Cerpen : Demi Kasih Sayang

6 December 2009  
Kategori: Cerpen

2,683 bacaan 10 ulasan

Nama Pena : FATIHAH

Ada duka di wajah mereka.
“Sabarlah mak Jah,” Mak Jah hanya mengangguk. Iza membetulkan cermin mata hitamnya dan dia berjalan beriringan dengan Shuhi dalam perasaan yang tidak dapat digambarkan. Nun di tepi ‘Corolla Altis’ hitam berkilat, Saiful sedia menanti sambil berpeluk tubuh. Ada riak sedih di wajahnya.
************************************************************************
Bait-bait ayat di skrin komputer ku tatap lagi. Ada senyum yang terukir, ada irama yang berlegar.
“Rindu abang, tak?” Aku senyum lagi. Rindukah aku pada wajah itu? Rindukah aku pada gurauan itu? Rindukah aku pada renungan itu?
“Abang mimpi Iza siang dan malam, tak caya tanya adik!”
Iza pun mimpi abang…………………
“Cepatlah makcik oiiiii!” Aku bergegas ke beranda sambil membetulkan ikatan kain sarung yang masih kurang kemas.
“Ler… yang kau pakai baju kakak aku pasal apa?” Aku sengih.
“Kau tak nampak body aku yang lawa ni? Mana padan ngan baju kau yang tak cukup kain tu….” Shuhi sengih dan kemudian ketawa terbahak-bahak.
“Ye la… ye la… aku ni kurus melengking, kau je yang comel, montel!”
“Shuhi kau jangan nak ejek aku……”
“Iza, hati-ha….” Makkkkkk… Aku terjelepuk di kaki tangga. Punggung aku sakit. Buku lali aku juga sakit.
Mak Jah dan kak Shidah berlarian mendapatkan kami.
“La… macam mana boleh jadi macam ni?” Shuhi masih menahan ketawa sambil tangannya memaut bahuku, membantuku untuk bangun.
“Sakitlah…. tak boleh bangun! Tulang kaki Iza patah kot mak Jah…”
“Hish… takkan kot!” Ku cuba bangun namun kesakitan di kakiku terasa mencucuk-cucuk.
“Biar abang tolong!” Wajah itu ku pandang. Abang Aizaq! Ya Allah…. mana nak letak muka ni? Dan hari ni dalam sejarah bila aku di dukungnya naik ke atas rumah.
“Iza tu berat bang….” Aku tenggelam dalam senyuman yang lahir dari bibir yang berkumis tipis itu.
“Woi makcik…. kau tak ada keje lain ke? Berangan tak abih-abih!” Suara Shuhi yang perlahan sedikit dari dentuman petir kedengaran jelas mengusik lamunan semalam.
“Kau tak nampak skrin laptop kau gelap gelita dah tu?” What? Bila bateri abih? Asyik sangat aku ni….. Shuhi… abang kau mimpi aku siang dan malam tau…. Aku senyum dari hati……..
“Weiii…. Ya Allah… kenapa la kawan aku jadi macam ni? Sedar tak ni?” Shuhi memegang kedua belah pipiku, dan menampar-nampar perlahan.
“Aku sedarlah….” Wajah Shuhi ku tatap dan tiba-tiba aku mencium pipinya.
“Kes teruk dah kau ni…. nak kena jumpa psikiatris….” Sebelum radio buruk berbunyi lagi aku pantas bangun dan melangkah ke bilik air…. yang pasti…. aku bahagia!
************************************************************************
“Abang Fu? Dari KL?” Shuhi mengangguk, mengiakan kataku.
“Bila?” Shuhi bangun dan membetulkan cadar yang agak renyuk didudukinya sejak tadi.
“Petang esok,” Aku diam memikirkan seminar yang akan ku hadiri esok.
“After five oklah, esok aku ada seminar fasilitator PRS,”
” Sibuk manjang kau ni, maklumlah orang nak kejar unit desa, sidang depan kalau aku tak dapat desa bolehlah aku tumpang haram bilik kau, yer dok?” Aku sengih kecil. Di USM, asrama pelajar terhad. Cuma pelajar tahun satu je yang sepenuhnya dapat tinggal di desasiswa. Untuk tahun-tahun seterusnya kenalah aktifkan diri berpersatuan bagi mendapatkan tempat. Kalau tidak terpaksalah menyewa di luar dari universiti.
“Yerlah… janji bayar sewa,”
“Kedekut tahi minyak punya kawan….” Ketawa mula pecah diantara kami. Keadaan yang selalu membuatkan hidup kami penuh dengan warna warni.
“Aku kuar jap, nak hantar tutorial yang aku ciplak dari Halim pendek,” Aku mengangguk dan mengiringi lenggok Shuhi sehingga pintu bilik di tutup.
Aku membetulkan bantal, mencapai novel ‘Paradise’ karya Judith McNaught yang bakal ku khatamkan untuk kali ketiga.
“Abang Fu!” Aku senyum sendiri.
“Macam kenal je,”
“Memang kenal pun,” Saiful Idham senyum lalu turun dan menongkat motosikalnya.
“Macam mana kenal Iza, Fu?” Aku dapat melihat perubahan dari riak wajah abang Aizaq. Seronok sekali hatiku, seronok kerana dapat membuatkan hati pemuda yang baru pulang dari United Kingdom itu, berbaur cemburu.
“Makwe lama aku,”
“Hey!!”
“Tak adalah… janganlah marah Iza… nanti cepat kedut, tak ada orang ndak, jadi andartu, kan susah…”
“Melalut sampai ke situ pulak,” Ketawa berderai lagi.
“Kau ni Fu… tak abih-abih…”
“Sebenarnya aku pernah ikut rombongan ayah Iza daki gunung Tahan, tu yang kenal Iza. Pesal Jaq? Jealous?”
“Mana ada…” Aku dan Shuhi ketawa lagi dan kami meminta diri untuk ke dapur, membiarkan dua sahabat yang sudah lama tidak bertemu berbual panjang. Jelingan mesra dari abang Aizaq menghantarku dengan penuh maksud.
“Astagfirullah….” Aku bangun dari katil bujang. Mabuk cintakah aku? Semua cerita mahuku kaitkan dengannya. Semua suara seolah menyebut namanya. Semua senyuman seolah mengiringi gerak kumis tipisnya… Arghhh….
Aku membuka lap top, mencucuk ‘broadband’ dan memasukkan kata laluan dan kata kunci. Laman web Yahoo ku buka.
‘you’ve got 2 new mail’ Ku buka emel yang bertajuk ‘You mean everything to me!’ Hatiku melonjak-lonjak.
‘You are the answer to my lonely pray
You are an angel from above
I was so lonely till you came to me
With the wonder of your love’
Aku senyum….. dari hati….. dari jiwa!
‘You mean everything to me….’
“Abang suka betul lagu ni Iza… kalau dengar lagu ni, tentu abang teringatkan Iza, tapi yang sebenarnya….. tak dengar lagu pun abang ingat Iza…..” Ucapan dengan nada selamba itu membuatkan aku tersedak. Shuhi yang sedang mengunyah buah mempelam masam terbatuk-batuk kecil dan mula menutup telinganya dengan kedua belah jari telunjuk, tanda tidak mahu ambil tahu walhal aku nampak jarinya tak masuk pun dalam lubang telinga!
Aku senyum lagi… dah… memang sah… aku dah angau!
Emel kedua ku klik. Tajuk ‘Hai!’ dari Naruto? Siapa?
“Jumpa abang esok… tak sabar nak tengok Iza… abang rindu!” Abang Fu?
************************************************************************
Aku menhenyakkan badan ke atas katil. Melepaskan penat setiap hari Rabu. Mana taknya, kuliah mula dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari dan sambung semula dari pukul 2 hingga 6 petang. Rasa macam nak pengsan. Aku memandang jam di atas meja belajar. 6.30 petang! Letih, tetapi aku gagahkan diri ke bilik air berwuduk dan sembahyang Asar, dan seperti biasa aku akan menunggu azan Maghrib yang cuma tinggal tak sampai lima belas minit.
“Tak makan?” Aku mengeleng.
“Diet?” Juga mengeleng.
“Sedih?” Aku mendongak, memandang wajah Shuhi yang sedang menyarung tudung, bersiap sedia ke kelas malam.
“Apasal pulak?”
“Pasal abang aku nak ke UK again,” What?
“Janganlah sedih sangat, dia cuma ambik Master, dalam dua tahun baliklah dan dapatlah kau jadi kakak ipar aku secara rasminya,” Ada air yang bergenang.
“Tak aci betul, aku baru je tahu pagi tadi dia nak ke UK minggu depan. Kau pulak awal-awal lagi dah tahu,”
“Aku tahu?”
“Ye lah… janganlah nak berselindung cik Iza oi…. abang aku cakap kau dah tahu. Alamak, aku dah lambat ni, aku janji ngan Mas nak makan dulu sebelum ke kelas,” Shuhi mencuit daguku dan berjalan keluar dari bilik.
Air yang bergenang membasahi pipiku.
Kenapa kau tipu Shuhi? Tipu aku? Bagaimana aku boleh tahu kau akan ke UK sedangkan sudah tiga bulan kau tidak menghantarkan berita? Handphone tak pernah on, apatah lagi emel-emelku yang dibiarkan sepi! Apa sebabnya Aizaq?
************************************************************************
“Abang Fu?” Aku mengangguk.
“Tahniah Iza,” Aku tahu Shuhi masih kebingungan namun dia masih memelukku mesra tanpa bertanya apa sebabnya.
“Aku ingat kau akan jadi kak ipar aku… tapi… wei macamana aku tak tahu kau dan abang Fu….”
“Biasalah…. Iza minat abang senyap-senyap…”
“Woi…” Aku senyum dan abang Fu mula mencari jemariku. Ku tarik perlahan, dan Shuhi tersengih-sengih kecil.
“Lepas ni jumpa ngan mak dan kakak aku tau, jangan lupa!”Kami mengangguk dan Shuhi menyusup dari orang ramai yang berduyun keluar dari Dewan Tuanku Syed Putra, tamat upacara konvokesyen. Kami mula meninjau-ninjau kelibat mama dan abah!
“Jom!” Abang Fu menarik tanganku apabila melihat mama dan abah yang berada di bawah pokok berhampiran papan tanda penunjuk arah. Aku mula teringatkan kata-kata Shuhi sebelum memasuki dewan tadi,
“Seronoklah kau ye, minggu depan abang balik!”
************************************************************************
Aku dan abang Fu mengambil tempat di atas batu besar, memandang deru air terjun dan gelak tawa Faiz, adik tunggalku bersama dua rakannya sambil menggigit sosej!
Abang Fu kelihatan gelisah. Sesekali dia menjeling jam di tangan.
“Abang asyik tengok jam je, kenapa?”
“Tak ada apa cuma….” Penerangannya terhenti dengan suara menjerit memanggil nama kami. Serentak, kami berpaling.
“Shuhi!” Kegembiraan tidak mampu ku bendung lagi. Sejak hari konvokesyen hampir enam bulan lepas, baru kini aku menemuinya. Aku terus melangkah, melompat dari batu ke batu tanpa menghiraukan suara abang Fu yang memintaku berhati-hati…. dan badan tidak dapat ku imbangi…. selipar jepun masih di kakiku…
“Mak!!” Ada sesuatu memegang tubuhku dengan pantas dan aku jatuh ke dalam air bersamanya!
“Iza okey?” Suara itu… mata itu…. bibir itu…. hati ini… tak mungkin!
“Okey,” Aku mula bangun dan membetulkan bajuku yang basah.
“Thanks!” Senyuman itu……..
“Iza, are you ok?” Pantas aku berjalan kearah abang Fu.
“Sikit je,” Aku memegang erat jemari abang Fu dan aku pasti ada mata yang memerhati.
“Nasib baik kau selamatkan dia Jaq… Iza ni memanglah…. aku dah kata jangan pakai selipar, dia pakai jugak, jom ke khemah!” Kami mengaturkan langkah.
Aku memeluk Shuhi yang masih lagi tersengih-sengih.
“Kau ni kenapa? Buang tabiat?”
“Sejarah berulang kembali….”
“Sejarah apa pulak ni?”
“Sejarah ‘jatuh-jatuh’… ‘angkat-angkat’…. ehehhehe…. dulu jatuh tangga… sekarang terjun batu pulak!” Hatiku berdetak.
“Yerlah tu….” Dan kami berbicara kembali tentang masa silam…
************************************************************************
Perasaanku terganggu. Persoalan yang masih belum terjawab kembali menerjah minda. Kenapa dia hadir disaat kami sedang mencipta bahagia? Kenapa dia muncul disaat aku mula menyemai kasih? Disaat aku mula memadamkan namanya di hatiku?
“Iza, tak mandi dengan mereka?” Suara itu!
“Malaslah,” Dia diam. Aku diam. Yang kedengaran hanya deru air terjun Endau Rompin dan gelak tawa abang Fu, Shuhi, Faiz dan teman-temannya yang bersenda gurau. Sesekali terdengar bunyi unggas rimba yang mendamaikan, seolah sedang menenangkan perasaanku yang gundah! Dia mengambil tempat disebelahku dan meletakkan sebuah gitar di tepinya.
“Beruntung Fu dapat tawan hati Iza. Saiful baik orangnya Iza, abang dah kenal dia lama, sejak sekolah rendah lagi. Iza bahagia, kan?”
“Lebih bahagia dari dulu!” Aku tahu abang Fu baik. Aku tahu abang Fu sayangkan aku. Dia tak akan ke Pulau Pinang setiap minggu untuk menemuiku kalau dia tak sayangkan aku. Dia juga tak akan ambil cuti seminggu untuk menemaniku di hospital semasa aku kemalangan motosikal kalau dia tak sayangkan aku. Dia tak akan bersusah payah membantuku ke sana ke mari semasa aku membuat projek tahun akhir kalau dia tak sayangkan aku dan yang pasti dia tak akan datang meminang aku kalau dia tak sayangkan aku!
“Iza marah abang?” Aku diam.
“Iza marah abang?” Aku berpaling, menguatkan hati, memandangnya yang pernah mengisi kekosongan di hatiku.
“Untuk apa?”
“Untuk…. abang tahu Iza marah abang. Maaf!” Just that? Aku bangun dan berpaling bertujuan berlalu ke arah khemah bila tangan itu menarik tanganku.
“I’m really really sorry, dear!” Ada sesuatu berdetak dihatiku. Tangan yang diraih ku sentap pantas tatkala suara abang Fu menerjah telinga kami.
“Jaq, nyanyilah….. pegang gitar saja buat pe!”
“Betullah abang…. nyanyilah satu lagu kat bakal pengantin baru ni…” Entah bila semua sudah berada di hadapan kami, aku tidak pasti namun bila ku pandang abang Fu, tiada riak yang berubah. Senyuman masih lagi mekar sambil tangannya memegang erat jemariku.
“Korang tak sejuk ke, pergilah salin pakaian dulu…”
“Tak yah nak ubah topik… nyanyilah…” Semua mengambil tempat masing-masing di atas batu-batu kecil yang berserakan.
“Okay…. for Iza and Fu, the most wonderful couple I ever knew…” Hatiku mula sebak. Jiwaku mula membentak-bentak.
“You are the answer to my lonely pray,
You are an angel from above….” Lagu itu? Dan air mula bergenang… bertakung dengan cepat…..
“I don\’t know how I ever lived before
You are my life, my destiny
Oh my darling, I love you so
You mean everything to me .” Kau kejam Aizaq! Aku mula bangun dan berjalan
pantas ke khemah dengan sesuatu di pipi!

************************************************************************
Ku belek emel-emel yang ku cetak yang pernah ku baca berulang-ulang untuk mengubat kerinduan. Ku dengar kembali CD yang penuh dengan lagu-lagu yang meruntun sanubariku. Kuntuman mawar kering yang ku bingkaikan masih tersimpan kukuh di dalam kotak yang sebelum ini telah ku pelekatkan dengan ketat bersama simpulan tali yang ku ikat ‘mati’! Aku tidak pernah membukanya lagi selepas aku menjadi milik abang Fu lebih dua tahun lalu.
Gambar itu ku renung kembali. Gambar aku, Shuhi dan dia di pangkin hadapan rumah mereka. Aku senyum sendiri mengingatkan saat indah itu. Ingin rasanya aku mengunjungi kampung itu kembali. Menikmati desiran angin pagi yang dingin dan menyegarkan, berlarian di batas kebun sayur milik mereka, di dukung oleh dia kerana kaki terseliuh jatuh tangga!
Dadaku kembali sebak.
“Iza!” Aku memandang abang Fu diambang pintu.
“Kita bersalah bang!” Dia menghampiriku.
“Kita tak bersalah tetapi keadaan yang menyebabkan kita berada di dalam situasi ini,”
“Tapi bang, dia dah banyak menderita,” Tangannya mengusap lembut rambutku.
“Jangan salahkan dirimu sayang, ini semua takdir!” Wajah itu ku pandang lagi, dan aku tenggelam dalam pelukannya dengan air mata yang seakan tidak berhenti mencurah.
************************************************************************
Rumah kampung tiga bilik dipenuhi manusia bertudung dan bersongkok. Ada yang turun, naik dan ada juga yang berada di halaman rumah. Toyota Corolla Altis hitam berhenti dihalaman rumah. Seorang lelaki akhir 20-an dan wanita pertengahan 20-an, melangkah turun dari rumah dan bergegas memijak tangga simen rumah kayu itu.
“Abang Fu, Iza,” Wajah Shuhi ditemui dalam wajah-wajah yang tidak dikenali. Wajah itu pucat dan tidak bermaya. Shuhi memeluk erat rakan baiknya dan tangisan mula memenuhi ruang.
“Sabarlah dik…” Shuhi mengangguk. Pelukan dileraikan dan dia mengeluarkan kertas putih yang terlipat rapi, lalu menghulurkan kearah mereka.
“Surat terakhir….” Bibir itu tidak mampu berkata lagi.
Shaiful mencapai sampul surat kuning air dari tangan Shuhi.
‘Assalamualaikum,
Fu, semasa kau membaca surat ini aku mungkin sudah tiada lagi disini. Aku tidak sedih mahupun terkejut kerana aku sudah tahu takdir ini sejak tiga tahun lepas. Engkaulah sahabat aku yang paling baik Fu, dan aku serahkan cinta pertama dan terakhirku padamu kerana aku yakin hanya kau yang dapat membahagiakannya. Aku tidak mahu dia menderita nanti Fu. … Demi Kasih Sayang ini Fu, janganlah sesekali kau mengecewakan dia…. maafkan aku kerana disaat ini pun aku masih mencintai isterimu! Derita ini sudah sampai ke penghujungnya Fu. Aku pernah nampak cahaya itu, dalam mimpi. Aku juga nampak arwah ayah Fu, dia senyum, seolah tak sabar menyambut kedatanganku….’
Shaiful tidak mampu lagi menatap bait seterusnya. Sebak yang terangkum tak mampu di bendung lagi. Air mata lelakinya tumpah jua bersambung dengan esakan Fariza di birai tangga!

NUKILAN:
‘FATIHAH’
SITI FATIHAH BT PAUZIHAL ALI
KOTA BHARU KELANTAN




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

10 ulasan untuk “Cerpen : Demi Kasih Sayang”
  1. miz ruha says:

    la….
    aizaq mati…huhu…
    dia serah cinta dia kt Fu…
    kesian kt dia…

  2. syasya says:

    sedih sgt cerita ni….
    tahniah penulis…cerita ni mmg best sgt..jalan cerita teratur..gaya bahasa pun sedap jer..

  3. niena says:

    ya Allah…sdihnyer…
    sweet btol la aizaq 2…

  4. nabilah says:

    sedenyer… :cry:

  5. syu90 says:

    huhu…
    cedeynyer….
    :sad: :sad:

  6. najwa says:

    Isk…isk…sediw tol. :cry: Tapi sweet sngt :lol:

  7. insanbosan says:

    weh sdeynye :cry:

  8. insanbosan says:

    weh sddeynye

  9. fie_gadizz91 says:

    wuaaaaaaaaaaaaaa… sdey nyerrrrrrrrrrrrrr….sian dia…. :cry:

  10. eja says:

    sorilah penulis tak fhm dgn crt awak ni……teruskn usah utk membuat cerpen yg baik lagi k…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"