Cerpen : Aku cinta kamu

21 December 2009  
Kategori: Cerpen

5,596 bacaan 54 ulasan

Oleh : dihasani

Hidup aku bagai Cinderella , entah bagaimana nasibku boleh berubah begini indah dalam masa yang singkat. Aku langsung tidak tahu yang aku mempunyai keluarga yang kaya kerana selama ini aku dibesarkan oleh nenek di kampung dalam keadaan yang serba sederhana. Rupanya ibuku telah berkahwin lain dengan usahawan yang berjaya dan hidup mewah di Kuala Lumpur. Aku hanya mendengar cerita dari nenek yang mama bekerja di bandar untuk menampung hidupku. Dan disebabkan kesibukan kerja beliau hanya mengirim wang untuk menampung hidupku dan nenek di kampung. Namun aku bersyukur kerana aku tidak pernah kebuluran walau hidup dalam keadaan yang serba sederhana. Setelah nenek meninggal dunia seminggu lalu barula aku berpeluang untuk menemui mama itupun kerana aku sudah tiada tempat bergantung, jika tidak mungkin aku langsung tidak berpeluang untuk  menemui beliau. Kehidupan yang berubah secara tiba-tiba menyukarkan aku untuk menyesuaikan diri apatah lagi dikalangan orang yang tidak menyenangi aku. Aku dapat lihat betapa bencinya pandangan adik-beradik tiriku yang lain. Berbeza dengan bapa tiriku  yang baik dan senang membahasakan dirinya papa. Keadaan ini membuatkan aku jadi benci kepada mama, kenapa beliau tegar membiarkan aku dan nenekku hidup dalam kedaifan sedangkan beliau hidup bersenang-lenang di kampung. Jika nenekku mendapatkan rawatan yang baik di hospital yang canggih tentulah nenek tidak akan meninggalkan aku sebegini cepat. Kebencian ini menjadikan aku seorang yang bisu, aku tidak mahu bercakap dengan orang yang menyebabkan kematian nenekku. Walaupun bukan itu hakikat yang sebenarnya, nenek pergi kerana sudah sampai ajalnya. Walau apa yang aku lakukan untuk membuat nenek sembuh tetap tidak akan dapat memenjangkan hayatnya kerana sesungguhnya nenek perlu kembali kepada Penciptanya.

Kebisuan aku menjadikan hubungan dengan mama renggang, apatah lagi mama lebih suka melebihkan anak tirinya yang seramai tiga orang terutama sekali si bongsu Efa. Kerana menurut mama mereka lebih memerlukan perhatian kerana baru kehilangan ibu yang meninggal dalam kemalangan. Mereka masih terkejut dengan hakikat pemergian ibu mereka. Habis bagaimana pula dengan aku, bukankah aku baru saja kehilangan nenek, satu-satunya insan yang pernah wujud dan memberikan sepenuh kasih sayang pada aku. Aku jadi benci, dimanakah letaknya aku dalam hati mama, mungkin aku sememangnya anak yang tidak beliau mahukan, jadi aku di hantar jauh dari hidupnya, jauh dari matanya. Persoalan ini aku pegang dan terus menjadi subur dalam minda dan hati aku, menjadikan aku semakin benci pada mamaku sendiri. Tapi mama langsung tidak memujuk atau cuba mengambil hati aku dan keadaan ini terus menjadikan hubungan kami seperti orang asing, berlainan pula adengan bapa tiriku yang tidak henti-henti mencurahkan kasihnya dan mengambil berat akan aku. Aku jatuh sayang pada beliau dan sememangnya aku yang  tidak pernah kenal kasih seorang bapa mudah saja menerima kehadiran beliau dalam hidupku.

Sewaktu aku berusia 13 tahun aku dihantar oleh mama ke sekolah berasrama penuh dengan alasan untuk memudahkan aku mengulangkaji pelajaran dengan kawan-kawan yang lain. Alah sebenarnya malu nak mengaku aku ni anak dia. Lainla si Ratu  Efa yang cantik dan bergaya tu. Malas aku nak ambil kisah, aku dengan Efa pun bukannya rapat sangat. Macam mana nak rapat kalau mulut dia tu macam Mami Jarum, sibuk nak mencari salah aku. Mama pulak tak habis-habis nak menangkan anak kesayangan dia tu, padahal aku dengan Efa beza setahun je tapi manja mengada-ngada. Lagi bagus aku duduk asrama ni, jauh sikit dari dia, hujung minggu je baru aku balik. Selain Efa aku ada dua orang lagi abang kembar iaitu Hezry dan Haikal. Tapi aku lebih rapat dengan abang Hezry kerana beliau ramah dan suka menyakat berlainan dengan abang Haikal yang lebih diam atau lebih tepat lagi ulat buku.

“Dina, nak pergi mana? Pertanyaan abang Ry aku jawab dengan jelingan. Malas nak jawab kang keluar pulak emas dalam mulut aku ni.
“Ai, dah bisu ke? Tanya abang  Ry dalam nada tak puas hati. Aku kembali menoleh ke arahnya sambil menunjukkan isyarat keluar. Abang Ry juga membalas dengan isyarat tangan yang bermaksud buat apa? Aku mengangkat dua jari dan menunjukkan isyarat jalan-jalan. Agaknya dah malas nak layan kerenah aku, abang Ry bangun dari sofa dan berjalan ke arahku, tanpa banyak soal dia mengangkat buku lima dan meluku kepala aku.
“Adoi, sakitla” aku menjerit sambil menepis tangannya. Dia tanpa rasa bersalah hanya mengenyitkan mata.
“Ada pun suara, ingat betulla dah bisu tadi” dia kembali ke sofa dan ketawa terbahak-bahak. Kurang asam jawa punya abang ni yang aku malas nak main-main dengan dia ni, akhirnya aku jugak yang kena balik. Aku menarik muka kasihan dan terus aku duduk di lantai sambil memandang wajah abang Ry aku pura-pura menahan tangisan. Dengan bibir yang aku juihkan aku mula “menangis”. Tangisan aku makin menjadi-jadi bila aku tengok tiada reaksi dari abang Ry. Akhirnya aku menutup mukaku dengan tangan, agaknya melihat reaksi aku yang berlebihan menangis dan mungkin juga menyangka yang dia betul-betul telah meluku kepalaku dengan kuat, abang Ry datang memujuk aku.
“Ala busuk masam abang Ry janganla nangis. Kuat ke abang  Ry buat tadi. Sorila , dahla jangan nangis dah” abang Ry berkata sambil menepuk-nepuk belakang aku dan meniup-niup kepala aku yang diluku tadi. Aku tidak pedulikan pujukannya dan terus “menangis”.
“Ala-ala dahla okey, okey abang Ry janji kalau Dina berhenti menangis abang Ry bawak Dina jalan-jalan ye. Boleh tak” abang Ry masih cuba memujuk aku, mendengar tawaran yang lumayan aku terus mengangkat muka.
” Betul ke? Nak pergi mana? Dina nak pergi Zoo nak tengok singa. Kawan Dina dah pergi dia cakap singa tu besar” Aku bercakap dalam nada ceria terus aku lupa pada lakonan menangis aku tadi. Abang Ry memandang aku geram. Aku tersengih dan ketawa sambil mengangkat dua jari dan menunjukkan isyarat jalan-jalan betul-betul di depan mukanya.
“Dina” abang Ry bersuara dalam nada geram. Alamak sebelum jadi apa-apa baik aku lari dulu. Semasa kalut hendak melarikan diri aku terlanggar seseorang di belakang. Rupanya papa yang telah pulang dari pejabat dan melihat aksi pujuk-memujuk kami.
“Sori, papa tak sengaja” aku salam dan cium tangan papa. Aku lihat ada orang lain di sisi papa dan aku hanya memandang sekali imbas sahaja sebelum kembali memandang papa.
“Kenapa ni? Soal papa ku dengan sengih yang panjang di bibirnya. Apalagi aku ambil la peluang ini untuk mengadu tentang abang Ry.
“Abang Ry luku kepala Dina pa, sakit.” Segera ku tunjukkan kecederaan aku yang parah di kepala.
“Ish ni teruk luka ni, kena jahit ni” kata papa sambil melihat-lihat kepalaku. Ha takkanlah kena luku sampai kena jahit kot. Aku jadi menggelabah, segera kau berlari ke cermin panjang bersebelahan rak kasut. Aku membelek-belek kepalaku. Ai, takde apa-apa luka pun. Lama juga aku membelek kepala di cermin sebelum aku terdengar bunyi ketawa yang di tahan-tahan. Segera aku menoleh dan aku lihat papa dan abang Ry menahan ketawa dari pecah. Sebaik aku berpaling dan bercekak pinggang terhamburla gelak mereka. Cis berani betul dorang ni main-mainkan aku anak-beranak sama je hantu mengusik, agaknya tak  aman dunia ni kalau dorang tak mengusik aku sehari. Aku tengok mamat di sebelah papa pun ikut ketawa, kurang asam punya tetamu, ada ke tetamu gelakkan tuan rumah. Aku dah mula terasa telingaku panas, mesti muka aku dah tukar warna hijau dah ni. Aduhla.
” Nak pergi mana pula tu? Papa menyoal bersama ketawa yang masih berbaki.
” Pergi supermarket kat depan tu kejap, bedak dah habis esokkan nak balik asrama dah” aku menjawab tidak sepenuh hati.
” Pergi dengan abang Amir kamu ni, dia pun nak beli barang sikit ni, tadi papa lupa nak singgah supermarket tu” Papa memberikan arahan dan aku hanya menggangguk patuh.
Ada ke patut papa suruh aku pergi dengan mamat ni dahla malu aku tak habis lagi ni.aku melajukan langkah dan meninggalkan dia yang terkial-kial menyarung kasut.
” Ai Dina, abang Amir datang nak tinggal dengan Dina dalam sebulan dua ni sementara cuti semester, nak belajar berniaga dengan papa Dina? Aku hanya mengangguk. Dia ni mesti  lagi tua dari abang Ry dan Abang Ekal .Laju jugak mamat ni jalan sempat dia kejar aku, ingat dah tinggal jauh dah tadi. Aku kembali meneruskan langkah dan masuk ke dalam supermarket tanpa mempedulikan abang Amir. Pandai-pandaila dia bawa diri. Selepas aku memilih  bedak dan makanan ringan untuk dibawa pulang ke asrama , aku segera membawanya ke kaunter untuk dibayar. Aku lihat dia dah menunggu aku di kaunter. Ala beli berus gigi dengan deoderan je. Ingat banyak sangat nak dibeli. Belum sempat aku keluarkan dompet aku tengok dia dah hulur duit kat “cashier”. Aku memandang dia sambil mengangkat kening isyarat bertanya kenapa
“Takpe, abang belanja Dina, Dina nak balik asrama kan? Aku hanya mengangguk dan melihat dompetku, bagus jimat RM50, banyak lagi belanja ni, nak buat ape yer? Tiba-tiba aku teringat pada baju yang aku tengok semasa keluar berjalan-jalan dengan kawan seasrama aku. Hahaha aku tau dah nak buat ape dengan duit ni. Aku berkata dalam hati dengan girang tapi senyumanku mati tiba-tiba melihat abang Amir dan “cashier” memandang aku tercengang. Aduh malu lagi aku. Dahla termenung pastu siap gelak sorang-sorang lagi, mesti dorang kata aku ni biul. Tanpa mahu menunggu mulut abang Amir berbunyi cepat-cepat aku capai bungkusan barang aku dan berjalan cepat-cepat untuk cepat sampai ke rumah. Tak peduli dah aku, biarla mamat tu sesat pun. Malu aku lagi penting.

“Eh, kau buat ape kat dapur ni ha? Dah Kebulur ke? Tepi sikit boleh tak? Menyemak-nyemak je?” Efa berkata sebelum berlalu dengan jelingannya. Efa adalah kakak tiri yang paling menunjukkan kebenciannya pada aku.Walaupun dah 10 tahun aku tinggal di sini dia masih tak dapat terima hakikat kewujudan aku.
” Dah dok dapur nak makanla bijak, takkan nak basuh kain kot”
” O dah pandai menjawab yer budak merempat ni?”
” Yerla dah aku pergi sekolah, pandaila menjawab”
” Aku cakap kat mama, ko kurang ajar dengan aku ye” Efa membalas dan segera mencari mamanya. Mama merangkap ibu aku. Sempat lagi dia curahkan jus oren pada aku
” Ish pompuan ni, Kalau nenek aku tak meninggal ko ingat aku nak duduk sini ke? Aku berkata selamba, malas nak layan perempuan perasan ni. Dia ingat dia hebat sangat tergedik-gedik je lebih , haram tak cantik pun. Aku mengomel dalam hati, yerla takut gak aku, cakap lebih-lebih kang mengamuk lak Ratu tu.Sengaja aku panggil dia Ratu dah perasan sangat tahap American Top Model.  Dahla aku menumpang rumah dia. Dengan rasa malas dan menyampah aku capai kain dan lap jus oren yang tumpah ke lantai kemudian aku mop lantai yang basah sekaligus untuk hilangkan lekit apada lantai. Sambil aku mop aku mengomel sorang-sorang, yerla maunya aku tak bengang dahla kena masak sendiri pastu kena mop lantai lak, ingat aku ikhlas sangat ke nak buat kerja ni. Dalam pada aku mengomel sorang-sorang ,tiba-tiba telinga aku dapat menangkap bunyi ketawa.
“Alamak ape lak ni, ni yang kecut perut ni” segera aku menoleh dan aku dapat melihat sesusuk tubuh di tepi peti ais, sape lak ni, pencuri ke? Tanpa berfikir panjang aku halakan mop ke muka dia tapi nasib aku malang sebab aku lupa lantai licin dan akibatnya sebelum mop sampai ke muka “pencuri” tu, aku dulu yang jatuh tersembam terkena baldi yang berisi air basuhan lantai dan aku menyeringai sakit. Mungkin kerana terperanjat “pencuri “tadi bertindak cuba menyambut aku tapi dia pun tegelincir dan kami sama-sama mandi air basuhan lantai. Aku memandangnya dalam muka yang geram, marah dan sedang menahan sakit tapi dia boleh pulak gelak. Adoi sakit otak kot mamat ni. Aku sakit-sakit ni boleh pula dia gelak. Dalam masa-masa nila mama dengan si Ratu sampai.
“Ya Allah kenapa ni Dina? Ko buat ape ni? Jerit mama. “Tengok sampai Amir pun basah sekali” mama langsung tidak mempedulikan aku dan terus menerpa kepada “pencuri” tadi
“Kesian Abang Amir, meh Efa tolong abang Amir bangun. Mama tengokla apa yang budak ni buat, habis dapur kita mama.” Ratu yang terkenal dengan sifat dengki ni terus tabur racun kat mama aku”
“Takda apela makngah, Amir okey je. Dia lagi teruk” kata “pencuri tu merujuk kepada aku”
“Biarlah dia memang selalu macam tu, mop balik lantai ni bersih-bersih”mama memberi arahan pada aku
“Dengar apa mama cakap, dah abang Amir jangan pedulikan dia ni” si Ratu terus menarik tangan Amir dan berlalu begitu juga dengan ibuku. Airmataku mengalir perlahan, bukan kerana sakit tapi kerana sedih mama memperlakukan aku begitu di depan orang lain. Entah apalah nasibku , ada mama yang tidak melayan aku seperti anak selayaknya.

“Hai , awak keje sini yer?tanya abang Amir .Mamat ni nak bergurau dengan aku ke? Aku memandang pada orang yang menegurku. Sudah 2 hari berlalu sejak peristiwa aku mandi air basuhan lantai dengan mamat ni. Aku hanya diam. Rasanya tak perlulah aku bagitau dia siapa aku kalau dia dah beranggapan begitu. Takkanlah aku nak meningatkan dia pula siapa aku kalau dia dah tak kenal.Sebab memang sepanjang dia duduk kat sini dulu pun kalau dia bercakap dengan aku mesti dia bercakap sorang-sorang. Sebab aku ni ada tabiat tak bercakap dengan orang yang baru kenal. Alergik rasanya nak jawab soalan-soalan berkenalan tu. Mamat ni rupanya anak saudara bapa tiriku yang pernah tinggal dengan aku dulu. Dia sambung belajar di Amerika dalam bidang perniagaan, dan sekarang sedang cuti semester jadi dia pulang bercuti. Di Universiti mana tidak pula aku tanya malas nak ambil tahu. Dia datang ke rumah aku ni pun sebab dia bekerj adengan syarikat papa setiap kali cuti. Ni entah kali yang keberapa dia datang makan, tidur free kat rumah aku ni aku pun tak tahu sebab aku lebih suka memerap dalam bilik. Kalau tak dalam bilik bacaan study. Tapi sejak buat praktikal kat syarikat papa makin kurangla masa aku kat rumah. Sebab papa tak habis-habis paksa aku belajar pasal syarikat. Bukan sebab aku pemalu tapi aku bosan, kalau ade abang Ry takpela ade kawan aku mengusik. Nak harapkan si Efa atau mama beramah mesra dengan akau, jangan harapla. Baik dorang bercakap dengan dinding dari bercakap dengan aku, agaknya buruk sangat kot muka aku ni. Ala kalau buruk pun salah siapa, salah mama juga dah aku ni anak dia. Eh, jadinya muka mama aku tu burukla ye tapi boleh pulak sampai dua kali kawin. Ish aperla aku merepek ni tak pasal-pasal je berdosa mengumpat mama sendiri. Tapi kalau aku mengumpat mama, pahala aku dapat kat mama kan, kira bagusla tu dari aku bagi pahala ni kat orang lain baik aku bagi kat mama je. Bolehla aku mengumpat mama banyak-banyak lagi lepas ni, dapat pahala aku kat mama.

Selama abang Amir duduk rumah ni, aku hanya jeling-jeling pandang-pandang je dengan dia. Malas nak buka mulut, kang kalau aku tiba-tiba ramah kang mesti marah si Efa tu.
“Abang Amir buat ape kat sini marila Efa nak tunjuk baju baru Efa” kan aku dah cakap minah ni melekat je macam pacat. Gasak korangla. Aku meneruskan kerja membantu Mak Jah menyediakan makan tengahari. Sememangnya dalam rumah ni aku berkawan dengan Mak Jah jerla. Itu lagi baik dari aku makan hati layan kerenah dorang ni.
” Dina marila makan sekali, papa rasa abang Amir pun dah lama tak jumpa dengan Dina kan” aku jadi serba-salah, lantas aku pandang Mak Jah seolah meminta persetujuan, Mak Jah mengangguk dan terus menyenduk nasi untuk aku. Aku mengambil tempat duduk di sebelah ibuku berhadapan dengan mamat sakit otak yang sedang menyeringai memandang aku.
“Sorila, abang Amir tak ingat kat Dina, Dina dah makin cantik sampai abang Amir tak perasan. ” aku hanya mengangguk dan meneruskan suapan aku. Kalau aku buka mulut sah-sahla gaduh dengan Efa.
“Amir sekarang dah kerja dengan papa, lepas dia habis belajar nanti dia terus duduk dengan kita la” papa memberitahu, aku pula sekadar mengangguk sekadar memberitahu aku mendengar kata-kata papa.
” Habis sebelum ni dia tak duduk rumah kita ke papa.?” aku bertanya penuh musykil.
“Tak Amir duduk dengan abang dia kat  Damansara tapi hujung tahun ni abang dia nak pindah dah tukar tempat kerja dah. Dina pun nanti dah habis belajar datang kerja dengan papa tau.” Arahan yang telah aku duga sebab itula tiap kali cuti semester aku kena datang bekerja di syarikat papa dengan alasan buat praktikal.
“Ok, papa kan bagi biasiswa so untuk bayar biasiswa kena kerja dengan papala kan” aku menjawab sambil memandang papa.
“Bijakla anak papa ni”
“Itula namanya pelaburan kan papa, bila gajikan anak sendiri tak payahla bayar mahal-mahal sebab elaun rumah danelaun makan dah kena potong”
“Tengok, bercakap pun dah macam ahli perniagaan”
” Yela mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, tapi atas lantai pun boleh tumpah kan papa. Tapi mesti yang tumpah kat nasi lagi berkesan dari tumpah atas lantai kan sebab nasi boleh serap kuah tapi lantai tak boleh serap kuah jadi kenalah lap bersih-bersih. Sebab tu Dina  lagi Terror dari Efa sebab Efa lantai Dina lak nasi kan papa? Sempat aku jeling Efa yang marah memandang aku.” Aku memandang Efa dan hanya ketawa begitu juga dengan papa. Nasib baik papa dapat menerima gurauan aku kalau papa macam mama, habisla mulut aku kena cili. Sengaja kau menyakat Efa kerana dia sememangnya malas dalam pelajaran sebab lagi suka pergi salun kecantikan. Dah berhajat sangat nak jadi model agaknya. Tak ke mananya kerjaya model dia ni, jadi model kontroversi bolehla. Nanti tertulis title kat ruang gossip akhbar bintang popular ” Model Kontroversi dengan Attitude Problem.”
” Mama tengokla Dina ni, senyum sorang-sorang ni mesti mengata Efa la ni” Efa yang tidak puas hati dengan aku , terus mengadu pada bodyguardnya. Mama memandang aku dengan jelingan tajam. Senyuman aku terus mati  dan aku kembali menyuap nasi . Itulah suka sangat berangan sampai kantoi senyum sorang-sorang. Apalah aku ni.
” Esok Haikal dengan Hezry nak balik. Papa nak amik dekat airport. Dina nak ikut? Papa bersuara meleraikan keadaan. Papa mempelawa aku dan sememangnya aku menantikan kepulangan abang tiriku. Walaupun mereka kembar tapi aku lebih rapat dengan abang Hezry. Kerana abang Ry suka memanjakan aku. Sejak aku tinggal di sini semasa aku berumur 10 tahun diala yang selalu bertindak melindungi aku.Aku menoleh dan tersenyum menerima pelawaan papa.
Aku mengangguk menandakan persetujuanku untuk ikut, dalam senyuman yang masih berbaki aku memandang abang Amir dan mengenyit mata padanya tanda kemenangan aku pada Efa dan aku lihat dia terpaku memandang aku. Aku merenungnya bersama senyuman yang makin kelat, ntah apa-apa mamat sakit otak ni. Ni yang Efa terkejar-kejar sangat tu.

Dalam perjalanan mengambil abang-abangku di KLIA, abang Amir sibuk bertanyakan itu ini pada aku macamla dah bertahun tak balik KL. Aku hanya menjawab pertanyaanya endah tak endah. Nasib baikla si Ratu tak ikut kalau tak haru jugak aku nak layan jelingan maut dia tu. Agak lama menunggu dan dah jenuh melayan mamat sakit otak ni, aku mengambil tempat di sisi papa, aku peluk tangannya dan ku lentokkan kepalaku di bahunya. Mama hanya membiarkan aku, aku gembira kerana walaupun mama tidak melayan aku dengan baik tapi aku masih ada papa yang sedia memanjakan aku dan mama tidak pernah melarang kecuali Efa yang akan sentiasa muncul entah dari mana jika aku cuba menumpang kasih dengan papa. Papa membelai rambutku dan kesempatan ini kuambil untuk menyakat papa. Perlahan-lahan aku menyeluk poket belakang papa untuk mencari dompet, setelah berjaya aku pusing perlahan-lahan membelakangkan papa dan aku buka dompet papa. Dalam aku sibuk mencari duit papa, telingaku ditarik, bila kau toleh papa dah  mengenyitkan mata memandang aku, rupanya taktik aku dah kantoi.
“Cari apa dalam dompet papa tu”
“Hehehehe, papa lepasla telinga ni sakitla” aku merengek mohon simpati
“Bagi dompet papa dulu? Terpaksala aku pulangkan dompet papa dalam muka kasihan.
“Mana duit papa? Aku bertanya sambil mengintai-ngintai dalam dompet papa yang telah berpindah ke tangan papa.
“Aha soalan yang baik”, papa lantai membuka zip di bahagian dalam dompet dan terserlahlah lipatan not-not tebal. Hampas punya papa aku yang nak kenakan dia tapi aku yang terkena balik. Ni mesti sebab dah terkena aritu tu yang papa beli dompet yang ada zip kat dalam, selebihnya papa hanya nak bergurau dengan aku.
“Papa nak air” dengan muka kasihan aku menadah tangan minta dikasihani. Papa hanya mentertawakan aku dan menyimpan dompetnya semula.
“Tak payahla ni mesti nak beli komik kan? Alamak kantoi lagi. Aku memandang muka papa dan melihat papa menahan tawa aku lantas ketawa. Mama dan abang Amir yang tadi hanya jadi pemerhati drama kami turut ketawa mungkin lucu melihat kami ketawa.
” Amboi ape yang seronok sangat ni? Teguran ni memang ku cam suaranya , siapa lagi kalau bukan abg Ry ku. Aku melompat dan terus memeluknya membuatkan dia terdorong ke hadapan dan hampir terjatuh kerana dengan beg yang sarat mestilah sukar untuk dia menyeimbangkan badan. Aku menyalami abang Haikal dan abang Ry dan terus membantu menolak troli mereka. Sepanjang perjalanan balik aku riuh bertanya itu ini pada abang Ry dan Amir yang tadinya ramah-tamah  terus jadi bisu mungkin kerana terkejut melihat sikap aku yang berlainan pada abang Ry. Pada dia aku hanya mengangguk dan senyum tapi pada abang  Ry aku ketawa dan bercakap macam murai tercabut ekor.

Sepanjang kepulangan abang Ekal dan Ry aku sibuk di dapur memasakkan macam-macam makanan untuk mereka. Kononnya kepingin nak makan masakan Malaysia, aku jugakla yang jadi mangsa sebab kata mereka nak rasa air tangan aku. Mama jangan harapla nak masuk dapur, kalau masuk pun setakat nak pantau kerja kau. Efa lagila tak boleh harap. Seronok aku tengok abang-abang aku makan  tapi yang lebihnya si Amirla asal aku siap masak jer, dia ajerla yang sampai dulu kat  meja makan. Konon-konon dia pun teringin makan masakan Malaysia, padahal dah dekat 2 minggu duduk rumah aku, tak puas-puas lagi ke makan masakan Malaysia. Ke sebab aku masak sedap sangat, ish perasan pulak aku ni.

Aku sudah dapat menyesuaikan kehadiran abang Amir dalam rumah kami. Mungkin dengan adanya abang Ry hubungan kami menjadi bertambah rapat. Masakan tidak, setiap kali aku keluar dengan abang Ry, dia akan setia mengikut kami. Banyak pula masa dia yang terluang sedangkan setahu aku, syarikat papa sangat sibuk dengan segala macam urusan tender, aku yang bekera secara sambilan pun jadi pening, apatah lagi dia yang sememengnya sudah sah menjadi staff papa. Pada aku dia seperti abang Ry dan abang Ekal yang melayan aku seperti seorang adik yang sentiasa perlu dilindungi. Aku selesa bersama dia dan aku mula keluar bersamanya tanpa ditemani abang Ry.

” Bang, Dina nak makan McD jomla belanja Dina.” Aku berkata dengan penuh harapan. ” Kejap lagi yer, lepas kita beli hadiah untuk mama” abang Amir menjawab.
“Lapar sangat ke? Kalau lapar kita cari makanan ringan dulu nak tak? Abang Amir menyoal untuk memujuk aku.
” Nak, Dina nak makan  wafel kat depan tu” aku menunjuk ke arah kiosk yang menjual jagung rebus dan wafel. Abang Amir mengangguk tanda menyetujui cadanganku dan segera membeli wafel untuk aku. Semasa abang Amir menyerahkan wafel pada aku, aku jadi hairan sebab satu je wafel yang diserahkan pada aku. Mungkin dia kenyang lagi kot. Aku menyambut wafel dari tangannya dan menggigit wafel sebab aku lapar sangat. Yerla dah dia keluar tak menyempat-nyempat sampai aku nak makan dulu pun tak boleh. Puas hati aku dapat makan wafel.Ini adalah kali pertama aku keluar berdua dengan abang Amir , itupun kerana abang Ry tidak mahu mengikut kami pergi membeli hadiah hari lahir untuk mama abang Amir merangkap maklong aku. Abang Ry memberi alasan bahawa kerja membeli hadiah ni lebih sesuai dengan perempuan. Pandai-pandai je dia buat keputusan, habis yang selama ni dia beli hadiah untuk awek dia tu boleh pulak. Dia bukan lelaki ke? Malas nak bertelagah aku ikutkan aja. Kami mengambil keputusan untuk ke Midvalley sahaja, itupun atas cadangan abang Ry.
“Ai makan sorang je ke? Habis abang tak payah? Pertanyaan abang Amir membuatkan aku jadi keliru, nak makan tapi beli satu je. Nak jimat kos ke?
“Abang nak jugak ke?” aku bertanya dalam nada bodoh tapi wafel tak juga aku suakan pada dia.
“Nakla, takkan Dina sampai ati nak makan sorang kot?” tanyanya kembali dengan senyuman lebar. Eleh ingat aku heran sangat dengan senyum dia tu.
” Memang nak makan sorang pun. Kalau nak beli  lain” Aku berlalu sambil terus menguyah wafel aku.
” O kedekut ,abang yang beli tau” dalam keadaan aku yang tidak bersedia abang  Amir memegang tanganku dan menggigit wafel dalam pegangan tangan aku. Aku terkedu . Alamak jantung aku macam nak tercabut. Mesti muka aku dah merah ni seumur hidup aku inilah kali pertama aku berkongsi makanan dengan orang lain walaupun dengan abang-abang aku sendiri. Aku terkedu memandang wajahnya tapi dia dengan selamba mengunyah wafel dan menarik tangan aku untuk berjalan. Aku yang tadi tegak berdiri macam tiang elektrik terdorong ke hadapan dan terpaksa berjalan dengan pantas untuk menyaingi langkahnya. Jika tidak aku macam guni beras yang kena heret je. Setalah dapat mengejar langkahnya aku segera menarik tangan dari pegangannya, terasa malu pula aku. Kenapa dengan aku ni, bukankah aku menganggap dia sebagai abang sahaja tapi kenapa hati aku ni berdenyut lain macam je. Sudahlah hati jangan nak dera tuan sendiri. Aku segera memegang dadaku yang terasa sesak. Cepat-cepat aku menghabiskan wafelku pura-pura tiada apa yang berlaku tambahan lagi dengan riak selamba abang Amir cukup untuk memberitahu aku bahawa aku yang terbuai perasaan sendiri.
“Mak long suka apa bang? ” aku bertanya untuk memecah kebuntuan. Dari kami berjalan tak tentu hala dalam shopping kompleks yang luas ni baik aku tanya terus untuk memudahkan kami mencari hadiah yang dikehendaki.
“Entahla Dina, tapi mama suka kumpul set pinggan mangkuk” jawapan tu membuatkan aku termenung, alamak aku manelah pernah membeli pinggan mangkuk ni. Pinggan yang aku beli pun pinggan plastic untuk aku gunakan di kampus itupun teman sebilikku Lili  yang pilihkan, harapkan aku nampak gayanya makan tak berpingganla. Lama juga aku termenung sebelum mataku menangkap pandangan mata abang Amir. Aku pandang wajahnya dan mengangkat kening tanda bertanya kenapa. Tapi pandangan dia masih tajam menikam mataku, ish pehal pulak mamat ni kena sampuk ke? Aku goyang-goyangkan tangan di depan mukanya, masih tiada tindak balas. Akhirnya aku yang tertunduk malu, adoih ni dah kes dari mata turun ke hati ni. Tanpa mempedulikan pandangan mata abang Amir aku melangkah laju ke hadapan sambil menoleh ke kiri kanan pura-pura mencari kedai yang menjual pinggan mangkuk. Konon-konon tahu sangatla padahal aku sendiri pun boleh sesat dalam shopping compleks yang serba-luas ni. Tapi sebab nak tunjuk lagak pada abang Amir aku hayun juga langkah kaki ni, yakin dia mengekori aku dibelakang.
“Lajunya jalan, tahu ke jalan ni.?” Suara tu menyakinkan aku yang abang Amir memang bersama-sama aku. Aku buat-buat tidak dengar dan mataku masih sibuk mencari kedai pinggan mangkuk. Tidak jauh dihadapan mataku dapat melihat kedai yang aku cari-cari segera aku menoleh ke sebelah untuk memberitahu abang Amir.tapi abang Amir tak kelihatan disebelahku. Mana pula mamat ni, tadi ada dah hilang pulak. Aku mula menggelabah dahla aku tak biasa dekat sini mana aku nak cari mamat ni. Mataku melilau mencari kelibat abang Amir dan sempat juga aku tinjau ke dalam kedai yang berdekatan tapi bayang mamat ni masih tidak kelihatan. Alamak apa aku nak buat ni, nombor telefon dia takde pulak. Ha tanya kat abang Ry. Baru sahaja aku berkira-kira untuk menelefon abang Ry bahuku ditepuk ,aku terkejut dan segera menoleh. Aku melihat abang Amir berdiri di hadapanku. Dia ketawa melihat reaksi aku yang menggelabah.
” Tu la tadi kita cakap dengan dia, dia buat tak tahu jer.. kena tinggal tahu pula menggelabah cari kita.” Abang Amir bercakap dalam sisa ketawanya. Aku jadi geram berani dia main-mainkan aku, mamat ni memang nak kena la. Aku cubit lengannya dalam rasa geram yang amt sangat..
“Adoi sakitla Dina. Sejak bila pandai cubit-cubit ni?” sambil menggosok lengan abang Amir bersuara bersama kerutan di dahi.
“Ala-ala sakitla sangat tu. Siapa suruh main-mainkan Dina.” Aku bersuara bersama ketawa kasihan pula melihat dia , aku gosok lengannya yang ku cubit.
“Sakit lagi tak?” aku angkat muka dan memandang wajahnya. Pandangan kami bertembung dan aku dapat menangkap pandangan matanya yang bening dan menikam terus ke hatiku. Segera aku alihkan tanganku yang masih menggosok lengannya.
” Tu kedai yang kita cari , jomla pergi tengok.” Aku tunjukkan kedai yang dimaksudkan dan menarik tangannya memaksa dia melangkah. Cuba ku usir perasaan aneh yang mula beraja di hatiku. Janganla begini wahai hati, dia abang yang patut aku sayang dan hormat seperti abang-abangku yang lain. Jangan kerana perkara seperti ini aku merosakkan hubungan kami, bukankah Efa menaruh hati pada abang Amir, walaupun Efa tidak menyukai aku tapi aku tidak akan sampai hati untuk merampas kebahagiannya.

Aku mengintaimu dari jauh
Cuba menilai erti aku padamu
Cuba melihat letaknya aku disisimu
Cuba mengetahui siapa aku dihatimu
Dari sinar mata ku tahu aku kau cinta
Dari tutur kata ku tahu aku kau sayang
Dari gerakmu ku tahu aku kau kasih
Tapi tiada ucapan yang pasti dari bibirmu
Aku jadi ragu
Mungkin hanya aku yang merasakan begitu
Keengganan merungkai kata menjadikan kita bisu
Hanya mata yang berkata-kata
Tiada kepastian dari bibir buatkan hati berbicara sendiri
Bisikkanlah sesuatu padaku agar hati ini tidak lagi ragu
Biar dapat ku hapus resah yang bertamu
Agar kita tidak lagi menyeksa hati sendiri
Dan dapat kita bernafas semula dalam ruang sendiri yang semakin sempit akibat hati yang menggasak
Ucapkanlah cintamu
Yakinkanlah aku kau hanya untukku

Segala detik indah yang aku lalui bersama abang Amir cuba aku luputkan dari ingatan kerana dia tidak lagi bersendirian kini. Dia telah dimiliki oleh wanita yang kini sah menjadi tunangannya. Walaupun aku hampir gila semasa menerima berita ini sewaktu aku melanjutkan pelajaran di United Kingdom dalam bidang kejurutaraan. Aku cuba meyakinkan hati sendiri yang dia sememangnya tidak dicipta untukku. Berhari-hari aku mengurung diri didalam bilik enggan menerima hakikat ini namun aku harus akur. Sekembalinya aku ke Malaysia usai pengajianku aku terus mengabadikan diri di syarikat papa. Cuba menjadi wanita moden yang berjaya untuk menghindar dan melarikan diri aku dari cinta yang tidak kesampaian yang sesungguhnya aku bertepuk sebelah tangan. Aku kembali menjadi diriku yang dahulu, bisu dan beku. Namun sedikit sebanyak aku gembira yang mama mula melihat kewujudan aku tidak lagi melebih-lebihkan Efa mungkin juga kerana dia melihat aku boleh menjadi anak kebanggaan. Namun aku merasakan sudah terlambat untuk aku menerima kasih-sayang mama kerana layanan buruk yang aku terima selama bertahun-tahun dari mamaku sendiri. Sekarang aku hanya memerhatikan abang Amir dari jauh, melihat dia bahagia bersama insan yang dia cinta.

Aku cuba menyakinkan hati akan ada insan yang lebih baik buat aku di luar sana. Tapi buat masa ini aku lebih suka bersendirian. Mama pula yang sibuk mencarikan jodoh untuk aku tapi semuanya ku tolak dengan baik. Hati sendiri pun amat payah untuk aku jaga masakan aku boleh menjaga hati orang lain. Sebulan sahaja lagi akan berlangsungla majlis persandinagan abang Amir bersama wanita pujaannya. Aku cuba membantu apa yang patut. Entah kenapa aku merasakan keputusan yang aku buat ini adalah keputusan yang paling bodoh. Bagaimana aku dapat berlagak tabah dan membantu membuat persiapan perkahwinan orang yang aku cinta.
” Hai Dina. Apa khabar sekarang lama dah abang Amir tak jumpa Dina. Walau satu pejabat pun susah nak jumpa. Sibuk betul Dina yer? Pertanyaan abang Amir tidak aku jawab. Aku hanya membiarkan soalannya berlalu dan terus menyibukkan diri menulis nama jemputan pada kad kahwinnya untuk diedarkan. Hanya ini sahaja kerja yang aku boleh bantu kerana yang lain telah diuruskan oleh perancang perkahwinan. Aku tidak mempedulikan dirinya dan berharap agar dia cepat berlalu kerana aku bimbang air mata ini akan sukar diempang lagi.
“Dina abang tanya ni.? Nampaknya abang Amir masih mengharapkan jawapan dari aku. Kebisuan aku ini agaknya tidak dapat menghantar isyarat padanya yang aku memang tidak mahu menjawab soalannya. Nampaknya dia akan tetap berada di sini selagi aku tidak menjawab soalannya.
“Dina tolong maklong hidangkan air untuk tetamu kejap.” Permintaan maklong memang tidak aku tolak kerana aku memang memerlukan alasan untuk keluar dari sini. Kerana dada aku semakin sesak menahan rindu yang semakin menggebu. Rindu yang tak terluah ini menjadikan hatiku pedih. Aku cepat-cepat ke dapur untuk membantu maklong. Selesai menghidang air pada tetamu aku mengambil tas tangan dan kunci keretaku. Ini adalah peluang terbaik untuk aku keluar dari sini kerana aku tidak sanggup untuk bersemuka dengan abang Amir sekali lagi. Aku bergegas ke kereta ingin lari dari derita hati yang aku tanggung.
“Dina nak pergi mana?” Aku tidak mempedulikan teguran abang Amir dan hanya masuk ke kereta ku namun abang Amir pantas mencapai tanganku dan menarik bahuku supaya menatap wajahnya sebelum aku sempat membuka pintu kereta. Entah kenapa hati aku jadi sayu dengan keadaan ini. Mungkin kerana ini adalah kali terakhir dia akan memegang tanganku kerana selepas ini pegangan tangannya hanyalah milik mutlak isterinya. Air mata aku mengalir tanpa henti dan aku cuba menahan tangisan ini dari menjadi sendu. Abang Amir tenyata bingung dengan kelakuanku, dia mencapai tanganku cuba memujuk tapi pujukan ini hanya semakin memberatkan rasa sayu dihatiku.
“Maafkan Dina atas segala-galanya. Tolong lepaskan Dina supaya Dina boleh bernafas jauh dari bayangan abang. Maafla Dina tak dapat datang majlis abang nanti ” Dalam esakan aku berkata perlahan. Aku menarik tanganku dari pegangan abang Amir dan masuk ke dalam kereta. Aku menghidupkan enjin dan berlalu pergi. Aku harapkan kata-kata aku tadi dapat ditangkap maksudnya oleh abang Amir dan semoga lepas ini dia juga akan turut menjauhkan diri dari aku. Dari cermin sisi aku dapat melihat dia yang berdiri kaku melihat keretaku meluncur pergi. Semoga hati aku ini tabah dan semoga dapat kuusir kenangan indah antara abang Amir dan aku yang bergayut di ruang memoriku. Semoga dapat ku usir bayang wajahnya yang selalu menganggu lenaku. Semoga masa dapat merawat kelukaanku dan suatu hari nanti aku dapat kembali membalas renungan matanya dengan berani tanpa ada lagi cinta di hati.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

54 ulasan untuk “Cerpen : Aku cinta kamu”
  1. kay says:

    bleh tahan…tp ending dia buat spoil la…baru nak layan

  2. eha says:

    jln citer best..
    tp npe ending cmtu?mcm tegantung je

  3. purple says:

    awal-awal dia dah best dh. tp ending dia kurang la

  4. andu says:

    permulaan best ceter nie tapi ending ceter nie ….mcm tiada penamat …

  5. farah says:

    bez2…aper pnya mak…x baik tau…lyan ank cam aper :twisted:

  6. mar says:

    permulaan memang best..ending la yang kurengg…

  7. ai says:

    ade idea, best.. tp ending kurang ckit, keep it up ;-)

  8. wanda says:

    :mrgreen: :mrgreen:
    jln cerita dah ok….
    tp apasal ending cam 2…..

  9. laaa ending ta besh , ingtkn laki tuh akn ckp act gurl yg dia na kawen tu dina . huhu .

  10. hana says:

    bestnya rasa pun dah nak menangis……………good luck……………best.best…………………………………………………………………………………………………………………………..:D…………………..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"