerana diri itu lansung tidak menunjukkan reaksi apa-apa pada ayatnya. Mungkin tidak masuk akal apa yang dia katakan.

“Apa lagi? Dah habis bermadah tu, kejarlah. Takkan nak biarkan dia hilang lagi? Sanggup ke tunggu lagi lima tahun baru nak cakap yang awak tu nak dia jadi isteri awak?” Kedengaran suara kak Miza memberi nasihat padanya membuatkan dia berpaling. Kakaknya itu ada berdiri di tepi rumah.

Bersemangat kembali rasanya. Tiada lansung rasa malunya waktu itu pada kakaknya itu yang mungkin sudah mendengar segalanya perbualan dia dengan Ira sebentar tadi.

Sepantas kilat kakinya berlari ke depan rumah. Dilihatnya Ira sudah naik ke dalam kereta Aleef di perkarangan rumah.

“Ira. Please. Dengar dulu abang nak cakap,” pinta Arif sambil mengetuk tingkap tempat penumpang bahagian hadapan. Wajah yang terus-terus dihiasi air mata itu ditatapnya penuh mengharap.

Kedengaran engine dihidupkan.

“Ira. Ira bukalah.” Bertalu-talu dia mengetuk tingkap itu sehinggakan teriakannya menggamit perhatian beberapa orang yang tadi sibuk berbual di perkarangan rumah itu.

“Aleef. Buka pintu ni,” pintanya pada Aleef yang duduk di bahagia pemandu pula yang hanya mampu menunjukkan muka tidak bersalahnya. Kucar-kacir hidupnya dikerjakan dua manusia itu.

Perlahan-lahan tangan Aleef menarik punat kunci membuatkan secara lansung pintu tempat Ira duduk turut tidak berkunci.

Pantas tangan Arif membuka pintu dari luar.

“Kenapa abang buka?” Semakin pantas air mata itu mengalir sambil memukul-mukul lengan abangnya itu. Geram. Selalu sahaja abangnya dan Arif bersekongkol.

“Sebab abang sayangkan Ira. Abang tak nak Ira sedih sebab jantan tu lagi. Dia dah nak Ira. Takkan Ira nak nafikan lagi? Lima tahun Ira asyik ngadu dekat abang Ira sayangkan dia, Ira rindukan dia. Sekarang. Dia dah nak dengan Ira, Ira pula nak lari?” Selamba sahaja dia membela dirinya.

Arif di sisi tak mampu lagi mengeluarkan ayatnya. Rupanya Aleef menjadi orang tengah. Dia mengatakan rindunya terhadap Ira pada Aleef dan rupanya, Ira melakukan benda yang sama. Patutlah Aleef tersenyum sahaja  jika dia bercerita.

“Tak guna kau kawan,” getus Arif sambil hendak mencapai lengan Aleef.

“Dah aku tak nak masuk campur. Korang selesaikanlah sendiri. Dah dua-dua tahu kan? Aku malas nak cakap dah. Sana aku nak keluar,” gumam Aleef sambil meleraikan pegangan tangan adiknya terhadap lengannya.

Ira mula rasa pipinya panas dengan posisi Arif yang melintang di hadapan mukanya. Tidak pernah dia sedekat itu dengan Arif sehinggakan wangian yang dipakai lelaki itu menyelinap masuk ke ruang hidungnya.

“Abang sanalah,” getus Ira semakin malu kerana Arif tidak beralih. Tubuh itu ditolaknya.

“Inilah Ira abang.” Arif menggosok belakangnya yang berlaga dengan kereta.

“Hah?”

“Ganas macam dulu. Nak jadi isteri abang? Abang dah tua. Nanti tunggu Ira lagi 5 tahun, abang dah lebih 30,” gumam Arif sambil berdiri di luar kereta. Wajah itu dipandangnya dengan membongkokkan sedikit tubuhnya dan tangannya disangkutkan di pintu kereta yang terbuka.

“Apa abang cakap ni?” Tubuh itu ditolaknya dan keluar dari kereta. Malu semakin menyerbu kerana ramai orang yang memandang. Kini air mata diganti dengan perasaan malunya.

“Orang selalu cakap. Kalau malu tu maknanya nak. Kan?” duga Arif sengaja disakatnya lagi diri itu.

“Ah. Ira dah tak nak dengar.” Sengaja telinganya ditutup dan kakinya terus melangkah kembali masuk ke dalam rumah. Tak jadi nak balik.

“Mak! Dua bulan lagi Arif minta cuti one mounth.” Sengaja dikuatkan ucapannya itu sehingga mencecah telinga keluarga dia dan Ira yang berbual tidak berapa jauh dari kereta tempat dia berdiri yang tadi nampak perlakuannya.

“Banyak songeh budak ni,” getus Puan Darisa sampai ke pendengarannya sehingga menarik senyuman yang semakin melebar di bibirnya.

++++++++++++++++++

December 2010.

“Bila dah nak tunggu hari ni, jadi lama pula kan mak?” getus Ira sambil mengusap perut bulatnya. Kakinya yang dilunjurkan itu diurut perlahan emak mertuanya itu.

“Biasalah tu. Sebab tak sabar. Memang perasaan jadi macam lama je.”

“Bilalah abang nak balik ni. Tak tahu ke anak dia ni dah nak keluar? Sibuk je nak kerja lagi,” getus Ira lagi dengan nada sedikit tidak puas hati.

“Baliklah tu nanti.” Tak jemu mulut tua itu melayan mulut menantu perempuannya itu. Dia sendiri tidak menyangka yang anak lelakinya itu ada hati dengan Ira. Apa yang dia perhati dulu, anaknya itu cukup gembira dengan kehadiran Ira walaupun selalu sahaja dibuatnya Ira menangis.

“Dah.” Kain yang terselak dibetulkan. Semenjak mengandung, Ira berhenti kerja dan duduk di rumahnya. Jadi sepanjang ketiadaan anak lelakinya itu, dialah yang menjaga kerperluan Ira. Kakinya kejang, diurutkan. Jika mula-mula dulu, teruk Ira muntah-muntah, dia yang uruskan.

Rasa macam tidak sabar juga dia menanti kehadiran bayi itu. Anaknya, Miza pun tidak dijaganya seperti itu sewaktu mengandung kerana anaknya itu lebih banyak berada di bandar bersama suaminya.

“Ira buat air. Mak nak air?” tanya Ira sambil terkial-kial dia hendak bangun menggayakan perutnya.

“Boleh juga. Mak nak pergi sapu daun depan rumah tu kejap.” Puan Darisa turut bangun.

Ira mengangguk dan berlalu.

“Mana mak letak kopi ni? Malas pula nak pergi depan,” sungut Ira sendiri setelah penat mencari mana mak Arif letakkan balang kopi.

“Malas je si perut boroi ni.” Kedengaran satu suara menyakatnya membuatkan dia berpaling.

“Apa abang kata? Bila abang balik?” tanya Ira sambil berjalan mendekati Arif yang tersenyum memandangnya sambil berdiri di muka pintu dapur. Segak suaminya itu beruniform juru terbang berwarna putih.

“Dah baru nampak abang depan mata ni, namanya abang baru baliklah. Abang cakap tadi, malas je sayang abang ni tau,” usik Arif lagi sambil tangan yang dihulurnya tadi disalam dan dikucup mesra isterinya itu.

Tangannya mula jatuh di perut besar itu. Disebabkan jarang dia berada di rumah, rasa cepat sahaja perut itu membesar sehingga dia tidak menyangka tidak berapa lama lagi, akan hadirnya orang baru menyerikan hari mereka.

“Ingat orang tak dengarlah tu dia cakap orang ‘si perut boroi’. Dia yang buat jadi macam ni. Pandai-pandai panggil orang perut boroi. Abanglah perut boroi kata orang.”

“Dah dengar tanya lagi,” gumam Arif sengaja lagi diusiknya isterinya itu.

“Abang ni. Ni perut abang ni lagilah boroi tau. Ini bukan boroi. Ini ada isi. Nanti dah keluar isinya, dah tak boroi. Abang tu, boroi nanti makin boroi. Lagi lah.”

“Lagilah apa? Suka abanglah boroi pun. Boroi-boroi nilah ada orang tu sayang abang,” jawab Arif mempertahankan dirinya.

“Malas Ira nak layan abang. Hish,” gumam Ira sambil memukul dada Arif dan berlalu.

“Dah nak menangislah tu.” Dengar nada sahaja dia dah tahu.

“Mana ada…”

“Alala.” Tubuh yang membelakangkannya itu dipeluknya dan jarinya mula menyentuh pipi itu mengeringkan air matanya.

“Nanti anak perempuan saya ni habislah ikut mama dia suka menangis.”

“Abang ni…” Tangisan Ira semakin galak kerana disakat.

Arif tersenyum. Jika dulu, titisan air mata itu memang tak mempu diseka dan disentuhnya. Tapi semenjak 14 Febuari 2010, pada tarikh itulah diri itu sudah mampu disentuhnya dan air mata itu jugalah yang selalu mengacah jari-jemari kasarnya ketika dia galak menyakat.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

61 ulasan untuk “Cerpen : Air matamu, aku jatuh kasih”
  1. beela says:

    best la..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen


k l i k  i k l a n  m e n a r i k